Anda di halaman 1dari 3

JURNAL PRAKTIKUM

Nama Pelajar : MUHAMMAD MUNIF BIN MOHD SIRRUL QALBI


Program : PISMP
Pengkhususan / Opsyen : PISMP AMBILAN JUN 2018 / SAINS
Sekolah : SK TANAH MERAH
Fasa Praktikum :1
Minggu Praktikum :8
Tarikh : 27/8/2021
Tajuk : Masalah talian dalam kalangan murid semasa menjalankan
kelas PdPR.
Kategori : Penilaian

1. ISU YANG DIFOKUSKAN :

Semasa saya melaksanakan proses PdPR, saya mendapati bahawa kaedah ini membuatkan proses
PdPR tidak dapat berlangsung dengan lancar kerana ada segelintir murid mengalami masalah untuk
mendapatkan talian untuk belajar.

2. ANALISIS ISU YANG DIFOKUSKAN (PUNCA DAN KESAN ISU) :

Punca yang dikenalpasti adalah kerana segelintir murid berada di Kawasan yang mempunyai masalah
talian. Perkara ini akan membuatkan murid-murid tersebut akan menghadapi masalah untuk
mengikuti kelas secara atas talian.

3. KAJIAN LAMPAU (LITERATURE REVIEW) TERHADAP ISU (PENGALAMAN ATAU KAJIAN LEPAS) :

Kajian yang dijalankan oleh Hamat, Embi dan Hassan (2013), yang mengkaji mengenai kesediaan bagi
pelaksanaan pembelajaran dalam talian menggunakan telefon pintar mendapati 79% responden
yang terdiri daripada murid dan guru sekolah tidak pernah melaksanakan pembelajaran dalam talian
menggunakan telefon pintar.

4. CADANGAN DAN IDEA PENYELESAIAN MASALAH :

Berdasarkan analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :

i. Merakam video pengajaran.


ii. Memuat naik tugasan pengajaran dalam “group Whatsapp”
iii. Memasukkan ibu bapa pelajar ke dalam “group Whatsapp”

5. TEMPOH MASA PENYELESAIAN :

1 Minggu
6. TINDAKAN SUSULAN :

Saya akan mengambil tindakan iaitu dengan merakam setiap pengajaran saya dan memuat naik
rakaman tersebut pada “group Whatsapp” kelas yang mempunyai ibu bapa murid sekali agar mereka
tidak terlepas proses pengajaran dan pembelajaran.

7. TARIKH TINDAKAN SUSULAN DILAKSANAKAN :

2/9/2021

8. KEBERKESANAN LANGKAH YANG DICADANGKAN :

Murid tidak akan terlepas proses PdPR yang dilaksanakan olerh guru walaupun murid tersebut tidak
dapat mengikuti secara atas talian semasa berlangsungnya sesi PdPR kerana murid-murid dapat
mengikuti proses pembelajaran tersebut melalui rakaman video pengajaran yang dimuat naik oleh
guru.

9. KESIMPULAN / REFLEKSI (KESAN TINDAKAN (PERLU) DAN HALANGAN (JIKA ADA) :

Saya berasa gembira dan berpuas hati terhadap respon yang diberikan oleh murid-murid kerana
apabila saya memuat naik video pengajaran, bilangan murid yang menghantar tugasan yang
diberikan meningkat dan seterusnya menunjukkan murid-murid dapat mengikuti proses pengajaran
dan pemnelajaran yang dijalankan.
RUJUKAN

Ahmad, M. F. (2018). Hubungan di antara pengetahuan dan sikap guru terhadap penggunaan aplikasi
pembelajaran atas talian (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).

Anda mungkin juga menyukai