Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT PULAU TIKUS

1A LORONG MAKTAB, 10250 GEORGETOWN

KERTAS KERJA
PROJEK KUMPULAN
LOVE SK CPT:
RmR SIFIR

Projek Pelajar Guru IPGKPP


2017
1.0 PENDAHULUAN
Mata pelajaran Matematik merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kehidupan
anak-anak hari ini. Maka, ia perlu diberi penekanan yang serius oleh pihak sekolah. Kemahiran
mengingati sifir amat penting bagi setiap murid untuk menguasai mata pelajaran Matematik
kerana sifir sentiasa digunakan dalam kehidupan seharian. Fokus utama adalah membantu
murid - murid yang belum menguasai terutama murid LINUS, pemulihan, murid UPSR di
samping murid - murid perdana yang masih belum menguasai sepenuhnya. Program ini akan
diadakan selama tiga minggu di mana murid-murid yang terlibat akan melafazkan sifir yang
telah dihafal pada guru matematik masing-masing. Kelas yang melafazkan sifir dengan
bilangan murid yang tertinggi dikira sebagai pemenang. Semua rekod akan dicatat pada
borang pencapaian yang telah dibekalkan pada setiap kelas.

2.0 RASIONAL

Rasional menjalankan projek ini adalah untuk menarik minat dan perhatian murid-murid
terhadap subjek Matematik. Sedia maklum, Matematik merupakan matapelajaran asas yang
wajib dikuasai oleh setiap murid. Justeru itu melalui program bijak sifir ini, diharap dapat
meningkatkan prestasi murid-murid dalam subjek matematik.

3.0 OBJEKTIF

Membantu murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran arus perdana.


Membantu murid LINUS, pemulihan dan murid UPSR yang masih lemah dalam sifir.
Menambah kecintaan pelajar terhadap subjek Matematik.
Membolehkan murid menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik dan berkesan.
Meningkatkan minat murid untuk belajar sifir.
Meningkatkan tahap pencapaian akademik dan seterusnya mencapai target yang telah
ditetapkan.

4.0 PENGANJUR

Pelajar Guru IPGKPP (Guru Khas) yang menjalankan INTERNSHIP selama sebulan dengan
kerjasama Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus.

5.0 TEMPOH PELAKSANAAN

3 Minggu ( 13 Februari 2017 1 Mac 2017)

6.0 KUMPULAN SASARAN


Semua murid Tahun 1 hingga Tahun Enam.

7.0 TEMPAT
Bilik Darjah dan Kantin Sekolah Kebangsaan Convent Pulau Tikus

8.0 ISU

1) Masih ramai murid tidak menguasai sifir 2 hingga 9 dengan baik dan berkesan.
2) Peratus pencapaian Matematik masih belum mencapai tahap cemerlang.

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah

1 Kad Sifir (Berlaminat)


20 x RM 30 RM 30.00

2 Hadiah
1 kelas (Tahap 1) RM 20.00
1 kelas (Tahap 2) RM 20.00

JUMLAH RM 70.00

10.0 PELAN TINDAKAN PROJEK


Masa
Fasa Perkara/Tindakan
Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3 Minggu 4
1. Perbincangan telah diadakan bersama pihak pentadbiran x
sekolah.
2. Jawatankuasa projek LOVE SK CPT: RmR SIFIR ditubuhkan. x
3. Mesyuarat Panitia Matematik diadakan bersama kesemua guru x
matapelajaran Matematik.
4. Bahan-bahan disediakan. x
Pra
Kad Sifir
Soalan Ujian Pra
Soalan Ujian Pasca
5. Senarai nama murid bagi setiap kelas dari Tahun 1 hingga x
Tahun 6 dikumpul.
1. Setiap guru matapelajaran Matematik diedarkan senarai nama x
bersama senarai semak sifir.
2. Projek LOVE SK CPT: RmR SIFIR dilaksanakan di setiap x x
kelas pada setiap waktu Matematik selama lima minit.
3. Klinik RmR Sifir dijalankan oleh guru khas iaitu pelatih guru. x x
Ada kad
Semasa
Fokus murid
Tahap 1: Hafal sampai sifir 5
Tahap 2: Hafal sampai sifir 10
4. Anugerah khas akan diberi kepada kelas yang paling ramai x x
menguasai sifir.
1. Penilaian diadakan bagi murid-murid untuk mengukur tahap x
kefahaman mereka terhadap sifir.
2. Pelbagai soalan sifir diberikan kepada murid dari aras mudah x
Selepas
sehingga soalan KBAT.
3. Post moterm diadakan. x
4. Cadangan penambah baikan dibincangkan. x

11.0 JAWATANKUASA PROGRAM BIJAK SIFIR

PENAUNG : Pn.Norul Huda Bt Mohammad Idris


(Guru Besar SK Convent Pulau Tikus)
PENASIHAT PROJEK : Pn.Rafidah Aziah Bt Idris
(Mentor Guru Pelatih)
PENYELARAS : 1. Pn.Bairavi Govinda Raju
2. Pn.Revathi Rajendran
AJK : 1. Pn.Shamini Bai
2. Pn.Noriza Bt Abu Yazid
3. Ahmad Faizul Bin Zakaria
4. Nadia Adilah Bt Abdul Hadi
5. Aini Fadhilah Bt Razali

12.0 CABARAN BIJAK SIFIR


Setiap murid di kehendaki menghafal dan membacakannya pada guru matematik kelas masing-
masing dalam tempoh cabaran iaitu selama 3 minggu yang telah di tetapkan. Setiap sifir yang di
hafal akan di rekodkan pada carta dalam kelas masing- masing. Kelas yang menghafal dan
melafazkan sifir paling pantas dengan bilangan murid yang tertinggi dengan nilai peratus tertinggi
dikira sebagai pemenang.

13.0 PENUTUP

Semoga program yang dirancang ini mencapai objektif yang digariskan dan mendapat sokongan
serta kerjasama dari semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakannya.

Sekian, terima kasih

Disediakan oleh,

..
(PN.REVATHI RAJENDRAN)
(PN.BAIRAVI GOVINDA RAJU)
Guru Khas,
SK Convent Pulau Tikus

Disemak oleh,

..
(PN.RAFIDAH AZIAH BINTI IDRIS)
Guru Pembimbing,
SK Convent Pulau Tikus.

Disahkan oleh,
..
(PN.NORUL HUDA MOHAMMAD YUNUS)
Guru Besar,
SK Convent Pulau Tikus

Anda mungkin juga menyukai