Anda di halaman 1dari 2

8/28/2021 MyPOROMS

   
JURNAL PRAKTIKUM
   
  Nama Pelajar : ADELE CHEW HUI HUI
  No Kad Pengenalan : 990528135962
  Program : PISMP
  Pengkhususan / Opsyen : 2018 / 06 - MATEMATIK : PISMP
  Sekolah : SJKC UNION
  Minggu Praktikum :8
  Tarikh : 24-08-2021
  Tajuk : CABARAN KUIZ ATAS TALIAN
  Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
  Pensyarah Penyelia : DR. HAIZUL RASDY BIN SAIDIN
  Guru Pembimbing : CHOO MOOI LING

   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Pelaksanaan PdPr di Malaysia bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 telah mengubah landskap pendidikan negara. Jika
dahulunya proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka baik dari segi penyampaian mahupun penilaian
berterusan, kini norma baru yang perlu diadaptasi telah menyebabkan kesemua kaedah pemindahan dan perkongsian ilmu serta
pentaksiran perlu dilaksanakan secara atas talian. Walaupun pada peringkat awalnya, kebanyakan murid termasuk guru sukar
menyesuaikan diri impak kekangan yang pelbagai seperti isu akses capaian internet dan sebagainya. Namun, kini kebanyakannya
mula belajar menyesuaikan diri dan meneroka peluang pendidikan secara maya dengan lebih meluas. Isu-isu yang saya hadapi
minggu ini adalah setiap kali kuiz seperti Quizizz, Gimkit dan sebagainya dijalankan secara atas talian semasa PdP dijalankan,
mesti ada murid yang tidak masuk. Akhir sekali, guru terpaksa memulakan quiz untuk murid yang masuk ke dalam pautan sahaja.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Guru telah menggunakan aplikasi TMK untuk memberikan soalan bagi melaksanakan penilaian terhadap pemahaman murid bagi
sesuatu topik. Ia merupakan alat pembelajaran kendiri yang membolehkan setiap pelajar meraikan pencapaian dan keupayaan
masing-masing. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk soalan yang boleh dicipta oleh guru bagi memastikan murid mencapai objektif
pembelajaran. Walaubagaimanapun, murid menghadapi masalah dalam mengakses aplikasi TMK ini disebabkan capaian internet
yang lemah, disebabkan kesuntukkan masa, guru tidak dapat menunggu murid yang mengalami capaian internet lemah. Selain
itu, punca murid yang tidak masuk ke dalam pautan juga berkemungkinan mereka tidak berada di hadapan komputer. Pada awal
kelas, mereka masuk ke dalam Google Meet, mereka tidak buka camera asalkan guru telah minta semua pasang kamera, mereka
mungkin telah pergi tempat lain ataupun tidur dan sebagainya.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Penilaian formatif adalah lebih senang untuk dilakukan secara dalam talian dengan menggunakan pelbagai aplikasi sedia ada
seperti Kahoot, Quizziz, Liveworksheet, Google Form dan juga Learning Management System (LMS) (Natasya, 2020). Penilaian
dengan menggunakan aplikasi ini dapat dilakukan dengan pantas kerana proses permarkahan adalah secara automatik iaitu boleh
dijana secara serta merta. Oleh itu, penilaian secara dalam talian ini ternyata dapat menjimatkan masa dan wang di samping
menyediakan satu platform interaktif untuk penilaian.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

- Menghubungi ibu bapa untuk mengetahui masalah sebenar murid yang tidak masuk ke dalam pautan.
- Memberikan masa yang lebih banyak kepada murid yang menghadapi capaian interney yang lemah.
- Memberitahu murid pada awal kelas dahulu jika ada kuiz sebentar lagi supaya murid bersedia.
- Minta murid cuba mencari tempat di kediaman masing-masing yang mempunyai capaian internet yang lebih stabil
untuk mengurangkan masalah capaian internet.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

Guru telah meneroka beberapa kaedah penilaian yang bersifat interaktif dan menarik bagi membolehkan murid berasa tertarik

https://myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=145616&Kod_Ipgm=PMA1001 1/2
8/28/2021 MyPOROMS

untuk mengambil bahagian dalam penilaian yang telah disediakan oleh guru. Guru telah menghasilkan satu kuiz atas talian yang
lebih ringkas dan padat bagi membolehkan murid tidak terlalu terbeban dengan kuiz yang disediakan. Pada masa yang sama,
pemberian masa yang lebih untuk memberikan peluang kepada murid untuk masuk ke dalam pautan.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

28-08-2021

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Selepas saya mekaksanakan kesemua cadangan penyelesaian bagi masalah ini, saya mendapati bahawa jumlah murid untuk
masuk ke dalam pautan quiz secara atas talian telah bertambah. Terutama semasa saya memberikan masa yang lebih banyak
untuk menunggu murid supaya masuk ke dalam pautan. Selain itu, memberitahu murid dahulu pada awal kelas bahawa akan
adakan kuiz sebentar lagi juga bekesan kerana murid-murid akan sedar dan masuk ke dalam pautan kuiz.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, sebagai seorang guru, kita mestilah sentiasa mengimbas kembali PdP yang kita jalankan untuk
menjalankan refleksi terhadap diri sendiri. Kelebihan dikekalkan manakala kelemahan diperbaiki.

Rujukan :

Natasya Abdullah. (2020). Cabaran Pelaksanaan Penilaian Dalam Talian. Dipetik pada November 23, 2020 daripada
https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1849732.

https://myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=145616&Kod_Ipgm=PMA1001 2/2

Anda mungkin juga menyukai