Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

(MINGGU 3)

NAMA PELAJAR : MOHD IRMAN BIN MOHD ABD NASIR


KURSUS & AMBILAN : PDPP AMBILAN JUN 2020
BIDANG TERAS : PENDIDIKAN ISLAM
NAMA PENSYARAH : TUAN HJ. ISMAIL BIN ZAINI
MINGGU : MINGGU KETIGA
TARIKH : 17-21 MEI 2021

MASALAH/ISU: MASALAH KAWALAN KELAS SEMASA KELAS MELALUI GOOGLE MEET

1.0 MASALAH

Minggu ketiga praktikum adalah minggu di mana sekolah diseluruh negara telah diarah tutup
akibat daripada wabak pandemik Covid-19. Kementerian Pelajarana telah mengarahkan untuk
guru-guru membuat pengajaran secara online atau PdPR. Oleh yang demikian, guru-guru akan
mengajar secara online secara bersemuka atau tidak melalui beberapa medium seperti
Whatsapp, Telegram, Google Meet, Webex, Microsoft Team dan sebagainya.

Saya pula lebih selesa menggunakan medium Google Meet untuk pengajaran secara
bersemuka. Manakala Whatsapp dan Telegram pula adalah medium bukan bersemuka.
Semasa menggunakan Google Meet (GM), pelbagai pengalaman baru telah diperolehi
khususnya berkaitan dengan kebaikan dan kelemahan. Antara kelemahan yang saya dapati
ketika mengendalikan kelas melalui GM adalah berkaitan dengan kawalan kelas.

2.0 ANALISIS MASALAH

Masalah kawalan kelas dalam GM berlaku apabila murid-murid tidak mahir dalam
mengendalikan peranti mereka. Kebanyakkan murid tahun 2 masih mengharapkan ibu bapa
mereka untuk menyertai dan mengendali peranti bagi menyertai kelas GM. Oleh yang demikian,
ia memberi masalah kepada guru khususnya apabila murid-murid tidak tahu untuk membuka
mikrofon peranti mereka dan menukar mode senyap. Ini membuatkan kadang-kadang kelas
menjadi bising oleh kerana terdapat sebilangan murid tidak menukar peranti kepada mode
senyap. Pengajaran dan pembelajaran juga tidak menjadi lancar kerana terpaksa
menghabiskan masa untuk melayan karenah-karenah murid-murid di GM.

3.0 CADANGAN

Permasalahan kawalan kelas dalam GM turut dihadapi oleh guru-guru lain. Dalam Whatsapp
guru sekolah saya, memang sering menjadi kecoh mengenai PdPR dan kawalan kelas dalam
GM sering menjadi topik hangat. Oleh yang demikian saya mengambil langkah untuk sama-
sama berbincang dengan guru-guru lain khususnya guru-guru Pendidikan Islam mengenai
permasalahan ini.

4.0 TEMPOH PENYELESAIAN

Minggu ketiga praktikum adalah minggu bermulanya PdPR. Oleh yang demikian permasalahan
ini perlu diselesaikan secepat mungkin sekurangnya-kurangnya pada awal minggu keempat
praktikum supaya masalah ini tidak berlanjutan hingga ke PdPR seterusnya.

5.0 TINDAKAN SUSULAN

Setelah perbincangan dilakukan bersama guru-guru, beberapa cadangan penyelesaian adalah


seperti berikut:

i) Guru sentiasa mengingatkan dalam Whatsapp group ibu bapa untuk memastikan
peranti sentiasa dalam keadaan mode senyap.
ii) Guru sentiasa menerangkan kaedah yang betul terhadap murid-murid tentang
penggunaan peranti semasa kelas GM dengan betul
iii) Guru sentiasa perlu cekap untuk mengendalikan kelas dengan memahami selok
belok penggunaan GM. Guru sebagai admin boleh menukarkan mode murid-murid kepada
mode senyap.
6.0 KESIMPULAN

Tidak dapat dinafikan antara kelemahan menggunakan kelas maya adalah antaranya berkaitan
dengan kawalan kelas. Guru-guru tidak dapat menggunakan suara yang lebih keras oleh
kerana di belakang murid-murid ada ibu bapa yang memerhati atau duduk di sebelah mereka.
Oleh sebab itu guru-guru perlu sentiasa mengingatkan murid-murid tentang kaedah
penggunaan peranti dengan betul khususnya untuk mengawal mikrofon supaya kelas dapat
berjalan dengan lancar.

Anda mungkin juga menyukai