Anda di halaman 1dari 35

Soalan 1 : Analisis Data

1.0 Pengenalan
Pada bulan Mac yang lau, dunia diberi kejutan dengan wabak pandermik Covid-19,
sehinggakan negara kita turut terkesan dengan situasi ini. Wabak ini melular dengan cepat
dan sehinggalah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah
Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac. Semua institusi awam
dan swasta, sekolah, perhotelan, perkilangan dan sektor-sektor pekerjaan yang lain
diperintahkan ditutup.
Penutupan sekolah dan pusat pengajian tinggi iaitu dalam arahan Perintah Kawalan
Pergerakan (PKP) memberi cabaran baharu kepada warga pendidik untuk memastikan pelajar
mereka terus dapat belajar. Krisis global akibat penularan wabak COVID-19 bukan sahaja
menyebabkan pembelajaran dan pengajaran secara konvensional tertangguh, bahkan
menjadikan tugasan guru semakin mencabar apabila mereka perlu menyesuaikan diri dengan
norma kehidupan dan kebiasaan baharu yang memerlukan proses Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) dilaksanakan secara dalam talian. Dalam alaf baharu yang
mengutamakan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat, tiada pilihan selain memanfaatkan
teknologi dan aplikasi pendidikan dalam talian. Konteks pendidikan masa kini memerlukan
guru menguasai dan mempunyai literasi teknologi komunikasi dan maklumat (ICT). Jika
dahulu peranti telekomunikasi seperti telefon pintar dan gajet platform aplikasi dalam talian
dilarang dibawa ke sekolah, namun kini sebaliknya apabila dunia pendidikan berada dalam
alam maya dan dilakukan di rumah. Inilah persoalan yang akan dikaji, iaitu apakah cabaran
yang ada dan baru yang dihadapi oleh para guru setelah berlakunya wabak Covid 19 dan
kemahiran apakah yang diperlukan bagi guru untuk mengatasi cabaran ini agar mereka dapat
terus berkesan di dalam kelas?
Perintah kawalan Pergerakan yang telah dilancarkan oleh kerajaan bagi mengawal
penularan pandemic COVID-19 telah memberi impak ataupun kesan kepada masyarakat
Malaysia sendiri dimana hanya perniagaan yang menjual atau membekalkan keperluan asas
sahaja dibenarkan untuk beroperasi manakala segala perniagaan atau pekerjaan yang tidak
berkaitan dengan pembekalan keperluan asas dikerah untuk tutup dan masyarakat diminta
untuk tinggal di rumah masing-masing. Pandemik COVID-19 ini juga turut membawa
perubahan yang besar terutamanya dalam bidang Pendidikan. Maka dengan itu, saya memilih
kaedah kajian iaitu temubual sebagai tujuan ini mendapat maklum balas apakah cabaran yang
dihadapi oleh guru kesan pandemic COVID-19 di Malaysia khususnya dalam bidang
Pendidikan. Temubual ini berlangsung selama 30 minit dan diminta untuk menjawab soalan-
soalan yang telah disediakan.

1.1 Tujuan Kajian


Secara umumnya tujuan kajian ini ialah untuk secara ringkasnya ialah berkaitan cabaran
yang ada dan baru yang dihadapi oleh para guru setelah berlakunya wabak Covid 19.
Seterusnya membincangkan apakah kemahiran yang diperlukan bagi guru untuk mengatasi
cabaran ini agar mereka dapat terus berkesan di dalam kelas. Tujuan kajian ini secra
ringkasnya ialah :
1. Memahami pandangan guru tentang pembelajaran secara dalam talian.
2. Memahami pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan semasa pandemik
COVID-19
3. Memahami pandangan guru berkaitan cabaran semasa melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran secara atas talian.
4. Memahami pandangan guru tentang kesan yang dialami semasa mengendalikan
pengajaran dan pembelajaran secara atas talian
5. Membincangkan cara mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian ini.

2.0 Reka Bentuk Penyelidikan


Menurut Bryman (2008), reka bentuk kajian adalah kerangka yang diguna oleh sesebuah
kajian bagi mengutip dan menganalisis data. Bagi Robson (2011) pula, reka bentuk kajian
berfungsi untuk menukar persoalan kajian kepada projek yang melibatkan komponen tujuan,
teori, persoalan kajian, metod dan strategi persampelan. Sementara itu, Creswell (2009)
berpandangan, reka bentuk kajian adalah rancangan atau cadangan bagi menjalankan kajian
yang melibatkan interaksi antara falsafah kajian, strategi penyelidikan dan metod kajian.
Reka bentuk kualitatif adalah bersesuaian bagi kajian penerokaan (Crawford & Irving 2009).
Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini. Istilah pendekatan kualitatif didakwa
jarang ditemui pada awal tahun 2000 (Wolcott 2009), namun Robson (2011) mendapati
kajian mengguna pendekatan kualitatif dikesan mula mendapat tempat dan digemari oleh
para pengkaji mulai tahun 1990-an lagi. Kajian kualitatif adalah sebagai reka bentuk kajian
anjal kerana reka bentuk kajian kualitatif tidak menetapkan secara khusus apa dan bagaimana
kajian hendak dijalankan pada awal kajian (Trochim 2006). Menurut Robson, reka bentuk
kajian kualitatif berkembang, membangun dan ‘terbuka’ seiring dengan kemajuan kajian.
Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini menggunakan kajian tinjauan
kaedah temu bual. Penggunaan kaedah ini bertujuan untuk melihat secara sistematik
penggunaan pelbagai bahasa dalam perlakuan percampuran kod. Kajian lapangan ini juga
melibatkan temu bual yang direkodkan menerusi pemerhatian dan rakaman.
Selain itu, kaedah temu bual juga dijalankan ke atas tiga orang responden yang telah
menjawab instrumen kajian. Penyelidik memilih untuk menemu bual tiga orang responden
supaya maklumat yang lebih mendalam serta lebih berisi atau bernas dapat diperoleh secara
langsung daripada responden. Melalui kaedah ini juga, penemubual dapat memberi motivasi
secara tidak langsung kepada responden untuk mendapatkan maklumat lebih banyak
mengenai kesan dan cabaran yang mereka hadapi semasa pandemik COVID-19 melalui
pendekatan pembelajaran jarak jauh ini dan merupakan satu norma baharu dalam pendidikan.
Tindak balas yang lebih tepat juga boleh diperoleh apabila penemubual dapat menyatakan
soalan dengan lebih jelas bagi soalan yang kurang difahami. Bagi melancarkan perjalanan
sesi temu bual, penyelidik menyediakan satu set borang temu bual semi-berstruktur. Borang
ini merupakan set soalan-soalan yang tidak mempunyai jawapan yang ditentukan dalam
bentuk aneka pilihan. Ia merupakan soalan berbentuk ‘open-ended’ tetapi mempunyai tujuan
yang spesifik.

2.1 Kaedah Temu bual

Instrumen kajian yang menggunakan kaedah temu bual merupakan satu kaedah yang boleh
dikatakan penting dan mempunyai kesahan yang tinggi. Ini kerana, penyelidik dapat
memperoleh informasi dan maklumat terus daripada responden kajian. Justeru, dalam
penyelidikan yang dilakukan ini, kaedah temu bual menjadi antara kaedah yang digunakan
oleh penyelidik sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat daripada responden
kajian. Temubual yang dijalankan adalah melibatkan 3 orang rakan pendidik di sekolah
tempat penyelidik bertugas. Penyelidik terlebih dahulu menyediakan soalan-soalan yang akan
digunakan semasa sesi temu bual. Hal ini bagi memastikan soalan-soalan yang ingin diajukan
dapat dijawab oleh responden kajian semasa sesi temu bual ini. Selain daripada itu,
maklumat-maklumat yang diinginkan oleh penyelidik dapat diperolehi melalui soalan-soalan
yang disediakan oleh penyelidik dalam sesi temu bual ini. Seterusnya maklumat-maklumat
ini dijadikan data untuk dimasukkan ke dalam kajian oleh penyelidik. Pada hakikatnya,
instrumen ini (temu bual) mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Antaranya ialah, kaedah
ini membenarkan penyelidik memberi penjelasan jika terdapat soalan yang kabur. Selain
daripada itu, responden juga dapat memberi keterangan lanjut kepada soalan-soalan yang
penting.

2.2 Responden

Pemilihan responden kajian dibuat dalam kalangan pendidik yang sama-sama bertugas di
sekolah penyelidik yang mampu membekalkan dan berkongsi maklumat yang kaya dan
mendalam serta sanggup memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pengkaji (Bogden
& Biklen, 2007; Maxwell, 2005). Pemilihan peserta kajian juga dibuat berasaskan beberapa
kriteria tertentu (Merriam, 2001) iaitu terdiri daripada seorang pendidik yang cemerlang dan
yang mengajar serta mempunyai kepelbagaian dan perbezaan daripada aspek latar belakang
pendidikan atau latihan dan pengalaman. Berikut adalah latar belakang dan kriteria 3 orang
responden yang dipilih oleh pengkaji sebagai responden temu bual.

Responden 1 :
Seorang pendidik yang telah berkhidmat selama 13 tahun dalam profesion perguruan.
Beliau merupakan seorang guru yang sangat berpengalaman luas dalam bidang ICT
dan guru terbaik dalam mata pelajaran yang di ajar. Pengkaji memilih respoden ini
kerana ingin memperolehi dan berkongsi maklumat serba sedikit teknologi masa kini
yang digunakan semasa menjalankan pembelajaran online pada musim PKP.

Responden 2 :
Responden kedua yang pengkaji pilih ialah merupakan seorang pendidik yang
berpengalaman kerana telah berkhidmat dalam dunia perguruan selama 32 tahun.
Pemilihan responden ini ialah kerana pengkaji ingin memperolehi maklumat
bagaimana beliau menyahut cabaran menjalankan pembelajaran dalam talian dengan
begitu berkesan pada peringkat umur yang di hujung-hujung perkhidmatan tetap
bersemangat menyahut cabaran.

Responden 3 :
Seorang pendidik yang telah berkhidmat selama 20 tahun dalam profesion perguruan.
Beliau merupakan seorang guru yang sangat begitu komited pada setiap
tanggungjawab yang diberikan. Pengkaji memilih respoden ini kerana ingin sama-
sama mengetahui serba sedikit maklumat beliau mendepani cabaran mengajar pada
musim PKP secara online.

2.3 Prosedur Temubual


Dalam kajian kualitatif pengkaji adalah sebagai alat utama pengumpul data. Bagaimanapun
untuk melakukan temubual pengkaji memerlukan prosedur temubual sebagai panduan dalam
melakukan temubual, supaya temubual yang dijalankan terarah dan tidak keluar daripada
permasalahan kajian yang dijalankan. Dari itu, sebelum pengkaji melakukan temubual untuk
mengumpulkan data, pembinaan prosedur temubual pengkaji lakukan terlebih dahulu.
Sebelum prosedur temubual tersebut digunakan dalam kajian sebenar, pengkaji
meminta perkhidmatan beberapa orang pakar untuk menyemak protokol tersebut terlebih
dahulu. Sebaik sahaja pengkaji dapat menyusun prosedur temubual, pengkaji meminta
perkhidmatan beberapa orang pakar untuk menyemak dan memberikan komen terhadap
prosedur temubual tersebut. Pakar-pakar yang pengkaji maksudkan adalah, pakar dalam
bidang psikologi dan kaunseling, serta pakar dalam bidang penyelidikan kualitatif. Setelah
pakar berkenaan memberikan pandangan dan komen mereka terhadap prosedur yang dibina,
pengkaji memperbaiki semula sesuai dengan komen-komen yang mereka berikan.
Bagi memastikan protokol temubual itu dapat digunakan dengan baik dan berkesan
dalam pengumpulan data sebenar, pengkaji telah melakukan pilot testing terlebih dahulu
kepada beberapa orang subjek, iaitu dengan cara melakukan temubual kepada mereka
menggunakan protokol yang pengkaji bina. Melalui pilot testing tersebut pengkaji dapat
mengenal pasti sama ada soalan-soalan yang dibina dalam protokol tersebut dapat difahami
dengan baik oleh subjek ataupun sebaliknya. Daripada pilot testing yang dijalankan, pengkaji
melihat bahawa sememangnya subjek menghadapi kesukaran untuk memahami beberapa
soalan yang diberikan kepada mereka, maka pengkaji melakukan perbincangan semula
dengan orang yang lebih memahami (penyelia), selanjutnya mengubah soalan-soalan tersebut
menjadi lebih baik dan lebih mudah difahami untuk digunakan dalam interview sebenar.
Proses temu bual dijalankan secara individu, maka penyelidik menemu bual responden secara
individu. Setelah selesai sesi temu bual dengan responden pertama, barulah sesi temu bual
diteruskan dengan responden seterusnya. Ini bertujuan supaya maklumat responden kedua
dan ketiga tidak dipengaruhi oleh maklumat responden pertama. Malah, penyelidik turut
membentuk hubungan yang baik dengan responden bagi melancarkan proses temu bual.
Pembentukan hubungan yang baik dengan responden adalah bagi memudahkan penyelidik
memperoleh maklumat dan maklumat yang diperolehi akan mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi. Setelah maklumat diperoleh hasil daripada set soalan dan sesi temu bual, data
tersebut akan disemak dengan teliti dan proses penganalisisan data akan dimulakan. Data
temu bual kemudian dianalisis secara manual dan dijadikan dalam bentuk transkrip dengan
mengekodkan data.

Jadual 1 : Protokol dan Responden bagi Temu Bual Protokol Temubual

Protokol Temubual Responden Kod Responden Bilangan


Transkrip Guru R1, R2, R3 3
Jumlah 3

2.4 Soalan temubual


1. Apakah pendapat cikgu berkenaan dengan pembelajaran atas talian?
2. Bagaimanakah pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan semasa pandemic
COVID-19 ini?
3. Apakah cabaran bagi seorang guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian?
4. Boleh saya tau, apakah kesan yang cikgu alami semasa mengendalikan PdP dalam
talian?
5. Berdasarkan kesan dan cabaran yang telah dinyatakan tadi bagaimana cara mengatasi
masalah PdP dalam talian ini?
2.4 Transkrip Temu bual

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 1

Penemu bual : Baiklah sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta
kebenaran merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden 1 : Ok, boleh.
Penemu bual Cikgu sibuk? Saya harap saya tidak menganggu masa cikgu.
Responden 1 : Tidak juga. Sekarang masa free…
Penemu bual : Baiklah, boleh kenalkan nama dan sedikit latar belakang diri cikgu?
Responden 1 : Nama saya Hamid, berumur 37 tahun dan berasal daripada Perak.
Penemu bual : Berapa tahun sudah cikgu berkhidmat sebagai guru?
Responden 1 : Saya sudah berkhidmat sebagai seorang guru sejak tahun 2007, iaitu
selama 12 tahun.
Penemu bual : Baiklah. Untuk temubual ini saya ingin mengetahui kesan pandemik
COVID-19.
Responden 1 : Ooh ok, tajuk yang bagus dan sesuai dengan perubahan norma baharu
masa kini.
Penemu bual : Baiklah… sekarang kita akan masuk ke soalan temubual. Apakah
pendapat cikgu berkenaan dengan pembelajaran atas talian?
Responden 1 : Pembelajaran atas talian ini adalah secara online iaitu pembelajaran
jarak jauh tanpa bersemuka dengan pelajar.
Penemu bual : Bagaimanakah pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan
semasa pandemik COVID-19 ini?

Responden 1 : Okey. Err… semasa pandemik COVID-19 ini saya rasa pembelajaran
jarak jauh ini merupakan satu norma baharu dalam pendidikan. Jadi
para pendidik, mahu tidak mahu, kita kena ikut terhadap arus
pendidikan yang dilaksanakan oleh KPM seterusnya disalurkan
kepada JPN dan sekolah akan mengikuti arus seperti mana yang
diarah oleh
pendidikan dan guru akan melaksanakan pembelajaran jarak jauh ini
mengikut jadual yang telah diatur ataupun ditetapkan oleh pihak
sekolah. Itu adalah cara pelaksanaan lah. Okey… dan bagaimanakah
kami sebagai guru guru; para pendidik untuk menjadikan ataupun
memperkasakan pelajaran ini adalah kami akan menjadikan
pembelajaran atas talian ini sebagai rutin sepanjang pendemik
COVID-19 ini untuk menyampaikan topik ataupun pembelajaran
terhadap pelajar.
Penemu bual : Okey… maksud cikgu pembelajaran online ini merupakan rutin
seharian cikgu sepanjang tempoh PKP ini lah?
Responden 1 : Ya saya rasa seperti itu. Rutin maksudnya disini adalah untuk kami
salurkan pembelajaran terhadap pelajar supaya mereka tidak
ketinggalan dalam pembelajaran mereka kami akan menggunakan
pembelajaran jarak jauh ini iaitu pembelajaran atas talian supaya
pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka untuk
menggantikan pembelajaran secara bersemuka itu PDPC.
Penemu bual : Soalan seterusnya, apakah cabaran bagi seorang guru semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian?
Responden 1 : Err... baiklah… Cabaran yang dihadapi oleh kami setakat ini, bagi
saya secara peribadi pertama adalah kehadiran pelajar yang tidak
menggalakkan sepanjang pembelajaran dalan talian ini kerana dalam
jumlah pelajar yang ramai, contohnya dalam satu kelas jumlah pelajar
35 orang, manakala Informan: pelajar yang mengikuti kelas online ini
adalah seramai 2 orang, 3 orang dan setakat ini paling ramai adalah
lima orang. Itu khususnya bagi kelas yang terakhirlah. Okey jadi bagi
kelas yang di hadapan, tidak juga dikatakan 100% mereka online
kerana ada juga pelajar yang tidak mengikuti kelas online ini kerana
mereka tidak mempunyai liputan internet di kampung mereka lah.
Okey… perkara kedua adalah seperti yang saya beritahu sebentar tadi
adalah pelajar tidak ada talian internet di kampung. Contohnya
kampung yang berada jauh ataupun di bahagian pedalaman ataupun
luar bandar yang tidak ada liputan internet-di bahagian hutan macam
tulah. Okey cabaran yang ketiga adalah penyediaan bahan atau pun
bahan pengajaran secara online seperti bagaimana kami guru-guru
membina soalan dalam bentuk Google Form, “word world” ataupun
telegram bot. Ini kerana guru mengambil masa yang lama untuk
menyediakan bahan-bahan tersebut. Baiklah… cabaran seterusnya
adalah dalam masa yang sama apabila guru atau pun saya sendiri
melaksanakan perbincangan dengan pelajar yang mengambil masa
yang singkat sahaja. Setakat ini jadual kami diatur adalah selama 30
minit lah. Okey dan sepanjang 30 minit itu kami terpaksa berhadapan
dengan komputer ataupun telefon. Jadi jari saya berasa lenguh dan
mata akan berair kerana terlalu lama berhadapan dengan telefonlah
atau pun laptop. Jadi saya rasa setakat itulah cabaran yang saya hadapi
sepanjang pembelajaran jarak jauh ini.
Penemu bual : Baiklah. Boleh saya tahu dalam satu hari tu, berapa kelas yang cikgu
jaga ataupun awasi?
Responden 1 : Pembelajaran dalam talian hanya dijalankan selama 1 jam untuk satu
sesi. Dalam sehari jadual yang ditetapkan ialah melibatkan 2 subjek
teras sahaja. Setiap subjek melibatkan 2 kali dalam seminggu. Saya
mengajar 4 kelas subjek Matematik. Jadi dalam sehari saya kena
membuat persedian untuk 4 kelas.

Penemu bual : Adakah cikgu dalam masa dalam tempoh masa 1 jam itu adakah
Informan: cikgu menghadap komputer ataupun telefon bimbit secara
berterusan?

Responden 1 : Ya, tidak dinafikan dalam sepanjang tempoh 1 jam itu kami akan
kami akan meneruskan pengajaran kami tanpa henti kerana sepanjang
aktiviti selama 1 jam itu kami akan berbincang topik. Kami tidak
akan mengajar topik yang besar tetapi kalau topik itu panjang kami
akan ajarkan topik lah bermakna satu-satu topik itu kami akan
bincang terlebih dahulu kemudian kami akan mengadakan sesi soal
jawab kepada pelajar untuk beberapa soalan dan yang terakhir kami
akan memberikan mereka kuiz lah dan kuiz ini biasanya kami akan
berikan dalam bentuk Google form, word world ataupun telegram bot.
Err... itu yang biasa saya gunakan lah.

Penemu bual : Boleh saya tau, apakah kesan yang cikgu alami semasa
mengendalikan PdPc dalam talian?

Responden 1 : Kesan yang saya hadapi ada juga kesan positif dan negatif. Dari segi
kesan positif saya boleh mempelajari cara menyediakan bahan
menggunakan teknologi. Maksudnya saya boleh paparkan bahan-
bahan
saya itu secara visual dan lebih kreatif dengan menggunakan
teknologi
seperti yang saya beritahu tadi seperti menggunakan Google form,
word world, dan telegram bot. Dan pelajar boleh nampak khususnya
apabila kami berikan ataupun memaparkan gambar rajah…, peta…
macam tu. Mereka boleh lihat lah dalam keadaan yang sebenar tidak
diterangkan secara lisan. Dan seperti mana yang saya beritahu
sebentar tadi juga guru ada kemahiran yang baharu khususnya dalam
mencipta bahan-bahan pengajaran dalam bentuk pembelajaran jarak
jauhlah. Seterusnya kesan negatif, kesan negatif bagi saya, oleh
Penemu bual : kerana terlalu lama memegang telefon bimbit ataupun berhadapan
dengan laptop mata saya berair disebabkan terlalu lama tengok skrin
telefon lah dan kedua adalah jari saya berasa lenguh hingga jari terasa
Responden 1 : kebas-kebas.

Berdasarkan kesan dan cabaran yang telah dinyatakan tadi bagaimana


cara mengatasi masalah P&P dalam talian ini?

Bagi saya antara cara mengatasi cabaran ini, seperti mana cabaran
kami yang pertama adalah kehadiran pelajar yang kurang. Inisiatif
guru itu sendiri pula ini pengalaman saya lah dan memang saya
lakukan bagi pelajar saya yang setia iaitu oleh kerana saya mengalami
keadaan di mana dalam satu kelas khususnya kelas yang hujung
daripada 35 pelajar itu ada satu orang pelajar sahaja yang setia
mengikuti pembelajaran dalam talian, jadi tidak susah bagi saya
untuk memberikan mereka hadiah ataupun galakan dalam
bentuk memberikan mereka top-up atau reload lah. Sebab saya
berikan
Penemu bual :
top-up ini ialah saya berfikir pelajar akan bersemangat untuk
mengikuti kelas secara online ini jika diberikan ganjaran. Seterusnya
seperti mana yang telah saya beritahu tadi bahawa guru mengambil
masa yang lama bagi menyediakan bahan pembelajaran online. Oleh
itu, saya belajar lebih banyak kemahiran dalam menyediakan bahan
atas talian jadi saya mengambil peluang ini untuk saya belajar
kemahiran baru bagi menyediakan bahan dalam pengajaran lah.

Baiklah cikgu, nampaknya sesi temubual kita berakhir di sini.


Informan: Saya mengucapkan terima kasih diatas masa yang cikgu
luangkan untuk sesi temubual pada hari ini. Sama-sama juga
memberikan kerjasama dalam soalan sesi temubual.

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 2


Penemu bual : Selamat sejahtera cikgu, Saya harap saya tidak menganggu masa
cikgu. sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta
kebenaran saudara merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden 2 : Salam sejahtera, tidak..saya amat menghargai cikgu sudi menjadikan
saya sebagai responden untuk kajian cikgu.
Penemu bual Cikgu, sebelum memulakan temu bual, saya ingin meminta kebenaran
merakam temu bual untuk tujuan kajian.
Responden 2 : Ok, baik.
Penemu bual : Boleh tidak cikgu perkenalkan nama dan sedikit latar belakang diri
cikgu?
Responden 2 : Nama saya Haniza, berumur 55 tahun dan berasal daripada Kedah.
Penemu bual : Boleh agaknya saya tahu, berapa lama cikgu berkhidmat dalam
bidang perguruan ini?
Responden 2 : Saya sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 32, iaitu pada
tahun 1988.
Penemu bual : Topik utama yang ingin kita bincangkan dan saya nak cikgu sama-
sama berkongsi pengalaman dan cabaran cikgu dalam terhadap kesan
pandemik COVID-19.
Responden 2 : Ooh ok, topik perbincangan yang menarik sangat sesuai dengan
situasi masa kini.
Penemu bual : Sekarang saya akan teruskan dengan soalan yang pertama. Apakah
pendapat cikgu berkenaan dengan pembelajaran atas talian?
Responden 2 : Pembelajaran atas talian membawa maksud aktiviti pdp dijalankan
secara alam maya dengan penggunaan gajet masa kini seperti telefon
pintar dan komputer
Penemu bual : Bagaimanakah pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan
semasa pandemik COVID-19 ini?

Responden 2 : Bagi saya pembelajaran jarak jauh ini merupakan satu perubahan
yang baharu kepada kita warga pendidik. Bila berlaku PKP, sekolah
ditutup, maka murid akan berada di rumah, sebagai guru pastinya kita
tidak mahu murid kita duduk di rumah tanpa melakukan sesuatu yang
bermanfaat. Jadi dengan itu, arahan dari pihak kementerian, agar
semua sekolah menjalani pembelajaran dalam talian ini, berdasarkan
jadual yang ditetapkan oleh pihak sekolah, jadi kita mesti akur dengan
arahan ini. Saya sanggup menyahut cabaran ini, supaya saya sama
seiring dengan para pendidik lain yang mahir dalam teknologi ini.
Saya berpendapat guru-guru boleh menggunakan kreativiti masing-
masing dalam PdP seperti menerusi Massive Open Online Learning
(MOOC), Open Educational Resources (OER) dan Flipped Classroom
secara dalam talian serta apa sahaja aplikasi terbuka yang ada. Apa-
apa sahaja aplikasi yang boleh membantu guru dan murid
berkomunikasi menyampaikan mesej serta arahan tugasan perlu
digembleng sebaik mungkin termasuk WhatsApp, Telegram dan
Google Class Room.
Penemu bual : Okey… tahniah cikgu kerana begitu bersemangat untuk mendepani
dunia Pendidikan global ini. Soalan seterusnya, apakah cabaran bagi
seorang guru semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
secara atas talian?
Responden 2 : Terima kasih, baiklah pastinya sebagai orang lama, pasti ada banyak
cabaran yang dihadapi. Secara peribadi pertamanya untuk
menggunakan medium teknologi terkini, ‘Google Meet, google
classroom, googleform, quizzes adalah satu caran yang baharu,
namun saya tidak malu untuk belajar. Cabaran seterusnya ialah
penglibatan pelajar dalam pembelajaran dalan talian ini yang agak
kurang menggalakkan. Kelas yang hadapan hanya separuh sahaja
yang terlibat, manakala kelas belakang adalakanya tidak sampai 5
orang yang terlibat. Saya faham mungkin mereka tidak mempunyai
liputan internet jika mereka yang berada di kampung
Penemu bual : Boleh saya tau, apakah kesan yang cikgu alami semasa
mengendalikan PdPc dalam talian?

Responden 2 : Pada pendapat saya, pembelajaran alam maya ini, para guru untuk
menjadi lebih kreatif serta memanfaatkan penggunaan teknologi yang
ada demi memastikan proses pembelajaran anak murid mereka tidak
terabai sepanjang tempoh PKP berlangsung. Kesan seterusnya,
penglibatan murid yang kurang kerana tidak mendapat kerjasama dari
ibu bapa
Penemu bual : Berdasarkan kesan dan cabaran yang telah dinyatakan tadi bagaimana
cara mengatasi masalah P&P dalam talian ini?

Responden 2 : Sebagai seorang pendidik pastinya saya berusaha sedaya upaya


menjadi kreatif dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran.  Saya
tidak berasa malu untuk berguru bagi meningkatkan keupayaan
mendidik seiring dengan kemajuan teknologi. Selari dengan normal
baharu, pembelajaran secara atas talian ini memerlukan komitmen dan
sokongan tidak terhingga ibu bapa dalam membantu pendidik
mendidik murid. Ibu bapa perlu memahami normal baharu
pendidikan, memberikan ruang kepada anak-anak menghadiri kelas
atas talian serta turut memantau sesi pembelajaran dan kerja sekolah
mereka.
Penemu bual : Baiklah cikgu, itu sahaja yang saya hendak bertanyakan kepada cikgu
dan saya ucapkan terima kasih kerana sudi meluangkan masa untuk
sesi temubual pada hari ini.

TRANSKRIPSI TEMU BUAL BERSAMA RESPONDEN 3

Penemu bual : Salam sejahtera cikgu, terima kasih kerana sudi menerima jemputan
saya untuk menemubual cikgu.
Responden 3 : Salam sejahtera, sama-sama dan terima kasih kembali kerana
menjemput saya menjadi rakan temubual anda.
Penemu bual Cikgu, Maaf ya, saya mohon kebenaran untuk merakam temu bual
untuk tujuan kajian.
Responden 3 : Ok, baik.
Penemu bual : Boleh tidak cikgu perkenalkan nama dan sedikit latar belakang diri
cikgu?
Responden 3 : Nama saya Marina, berumur 44 tahun dan berasal daripada Kedah.
Penemu bual : Boleh agaknya saya tahu, berapa lama cikgu berkhidmat dalam
bidang perguruan ini?
Responden 3 : Saya sudah berkhidmat sebagai seorang guru selama 20, iaitu pada
tahun 2000.
Penemu bual : Wow, lama juga ya cikgu !. pastinya anyak pengalaman yang cigu
temouhi sepanjang perkhidmatan cikgu.
Responden 3 : Tidaklah seberapa, masih banyak yang saya perlu belajar.
Penemu bual : Topik utama yang akan bincangkan ialah berkaitan situasi masa kini
iaitu perubahan norma baharu pembelajaran dalam talian semasa
musim padermik Covid-19. Sekarang saya akan teruskan dengan
soalan yang pertama. Apakah pendapat cikgu berkenaan dengan
pembelajaran atas talian?
Responden 3 : Pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan melalui penggunaan
teknologi digital. Bahan pdp disampaikan menggunakan media yang
mempunyai grafik visual, perkataan, animasi, video ataupun audio.
Penemu bual : Bagaimanakah pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan
semasa pandemik COVID-19 ini?
Responden 3 : Guru yang memiliki pengalaman luas dalam mencurahkan ilmu sama
ada secara konvensional atau menguasai pendekatan pembelajaran
alam maya yang terkini diyakini akan memanfaatkan sebaik mungkin
pengetahuan dan kemahiran bersama pelajar dalam menjayakan PdP
Penemu bual : Soalan seterusnya, apakah cabaran bagi seorang guru semasa
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas talian?
Responden 3 : Cabaran paling utama saya ialah masalah capaian internet lemah
kerana saya tinggal di luar bandar. Saya juga merupakan guru yang
kurang berkemahiran dalam penggunaan teknologi maklumat ini
merupakan cabaran untuk saya menyampaikan bahan pengajaran
dalam talian.
Penemu bual : Boleh saya tau, apakah kesan yang cikgu alami semasa
mengendalikan PdPc dalam talian?

Responden 3 :  Kaedah ini juga ada beberapa kekangan, lebih-lebih lagi bagi murid
berada di kampung. Mereka juga tidak mempunyai sebarang peranti
elektronik. Selain itu, kelajuan internet antara isu utama yang
dihadapi murid ketika proses PdP di rumah selepas PKP
dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu. Hal begini pasti membuatkan
objektif pembelajaran hanya dapat dicapai oleh golongan tertentu.
Bagaimana pula untuk golongan yang tidak mampu?
Penemu bual : Berdasarkan kesan dan cabaran yang telah dinyatakan tadi bagaimana
cara mengatasi masalah P&P dalam talian ini?

Responden 3 : KPM memperkenalkan pelbagai kaedah pengajaran dalam talian.


Apabila berlaku krisis dan PKP dikuatkuasakan, pengajaran dalam
talian sudah dikira sebagai kaedah utama pembelajaran. Jadi untuk
kita mantapkan lagi pembelajaran dan pengajaran dalam talian ini
terutamanya untuk kegunaan pada masa akan datang saya perlu
berusaha untuk belajar hal-hal teknologi yang sebelum ini saya
kurang berkemahiran.

Penemu bual : Itu saja soalan saya cikgu. Terima kasih kerana sudi bekerjasama
dengan saya dan sudi berkongsi pandangan.
3.0 Pengumpulan Data

Setelah responden dikenal pasti, pengkaji mengadakan satu sesi perjumpaan dengan mereka.

Dalam perjumpaan itu, responden diberitahu tentang tujuan kajian dan tatacara kajian

dijalankan. Para responden diyakinkan tentang kerahsiaan perbualan dan identiti mereka.

Perkara yang diketengahkan ialah perbualan mengenai wacana lisan yang mengandungi satu

perkara yang menjadi topik perbualan. Responden telah dimaklumkan berkaitan sesi

temubual ini dan pengkaji telah meminta kebenaran untuk melakukan rakaman perbualan.

3.1 Tatacara Penganalisisan Data


Proses pengumpulan data amat penting dalam penyelidikan kualitatif. Dalam kajian kualitatif,
penggunaan pelbagai kaedah pungutan data digunakan bertujuan mencapai tahap pemahaman
terhadap partisipan yang lebih baik dan untuk meningkatkan kredibiliti dapatan kajian
(Maykut & Morehouse, 1994). Kualiti data temu bual selalunya bergantung kepada perkataan
dan perlakuan responden. Oleh itu ianya memerlukan kaedah yang membolehkan penyelidik
menguasai dan memahami bahasa dan perlakuan responden. Sehubungan dengan itu, peranan
penyelidik sebagai instrumen kajian adalah penting. Ini selaras dengan pandangan yang
dikemukakan oleh Marohaini (2001), yang menyatakan bahawa penyelidik merupakan
instrumen kajian utama dan perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk berhubung
dengan manusia di sekelilingnya. Sebelum kajian dijalankan rangka kerja disediakan terlebih
dahulu bagi memandu perjalanan proses pemerolehan data.

Seperti yang ditekankan oleh Miles dan Huberman (1994), analisis data bermula sebaik
sahaja pengkaji memulakan kerja lapangan. Penyelidik menemu bual responden secara
bersemuka melalui rakaman. Rakaman suara dimainkan secara berulang kali bagi mendengar
dan menganalisis data satu per satu. Data yang dikumpul dianalisis melalui dua peringkat.
Peringkat pertama adalah analisis semasa peringkat pengumpulan data dan peringkat kedua
merupakan analisis yang dijalankan selepas data dikumpulkan. Analisis data pada peringkat
pertama dilakukan secara serentak dan berterusan semasa dan di luar lapangan. Hal ini
bermakna, pengkaji membuat analisis semasa kaedah temubual dijalankan. Kesemua data
yang dikumpul disusun dalam bentuk catatan lapangan dan koleksi pita audio yang perlu
melalui peringkat pembersihan data, memahami data dan dianalisis untuk pembentukan kod
dan kategori.

Data telah dianalisis berdasarkan analisis dan tema soalan kajian yang berkait rapat
dengan tujuan kajian ini. Tujuan analisis data adalah untuk menjawab soalan-soalan
penyelidikan yang ditangani lebih awal dalam kertas ini serta bagi memahami data (Amat,
Mohd. Hussin, Becker, & Ku Johari, 2013). Berikut merupakan langkah-langkah yang
diambil untuk menganalisa data.

 Tahap 1 (Pengurusan Data)


Dalam peringkat pertama untuk menganalisis data, terdapat pemerhatian secara
langsung, rakaman data dan transkrip di mana harus didengari, dibuat salinan dan
ditranskripkan temubual tersebut. ·

 Tahap 2 (Pemahaman & Pengetahuan Data)


Pada peringkat kedua, proses merekod adalah satu usaha untuk mengkaji,
menganalisis data, kategori atau tema dan pemikiran. Proses analisis data bermula
dengan membaca transkrip untuk beberapa kali, mencipta tema, idea dan gerak hati.
Tujuan coding juga berkaitan dengan kajian. Proses merekod bermula selepas sesi
temuduga pertama untuk mewujudkan garis dasar dan data analisis. Pengekodan.
Seperti yang dinyatakan oleh Miles dan Huberman (1994), kod adalah tag atau label
untuk menandakan sesuatu unit makna kepada sesuatu maklumat deskriptif.
Pengekodan pula merupakan proses melabel atau memberi kod tertentu kepada
sesuatu unit data.

 Tahap 3 (Tema dan Konsep Ciptaan)


Peringkat ketiga coding dilakukan dengan mengulangi bacaan, mengenal pasti tema
dan melaksanakan rujukan sastera. Proses ini dilakukan untuk mengesahkan tema
kajian. Di samping itu, gabungan tema yang dilakukan oleh tema mengkategorikan
dan berkaitan dengan tema kesusasteraan ( Al Sayed Mohamad, Mohamad, Ismail, &
Mohd Yusof, Therapeutic Experience of Drug Rehabilitation Clients through
Expressive Arts, 2013).

Bil Soalan Temubual Kod / Tema


1 Apakah pendapat cikgu berkenaan dengan pembelajaran atas talian? 1/ Pandangan
2 Bagaimanakah pelaksanaan pembelajaran dalam talian diperkasakan semasa 2/ Pelaksanaan
pandemic COVID-19 ini?
3 Apakah cabaran bagi seorang guru semasa melaksanakan pengajaran dan 3 / Cabaran
pembelajaran secara atas talian?
4 Boleh saya tau, apakah kesan yang cikgu alami semasa mengendalikan PdP 4 / Kesan
dalam talian?
5 Berdasarkan kesan dan cabaran yang telah dinyatakan tadi bagaimana cara 5/ Cara Mengatasi
mengatasi masalah PdP dalam talian ini?

4.0 Rumusan
Sesungguhnya sebuah kajian yang baik, adalah hasil daripada metod dan kaedah-kaedah yang

baik. Dengan menggunakan beberapa kaedah yang ditentukan, penyelidik berharap kajian ini

dapat mengikut standard serta kualitinya yang tersendiri. Metodologi kajian ini juga bertujuan

memudahkan penyelidik untuk mendapatkan datadata serta maklumat-maklumat daripada

responden-responden kajian. Ianya seumpama petunjuk jalan kepada penyelidik dalam

menghasilkan kajian ini. Secara kesimpulannya bab ini memberi penerangan tentang reka

bentuk kajian, kerangka teori, kaedah penyelidikan, instrumen pengumpulan data dan

penganalisisan data. Teknik-teknik dan kaedah-kaedah mengumpul data dan menganalisis

data juga dibincangkan untuk memenuhi pemilihan metodologi yang tepat dan benar.
RUJUKAN

Allan, G. “Qualitative Research,” dalam Handbook for Research Student in Social Sciences,
ed. Allan, G. dan Skinner, C., Ed ke-1 (London: The Farmer Press, 1991), 177-189.

Amaratunga, D. et al. 2002. Quantitative and qualitative research in the built environment:
Application of "mixed" research approach. Work Study Vol. 1, No. 1, 17-31.

Bailey, C. A. 2007. A Guide to Qualitative Field Research. Ed ke-2. United Kingdom: Sage
Publication Ltd.

Bennard, H. R. 2011. Research Methods in Anthropology: Qualitative and Quantitative


Approaches. Ed ke-5. Plymouth, UK: AitaMira Press, 2011.

Clarke, A. E. 2005. Situational Analysis: Grounded Theory After Postmodern Turn.


Thousand Oaks, CA: Sage.

Denzin, N. K. dan Lincoln, Y.S. 1994. “Introduction: Entering the Field of Qualitative
Research” dalam Handbook of Qualitative Research, ed. Denzin, N. K. dan Lincoln, Y.S.
London: Sage Publication.

Gulati, P. M. 2009. Research Management: Fundamental and Applied Research. New Delhi:
Global India Publications.

Hasan Bahrom dan Mohd Sufi Ismail. 2005. Adaptasi Kaedah Istimbath Hukum Dalam
Analisis Penyelidikan Kualitatif”. 3rd International Qualitative Research Convention 2005:
Qualitative Research Experiences Across Discipline, Sofitel Palm Resort, Senai, Johor, 21-23
Ogos 2005.
Hesse-Biber, S., dan Leavy, P. 2006. The Practice of Qualitative Research. Ed ke-2.
Thousand Oaks, CA: Sage.
Hsiung, P. C., “What is Qualitative Analysis”, laman sesawang Lives and Legacies: A Guide
to Qualitative Interviewing,
http://www.utsc.utoronto.ca/~pchsiung/LAL?analysis/introduction.
Soalan 2 : Analisis Data

1.0 Pengenalan
Sesuatu usaha penyelidikan tidak berakhir setakat pengumpulan data. Langkah seterusnya
ialah mempersembahkan data dalam bentuk pengetahuan. Tanpa proses analisis, data yang
dikumpul akan hanya bersifat data mentah (raw data). Data kualitatif berbentuk deskriptif,
ianya berupa kata-kata lisan atau tulisan tentang tingkah laki manusia yang dapat diamati
(Taylor & Bogdan, 1984). Data kualitatif yang diperoleh dalam kajian ini adalah data yang
diperolehi dari kaedah temubual. Pendekatan analisis kandungan seperti mana yang
dicadangkan oleh Merriem (1998) telah digunakan untuk menganalisis data temubual.
Menurut Burn (1995) analisis kandungan merupakan kaedah analisis yang sering digunakan
dalam kajian kualitatif. Analisis kandungan digunakan untuk mengenalpasti tema, konsep,
dan makna. Dalam hal ini, analisis kandungan memerlukan sistem pengekodan yang
berkaitan dengan maklumat sesuatu penyelidikan. Menurut Burn (1995), kategori
pengekodan harus dibangunkan sebaik sahaja pengumpulan data pertama dilakukan.
Pengekodan memudahkan seorang pengkaji memahami maklumat yang diperolehi dan
menjadi panduan kepadanya untuk menentukan apakah yang harus difokuskan kepada
maklumat seterusnya. Miles dan Hubermen (1994) menyatakan bahawa pengekodan
bukanlah sesuatu data yang telah siap dianalisis tetapi ianya terbit terus menerus sepanjang
proses pengumpulan data. Oleh itu, pembentukan kategori pengekodan merupakan suatu
bentuk analisis yang berterusan, makna setiap kategori diperhalusi sehingga kategori-kategori
tertentu dapat menggambarkan keadaan yang berlaku didalam kes-kes yang dikaji. Justeru
itu, berdasarkan penerangan diatas, analisis data kualitatif kajian ini dibuat melalui jenis
transkripsi temubual (Rajah 6.2). Data temu bual ditranskripsikan kemudian ditaip dan
diberikan nombor di bahagian sebelah kiri dan ditinggalkan kosong di sebelah kanan untuk
tujuan pengekodan data. Satu ayat dalam transkripsi disebut unit. Unit yang telah dikodkan
ditulis di ruang sebelah kanan kertas yang disediakan. Proses memberi kod terhadap unit-unit
ayat ini akan memudahkan pengkaji mengenal pasti tema bagi setiap langkah dan memberi
penerangan lanjut berkaitan tingkah laku berkenaan. Transkripsi dibaca dan tema-tema
dikenal pasti kemudian dikodkan. Proses pengekodan dijalankan sehingga tamat satu
transkripsi temu bual bagi seorang peserta kajian. Hasil analisis data temu bual
dipersembahkan dalam bentuk memerihalkan semula atau menggunakan kekerapan tema
yang diperoleh melalui transkripsi temu bual.
1.1 Kerangka Tematik

Bil Soalan Temubual Responden Respon Responden Kod / Tema


1 Apakah pendapat cikgu Responden 1 Pembelajaran atas talian ini adalah 1/ Pandangan
berkenaan dengan secara online iaitu pembelajaran jarak
pembelajaran atas talian? jauh tanpa bersemuka dengan pelajar.
Responden 2 Pembelajaran atas talian membawa
maksud aktiviti pdp dijalankan secara
alam maya dengan penggunaan gajet
masa kini seperti telefon pintar dan
komputer
Responden 3 Pengajaran dan pembelajaran yang
disampaikan melalui penggunaan
teknologi digital. Bahan pdp
disampaikan menggunakan media yang
mempunyai grafik visual, perkataan,
animasi, video ataupun audio.
2 Bagaimanakah Responden 1 Semasa pandemik COVID-19 ini saya 2/ Pelaksanaan
pelaksanaan pembelajaran rasa pembelajaran jarak jauh ini
dalam talian diperkasakan merupakan satu norma baharu dalam
semasa pandemic pendidikan. Jadi
COVID-19 ini? para pendidik, mahu tidak mahu, kita
kena ikut terhadap arus Pendidikan.
Sebagai guru kami akan
memperkasakan pelajaran ini dan
menjadikan pembelajaran atas talian ini
sebagai rutin sepanjang pendemik
COVID-19 ini untuk menyampaikan
topik ataupun pembelajaran terhadap
pelajar.
Responden 2 Saya berpendapat guru-guru boleh
menggunakan kreativiti masing-masing
dalam PdP seperti menerusi Massive
Open Online Learning (MOOC), Open
Educational Resources (OER) dan
Flipped Classroom secara dalam talian
serta apa sahaja aplikasi terbuka yang
ada. Apa-apa sahaja aplikasi yang
boleh membantu guru dan murid
berkomunikasi menyampaikan mesej
serta arahan tugasan perlu digembleng
sebaik mungkin termasuk WhatsApp,
Telegram dan Google Class Room.

Responden 3 Guru yang memiliki pengalaman luas


dalam mencurahkan ilmu sama ada
secara konvensional atau menguasai
pendekatan pembelajaran alam maya
yang terkini diyakini akan
memanfaatkan sebaik mungkin
pengetahuan dan kemahiran bersama
pelajar dalam menjayakan PdP.
3 Apakah cabaran bagi Responden 1 Cabaran yang dihadapi oleh kami 3 / Cabaran
seorang guru semasa setakat ini, bagi saya secara peribadi
melaksanakan pengajaran pertama adalah kehadiran pelajar yang
dan pembelajaran secara tidak menggalakkan sepanjang
atas talian? pembelajaran dalan talian ini kerana
dalam jumlah pelajar yang ramai,
contohnya dalam satu kelas jumlah
pelajar 35 orang, manakala pelajar
yang mengikuti kelas online ini adalah
seramai 2 orang, 3 orang dan setakat
ini paling ramai adalah lima orang. Itu
khususnya bagi kelas yang terakhirlah.
Okey jadi bagi kelas yang di hadapan,
tidak juga dikatakan 100% mereka
online kerana ada juga pelajar yang
tidak mengikuti kelas online ini kerana
mereka tidak mempunyai liputan
internet di kampung mereka.
Responden 2 Baiklah pastinya sebagai orang lama,
pasti ada banyak cabaran yang
dihadapi. Secara peribadi pertamanya
untuk menggunakan medium teknologi
terkini, ‘Google Meet, google
classroom, googleform, quizzes adalah
satu cara yang baharu, namun saya
tidak malu untuk belajar. Cabaran
seterusnya ialah penglibatan pelajar
dalam pembelajaran dalan talian ini
yang agak kurang menggalakkan.
Kelas yang hadapan hanya separuh
sahaja yang terlibat, manakala kelas
belakang adalakanya tidak sampai 5
orang yang terlibat. Saya faham
mungkin mereka tidak mempunyai
liputan internet jika mereka yang
berada di kampung
Responden 3 Cabaran paling utama saya ialah
masalah capaian internet lemah kerana
saya tinggal di luar bandar. Saya juga
merupakan guru yang kurang
berkemahiran dalam penggunaan
teknologi maklumat ini merupakan
cabaran untuk saya menyampaikan
bahan pengajaran dalam talian.
4 Boleh saya tau, apakah Responden 1 Kesan yang saya hadapi ada juga kesan 4 / Kesan
kesan yang cikgu alami positif dan negatif. Dari segi kesan
semasa mengendalikan positif saya boleh mempelajari cara
P&P dalam talian? menyediakan bahan
menggunakan teknologi. Maksudnya
saya boleh paparkan bahan-bahan saya
itu secara visual dan lebih kreatif
dengan menggunakan teknologi
seperti yang saya beritahu tadi seperti
menggunakan Google form, word
world, dan telegram bot. Dan pelajar
boleh nampak khususnya apabila kami
berikan ataupun memaparkan gambar
rajah, peta. Mereka boleh lihat lah
dalam keadaan yang sebenar tidak
diterangkan secara lisan. Dan seperti
mana yang saya beritahu sebentar tadi
juga guru ada kemahiran yang baharu
khususnya dalam mencipta bahan-
bahan pengajaran dalam bentuk
pembelajaran jarak jauhlah. Seterusnya
kesan negatif, kesan negatif bagi saya,
oleh kerana terlalu lama memegang
telefon bimbit ataupun berhadapan
dengan laptop mata saya berair
disebabkan terlalu lama tengok skrin
telefon lah dan kedua adalah jari saya
berasa lenguh hingga jari terasa kebas-
kebas.

Responden 2 Pada pendapat saya, pembelajaran


alam maya ini, para guru untuk
menjadi lebih kreatif serta
memanfaatkan penggunaan teknologi
yang ada demi memastikan proses
pembelajaran anak murid mereka tidak
terabai sepanjang tempoh PKP
berlangsung. Kesan seterusnya,
penglibatan murid yang kurang kerana
tidak mendapat kerjasama dari ibu
bapa.
Responden 3  Kaedah ini juga ada beberapa
kekangan, lebih-lebih lagi bagi murid
berada di kampung. Mereka juga tidak
mempunyai sebarang peranti
elektronik. Selain itu, kelajuan internet
antara isu utama yang dihadapi murid
ketika proses PdP di rumah selepas
PKP dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu.
Hal begini pasti membuatkan objektif
pembelajaran hanya dapat dicapai oleh
golongan tertentu. Bagaimana pula
untuk golongan yang tidak mampu?
5 Berdasarkan kesan dan Responden 1 Bagi saya antara cara mengatasi 5/ Cara
cabaran yang telah cabaran ini, seperti mana cabaran kami Mengatasi
dinyatakan tadi bagaimana yang pertama adalah kehadiran pelajar
cara mengatasi masalah yang kurang. Inisiatif guru itu sendiri
PdP dalam talian ini? pula ini pengalaman saya lah dan
memang saya lakukan bagi pelajar saya
yang setia iaitu oleh kerana saya
mengalami keadaan di mana dalam
satu kelas khususnya kelas yang
hujung daripada 35 pelajar itu ada satu
orang pelajar sahaja yang setia
mengikuti pembelajaran dalam talian,
jadi tidak susah bagi saya untuk
memberikan mereka hadiah ataupun
galakan dalam bentuk memberikan
mereka top-up atau reload lah. Sebab
saya berikan top-up ini ialah saya
berfikir pelajar akan bersemangat
untuk mengikuti kelas secara online ini
jika diberikan ganjaran. Seterusnya
seperti mana yang telah saya beritahu
tadi bahawa guru mengambil masa
yang lama bagi menyediakan bahan
pembelajaran online. Oleh itu, saya
belajar lebih banyak kemahiran dalam
menyediakan bahan atas talian jadi
saya mengambil peluang ini untuk saya
belajar kemahiran baru bagi
menyediakan bahan dalam pengajaran
lah.

Responden 2 Sebagai seorang pendidik pastinya saya


berusaha sedaya upaya menjadi kreatif
dalam mempelbagaikan kaedah
pengajaran.  Saya tidak berasa malu
untuk berguru bagi meningkatkan
keupayaan mendidik seiring dengan
kemajuan teknologi. Selari dengan
normal baharu, pembelajaran secara
atas talian ini memerlukan komitmen
dan sokongan tidak terhingga ibu bapa
dalam membantu pendidik mendidik
murid. Ibu bapa perlu memahami
normal baharu pendidikan,
memberikan ruang kepada anak-anak
menghadiri kelas atas talian serta turut
memantau sesi pembelajaran dan kerja
sekolah mereka.
Responden 3 KPM memperkenalkan pelbagai
kaedah pengajaran dalam talian.
Apabila berlaku krisis dan PKP
dikuatkuasakan, pengajaran dalam
talian sudah dikira sebagai kaedah
utama pembelajaran. Jadi untuk kita
mantapkan lagi pembelajaran dan
pengajaran dalam talian ini
terutamanya untuk kegunaan pada
masa akan datang saya perlu berusaha
untuk belajar hal-hal teknologi yang
sebelum ini saya kurang berkemahiran.

2.0 Kebolehpercayaan
Kebolehpercayaan sesuatu data berlaku apabila sesuatu ujian mengukur perkara yang sama
yang dilakukan berulang kali dan menghasilkan keputusan yang sama pada setiap kali ujian
(Green & Salkind, 2010). Menurut Sekaran (2003) kebolehpercayaan yang kurang daripada
0.61 adalah lemah, 0.61 hingga 0.79 adalah boleh diterima dan nilai antara 0.8 adalah tinggi.
Dalam kajian ini, penyelidik memilih kelima-lima dimensi yang mempunyai ketekalan dan
kebolehpercayaan yang tinggi oleh Rammstedt dan John (2007), dan John, Naumann dan
Soto (2008) iaitu pergaulan (0.86), penyesuaian (0.87), persetujuan (0.79), keterbukaan
minda (0.83) dan kesungguhan (0.82). Manakala instrumen prestasi kerja telah digunakan
oleh seperti Stevens, Beyer, dan Trice (1978), Al-Gattan dan Ahmad (2002) bahawa
ketekalan dan kebolehpercayaan dalaman bagi skala ini ialah 0.80. Bagi mengukuhkan aspek
kebolehpercayaan dan kesahihan kajian kualitatif, terdapat pelbagai pendekatan yang
digunakan untuk menwujudkan kebolehpercayaan dan kesahihan dalam kajian kualitatif.
Jejak audit yang dimulakan sebaik sahaja pengkaji berjaya melepasi sesi vetting. Jejak audit
ini melibatkan pengkaji merakamkan secara terperinci perkara yang berlaku dari awal
hinggalah ke akhir kajian dijalankan. Hal ini termasuklah deskripsi terperinci tentang
pemilihan peserta kajian, konteks kajian, kaedah pengumpulan data, penghasilan kod dan
kategori serta kesimpulan yang dibuat sepanjang perjalanan penyelidikan ini.
2.1 Jejak audit
Dalam memastikan kebolehpercayaan data, penyelidik juga menggunakan kaedah jejak audit.
Jejak audit dijalankan dengan meminta individu di luar kajian memeriksa naratif atau laporan
kajian bagi menentukan kredibilitinya. Jejak audit dibina dengan mendokumenkan semua
aktiviti proses inkuiri melalui penulisan jurnal, menyimpan log penyelidikan semua aktiviti
yang dijalankan, membentuk kronologi pengumpulan data dan merekod prosedur analisis
dengan jelas dan terperinci. Dalam konteks kajian ini penyelidik telah meminta seorang
pembaca untuk membuat pemeriksaan laporan dan semua dokumen yang berkaitan dengan
aktiviti penggumpulan data untuk disahkan. Penyelidik melaporkan dalam audit trail secara
jelas tentang beberapa perkara seperti sebab dijalankan kajian adalah disebabkan perasaan
ingin tahu dan minat yang mendalam terhadap persoalan berkaitan, apakah perkara baru yang
dihadapi oleh para guru setelah berlakunya wabak Covid 19. Juga terhadap apakah kemahiran
yang diperlukan bagi guru untuk mengatasi cabaran ini agar mereka dapat terus berkesan di
dalam kelas?

2.2 Semakan rakan sekerja


Kumpulan data yang siap dirujuk kepada panel pakar untuk semakan dan pengesahan. Proses
ini dipanggil semakan rakan. Untuk tujuan semakan ini penyelidik telah mendapat khidmat
seorang guru kaunseling yang arif dan berpengetahuan dalam semua bidang. Penyelidik
mengambil kira respon daripada guru kaunseling tersebut. Hasil daripada semakannya, beliau
telah memberi respon terhadap 5 perkara iaitu

(1) Beliau menjelaskan pendapat berkaitan maksud pembelajaran secara dalam talianiaitu
pembelajaran di alam maya dengan penggunaan internet sebagai peranti utama melalu
penggunaan telefon ataupun komputer. Pendapatnya pembelajaran dalam talian merupakan
pembelajaran yang bukanya satu pembelajaran yang baharu, malahan telah dijalankan
diperingkat tinggi. Namun sejak berlakunya pandermik Covid-19 ini situasi pembelajaran
berubah, dimana pembelajaran dalam talian ini menjadi sesuatu perkara yang baharu.

(2) Guru Kaunseling kurang bersetuju pemilihan tema kedua ialah perlaksanaan.
Cadangannya penggunaan tema yang sesuai ialah perkasaan.

(3) Tema cabaran sesuai untuk soalan ketiga, kerana pendapatnya ianya berkaitan dengan
tajuk kajian yang sedang dijalankan, mengetahui apakah cabaran yang dihadapi oleh pendidik
dalam menghadapi norma baharu ini.

(4) Seterusnya, tema kesan turut dipersetujui kerana setiap kajian yang dijalankan untuk
menjawab persoalan yang ingin diperolehi perlulah mengkaji kesannya.,

(5) Tema yang terakhir adalah tept kerana daripada cabaran dan kesan yang dibincangkan
perlulah diakhiri dengan cadangan bersesuian yang dikemukakan.
3.0 Perbincangan
Penganalisisan data kualitatif boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk mengikut kesesuaian
pengkajian dan objektif kajian (Gray D.E. 2004: 340; Dawson C., 2002: 110). Antara bentuk
penganalisisan ialah berdasarkan tema kajian yang dipilih. Analisis paling biasa dan paling
popular digunakan oleh pengkaji dalam penyelidikan kualitatif ialah berdasarkan tema
dapatan kajian (Dawson C., 2002: 115). Penggunaan metode analisis perbandingan
berterusan satu tema terhadap keseluruhan persoalan kajian dilakukan dengan
membincangkan dahulu tema. Berkaitan. Analisis berdasarkan tema merupakan cara analisis
yang paling mudah dan lebih ringkas dan tidak berlaku pengulangan perbincangan tema yang
boleh menjemukan penilai kajian dan pembaca. Berikut merupakan hasil dapatan yang
diterima daripada kaedah temu bual.

3.1 Norma Baharu dalam Pendidikan

Melalui satu temu-bual yang saya laksanakan terhadap guru terlibat berhubung dengan
kesan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan oleh kerajaan ini, saya mendapati
terdapat pandangan yang positif dan juga negatif yang diutarakannya. Hal ini kerana PKP
membawa impak yang besar terhadap perubahan norma hidup dan juga kerjaya beliau.
Semasa Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasakan di Sabah, Kementerian
Pendidikan Malaysia tidak hanya berpeluk tubuh dan membiarkan para pelajar sekolah
menengah atau rendah ketinggalan pelajaran mereka disebabkan penguatkuasaan PKP ini.

“…kami akan menggunakan pembelajaran jarak jauh ini iaitu pembelajaran atas talian supaya
pelajar tidak ketinggalan dalam pembelajaran mereka untuk menggantikan
pembelajaran secara bersemuka itu PDPC.”

Oleh itu, mereka telah memperkasakan pembelajaran secara atas talian bagi para
pelajar yang mana dikendalikan oleh pihak sekolah iaitu para guru. Kenyataan ini disokong
melalui temubual yang telah dijalankan iaitu;
“… semasa pandemik COVID-19 ini saya rasa pembelajaran jarak jauh ini
merupakan satu norma baharu dalam pendidikan. Jadi para pendidik, mahu
tidak mahu, kita kena ikut terhadap arus pendidikan yang dilaksanakan oleh
KPM seterusnya disalurkan kepada JPN, dan sekolah akan mengikuti arus
seperti mana yang diarah oleh pendidikan dan guru akan melaksanakan PDPJJ
ini mengikut jadual yang telah diatur ataupun ditetapkan oleh pihak sekolah.”

Melalui pendapat daripada forum UTM, kaedah pengajaran tidak akan terhenti di situ
sahaja kerana para pensyarah secara berterusan akan membimbing pembelajaran tersebut
secara intensif selain memberi latihan yang berterusan. Kenyataan ini menyokong dengan
hasil
temubual yang telah saya jalankan dimana para guru juga berusaha untuk membantu para
pelajar agar sentiasa mendapat input walaupun tidak menghadirkan diri secara fizikal di
sekolah melalui pembelajaran secara atas talian yang dilakukan pada peringkat sekolah.

3.2 Cabaran
Pelbagai cabaran telah dihadapi sepanjang pelaksanaan pembelajaran secara atas talian.
Menurut Hughes dalam forumnya, kesan pengajaran dan pembelajaran daripada pandemik
COVID-19 ini, banyak pelajar ketinggalan kerana kekurangan akses ke jalur lebar atau
peranti
yang sesuai dan kurangnya kesediaan sekolah sementara yang lain dapat mempercepat
pembelajaran digital mereka melalui perisian canggih, akses ke peranti berprestasi tinggi dan
guru yang terlatih (Hughes,May 6,2020). Dengan pelaksanaan pembelajaran secara atas talian
ini, pelbagai cabaran yang telah dihadapi oleh guru seperti kehadiran pelajar.

“cabaran pertama adalah kehadiran pelajar yang tidak menggalakkan


sepanjang PDPJJ”

Cabaran kedua yang turut diutarakan adalah sama dengan kenyataan


Hughes dimana kemudahan jalur lebar yang masih mundur di kawasan luar bandar telah
mengehadkan akses internet para pelajar.

“perkara kedua adalah seperti yang saya beritahu sebentar tadi adalah pelajar
tidak ada talian internet di kampung.”
Seperti yang dilaporkan oleh Utusan Borneo Online pada 19 April 2020, masalah
capaian Internet yang kurang memuaskan merupakan salah satu cabaran dan kekurangan
yang
dihadapi anak-anak di luar bandar, selain berdepan sekolah daif dan kekurangan prasarana
pendidikan lain. Keadaan ini juga turut dirasai oleh para pelajar di kawasan tersebut.

Selain itu, guru-guru juga mengalami masalah teknikal seperti penyedian bahan
mengajar melalui teknologi. Hal ini berlaku kerana kurangnya kesediaan guru terhadap
penggunaan teknologi. Oleh yang demikian, guru-guru mengambil masa yang lama dalam
penyediaan bahan mengajar bagi pembelajaran jarak jauh ini.

“cabaran yang ketiga adalah penyediaan bahan atau pun bahan pengajaran
secara online seperti bagaimana kami guru-guru membina soalan dalam
bentuk Google Form, “word world” ataupun telegram bot. Ini kerana guru
mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.”

Disamping itu, guru juga perlu bersedia dengan perubahan masa mengajar yang
disingkatkan.

“…cabaran seterusnya adalah dalam masa yang sama apabila guru atau pun
saya sendiri melaksanakan perbincangan dengan pelajar yang mengambil
masa yang singkat sahaja.”

Disebabkan pandemik COVID-19 ini merebak dengan cepat, maka segala tindakan
yang diambil oleh kerajaan seperti menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
telah mengubah sistem Pendidikan di negara ini.
3.3 Kesan

Kesan daripada pandemic COVID-19 ini telah menyebabkan kemunculan system


pembelajaran secara atas talian. Disebabkan perubahan drastik yang berlaku ini, ramai yang
belum bersedia sama ada daripada pelajar mahupun guru. Menurut satu kenyataan forum ini,
pelajar dan guru telah menyedari betapa melelahkan untuk menghadap di skrin sepanjang
hari.
Pembelajaran jarak jauh telah mengingatkan kita bahawa pembelajaran yang kuat hanya
dapat
terjadi ketika kita terlibat, bertenaga dan fokus. Hal ini dapat dilihat melalui simptom-
simptom yang dialami oleh guru ini iaitu jari
berasa lenguh dan mata berair disebabkan aktiviti rutin pembelajaran jarak jauh yang
memerlukan mereka menghadap skrin telefon ataupun laptop. “kami terpaksa berhadapan
dengan komputer ataupun telefon. Jadi jari saya
berasa lenguh dan mata akan berair kerana terlalu lama berhadapan dengan
telefonlah atau pun laptop.

”Namun begitu, keadaan ini cuba diselesaikan dengan menyingkatkan masa


pembelajaran jarak jauh iaitu hanya 30 minit masa diperuntukkan berbanding dengan masa
sebenar selama 90 minit.

“Kalau PDPC kami ada satu jam atau pun 90 minit macam tu lah, 1 jam 30
minit tetapi dalam pembelajaran jarak jauh ini kami ada 30 minit dan dia tidak terlampau
tetap
lah.”

Tindakan ini disokong oleh Hughes dalam forumnya yang mana beliau menyatakan
bahawa “sekiranya ia menjadi persoalan mengisi jam maka kita akan kehilangan intinya”.

Jelaslah disini bahawa, jika terlalu lama menghadap skrin, pelajar berkemungkinan hilang
fokus. Hal ini demikian kerana pembelajaran jarak jauh tidak sama seperti pembelajaran
harian
di sekolah. Maka, persoalan masa tidak patut dipersoalkan semasa pembelajaran jarak jauh.

3.4 Langkah mengatasi

Sejajar dengan keperluan Pendidikan dan keadaan semasa sepanjang pandemic COVID-19
ini, guru-guru telah berusaha mengerahkan idea dan cara bagi membantu
melancarkan pembelajaran secara atas talian ini. Antara usaha bagi mengatasi masalah
kehadiran pelajar adalah melalui pemberian ganjaran kepada kelas.

“…cabaran kami yang pertama adalah kehadiran pelajar yang kurang. Oleh
itu, sekolah saya telah menawarkan rewards berbentuk bintang kepada pelajar
yang setia mengikuti pembelajaran jarak jauh ini. Okey dimana sekolah telah menawarkan
lima
bintang untuk setiap kelas bagi pelajar aktif, setia ataupun sentiasa mengikuti
pembelajaran dalam pembelajaran jarak jauh ini dan reward itu akan diberikan selepas
ataupun
apabila pelajar telah kembali ke sekolah.”

Selain itu, guru ini turut membuat inisiatif lain seperti memberikan top-pup/reload
sebagai ganjaran individu kepada pelajar yang rajin mengikuti pembelajaran atas talian.

“Okey bagi inisiatif guru itu sendiri pula ini pengalaman saya lah dan memang
saya lakukan bagi pelajar saya yang setia iaitu oleh kerana saya mengalami
keadaan di mana dalam satu kelas khususnya kelas yang hujung daripada 35
pelajar itu ada satu orang pelajar sahaja yang setia mengikuti pembelajaran jarak jauh jadi
tidak
susah bagi saya untuk memberikan mereka hadiah ataupun galakan dalam
bentuk memberikan mereka top-up atau reload lah. Sebab saya berikan top-up
ini ialah saya berfikir pelajar akan bersemangat untuk mengikuti kelas pembelajaran jarak
jauh jika diberikan ganjaran.”

Pengiktirafan tersebut dapat memberikan motivasi kepada diri murid itu sendiri dan
juga motivasi/ contoh yang baik untuk pelajar lain (Mohamad Khairudin Bajuri et al, 2012).
Mohamad Khairudin dan rakan-rakan juga menyatakan bahawa terdapat lima ganjaran yang
diaplikasikan di sekolah dalam kajiannya iaitu kewangan, penghargaan lisan, kebendaan,
anugerah/ pengiktirafan peringkat sekolah dan aktiviti disukai. Hal ini juga sama diamalkan
dalam sekolah guru ini. Akhir sekali iaitu bagi mengatasi masalah penyediaan bahan yang
memakan masa yang lama, guru ini mempelbagaikan dan meningkatkan kemahiran dalam
teknologi agar mudah bagi beliau untuk menyediakan bahan PDP yang sesuai melalui
pengaplikasian teknologi terkini.
“Seterusnya seperti mana yang telah saya beritahu tadi bahawa guru
mengambil masa yang lama bagi menyediakan bahan pembelajaran jarak jauh. Oleh itu, saya
belajar lebih banyak kemahiran dalam menyediakan bahan atas talian jadi
saya mengambil peluang ini untuk saya belajar kemahiran baru bagi
menyediakan bahan dalam pengajaran lah.” Hal ini kerana guru-guru perlu menerima
perubahan sistem Pendidikan negara dimana pengaplikasian teknologi dalam pembelajaran
jarak jauh ini. Oleh yang demikian, guru-guru perlulah menyahut seruan Kementerian
Pelajaran Malaysia untuk bersedia menghadapi norma baru dalam Pendidikan negara. Seperti
yang terpampang pada tajuk berita Astro Awani
“COVID-19: Peluang terbaik untuk reboot sistem pendidikan – IDEAS” dimana COVID-19
merupakan peluang terbaik yang boleh diambil oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM) dalam menetapkan semula sistem pendidikan di negara ini, terutamanya dalam
memasukkan elemen normal baharu sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

4.0 Kesimpulan

Walaupun seluruh dunia mengambil langkah berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka
sendiri, keluarga dan komuniti mereka dari penyakit koronavirus (COVID-19), namun begitu
adalah juga penting untuk memastikan anak-anak dapat terus belajar, dan mereka dapat
melakukannya dalam lingkungan yang ramah, hormat, inklusif, dan menyokong. Oleh yang
demikian, pembelajaran jarak jauh ini bukan hanya usaha guru dalam memastikan
pelaksanaannya yang berjaya tetapi juga para ibubapa turut memainkan peranan penting
untuk
memantau prestasi anak-anak di rumah. Selain itu, ibubapa juga bertanggungjawab dalam
menyediakan persekitaran yang kondusif bagi anak-anak agar pembelajaran mereka berjalan
dengan lancar. Pandemik COVID- 19 ini telah membawa kesedaran kepada masyarakat
umum dan mengubah cara hidup bagi segelintir yang terjejas secara langsung mahupun tidak
langsung. Untuk itu, marilah kita bersama-sama dalam memastikan penyaluran pendidikan
sepanjang pandemik COVID-19 ini dapat dipikul bersama.
RUJUKAN
COVID-19: Peluang terbaik untuk reboot sistem pendidikan - IDEAS | Astro Awani. (2020,

April 16). Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com

COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru. (2020, May 16). BH
Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my

COVID-19: Perutusan khas Perdana Menteri mengenai perintah kawalan pergerakan. (2020,
March 17). BH Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my

Godwin, P., Pang, R., Ong, A., & Ong, N. (2020, April 28). COVID-19: Governance: Impact
of Malaysia’s Movement Control Order on your business (Malaysia). Retrieved July 6, 2020,
from https://www.herbertsmithfreehills.com/latest-thinking/covid-19- governance-impact-of-
malaysia%E2%80%99s-movement-control-order-on-your-
business

Hughes, C. (2020, May 6). What lessons from the coronavirus pandemic will shape the future
of education? Retrieved July 6, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/covid19-lockdown-future-education/

Ismail, M. (2020, April 19). Capaian Internet kekangan utama pelajar di luar bandar. Utusan
Borneo Online. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my

Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd. Saat, M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor
Naemah
Abdul Rahman dan Durriyyah Sharifah Hasan Adli (2012). Konsep Ganjaran Dalam
Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya Di Sebuah Sekolah Menengah Agama di
Terengganu. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012.
Retrieved July 6, 2020, from http://eprints.um.edu.my/13986/1/%2856-70%29.pdf

Yassin, Z. R. M. (2020, May 11). Menangani Cabaran Norma Baharu Pembelajaran dan
Pengajaran Era Covid-19. Retrieved July 6, 2020, from
https://news.utm.my/ms/2020/05/menangani-cabaran-norma-baharu-pembelajaran-
dan-pengajaran-era-covid-19/ Rujukan:
COVID-19: Peluang terbaik untuk reboot sistem pendidikan - IDEAS | Astro Awani. (2020,

April 16). Astro Awani. Retrieved from http://www.astroawani.com

COVID-19: Pendidikan menerusi dunia maya cabaran baharu buat guru. (2020, May 16). BH
Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my

COVID-19: Perutusan khas Perdana Menteri mengenai perintah kawalan pergerakan. (2020,
March 17). BH Online. Retrieved from https://www.bharian.com.my

Godwin, P., Pang, R., Ong, A., & Ong, N. (2020, April 28). COVID-19: Governance: Impact
of Malaysia’s Movement Control Order on your business (Malaysia). Retrieved June
6, 2020, from https://www.herbertsmithfreehills.com/latest-thinking/covid-19-
governance-impact-of-malaysia%E2%80%99s-movement-control-order-on-your-
business

Hughes, C. (2020, May 6). What lessons from the coronavirus pandemic will shape the future
of education? Retrieved June 6, 2020, from
https://www.weforum.org/agenda/2020/05/covid19-lockdown-future-education/

Ismail, M. (2020, April 19). Capaian Internet kekangan utama pelajar di luar bandar. Utusan
Borneo Online. Retrieved from https://www.utusanborneo.com.my

Mohamad Khairudin Bajuri, Rohaida Mohd. Saat, M. Y. Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor
Naemah
Abdul Rahman dan Durriyyah Sharifah Hasan Adli (2012). Konsep Ganjaran Dalam
Aktiviti Pembelajaran: Pengamalannya Di Sebuah Sekolah Menengah Agama di
Terengganu. Proceedings: The 2nd Annual International Qur’anic Conference 2012.
Retrieved June 6, 2020, from http://eprints.um.edu.my/13986/1/%2856-70%29.pdf

Yassin, Z. R. M. (2020, May 11). Menangani Cabaran Norma Baharu Pembelajaran dan
Pengajaran Era Covid-19. Retrieved June 6, 2020, from
https://news.utm.my/ms/2020/05/menangani-cabaran-norma-baharu-pembelajaran-
dan-pengajaran-era-covid-19/

Anda mungkin juga menyukai