Anda di halaman 1dari 2

9/20/21, 11:43 AM MyPOROMS

   
JURNAL PRAKTIKUM
   
  Nama Pelajar : ADELE CHEW HUI HUI
  No Kad Pengenalan : 990528135962
  Program : PISMP
  Pengkhususan / Opsyen : 2018 / 06 - MATEMATIK : PISMP
  Sekolah : SJKC UNION
  Minggu Praktikum : 10
  Tarikh : 08-09-2021
  Tajuk : Kesusahan penghubungan jalinan dalam kelas PdPr
  Kategori : Interpersonal dan Intrapersonal
  Pensyarah Penyelia : LAVANEESVARI A/P MANOGARAN
  Guru Pembimbing : CHOO MOOI LING

   
 
1. Isu Yang Difokuskan :

Dalam sesi praktikum fasa 2 saya, setiap kelas telah dijalankan secara atas talian disebabkan Pendemic Covid 19. Dalam konteks
ini, hubungan antara murid dengan guru hanya dapat dijalinkan melalui Google MEet dan juga Google Classroom. Oleh sebab
pelaksanaan ePdpr, interaksi guru dan murid tidak dapat dilaksanakan secara terus. Pelaksanaan ePdpr juga telah mengehadkan
aktiviti-aktiviti yang boleh guru jalankan dalam kelas. Biasanya, guru akan menyampaikan ilmu dengan menonton video atau
memaparkan slide dan menjawab permainan kahoot atau quizziz sebagai penilaian. Aktiviti berkumpulan juga susah untuk
dijalankan kerana melalui Google Meet, guru susah untuk mengawal keadaan murid sekiranya menjalankan aktiviti berkumpulan.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :

Interaksi melalui skrin telah mengurangkan minat murid untuk belajar. Lagipun, ePdpr memerlukan murid mempunyai motivasi
pembelajaran kendiri yang amat tinggi kerana guru tidak dapat memantau pembelajaran murid dalam rumah. Oleh itu, guru perlu
menimbulkan idea yang lain untuk meningkatkan motivasi pembelajaran kendiri murid supaya murid mempunyai minat yang
tinggi dan berasa seronok semasa belajar.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006), motivasi pembelajaran dapat membantu murid dalam mendorong mereka meneroka
ilmu pengetahuan secara berdikari dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :

Cadangan Penyelesaian:
1. Set induksi perlulah menarik kerana ia merupakan elemen yang sangat penting untuk menarik perhatian murid sebelum kelas
bermula. Sebagai contoh, boleh menggunakan teknik bercerita, menonton video menarik, permainan kecil, teka-teki dan
sebagainya.
2. Penggunaan pelbagai aplikasi yang berbeza semasa dalam kelas seperti Blooket, Quizwhizzer, GImkit dan sebagainya. Hal ini
bermaksud guru perlulah sentiasa berubah dalam penggunaan TMK supaya murid tidak bosan dan dan sebaliknya dapat
menimbulkan keseronokkan murid semasa belajar.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :

1 minggu

6. Tindakan Susulan :

1. Penggunaan pelbagai teknik dan kaedah semasa mengajar di dalam kelas. Sebagai contoh, teknik bercerita, menonton video
menarik, permainan kecil, teka-teki dan sebagainya.
2. Sentiasa menggunakan aplikasi yang berbeza, seperti Jamboard, Nearpor, Blooket dan sebagainya.

7. Tarikh Tindakan Susulan Dilaksanakan :

20-09-2021

https://myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=153600&Kod_Ipgm=PMA1001 1/2
9/20/21, 11:43 AM MyPOROMS

8. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :

Selepas menggunakan pelbagai cadangan peneylesaian, saya mendapati bahawa murid-murid lebih mesra dengan saya dan juga
mempunyai motivasi semasa belajar. Hal ini boleh ditunjukkan bahawa jumlah murid yang masuk ke dalam pautan permainan
bertambah hari demi hari. Murid-murid seronok dalam semua permainan dan PdP yang disediakan oleh guru. Selain itu, murid-
murid lebih berani untuk bercakap dengan saya dan berkongsi pendapat mereka denga saya.

9. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Secara kesimpulannya, penggunaan aplikasi TMK yang pelbagai dapat menunjukkan kesudian guru untuk menyediakan PdP yang
menarik kepada murid-murid. Murid-murid juga dapat berasa sendiri dihargai dan disanyai oleh guru dan seterusnya mempunyai
motivasi untuk masuk ke dalam kelas guru tersebut.

Rujukan :

Menurut Ahmad Zabidi Abdul Razak (2006), motivasi pembelajaran dapat membantu murid dalam mendorong mereka meneroka
ilmu pengetahuan secara berdikari dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran murid.

https://myporoms.malaysiacintaku.com/rekod_jurnal_4.php?idJurnal=153600&Kod_Ipgm=PMA1001 2/2

Anda mungkin juga menyukai