Anda di halaman 1dari 37

Ulasan Jurnal Jurnal Pertama

Sumber Jurnal: Seminar Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Pendidikan, MPBL 2002

Tajuk: Intergrasi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik.

Penulis: Lai Kim Leong, Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching, Sarawak

PENGENALAN:

Jurnal ini menghuraikan kajian sampel bahan pengajaran pembelajaran matematik berasaskan web. Sampel bahan pengajaran pembelajaran adalah berasaskan topik Pelan dan Dongakan bagi Matematik KBSM Tingkatan 5. Kajian ini telah mengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod pernemuan dan kawalan. Pelbagai aktiviti telah dicadangkan yang berasaskan pendekatan / kaedah pengajaran pembelajaran seperti konstruktivisme, inkuiri penemuan dan kaedah kolaboratif yang memusatkan pelajar dan guru berperanan sebagai fasilitator. Teknologi maklumat dan komunikasi juga diaplikasikan dalam pembentukan penilaian formatif dan sumatif yang interaktif. Hasil dari kajian, pengkaji telah mengemukakan beberapa cadangan bagi mengoptimakan penggunaan perisian kursus dan komputer di sekolah bestari.

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian tersebut adalah: 1. Mengubah peranan guru dari instruktor kepada fasilitator. 2. Membolehkan pelajar belajar secara akses kendiri, terarah kendiri dan mengikut kadar yang sesuai dengan kebolehannya.

3. Murid dapat menguasai pakej pembelajaran yang merangkumi kemahiran generik, kemahiran berfikir, kemahiran belajar serta kaedah kaedah penilaian. 4. Komunikasi antara pelajar dan guru dapat ditingkatkan melalui e-mail di luar sekolah di mana mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah. 5. Menguasai penggunaan TMK dalam penilaian. 6. Penguasaan dalam penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran.

METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH Kaedah mengintergrasikan teknologi dalam pengajaran merupakan strategi yang disarankan oleh pengkaji. Kaedah ini dapat dilaksanakan dengan penyediaan bahan bahan dan aktiviti aktiviti pengajaran pembelajaran matematik bagi tajuk Pelan dan Dongakan, Matematik KBSM Tingkatan 5 yang berasaskan web dan CD. Pengkaji berpendapat kaedah ini sebagai satu asas perbincangan, meneroka dan melakukan percubaan di sekolah.

CADANGAN KAJIAN: Beberapa cadangan kajian telah diutarakan oleh pengkaji diantaranya iaitu:

PAKEJ PEMBELAJARAN Pakej pembelajaran ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti yang dapat memenuhi pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran yang berbeza dikalangan pelajar berasaskan strategi pengajaran yang pelbagai dan memusatkan pelajar. Guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan kepada prosedur pelaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Pakej ini menerapkan kemahiran generik, kemahiran berfikir , kemahiran belajar, serta kaedah-kaedah penilaian yang akan digunakan untuk menilai kemajuan pelajar. Ia dimasukkan ke dalam laman web untuk diakses oleh pelajar yang ingin mencuba aktiviti itu di rumah. Pakej lain yang dapat dimasukkan ke dalam laman web adalah seperti panduan pembelajaran (study Guides), manual dan panduan serta panduan kursus.

KOMUNIKASI DAN PEMBELAJARAN MELALUI E-MAIL komunikasi antara guru dengan pelajar serta pelajar dengan pelajar melalui e-mail di luar sekolah dapat memainkan peranan untuk menghubungkan komuniti pembelajaran (pelajar dan guru) yang berbeza dari segi geografi ke dalam satu komuniti pembelajaran yang maya (virtual). Komunikasi ini membolehkan mereka saling menukar pendapat, idea serta bekerjasama secara kolaboratif dalam projek, tugasan kumpulan dan penyelesaian masalah.

PENGGUNAAN TMK DALAM PENILAIAN Teknologi dapat digunakan dengan efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian online, penilaian berasaskan portfolio (dalam bentuk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus, tugasan dan ujian bertulis. Penggunaan teknologi dalam penilaian mempunyai beberapa kebaikan seperti: ada satu percubaan

pengukuhan konsep atau kemahiran

telah disediakan dalam pangkalan data. Kemudahan intranet dapat digunakan untuk melaksanakan penilaian atas talian (on-line) dimana pencapaian pelajar dapat disimpan dalam pangkalan data secara automatik untuk diakses oleh guru pada bila-bila masa. Ia amat berguna bagi situasi pembelajaran di kelas yang melibatkan pembelajaran mengikut kebolehan yang berbeza di mana setiap kumpulan mempelajari hasil pembelajaran yang berbeza mengikut kadar yang berlainan. Dengan hanya mengakses kepada pangkalan data, guru dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pelajar dan mengambil tindakan susulan untuk mengatasinya dengan serta merta.

PENGGUNAAN VIDEO DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Dalam pengajaran pembelajaran yang berasaskan kaedah pembelajaran secara kontekstual (contextual learning), kip video dapat membawa situasi-situasi apklikasi konsep matematik dalam kehidupan harian kepada pelajar untuk melihat bagaimana dan bilakah matematik dapat diaplikasikan ke dalam konteks sebenar. Strategi ini dapat meningkatkan kefahaman dan minat

pelajar serta pembelajaran adalah lebih bermakna. Selain daripada itu, klip video juga boleh digunakan untuk menunjukkan tunjukcara yang sukar dan bahaya dilakukan serta prosedurprosedur penggunaan sesuatu alat atau bahan pengajaran pembelajaran. Bahan-bahan resos yang disediakan telah mengoptimumkan lima mod penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi iaitu mod sokongan, mod tutorial, mod resos, mod perhubungan serta mod penemuan dan kawalan.

Kesimpulan Bagi menjamin keberkesanan penggunaan perisian kursus di sekolah bestari, penghasilan perisian kursus yang berkesan adalah penting . Penggunaan perisian kursus yang berkesan akan membimbing dan membentuk mental serta pemikiran pelajar supaya mereka lebih bersifat kreatif melalui gambaran yang lebih realistik. Di samping sifat keanjalan yang terkandung di sesuatu perisian kursus akan memberi peluang kepada para pelajar untuk belajar mengikut tahap keupayaan mereka.

______________________________________________________________________________

Jurnal Kedua:

TAJUK: Mengenalpasti Punca Kelemahan Pelajar Dalam Matematik

Penulis Jurnal: Suhaila Salleh, Norzihani Yusof, Dzairin Hazida Hj Mohd Dawang. Pusat Perkhidmatan Akademik, Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia, Melaka.

Sumber Jurnal: Masalah Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Dikalangan Pelajar KUTKM, 2003.

PENGENALAN: Jurnal ini membincangkan punca kelemahan pelajar dalam Matematik di KUTKM dengan melihat perbezaan persepsi pelajar terhadap punca punca kelemahan matematik berasaskan jantina dan fakulti pelajar. Kajian ini melihat kepada punca punca yang dipertimbangkan seperti pensyarah, sukatan pelajaran, tutorial, kemudahan kemudahan lain atau sikap pelajar sendiri. Kajian ini juga bertujuan melihat keputusan matematik di KUTKM di antara pelajar diploma dan ijazah berdasarkan perbezaan tahap pendidikan sebelum memasuki KUTKM.

PENYATAAN MASALAH Mengikut pengkaji kajian yang dilakukan oleh William ( 1966) mendapati bahawa pensyarah yang telah dapat mengubahsuai kurikulum dan menseimbangkan isi-isi pelajaran dan kaedahkaedah bagi pengajaran dan kebolehan pelajar akan menghasilkan kejayaan kepada pembelajaran pelajar-pelajar mereka. Pelajar-pelajar ini pada mulanya dianggap sukar diajar tetapi telah menunjukkan kemajuan setelah usaha-usaha dijalankan. Kajian ini disokong oleh Frosting dan Maslow (1973) berpendapat bahawa usaha sesuatu pengajaran biasanya amat susah terutamanya sesuatu yang abstrak, maka adalah lebih mudah dipelajari melalui peringkat awal dengan mengenali secara konkrit atau separa konkrit

Goldberg (1967) dalam tinjauannya tentang penyesuaian pensyarah dengan pelajar - pelajar mereka telah membandingkan kesan - kesan sikap dan perlakuan pensyarah ke atas pelajar - pelajar dan juga ke atas pencapaian pelajar. Goldberg juga membandingkan amalan-amalan pensyarah yang berjaya dengan yang tidak berjaya dalam membimbing pelajar yang berbeza. Beliau tidak menafikan bahawa kadangkala terdapat percanggahan antara pensyarah dan pelajar, tetapi kesannya bergantung kepada pensyarah itu sendiri Goldberg juga menegaskan pensyarah perlu menjadikan ujian-ujian sebagai cara-cara untuk meninjau kebolehan akademik semasa pelajar dan bukan untuk menukar kecerdasan mereka.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN kajian ini adalah untuk mengenalpasti punca - punca kelemahan matematik di kalangan pelajar KUTKM, memandangkan kelemahan asas matematik pelajar yang begitu ketara, disamping itu permasalahan yang ditinjau dalam kajian ini ialah adakah terdapat hubungan di antara faktorfaktor pensyarah, sukatan pelajaran, tutorial, kemudahan - kemudahan lain dan sikap pelajar merupakan punca kelemahan kepada matematik di KUTKM. Antara lain objektif kajian ini ialah : 1. Menentukan perbezaan persepsi pelajar terhadap punca-punca kelemahan matematik berdasarkan jantina, bangsa, program yang diikuti, fakulti, tahap pendidikan dan pendidikan asas matematik pelajar. 2. Meninjau adakah faktor pensyarah, sukatan pelajaran, tutorial, kemudahankemudahan lain atau sikap pelajar menjadi punca kepada kelemahan matematik pelajar. 3. Melihat keputusan matematik di KUTKM di antara pelajar diploma dan ijazah berdasarkan perbezaan tahap pendidikan sebelum memasuki KUTKM.

METODOLOGI KAJIAN Mengikut pengkaji, kaedah penyelidikan boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah pengumpulan data melalui kajian soal selidik terhadap pelajar Diploma dan Ijazah di KUTKM dari kelima lima fakulti. Sebelum kajian sepenuhnya dijalankan satu ujian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Satu

kajian rintis dijalankan ke atas 30 orang pelajar di KUTKM untuk menguji kebolehpercayaan soalan-soalan soal selidik yang disediakan. Dari kajian ini, hanya soalan yang mempunyai nilai cronbach's alpha 0.7 dan ke atas dipilih untuk digunakan dalam soal selidik yang sebenarnya yang digunakan dalam kajian ini.Pengkaji juga menlaksanakan kaedah rekabentuk kajian dimana tinjauan ( survey ) dan penerokaan di mana kaedah kualitatif digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Menggunakan kaedah populasi dan sampel juga salah satu cara pengkaji mencari maklumat. Pemilihan sampel djalankan secara rawak ( simple random sampling ). Pengkaji juga menggunakan kaedah instrument kajian di mana satu set soal selidik diberikan kepada pelajar pelajar diploma dan ijazah dari kelima limafakulti di KUTKM yang mana menyentuh aspek Biodata pelajar, peranan dan pembangunan dan masalah serta tindakan pelajar. Disamping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah penganalisaan data di mana data diperolehi dianalisaan secara kualitatif berdasarkan pengiraan yang akan dibuat.Melalui analisa, ianya dapat memberi gambaran untuk mengenalpasti punca punca kelemahan pelajar dalam matematik.

CADANGAN KAJIAN: Mengikut pengkaji , kaedah pengumpulan data melalui kajian soal selidik terhadap pelajar Diploma dan 1jazah di KUTKM dari kelima-lima fakulti. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan dianalisis dengan menggunakan SPSS version 10.0. Sebelum kajian sepenuhnya dijalankan satu ujian rintis telah dijalankan untuk menguji kesahihan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Kajian rekabentuk ini adalah berbentuk tinjauan (survey) dan penerokaan di mana kaedah kualitatif digunakan sebagai kaedah pengumpulan data. Populasi bagi kajian ini ialah semua pelajartahun l dan 2 yang terdiri daripada pelajar Diploma dan Ijazah dari kelima-lima fakulti. Sampel kajian ini pula terdiri daripada 730 orang pelajar (18%) . Bilangan ini dianggap memadai dalam kajian ini berdasarkan cadangan Dalen (1979) yang menyatakan bahawa peratus minima bagi sampel sesuatu kajian adalah di antara 10% hingga 20%. Oleh yang demikian, peratus sampel kajian sebanyak 18% dianggap memadai dalam menjalankan penyelidikan ini. Pemilihan sampel ini adalah dengan cara persampelan rawak (simple random sampling). Soal selidik menyentuh aspek berikut :Bahagian A - Biodata Pelajar Bahagian B - Mengandungi set soalan yang berkaitan ;; I peranan pensyarah di KUTKM

II sukatan pelajaran yang disediakan III kaedah tutorial IV kemudahan insfrastruktur yang disediakan V sikap pelajar KUTKM Bahagian C - set soalan berbentuk kualitatif tentang ; I masalah yang dihadapi pelajar II tindakan pelajar untuk menguasai pembelajaran matematik.

Item-item dalam soal selidik ini terdiri daripada kenyataan positif. Bagi tujuan analisis, nilai skala likert digunakan iaitu :5 Sangat setuju 4 Setuju 3 Tidak pasti 2 Tidak setuju 1 Sangat tidak setuju Soalan Bahagian A Bahagian B Bahagian C Pengkaji juga menjalankan kaedah penganalisaan data, kaedah ujian T, kaedah anova sehala dan kaedah korelasi Pearson dalam mendapatkan maklumat dalam menjalankan kajian.

KESIMPULAN Kesimpulannya semua faktor-faktor yang dinyatakan adalah satu tugas yang rumit sekiranya komitmen dari pensyarah, pelajar dan persekitaran tidak memainkan peranan yang diperlukan. Kerjasama dari semua pihak memang perlu bagi merealisasikan pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang optima.

Jurnal :

TAJUK: Masalah Pembelajaran Matematik Dalam Bahasa Inggeris Di Kalangan Pelajar Tingkatan 2 Luar Bandar.

Penulis Jurnal: Johari Surif, Noor Hasniza Ibrahim dan Meor Ibrahim Kamaruddin, Universiti Teknologi Malaysia.

Sumber Jurnal:. Abdul Aziz Ibrahim (2002). Penggunaan ABM Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

PENGENALAN: Jurnal ini membincangkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran. Nilai kebolehpercayaan instrumen adalah = .93. Seramai 120 responden dipilih secara rawak yang merupakan pelajar tingkatan 2 di sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian, Johor. Secara keseluruhannya, ini menunjukkan masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris dikalangan pelajar adalah disebabkan masalah bahasa pengantar (bahasa Inggeris) dan tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar.

PENGENALAN Pelajaran Matematik membekalkan ilmu pengetahuan Matematik kepada pelajar untuk memperkembangkan kemahiran penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran yang kritis serta bersistematik. Perlaksanaan dasar bahasa Inggeris dalam mata pelajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan secara berperingkat di semua sekolah di Malaysia sejajar

dengan perkembangan pendidikan negara menghadapi era globalisasi. Ia dikuatkuasakan pada tahun 2003 melibatkan pelajar tahun 1, tingkatan 1 dan juga tingkatan 6 rendah. Menurut Musa Mohamad (2002), pemilihan kedua-dua mata pelajaran untuk diajar menggunakan bahasa Inggeris bertujuan meningkatkan penguasaan ilmu dalam bidang yang berkaitan dan juga bahasa Inggeris di kalangan pelajar. Langkah ini diambil kerana kerajaan menyedari bahawa penguasaan ilmu Sains dan Matematik serta bahasa Inggeris bertambah penting dalam era globalisasi dan teknologi maklumat.

PENYATAAN MASALAH Menurut Azlina (2003), Matematik adalah antara mata pelajaran yang dianggap sebagai killer subject terutamanya di kalangan pelajar luar bandar. Hal ini dibuktikan melalui pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Matematik dan merujuk kepada Jadual 1, didapati tidak ramai pelajar yang memperolehi keputusan yang cemerlang dengan mendapat gred A dalam peperiksaan pertengahan tahun di kalangan pelajar tingkatan 2 sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan di daerah Pontian. Majoriti pelajar mendapat gred C dan terdapat juga pelajar yang gagal.

Jadual 1 : Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun Mata Pelajaran Matematik, Pelajar Tingkatan 2 di Sebuah Sekolah Daerah Pontian

Gred Bilangan Peratus ( % )

A 21 13.29

B 40 25.32

C 59 37.34

D 23 14.56

E 15 9.49

JUMLAH 158 100

Kesukaran pelajar dalam menguasai Matematik telah menyebabkan mata pelajaran ini seringkali menimbulkan kebimbangan bukan sahaja kepada pelajar bahkan guru-guru dan ibu bapa. Kebimbangan ini menjadi semakin serius apabila mata pelajaran tersebut diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Menurut Tengku Razaleigh (2004), banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Kajian itu mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang dipaksa

mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Menurut Tengku Razaleigh (2004), banyak kajian oleh pelbagai pihak berhubung keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Sains danMatematik dalam bahasa Inggeris telah mendapati banyak masalah yang berbangkit daripada pelaksanaan dasar itu. Kajian itu mendapati wujud kegelisahan di kalangan guru dan murid yang dipaksa mengajar dan belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Malah kebanyakan guru dan pelajar Melayu, terutama di sekolah luar bandar tidak bersemangat dan malas untuk mengajar dan belajar mata pelajaran terbabit dalam bahasa Inggeris. Kajian Bell (1988) mendapati faktor yang menjurus kepada kelemahan pembelajaran Matematik di kalangan pelajar adalah disebabkan faktor keluarga dan juga persekitaran. Menurut kajian yang dilakukan oleh Gilliland (1996), persekitaran yang bising akan mengganggu proses pengajaran. Di samping itu, akan menyebabkan kurangnya perhatian pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan tekanan emosi, mengganggu pandangan dan melemahkan daya berfikir pelajar. Ini menimbulkan masalah pembelajaran di kalangan pelajar.Sehubungan itu kajian telah dijalankan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar luar bandar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Matematik yang diajarkan menggunakan bahasa Inggeris. Masalah-masalah yang dikaji difokuskan terhadap beberapa faktor berikut iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan faktor persekitaran.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN kajian ini adalah mengkaji masalah pembelajaran Matematik dalam bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar bandar. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kajian deskriptif. Instrumen yang digunakan semasa menjalankan kajian ini ialah soal selidik berdasarkan kepada empat persoalan kajian iaitu faktor bahasa pengantar (bahasa Inggeris), faktor pengajaran guru dalam bahasa Inggeris, faktor tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, dan faktor persekitaran.. Antara lain objektif kajian ini ialah : 1. Menentukan perbezaan persepsi pelajar terhadap punca-punca kelemahan matematik berdasarkan jantina, bangsa, program yang diikuti, fakulti, tahap pendidikan dan pendidikan asas matematik pelajar.

2. Meninjau adakah faktor guru, sukatan pelajaran, tutorial, kemudahankemudahan lain atau sikap pelajar menjadi punca kepada kelemahan matematik pelajar. 3. Melihat keputusan matematik di sekolah kajian.

METODOLOGI KAJIAN Mengikut pengkaji, kaedah secara deskriptif menggunakan rekabentuk tinjauan telah dilaksanakan bagi mengenalpasti masalah yang dihadapi di kalangan pelajar luar bandar dalam mata pelajaran Matematik yang diajarkan dalam Bahasa Inggeris. Seramai 120 orang pelajar tingkatan dua dipilih secara rawak daripada sebuah sekolah luar bandar di daerah Pontian. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik dengan kebolehpercayaan = .93. Instrumen menggunakan skala Likert 5 mata (5 = sangat tidak setuju, 4 = setuju, 3 = kurang setuju, 2 = tidak setuju dan 1 = sangat tidak setuju). Dapatan dianalisis mengunakan statistik deskriptif berbentuk min dan sisihan piawai menggunakan perisian Statistical Packages For Social Science (SPSS). Seterusnya data yang diperolehi ditukarkan kepada data ordinal untuk mengenalpasti tahap responden bagi sesuatu faktor yang dikaji sebagaimana Jadual 2 berikut: Jadual 2 : Skor min dan tahap responden bagi faktor yang dikaji SKOR MIN 1.00 2.33 2.34 3.66 3.67 5.00 TAHAP RENDAH SEDERHANA TINGGI .

Menurut pengkaji, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kewujudan permasalahn dalam pembelajaran Matematik di kalangan pelajar tingkatan dua sekolah luar Bandar apabila mata pelajaran ini diajar dalam Bahasa Inggeris. Antara faktor yang menyumbang ialah : 1. Faktor Bahasa Inggeris. 2. Faktor pengajaran guru dalam Bahasa Inggeris. 3. Faktor tahap penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar dan, 4. Faktor persekitaran

KESIMPULAN Secara keseluruhannya, pengkaji mendapati faktor bahasa pengantar dan tahap penguasaan pelajar dalam Bahasa Inggeris berada pada tahap yang kurang memuaskan sekaligus menjadi permasalahan yang ketara dalam mempelajari Matematik dalam Bahasa Inggeris di kalangan pelajar tingkatan 2 sekolah luar Bandar. Sehubungan dengan itu, pengkaji mencadangkan usaha yang lebih menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengatasi permasalahan Bahasa Inggeris itu sendiri di samping memastikan kualiti guru dan prasarana pembelajaran. Motivasi pelajar juga perlu digiatkan dan digembeling khususnya dalam pengajaran Bahasa Inggeris itu sendiri. Pengkaji juga berpendapat guru guru Bahasa Inggeris memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar mereka menguasai Bahasa Inggeris serta sokongan padu seluruh masyarakat bagi memastikan pelajar tidak keciciran dalam menguasai Sains dan Matematik akibat masalah bahasa ini.

Jurnal:

TAJUK: Kesan Pembelajaran Koperatif Terhadap Sikap dan Pencapaian Matematik bagi Murid Murid Sekolah Rendah di sekitar Bandar Kuching.

Penulis Jurnal: Koh Lee Ling, Choy Sau Kam, Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong, Seah Ai Kuan, Jabatan Matematik Institut Batu Lintang, Kuching Sarawak.

Sumber Jurnal: Jurnal Penyelidikan Institut Batu Lintang ( IPBL ), Jilid 8 2008.

PENGENALAN: Jurnal ini membincangkan tentang keberkesanan kaedah Pembelajaran Koperatif ( PK ) terhadap sikap dan pencapaian guru pelatih menggunakan PK dalam pengajaran dan pembelajaran matematik semasa menjalankan latihan praktikum. Rekabentuk kajian adalah berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra ujian pos kepada kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan. Peserta kajian adalah terdiri daripada 83 orang murid tahun 4 dari dua buah sekolah rendah kebangsaan di sekitar Bandar Kuching. Kumpulan kawalan terdiri daripada 36 orang murid dan kumpulan rawatan terdiri daripada 47 orang murid.

PENYATAAN MASALAH Berdasarkan Kementerian Pendidikan Malaysia ( 2002 ), aktiviti mengajar perlu merangsang pemikiran murid, menggalakkan penglibatan murid, mengambil kira pelbagai kecerdasan dan gaya pembelajaran individu. Pembelajaran Koperatif merupakan salah satu komponen kurikulum yang sangat dititikberatkan kerana ia merupakan strategi pembelajaran yang memenuhi cirri cirri di atas. Walau bagaimanapun, semasa penyeliaan praktikum dilaksanakan, guru pelatih jarang sekali mengaplikasikan PK di dalam kelas. Banyak kajian tentang PK telah dijalankan di dalam dan luar negara, Johnson, Johnson dan Holubec (1990), Kagan (1992) dan T. H. Gan & Wong (1995) mendapati bahawa ia membawa

kesan positif sama ada dari segi pencapaian akademik mahupun dari segi sikap, minat, motivasi dan kemahiran sosial di kalangan murid. Walaubagaimana pun, kajian terhadap kesan PK yang dilaksanakan oleh guru pelatih dari Maktab Perguruan Malaysia masih kurang dan tiada satu kesimpulan umum dapat digeneralisasikan.

OBJEKTIF DAN MATLAMAT KAJIAN Tujuan kajian ini ialah untuk meninjau kesan PK terhadap sikap murid-murid dalam pembelajaran Matematik serta pencapaian Matematik murid-murid.

Soalan Kajian Apakah kesan kaedah Pembelajaran Kooperatif terhadap: (i) Sikap murid-murid terhadap pembelajaran Matematik? (ii) Pencapaian murid-murid dalam Matematik?

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Kagan & Olsen ( 1992 ), PK merupakan aktiviti pembelajaran dalam kumpulan yang berstruktur dimana pembelajaran adalah bergantung kepada pertukaran maklumat secara social antara ahli ahli kumpulan. Setiap murid adalah bertanggungjawab terhadap pembelajaran sendiri dan juga ahli kumpulannya. Walau bagaimanapun, pengkaji berpendapat bahawa PK bukan setakat mengumpulkan murid dalam kumpulan kecil untuk duduk bersama sama, berkongsi bahan pembelajaran dan berinteraksi sambil menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Menurut D.W Johnson, dan R.T Johnson ( 1989 ) dan Kagan ( 1992 ), PK yang berkesan dalam proses pembelajaran perlu mematuhi lima prinsip utama berikut : 1. Hubungan saling gantung yang positif. 2. Akauntabiliti individu. 3. Interaksi bersemuka. 4. Kemahiran sosial dan, 5. Pemprosesan kumpulan Secara umumnya, PK adalah berlandaskan dua teori utama iaitu teori motivasi dan teori kognitif ( Slavin 1992 ). Perspektif motivasi berfokus pada kesan struktur ganjaran dan matlamat kumpulan. Struktur insentif secara koperatif membentuk satu situasi di mana cara seseorang

murid mencapai matlamat sendiri ialah apabila kumpulannya mencapai matlamat tersebut. Perspektif kognitif pula menekankan kesan dari interaksi antara murid dalam proses menyiapkan tugasan bersama. Didapati interaksi antara murid dapat meningkatkan kebolehan seseorang murid itu memproses maklumat dan seterusnya meningkatkan pencapaian murid( Slavin 1996 ).

METODOLOGI KAJIAN Kajian adalah berdasarkan kuasi eksperimen dengan menggunakan ujian pra ujian pos. Terdapat dua kumpulan murid yang terdiri daripada kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan. Kedua dua kumpulan diberi dua set ujian pra iaitu ujian sikap terhadap matematik dan ujian pencapaian matematik, seterusnya kedua dua kumpulan diajar topik matematik yang sama oleh dua orang guru pelatih yang menjalankan praktikum selama lima minggu. Kumpulan rawatan diajar strategi PK manakala kumpulan kawalan diajar dengan kaedah tradisional. Pada minggu terakhir, dua set ujian pos diberikan iaitu sikap terhadap matematik dan ujian pencapaian matematik.

CADANGAN KAJIAN: Mengikut pengkaji , kajian kesan PK terhadap sikap dan pencapaian murid dalam matematik dapat dijalankan untuk jangka masa yang lebih panjang. Ini adalah kerana masa diperlukan untuk mengetahui latar belakang, gaya pembelajaran, minat dan masalah yang dihadapi oleh seseorang murid sebelum guru pelatih dapat merancangkan aktiviti pengajaran-pembelajaran yang berkesan dengan PK. Menurut T. H. Gan (1999), semua inovasi dalam pembelajaran memerlukan masa untuk guru mencari jalan pelaksanaan yang paling sesuai dengan konteks kelasnya dan murid-murid pula perlukan masa untuk memahami peranan mereka. 2. Cadangan kedua ialah mengadakan bengkel kemahiran sosial untuk murid-murid yang terlibat dalam kajian PK. Menurut D. W. Johnson dan R. T. Johnson (1989), Kagan (1992), untuk melaksanakan PK dengan berkesan, murid-murid perlu menguasai unsur-unsur kemahiran sosial yang penting seperti kemahiran berkomunikasi, mengurus konflik, memimpin, membuat keputusan, mendengar, memberi galakan dan mengikut giliran. 3. Cadangan ketiga ialah kajian kesan PK terhadap sikap dan pencapaian murid dalam matematik perlu dijalankan oleh guru matematik yang berpengalaman. Ini kerana guru berpengalaman yang

telah menguasai isi pelajaran matematik dan mahir dalam kawalan kelas dapat fokus pada strategi PK dengan teliti dan justeru itu, hasil kajiannya dapat memberi gambaran yang sebenar kesan PK terhadap sikap dan pencapaian matematik murid-murid sekolah rendah.

KESIMPULAN Kesimpulannya, dapatan kajian menunjukkan kaedah PK berkesan untuk meningkatkan pencapaian matematik tetapi tiada perbezaan yang signifikan dalam sikap murid terhadap matematik antara kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.

Sumber Jurnal: http://ww.acm.org.(12 Februari 2004) Tajuk: Using a Theoritical Multimedia Taxonomy Framework Penulis: Rachelle S. Heller, C. Dianne Martin, Nuzi Haneef, and Sonja Gievska-Krliu The George Washington University

PENGENALAN: Taxonomy multimedia adalah untuk menghasilkan satu pengurusan yang baik dan teratur untuk menghasilkan satu persembahan multimedia yang baik. Taxonomy ini membantu untuk mengklasifikasikan ruang untuk membangunkan multimedia dan mengatasi masalah yang rumit dalam pembangunan dan persembahan multimedia. Isu penting yang ditekankan ialah untuk interaktiviti asas kepada persembahan maklumat. Kajian telah dilakukan ke atas projek akhir pelajar-pelajar tahun akhir yang membangunkan projek sains komputer berasaskan multimedia.

MASALAH KAJIAN Masalah dalam menghasilkan antara muka yang berasaskan konsep yang dinyatakan sebagai contoh apabila ia mengenai pendidikan maka fokus utama perlulah berkisarkan kepada pendidikan dan keefektifan persembahan multimedia akan diukur pada sejauh mana keberkesanan penyampaian maklumat melalui persembahannya.

Sistem yang berkualiti sukar dibangunkan kerana masalah untuk menghasilkan frame rate yang

sesuai, refresh dan untuk menghasilkan perwarnaan yang baik. Seterusnya menggabungkan elemen-elemen multimedia dengan maklumat untuk menghasilkan sistem serta menghidupkan persekitaran agar meklumat yang disampaikan jelas dan mudah difahami

METODOLOGY DAN PENYELESAIAN: Model taxonomy

Jenis pengurusan kandungan: Sequential/linear; hierarchical (i.e., tree structured); and Web structured (i.e., nonlinear,associatively structured information). Sistem boleh statik dan juga dinamik bagi kandungan variable.

Taxonomy multimedia yang dicadangkan.adalah: a) Artistik- dianggap penting adakalanya terlampau difokus sehingga melebihkan fokus terhadap fungsi. b) Penonton/pengguna-bagaimana pengguna berinteraksi dengan media yang dibangunkan. Adakah persembahan memerlukan pengguna lebih membaca ataupun banyak animasi, grafik, videoklip dll untuk menghuraikan maklumat. c) disiplin -Adakah multimedia dibina mengikut keperluan dan kehendak pengguna berdasarkan urutan elemen yang telah dipilih.d) kualiti - bergantung kepada teknik, aspek reproduktif dan soalan yang disoal oleh pelajar sewaktu proses evolusi. e) kebolehgunaan merupakan nilai material yang dipersembahkan dan sejauh mana ia membantu pengguna.

KESIMPULAN: Taxonomy multimedia merupakan satu pengurusan yang penting untuk menghasilkan satu perisian/sistem multimedia yang baik. Penulis percaya masih ada banyak ruang lagi untuk membaiki taxonomy yang dicadangkan. Taxonomy ini memudahkan pembangun sistem untuk memahami reka bentuk dan jugak kandungan teks. Diharapkan usaha ini berjaya menyediakan satu kerangka teori yang praktikal dan mudah bagi menghasilkan suatu bentuk perisian yang interaktif seiring dengan perkembangan penggunaan multimedia yang semakin pesat. ______________________________________________________________________________

Jurnal Ke lima: Sumber Jurnal: http:// www.acm.org. ( 15 Januari 2004). Tajuk: Cooperative Inquiry: Developing New Technologies for Children with Chidren Penulis: Allison Druin Human Computer Interaction Lab University of Maryland

1.0 PENGENALAN: Dalam rumah dan sekolah kini kanak-kanak merupakan pengguna yang kerap dan berpengalaman dalam menggunakan teknologi. Oleh kerana perkara ini semakin berterusan maka menjadi semakin penting untuk mengetahui samaada kanak-kanak ini berasa puas hati dengan teknologi yang mereka gunakan. Satu kumpulan pembangunan kajian telah dibina bagi mengatasi serta memenuhi keperluan dan suara kanak-kanak dalam proses pembangunan sesuatu teknologi.

2.0 MASALAH KAJIAN: Teknologi mula digunakan secara rutin oleh kanak-kanak bermula dari aktiviti sekolah sehingga aktiviti selepas waktu sekolah iaitu untuk aktiviti bermain. Kini teknologi telah mengubah cara kanak-kanak bermain dan belajar. Malah kanak-kanak merupakan satu kumpulan pengguna yang baru dan besar dalam teknologi. Sejak beberapa tahun yang lepas metodologi pembangunan sesuatu perisian pasti akan melibatkan para pengguna dalam proses pembangunannya. Pengguna dikenalpasti sebagai rakan kongsi yang penting, inspektor dalam pengujian atau pengkaji yang terlibat dalam kajian untuk memerhati dan ditemu bual oleh pengkaji sebenar kajian. Input daripada pengguna sangat penting dalam pembangunan sesuatu program. Meskipun peranan pengguna diakui oleh para pengkaji dan pembangun sistem, penguna kanak-kanak terlibat secara tidak aktif dalam proses pembangunan berbanding dengan pengguna dewasa. Sejak kebelakangan ini, kajian yang dilakukan oleh penulis ini melibatkan kanak-kanak sebagai pembantu atau rakan pengkaji dalam kajian yang dilakukan. Namun ramai meragui kredibiliti

kanak-kanak dalam menyampaikan pandangan terhadap kajian dan proses pembangunan. Perlu diketahui bahawa saintis komputer dan pendidik juga kurang pengalaman sama seperti kanakkanak. Tetapi tidak dapat dinafikan peranan masing-masing dalam menyumbang kepakaran masing-masing.

3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN MASALAH KAJIAN: Teori rangka kerja :

Cooperative inquiry sangat unik dalam banyak aspek hasil daripada keterlibatan kanak-kanak ia juga menjadi dasar kepada teori kerjasama dalam rekabentuk, penglibatan dalam reka bentuk, teori aktiviti, contextual inquiry dan situasi tindakan. Cooperative merupakan kajian terhadap tiga aspek utama iaitu multidisciplinary partnership dengan kanak-kanak, kajian yang akan mengetahui, memahami dan peka terhadap isi kandungan, aktiviti dan artifak yang ketiga pula ialah interaktiviti terhadap low-tech dan high-tech prototaip.

Kajian multidisciplinary partnership dengan pengguna. Coorperative inquiry berasaskan kepercayaan bahawa perkongsian dengan pengguna adalah sangat penting bagi memahami keperluan dan kehendak pengguna dalam membangunkan teknologi baru.

Kajian terhadap aktiviti, isi kandungan dan artifak. Maklumat yang berguna akan diperolehi melalui aktiviti dan artifak pengguna yang merupakan sebahagian daripada isi kandungan pengguna. Dengan ini satu kumpulan pengkaji melakukan kajian dan pemerhatian untuk menganalisis persekitaran pengguna untuk aktiviti yang berbeza, komunikasi, artifak dan budaya perhubungan.

Interaktiviti low tech dan high tech prototyping Adalah untuk mengintegrasikan kumpulan reka bentuk untuk menggambarkan dan mempamerkan idea mereka melalui teknik prototaip. Ini kerana kanak-kanak mempunyai masalah dalam menyampaikan maksud dan idea mereka kepada orang dewasa maka teknik prototaip ini dapat mengatasi masalah ini.

4.0 KESIMPULAN: Cooperative inquiry telah dibangunkan untuk menyokong integrasi kumpulan pereka dalam membangunkan teknologi baru untuk kanak-kanak. Ini bagi mendapatkan hasil yang baik kerjasama daripada kanak-kanak diperlukan bukan hanya setelah teknologi hampir selesai tetapi sewaktu proses pembangunan teknologi. Usaha untuk membolehkan kanak-kanak terlibat secara aktif dalam proses pembangunan perlu diteruskan. ______________________________________________________________________________ _____

Jurnal Ke enam

Sumber Jurnal: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. 2000. Penggunaan Proses dan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran. Tajuk: Merekabentuk perisian multimedia mengenai pecahan: Kea rah pembelajaran bestari. Penulis: Zaleha Ismail. Universiti Teknologi Malaysia

1.0 PENGENALAN: Pengkaji merujuk kepada analisis 1996 ke atas pencapaian Ujian Penilaian Sekolah Rendah menunjukkan puratu prestasi pencapaian matematik bagi pelajar-pelajar sekolah rendah masih jauh daripada tahap kecemerlangan. Hanya 32.2% pelajar yang menjawab dengan betul soalansoalan yang melibatkan pecahan. Pelajar-pelajar dikehendaki mengusai konsep pecahan supaya mereka berkemampuan memahami konsep lanjutan daripadanya. Beberapa perisian berbantukan computer telah menguatkan pendekatan pembelajaran pecahan yang mengaplikasi kemampuan computer seperti grafik,audio, animasi dan video. Banyak kajian barat telah menunjukkan pembelajaran berasaskan komputer menggunakan perisian berbantukkan komputer berpotensi dalam membantu meningkatkan kefahaman konsep dan kemampuan dalam menyelesaikan masalah matematik. Kementerian juga peka kepada perkembangan teknologi komputer dalam

pendidikan dan justeru itu telah menyusun rancangan untuk melaksanakan program sekolah bestari yang menekankan aplikasi komputer.

2.0 PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN: Berdasarkan kajian-kajian yang lepas pengkaji mendapati bahawa pelajar-pelajar peringkar rendah hingga ke menengah menghadapi masalah dalam pembelajaran matematik terutamanya pecahan. Satu usaha membantu pembelajaran ialah dengan memberi peluang kepada pelajar menggunakan perisian komputer yang dibina berasaskan teori pengajaran dan pembelajaran. Kajian yang dijalankan menumpukan perhatian kepada : bagaimana menerapkan teori P&P dalam rekabentuk perisian totarial mengenai pecahan?, apakah aktiviti pembelajaran yang sesuai untuk dimuatkan ke dalam perisian supaya dapat memotivasikan pembelajaran serta meningkatkan penguasaan ke atas topik pecahan?, apakah soalan dianostik yang sesuai untuk mengukur penguasaan keatas pecahan?, adakah perisian yang dihasilkan berkualiti dan sesuai dilancarkan penggunaannya di sekolah?

Bagi memecah persoalan tersebut, kajian dilaksanakan bagi menghasil dan menguji keberkesanan satu pendekatan baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik sekolah rendah khususnya pembinaan dan penggunaan perisian pecahan. Objektif kajian yang dijalainkan adalah: menkaji jenis-jenis kesilapan yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran pecahan, merekabentuk dan membina satu perisian P&P berbantukkan komputer bagi mengatasi jenis-jenis kesilapan yang telah dikesan, menganalisis proses pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar ketika menggunakan perisian dan meneliti pencapaian pelajar dalam penguasaan topik pecahan.

3.0 METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA Sebelum perisian dibangunkan pengkaji menumpukan perhatian kepada usaha merekabentuk perisian dengan menggunakan model sistem pengajaran yang dikemukakan oleh Alessi dan Trollip(1991) bercirikan teori pemprosesan maklumat. Rekabentuk yang dikemukakan disesuaikan dengan peranan perisian yang hendak dibina sebagai alat diagnostik untuk mengesan jenis-jenis kesilapan yang dialami oleh pelajar dan seterusnya menyediakan aktiviti pemulihan. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada semua pelajar tahun enam di dua buah sekolah

rendah. Kajian ditumpukan kepada jenis kesilapan yang dilakukan pelajar dengan pelbagai tahap pencapaian yang diukur mengikut gred.

4.0 KESIMPULAN: Pengkaji menumpukan perhatian ke arah menghasilkan perisian pendidikan yang memuatkan unsur-unsur yang dikemukakan dalam teori P & P. Dengan cara ini, perisian tidaklah sematamata berfungsi sebagai sebuah buku elektronik atau sistem latih tubi, tetapi berperanan sebagai alat yang membantu pelajar membina pengetahuan. Kajian ini merupakan satu usaha untuk menerapkan teori psikologi kognitif dalam pembinaan perisian yang bertujuan untuk membantu pelajar dalam pemahaman konsep matematik pecahan.

______________________________________________________________________________ _____

Jurnal Ke Tujuh Sumber Jurnal: Prosiding Konvensyen Teknologi Pendidikan ke-13. September 2000. m.s 17-32. Tajuk: Reka Bentuk Perisian Multimedia berasaskan Teori Pembelajaran, Pendapat Tenaga Pengajar dan pelajar serta Prinsip Reka Bentuk. Penulis: Zaidatun Tasir & Yap Sao Wen. Universiti Teknologi Malaysia

PENGENALAN: Pengkaji berpendapat bahawa perisian-perisian pembelajaran yang sesuai dan menepati kehendak guru dan pelajar adalah amat berkurangan. Seharusnya sesuatu perisian yang dibangunkan mestilah bertepatan dengan kehendak pengguna iaitu pelajar dan pengajar. Justeru itu, kajian projek ini dibuat untuk menghasilkan satu rekabentuk perisian yang mengambil kira pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk yang terbahagi kepada rekabentuk berinformasi, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaksi.

PENYATAAN MASALAH DAN OBJEKTIF KAJIAN: Pengkaji berpendapat proses pembinaan perisian perlulah mengambilkira pendapat pelajar yang merupakan pengguna perisian yang telah siap dibangunkan. Isu pelajar sebagai perekabentuk perisian ditekankan oleh David H. Jonassen dalam artikelnya yang bertajuk Technology as Cognitive Tools:Learners as Designers. Dalam artikelnya, beliau menyatakan bahawa dalam proses merekabentuk perisian , perekabentuk akan dapat menguasai perisian dengan lebih mendalam jika dibandingkan dengan pelajar. Dengan itu, untuk menjadikan pelajar lebih faham tentang isi kandungan yang akan diajar, mereka seharusnya mengambil bahagian dalam proses mereka bentuk perisian. Ekoran daripada itu kajian dilakukan untuk menghasilkan satu reka bentuk perisian yang berasaskan kepada pendapat pelajar. Selain daripada itu, kajian ini dibuat adalah untuk menghasilkan satu pendekatan baru dalam mereka bentuk perisian yang berkualiti.

METODOLOGI DAN DAPATAN KAJIAN BAHAGIAN PERTAMA Pengkaji menumpukkan kajian bagi mereka bentuk satu perisian yang berasaskan kepada pendapat tenaga pengajar dan pelajar, teori pembelajaran dan prinsip reka bentuk. Soal selidik dijalankan untuk mengumpul maklumat yang berbentuk pengumpulan pendapat. Ia bertujuan bagi mendapat pandangan daripada responden mengenai unsur-unsur perisian yang diharapkan oleh mereka. Sampel kajian yang digunakan terdiri daripada 50 orang pelajar Sarjana Muda Teknologi Pendidikan Kemahiran Hidup, Universiti Teknologi Malaysia. Selain itu pengkaji juga mendapatkan maklumat yang pendapat dan pengalaman dan pensyarah yang mengajar mata pelajaran berkenaan. Instrumen kajian yang digunakan terbahagi kepada dua iaitu soal selidik dan temubual. Statistik yang digunakan adalah deskriptif. Semua data yang diperolehi dianalisa secara manual. Hasil daripada maklumbalas responden pengkaji telah mereka bentuk projek perisian . Projek yang dihasilkan dibahagikan kepada 2 bahagian besar iaitu carta aliran struktur dan reka bentuk skrip.Mereka bentuk skrip merupakan satu proses yang penting bagi pengkaji kerana ia mengambilkira permintaan pengguna, ciri dalam rekabentuk dan teori pembelajaran.tiga faktor yang dititik beratkan oleh pengkaji iaitu reka bentuk strategi, reka bentuk antaramuka dan reka bentuk interaktif.

CADANGAN KAJIAN LANJUTAN: Pengkaji berharap pada masa akan datang, kajian ini dapat diteruskan kepada topik-topik bagi matapelajaran yang lain untuk melihat keberkesanan kaedah mereka bentuk PBK berasaskan pendapat pengguna , tenaga pengajar, teori pembelajaran dan prinsip rekabentuk.

KESIMPULAN: Mereka bentuk perisian merupakan satu proses yang memerlukan masa panjang kerana pereka perlu memastikan isi kandungan yang dibina itu adalah lengkap dan mempunyai maklumat tambahan untuk mereka yang ingin dan berminat untuk mengetahui perkembangan selanjutnya ataupun mengingat kembali pengetahuan yang sudah dilupai. Pembangunan perisian bukanlah suatu perkara yang boleh dianggap remeh kerana ianya memerlukan pemerhatian kepada beberapa faktor yang penting iaitu citarasa dan permintaan pengguna, teori-teori pembelajaran, ciri-ciri multimedia, dan perkara-perkara yang dititikberatkan dalam reka bentuk perisian. Jika faktor ini diikuti dengan teliti, perisian yang dibangunkan kemudian akan merupakan sebuah perisian yang baik sahaja dari segi kekuatan perisian itu tetapi akan memudahkan proses pembelajaran para pengguna seterusnya mendapat yang baik

______________________________________________________________________________ ____

Jurnal Ke Lapan

Sumber Jurnal: Seminar Prosiding Pendidikan Kebangsaan 2000. Tajuk: Pembangunan Perisian Kursus Bermultimedia Perlakuan Haiwan: Satu Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Di Alam Siber. Penulis: Norhayati Abdul Mukti, Idris Abd. Ghani & Siew Pei Hwa. Universiti Kebangsaan Malaysia.

PENGENALAN: Mengikut pengkaji kaedah pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dijangkakan lebih berkesan daripada atau setanding dengan kaedah tradisional seperi buku teks, carta kad dan sebagainya. Strategi menggunakan komputer dan teknologi multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran semakin berleluasan dalam bidang pendidikan . Melalui teknologi multimedia, pelbagai perisian kursus multimedia dapat dibangunkan dengan menyepadukan pelbagai elemen multimedia bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.Penggunaan perisian kursus bermultimedia dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran bukan sahaja lebih menarik minat pelajar dan menyeronokan, malah berkeupayaan untuk menangani masalah pelbagaian pelajar seperti latar belakang pendidikan asas, tahap kefahaman, daya pemikiran dan perkembangan kognitif, umur, tahap penguasaan bahasa dan sebagainya.

OBJEKTIF KAJIAN: Jurnal ini memberi tumpuan kepada pembangunan perisian kursus bermultimedia yang direka bentuk khas untuk pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer. Perisian kursus ini dibangunakan dalam Bahasa Melayu adalah bertujuan menjadi alat tutoran yang berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan kursus memandangkan kebanyakan bahan rujukan di perpustakaan adalah berbahasa Inggeris. Pembangunan perisian ini juga bertujuan untuk membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar untuk mengingati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus.

METODOLOGI PEMBANGUNAN PERISIAN. Pembinaan model konsepsi yang teratur dan lengkap merupakan salah satu langkah yang penting dalam proses pembangunan perisian kursus multimedia. Model konsepsi yang ditonjolkan terbahagi kepada 3 komponen utama iaitu objektif, media pengajaran dan pembelajaran serta kaedah pembangunan perisian yang kursus. Elemen-elemen yang dimasukkan dal perisian ini adalah hyperteks,hypermedia dan teori pembelajaran. Tiga teori pembelajaran yang digabungkan iaitu pelaziman klasik, pelaziman operan dan pembelajaran kognitif. Dalam perisian kursus ini pelajar disajikan dengan maklumat tentang topik-topik khusus untuk mengukuhkan kefahaman mereka . Perisian kursus multimedia ini berpengataraan Bahasa Melayu. Ciri ini dapat menafaat pra-

siswazah universiti yang mengikuti kursus ini dijangka boleh dijadikan alat totoran yang berkesan kepada pelajar untuk memahami dan mendalami keseluruhan mata pelajaran KH memandangkan kebanyakan buku rujukan buku diperpustakaaan dan perisian kursus di pasaran adalah dalam bahasa Inggeris. Antaramuka perisian ini adalah ramah pengguna. Butang navigasi, suara latar dan antaramuka lain digunakan untuk memberikan bimbingan dan panduan kepada pengguna untuk memudahkan mereka menggunakan perisian kursus KH ini. Ciri ini menimbulkan suasana pembelajaran yang mesra, menarik dan menyeronokan serta menambahkan kekratifan dan pemelajaran KH. Perisian kursus ini mudah diikuti, walaupun tahap literasi komputer pelajar adalah rendah kerana arahan pengguna disertakan dengan panduan pengguna. Jalinan maklumat dalam talian, membolehkan pengguna memilih URL laman web yang terdapat dalam perisian kursus ini dan pengguna akan memperolehi maklumat tambahan dalam laman web berkenaan.

KESIMPULAN: Perisian kursus memainakan peranan yang penting dalam sebagai alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan dengan adanya gabunganelemen multimedia. Perisian kursus ini merupakan satu bahan sumber pengajaran dan pembelajaran yang penuh dengan maklumat dan pengetahuan KH. Pembangunan perisian kursus bermultimedia ini juga di harapkan dapat membantu menangani kepelbagaian pelajar, meningkatkan kefahaman dan keupayaan pelajar meningati fakta-fakta dan konsep-konsep kursus.

______________________________________________________________________________ ___

Jurnal Sembilan

Sumber Jurnal: Prosiding Persatuan Teknologi Pendidikan, September 2001. ms 115 -125 Tajuk: Penggunaan Multimedia Dalam Pelajaran Geografi: Fokus Terhadap Pendidikan

Khas. Penulis: Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Chia Ti Boey. Universiti Kebangsaan Malaysia.

1.0 PENGENALAN: Pengkaji berpendapat bahawa pembelajaran berbantukan komputer (PBK) dapat memberi impak yang baik dalam proses pengajaran dan pembelajaran seseorang murid terutamanya murid-murid berkeperluan khas seperti murid-murid bermasalah pendengaran. Ini kerana murid-murid bermasalah pendengaran memerlukan kombinasi kesan alat pandang dengar dengan gabungan visual yang bergerak , animasi, teks, muzik dan grafik yang menarik untuk meningkatkan proses pembelajaran.Ini sejajar dengan peribahasa Cina yang berbunyi, I hear and I forgot, see and I remember, I do and I understand. (Hizamnuddin Awang, 1997 dalam Fadzilah,1998)

2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Mengikut jurnal ini, pengkaji menjalankan kajian untuk melihat persepsi murid-murid bermasalah pendengaran terhadap penyampaian subjek Geografi melalui penggunaan kaedah PBK dan membantu mempertingkatkan kemahiran kognitif mereka secara individu. Perisian kursus yang dibina dalam kajian juga boleh dijadikan bahan bantu mengajar yang berkesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Geografi bukan sahaja untuk golongan warga khas tetapi juga untuk mereka yang normal. Kaedah PBK ini membolehkan murid-murid bersesuaian dengan diri masing-masing.

Objektif kajian Geografi ini adalah untuk: a) meninjau pesepsi murid-murid bermasalah pendengaran tahap Menengah Bawah terhadap subjek dengan menggunakan kaedah PBK b) mengenalpasti keberkesanan kaedah PBK dalam proses pengajaran dan pembelajaran ke atas murid-murid bermasalah pendengaran dan c) membangkitkan minat murid-murid bermasalah pendengaran terhadap pembelajaran subjek Geografi.

3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN:

Penyelidik menggunakan pendekatan kaedah tinjauan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar bermasalah pendengaran terhadap implementasi penggunaan kaedah PBK dalam subjek Geografi. Perisian kursus dibangunkan dengan menggunakan perisian Director 7.0 sebagai bahan kajian. Kaedah tinjauan yang digunakan dapat menilai persepsi murid-murid bermasalah pendengaran terhadap kaedah penggunaan PBK tanpa membandingkannya dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lain.

Seramai 30 orang pelajar bermasalah pendengaran dari Sekolah Menengah Sultan Abdul Samad, Petaling Jaya Dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperolehi adalah berdasarkan sepenuhnya kepada maklumbalas yang diberikan murid-murid bermasalah melaui borang soal selidik. Data-data yang diperolehi dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan statistik diskriptif. Dapatan kajian ditabulasi dengan skor min dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa persepsi pejar-pelajar bermasalah pendengaran bersifat positif terhadap kaedah pembelajaran berbantukan komputer. Penggunaan multimedia ini bukan sekadar dapat mempelbagaikan kaedah pembelajaran tetapi menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

KESIMPULAN:

Kajian ini telah menjawab ketiga-tiga persoalan yang telah ditimbulkan oleh penyelidik. Tidak dapat disangkal lagi penggunaan teknologi dalam bentuk komputer memang dapat memperkayakan kehidupan dan produktiviti pelajar bukan sahaja permasalah pendengaran malah mereka berkeperluan khas yang lain. Ini dapat dibuktikan dengan pesepsi terhadap kaedah penggunan PBK dalam pengajran dan pembelajaran Geografi yang positif dan memberangsangkan. Perkembangan teknologi ini dapat memberi pengaruh kepada pengalaman pendidikan dan perkembangan seorang pelajar yang bekeperluan khas (Hagen 1984)

Guru merupakan golongan profesional yang terlibat secara langsung dalam proses pendidikan. Jusreru itu, strategi, kaedah dan teknik pengajaran guru amat penting dalam menpengaruhi setiap insan yang dididik. Apabila guru mengaplikasikan kaedah PBK sebagai mod penyampaian pengajaran, ini tidak bermakna kaedah penyampaian lain tidak lagi berfungsi sebagai mod

penyampaian isi pengajaran. Pada hakikatnya kaedah PBK merupakan salah satu pelengkap kepada kaedah pengajran di bilik darjah. Aspirasi negara akan menjadi kenyataan jika semua pelajar di Malaysia tanpa mengira kecacatannya telah diberipendedahan, tunjuk ajar dan latihan dengan kaedah PBK dalam proses pembelajaranya.

______________________________________________________________________________ _____

Jurnal Sepuluh

Sumber Jurnal: Jurnal Proceedings of ICEFA 2002. Volune 1., Universiti Kebangsaan Malaysia. Tajuk: Pengajaran Menggunakan Perisian Kursus Matematik Interaktif :Kajian Terhadap Kurikulum Pengajaran Berbantukan Komputer. Penulis: Mohd Arif Ismail, Mohd Jasmy Abd Rahman & Nor Aleywati Muhamad.

1.0 PENGENALAN: Sejak beberapa tahun kebelakangan ini pengkaji menyatakan berlakunya anjakan paradigma dalam masyarakat Malaysia dalam pelbagai aspek terutamanya teknologi komputer dalam pendidikan. Kemunculan teknologi komputer dalam pendidikan khususnya makro komputer atau alat pamer grafik warna yang berelaian tinggi mampu memberi kesan yang lebih efektif dalam proses pembelajaran. Menurut Gan Chia Leng (1998) tiga aspek penting ini dapat dilihat sebagai alat, pembimbing, dan pelajar yang merupakan peranan komputer dalam bidang pendidikan. Aspek peranan komputer sebagai pembimbing mengfokuskan kepada penggunaan perisian yang telah disediakan.

2.0 PENYATAAN MASALAH Pengkaji mendapati bahawa perisian pendidikan atau segala bentuk perisian yang kurang bermutu menyebabkan penggunaan PBK adalah rendah dan ini telah disahkan sendiri daripada

perakuan laporan yang dibuat oleh SEAMEO (South-East Asian Miniter of Education Organisation) yang menyatakan PBK adalah rendah jika perisian yang digunakan adalah yang kurang bermutu. Maka penumpuan seharusnya diberi atas menghasilkan perisian PBK yang berkualiti (Yu sup Hashim, 1998) Namun begitu mengikut penulis perisian yang sedia ada mungkin tidak sesuai dan mengandungi beberapa kekurangan yang perlu dibaiki lagi. Kebanyakan pakej perisian yang ada dipasaran tidak dibina dan direka mengikut sukatan pelajaran yang sesuai untuk pelajar-pelajar. Kebanyakan perekanya lazimnya seorang pakar dalam bidang komputer tetapi tidak mempunyai latar belakang sebagai seorang pendidik. Kekurangan pengalaman dalam bidang pengajaran menyebabkan mereka tidak dapat membina suatu perisian yang bertepatan dengan keperluan pembelajaran. Faktor ini mendorong pengkaji menjalankan kajian ke atas penghasialan perisian pembelajaran dan pembelajaran. Manakala pemilihan topik Ungkapan dan Persamaan Kuadratik untuk Tingkatan 4 adalah disebabkan segelintir pelajar didapati cuai.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN: Pengkaji menampilkan beberapa objektik bagi kajiannya: Mengenalpasti tahap keberkesanan perisian kursus yang dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengetahi tahap kefahaman pelajar menggunakan perisian yang dihasilkan. Mengetahui sejauh mana penggunaan perisian kursus ini dapat meningkatkan minat pelajar terutama sekali bagi matapelajaran matematik

3.0 METODOLOGI DAN PENYELESAIAN: Kaedah kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan. Sampel kajian terdiri daripada 30 orang pelajar Tingkatan Empat di SMK Jalan Dua, bandar baru Bangi , Selangor Darul Ehsan. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dan perisian kursus dalam bentuk compact disc yang dianalisis dengan menggunakan program SPSS version 10. Data-data diperolehi dan dianalisis secara kuantitatif dengan menggunakan peratusan dan statistik deskriptif. Purata min bagi setiap item yang diperolehi dalam persembahan perisian adalah 4.33. Nilai min ini menunjukkan bahawa perisian yang dibangunkan berada pada tahap yang baik. Namun demikian perisian itu patut diperbaiki untuk menghasilkan perisian yang benar-benar

bermutu dan mantap. Paparan pengguna yang baik membolehkan pelajar mempelajari subtopiksubtopik yang dikemukakan dengan mudah. Pengkaji mengharapkan penggunaan perisian PBK bagi tajuk Ungkapan dan Persamaan Kuadratik ini dapat memberi manafaaat kepada guru dan pelajar sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah di samping menjadi bahan pembelajaran kendiri di rumah.

KESIMPULAN: Keberkesanan penggunaan perisian kursus dalam kaedah PBK sebenarnya banyak bergantung kepada kesedaran guru untuk cuba mnegubah corak pendidikan yang telah mereka amalkan sebelum ini. Namun peranan guru sebagai fasilitator tidak boleh dipertikaikan. Perisian kursus perlulah dilihat sebagai bahan bantu mengajar yang boleh memangkin proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Home Subscribe to: Posts (Atom)

Anda mungkin juga menyukai