Anda di halaman 1dari 2

PENULISAN JURNAL

Bilangan Jurnal : 10
Minggu : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa/Kejadian : 30 Ogos – 03 Sept 2009
Tajuk Jurnal : Masalah murid bising

1. Masalah/Peristiwa
Pada minggu yang lalu saya mengalami masalah murid suka buat bising.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku. Masalah ini
boleh menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terganggu. Murid-
murid yang kurang perhatian akan mudah bosan dan seterusnya melakukan
perbuatan seperti membuat bising.

2. Analisis
Masalah ini berlaku adalah kerana guru tidak peka dengan pewatakan dan
tingkah laku murid. Faktor yang kedua ialah aktiviti yang dijalankan mestilah
menarik minat murid. Faktor lain yang mempengaruhi masalah ini ialah bahan
bantu mengajar yang tidak menarik. Bahan bantu mengajar mestilah berwarna
warni.
3. Cadangan Tindakan Susulan
a. Bagi mengatasi masalah ini, guru mestilah bersemangat dalam
menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
b. Guru juga perlu membuat aktiviti yang menarik minat murid seperti
nyanyian.
c. Guru juga mestilah menyediakan bahan bantu mengajar yang menarik
bagi memastikan murid-murid faham dengan apa yang ingin diajar dan
seronok dengan isi pengajaran

.
4. Tempoh Masa Tindakan Susulan
Saya akan cuba mengatasi permasalahan ini dalam masa seminggu yang
akan datang. segala perancangan yang teliti saya akan aturkan untuk
mengatasi masalah ini. Kerjasama daripada semua guru-guru lain amat
diperlukan supaya segala perancangan yang dibuat berjalan lancar .

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing

Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai