Anda di halaman 1dari 14

CABARAN PdPR DALAM TALIAN

KETIKA NORMA BAHARU

COURSE SGDP 6033 QUALITATIVE

PENSYARAH : DR. FAHAINIS BINTI MOHD YUSOF

MASRIYAH BINTI MD SAAD @ MANSOR (828558)


HAS YANTI BT MUSTAFFA JOHARI (828564)
AZWEN ZUWITA BINTI HUSSIN (828555)
NORAZIROH BINTI AZMI (828566)
ZAMRI BIN ABDULLAH (828565)
ELEMEN ASAS DALAM PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

Bab ini membincangkan cara untuk memulakan penyelidikan. Untuk menghasilkan sesuatu

penyelidikan yang baik, penyelidik perlu mengambil beberapa langkah. Oleh itu, penyelidikan

merupakan suatu proses yang memerlukan pemikiran dan kesabaran. Langkah awal yang

penting dalam proses penyelidikan adalah suatu yang boleh diselidiki. Masalah ini akan

mempengaruhi bentuk penyelidikan. Dalam bab ini kami telah memilih tajuk Cabaran PdPR

Dalam Norma Baharu. Proses yang berkaitan penyelidikan ini akan diterangkan secara

berperingkat dalam bab ini.

Untuk menghasilkan suatu penyelidikan yang baik , perlu mengambil beberapa langkah.

Penyelidikan merupakan satu proses yang memerlukan kesabaran dan pemikiran. Dalam proses

penyelidikan apa yang penting adalah mencari masalah yang memerlukan jawapan. sifat masalah

akan mempengaruhi bentuk penyelidikan.

“Booth et. al ( 1995), Cohen et. al (2000) dan Creswell (2012) mencadangkan proses

memfokuskan pembentukan masalah kajian adalah seperti berikut:

a. Cari sesuatu yang diminati dalam bidang subjek yang luas ( bidang masalah)

b. Kecilkan skop minat ini kepada satu topik yang munasabah.

c. Persoalkan topik ini dari beberapa sudut.

d. Definisikan rasional untuk projek atau kajian tersebut”

Maklumat latar belakang mengembangkan kata kunci yang dinyatakan pada awalnya, tetapi ini

tidak bermakna maklumat tersebut menjadi fokus utama kajian. Maklumat latar belakang yang

mencukupi dapat membantu pengkaji mempunyai pemahaman asas tentang masalah kajian yang

hendak di selidik.
1.1 PERNYATAAN MASALAH

Pernyataan masalah adalah penerangan ringkas isu-isu yang perlu dijelaskan dan diketengahkan

oleh pengkaji sebelum menyelesaikan masalah yang ingin dikaji. Ini langkah pertama dan sangat

penting dalam sebarang penyelidikan, iaitu mengenal pasti dan mengasingkan masalah tentang

apa yang ingin dikaji atau diselesaikan. Contoh dalam tajuk ini pernyataan masalah pengkaji

adalah:

“Kajian ini merupakan 1 kajian kes berkaitan cabaran PdPR dalam talian ketika norma

baharu di kalangan guru, ibubapa dan murid”.

Matlamat pernyataan masalah adalah untuk mentransformasikan suatu masalah am kepada

masalah yang bertujuan dan didefinisikan dengan jelas. Selain itu tujuannya supaya suatu

masalah itu boleh diselesaikan melalui penyelidikan yang berfokus dan membantu membuat

keputusan dengan berhati-hati.

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian iailah pernyataan umum hasil cadangan umum kajian yang mewarnai projek

pengkaji.Objektif menekankan perkara yang akan dilakukan dan bukan cara melakukannya.

Objektif kajian menrangkan apa yang pengkaji mahu dan bolh dicapai dalam satu kajian.

Objektif kajian berkait rapat dengan persoalan kajian, hipotesis dan skop serta batasan kajian.

Contoh objektif kajian dalam tajuk “Cabaran PdPR secara online dalam norma baharu adalah

seperti berikut:

1. Menentukan tahap cabaran PdPR secara online dikalangan murid mengikut lokasi.

2. Menentukan tahap cabaran PdPR secara online dikalangan murid mengikut tahun.

3. Mengenal pasti cabaran PdPR secara online dikalangan murid

4. Menentukan tahap cabaran PdPR secara online dikalangan guru mengikut lokasi.
5. Mengenal pasti cabaran PdPR secara online dikalangan guru

6. Mengenal pasti cabaran PdPR secara online dikalangan ibubapa

Jika lihat di sini objektif kajian membekalkan penerangan tepat tentang perbuatan atau aksi

spesifik yang pengkaji akan ambil untuk menuju kepada tujuan ini. Objektif menyatakan

bagaimana pengkaji ingin menangani masalah, iaitu pengkaji ingin mendapat jawapan kepada

sesuatu masalah dengan melakukan sesuatu perbuatan.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ialah asas kepada projek, atau tinjauan literatur. Ia berfokus kepada kajian,

menentukan metodologi, dan memandu setiap peringkat inkuiri, analisis dan laporan. Persoalan

kajian bermula dengan masalah kajian, iaitu suatu isu yang seseorang ingin tahu dengan lebih

lanjut atau suatu situasi yang perlu diubah atau ditangani. Masalah kajian akan membawa kita

kepada hipotesis dan/atau persoalan kajian. Soalan-soalan ini perlu mempunyai ciri-ciri berikut:

1. Mempunyai nilai untuk di selidik.

2. Menyumbang kepada ilmu pengetahuan dan nilai kepada bidang tersebut.

3. Meningkatkan amalan pendidikan.

4. Meningkatkan keadaan kemanusiaan.

Dalam tajuk yang dipilih iaitu Cabaran PdPR dalam norma baharu, dibawah ini adalah persoalan

yang dikaji dalam tajuk ini:

1. Apakah cabaran PdPR secara online dikalangan murid mengikut lokasi?

2. Apakah cabaran PdPR secara online dikalangan murid mengikut tahun?

3. Bagaimana cabaran PdPR secara online dikalangan murid?

4. Apakah cabaran PdPR secara online dikalangan guru mengikut lokasi?

5. Bagaimanakah cabaran PdPR secara online dikalangan guru?

6. Bagaimanakah cabaran PdPR secara online dikalangan ibubapa?


Persoalan-persoalan ini mempunyai kaitan rapat dengan objektif kajian. Ini perlu memastikan

kajian ini dapat dicapai. Sifat-sifat persoalan kajian yang baik adalah :

● Boleh dilaksanakan dan munasabah.

● Jelas

● Signifikan

● Beretika.

Oleh yang demikian, pembentukan soalan kajian yang baik merupakan langkah pertama yang

sangat penting dalam proses kajian. Persampelan kajian apabila ditulis dengan baik akan

membawa projek atau kajian dan membantu dalam membentuk perdebatan yang lojik. Persoalan

kajian sepatutnya soalan yang jelas , berfokus dan merumuskan isu yang ingin diselidiki oleh

pengkaji.

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR

2.1 PENGENALAN

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) menetapkan setiap murid mendapat akses

kepada pendidikan untuk mencapai potensi diri bagi menghadapi kehidupan masa hadapan.

Oleh itu, murid berhak mendapat peluang mengikuti pendidikan, meskipun mereka tidak dapat

hadir ke sekolah. Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ialah pengajaran dan

pembelajaran (PdP) yang dilaksanakan di rumah atau pusat komuniti atau di mana-mana lokasi

yang bersesuaian. PdPR boleh dilaksanakan dalam talian dan/atau luar talian dan/atau off-site

dengan berstruktur dan terancang. PdPR dilaksanakan apabila murid tidak dapat hadir ke

sekolah dalam satu tempoh yang tertentu atas sebab bencana atau wabak atau sebab-sebab lain

dengan kelulusan pendaftar negeri. PdPR boleh dilaksanakan secara dalam talian atau luar talian
atau secara off-site. Guru boleh melaksanakan PdPR dengan menggunakan satu daripada kaedah

ini atau gabungan kaedah mengikut kesesuaian.

PdPR secara dalam talian berlaku apabila terdapat capaian internet dan penggunaan peranti yang

membolehkan murid belajar secara real-time. Guru boleh melaksanakan PdPR melalui; (i)

pelantar pembelajaran seperti Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa),

Cikgootube, EduWeb TV dan aplikasi media sosial; atau (ii) aplikasi seperti Google Meet atau

Microsoft Teams secara lintas langsung (live streaming); atau (iii) ePermainan (gamification),

video, klip audio, eBuku, rakaman atau tugasan dalam talian. Pembelajaran secara luar talian

berlaku apabila murid belajar menggunakan peranti seperti komputer, komputer riba, tablet atau

telefon pintar tanpa capaian internet. Pembelajaran juga boleh berlaku apabila murid belajar

menggunakan buku teks atau bahan pembelajaran lain. Guru boleh memuat turun bahan-bahan

PdP dalam bentuk video, audio, slaid, nota dan latihan. Proses memuat turun bahan dilakukan

semasa terdapat capaian internet dan diberikan kepada murid-murid melalui medium komunikasi

yang bersesuaian.

2.2 KAJIAN LEPAS

Kemajuan dalam aspek teknologi khususnya dalam sistem rangkaian media sosial memberi

impak yang pesat kepada bidang pendidikan. Proses pengajaran bukan lagi tertumpu di bilik

kuliah tetapi telah melangkaui batas sempadan pembelajaran. Pembelajaran secara atas talian

(online) merupakan sebarang bentuk pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui

penggunaan teknologi digital. Pembelajaran ini mempunyai grafik visual, perkataan, animasi,

video, dan audio. Platform pembelajaran atas talian yang digunakan ialah google classroom,

youtube, video, whatsApps, voice message, google meet dan email. Huang (2020) pula

menyatakan bahawa pemilihan pembelajaran atas talian perlulah mengambil kira manfaat yang
akan diperoleh guru. Peralatan yang digunakan mestilah memudahkan proses pemerolehan

sumber dengan pantas, memuat naik pengumuman (notifikasi) untuk menguruskan pelajar.

Penggunaan internet untuk mengakses bahan pembelajaran ; berinteraksi dengan kandungan,

pengajar, dan rakan pelajar; mendapat sokongan semasa proses pembelajaran berlaku agar dapat

menimba ilmu, membina sesuatu yang bermakna dan dapat berkembang hasil daripada

pengalaman pembelajaran (Ally, M. 2008). Huang (2020) menjelaskan bahawa teknik

pembelajaran atas talian mestilah menepati karakter pelajar, aras pemikiran pelajar serta

keupayaan penyertaan pelajar dalam pdp.

2.3 CABARAN PdPR - Guru, Murid dan Ibu Bapa.

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di seluruh negara dilihat bukan saja

memberi cabaran kepada ibu bapa, malah guru dan pelajar juga terpaksa berdepan pelbagai isu.

Cabaran dikalangan para guru ialah masih terdapat guru yang belum mahir dalam penggunaan

teknologi ICT maka wujud cabaran-cabaran lain yang menjadi halangan guru-guru

melaksanakan PdPR secara dalam talian iaitu merasa terbeban kerana banyak evidence

pembelajaran yang perlu dimuat naik, sukar memeriksa kerja murid secara online, sukar

berkomunikasi dengan murid, tidak mahir menyediakan pembelajaran secara online dan guru

merasa penat memberi maklum balas kepada murid menggunakan telefon pintar (Losius

Goliong, et al.. 2020). Masalah capaian internet di kawasan yang berlainan melibatkan bandar,

luar bandar dan pinggir bandar. Guru juga tidak terkecuali daripada masalah ini (Mahadir

Yahaya, & Wardatul Hayat Adnan, 2021). Berdasarkan observasi dan temu bual online,

mendapati cabaran PdPR di kalangan guru adalah mood bekerja dari rumah, pemilihan platform

atas talian yang sesuai, penyediaan bahan pengajaran sebelum PdP atas talian dan keberkesanan

pembelajaran (Nor Musfirah Mohammad, 2021).


Menurut Mahadir Yahaya, & Wardatul Hayat Adnan (2021), murid juga menghadapi

cabaran dalam masalah capaian internet. Kebanyakan murid yang memperolehi capaian internet

yang baik adalah murid yang tinggal di kawasan bandar. Manakala, sesetengah murid yang

tinggal di kawasan luar bandar mempunyai masalah untuk memperoleh capaian internet yang

baik. Selain itu, sesetengah murid menghadapi cabaran dari segi tiada ataupun terhad terhadap

kemudahan komputer atau telefon bimbit. Ini kerana, mereka terpaksa berkongsi kemudahan

tersebut bersama-sama adik-beradik mereka yang juga harus menjalani proses PdP kerana ibu

bapa tidak mampu membeli kemudahan tersebut untuk kesemua anak-anak mereka. Suasana

pembelajaran yang tidak kondusif juga adalah satu cabaran yang dihadapi oleh pelajar untuk

menjalankan PdPR. Ini selalunya berlaku kepada pelajar yang mempunyai latar belakang

keluarga yang kurang berkemampuan dan sederhana. Ini kerana, ibu bapa mereka tidak mampu

menyediakan kemudahan untuk pembelajaran mereka seperti meja belajar, kipas angin, dan bilik

persendirian untuk belajar. Losius Goliong et al. (2020), mendapati murid tidak mahir merujuk

tugasan yang dihantar oleh guru melalui whatsApp, telegram, atau e-mail, serta murid tidak

mempunyai sebarang rujukan untuk membuat tugasan di rumah kerana tiada buku-buku teks atau

buku-buku aktiviti kerana buku-buku tersebut berada di asrama/sekolah.

PdPR memberi cabaran yang bukan sedikit kepada ibu bapa terutama mereka yang perlu

keluar bekerja. Tidak dinafikan sesetengah ibu bapa mungkin akan berasa sedikit tertekan

memandangkan anak-anak mereka memerlukan bimbingan sepenuhnya daripada ibu bapa.

Namun begitu, ini adalah sebahagian norma baharu yang diharungi dalam menyokong usaha

Kementerian Pendidikan (KPM) untuk terus mendidik anak bangsa. Mahadir Yahaya, &

Wardatul Hayat Adnan (2021), mendapati bahawa wujud beberapa masalah kepada ibu bapa.

Antaranya ialah; (i) menyediakan kemudahan komputer atau gajet kepada anak-anak mereka, (ii)

menyediakan data internet yang kerap kerana penggunaan data yang terlalu kerap, (iii) sukar

untuk mendapatkan perkhidmatan untuk tambah nilai (top-up) data kerana masih tertakluk
kepada perintah kawalan pergerakan (PKP) dan kedai-kedai masih tidak boleh beroperasi

sepenuhnya. Lusius Goliong et al. (2020), masih terdapat ibu bapa yang kurang mahir

menggunakan aplikasi-aplikasi dalam telefon pintar untuk mengakses bahan-bahan pembelajaran

yang diberikan guru. Masalah ini menyebabkan terdapat murid-murid lewat menyiapkan dan

menghantar semula tugasan kepada guru. Masalah ini juga membawa kepada isu-isu berkaitan

seperti murid tidak dapat memberi maklum balas terhadap tugasan yang diberikan oleh guru dan

ibu bapa tidak mampu membimbing anak-anak membuat tugasan di rumah.

2.4 KESIMPULAN

Pelaksanaan PdPR mengundang pelbagai cabaran yang tidak pernah diduga selama ini bukan

sahaja dalam kalangan guru tetapi juga murid-murid dan ibu bapa. Faktor jarak antara pelajar

dan tenaga pengajar tidak menjadi penghalang kepada sesuatu proses pengajaran dan

pembelajaran daripada berlaku. Terdapat pelbagai kaedah bagi membuat sesuatu penilaian

pembelajaran. Dari segi positifnya, perubahan ini menimbulkan kesedaran dalam kalangan guru

tentang peri pentingnya menguasai kemahiran penggunaan teknologi terkini. Menuntut guru

bersahabat dengan teknologi, kerana ia akan memudahkan proses pembelajaran. Selain itu juga

sebagai seorang guru perlulah menguasai kemahiran baharu agar tidak ketinggalan untuk

mendepani cabaran pembelajaran yang terkini, bahkan guru juga perlu menguasai penggunaan

peranti yang bersesuaian. Apabila guru atau tenaga pengajar menguasai penggunaan mengikut

kaedah norma baharu maka ia tidak lagi menjadi penghalang kepada pengajaran mengikut norma

baharu. Namun begitu perlu diingat bahawa walaupun seseorang guru bijak menggunakan

aplikasi atau gadget yang canggih kekangan yang dihadapi oleh sesetengah guru, murid, dan

ibubapa ialah capaian internet yang mengganggu proses PdPR kerana terdapat kawasan yang

menghadapi masalah capaian internet yang kurang memuaskan. Suasana pembelajaran yang
tidak kondusif, aspek kewangan, tiada kemudahan, dan kerosakan peranti secara tiba-tiba juga

menyebabkan berlaku proses PdPR kepada murid-murid.

BAB 3 : METODOLOGI

Penelitian kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pendekatan reka

bentuk kajian kes melalui temu bual mendalam. Penetapan kaedah kualitatif dalam kajian ini

disebabkan pengkaji ingin meneroka secara mendalam terhadap Cabaran PdPR dalam talian

Ketika norma baharu. Data yang konkrit diperlukan dalam membentuk kenyataan serta

penjelasan berkaitan fokus kajian, iaitu pelaksanaan pengajaran Guru, pembelajaran murid dan

penerimaan ibu bapa dalam menghadapi cabaran COVID-19. Penerokaan secara mendalam

berkaitan cabaran PdPR dilakukan terhadap enam orang peserta kajian yang telah ditemu bual

secara dalam talian. Pemilihan peserta kajian terdiri daripada guru, murid dan ibu bapa dalam

kalangan penduduk bandar dan luar bandar . Mereka merupakan individu yang terlibat secara

langsung dalam melaksanakan PdPR sewaktu negara menghadapi pandemik COVID-19.

Jadual 1 : Responden Guru

BIL JANTINA UMUR PENGALAMAN TARAF PENDIDIKAN


MENGAJAR

R1 LELAKI 52 30 IJAZAH SARJANA MUDA

R2 PEREMPUAN 48 25 IJAZAH SARJANA MUDA

Jadual 2 : Responden Murid

BIL JANTINA UMUR KELAS LOKASI

R3 LELAKI 11 TAHUN 5 LUAR BANDAR

R4 PEREMPUAN 11 TAHUN 5 BANDAR


Jadual 3 : Responden Ibu Bapa

BIL JANTINA UMUR KERJAYA TARAF


PENDIDIKAN

R5 PEREMPUAN 30 BEKERJA SENDIRI SPM

R6 PEREMPUAN 40 SURI RUMAH SPM

Analisa data cabaran guru semasa PdPR dalam talian ketika Norma Baharu

Berdasarkan temu bual yang dibuat kepada R1 dan R2 pengkaji dapati bahawa cabaran yang

dihadapi oleh guru adalah kurang penyertaan pelajar secara online, sukar memeriksa kerja murid

secara online, guru sukar membimbing murid secara online, hasil kerja murid meragukan, sukar

berkomunikasi dengan murid, kurang kerjasama daripada ibu bapa, tidak mahir menyediakan

bahan pembelajaran secara online, guru penat memberi respon kepada pelajar menggunakan

telefon. Oleh itu data yang diperolehi dari R1 dan R2 adalah guru masih belum mahir

mengendalikan pembelajaran secara dalam talian. Punca masalah ini berlaku ialah kerana faktor

guru yang masih kurang mahir menggunakan aplikasi-aplikasi ICT sama ada menggunakan

komputer atau telefon pintar. Guru-guru ini sukar berkomunikasi dengan murid melalui aplikasi,

sukar memberi Latihan atau tugasan melalui talian tanpa di bantu dan tidak mahir menyediakan

bahan pembelajaran secara dalam talian. Hal ini dapat dibuktikan menerusi temu bual pengkaji

dengan R1 iaitu :

“ ………. Saya kurang mahir dalam penggunaan ICT dan telefon pintar. Saya kena ada

pembantu bila nak mengajar. Biasanya anak saya yang membantu tapi tak boleh sepenuhnya

kerana dia ada komitmen lain.”

Temu bual pengkaji dengan responden 2 (R2) :


“……… saya keliru sebab banyak sangat aplikasi yang mesti digunakan. Kerana tiada kursus

pendedahan yang diberikan.”

Analisa data isu murid semasa PdPR dalam talian ketika Norma Baharu

Temu bual dengan R3 dan R4 cabaran isu murid semasa mengikuti PdPR adalah masalah

komunikasi dengan guru, berkongsi telefon pintar milik ibu bapa, lambat menghantar tugasan

atau latihan, tidak mempunyai telefon pintar sendiri,tiada kemudahan komputer di rumah, tidak

hantar tugasan, tiada bahan rujukan kerana buku tertinggal di sekolah, dan menghantar kerja

yang tidak lengkap. Analisa data mendapati R3 tidak mempunyai telefon pintar dan sukar untuk

berkomunikasi dengan guru berkaitan semada PdPR dijalankan. Mereka berkongsi telefon atau

peranti yang dimiliki oleh ibu bapa secara bergilir-gilir dengan adik beradik. Manakala R4 tidak

mahir merujuk tugasan yang dihantar menggunakan WhatsApp dan Telegram. Temu bual

pengkaji dengan R3 ialah :

“……. Cikgu saya tak dak telefon sendiri. Yang ada la ni pun kami share adik beradik guna

telefon mak.”

Manakala temu bual dengan R4 :

“…………. Cikgu saya tak pandai nak tengok Latihan yang cikgu bagi dalam WhatsApp tuu.”

Analisa data ibu bapa semasa PdPR dalam talian ketika Norma Baharu

Cabaran R5 dan R6 mendapati bahawa cabaran semasa PdPR iaitu tiada data telefon pintar, tiada

kemampuan membimbing anak dalam pembelajaran, tidak mempunyai telefon yang mencukupi,

kurang mahir guna aplikasi telefon pintar untuk pembelajaran, lambat mendapat maklumat, tidak

boleh beri tumpuan kepada anak-anak bagi ibu bapa bekerja dan tidak sempat memantau semasa
PdPR sedang berlangsung. Oleh itu, analisa data dari cabaran ibu bapa dalam membantu

pembelajaran anak-anak semasa PKP dirumah adalah mereka mengalami masalah untuk

menambah nilai data pada telefon pintar kerana menghadapi kekangan untuk keluar dengan

kerap kerana masih tertakluk kepada penguatkuasaan peraturan PKP. Disamping itu juga, R6

menghadapi masalah kewangan untuk menambah nilai data pada telefon pintar yang terlalu

kerap habis. Oleh itu pengkaji telah membuat temu bual dengan R5 iaitu :

“………….. Cikgu waktu PKP ni susah sikit bila data habis. nak pergi tambah nilai pun kedai

tidak buka.”

Dan temu bual dengan R6 :

“……… Cikgu saya tidak mampu nak tambah nilai kalau tiap-tiap minggu kena tambah sebab

saya tidak bekerja. Anak ramai. Duit yang ada ini hanya cukup untuk makan sahaja.”

KESIMPULAN KESELURUHAN

Berpandukan dari sumber perpustakaan dengan meneliti 5 jurnal yang telah dipilih yang

berkepentingan dalam cabaran pengajaran dan pembelajaran norma baharu di Malaysia. Teknik

observasi dan temubual online dengan guru, ibubapa dan murid turut dijalankan. Data-data yang

dikumpul dianalisis dan dihuraikan dengan menggunakan kaedah induktif, deduktif dan

komparatif bagi mendapatkan maklumat yang sesuai selaras dengan objektif kajian. Dalam

kajian ini juga kita dapat membincangkan tentang kaedah kajian yang mana ia meliputi reka

bentuk kajian,populasi dan sampel kajian, instrument kajian, kajian rintis prosedur pengumpulan

data dan tatacara menganalisis data bagi mendapat hasil kajian bermakna dan yang diharapkan.
RUJUKAN:

Zawiah Bahrom. (2020). Pedagogi norma baharu: Cabaran dan Hikmah. Jurnal Refleksi
Kepemimpinan, Jilid III, 74-85.
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jrk/article/view/9896

Mahathir Yahaya, & Wardatul Hayat Adnan, (2021). Cabaran pelajar melalui kaedah
pembelajaran atas talian: kajian institusi pengajian tinggi awam Malaysia. Journal of Media and
Information Warfare (JMIW), 14. pp. 11-20.
https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/46977/

Mohamad, N. M. (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis
(Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-254.
https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/71

Losius Golliong, Ashley Kasin, Marcelus Johnny & Nazarius G. Tulip. (2020). Cabaran
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh (PDPCJJ) semasa perintah kawalan
pergerakan (PKP). Acamedia. 1-15.
https://www.academia.edu/43147586/Cabaran_Pelaksanaan_Pengajaran_dan_Pembelajaran_Jara
k_Jauh_PDPCJJ_Semasa_Perintah_Kawalan_Pergerakan
_PKP_

Mohamad, N. M. (2021). Cabaran Pedagogi Norma Baharu di Kolej Universiti Islam Perlis
Kuips) Ketika Pandemik Wabak Koronavirus Covid-19. Jurnal Pengajian Islam, 243-254.
https://jpi.kuis.edu.my/index.php/jpi/article/view/71

Anda mungkin juga menyukai