Anda di halaman 1dari 4

JURNAL REFLEKTIF MINGGUAN

MINGGU KETIGA
(08 OGOS 2016 HINGGA 12 OGOS 2016)
MASALAH KEKURANGAN IDEA

Masalah
Pada minggu ketiga , masalah yang paling kritikal yang telah saya lalui ialah
kekurangan idea yang menarik dan sesuai untuk aktiviti semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran saya. Pada saya penjanaan idea melalui teknik sumbangsaran
(brainstorming) adalah baik dan mampu meningkatkan daya pemikiran yang kreatif guru.
Hasil akhir ini, semua akan merangsang perkembangan murid-murid saya untuk minat
dan tertarik kepada pengajaran saya.
Pengajaran dan pembelajaran yang ditunjukkan hampir sama setiap hari dan
guru tidak banyak membuat perubahan aktiviti melalui bahan bantu mengajar dan
strategi yang digunakan . Pengajaran dan pembelajaran seharusnya fleksibel dan tidak
bergantung kepada satu-satu pendekatan dan kaedah sahaja. Hal ini juga berlaku dan
tidak banyak membantu saya dalam proses menjalankan pengajaran dan pembelajaran
praktikum bagi subjek major.

Analisis Masalah
Masalah ini menyebabkan saya mengalami ketidakpuasan dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran. Penjanaan idea strategi pengajaran merupakan aspek
yang sangat penting dalam menggerakkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
dan dapat membantu guru dan murid dalam menjalani proses ini. Permasalahan ini
perlu diatasi segera memandangkan pengajaran dan pembelajaran perlu diteruskan
walau apa jua keadaan. Apa yang penting, langkah mengatasi perlu dicipta dan
dieksploitasi.
Beberapa persoalan bermain-main dalam fikiran saya, iaitu:
i.

Apakah strategi yang perlu digunakan agar pengajaran dan pembelajaran


sepanjang 4 bulan praktikum tidak terganggu dan sentiasa berjalan dengan
teratur dan sempurna?

ii.

Bagaimanakah saya mengatasi masalah ini dengan berkesan?

iii.

Sumber dan rujukan apakah yang boleh membantu penjanaan idea menarik
yang berterusan?

Pemerhatian dan beberapa dapatan awal juga telah saya senaraikan:


i.

Murid cepat bosan dan hilang minat belajar andai p&p dijalankan mengikut

ii.

aktiviti yang sama setiap hari.


Murid lebih suka bermain daripada belajar dan ini perlu diselaraskan agar

iii.

dapat menarik minat murid bagi membantu perkembangan kognitif mereka.


Guru menghadapi masalah untuk menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang baik kerana kekurangan idea yang menarik dan sesuai.

Banyak kelemahan yang diperolehi jika set induksi yang dilaksanakan tidak dapat
menarik minat murid. Sebenarnya, set induksi ini penting untuk menarik perhatian murid
agar menumpukan perhatian terhadap topik atau perkara yang hendak dibincangkan
oleh guru di dalam kelas. Sekiranya set induksi tidak digunakan dalam pengajaran,
sudah pasti murid akan berasa bosan dan kurang memberikan perhatian terhadap
pengajaran guru. Oleh itu, guru-guru haruslah menggunakan set induksi yang mudah
tetapi menarik perhatian pelajar di dalam kelas.
Namun

demikian,

kita

perlu

menyedari

bahawa

kegagalan

guru

untuk

menggunakan set induksi ini pastinya akan menyebabkan murid kurang tertarik dan
tidak berminat terhadap mata pelajaran yang diajarkan oleh guru. Seterusnya, perkara
ini mungkin akan mematahkan minat murid terhadap mata pelajaran tersebut. Oleh itu,
kita harus menerima hakikat bahawa set induksi ini akan membantu guru untuk
menyediakan minda murid bagi mengikuti pelajaran selanjutnya. Jadi, guru tidak harus
memandang set induksi ini sebagai perkara yang tidak penting jika hendak menarik
minat murid untuk menyukai atau meminati apa yang ingin diajari.
Kemahiran merancang set induksi merupakan kemahiran guru dalam memulakan
dan memperkenalkan sesuatu topik yang hendak diajar (Paintal, 1980). Merancang set
induksi yang unik sebelum memulakan pengajaran sangat penting untuk menarik
perhatian pelajar dalam mengikuti pelajaran guru. Merancang set induksi yang berkaitan
dengan pengalaman pelajar perlu diambilkira dalam merancang set induksi bagi

i.

ii.

iii.

iv.

memastikan mereka lebih tertarik dengan set induksi yang berkaitan dengan kehidupan
sekeliling (Johari Bin Hassan & Aslinda Binti Mohd Aris, 2010).

Cadangan
Untuk

memastikan

masalah

penjanaan

idea

kreatif

ini

selesai,

saya

mencadangkan langkah-langkah berikut:


Melakukan sumbangsaran (brainstorming) bersama rakan iaitu pasangan praktikum
saya.
Membuat pemerhatian (observation) pengajaran dan pembelajaran guru-guru lain dan
melakukan inovasi baru sekiranya dapatan tersebut mempunyai kesesuaian dan
kemampuan yang boleh menarik minat murid. Idea yang diperolehi dapat digunakan
untuk pengajaran dan pembelajaran yang akan datang.
Membuat draf awal (peta minta) tentang strategi yang ingin digunakan sepanjang
minggu sebelum pengajaran dan pembelajaran dijalankan pada hari tersebut, membuat
penggabungjalinan aktiviti yang sedia ada dan menambahkan idea-idea baru.
Meminta pendapat, idea dan pandangan daripada guru pembimbing, guru lain dan
rakan-rakan bagi menyediakan RPH. Saya juga melihat contoh-contoh penulisan RPH
yang baik yang terdapat di internet dan daripada rakan-rakan sebagai panduan.

Tindakan Susulan
Saya akan berbincang dengan pensyarah penyelia, guru pembimbing dan rakan
pembimbing untuk mendapakan idea dan bertukar-tukar pengalaman untuk mengatasi
masalah ini. Dengan ini saya dapat memperbaiki masalah saya dari masa ke semasa.
Saya yakin sekiranya semua usaha-usaha yang dicadangkan di atas diaplikasi dan
diambil perhatian oleh semua pihak, masalah ini dapat diatasi dengan segera. Guru
perlu memperbanyakkan pembacaan dan perbincangan dalam mencari idea-idea baru
yang boleh digunakan sebagai senjata pengajaran dan pembelajaran mereka.

Kesimpulan

Secara kesimpulannya, masalah ini akan dapat diselesaikan juga jika guru
sentiasa bersedia dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jika murid belajar
dalam keadaan terpaksa dan tidak menyeronokkan, sudah pastilah kesannya tidak
lama. Selanjutnya, pengajaran yang tidak menyeronokkan juga biasanya menyebabkan
pengajaran guru menjadi kurang berkesan.

_____________________
(Tandatangan

Pelajar (Tandatangan

Guru)
Nama: Bairavi Govinda
Raju

_____________________

Pembimbing)

_____________________
(Tandatangan
Guru
Pensyarah )

Nama: En. Ong Lock


Tong
Nama: Pn. Noriza bt Abu
Yazid

Tarikh:

Unit Amalan Profesional


1

Anda mungkin juga menyukai