Anda di halaman 1dari 23

LAMPIRAN 1

KPR 3012: SEMINAR REFLEKSI LATIHAN MENGAJAR

PROGRAM

PENULISAN SEMINAR REFLEKSI

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO PHONE

SITI SALWA BINTI ABU BAKAR D20182086492 0182684310

PENSYARAH: ENCIK KHAIRUL ANUAR BIN HASNAN


KUMPULAN : A
TARIKH : 24 DISEMBER 2021 (JADUAL/MASA)
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan .................................................................................................................. 1

2.0 Isu Pertama (Kurang Alat Pentaksiran) ...................................................................... 3

2.1 Masalah Pdpc .............................................................................................................. 4

2.2 Penambahbaikan ......................................................................................................... 5

2.3 Rancangan Pengajaran Harian .................................................................................... 6

3.0 Isu Kedua (Kurang Memberi Soalan Kbat) .............................................................. 10

3.1 Masalah Pdpc ............................................................................................................ 11

3.2 Penambahbaikan ....................................................................................................... 12

3.3 Rancangan Pengajaran Harian .................................................................................. 16

4.0 Rumusan ................................................................................................................... 21

5.0 Rujukan ..................................................................................................................... 22


1

1.0 PENGENALAN
Profesion perguruan adalah tunggak utama negara dalam membentuk kemenjadian
insan yang cemerlang. Guru sebagai pemudahcara pengajaran berfungsi sepenuhnya
untuk memastikan penyampaian ilmu yang telus dan berkualiti kepada segenap
lapisan murid. Krisis kesihatan global Covid-19 yang melanda dunia hari ini telah
mendatangkan pelbagai impak kepada ekonomi, sosial dan politik sesebuah negara
termasuklah bidang pendidikan.

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) telah menetapkan setiap


murid mendapat akses kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi
menghadapi kehidupan masa hadapan. Pendidikan boleh dijalankan sama ada secara
bersemuka dalam kelas dengan guru atau secara terpisah tanpa guru. Masyarakat
lazimnya menerima pendidikan secara bersemuka dengan guru dan guru harus berada
di dalam kelas mengajar muridnya. Keberhasilan pembelajaran murid menerusi PdPR
ini merupakan fokus utama dalam refleksi pengajaran. Guru sebagai pemudahcara
perlu memastikan pembelajaran dan pengajaran dapat dilaksanakan tanpa sebarang
halangan dengan strategi pengajaran yang berpusatkan murid dan bahan
pembelajaran.

Pendidikan menjadi semakin moden dalam menghadapi cabaran dunia yang


semakin membangun. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah lama
memperkenalkan konsep pembelajaran secara maya iaitu melalui pengenalan konsep
Sekolah Bestari pada tahun 1996, serta Pembestarian Sekolah dan laman Frog VLE
pada tahun 2006. Konsep dan kaedah pembelajaran ini telah berkembang dan diterima
oleh masyarakat ketika penularan wabak virus COVID19 bermula pada penghujung
tahun 2019. Pandemik Covid-19 sebenarnya telah mempercepatkan penerimaan
masyarakat negara ini terhadap pembelajaran secara maya yang sebelum ini dijangka
mengambil masa yang lebih lama untuk diadaptasi. Perkara ini seiring dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang dalam anjakan pertamanya
iaitu ‘menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan berkualiti bertaraf
antarabangsa serta anjakan keenam dalam memanfaatkan teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT) bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia. Selaras dengan
usaha itu, KPM telah memperkenalkan satu pelantar pendidikan yang dinamakan
sebagai Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) yang bertujuan
2

untuk membantu dan memudahkan para guru menyampai pengajaran dengan


menyediakan pautan link kepada Google Classroom, Microsoft Teams, Buku Teks
Digital, EduwebTV, CikgooTube, aplikasi pembelajaran dan pautan aplikasi
gamifikasi yang dapat membantu PdPc. Dalam usaha ini juga, KPM juga telah
menganjurkan pelbagai kursus bagi menyediakan guru dengan kemahiran
menggunakan pelantar pembelajaran secara digital serta membina pelbagai bahan
pembelajaran bagi membantu pelaksanaan PdPR. Antaranya melalui saluran RTM
Okey iaitu TV Pendidikan dan ASTRO Tutor TV. Pembelajaran secara dalam talian
telah mendedahkan pelajar kepada pelbagai jenis aplikasi dan teknologi terkini yang
mempunyai pelbagai faedah pengajaran dan pembelajaran ataupun pembelajaran
sepanjang hayat (Life Long Learning) dengan pembelajaran secara dalam talian boleh
menghasilkan individu yang mempunyai kemahiran.

Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) adalah alternatif KPM bagi


membantu guru melaksanakan pengajaran dalam norma baharu. Tambahan pula,
dalam situasi di mana semua individu perlu ‘duduk di rumah’ seperti yang telah
disarankan oleh kerajaan sebagai tindakan yang diperlukan bagi meratakan lengkuk
dan mengendalikan penularan penyakit. Oleh yang demikian, PdPr yang dilaksanakan
boleh dijalankan di rumah, pusat komuniti atau mana-mana lokasi yang bersesuaian
dan mengikut SOP yang ditetapkan. Merujuk kepada panduan PdPR, ianya
melibatkan tiga pendekatan iaitu: Pendekatan PdPR dalam talian: adanya capaian
internet, penggunaan peranti dan pembelajaran secara realtime menggunakan aplikasi
DELima, Google Meet, Zoom, egamification, video, klip audio, eBuku dan rakaman
video. Pendekatan PdPR luar talian dengan penggunaan peranti, tablet, telefon pintar
tanpa capaian internet. Pendekatan PdPR secara off site iaitu dilaksanakan di Pusat
komuniti atau lokasi yang dibenarkan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).
Pendekatan yang digunakan mestilah mengikut dan mengambil kira kesesuaian
kemudahan guru dan murid. Guru mestilah lebih kreatif dan positif dalam
mempelbagaikan kaedah PdPR ini. Oleh itu, profesionalisme guru yang lebih
kontekstual akan berlaku dengan sokongan pentadbir dan jaringan interaksi bersama
PPD dan JPNM. Walaupun kementerian mengambil pelbagai langkah proaktif dengan
mewujudkan PdPR untuk membolehkan pengajaran dan pembelajaran terus
berlangsung, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh dan sistematik dan tidak hanya
sekadar menumpukan kepada aspek infrastruktur dan modaliti semata-mata.
3

2.0 ISU PERTAMA (KURANG ALAT PENTAKSIRAN)


Sepanjang dua bulan Latihan Mengajar, saya telah diselia oleh guru pembimbing
sebanyak tiga kali. Manakala pensyarah penyelia pula akan menyelia melalui video
pembelajaran yang dilakukan semasa sesi PdPr berlangsung. Disebabkan oleh
pendemik covid 19 pensyarah penyelia hanya akan melakukan sesi seliaan secara
maya sahaja dan tidak dapat datang secara bersemuka disekolah. Akan tetapi ini
bukan halangan kepada beliau untuk terus memberi pantauan dan nasihat kepada kami
sepanjang sesi latihan mengajar ini.

Justeru, terdapat beberapa isu yang dapat saya kenalpasti dan perbaiki daripada
hasil seliaan. Antara isu yang saya dapat kenalpasti adalah kekurangan alat
pentaksiran. Kekurangan alat pentaksiran untuk penyeliaan, saya diberi mata
pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 2 Ibnu Khaldun. Hal ini adalah disebabkan mata
pelajaran Bahasa Melayu tingkatan 2 Ibnu Khaldun tidak mencukupi guru bagi
mengajar subjek ini malahan mata pelajaran ini bukan bidang profesion saya. Oleh
itu, saya memerlukan usaha yang lebih lagi untuk mengendalikan mata pelajaran ini
dengan alat pentaksiran yang lebih jelas dan menarik kepada murid.

Jadi, semasa sesi PdPc kelas saya biasa melaksanakan sesi PdPc dengan dua cara
iaitu memberi penerangan dan melaksanakan aktiviti selepas saya memberi
penerangan. Pada kali kedua penyeliaan guru pembimbing, beliau memberi komen
kekurangan alat pentaksiran. Hal ini adalah disebabkan saya jarang memberi kerja
rumah kepada murid. Saya lebih biasa menyuruh mereka membuat nota untuk tajuk
yang telah diajar. Selain itu juga, saya hanya ingin mengurangkan beban murid
dengan tugasan yang banyak padahal saya tidak semestinya memberikan tugasan
yang berat. Akan tetapi sebenarnya, saya boleh beri lebih banyak aktiviti tugasan yang
menarik secara ringkas dan memudahkan murid untuk menggunakan alat pentaksiran
yang lebih canggih menggunakan media elektronik.
4

2.1 MASALAH PDPC


Menurut komen oleh guru pembimbing, hasil cerapan beliau menyatakan bahawa
murid kurang didedahkan dengan alat pentaksiran tentang pembelajaran sebelum
berakhirnya kelas bagi topik yang dipelajari itu. Hal ini boleh berlaku kerana saya
memikirkan bahawa murid akan mengalami masalah internet dan kebanyakkan
daripada mereka memberi tahu bahawa kelas yang akan berlangsung tidak boleh
dilakukan dengan lama kerana masalah internet dan perkongsian telefon oleh ibu bapa
serta adik beradik yang masih bersekolah.

Masalah lain yang sering berlaku adalah waktu yang murid akan lakukan untuk
siap atau menghantar tugasan adalah saya panjangkan dalam tempoh 12 jam dimana
murid boleh menghantar tugasan sebelum jam 12.00 malam. Namun murid masih
tidak memberi kerjasama yang baik dalam melakukan aktiviti ini mskipun masa telah
dipanjangkan. Selain itu, aktiviti yang saya sediakan juga banyak yang memerlukan
murid untuk mengakses dengan data yang banyak jadi murid tidak mampu
melakukannya dan mereka juga sering memberi tahu bahawa telefon mereka ada
masalah yang menyebbakan tidak dapat masuk kepada aplikasi untuk melakukan
latihan tersebut.

Oleh itu, saya juga sering mengalami msalah dalam memilih aplikasi yang baik
untuk kegunaan murid kerana saya mengehadkan pembelajaran murid tanpa mencuba
dahulu dengan aktiviti secara offline. Jadi saya tidak dapat menilai dengan baik
tentang pelaksanaan alat pentaksiran ini adakah ianya sesuai dan terbaik untuk murid.
Sedangkan saya tahu murid tidak mempunyai masalah jika saya lebih proaktif dalam
mengahadapi masalah ini kerana kayu ukur yang baik adalah saya sendiri supaya
murid tidak menjadi asbab dalam kelemahan saya ketika mengajar mereka.
5

2.2 PENAMBAHBAIKAN
Dengan ini saya akan melakukan penambahbaikan yang lebih terjamin pembelajaran
murid terutama dalam pandemik covid 19 ini semuanya perlu disusun dan diatur
dengan baik supaya isu teknikal dan sebagainya dapat dielakkan. Jadi pentaksiran
tentang pembelajaran berlaku pada akhir sesuatu tempoh, tajuk atau bidang
pembelajaran. Lazimnya pentaksiran tersebut berlaku dalam bentuk ujian sumatif.

Dalam situasi ini saya akan menggunakan kaedah aktiviti yang mudah dan lebih
fokus kepada pembelajaran yang dipelajari itu. Dimana saya akan minta murid
sediakan beberapa jenis barang yang diperlukan untuk kelas esoknya. Kemudian saya
akan meminta murid itu untuk memberi tahu kegunaan dan ciri yang terdapat daripada
barang yang mereka sediakan itu. Daripada situ saya akan memasukkan nilai
mengikut tahap yang telah murid itu lakukan.

Seterusnya, saya juga akan gunakan teknik think aloud dimana murid akan
menggunakan kaedah komunikasi dengan guru melalui aplikasi whatsapp atau
telegram sekiranya murid ini adalah yang paling tegar kurang memberi tindak balas
ketika di dalam kelas. dengan cara ini murid akan berasa guru lebih memberi tumpuan
kepada mereka. Selanjutnya, saya juga ada menyediakan ruang kepada murid ini
untuk memuat naik aktiviti hari minggu mereka di dalam kumpulan whatsapp kelas.
jadi mereka diberi kebebasan untuk menghantar segala kelebihan yang mereka
perolehi antaranya mengedit video, main game, menolong ibu bapa dan sebagainya.
Dalam situasi ini saya dapat mengenal minat murid ini lebih cenderung kepada arah
yang mana jadi saya akan melakukan sesi pembelajaran dengan mereka menggunkan
alat pentaksiran yang lebih sesuai kepada minat mereka ketika sesi pembelajaran
berlaku.

Oleh itu, guru akan menggunakan data untuk merancang dan melaksanakan
strategi yang lebih konstruktif dan bermakna dalam menggalakkan penglibatan aktif
murid dalam pembelajaran, memajukan pembelajaran mereka pada masa hadapan,
seterusnya meningkatkan penguasaan dan pencapaian mereka dalam pembelajaran.
Ianya bukan bertujuan untuk perbandingan antara murid. Maklumat dan data dari
pentaksiran sumatif ini juga boleh menjadi petunjuk asas kepada pencapaian murid
terhadap sesuatu tajuk sebelum beralih kepada tajuk atau pelajaran seterusnya.
6

2.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MINGGU 01
TARIKH/HARI Rabu PENDEKATAN/KAEDAH/TEKNIK
MASA 11. 30 Pagi – 1.00 Petang /STRATEGI PDPC
TINGKATAN 1 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri /
MATA PELAJARAN Reka Bentuk Teknologi  Murid dapat mengenali apa itu
sistem fertigasi.
STANDARD 5.1 Reka Bentuk Sistem Fertigasi
KANDUNGAN Pembelajaran Melalui Penerokaan /
(Topik/Subtopik) 5.1.1 Mentakrifkan sistem fertigasi.  Murid dapat mencari
maklumat dengan lebih lanjut
STANDARD Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat mentakrifkan maksud sistem fertigasi dan menyatakan
menggunakan internet
PEMBELAJARAN satu komponen utama sistem fertigasi.
ataupun persekitaran fertigasi
(UMUM)
yang mereka pernah lihat.
STANDARD Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :- Pembelajaran Masteri /
PEMBELAJARAN  Murid melakukan tugasan
(KHUSUS) 1. Mentakrifkan maksud sistem fertigasi. secara individu.
2. Menyatakan satu komponen utama sistem fertigasi. Pendekatan STEM /
AKTIVITI PENGENALAN:  Murid didehkan dengan jenis
Guru memberi salam dan ucapan selamat kepada pelajar. tanaman fertigasi
SET INDUKSI Pembelajaran Didik Hibur /
Aktiviti Guru Aktiviti Murid  Murid dapat membuat
Guru menghantar gambar fertigasi kemudian minta Murid bernama Rahman memberi respon. menjawab kuiz suasana yang
murid memberi respon PERNAH/ TIDAK PERNAH. baru.

PERKEMBANGAN PELAJARAN
AKTIVITI PdPr ABAD 21
Standard Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan Quizzwhizzer /
Pembelajaran
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
Murid dapat Menjawab Guru menjalankan kelas Murid ada yang (KBAT)
mentakrifkan soalan daripada dalam group telegram respond dan ada Mengaplikasi /
maksud sistem guru. kelas. yang seen sahaja.  Murid dapat menyatakan
fertigasi dan maksud fertigasi dan sistem
menyatakan satu Guru menghantar gambar Murid memberi fertigasa yang akan dipelajari.
slide dan memberikan respon.
7

komponen utama sedikit soalan untuk murid


sistem fertigasi. jawab.
Guru menghantar arahan ELEMEN MERENTASI KURIKULUM
dalam kumpulan untuk (EMK)
aktiviti murid yang tidak Teknologi Maklumat dan Komunikasi /
terlibat semasa guru
Nilai Murni /
menjalankan kelas
secara langsung dalam Kelestarian Alam /
kumpulan telegram kelas. Bahasa /

Assalamualaikum dan
selamat pagi PENTAKSIRAN
📅📅Tarikh : 08/09/2021 Berasaskan Standard Prestasi /
📕Hari : Rabu Berasaskan Aktiviti /
📕Masa: 11.30 pagi-1.00
petang
🌺
📚📚Kelas : 1 Ibnu Rushd
Subjek : RBT
Bab 5 : SISTEM
FERTIGASI
📚📚📚 5.1.1
MENTAKRIFKAN
MAKSUD FERTIGASI

📕📕📕Rujukan buku teks


muka surat 103 - 106

📕📕PDPR Hari ini..


1. Guru akan beri slide
PowerPoint kepada
murid.

2. Guru akan mengajar di


dalam group telegram
sahaja. Murid perlu.
Memberi respon.
8

3. sila jawab kuiz


berdasarkan link berikut
https://app.quizwhizzer.c
om/play?code=19221

4..Setelah menghantar ss
kuiz, sila tandakan
dengan ✅ sebagai
kehadiran.

Pelajar yang terlibat untuk


tugasan ini adalah seperti
berikut:

❤️❤️Terima kasih atas


kerjasama semua.

Guru minta murid baca


nota dan jawab kuiz.

Guru minta murid


bertanya didalam group Murid menjawab
kelas jika ada sebarang kuiz dan baca
soalan. nota.

PENUTUP

Penilaian Lanjutan
Kelas Ontime Guru melihat respon murid dalam quizzwhizzer. Murid menjawab kuiz. Strategi PdP:
& Kuiz Pembelajaran
Guru minta murid ss kuiz dan hantar kepada Murid lakukan ini. Masteri
guru.
Pentaksiran:
Guru juga minta murid tick nama setelah hantar Kuiz
ss markah kuiz.

Refleksi
 Guru memberi soalan pool dan minta murid tick apa yang mereka pelajari untuk kelas hari ini.
9

Rumusan
 Guru merumuskan aktiviti pembelajaran pelajaran ini telah berjaya dilaksanakan.

BAHAN BANTU
MENGAJAR Slide PowerPoint /
Quizwhizzer /
Telegram /

STANDARD Tahap Prestasi 1


PRESTASI 1. Murid dapat mentakrifkan maksud sistem fertigasi dan menyatakan satu komponen utama sistem
fertigasi.

REFLEKSI GURU Kehadiran murid: 08 / 13

Kekuatan:
 Guru berjaya melaksanakan kelas dalam kumpulan telegram walaupun xramai murid yang respon.
 Guru menyediakan kuiz untuk murid yang tidak terlibat dalam kelas secara langsung melalui kumpulan
telegram.

Kelemahan:
 Guru tidak dapat menarik murid secara ramai untuk menyertai kelas yang dijalankan dalam kumpulan
telegram.

Cadangan Penambahbaikan:
 Guru akan menjalankan kelas secara berkumpulan.
 Guru akan menggunakan alternative kuiz yang lebih mudah dan menarik.
TINDAKAN  Guru akan menggunakan kumonspace untuk kerja berkumpulan secara virtual
SUSULAN  Guru akan membuat soalan kuiz dalam aplikasi quizziz.
10

1.0 ISU KEDUA (KURANG MEMBERI SOALAN KBAT)


Pada minggu pertama sehingga minggu ketiga mengajar secara atas talian (PdPr)
sewaktu menjalani latihan mengajar, saya telah merekodkan video pengajaran bagi
mengenal pasti isu dan kelemahan saya sebagai seorang guru pelatih. Selepas melihat
semula video berkenaan, saya mendapati bahawa isu paling besar yang saya hadapi
ialah saya kurang menekankan konteks pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
(KBAT) malah sekiranya ada pun ia berada di tahap yang paling lemah sedangkan
kriteria pemupukan KBAT adalah ciri paling penting dalam Pendidikan Abad ke-21
(PAK-21) dan ciri yang wajib ada dalam diri seorang guru PAK-21 ini.

Apabila direnung dan direfleksikan, terdapat beberapa asbab kenapa masalah ini
timbul. Pertama, saya tidak memiliki keyakinan yang tinggi untuk memupuk budaya
KBAT di dalam kelas kerana risaukan pelajar tidak mampu “engaged” ataupun
mengikuti pengajaran saya. Selain itu, mungkin ia juga berpunca dari kurangnya
pengetahuan yang mendalam terhadap isi kandungan RBT sehingga menjadikan saya
kurang yakin dan takut menyebabkan persepsi terhadap konsep RBT adalah sukar
terutamanya saya perlu memberi penerangan untuk murid menjana idea,
menyelesaikan masalah dan lain-lain dalam topik TRIZ. Ada ketikanya saya memang
berhasrat hendak mengajukan beberapa soalan KBAT di dalam kelas namun ia
terbantut kerana risau ia bakal menjejaskan mood belajar murid ataupun soalan ini
hanya berakhir dengan soalan tanpa jawapan dan situasi pembelajaran akan jadi
hambar.

Oleh yang demikian, berdasarkan isu yang saya hadapi ini, saya percaya satu
penambahbaikan perlu dilaksanakan segera agar PAK-21 dapat dijalankan
sepenuhnya di dalam kelas. Lagipun, RBT merupakan subjek yang memerlukan
pelajar untuk berfikir secara kritikal bagi memahami konsep yang abstrak dan sukar.
Maka, sayalah insan yang berperanan paling penting untuk meransang seterusnya
membudayakan KBAT di dalam kelas.
11

3.1 MASALAH PDPC


Masalah saya dalam hasil cerapan kali kedua adalah saya tidak memupuk budaya
KBAT di dalam kelas dan kurang melakukan aktiviti yang meransang pemikiran
KBAT pelajar yang mana ia sudah bercanggah dengan hasrat KPM. Selain itu, saya
juga kelihatan kurang berkeyakinan semasa pembelajaran berlangsung apabila cuba
mengajukan soalan yang berunsur KBAT dan malangnya guru sentiasa mengakhiri
soalan KBAT ini dengan jawapan selamat seperti “balik nanti, awak cuba cari
jawapannya di mana-mana buku atau internet” yang mana guru langsung tidak
mewujudkan perbincangan dalam konteks KBAT bersama pelajar. Jadi, perkara ini
menyebabkan pemupukan budaya KBAT di dalam kelas terbantut.

Selain itu, aktiviti yang dilaksanakan juga tidak meransang murid untuk berfikir
dengan lebih mendalam apatah lagi berfikir pada aras tinggi. Hasil tinjauan juga
mendapati bahawa pelajar tidak pun mencari jawapan sebagai proses inkuiri apabila
guru bertanya soalan yang mengandungi unsur KBAT dan mencari jawapannya di
rumah. Dalam ruangan komen penambahbaikan sebelum kelas berakhir, pelajar telah
memberikan komen untuk menjadikan situasi pembelajaran RBT banyak
membincangkan fundamental bermula dari aras rendah sehingga ke aras tinggi.

Dalam komen buku seliaan latihan mengajar terdapat beberapa teguran yang
dibuat oleh beliau dan salah satu teguran major yang memberi kesan kepada saya ialah
saya tidak merancang pembelajaran yang menjunjung KBAT di dalam kelas.
Walaupun hasil pembelajaran yang ditetapkan tercapai, namun, menurut guru
pembimbing, strategi pembelajaran, aktiviti dan teknik yang digunakan kurang
meransang pemikiran pelajar untuk berfikir pada aras tinggi.

Saya juga ditegur untuk menjadi kreatif dalam mempelbagaikan teknik


penyampaian agar konsep fundamental RBT yang diajar benar-benar jelas, tidak
mengandungi unsur miskonsepsi, berunsurkan PAK-21 dan membudayakan KBAT
dalam masa yang sama isu utama yang perlu diatasi oleh saya ialah tidak memupuk
budaya KBAT di dalam kelas dan memberi impak yang kurang baik kepada prestasi
pelajar. Seterusnya, saya bukan sahaja kurang mahir dalam memperkasakan KBAT,
malah kurang berkeyakinan apabila melaksanakan aktiviti yang berunsurkan KBAT
dan akhirnya ia membawa kepada satu mesej yang tidak sampai kepada pelajar.
12

3.2 PENAMBAHBAIKAN
Setiap penambahbaikan ini mempunyai kewajarannya yang tersendiri yang mana bagi
pelaksanaan POE, iaitu beberapa tindakan wajar telah dilakukan untuk mengatasi isu
ini antaranya ialah aplikasikan teknik Predict, Explain, Observe, And Explain (POE),
teknik menyoal, strategi pembelajaran inkuiri terbimbing dan peta konsep rasional
teknik ini digunakan ialah menarik perhatian pelajar di awal pembelajaran,
mencungkil idea pelajar, mewujudkan peristiwa bercanggah yang akan meninggalkan
pembelajaran berkesan kepada pelajar, membantu pelajar memahami konsep yang
abstrak dengan lebih mudah, memperkasakan kemahiran menaakul dalam diri pelajar
dan mengasah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) melalui analisis masalah
yang ditimbulkan guru.

Kaedah penambahbaikan berikutnya ialah strategi pembelajaran inkuiri


terbimbing. Kaedah ini digunakan untuk menjalankan eksperimen yang dimulakan
dengan satu persoalan untuk pelajar fikir, kaji dan temui. Antara kelebihan
menggunakan kaedah ini ialah, guru dapat mencungkil miskonsepsi di awal fasa
inkuiri melalui persoalan yang memerlukan pelajar temui jawapannya menggunakan
kajian. Guru hanya perlu membimbing pelajar sepanjang proses inkuiri berlaku bagi
menggalakkan pembelajaran benar-benar berpusatkan pelajar. Guru dapat
membudayakan KBAT melalui persoalan yang memerlukan pelajar mencipta idea
sendiri. Pelajar dapat meransang kemahiran mereka berfikir pada aras tinggi tanpa
bergantung sepenuhnya kepada guru. Bertepatan dengan hasrat KPM yang
mengetengahkan PAK-21.

Kemudian, kaedah yang turut digunakan juga ialah teknik penyoalan soalan
KBAT oleh guru kepada pelajar. Sebelum pembelajaran bermula, guru terlebih
dahulu akan melakukan pembacaan dan kajian awal bagi persiapan isi kandungan
yang mantap untuk membina soalan-soalan KBAT dan bersedia dengan jawapan dari
pelajar yang pelbagai dan tidak terduga. Kesannya, guru akan jadi lebih yakin dalam
mengajukan soalan KBAT di dalam kelas. Jadi kelebihan menggunakan teknik ini
ialah dapat meransang pemikiran pelajar melalui soalan-soalan KBAT oleh guru. Jadi,
secara tidak langsung guru dapat memupuk budaya KBAT di dalam kelas. Bukan itu
sahaja, kaedah penambahbaikan terakhir yang digunakan oleh guru ialah pemetaan
konsep. Guru akan menyenaraikan beberapa konsep yang perlu dihubungkan oleh
13

pelajar menggunakan metod peta konsep yang menggabungkan konsep-konsep ini


dalam satu ayat sahaja. Kelebihan menggunakan kaedah ini ialah dapat meransang
pelajar membudayakan pemikiran analitikal, memupuk KBAT di dalam kelas,
menghubungkaitkan konsep-konsep RBT dalam topik Sistem Fertigasi yang
kelihatan asing ataupun “isolated” tapi sebenarnya mempunyai perkaitan,
mengelakkan pengetahuan terasing “isolated knowledge” dalam minda pelajar dan
menggalakkan KBAT melalui mencipta satu jaringan peta konsep di akhir
pembelajaran.

Pelaksanaan aktiviti yang dirancang dalam menjana KBAT pelajar bukanlah


hanya untuk mengejar skor yang terbaik dari guru pembimbing, sebaliknya, ia adalah
bertujuan untuk melatih guru agar benar-benar menyahut seruan KPM dalam
mengasah KBAT pelajar. Secara literalnya, jika diperhatikan semula teknik POE,
penyoalan, inkuiri terbimbing dan pemetaan konsep, ia merupakan salah satu daripada
berpuluh kaedah dalam meransang KBAT pelajar. Orang pertama yang perlu
memulakan dan menyuburkan KBAT di minda pelajar ialah guru itu sendiri. Jadi,
guru yang tidak melaksanakan KBAT dalam pengajaran adalah guru yang tidak baik.
Kesemua ini memerlukan guru untuk berfikir secara KBAT terlebih dahulu sebelum
membentuk minda pelajar ke arah KBAT. Jadi, ia bukanlah suatu yang mudah tetapi
menyeronokkan.

Dalam mengamalkan KBAT dalam pembelajaran bukanlah suatu yang mudah


kerana ia memerlukan tiga elemen penting iaitu kognitif yang mantap, psikomotor
yang cekap dan afektif yang cukup baik. Sebelum mendidik pelajar agar berfikir
secara KBAT, guru juga perlulah memiliki pemikiran yang mampu berfikir pada aras
tinggi kerana kita tidak mahu senario peribahasa iaitu ibarat ketam mengajar anaknya
berjalan berlaku dalam sekeliling kita.

Pada minggu pertama mengajar, saya tidak nafikan bahawa teknik serta strategi
pengajaran yang saya laksanakan amatlah lemah dan tidak menjunjung aspirasi
KBAT sewaktu mengajar sedangkan saya tahu bahawa pedagogi abad 21 bukanlah
hanya berkisarkan pembelajaran berpusatkan pelajar. Menyedari hakikat ini tidak
boleh diteruskan, tidak berbuat apa-apa malah berputus asa adalah langkah paling
buruk jika dilakukan oleh seorang guru, jadi, saya sanggup melakukan tinjauan demi
14

mengenalpasti masalah yang berlaku untuk ditambah baik demi mendidik anak
bangsa.

Semasa proses penambahbaikan, pelbagai kaedah saya cuba laksanakan agar


matlamat untuk menyelesaikan masalah benar-benar tercapai. Saya malah meminta
guru pembimbing untuk menjadi pemerhati dan penyelia bagi menilai pengajaran
saya sama ada menerapkan budaya KBAT ataupun tidak kerana suatu perkara itu
lebih baik sekiranya ada orang lain yang lebih berpengalaman untuk menilai saya
mengajar. Jadi, ia juga dianggap sebagai satu pentaksiran bagi memudahkan saya
menilai pemarkahan hasil dari penyeliaan guru pembimbing untuk direfomasikan
menjadi lebih baik. Suatu kepuasan bagi mana-mana guru sekiranya langkah
penambahbaikan yang diusahakan itu membuahkan hasil yang positif.

Apabila wujud kontradiksi positif daripada komen selepas minggu mengajar


keempat sebelum dan selepas penambahbaikan maka ia benar-benar menjadi satu
kayu ukur kepada suatu usaha yang berjaya. Saya percaya bahawa sekiranya kita
komited dalam mengubah diri sendiri demi kebaikan kita dan orang lain, hasilnya
pasti lebih baik dan membanggakan.

Konklusinya, sebagai seorang guru, seminar refleksi ini amat penting bagi kita
merefleksikan amalan kita yang kurang sempurna untuk ditambahbaik. Walaupun
pedagogi abad ke 21 ini adalah berpusatkan pelajar, namun itu tidak bermakna
bahawa guru menyerahkan semuanya kepada pelajar seratus peratus untuk mereka
terokai. Oleh sebab itu, guru perlu memainkan peranan penting untuk membimbing
dan bukannya mengajar. Suasana pembelajaran yang menarik juga sebenarnya
ditentukan oleh guru sendiri. Sekiranya guru bijak dan kreatif dalam mengawal kelas,
maka para pelajar juga akan berasa seronok tanpa merasai tekanan. Keseronokan
inilah yang menjadikan pelajar mudah faham dan bersemangat untuk mengikuti
pembelajaran kita.
16

3.3 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
MINGGU 02
TARIKH/HARI Khamis PENDEKATAN/KAEDAH/TEKNIK
MASA 8.00 Pagi – 9.30 Pagi /STRATEGI PDPC
TINGKATAN 2 Pembelajaran Berasaskan Inkuiri /
 Pelajar dapat menyelesaikan
MATA PELAJARAN Reka Bentuk Teknologi
masalah untuk lukisan
STANDARD 2.0 Aplikasi Teknologi perspektif ini dengan
KANDUNGAN pecahan yang diberi oleh
2.5 Reka Bentuk Sistem Akuaponik
(Topik/Subtopik) guru mengikut langkah
2.5.1 Menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan reka bentuk sistem akuaponik. lukisan yang betul dan
STANDARD Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat menyatakan maksud akuaponik dan menerangkan mudah
PEMBELAJARAN
reka bentuk sistem akuaponik. Pembelajaran Kendiri /
(UMUM)
STANDARD Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran murid dapat :-  Murid telah melakukan
PEMBELAJARAN aktiviti akses kendiri seperti
1. Menyatakan maksud reka bentuk sistem akuaponik
(KHUSUS) menjawab kuiz dan mencari
AKTIVITI PENGENALAN: bahan tersendiri bagi aktiviti
Guru memberi salam dan ucap selamat kepada murid akuaponik

Guru bertanya khabar


Pembelajaran Melalui Penerekoaan /
SET INDUKSI  Murid menerokai
Aktiviti Guru Aktiviti Murid pembelajaran melalui akses
youtube dan google untuk
Guru menghantar nota ringkas kepada murid dan Murid membaca, menyalin, atau menampal nota mendapatkan cara membina
akuaponik DIY
memberi arahan dalam buku latihan.
Guru menggunakan pembelajaran masteri kerana Murid ikut arahan seperti yang diberitahu. Pembelajaran Masteri /
meminta murid membacakan nota terlebih dahulu untuk  Pelajar melakukan tugasan
secara individu.
tajuk baru iaitu Sistem Akuaponik.

PERKEMBANGAN PELAJARAN
17

Standard Isi Pelajaran Aktiviti Guru Aktiviti Murid Catatan


Pembelajaran
AKTIVITI PdPr ABAD 21
Murid dapat Salin nota Tepat pukul 8.30 pagi Murid dengar dan *Guru sediakan WorldWall Game /
menyatakan ringkas dan sehingga 9.00 pagi guru soalan KBAT Class Dojo /
faham apa yang
maksud akuaponik jawab kuiz mengadakan kelas yang ringkas
dan menerangkan sistem secara online untuk diterangkan oleh untuk murid KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
reka bentuk sistem akuaponik penerangan dan huraikan (KBAT)
guru.
akuaponik. pertanyaan bagi topik bermula Mengaplikasi /
pembelajaran hari ini. daripada soalan  Murid dapat mengenali
aras rendah alatan dan jenis system
Kelas Offline Telegram sehingga aras akuaponik
Guru menghantar slide tinggi.
PowerPoint kepada murid
Mencipta /
dalam kumpulan telegram *Murid yang
 Murid dapat membayangkan
kelas RBT. berjaya jawab
idea projek yang akan
soalan ini akan
dilakukan nanti
Guru memberi arahan diberikan
yang lengkap kepada bintang dalam
murid iaitu: carta murid.
ELEMEN MERENTASI KURIKULUM
 Jawab Kuiz
(EMK)
https://wordwall
net/play/20377/2 Bahasa /
29/987 Nilai Murni /
Teknologi Maklumat dan Komunikasi /
 Pembinaan Kelestarian Alam Sekitar /
sistem /
Sains dan Teknologi
akauponik
secara DIY.
PENTAKSIRAN
Guru memberi dorongan Berasaskan Standard Prestasi /
kepada murid untuk Murid menonton Berasaskan Aktiviti /
berhubung dengan guru
jika ada sebarang video dan akan
pertanyaan. bertanya kepada
Guru menyediakan guru jika ada
contoh video projek DIY keraguan.
sistem akuaponik dalam
kumpulan telegram.
18

Guru senaraikan aktiviti Murid akan *Murid dapat


yang akan dilakukan oleh memikirkan idea
masukkan nama
murid bagi projek untuk bina
pembinaan sistem mereka. sistem fertigasi
akuaponik. menggunakan
barang yang
Guru pecahkan sistem sedia ada
akuaponik kepada 3 ataupun DIY.
bahagian iaitu:
Murid dapat
1. Sistem Raft (5 kembangkan
orang murid) kemahiran
berfikir dalam
2. Sistem EBB & bentuk hasilkan
Flow (5 orang produk, lakaran,
murid) mencari
masalah, bina
3. Sistem NFT ( 4 idea uatam dan
orang murid) sebagainya.

*Guru ingin memastikan


murid tidak melakukan
DIY yang sama bagi
sistem akuaponik.

Guru maklumkan kepada


murid pembinaan projek
DIY ini akan dinilai
markah setelah habis
topik akuaponik.

Guru juga meminta setiap


hari khamis murid akan
menghantar gambar
dalam kumpulan telegram
supaya guru dapat
melihat perkembangan
projek murid.
19

PENUTUP
Penilaian Lanjutan
Kuiz Guru mengumpulkan nama dan markah hasil kuiz Murid menghantar Strategi PdP:
pelajar yang diberi dalam bentuk gambar. nama dan markah Pembelajaran
kuiz yang telah Masteri
Guru mencadangkan penambahbaikan yang mereka lakukan
boleh pelajar lakukan sekiranya terdapat Pentaksiran:
kelemahan atau kesalahan. Murid menanyakan Kuiz
perkara yang tidak Pertanyaan
Guru mengambil kehadiran murid secara offline difahaminya
melalui kuiz yang dihantar

Refleksi
 Guru meminta murid untuk menghantar kuiz.
Rumusan
 Guru merumuskan aktiviti pembelajaran pelajaran ini telah berjaya dilaksanakan.

BAHAN BANTU
MENGAJAR Youtube /
Videogram /
Slide powerpoint /
Telegram /

STANDARD Tahap Prestasi 1


PRESTASI  Menyatakan maksud reka bentuk sistem akuaponik
20

REFLEKSI GURU Kehadiran murid: 14/14


Kekuatan pdpr:
 Penglibatan murid lebih ramai berbanding kelas sebelum ini.
 Persediaan murid telah ditingkatkan
 Murid mula menunjukkan minat untuk belajar (kelas secara offline).
Kelemahan pdpr:
 Guru perlu bertanya kepada setiap murid sama ada mereka telah malakukan tugasan atau belum.
 Guru masih tidak dapat menarik minat murid untuk belajar melalui kelas online.
Cadangan Penambahbaikan:
 Guru akan menggunakan teknik pembelajaran yang lebih memberangsangkan minat murid.
 Guru akan sentiasa mengikuti perkembangan murid supaya mereka akan terus menyertai kelas
TINDAKAN  Guru akan mengadakan pertandingan santai kepada murid supaya mereka lebih tertarik dengan
SUSULAN
penglibatan kelas.
 Guru akan menggunakan aplikasi classpoint untuk menjimatkan data internet murid berbanding google
meet.
21

4.0 RUMUSAN
Secara keseluruhannya, melihat kepada komen dari guru pembimbing, usaha
penambahbaikan saya dalam melatih diri untuk melaksanakan alat pentaksiran dan
KBAT adalah berjaya. Maka, saya mencadangkan satu tindakan yang baik untuk
tujuan pembelajaran seterusnya iaitu melakukan proses pentaksiran seperti
ClassDojo, ClassPoint, Plickers dan lain-lain sebelum memulakan pengajaran dan
melakukan teknik inkuiri yang lain seperti inkuiri berstruktur, khasnya bagi topik-
topik RBT yang memerlukan pelajar meneroka konsep, teori dan kemahiran.
Kewajaran menggunakan pentaksiran untuk memulakan pengajaran ialah
keupayaannya untuk menguji pengetahuan sedia ada pelajar sebelum memulakan
pengajaran. Jadi, guru dapat mencungkil idea serta miskonsepsi yang mungkin bakal
berlaku.

Cadangan terbaik adalah guru perlu membiasakan pelajar untuk membuat apa-apa
sahaja kajian sebagai salah satu tugasan mereka agar mereka dapat membudayakan
KBAT dalam melakukan inkuiri terbuka. Inkuiri tidak terhad kepada aktiviti guru
untuk melakukan eksperimen sahaja tetapi ia adalah berkisar kepada satu teknik untuk
menemui sebuah jawapan. Saya cadangkan agar satu projek bebas untuk mengkaji
suatu perlu dilaksanakan dalam bentuk pertandingan bagi mengasah kemahiran
mencipta iaitu salah satu domain tertinggi dalam Taksonomi Bloom yang masih lagi
berteraskan KBAT.

Sehubungan dengan itu, saya berharap agar cadangan ini dapat di implimentasi
dan efisien untuk mewujudkan sebuah pembelajaran yang berkesan. Sebagai seorang
bakal guru, saya bercita-cita untuk menjadi seorang guru yang berkesan dan
cemerlang. Namun saya percaya, dalam setiap pedagogi, kesempurnaan pengajaran
bukanlah sesuatu yang perlu untuk dikejar tetapi kualiti pengajaran demi
menyuburkan kognitif pelajar. Maka, merefleksikan pengajaran lalu tanpa melakukan
satu penambahbaikan adalah satu refleksi yang sia-sia. Oleh yang demikian, seorang
guru perlulah menambahbaik amalan sedia ada mereka untuk mengatasi masalah-
masalah yang timbul di dalam kelas.
22

5.0 RUJUKAN
Idris, N. H., & Hamzah, R. (2013). Nilai profesionalisme bakal guru berteraskan indikator
Standard Guru Malaysia (SGM). Jurnal Teknologi, 60(1), 31â-37.
Buntat, Y., & Masrom, Z. (2003). Amalan Etika Profesion Perguruan Di Kalangan
Guru–guru Sekolah Kebangsaan Kampung Melayu, Kulai, Johor. Satu Tinjauan.
Jurnal Teknologi, 65â-74.
Mohamed Redzwan, H. F., Bahari, K. A., Sarudin, A., & Osman, Z. (2019). Strategi
pengukuran upaya berbahasa menerusi kesantunan berbahasa sebagai indikator
profesionalisme guru pelatih berasaskan skala morfofonetik, sosiolinguistik dan
sosiopragmatik (Linguistic politeness as an indicator of trainee teacher
professionalism: a language ability measurement strategi based on morphophoetic,
sociolinguistc and sociopragmatic scales). Malaysian Journal of Learning and
Instruction (MJLI), 17(1), 187-228.
Othman, M. S., & Kassim, A. Y. (2017). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar
(Bbm) Menerusi Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) Dalam
Kalangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Rendah Negeri Perak: The Practices Of
Using Teaching Aids (Bbm) Through An Integration Of Higher Order Thinking Skills
(Kbat) Among Islamic Education Teachers In Primary Schools In Perak. Journal Of
Islamic Educational Research, 2, 1-14.
Ramli, S., Ghani, M. T. A., Atoh, N., & Romli, T. R. M. (2019). Integrasi elemen
kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) berasaskan kit media dalam amalan
pembelajaran dan pemudahcaraan guru pelatih bahasa arab. International Journal of
Language Education and Applied Linguistics, 33-44.
Nachiappan, S., Julia, I. P., Abdullah, N., Sehgar, S. C., Suffian, S., & Sukri, N. A. (2019).
Pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi oleh guru dalam pengajaran dan
pembelajaran di tadika. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 8, 24-32.

Anda mungkin juga menyukai