Anda di halaman 1dari 113

GRU 60104

KAEDAH PENYELIDIKAN DALAM


PENDIDIKAN

TUGASAN NO. 3
CADANGAN PENYELIDIKAN

SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI


M20201000155
PROGRAM SARJANA SAINS
(PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL)

PENSYARAH:
PROF. DR. RAMLEE MUSTAPHA
CADANGAN PENYELIDIKAN

Tajuk Cadangan:

KESAN MODUL AGRONUTRI-X TERHADAP PENCAPAIAN DAN MOTIVASI


INTRINSIK PELAJAR SIJIL VOKASIONAL MALAYSIA AGROINDUSTRI
TANAMAN KOLEJ VOKASIONAL DALAM TOPIK PENYEDIAAN FORMULASI
BAJA FERTIGASI

Disediakan Oleh:

SUHAIMI SOBRIE BIN ROSLI


M20201000155
KANDUNGAN

Muka Surat

1
BAB 1 1
PENGENALAN 1
1.0 Pendahuluan 1
1.1 Latar Belakang Kajian 2
1.2 Penyataan Masalah 9
1.3 Kerangka Konsep Kajian 13
1.4 Objektif Kajian 15
1.5 Persoalan kajian 16
1.6 Hipotesis kajian 17
1.7 Kepentingan Kajian 18
1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pentadbir TVET 18
1.7.2 Guru 19
1.7.3 Pelajar 19
1.7.4 Penyelidik Lain 20
1.8 Skop Kajian 21
1.9 Batasan Kajian 22
1.10 Definisi Operasional 23
1.10.1 Pembelajaran mudah alih (M-pembelajaran) 23
1.10.2 Pembelajaran Konvensional 25
1.10.3 Ujian Pencapaian
1.10.4 Motivasi 26
1.10.5 Keberkesanan 27
1.11 Penutup 28
BAB 2 29
KAJIAN LITERATUR 29
2.0 Pengenalan 29
2.1 Teori Pembelajaran Di Dalam Pembangunan Aplikasi 30
2.1.1 Teori Kognitivisme 30
2.1.2 Teori Konstruktivisme 37
2.1.3 Teori Behaviorisme 38
2.2 M-pembelajaran (Mobile Learning) 41
2.2.1 Kepentingan penggunaan M-pembelajaran 44
2.2.2 Kajian-kajian lepas 46
2.3 Augmented Reality (AR) 51
2.4 Motivasi Belajar 53
2.5 Pencapaian Akademik 56
2.6 Baja fertigasi 57
2.7 Model ADDIE 59
2.7.1 Analisis (Analysis) 62
2.7.2. Reka Bentuk 64
2.7.3 Pembangunan 64
2.7.4 Implementasi 65
2.7.5 Pengujian 66
2.8 Penutup 68
BAB 3 69
METODOLOGI KAJIAN 69
3.0 Pengenalan 69
3.1 Reka Bentuk Kajian 70
3.2 Lokasi Kajian 72
3.3 Populasi dan Persampelan 73
3.4 Instrumen Kajian 76
3.4.1 Kaji Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Modul 77
3.4.2 Kaji Selidik Reka Bentuk dan Pembangunan aplikasi AGRONUTRI-X 78
3.4.3 Ujian Pencapaian 78
3.4.4 Instrumen Soal Selidik Motivasi 81
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan 85
3.5.1 Kesahan Modul 85
3.5.2 Kesahan Instrumen 87
3.6 Kajian Rintis 89
3.7 Ancaman 90
3.8 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 91
3.9 Prosedur Analisis Dapatan Kajian 95
3.9.1 Analisis Statistik Deskriptif 95
3.9.2 Analisis Statistik Inferensi 95
3.10 Ujian Normaliti 97
3.11 Penutup 98
RUJUKAN 99
SENARAI JADUAL

No. Jadual Muka Surat


Lima Strategi dan Lima Inisiatif Transformasi
1.1 5
Pendidikan Vokasional

Prinsip Reka Bentuk Multimedia


2.1 33

2.2 Domain Kognitif Taksonomi Bloom 36


2.3 Perbezaan E-pembelajaran dan M-pembelajaran 43
3.1 Reka Bentuk Pra-Pasca bagi Kumpulan-kumpulan Tidak 71
Seimbang (Noneequivalent Groups Pre-post Tests
Design)
3.2 Senarai Kolej Vokasional Terlibat Dalam Kajian 73
3.3 Jumlah Sampel Kajian 76
3.4 Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Pra dan Pasca 80
3.5 Komponen Konstruk Instrinsic Motivation Inventory 61
(IMI)
3.6 Nilai Skala Bagi Item Soal Selidik Instrinsic Motivation 83
Inventory (IMI)
3.7 Bilangan Item Soal Selidik Motivasi Intrinsik 84
3.8 Interpretasi Skor Min dan Tahap Motivasi Intrinsik 85
3.9 Nilai Kesahan bagi CVR (Content Validity Ratio) 86
3.10 Julat Nilai Pekali Cronbach Alpha 89
3.11 Kesan Dalam Melaksanakan Kajian Kuasi Eksperimen 90
3.12 Kaedah Analisis Data Kajian 96
SENARAI RAJAH

No. Rajah Muka Surat


Kerangka Konsep Kajian
1.1 15
2.1 Struktur Sistem Memori 31
2.2 Hubungan Di Antara M-pembelajaran, E-pembelajaran 42
dan D-pembelajaran
2.3 Kepentingan dan Kelebihan Perisian Pendidikan M- 45
pembelajaran
2.4 Model M-ADDIE 61
3.1 Prosedur Pengumpulan Data Kajian 94
SENARAI SINGKATAN

APK Android Application Package


AR Augmented Reality
BPLTV Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional
COPTPA Kod Amalan Akreditasi Program Pendidikan Teknik Dan Latihan
Vokasional
DPK Dasar Pendidikan Kebangsaan
DPSK Dokumen Pentaksiran Stamdard Kompetensi
DVM Diploma Vokasional Malaysia
ERAS 2.0  Educational Research Application System 2.0
EPRD Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Kementerian
JPK Jabatan Pembangunan Kemahiran
JSU Jadual Spesifikasi Ujian
KPM Kementerian Pendidikan Malaysia
KSKV Kurikulum Standard Kolej Vokasional
KV Kolej Vokasional
MQA Agensi Kelayakan Malaysia
MQF Kerangka Kelayakan Malaysia
NOSS Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
PAJSK Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum
PAV Pendidikan Asas Vokasional
PIMA Perantisan Industri Menengah Atas
PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
PPSi Pentaksiran Psikometrik
PT3 Pentaksiran Tingkatan Tiga
PVMA Program Vokasional Menengah Atas
RMK-10 Rancangan Malaysia ke-10
SKMM Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
SMPKV Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional
SPSS Statistical Package for Social Science
SVM Sijil Vokasional Malaysia
TVET Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional
1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Bab ini merupakan bab pengenalan yang mengandungi latar belakang berkaitan

dengan kajian yang akan dijalankan. Bab ini juga membincangkan permasalahan,

persoalan dan hobjektif kajian yang diusulkan daripada jurang penyelidikan yang

terdapat di dalam penyataan masalah. Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang

kepentingan kajian yang akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak. Selain itu,

batasan kajian turut diperbincangkan dengan justifikasi pemilihan bahan, instrumen

dan sampel. Kerangka konsep kajian turut dimasukkan ke dalam bab ini bagi

menjelaskan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah kajian. Definisi


2

operasional pula menjelaskan cara kajian dijalankan dan menampakkan penjelasan

dan huraian cadangan penyelidikan.

1.1 Latar Belakang Kajian

Pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET) bertapak di Malaysia sejak 1906

dengan penubuhan sekolah teknik pertama bagi melatih juruteknik Jabatan Kerja

Raya dan Keretapi Tanah Melayu. Perkembangan seterusnya berlaku dengan

pembukaan sekolah ketukangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor

Bahru pada tahun 1926 – 1932. Sekolah-sekolah ketukangan ini melatih pelajar

dalam bidang mekanikal, elektrikal dan pertukangan dan mensasarkan pelajar-

pelajar sekolah rendah yang kurang kecenderungan akademik (Alias et al., 2018).

Era 1950an hingga 1970an menyaksikan TVET mula diberi perhatian serius oleh

kerajaan melalui Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1959), Laporan

Khir Johari (1967) dan Laporan Murad (1972) sehingga wujudnya Sekolah Teknik,

Sekolah vokasional, politeknik dan universiti yang menawarkan TVET (Azman &

Mustapha, 2014). TVET diwujudkan khas bagi menyediakan tenaga pakar

berkemahiran bagi menampung sektor ekonomi negara seperti perkhidmatan,

pertanian, perindustrian dan perkilangan.


3

Menurut Nor Yunus (2016) TVET di Malaysia pada hari ini dilaksanakan

agensi-agensi kerajaan di bawah tujuh kementerian selain turut dijalankan oleh pihak

swasta. Badan utama penyeliaan dan pengawalan bagi persijilan kemahiran ditadbir

oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM)

dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Pengiktirafan persijilan TVET

diperkukuhkan dengan pelaksanaan Kod Amalan Akreditasi Program Pendidikan

Teknik Dan Latihan Vokasional (COPTPA) yang mengiktiraf persijilan kemahiran di

bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF). Pengiktirafan ini menjadikan TVET

setara dengan pendidikan akademik seterusnya menepis pendapat masyarakat bahawa

TVET adalah pendidikan kelas kedua (Malaysian Qualifying Agency & Jabatan

Pembangunan Kemahiran, 2019).

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) merupakan satu daripada

pelaksana TVET terbesar di Malaysia melalui pelaksanaan program Pendidikan

Asas Vokasional (PAV), Pendidikan Vokasional Menengah Atas (PVMA),

Perantisan Industri Menengah Atas (PIMA), program kemahiran di Sekolah

Menengah Pendidikan Khas (SMPKV) untuk pelajar berkeperluan khas, program

latihan kemahiran di sekolah Henry Gurney dan program kolej vokasional untuk

pelajar lepasan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang menawarkan program

peringkat sijil dan diploma. Program transformasi TVET di bawah KPM telah

bermula pada tahun 2012 dengan pengenalan program-program di atas. Bagi

merealisasikan transformasi tersebut, perancangan jangka panjang pendidikan telah

dirangka menerusi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006-

2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 yang

melibatkan gerakan transformasi sistem pendidikan. Secara keseluruhan,


4

transformasi sistem TVET adalah untuk membangun modal insan yang

berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, berkualiti serta bertaraf dunia (Malaysia,

2017).

Transformasi TVET yang dirangka ini adalah melibatkan usaha merekayasa

(reengineering) sistem pendidikan vokasional yang sedia ada sehingga terbina

sistem pendidikan vokasional yang baharu yang dapat menyumbang kepada agenda

transformasi negara. Sistem TVET baharu ini digerakkan oleh sumber manusia

yang responsif dan bersedia untuk menjalankan kolaborasi dengan industri bagi

menginovasi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Pelaksanaan transformasi ini

mempunyai pelan tindakan strategik dalam jangka masa daripada tahun 2011

sehingga tahun 2020. Pelan strategik tersebut dirancang mengikut tiga fasa iaitu fasa

lonjakan (2011-2013), fasa peningkatan (2014-2016) dan fasa pemerkasaan (2017-

2020). Lima strategi dan lima inisiatif yang dirancang untuk memastikan

transformasi pendidikan vokasional berjalan seperti yang direncanakan mengikut

fasa-fasa transformasi yang telah di tetapkan seperti dalam Jadual 1.1.


5

Jadual 1.1:

Lima Strategi dan Lima Inisiatif Transformasi Pendidikan Vokasional

Lima Strategi Lima Inisiatif


Menyediakan kurikulum pendidikan vokasional yang
Transformasi
dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran
kurikulum pendidikan
untuk berkerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke
vokasional
peringkat lebih tinggi

Membangun institusi pendidikan vokasional yang Transformasi institusi


dapat menghasilkan modal insan yang berkemahiran pendidikan vokasional
untuk berkerja serta bersedia melanjutkan pelajaran ke
peringkat lebih tinggi

Mempergiat usaha kolaborasi dengan rakan strategik Kolaborasi dengan


dalam industri bagi memperluas akses dan menjamin industri
kualiti pendidikan vokasional dan mempertingkat
kebolehkerjaan lulusan pendidikan vokasional

Menyediakan mekanisme pentaksiran yang menjurus Transformasi


kepada pentauliahan dan pengiktirafan lulusan pentaksiran pendidikan
pendidikan vokasional vokasional

Mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat (2017) “Takrifan

Kolej Vokasional (KV) dalam Akta Pendidikan 1996 (pindaan) 2014 adalah suatu

institusi pendidikan yang ditubuhkan dan disenggarakan sepenuhnya oleh menteri di

bawah seksyen 33A”. (p. 66). Penjenamaan sekolah menengah vokasional kepada

kolej vokasional bermula seawal 2012 bertujuan melahirkan modal insan bersahsiah,

berilmu dan berkemahiran tinggi dalam bidang TVET. Sehingga 2020, terdapat 84

buah kolej vokasional di Malaysia yang menawarkan 32 bidang TVET. Pelaksanaan

kurikulum di kolej vokasional dijalankan melalui Kurikulum Standard Kolej


6

Vokasional (KSKV) yang dibangun berdasarkan kepada Standard Kemahiran

Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) di bawah Akta Pembangunan Kemahiran kebangsaan

2006 (Akta 652) dan Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007 (Akta 659) bagi

memastikan sijil dan diploma yang dikeluarkan oleh kolej vokasional mendapat

pengiktirafan dari badan kerajaan dan industri (Malaysia, 2017).

Struktur pengajian kolej vokasional merangkumi pelaksanaan Sijil Vokasional

Malaysia (SVM) selama dua tahun merangkumi empat semester dan pembelajaran

peringkat Diploma Vokasional Malaysia (DVM) selama dua tahun lima bulan.

Pelajar diberi peluang memilih program yang mereka minat, cenderung dan berbakat.

Matlamat pelaksanaan Kolej Vokasional ini adalah untuk memperkembangkan

potensi individu secara menyeluruh, bersepadu, dan harmonis dari segi intelek,

rohani, emosi, dan jasmani ke arah melahirkan modal insan yang berkemahiran

selaras dengan keperluan industri. Syarat umum kemasukan ke kolej vokasional

ditetapkan untuk warganegara Malaysia dari sekolah menengah kerajaan atau sekolah

bantuan menengah kerajaan di bawah kelolaan KPM dan telah menduduki

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merangkumi Pentaksiran Tingkatan Tiga

(PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan

Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi). Calon-calon yang

memohon ke kolej vokasional juga mestilah sihat tubuh badan dan bebas dari

penyakit kronik dan penyakit-penyakit lain yang menghadkan murid dari melakukan

aktiviti amali.
7

Program Agroindustri Tanaman merupakan satu daripada program di bawah

bidang pertanian yang ditawarkan di kolej vokasional. Sehingga 2021, lima buah

kolej vokasional menawarkan bidang ini iaitu Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk

Intan, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor, Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja,

Kolej Vokasional Pasir Puteh dan Kolej Vokasional Lahad Datu. Program

Agroindustri Tanaman direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan

pengetahuan dan kemahiran teknik dalam amalan pertanian. Kursus-kursus di

dalam program ini merangkumi aspek penyediaan kawasan ladang, penanaman,

pembiakbakaan, kawalan perosak dan penyakit, penyeliaan, pengurusan ladang,

mekanisasi pertanian, pascatuai, pemasaran hasil, pengurusan keselamatan dan

teknologi penanaman tanpa tanah.

Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku adalah berasaskan KSKV

yang merangkumi komponen akademik dan vokasional dengan nisbah 30:70. Reka

bentuk dan kandungan KSKV bagi program Agroinsustri Tanaman tertakluk kepada

standard kemahiran JPK dan kehendak MQA terutama dalam aspek penetapan

jumlah jam pembelajaran dan kandungan kursus. Pemetaan dan semakan KSKV

dilaksanakan dengan NOSS bagi menjamin pematuhan yang membolehkan pelajar-

pelajar yang lulus memperoleh Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dan layak

dipersijilkan dengan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap tiga Operasi

Pengeluaran Tanaman. Manakala pelajar yang lulus di peringkat diploma akan

dianugerahkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) Agroindustri Tanaman.


8

Pecahan keseluruhan pembelajaran program Agroindustri Tanaman pula

melibatkan 70% komponen amali dan 30% komponen teori. Kaedah penilaian pula

dijalankan secara pentaksiran berterusan,yang dijalankan secara dalaman oleh

pengajar di kolej vokasional berpandukan Dokumen Pentaksiran Standard

Kompetensi (DPSK) dan penilaian akhir yang dikendalikan oleh Lembaga

Peperiksaan (LP) untuk peringkat sijil dan Bahagian Pendidikan Dan Latihan

Teknikal Vokasional (BPLTV) di hujung setiap semester. Pemberat markah setiap

semester pelajar daripada pentaksiran berterusan sebanyak 50% komponen teori dan

20% komponen amali, manakala penilaian akhir pula pecahan pemberat markah

adalah 20% komponen amali dan 10% komponen teori. Di dalam aspek pengajaran

dan Pembelajaran, guru-guru vokasional program Agroindustri Tanaman perlu

menjalankan latihan amali sebanyak 70% daripada keseluruhan tempoh pangajian

mengikut standard keperluan JPK dan MQA.

Guru-guru yang mengajar program Agroindustri Tanaman di kolej vokasional

kebanyakannya adalah lulusan Bacelor Pendidikan (Sains Pertanian), Universiti Putra

Malaysia (UPM), Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Sains Pertanian), Universiti

Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan guru-guru yang mempunyai ihtisas diploma

pendidikan sama ada lepasan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) atau Diploma

Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI).

Pendidikan abad ke-21 tidak boleh dipisahkan daripada penggunaan peranti

mudah alih seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar. Laporan Suruhanjaya

Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi suku kedua tahun 2020
9

melaporkan penggunaan telefon pintar menyumbang kepada 89% peranti penggunaan

internet. Penggunaan jalur lebih mudah alih dan tetap mencatatkan 151.2% kadar

penembusan bagi 100 penduduk. Dengan peningkatan ini, menunjukkan bahawa

penggunaan peranti mudah alih boleh berada di mana-mana sahaja termasuk dunia

pendidikan. Generasi pelajar pada hari ini, adalah generasi yang berkecenderungan

kepada teknologi dan pembelajaran menggunakan teknologi adalah tidak dapat

dipisahkan daripada mereka. Golongan ini menganggap maklumat berada di dalam

tangan mereka dan boleh dicapai secara pantas dan efektif melalui gajet (Mohd

Yusoff et al., 2017).

Pembelajaran secara teradun (blended) adalah gabungan pembelajaran secara

bersemuka dan juga pembelajaran kendiri menggunakan teknologi sama ada secara

dalam talian mahupun perisian bagi membolehkan mereka mempelajari di luar

waktu rasmi pembelajaran. Pembelajaran sebegini dilihat sebagai pembelajaran alaf

baru yang dapat meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran mengikut trend

dan gaya pembelajaran generasi masa kini (Dakhi et al., 2020). Dengan kepesatan

dan kemampuan milik peranti mudah alih, menjadikan dunia pendidikan tidak

terhad dengan hanya pembelajaran di dalam bilik darjah semata-mata tetapi turut

boleh memanfaatkan teknologi bagi mencapai objektif pembelajaran (S. N. Ali et

al., 2018).

1.2 Penyataan Masalah


10

Kajian yang dijalankan oleh Lee, Goh dan Tan (2018) dalam kursus hidroponik

menunjukkan tahap penguasaan pelajar yang lemah di dalam topik ini. Hal ini

disebabkan pelajar tidak mendapat gambaran asas tentang tujuan pembelajaran

dibuat serta penggunaan istilah teknikal yang asing kepada pelajar. Selain itu,

kaedah pengajaran berpusatkan guru menjadi punca penguasaan topik ini lemah

kerana pelajar bosan dan hilang minat di dalam kelas. Perkara ini dibuktikan

melalui kajian yang dibuat oleh Novianto (2018), yang menunjukkan pencapaian

ujian pelajar di dalam topik hidroponik berada pada aras sederhana hasil daripada

pengajaran menggunakan kaedah konvensional.

Nurul Asikin dan Enting Daningsih (2018), menyatakan kekurangan sumber

bahan rujukan dan media pembelajaran di dalam bidang hidroponik dan fertigasi

menyebabkan objektif pembelajaran konteksual pelajar tidak dapat dicapai. Sumber

rujukan pembelajaran yang ada pada masa kini bagi program Agorindustri tanaman

hanyalah bahan pembelajaran bertulis semata-mata. Pergantungan kepada buku

teks dan bahan pembelajaran bertulis semata-mata adalah tidak memadai kerana

mengikut penulisan Masek dan Zulkifli (2018), pelajar-pelajar perlu mendapat

rangsangan daripada deria-deria visual, audio dan kinistetik di dalam pembelajaran

dalam membentuk konsep dan kemahiran. Pelajar memerlukan bahan rujukan

tambahan selain daripada buku teks dalam memastikan pencapaian pelajar dapat

dipertingkatkan. Pelajar tidak dapat memahami pengajaran guru terutama bagi topik

yang memerlukan tunjuk ajar berterusan dan latihan amali. Hal ini tidak dapat

diterangkan dengan baik melalui penggunaan buku teks semata-mata (Shah A. et al.,

2019).
11

Kompentesi penyediaan formulasi baja fertigasi merupakan satu daripada

kursus yang terdapat di dalam KSKV program Agroindustri Tanaman. Kursus ini

menekankan kepada penghasilan formulasi baja daripada campuran baja-baja kimia

yang dapat membekalkan kesemua nutrien pemakanan makro dan mikro yang

diperlukan oleh tanaman. Kursus ini diperkenalkan di dalam KSKV bagi memenuhi

pasaran industri dalam bidang tanaman secara hidroponik dan fertigasi yang

semakin berkembang di Malaysia.

Mattson dan Peters (2014), menyatakan kesilapan di dalam mencampurkan

elemen-elemen di dalam penghasilan baja boleh menyebabkan keseluruhan

formulasi baja rosak dan tidak dapat digunakan dan kenyataan ini turut disokong

oleh Abdul Hakkim et al. (2016) dengan menerangkan larutan stok nutrien fertigasi

mestilah dicampur dan dilarut dengan bahan kimia yang betul bagi mengelak

pembentukan sebatian pepejal yang akan merosakkan larutan nutrien. Kesilapan

yang sering berlaku dalam penyediaan campuran formulasi baja fertigasi adalah

tidak mengenal jenis baja kimia yang digunakan dan tidak mengetahui prinsip asas

dalam penyediaan campuran formulasi baja fertigasi (Qurrahman, 2017).

Hasil temubual dengan pelajar-pelajar program Agroindustri Tanaman di

kolej vokasional mendapati topik ini adalah topik yang sukar dikuasai kerana

pelajar-pelajar perlu membuat pengiraan jumlah bahan kimia secara manual dalam

membina formulasi baja. Selain itu, topik ini juga mengkehendaki pelajar-pelajar
12

berpengetahuan memilih baja kimia yang akan digunakan untuk memenuhi

keperluan unsur dan langkah kerja penyediaan formulasi baja mestilah dilakukan

dengan tepat. Guru-guru yang mengajar topik ini rata-rata menggunakan kaedah

tunjuk cara berpandukan bahan pembelajaran bertulis. Kaedah ini didapati tidak

berjaya mencapai ciri pengajaran dan pembelajaran abad 21 yang berpusatkan

pelajar, berfokuskan kemahiran dan pembelajaran boleh berlaku serta diakses pada

bila-bila masa tidak terhad hanya di dalam kelas (S. N. Ali et al., 2018). TVET

merupakan pendidikan yang mementingkan Latihan berterusan dan memerlukan

kaedah pengajaran yang kreatif serta memberi peluang penerokaan sendiri kepada

pelajar untuk membentuk kemahiran (Mohd Yusof et al., 2020). Ini disokong oleh

Ridzwan Che Rus dan Ruhizan Mohamad Yasin (2018) , bahawa kaedah

penyampaian dan gaya pembelajaran pelajar menjadi faktor terpenting keberkesanan

pendidikan.

Daripada pernyataan di atas, kajian yang akan dijalankan ialah pembangunan

aplikasi M-pembelajaran (pembelajaran mudah alih) menggunakan konsep

Augmented Reality (AR) dalam penyediaan formulasi baja fertigasi bagi kegunaan

pelajar-pelajar program Agroindustri Tanaman. Kajian ini akan meninjau tahap

keberkesanan penggunaan aplikasi dalam pembelajaran pelajar secara pembelajaran

kendiri yang boleh diakses di luar waktu pembelajaran. Selain itu, kajian ini juga

akan memberi kesedaran kepada guru-guru berkaitan kepentingan penggunaan

bahan bantu mengajar bercirikan teknologi dalam penyampaian kurikulum

seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar. Pembangunan aplikasi M-

pembelajaran ini direka bagi mengatasi masalah kesukaran mempelajari topik


13

penyediaan formulasi baja fertigasi dan menambah sumber bahan pembelajaran

berpusatkan pelajar. Hal ini penting bagi menyediakan pelajar berkemahiran untuk

pasaran industri. Melalui kajian ini, permasalahan kajian akan diatasi dengan

mengenal pasti perbezaan kaedah konvensional pengajaran berbanding penggunaan

aplikasi M-pembelajaran dan menyelidik keberkesanan dari sudut pencapaian

pelajar apabila membuat penyampaian latihan berpusatkan pelajar melalui aplikasi

M-pembelajaran.

1.3 Kerangka Konsep Kajian

Kerangka konsep kajian merupakan gambaran jelas tentang kerangka keseluruhan

kajian. Perkaitan-perkaitan di antara semua perkara bermula dari tajuk sehingga ke

hasil kajian dapat dilihat dengan jelas oleh pembaca dalam bentuk lukisan skematik

(Abd Rahim, 2019). Kenyataan ini turut disokong oleh (Mohamed, 2001) di mana

di dalam penjelasannya “Kerangka konseptual kajian dapat memberi gambaran yang

lebih terperinci kepada pembaca tentang aliran hubungan antara pemboleh ubah

yang relevan berasaskan teori yang diterapkan oleh penyelidik dalam kajiannya”.

(p.27).

Kerangka konseptual dalam kajian ini dibina ini berdasarkan kepada model

teori sistem terbuka yang dibangunkan oleh Daniel Katz, Robert Louis Kahn dan

Robert L. Kahn yang digunakan secara meluas dalam pengurusan organisasi. Teori
14

ini melibatkan analisis input – proses – produk yang saling bertindak dengan

persekitaran. Di dalam situasi pendidikan kolej vokasional, produk memberi

maksud melahirkan pekerja yang berkemahiran di dalam bidang yang dilatih

daripada input iaitu pelajar yang memasuki sistem pendidikan di kolej vokasional.

Proses pula melibatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran serta pendedahan

pelajar kepada bidang kemahiran. Model teori terbuka ini menggalakkan anggota-

anggota di dalam organisasi memainkan peranan secara rasional dan sistematik

dalam menggunakan sumber yang ada bagi mencapai matlamat organisasi (Katz et

al., 1978).

Di dalam kajian ini, penggunaan modul AGRONUTRI-X akan diuji tahap

keberkesanan dari aspek pencapaian pelajar dan motivasi bagi topik penyediaan

formulasi baja fertigasi. Pemboleh ubah tidak bersandar (IV) ialah Penggunaan

modul AGRONUTRI-X. Manakala, pemboleh ubah bersandar kajian ini ialah

pencapaian ujian pelajar (DV). Pemboleh ubah tidak bersandar (IV) adalah

pemboleh ubah yang akan diuji pengaruh dan kesannya terhadap pemboleh ubah

bersandar (DV). Perbezaan akan diuji dari aspek pencapaian pelajar di antara

kumpulan yang menggunakan modul AGRONUTRI-X dan kaedah pembelajaran

konvensional. Selain itu, kajian juga akan menilai adakah penggunaan modul

AGRONUTRI-X dapat mempengaruhi motivasi pelajar. Rajah 1.1 kerangka konsep

kajian yang dibina berdasarkan objektif kajian.


15

Rajah 1.1 : Kerangka konsep kajian adaptasi dari model teori sistem terbuka Katz
dan Kahn (1978)

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dibuat berdasarkan kepada pernyataan masalah yang dinyatakan

dan kajian-kajian berkait dengan kesukaran pelajar mempelajari topik melalui

kaedah konvensional dan kurangnya bahan pembelajaran selain dari buku rujukan

yang boleh diperoleh. Kajian ini akan menggunakan modul pembelajaran M-

pembelajaran yang berpusatkan pelajar bagi meningkatkan tahap kompetensi pelajar

di dalam topik penyediaan formulasi baja fertigasi. Mengikut kajian Mastura et al.,

(2018) penggunaan alat bantu mengajar bercirikan teknologi berelemenkan

multimedia interaktif dapat meningkatkan pemahaman topik yang diajar serta

menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran berbanding kaedah


16

konvensional. Empat objektif telah ditetapkan sebagai garis panduan untuk dicapai

dalam kajian iaitu:

i. Mengenal pasti keperluan pembangunan modul yang sesuai dalam

membantu pelajar meningkatkan pencapaian topik penghasilan formulasi

baja fertigasi.

ii. Membangunkan modul AGRONUTRI-X untuk melancarkan proses

pengajaran dan pembelajaran topik penghasilan formulasi baja fertigasi

iii. Mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan yang signifikan dalam

peningkatan ujian pra dan ujian pasca pencapaian pelajar di antara kumpulan

yang menggunakan aplikasi AGRONUTRI-X (rawatan) berbanding

kumpulan kaedah konvensional (kawalan).

iv. Mengenal pasti kesan penggunaan aplikasi AGRONUTRI-X dalam kalangan

pelajar program Agroindustri Tanaman dari aspek motivasi intrinsic UTAUT

1.5 Persoalan kajian


17

Berdasarkan objektif kajian, beberapa persoalan kajian dikemukakan bagi

memastikan objektif kajian tercapai. Berikut adalah persoalan kajian yang dijadikan

panduan dalam kajian yang dijalankan:

i. Apakah kaedah pembangunan modul dalam membantu pelajar meningkatkan

pencapaian topik penyediaan formulasi baja fertigasi?

ii. Adakah modul AGRONUTRI-X mempunyai tahap kesahan yang baik untuk

membantu pelajar di dalam pencapaian topik penyediaan formulasi baja

fertigasi?

iii. Adakah wujud perbezaan yang signifikan dari segi ujian pencapaian di antara

kumpulan yang menggunakan modul AGRONUTRI-X (rawatan) berbanding

kumpulan kaedah konvensional (kawalan)?

iv. Adakah penggunaan modul AGRONUTRI-X dapat memberi kesan terhadap

motivasi intrinsik pelajar program Agroindustri Tanaman?

1.6 Hipotesis kajian

Hipotesis kajian adalah penyataan yang dibina apabila penyelidik membuat

spekulasi atau jangkaan terhadap hasil kajian. Hipotesis dibina berdasarkan masalah

kajian dan persoalan kajian bertujuan untuk menguji suatu teori (Lee et al., 2018).
18

Penyataan Hipotesis yang dikemukakan adalah dalam bentuk hipotesiss nol iaitu

hujah dengan penyataan negatif menunjukkan tidak wujud hubungan atau kesan di

antara kaedah rawatan yang diberikan dalam kajian. Hipotesis ini dibuat supaya

pengkaji tidak memihak kepada kajiannya dan melakukan kajian secara telus dan

adil. Hipotesis nol ditunjukkan seperti di bawah:

Ho1 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian pelajar di antara

kumpulan yang menggunakan modul AGRONUTRI-X dengan kumpulan

pembelajaran konvensional.

Ho2 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca

dalam penggunaan modul AGRONUTRI-X terhadap pencapaian pelajar program

Agroindustri Tanaman.

Ho3 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara penggunaan modul

AGRONUTRI-X dan pembelajaran secara konvensional terhadap motivasi intrinsik

pelajar program Agroindustri Tanaman.

Ho4 : Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara ujian pra dan ujian pasca

dalam penggunaan modul AGRONUTRI-X terhadap motivasi intrinsic pelajar

program Agroindustri Tanaman.


19

1.7 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak yang berkepentingan di

dalam bidang TVET. Kepentingan kajian ini mensasarkan kepada pihak KPM,

pentadbir TVET, tenaga pengajar TVET, pelajar dan penyelidik dalam bidang

berkaitan.

1.7.1 Kementerian Pendidikan Malaysia dan Pentadbir TVET

Satu daripada penyataan dasar TVET di dalam Dasar Pendidikan Kebangsaan Jilid

Keempat (2017) mengkehendaki KSKV kolej vokasional direkabentuk berdasarkan

kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Hasil kajian dapat membantu pihak KPM

dan pentadbir TVET untuk merangka strategi pelaksanan pembelajaran berpusatkan

pelajar bukan hanya di dalam program yang dikaji tetapi turut diperluas kepada

bidang-bidang lain yang ditawarkan di kolej vokasional.

1.7.2 Guru

Melalui dapatan kajian ini, keberkesanan penggunaan modul dapat dikenal pasti

seterusnya guna boleh mengguna pakai mengikut kaedah dan cara yang paling
20

sesuai kepada pelajar. Perubahan cara pembelajaran melalui modul yang

berpusatkan pelajar akan menjadikan minat dan motivasi pelajar meningkat terhadap

topik pembelajaran. Penggunaan modul berasaskan perkembangan teknologi

semasa adalah elemen yang perlu diterapkan oleh guru di dalam pembelajaran.

Mengikut Syamsulaina Sidek dan Mashitoh Hashim (2016) penggunaan elemen

multimedia dalam pembelajaran adalah kaedah yang berkesan di dalam

pembelajaran dan guru perlu peka dengan keperluan pembelajaran pelajar pada masa

kini. Kaedah pembelajaran konvensional tidak mampu melahirkan konsep 4C yang

diperlukan di dalam Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21). Pembelajaran 4C adalah

pembelajaran kreatif, kritis, kolaborasi dan komunikasi yang hanya boleh dicapai

melalui penggunaan teknologi dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Generasi Z

dan alpha adalah generasi yang cenderung kepada teknologi dan penggunaan gajet

sehingga mempengaruhi cara pembelajaran mereka, guru perlu mengikut perubahan

zaman ini dan menerapkannya ke dalam PdPC agar penyampaian pembelajaran

dapat diterima dengan baik oleh golongan pelajar generasi Z dan alpha (Nor

Asmawati et al., 2019).

1.7.3 Pelajar

Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan komponen utama PAK21 yang perlu

wujud di dalam kelas pada masa kini. Hasil kajian ini dapat menggambarkan

kecenderungan pembelajaran dan hasilnya melalui penggunaan teknologi moden.

Melalui kajian Noor Erma Abu dan Leung Kwan Eu (2014) minat, sikap dan kaedah

pengajaran mempengaruhi pencapaian pelajar di dalam sesuatu subjek. Penggunaan


21

teknologi moden yang boleh diakses di dalam gajet akan menjadikan pelajar lebih

berminat untuk mempelajari sesuatu topik berbanding menggunakan buku.

Pembelajaran melalui multimedia membolehkan pelajar melihat berkali-kali langkah

kerja yang perlu dilakukan tanpa bertanyakan kepada guru. Penerokaan

pembelajaran pelajar akan berlaku secara aktif apabila tontonan video disusuli

dengan amali seterusnya membentuk kompetensi pelajar (Sidek & Hashim, 2016).

1.7.4 Penyelidik Lain

Dapatan kajian ini dapat digunakan oleh penyelidik lain dalam bidang TVET

terutama dalam pembangunan modul dan pengujian keberkesanan modul. Kajian ini

juga boleh digunakan asas bagi kajian lanjutan berdasarkan dapatan data dengan

memberi penumpuan kepada pembelajaran kemahiran menggunakan media audio

visual mahupun media interaktif.

1.8 Skop Kajian

Kajian ini melibatkan pelajar-pelajar tahun dua Sjil Vokasional Malaysia (SVM) di

kolej vokasional yang menawarkan program Agroindustri Tanaman. Kolej

vokasional yang terlibat ialah Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Kolej

Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Kolej Vokasional (Pertanian) Chenor dan Kolej

Vokasional Pasir Puteh.


22

Pemilihan pelajar SVM tahun dua dibuat kerana pelajar-pelajar tersebut

mengikuti kursus GAT4013:Pembajaan Fertigasi yang secara langsung terlibat

dengan pembelajaran penyediaan formulasi baja fertigasi. Oleh yang demikian,

adalah sesuai pelajar-pelajar ini dipilih sebagai sampel di dalam kajian bagi tujuan

pengutipan data dan menguji keberkesanan penggunaan modul dalam ujian

pencapaian.

Kajian ini memfokuskan kepada Keberkesanan penggunaan modul

AGRONUTRI-X menggunakan aplikasi mudah alih jenis android di dalam topik

penghasilan formulasi baja terhadap pencapaian pelajar berbanding pendekatan

pembelajaran konvensional. Dalam kajian keberkesanan, analisis data yang dibuat

adalah secara perbandingan skor pelajar dalam ujian pra dan pos serta tahap

signifikan, perbandingan di antara penggunaan modul AGRONUTRI-X dengan

kaedah konvensional serta soal selidik berkaitan pengaruh motivasi intrinsik

terhadap pencapaian pelajar.

1.9 Batasan Kajian

Pengkaji telah membataskan kajian ini kepada lima buah kolej vokasional yang

menawarkan program Agroindustri Tanaman yang akan dijalankan dalam bentuk

Kuasi Eksperiman. Pengagihan sampel kawalan dan rawatan dilakukan secara


23

rawak di antara kolej vokasional terlibat. Daripada pengagihan kumpulan yang

dibuat, sampel-sampel kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan akan dipilih secara

rawak sistematik.

Kajian ini memerlukan persediaan, perancangan dan kawalan yang teliti

terhadap kumpulan sampel. Kemudahan dan prasarana kolej vokasional memainkan

peranan penting semasa pelajar melakukan ujian pra dan ujian pos. setiap kolej

vokasional yang dipilih pastinya mempunyai peralatan dan jenis bahan yang

berbeza. Adalah menjadi peranan pengkaji untuk memastikan modul yang dibina

dapat mengatasi jurang peralatan dan bahan sebenar yang digunakan di setiap kolej

vokasional.

Keberkesanan dalam kajian ini amat bergantung kepada kelancaran

penggunaan modul oleh kumpulan rawatan melalui penglibatan secara menyeluruh

oleh setiap pelajar. Kajian ini merupakan kajian yang akan melihat perbezaan skor

ujian pra dan pos bagi mendapatkan keberkesanan penggunaan modul dan kaitannya

dengan motivasi pelajar. Memandangkan program Agroindustri Tanaman hanya

ditawarkan di lima buah Kolej Vokasional di Malaysia teknik persampelan

kebarangkalian akan digunakan. Teknik persampelan rawak mudah akan digunakan

kerana mengikut Mohamed Nor Azhari dan Ramlee Mustapha (2014) Teknik

persampelan ini merupakan teknik persampelan paling asas dan paling kerap

digunakan oleh penyelidik.


24

1.10 Definisi Operasional

Definisi operasional menjelaskan istilah-istilah di dalam kajian supaya pembaca

dapat memahami cara kajian ini dijalankan dengan tepat. Definisi operasional akan

menerangkan istilah-istilah daripada tajuk tesis, pemboleh ubah dan cara kajian

dijalankan untuk memberi kefahaman dan mengelakkan kekeliruan berkenaan

dengan istilah yang digunakan dalam kajian.

1.10.1 Pembelajaran mudah alih (M-pembelajaran)

Dalam kajian ini, modul AGRONUTRI-X adalah modul pembelajaran yang

dibangunkan menggunakan fail APK (android application package) iaitu perisian

yang digunakan untuk memasang aplikasi M-pembelajaran pada peranti mudah alih.

M-pembelajaran dilihat sebagai satu langkah ke hadapan daripada E-learning, di

mana pembelajaran secara M-pembelajaran dapat diakses oleh pelajar pada bila-bila

masa tanpa terikat pada masa pembelajaran di dalam kelas semata-mata. Pelajar

tidak hanya bergantung kepada pembelajaran menggunakan buku teks dan

pengajaran guru, pelajar diberi peluang untuk memperoleh pengetahuan melalui

pembelajaran kendiri dengan akses kepada bahan multimedia yang menarik

perhatian (Mohamad Ali, 2019).


25

Nama AGRONUTRI-X bagi aplikasi yang dibangunkan ini adalah gabungan

daripada perkataan agro yang membawa maksud perkataan awalan asing yang

berkaitan dengan pertanian, tanah atau ladang mengikut Kamus Dewan Edisi

Keempat. Perkataan NUTRI-X pula diambil daripada istilah bahasa inggeris

nutrient mix yang merujuk kepada campuran nutrien di dalam baja tanaman yang

dilakukan secara kimia mahupun campuran secara manual. Gabungan ketiga-tiga

perkataan ini menghasilkan nama komersil penghasilan produk pembelajaran bidang

pertanian yang digelar AGRONUTRI-X. penjenamaan produk melalui nama yang

menarik perhatian adalah alat utama untuk mempromosi produk pertanian bagi

tujuan menarik minat dan keterujaan bakal pengguna (Pyzhikova et al., 2020).

Pembangunan modul AGRONUTRI-X sebagai bahan pembelajaran melalui

platform M-pembelajaran dipilih kerana kebolehlaksanaan penggunaannya telah

dibuktikan melalui pembangunan menggunakan model ADDIE. Di dalam kajian

Mahazir et al. (2013) pembangunan bahan pembelajaran M-pembelajaran

menggunakan model ADDIE adalah sesuai dan efektif serta dapat menyumbang

kepada kepelbagaian bahan pengajaran di dalam usaha untuk meningkatkan prestasi

pelajar dalam bidang TVET di Malaysia.

Pembelajaran secara M-pembelajaran di dalam modul AGRONUTRI-X

melibatkan topik penyediaan formulasi baja fertigasi seperti yang terkandung di

dalam kursus GAT4013 Pembajaan Fertigasi. Kursus ini adalah kursus wajib yang

perlu diambil oleh pelajar-pelajar semester empat Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Agroindustri Tanaman. Modul AGRONUTRI-X akan memuatkan kandungan


26

standard pembelajaran seperti jenis-jenis bahan kimia baja fertigasi, kadar nutrien

bahan kimia, kesan nutrien pada tanaman, pembentukan formulasi baja fertigasi dan

kaedah mencampurkan bahan kimia. Bahan-bahan multimedia seperti video,

permainan, kuiz , maklumat bergambar dan infomasi bertulis akan dimasukkan ke

dalam modul mengikut kesesuaian topik.

Modul AGRONUTRI-X di dalam kajian ini adalah kaedah pembelajaran

secara M-pembelajaran, iaitu bahan pembelajaran yang diberikan kepada pelajar

bagi meningkatkan kualiti penyampaian dan peningkatan pengetahuan kepada

pelajar secara pembelajaran kendiri menggunakan aplikasi yang boleh dipasang

pada peranti mudah alih jenis android. Fungsi-fungsi yang terdapat di dalam

aplikasi ini boleh diakses pada bila-bila masa dan di mana sahaja sama ada di dalam

waktu pembelajaran mahu pun di luar waktu pembelajaran. Pelajar boleh mengikuti

pembelajaran berulang-ulang kali dan boleh membuat rujukan menggunakan

aplikasi semasa amali dijalankan.

1.10.2 Pembelajaran Konvensional

Syaiful Bahri Djamarah dan Azwan Zain (1996) menjelaskan pembelajaran

konvensional adalah kaedah pembelajaran berpusatkan guru di mana guru sebagai

sumber ilmu memberikan penerangan kepada pelajar diikuti dengan aktiviti

pembahagian kumpulan dan latihan.


27

Secara umumnya, pembelajaran konvensional di dalam kajian ini merujuk

kepada pengajaran guru program Agroindustri Tanaman di kolej vokasional yang

tidak banyak menggunakan bahan bantu mengajar dengan bergantung sepenuhnya

kepada bahan pengajaran bertulis. Pembelajaran konvensional di dalam konteks

bidang teknikal dan vokasional adalah pembelajaran secara bersemuka melibatkan

guru dan pelajar bagi melaksanakan pembelajaran teori dan amali. Guru bertindak

sebagai pengajar dan pemudahcaraan dengan memberikan penerangan, demonstrasi

dan bimbingan sepanjang waktu pembelajaran di dalam kelas atau bengkel

(Thangaiah et al., 2020).

Pembelajaran secara konvensional ini lebih kepada pelajar menghafal isi

kandungan topik pembelajaran yang terdapat di dalam bahan pengajaran bertulis dan

menggunakan pengetahuan yang diperoleh untuk menjawab soalan pentaksiran.

Bagi konteks amali pula, penguasaan kemahiran diperoleh melalui demonstrasi dan

tunjuk ajar guru semasa sesi amali. Ini menjadikan pembelajaran amali terhad

semasa tempoh pengajaran di dalam kelas sahaja.

1.10.3 Formulasi Baja Fertigasi

1.10.4 Ujian Pencapaian


28

Ujian pencapaian bagi kursus vokasional peringkat Sijil Vokasional Malaysia

(SVM) diuji menggunakan dua komponen pentaksiran iaitu komponen penilaian

teori dan komponen penilaian amali. Bagi komponen penilaian teori, peratus

pemberat yang ditetapkan adalah 30% manakala bagi komponen penilaian amali,

peratus pemberat yang ditetapkan adalah sebanyak 70%. Pelajar-pelajar mencapai

tahap kompeten di dalam setiap kompetensi dengan mencapai sekurang-kurangnya

peratusan 60% bagi setiap ujian teori dan amali. Kedua-dua markah komponen teori

dan amali akan ditambah mengikut peratus pemberat dengan memberikan jumlah

keseluruhan markah 100% bagi setiap modul. Hasil daripada markah komponen

teori dan komponen amali akan memberikan gred dan nilai gred kepada pelajar.

Kedua- dua komponen teori dan amali ini saling berkait dan melengkapi.

Pembelajaran teori merupakan tahap pemahaman daripada penerangan konsep yang

diajar di dalam kelas, manakala pembalajaran amali adalah berasaskan pembelajaran

pengetahuan yang diperoleh semasa pembelajaran teori. Pembelajaran di dalam

kelas teori perlulah dikuasai bagi memudahkan proses mengaplikasikannya semasa

pembelajaran amali. hasil daripada pembelajaran amali dapat menghasilkan

kemahiran melalui pengubahsuaian tingkah laku yang ditunjukkan di dalam amali

atau di dalam kehidupan seharian (Kiong et al., 2016).

1.10.5 Motivasi

Motivasi di dalam kajian ini merujuk kepada keinginan, dorongan, keseronokan dan

kepuasan diri untuk menggerakkan pelajar berminat dalam mempelajari topik


29

penyediaan formulasi baja fertigasi seterusnya meningkatkan pencapaian pelajar.

Penggunaan modul AGRONUTRI-X akan dilihat bagaimana aspek motivasi dapat

mendorong pelajar untuk meningkatkan pencapaian di dalam ujian. Motivasi yang

dimaksudkan adalah motivasi intrinsik di dalam pembelajaran M-pembelajaran iaitu

motivasi yang tidak mengharapkan ganjaran luaran yang merangkumi faktor

dalaman diri seperti sikap, minat, kemahiran, rasa ingin tahu dan juga keseronokan

mempelajari sesuatu topik pelajaran (Ab Ghani & Baharudin, 2016).

Melalui kajian Roghdaryanti Hashim dan Maizatul Hayati Mohamad Yatim

(2019) menunjukkan motivasi intsrintik dalam penggunaan bahan pembelajaran M-

pembelajaran lebih mempengaruhi pencapaian akademik pelajar bidang teknikal dan

vokasional bebanding motivasi ekstrintik. Pengukuran keberkesanan ke atas

motivasi pelajar akan dijalankan terhadap kumpulan rawatan menggunakan borang

soal selidik. Item-item motivasi di dalam borang soal selidik akan diukur melalui

jumlah skor keseluruhan.

1.10.6 Keberkesanan

Keberkesanan penggunaan modul akan dinilai berdasarkan pencapaian akademik

pelajar melalui ujian pra dan pos dan instrumen soal selidik bagi motivasi intrinsik

pelajar. ujian pra dan pos akan dibuat terhadap kedua-dua kumpulan kajian.

Markah pencapaian pelajar akan dinilai dan melihat perbezaan markah yang

signifikan di antara kedua-dua kumpulan kajian. Keberkesanan motivasi pula akan


30

diukur melalui skor borang soal selidik yang dijalankan semasa ujian pra dan ujian

pos.

1.11 Penutup

Kesimpulannya, bab ini telah memberi penjelasan tentang kajian yang akan

dijalankan. Bab ini juga telah memberi justifikasi tentang metadologi kajian yang

akan dijalankan serta telah menjelaskan pelbagai aspek yang berkaitan.

Permasalahan kajian yang diutarakan telah dapat membentuk persoalan kajian,

seterusnya objektif kajian dapat dinyatakan dengan jelas dan terperinci. Selain itu,

Batasan kajian dan skop kajian telah diperjelaskan supaya memandu kepada

pemilihan sampel / bahan / instrumen / teori difahami dengan jelas.

Bab seterusnya merupakan bab 2 yang akan membincangkan sorotan kajian

yang berkaitan. Sepuluh subtopik sorotan kajian akan dibincangkan dengan

mengambil kira kajian terkini


31

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.0 Pengenalan

Bab ini terdiri daripada empat bahagian iaitu teori pembelajaran, modul pembelajaran M-

learning, motivasi belajar dan model ADDIE. Penulisan kajian literatur ini adalah

merujuk kepada maklumat daripada jurnal, buku, prosiding dan kajian-kajian lepas.

Secara khusus bab ini akan membincangkan tentang kajian yang akan dijalankan dengan

membuat rujukan daripada sumber-sumber bagi mendapatkan kesahihan daripada hasil

dapatan kajian-kajian lepas dan penulisan ilmuwan dalam bidang yang dikaji.
32

2.1 Teori Pembelajaran Di Dalam Pembangunan Aplikasi

Desakan perubahan teknologi semasa mendorong dunia Pendidikan berubah daripada

bahan pembelajaran berasaskan buku dan nota bertulis serta pengajaran guru di dalam

kelas kepada penggunaan teknologi. Penggunaan elemen multimedia di dalam

pembelajaran dapat meningkatkan rakaman visual dan audio di dalam memori seterusnya

membantu di dalam proses capaian semula maklumat dalam pembelajaran (Boucheix &

Schneider, 2009). Menurut Bentrancourt (2005), penggunaan bahan pengajaran berbentuk

multimedia dapat meningkatkan aspek kognitif walaupun pelajar mempunyai pelbagai

bentuk kecenderungan di dalam pembelajaran.

2.1.1 Teori Kognitivisme

Teori kognitivisme adalah teori yang merujuk kepada pemikiran seseorang individu

dalam menerima pengetahuan, mengesan, menyimpan dan menggunakan semula

pengetahuan yang disimpan di dalam minda. Penerimaan pengetahuan di dalam teori

kognitivisme adalah secara pemprosesan maklumat yang berlaku semasa proses

pengajaran dan pembelajaran. Pemprosesan maklumat yang berlaku hanya wujud

sekiranya pelajar aktif di dalam sesi pembelajaran tersebut (Hussin, 2013)


33

Pengetahuan hanya boleh diingat semula atau digunakan sekiranya pengetahuan

tersebut telah disimpan di dalam minda. Atkinson dan Shiffrin (1968) telah

memperkenalkan stuktur sistem memori yang berlaku di dalam minda seseorang melalui

deria dan rangsangan individu terhadap perksekitaran yang ditunjukkan di dalam Rajah

2.1.

Ra

jah 2.1. Struktur sistem memori. Diadaptasi daripada Atkinson dan Shiffrin (1968)

Di dalam struktur ini, rangsangan daripada persekitaran di dalam situasi

pembelajaran akan bertindak balas melalui deria seperti penglihatan (visual),

pendengaran (audio), rasa (sentuhan) dan sebagainya. Maklumat yang diterima daripada

deria terdapat kemungkinan untuk disalurkan ke dalam memori atau hilang begitu sahaja

berdasarkan kepada fokus atau persepsi seseorang pelajar. Fokus adalah perhatian pelajar
34

terhadap rangsangan yang diberi berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada, objektif

pelajar dan persekitaran. Persepsi pula adalah proses pengesanan rangsangan yang diberi

terhadap pembinaan maksud berdasarkan pengetahuan sedia ada dan merakamnya ke

dalam minda. Memori yang telah dibentuk di dalam minda perlu diasah dari semasa ke

semasa bagi mengelakkan kemerosotan memori seterusnya hilang dari simpanan.

Di atas kesedaran kemampuan manusia untuk mengingat dan menyimpan memori

adalah terhad. Allan Paivio (1970) telah memperkenalkan teori ‘dual coding’ bagi

meningkatkan penguasaan penyimpanan memori. Di dalam teori ini, pemprosesan

maklumat diberi penekanan kepada penggunaan dua saluran deria yang berbeza iaitu

saluran visual dan saluran verbal. Maklumat di dalam ingatan boleh dikekalkan di dalam

memori jangka panjang apabila kedua-dua saluran deria ini dirangsang serentak melalui

penggunaan teks atau audio untuk saluran audio dan penggunaan gambar , animasi atau

ilustrasi untuk merangsang saluran visual. Penggunaan multimedia di dalam

pembelajaran menepati definisi kognitivisme kerana dapat digunakan Kembali

pengetahuan yang disimpan di dalam memori seseorang dan disokong oleh penggunaan

teori ‘dual coding’ yang dapat meningkatkan daya ingatan melalui penyimpanan

maklumat dalam bentuk gabungan grafik dan imej. Hal ini kerana, kod yang disimpan

adalah dalam bentuk verbal dan visual yang lebih mudah diakses daripada kod yang

disimpan dalam bentuk perkataan proses mengingat dan mengeluarkan Kembali

pengetahuan menjadi lebih mudah dan kekal lama di dalam simpanan memori jangka

panjang.
35

Teori ‘dual coding’ hanya membincangkan penyimpanan memori melalui memori

yang dirangsang oleh deria sahaja. Mayer (2001), membuat hubung kait ‘dual coding’ ke

dalam semua sistem memori lain seperti memori deria, memori kerja dan memori jangka

panjang serta memecahkan saluran maklumat kepada verbal dan visual. Penggunaan

multimedia akan melalui tiga proses mengingat kembali pengetahuan yang tersimpan di

dalam memori. Pertama, minda akan memilih perkataan atau teks di dalam memori

verbal dan imej yang terdapat di dalam memori visual. Kedua, menyelaras imej-imej

yang dilihat bagi pemprosesan di dalam memori visual. Ketiga, menggabungkan verbal

dan visual menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada. Prinsip reka bentuk

pembangunan produk multimedia dalam perisian pendidikan telah dibangunkan oleh

Mayer (2001) seperi di dalam Jadual 2.1, dengan menggabungkan maklumat verbal dan

visual supaya tidak meningkatkan beban kognitif.

Jadual 2.1

Prinsip Reka Bentuk Multimedia

Prinsip Penelitian Kaedah pelaksanaan


Prinsip Pemahaman pelajar lebih baik Animasi persembahan slaid,
Multimedia dengan gabungan perkataan dan penceritaan perlu
dan gambar berbanding disertakan dengan teks,teks
perkataan semata-mata lisan, grafik atau animasi
Prinsip hubungan Perkataan dan gambar perlu Letakkan teks di atas imej di
jarak diletakkan berdekatan bagi dalam slaid yang memaparkan
meningkatkan pemahaman imej yang memerlukan
36

pelajar bantuan teks


Prinsip Pelajar lebih mudah Teks dan imej dalam paparan
Perhubungan memahami apabila gambar hendaklah dipaparkan
Masa dan teks dipersembahkan serentak. Apabila animasi dan
secara serentak narasi pula ia hendaklah
dijalankan secara serentak
Prinsip Koheran Pelajar dapat memahami Fokus kepada persembahan
dengan lebih baik apabila yang jelas dan ringkas, bunyi-
perkataan, gambar dan bunyi bunyian, imej atau perkataan
yang tidak berkaitan tidak tidak berkaitan akan
dimasukkan mengganggu tumpuan pelajar
Prinsip gaya Pelajar memahami dengan Persembahan yang melibatkan
persembahan lebih baik menggunakan gambar atau animasi perlu
animasi dan narasi disertakan dengan ucapan
lisan
Prinsip berlebihan Gabungan animasi dan narasi Persembahan gambar atau
memadai untuk pemahaman animasi hanya perlu
pelajar digabungkan dengan
perkataan sahaja ataupun
ucapan lisan sahaja.
Prinsip perbezaan Keberkesanan reka bentuk Strategi-strategi yang
individu harus mengambil kira pelajar dihuraikan adalah paling
kurang berpengetahuan berkesan untuk pelajar kurang
berpengetahuan
Sumber : Diadaptasi dari Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2019)

Bebanan kognitif adalah limitasi Fungsi otak dalam memproses maklumat

terutama dari struktur memori yang terkait dengan tempoh masa dan kapasiti.

Penggunaan strategi yang tidak betul di dalam bahan pengajaran boleh mengakibatkan

bebanan kognitif meningkat. Perkara yang dimaksudkan di sini ialah apabila usaha
37

mental seseorang dalam mengingat sesuatu meningkat, sekaligus akan meningkatkan

bebanan kognitif (Mohamad Ali, 2019) . Terdapat tiga kategori bebanan kognitif yang

mempengaruhi keupayaan minda untuk bekerja iaitu bebanan kognitif dalaman, bebanan

kognitif luaran dan bebanan kognitif efektif. Bebanan kognitif luaran adalah cara

persembahan kandungan pembelajaran kepada pelajar yang ditonjolkan melalui perisian

atau aplikasi. Ketidaktepatan reka bentuk pembangunan bahan pembelajaran boleh

meningkatkan lagi bebanan kognitif luaran. Bebanan kognitif dalaman pula adalah

merujuk kepada tahap kesukaran pemahaman isi kandungan yang cuba disampaikan. Ini

bermakna semakin sukar untuk pelajar memahami isi kandungan pelajar, semakin tinggi

bebanan kognitif dalaman seseorang. Teori bebanan efektif adalah perkara yang perlu

dititikberatkan kerana ianya adalah proses untuk mendaftarkan maklumat secara kekal ke

dalam memori seseorang. Bagi meningkatkan bebanan efektif adalah penting untuk

menurunkan bebanan kognitif dalaman dan kognitif luaran . Dalam usaha merendahkan

bebanan kognitif dalam aplikasi M-pembelajaran beberapa pendekatan telah dicadangkan

iaitu menyesuaikan gaya pembelajaran dengan reka bentuk aplikasi, memberi perhatian

kepada pembelajaran behaviorisme, menyediakan pelbagai kandungan pembelajaran bagi

memenuhi keperluan pengguna dan sentiasa memberi galakan kepada pengguna dalam

usaha untuk mencapai objektif (Mohamad Ali, 2019).

Bloom, Englehard, Furst, Hill dan Krathwoll (1956) telah mengemukakan teori

taksonomi bagi domain kognitif yang terdiri daripada enam kategori iaitu pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Teori-teori ini telah ditambahbaik

terdapat tiga perubahan utama yang telah dilakukan iaitu perubahan nama bagi setiap
38

kategori daripada kata nama kepada kata kerja, Menyusun atur semula kedudukan dan

memperkenalkan proses bagi setiap kategori serta matrik tahap pengetahuan. Taksonomi

Bloom versi Krathwoll yang telah ditambah baik mempunyai enam kategori baru iaitu

Mengingat (remembering), memahami (understanding), mengaplikasi (applying),

menganalisis (analyze), menilai (evaluating) dan membina (creating). Jadual 2.2 di

bawah menunjukkan kategori domain kognitif taksonomi Bloom.

Jadual 2.2

Domain Kognitif Taksonomi Bloom

Kategori Penerangan Kata Kerja


Mengingat Mengingat fakta dan konsep Tentukan, salin, senaraikan,
asas ulang, nyatakan
Memahami Menerangkan idea dan Mengelaskan, memerihalkan,
konsep bincangkan, terangkan, mengenal
pasti, carikan, membuat
pengecaman, laporkan, pilih,
terjemahkan
Mengaplikasi Menggunakan maklumat Melaksanakan, selesaikan, tunjuk
dalam situasi baru cara, menafsir, operasikan,
jadualkan, lakarkan
Menganalisis Membuat hubung kait / Membezakan, selaraskan, kaitkan,
menjalin hubungan membuat perbandingan, meneliti,
menjalankan eksperimen, soal, uji
Menilai Membuat Kesimpulan dan Menilai, bahaskan, pertahankan,
keputusan adili, sokong, kritik, membuat
pertimbangan
Membina Hasilkan sesuatu yang baru Reka, bina, membuat jangkaan,
bangunkan, formulasikan, karang,
39

menyelidik
Sumber : Diadaptasi dari Anderson et al. (2001)

2.1.2 Teori Konstruktivisme

Konstruktivisme merupakan suatu teori di mana manusia bukan hanya menerima

pengetahuan daripada orang lain tetapi turut membina pengetahuan mereka sendiri

melalui penglibatan aktif seseorang individu (Piaget, 2013). Mengikut Eggen dan

Kauchak (2019), pengetahuan manusia dibina melalui pengetahuan sedia ada melalui

sosial konstruktivisme dan kognitif konstruktivisme. Teori kognitif konstruktivisme

menekankan pengetahuan diperoleh oleh seseorang melalui kaitan yang dibuat daripada

pengetahuan sedia ada dan pengalaman yang diperoleh melalui interaksi persekitaran

sekeliling. Teori kognitif dan konstruktivisme saling berkait di dalam pembinaan

pengetahuan kerana manusia menggunakan deria-deria yang ada dan dihubungkaitkan

dengan pengalaman baru seterusnya membina makna yang akan membentuk

pengetahuan baru (Piaget, 1973).

Lev Vygotsky (1978) menerangkan sosial konstruktivisme adalah hubungan

interaksi di antara individu yang akan mempengaruhi perkembangan kognitif seseorang

individu dan pembelajaran tidak mungkin dapat berlaku tanpa melibatkan faktor manusia

di sekeliling. Di dalam teori ini, pengetahuan berkembang apabila berlaku konflik di

antara pengetahuan sedia ada dengan pengalaman yang baru diterima daripada
40

persekitaran. Bagi membantu proses pembentukan pengetahuan, interaksi sosial dengan

pendedahan dan perkongsian informasi akan dapat digunakan bagi membentuk

pengetahuan baru. Proses pembelajaran dan pembentukan pengetahuan menjadi lebih

efektif apabila berlaku interaksi sosial bersama rakan-rakan dan guru yang secara

langsung atau tidak langsung membimbing individu tersebut. Aspek pembelajaran secara

sosial konstruktivisme menunjukkan kesan positif di dalam pembelajaran melalui

penggunaan aplikasi M-pembelajaran seperti yang dilaporkan oleh Marzouki et al.

(2017), yang menunjukkan tahap pengetahuan dan pencapaian pelajar meningkat

berbanding pembelajaran secara konvensional.

2.1.3 Teori Behaviorisme

Teori behaviorisme merupakan perubahan tingkah laku kekal yang berlaku kepada

seseorang hasil daripada pendedahan kepada pengalaman atau latihan yang diterima

secara berterusan (Williams & Anandam, 1973) . Perkara ini disentuh oleh Pavlov pada

tahun 1927 melalui pelaziman klasik iaitu setiap rangsangan akan menyebabkan

perubahan tingkah laku yang disebut sebagai tindak balas. Pembelajaran adalah kesan

daripada rangsangan dan tingkah laku yang juga dipanggil sebagai pelaziman klasik.

Teori ini dibuktikan oleh Ivan Pavlov melalui ujikaji yang dibuat terhadap anjing. Hasil

daripada ujikaji ini, implikasinya dapat digunakan di dalam pembelajaran melalui Teknik

memberi latihan, tunjuk cara dan amali berulang kali kepada pelajar sehingga membentuk

tindak balas terlazim hasil daripada rangsangan terlazim. Selain itu, peneguhan perlu
41

dilakukan dengan memberikan ganjaran kepada pelajar untuk mengekalkan tindak balas

terlazim. Teori pelaziman klasik ini menunjukkan bahawa pembelajaran berlaku hanya

apabila wujudnya perubahan tingkah laku melalui tindak balas berdasarkan ransangan

yang diberi dan diteguhkan melalui ganjaran yang diberi.

B.F Skinner pula mengemukakan suatu teori yang berbeza daripada pelaziman

klasik yang disebut sebagai pelaziman operan yang menekankan kepada pengukuhan atau

pengurangan di dalam tingkah laku yang dipengaruhi oleh sebab lalu memberikan kesan

dalam bentuk tingkah laku masa hadapan. Teori ini terkenal melalui ujikaji yang dibuat

ke atas tikus di dalam Kotak Skinner. Di dalam kajian ini menunjukkan tindak balas

hanya akan berlaku sekiranya wujud ganjaran hasil daripada tindak balas tersebut.

Sekiranya tindak balas tidak diberikan ganjaran, lama kelamaan tindak balas tersebut

akan terhapus. Jelas sekali melalui pelaziman operan ini peneguhan perlu diberi untuk

bagi meneruskan tindak balas. Peneguhan positif dan peneguhan objektif diberikan

melalui tindak balas bergantung kepada objektif pembelajaran. Peneguhan positif adalah

ganjaran yang diberikan ke atas tingkah laku yang ditunjukkan, manakala peneguhan

negatif pula adalah rangsangan serta merta dalam bentuk sesuatu yang tidak selesa atau

menyakitkan selepas tingkah laku ditunjukkan.

Sebagai contoh di dalam pembelajaran, peneguhan positif boleh diberi apabila

pelajar menunjukkan tingkah laku seperti menjawab soalan dengan tepat, lalu sebagai

kesannnya guru memberi pujian kepada pelajar dan sebagai tingkah laku masa hadapan,
42

pelajar akan terus menjawab soalan dengan baik. Bagi peneguhan negatif pula, apabila

seseorang pelajar memberikan tingkah laku lewat menyiapkan kerja yang diberi, sebagai

kesan dan akibatnya guru akan memberi denda atau hukuman kepada pelajar. Hasil

daripada denda dan hukuman itu tadi akan menyebabkan tingkah laku masa hadapan

pelajar berubah dengan menyiapkan kerja tepat pada masanya.

Penggunaan peneguhan positif melalui pujian terbukti berkesan di dalam

pembelajaran menggunakan multimedia yang bukan hanya dapat meningkatkan motivasi

pelajar tetapi turut dapat meningkatkan pelajar meneruskan pembelajaran seterusnya

berupaya meningkatkan pencapaian pelajar (Ahmat Miskam & Mohamad, 2017). Menurut

Rachlin et al. (1991), peneguhan positif dapat menggalakkan pengulangan dibuat dalam

sesuatu perkara kerana ianya mengurangkan tekanan dan merangsang minda. Di dalam

kajian ini, peneguhan positif dan negatif diberikan melalui kuiz yang terdapat di dalam

aplikasi bagi menguji pembelajaran kendiri yang dilakukan pelajar. Apabila pelajar

menjawab soalan kuiz dengan betul, peneguhan positif akan diberikan melalui pujian dan

pelajar dibenarkan untuk menjawab soalan seterusnya. Peneguhan negatif pula diberikan

sekiranya pelajar tidak berjaya menjawab dengan tepat menyebabkan pelajar tidak dapat

meneruskan kuiz sehingga pelajar berjaya menjawab soalan yang diberi dengan tepat.

2.2 M-pembelajaran (Mobile Learning)


43

Teknologi M-pembelajaran adalah penggunaan peranti komunikasi tanpa wayar yang

membolehkan pembelajaran berlaku tanpa mengira tempat dan masa. M-pembelajaran

mula wujud seiring kecanggihan teknologi peranti mudah alih dan keupayaan akses

internet yang semakin baik (Hashim & Mohamad Yatim, 2019) . Kewujudan M-

pembelajaran adalah lanjutan daripada e-pembelajaran (electronic learning) yang telah

mula bertapak di dalam dunia pendidikan secara meluas bermula melalui penggunaan

program PLATO (Programmed Logic for Automated Teaching Operations) pada era

60an di Universiti Illinois, Amerika Syarikat. Walaubagaimanapun, perkembangan pesat

e-pembelajaran dapat dilihat di seluruh dunia pada era 90-an apabila komputer peribadi

dan akses internet mampu dimiliki serta dicapai oleh kebanyakan negara di dunia.

Konsep e-pembelajaran adalah pembelajaran yang berasaskan penggunaan laman

sesawang, pembelajaran dalam talian dan pembelajaran berpandukan komputer (Ruiz et

al., 2006). Dengan perkembangan teknologi peranti komunikasi mudah alih yang

mampu menggunakan WAP (wireless application protocol) bagi mengakses internet

menjadikan M-pembelajaran satu cara baru dalam pendidikan dengan membolehkan

pelajar pada peringkat awal pelaksanaannya menerima notifikasi email dan membuat

carian maklumat tanpa perlu bergantung harap kepada computer (Doneva et al., 2006).

Pembelajaran secara E-pembelajaran dan juga M-pembelajaran sebenarnya mempunyai

persamaan dan perkaitan kerana kedua-dua bentuk pembelajaran ini adalah subset kepada

D-pembelajaran (digital learning) (Basak et al., 2018). Hubungan di antara M-

pembelajaran dan E-pembelajaran ditunjukkan di dalam Rajah 2.2


44

Rajah 2.2. Hubungan di antara M-pembelajaran, E-pembelajaran dan D-pembelajaran

Terdapat persamaan di antara ketiga-tiga kaedah pembelajaran ini di mana ketiga-

tiga kaedah memerlukan akses kepada internet dan dibangunkan khas bagi memenuhi

keperluan pembelajaran secara kendiri. Bahan-bahan media yang digunakan di dalamnya

boleh terdiri daripada pelbagai elemen multimedia seperti teks, audio, grafik, animasi,

video dan permainan. Perbezaan konsep utama yang ditunjukkan oleh kaedah

pembelajaran M-pembelajaran dan e-pembelajaran adalah aspek mobilisasi teknologi,

mobilisasi pengguna dan mobilisasi pembelajaran (El-Hussein & Cronje, 2010). Selain dari

konsep, perbezaan utama di antara kedua-dua kaedah ini adalah pembelajaran formal dan

tidak formal. E-pembelajaran seringkali menjadi modul formal di dalam pembelajaran,

manakala M-pembelajaran digunakan sebagai modul pembelajaran tidak formal bagi

menyokong pembelajaran secara konvensional mahupun E-pembelajaran. Selain itu,

pembelajaran secara M-pembelajaran membolehkan pelajar mengembangkan kemahiran


45

dan pengetahuan melalui pemupukan minat dan motivasi yang terhasil dari keseronokan

(Ozuorcun & Tabak, 2012). Perbezaan dari segi elemen yang terdapat di dalam M-

pembelajaran dan E-pembelajaran ditunjukkan di dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3

Perbezaan E-pembelajaran dan M-pembelajaran

Elemen E-pembelajaran M-pembelajaran


Peranti Komputer peribadi, komputer riba, telefon
komputer riba pintar, PDA, tablet PC,
Akses internet Perkhidmatan telefon Perkhidmatan tanpa
(wired server) wayar (wireless server)
Pemindahan data Email, Menggunakan Email, IR (infrared) ,
medium web bagi VoIP Bluetooth, perkhidmatan
mesej perisian percuma,
platform terus dan suara
(VoIP) seperti whatapps
dan Telegram
Keselamatan Perkongsian peranti dan Peralatan milik sendiri
akses kepada akaun dan tiada perkongsian
peribadi akaun
Kapasiti penyimpanan Saiz penyimpanan lebih Saiz penyimpanan data
besar terhad bergantung kepada
keupayaan peranti
Tempat penggunaan Memerlukan ruang yang Memerlukan ruang yang
besar dan sukar kecil dan boleh diakses di
dipindahkan mana sahaja.
Penggunaan tenaga Menggunakan tenaga Pengecasan semula boleh
elektrik elektrik yang lebih tinggi menggunakan bateri
dan memerlukan soket bergerak (power bank)
salur kuasa
Sumber : diadaptasi daripada Zouhair et al.,(2016)
46

2.2.1 Kepentingan penggunaan M-pembelajaran

Maklumat Statistik suku kedua tahun 2020 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia (SKMM) menunjukkan kadar langganan internet mudah alih menggunakan

telefon pintar melebihi 40 juta langganan sebulan. Laporan oleh firma Few Reseach

Centre, Malaysia bagi tahun 2019 juga menunjukkan Malaysia adalah antara 10 negara di

dunia yang mempunyai peratusan pemilikan telefon pintar tertinggi di dunia. Dengan

perkembangan ini, bukanlah sesuatu yang mustahil untuk merubah landskap pendidikan

negara seiring dengan perkembangan teknologi semasa.

M-pembelajaran mempunyai kelebihan seperti pembelajaran boleh berlaku di

mana sahaja, oleh sesiapa sahaja , pada bila-bila masa mengikut kemahuan seseorang.

Pembelajaran juga tidak terbatas kepada proses penyampaian maklumat oleh guru sahaja,

tetapi pelajar juga boleh mendapatkan kemahiran dengan memperoleh pengetahuan di

luar waktu rasmi pembelajaran (Mohamad Ali, 2019; Ozuorcun & Tabak, 2012). M-

pembelajaran berperanan dalam mencapai tujuan ini seperti yang ditunjukkan di dalam

Rajah 2.2. Walaubagaimanapun dalam kelebihan yang dinyatakan, terdapat kekurangan

pembelajaran secara M-pembelajaran iaitu menjarakkan hubungan di antara guru dengan

murid. Guru tidak berpeluang berinteraksi dengan pelajar semasa pembelajaran dibuat

dan tidak mempengaruhi motivasi pelajar di dalam pembelajaran (Ozuorcun & Tabak,

2012). Di sebalik kekurangan ini, penggunaan M-pembelajaran di dalam dunia

pendidikan melalui pendekatan heutagogi adalah kaedah paling berkesan dalam


47

meningkatkan tahap pengetahuan pelajar dengan memberi ruang dan peluang untuk

pelajar meneroka sendiri pengetahuan mengikut kesesuaian masa, tempat dan situasi

untuk belajar (Blaschke & Hase, 2019).

Rajah 2.3. Kepentingan dan kelebihan perisian pendidikan M-pembelajaran

Perkembangan penggunaan medium M-pembelajaran sebagai bahan bantu

pengajaran telah terbukti keberkesanannya dalam kajian-kajian yang dijalankan di dalam

mahupun luar negara. Kajian-kajian yang dijalankan adalah menjurus kepada

penggunaan M-pembelajaran sebagai medium untuk peningkatan pencapaian akademik,

sikap dan kepuasan pengguna (Yıldız et al., 2020). Pembinaan aplikasi M-pembelajaran

menjadi satu keperluan pada masa kini bagi memanfaatkan teknologi seterusnya memberi

pilihan kepada pelajar untuk meneroka pengetahuan dengan cara yang lebih menarik
48

(Muhammad Nidzam Yaakob et al., 2019). Dalam kajian Salim et al. (2017) juga

menunjukkan M-pembelajaran adalah medium pembelajaran yang perlu dibangunkan

sebagai nilai tambah kepada proses pengajaran dan pembelajaran konvensional bagi

memenuhi keperluan peredaran teknologi dan kecenderungan pembelajaran pelajar pada

masa kini.

2.2.2 Kajian-kajian lepas

Berdasarkan 1023 artikel berbentuk kajian berkaitan M-pembelajaran yang dijalankan

penelitian daripada tahun 2016 sehingga 2019 menunjukkan hanya terdapat 14 artikel di

dalam bidang pertanian yang menggunakan kaedah M-pembelajaran sebagai topik kajian

(Yıldız et al., 2020). Ini menunjukkan kurangnya aplikasi penggunaan M-pembelajaran

di dalam bidang pertanian berbanding bidang-bidang lain seperti sains sosial,

kemanusiaan dan teknologi. Perkara ini menjadikan bidang pertanian tidak dapat

berkembang maju seiring dengan kemajuan teknologi semasa. Penggunaan M-

pembelajaran sebagai medium penyampaian maklumat dan pendidikan dapat membantu

pelajar dan penggiat industri pertanian untuk mempelajari ilmu baru di mana sahaja dan

pada bila-bila masa (Vikrant et al., 2020).

Daripada tinjauan yang telah dibuat, pelbagai kajian penggunaan M-pembelajaran

yang telah dijalankan oleh mata pelajaran di bawah bidang teknikal dan vokasional. Di

antaranya ialah kajian yang dibuat oleh Shah A. et al. (2019) di dalam mata pelajaran
49

Reka Bentuk dan Teknologi terhadap 30 pelajar SMK Kubang kerian. Hasil daripada

kajian menunjukkan penggunaan aplikasi M-pembelajaran dapat menarik minat dan

meningkatkan kefahaman pelajar di dalam topik lakaran berbanding kaedah pembelajaran

konvensional. Selain itu, penyelidik juga menyatakan penggunaan aplikasi M-

pembelajaran adalah sesuai dilaksanakan bagi menghasilkan pelajar yang berdaya maju

di dalam pendidikan.

Kajian penggunaan M-pembelajaran menggunakan kaedah kuantitatif secara

tinjauan terhadap 30 pelajar tahun satu program Teknologi Kimpalan Kolej Vokasional

Batu Pahat oleh Ismail et al. (2020) menunjukkan penggunaan bahan bantu mengajar

menggunakan aplikasi berasaskan android dalam bentuk video tutorial amali dapat

meningkatkan minat dan motivasi belajar dalam pembelajaran topik kimpalan. Daripada

dapatan kajian penggunaan kaedah M-pembelajaran sebelum itu, yang telah dijalankan

terhadap pelajar program Teknologi Pembinaan Bangunan di Kolej Vokasional Kota

Tinggi secara tinjauan oleh Ali dan Kadir (2019) mendapati pelajar berjaya memahami

topik pengkelasan batu bata seterusnya membantu mereka di dalam pelaksanaan kerja-

kerja amali. Ini didorong oleh penggunaan elemen animasi, teks dan grafik yang telah

menarik perhatian pelajar mempelajari menggunakan modul M-pembelajaran.

Penggunaan modul M-pembelajaran ternyata membolehkan pelajar mengikuti

pembelajaran di mana sahaja mengikut keupayaan masing-masing dengan bimbingan

yang minima. Walaubagaimanapun, aplikasi yang dibangunkan adalah terhad untuk

kegunaan telefon pintar aplikasi android sahaja dan tidak dapat digunakan oleh pemilik

telefon pintar aplikasi IOS.


50

Selain meningkatkan kefahaman dan minat, penggunaan aplikasi M-pembelajaran

juga mempunyai pertalian di antara apsek motivasi dan penerimaan terhadap pencapaian

akademik pelajar. Kajian oleh Hashim dan Mohamad Yatim (2019), secara reka bentuk

kolerasi melalui instrumen soal selidik terhadap pelajar 70 pelajar program Teknologi

Sistem Komputer dan Rangkaian kolej vokasional di Kuala Lumpur dan Selangor

mendapati motivasi intrinsik dalaman seseorang individu mempunyai pertalian kuat yang

mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar. Di samping itu, tahap

penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul berasaskan M-pembelajaran berada pada

aras tinggi sekaligus menunjukkan pelajar bersedia menerima dan memggunakan modul

M-pembelajaran di dalam aktiviti pembelajaran mereka

Beberapa kajian penggunaan M-pembelajaran dalam bidang pertanian telah

dilakukan menggunakan artikel dari tahun 2015 sehingga 2019 untuk mendapatkan

maklumat berkaitan metodologi dan hasil kajian. Hasil penelitian mendapati kurangnya

kajian penggunaan M-pembelajaran sebagai bahan bantu mengajar di dalam dunia

pendidikan untuk bidang pertanian. Contoh kajian yang telah dijalankan adalah di dalam

dalam topik pembelajaran alat pertanian oleh Pinintoan et al. (2015) menggunakan

aplikasi M-pembelajaran berasaskan android. Di dalam kajian ini, penumpuan diberikan

kepada kebolehlaksanaan aplikasi M-pembelajaran yang telah dibangunkan. 16 reponden

telah dipilih terdiri daripada pelajar, pensyarah bidang pertanian, petani dan pembekal

peralatan pertanian bagi menjawab soal selidik yang berkaitan. Daripada tinjauan soal
51

selidik mendapati, kesahan menunjukkan aplikasi berjaya menyampaikan maklumat

berkaitan peralatan pertanian tahap yang dinilai berdasarkan aspek kefungsian dan

kandungan aplikasi. Daripada kajian yang dijalankan, adalah dicadangkan

penambahbaikan dibuat dengan memperkenalkan versi 0ffline supaya tiada gangguan

capaian internet semasa mengakses aplikasi. Selain itu, elemen-elemen di dalam aplikasi

juga perlu ditambah dengan memasukkan elemen permainan ke dalam aplikasi.

Pembangunan aplikasi M-pembelajaran juga telah dibuat menggunakan pendekatan SSM

(Soft Systems Methodology) oleh Sanga et al. (2016) bagi membolehkan perkembangan

teknologi pertanian dapat disampaikan dengan cepat dan segera kepada petani. Di dalam

kajian, pembangunan produk ini membolehkan komunikasi dibuat di antara petani dan

pakar pertanian dalam menjawab soalan yang diajukan. Kefungsian aplikasi diuji melalui

temubual dan soal selidik yang dibuat terhadap pengguna aplikasi. Daripada hasil kajian

mendapati maklumat dapat disampaikan dengan lebih cepat berbanding menunggu pakar

pertanian turun sendiri ke ladang. Hal ini dapat membantu menghubungkan maklumat

kepada kawasan yang jauh walaupun tanpa perlu bersemuka. Penyelidik mencadangkan

agar keberkesanan produk diuji bagi memastikan maklumat berkaitan tahap keberkesanan

aplikasi.

Berkaitan dengan tajuk kajian ini, kajian-kajian lepas yang melibatkan hidroponik

dan fertigasi dibuat tinjauan dan mendapati terdapat beberapa kajian telah dijalankan

melibatkan bidang hidropoik dan fertigasi. Daniel Novianto (2016), telah

membangunkan aplikasi android M-pembelajaran sebagai medium pembelajaran untuk

penanaman secara hidroponik. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan pendekatan


52

Penyelidikan Reka Bentuk dan Pembangunan (DDR) dalam pembangunan aplikasi dan

menajalankan kajian kebolehgunaan produk. Kesahan produk yang dibuat terhadap guru,

pakar multimedia dan pelajar mendapati tahap persetujuan aplikasi M-pembelajaran yang

dibangunkan adalah tinggi dan menunjukkan aplikasi ini boleh digunakan di dalam

pembelajaran. Pencapaian pelajar turut diukur melalui ujian akhir semester bagi

kumpulan yang menggunakan aplikasi M-pembelajaran dan kumpulan yang hanya

menggunakan kaedah pembelajaran konvensional. Kajian telah dibuat di SMK Tristen

Terang Bangsa, Semarang pada mata pelajaran Budi Daya Tanaman Secara Hidroponik.

Markah min ujian akhir semester kumpulan pelajar yang menggunakan aplikasi M-

pembelajaran adalah 80, manakala kumpulan yang menggunakan kaedah konvensional

adalah 67. Berdasarkan komen daripada pakar dan pengguna, beberapa elemen audio dan

animasi dicadangkan untuk dibuat penambahbaikan. Selain itu, elemen 3D juga adalah

dicadangkan untuk dimasukkan ke dalam aplikasi M-pembelajaran.

Taufan Johandri (2020), telah menjalankan kajian penggunaan multimedia di

dalam topik pembelajaran hidroponik menggunakan kaedah ujian pra dan ujian pasca

amali terhadap pelajar masalah pendengaran. Kajian menggunakan kaedah pemerhatian

semasa pelajar menjalankan amali, kajian ini menggunakan pelajar sekolah tinggi

masalah pendengaran sebagai subjek kajian. Dapatan kajian mendapati penggunaan

video tutorial yang ditonton pelajar di luar waktu kelas menggunakan telefon pintar telah

dapat membantu pelajar menjalankan amali penyediaan hidroponik dengan baik.

Penggunaan elemen multimedia perlu ditambah baik bagi memenuhi kemampuan dan

tahap kumpulan pelajar.


53

2.3 Augmented Reality (AR)

Augmented reality atau dalam Bahasa melayunya disebut realiti tertambah adalah

gabungan di antara objek maya dan objek nyata. Berbeza dengan realiti maya yang

sepenuhnya menggantikan objek sekeliling, augmented realiti cumalah menambah objek

atau imej maya ke dalam dunia nyata. Perkembangan teknologi mudah alih pada hari ini

dengan disokong oleh kamera beresolusi tinggi disertai dengan sensor seperti gyroscope

dan accelerometer menjadikan teknologi AR bukanlah sesuatu yang mustahil pada hari

ini (Tomi & Rambli, 2013). Sejarah perkembangan teknologi AR bermula pada tahun 1968

apabila Ivan Sutherland mencipta kaca mata optik bagi memperlihatkan imej maya di

dunia nyata. Secara asasnya terdapat tiga ciri utama AR iaitu menggabungkan objek

maya dan dunia sebenar, boleh diakses dalam masa nyata dan objek maya berada di

dalam bentuk 3D (Muhammad Pozi & Khalid, 2017). AR juga ditafsirkan sebagai perilaku

di antara manusia dan komputer dengan belakunya penambahan objek ke dalam dunia

nyata yang dipaparkan melalui skrin komputer, telefon, kamera video dan peranti lain (D.

F. Ali et al., 2020).

Sitem AR berfungsi dengan cara pengimbasan terhadap objek yang disebut

sebagai marker, apabila kamera mengimbas marker dengan melihat titik-titik pola yang
54

telah dikodkan sistem pada peranti akan membaca titik-titik pola tadi dan

menghubungkannya dengan pangkalan data seterusnya menampilkan objek pada skrin.

Perisian-perisian yang digunakan untuk membangunkan aplikasi AR boleh diperolehi

dengan mudah di pasaran. Di antara perisian-perisian yang popular digunakan adalah

Vuforia dan Unity 3D.

Teknologi AR banyak dimanfaatkan di dalam dunia Pendidikan di luar negara dan

mula berkembang di Malaysia seiring dengan perkembangan teknologi dan pembelajaran

abad ke-21 (Wardani, 2015). Hasil daripada kajian menunjukkan penggunaan teknologi

AR sebagai bahan bantu mengajar telah dapat meningkatkan tahap kefahaman pelajar

apabila pelajar tertarik dengan teknologi walaupun sebelumnya pelajar merasakan topik

tersebut adalah sukar (D. F. Ali et al., 2020). AR dilihat sebagai teknologi yang boleh

diperkembangkan Bersama-sama dengan M-pembelajaran kerana menggunakan peranti

yang sama. Perkara ini telah dibuktikan melalui kajian Radosavljevic (2020), dengan

mendapati penggunaan AR di dalam telefon pintar sebagai aplikasi pembelajaran telah

dapat mempertingkatkan pengetahuan pelajar di dalam bidang vokasional untuk

mengenal bahan-bahan percetakan. Teknologi AR Bersama-sama dengan M-

pembelajaran dapat menggalakkan pelajar untuk mengaplikasi pembelajaran kendiri di

luar bilik darjah dan mempercepatkan pembelajaran apabila pelajar boleh belajar

mengikut kesediaan.
55

2.4 Motivasi Belajar

Motivasi adalah aspek penting dalam memastikan keberkesanan pembelajaran kerana

ciri-ciri bahan pembelajaran yang tidak memenuhi kriteria akan menyebabkan tekanan

emosi dan boleh memberi impak negatif dalam pembelajaran (Mohamad Ali, 2019).

Mengikut beberapa ahli psikologi motivasi dedefinisikan sebagai faktor dalaman diri

yang merangsang seseorang untuk bertindak bagi mencapai matlamat dan menjadikan

seseorang kekal tertarik dengan apa yang dilakukannya (Weiner, 2000). Uno (2007)

menjelaskan motivasi di dalam pendidikan adalah dorongan dalaman seseorang yang

menyebabkan perubahan tingkah laku bagi memenuhi sesuatu matlamat. Definisi

motivasi yang menyokong kedua-dua kenyataan ini menyatakan motivasi adalah faktor

dalaman dan luaran yang menyebabkan seseorang bertindak untuk mencapai tujuan

(Howard et al., 2016).

2.4.1 Teori motivasi dua faktor

Teori dua faktor Herzberg (1966), dikemukakan bagi menjelaskan secara terperinci

hubungan di antara keperluan dan prestasi. Teori ini adalah penambahbaikan daripada

teori keperluan hieraki Maslow. Di dalam teori ini terdapat dua faktor motivasi yang

menjadi faktor utama di dalam memenuhi motivasi seseorang untuk melakukan sesuatu.
56

Faktor motivasi tersebut ialah motivasi intrintik (dalaman) dan motivasi ekstrinsik

(luaran) . Teori dua faktor ini menjelaskan dorongan datangnya faktor dalaman seseorang

individu yang hadir daripada niat usahanya sendiri untuk mencapai sesuatu dan faktor

luaran yang datang dari persekitaran atau orang lain dengan memberi ganjaran atau apa-

apa faedah ke atas dirinya dengan melakukan sesuatu. Melalui kajian Utami (2020),

motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik memberi pengaruh kepada minat dan

kesungguhan pelajar di dalam pembelajaran menggunakan aplikasi E-pembelajaran.

Mengikut Frederick Herzberg juga, pengaruh faktor intrinsik mendorong seseorang

menjadi kreatif dan inovatif dalam menjalankan kerja dan hanya memerlukan

pengawasan minima di dalam kerja. Sebaliknya bagi individu yang cenderung kepada

faktor ekstrinsik lebih melihat kepada apa yang ditawarkan daripada hasil kerja yang

dilakukan. Motivasi intrinsik dan ekstrinsik masing-masing memainkan peranan di

dalam pemikiran kreatif dan motivasi seterusnya terhadap hasil pembelajaran (Bailey &

Phillips, 2016; Zulkifli et al., 2020).

Daripada dapatan kajian Hashim dan Mohamad Yatim (2019) yang dijalankan

terhadap pelajar program Teknologi Sistem Komputer di kolej vokasional menunjukkan

faktor intrinsik memberi pengaruh terhadap pencapaian akademik pelajar berbanding

faktor motivasi ekstrinsik. Kajian lain yang dilakukan di kolej vokasional secara kuasi

eksperimen juga menunjukkan tahap motivasi intrinsik meningkat di kalangan pelajar

yang menggunakan modul pembelajaran berbanding kumpulan yang menggunakan

kaedah konvensional. Pendapat lain daripada Deci dan Ryan (2007), menerangkan
57

motivasi intrinsik adalah motivasi dalaman untuk menggerakkan seseorang individu

yang tidak memerlukan sebarang ganjaran atau pengiktirafan. Tingkah laku melakukan

sesuatu didorong oleh rasa minat dan keseronokan demi kepuasan diri dan tidak

mempunyai sebarang kepentingan luar diri. Motivasi intrinsik yang digerakkan serta

didorong oleh kemahuan individu serta tidak mempunyai apa-apa kepentingan luaran

lebih kekal dalam jangka masa yang lama dan menjadi faktor kejayaan utama seseorang

(Brown, 2000).

Motivasi intrinsik di dalam pembelajaran adalah kemahuan seseorang pelajar

untuk mempelajari pengetahuan adalah semata-mata untuk menguasai ilmu tersebut dan

merasai kepuasan apabila dapat menyelesaikan tugasan atau soalan yang diberi. Motivasi

ini datang atas dasar kepentingan untuk mendapatkan sesuatu daripada apa yang

dipelajari (Siraj et al., 1996). Djamarah (2011), juga menyokong kenyataan ini dengan

mangatakan motivasi intrinsik tidak perlu dirangsang oleh faktor luaran kerana telah

wujud dorongan yang kuat di dalam diri seseorang individu untuk melakukan sesuatu.

Motivasi ekstrinsik pula berkait rapat dengan rangsangan yang wujud daripada

faktor luaran serta dibantu oleh pengukuhan daripada sesuatu tindak balas. Ini bermakna

dengan wujudnya ganjaran sebagai pengukuhan, gerak balas terhadap sesuatu kerja itu

akan meningkat (Siraj et al., 1996). Melalui pengukuhan yang positif, tindak balas untuk

mendapatkan pengukuhan yang juga disebut sebagai ganjaran akan meningkat. Motivasi

intrinsik adalah lebih sukar dibangunkan di dalam diri seseorang berbanding dengan
58

motivasi ekstrinsik kerana hanya niat dan tujuan sahaja yang akan dapat meningkatkan

motivasi intrinsik. Berbeza pula dengan motivasi ekstrinsik, bentuk ganjaran yang

diberikan adalah nyata bagi meningkatkan dorongan untuk menggerakkan pelajar.

Kedua-dua faktor motivasi ini perlu ada di dalam diri pelajar untuk mencapai tujuan

pembelajaran (Emda, 2017). Walaubagaimanapun, mengikut teori determinasi diri,

pelajar yang mempunyai tahap motivasi ekstrinsik yang tinggi berbanding tahap motivasi

intrinsik akan menunjukkan tahap pencapaian akademik yang kurang baik (Ryan & Deci,

2017).

2.5 Pencapaian Akademik

Pengukuran pencapaian akademik pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) program

Agroindustri Tanaman di kolej vokasional dijalankan melalui agihan 70% penilaian

formatif (pentaksiran berterusan) dan 30% penilaian sumatif (penilaian akhir) mengikut

sistem semester melibatkan komponen teori dan amali. Pencapaian akademik yang

diukur di dalam kajian ini adalah melibatkan komponen teori penilaian formatif bagi

topik penghasilan formulasi baja fertigasi.

Di dalam rekabentuk kajian reka bentuk ujian pra–pasca kumpulan-kumpulan

tidak seimbang, ujian pra dijalankan bagi menilai sama ada kedua-dua kumpulan adalah
59

setara dari segi pengetahuan semasa mereka sebelum kaedah rawatan diberikan. Ini

penting bagi memastikan kajian yang dibuat akan benar-benar dapat menilai sebarang

perubahan yang berlaku dalam pencapaian akademik adalah disebabkan oleh teknik

rawatan yang diberikan (Jackson, 2006). Di dalam kajian ini perbandingan data

pencapaian akademik boleh dibuat di antara kumpulan kajian untuk ujian pra dan ujian

pasca selain membuat perbandingan ujian pra dan ujian pasca di dalam kumpulan kajian.

Pencapaian akademik di dalam kajian ini, diuji menggunakan soalan ujian yang

dibangunkan mengikut Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Soalan-soalan ujian digunakan

sebagai instrumen penilaian keberkesanan penggunaan M-pembelajaran bagi mengukur

kemajuan dan perkembangan pelajar setelah teknik rawatan dilakukan kepada pelajar

(Mok, 2011; Russell, 1974). Sidek Mohd Noah dan Jamaludin Ahmad (2005),

menyatakan penilaian modul akademik perlu dijalankan secara kajian eksperimen untuk

melihat keberkesanan modul kepada pemboleh ubah. Penilaian modul yang dijalankan

mestilah diuji menggunakan penilaian statistik dengan melihat tahap signifikan skor ujian

pencapaian.

2.6 Baja fertigasi


60

Steiner (1966) menyatakan kaedah pembajaan penanaman secara hidroponik dan fertigasi

adalah menggunakan larutan nutrien yang mengandungi ion bukan organik daripada

garam terlarut yang mengandungi unsur-unsur yang diperlukan tanaman. Baja yang

digunakan di dalam sistem fertigasi adalah kombinasi campuran baja kimia yang

dilakukan secara fizikal bagi membekalkan kesemua unsur pemakanan yang diperlukan

oleh tanaman mengikut jumlah dan nisbah yang tepat menggunakan hukum kimia dan

pengiraan matematik (N. S. Mattson & Peters, 2014) . Qurrohman (2017), menjelaskan

penanaman tanpa tanah secara hidroponik, fertigasi, nutripot dan sebagainya dengan

menggunakan konsep nutrien dialirkan bersama-sama dengan air akan menggunakan cara

pembajaan yang sama. Penyediaan baja fertigasi yang lengkap perlulah menggunakan

baja kimia larut air yang dapat membekalkan enam unsur makro iaitu unsur utama yang

diperlukan dalam kuantiti yang banyak oleh tanaman seperti Nitrogen (N), Fosforus (P),

Potassium (K), Kalsium (Ca), Magnesium (Mg) dan Sulfur (S). Selain unsur makro,

unsur mikro seperti Ferum (Fe), Kuprum (Cu), Manganese (Mn), Zink (Zn), Boron

(B) ,Molibdenum (Mo), Klorin (Cl) dan Nikel (Ni) tidak kurang pentingnya walaupun

diperlukan oleh tanaman dalam kuantiti yang sedikit namun sekiranya unsur-unsur ini

tidak dibekalkan pada kadar yang mencukupi akan memberi kesan kepada tanaman.

Perkara paling kritikal di dalam penyediaan baja fertigasi adalah mengasingkan

unsur-unsur yang boleh menyebabkan pembentukan sebatian gypsum dan calcium

phosphate yang boleh menyebabkan sistem fertigasi tersumbat dan merosakkan baja

fertigasi akibat kehilangan unsur yang membentuk sebatian (N. Mattson, 2018). Baja
61

kimia yang membekalkan unsur Kalsium mestilah diasingkan daripada baja kimia yang

membekalkan unsur Fosforus dan Sulfur semasa proses mencampur baja dalam bentuk

butiran dan semasa menyediakan larutan stok.

Ilmu penting yang perlu dimiliki dalam penyediaan baja fertigasi adalah

mengetahui jumlah kandungan unsur yang dibekalkan daripada baja kimia dalam unit

ppm (part per million). Daripada unit ppm ini, pengiraan jumlah berat baja kimia yang

akan digunakan dapat dihitung mengikut jumlah pokok dan bilangan hari penanaman

berdasarkan kadar keperluan nutrien (Abdul Hakkim et al., 2016). Setiap tanaman

adalah berbeza dari segi keperluan nutrien, oleh itu formulasi baja fertigasi mempunyai

kadar dan nisbah campuran bahan kimia yang berbeza mengikut jenis tanaman

(Tsukagoshi & Shinohara, 2016). Faktor kejayaan utama di dalam penanaman secara

fertigasi adalah ketepatan penyediaan formulasi baja dan pengurusan larutan nutrien

yang dialirkan kepada tanaman (Patil et al., 2020).

2.7 Model ADDIE

Model ADDIE (analysis, design, development, implementation, evaluation) diasaskan

oleh Rosset pada tahun 1987 sering menjadi rujukan di dalam pembangunan rekabentuk

modul latihan, alat bantu pengajaran dan bahan multimedia pengajaran (Rus et al., 2020).
62

Model ADDIE menjadi pilihan utama penyelidik kerana mempunyai fasa kerja yang

tersusun yang menjadi garis panduan dalam pembentukan bahan pengajaran.

Pembangunan bahan pengajaran menggunakan model ADDIE menjadikannya lebih

tersusun dan boleh mencapai objektif kerana terdapatnya struktur kerja yang lengkap

bermula dari fasa analisa, reka bentuk, pembangunan, pelaksanaan dan penilaian

menjadikan tugas seseorang pendidik dalam membangunkan bahan pengajaran mengikut

panduan yang diberikan (Sahaat et al., 2020). McGriff (2000), menjelaskan fleksibiliti

model ADDIE juga menjadikan ianya mudah untuk dilaksanakan kerana setiap fasa dan

sub fasa yang terkandung di dalamnya hanyalah sebagai panduan dan tidak semestinya

dilaksanakan. Kebijaksanaan pengguna model ADDIE akan menentukan sub fasa

manakah yang perlu diguna dan diubahsuai mengikut keperluan.

Ahmad Zamzuri Mohamad Ali (2019) telah memperkembangkan kerangka model

ADDIE sedia ada kepada model M-ADDIE yang memberi penumpuan khusus kepada

pembangunan perisian pendidikan menggunakan asas model ADDIE. Di dalam model

M-ADDIE ini, lima fasa utama dikekalkan dengan penambahbaikan dibuat dengan

pengenalan kepada sub fasa di dalam setiap fasa di samping konsep penilaian dijalankan

secara menyeluruh dan tidak hanya tertumpu di akhir fasa sahaja seperti yang

ditunjukkan di dalam Rajah 2.4. selain dari M-ADDIE, kerangka lain yang

diperkembangkan daripada model ADDIE sedia ada adalah TVETagogy iaitu kerangka

berasaskan model ADDIE yang digabungkan dengan TPACK serta work based learning

dan Project oriented problem based learning yang digunakan khas untuk

membangunkan modul latihan TVET bagi memenuhi keperluan kompetensi dengan


63

membolehkan pelajar mempelajari topik kemahiran dengan cepat, memudahkan

pemahaman dan mewujudkan suasana seronok semasa pembelajaran (Agustinus et al.,

2019). Di dalam bidang TVET juga, kerangka pembangunan modul pengajaran kaedah

modular bagi mata pelajaran Reka Bentuk dan Teknologi berasaskan model ADDIE juga

diperkenalkan. Di dalam kerangka ini, setiap fasa diterangkan kaedah pelaksanaan secara

terperinci dan didapati model ADDIE sesuai digunakan kerana bertepatan dengan

kandungan kurikulum standard mata pelajaran (Mohamad Ali, 2019).

Rajah 2.3. Model M-ADDIE (Mohamad Ali, 2019)

Di dalam bidang pertanian penggunaan model ADDIE di dalam penghasilan

produk pembelajaran M-pembelajaran juga turut dibangunkan dan telah diuji

kebolehlaksanaannya walaupun jumlahnya masih sedikit. Melalui kajian pembangunan


64

produk M-pembelajaran pada pertanian oleh Erlangga et al. (2019) menggunakan model

ADDIE mendapati kesahan daripada pakar dan pengguna menunjukkan kebolehgunaan

produk sebagai media pengajaran. Walaubagaimanapun, hasil daripada fasa penilaian,

penambahbaikan perlu dilakukan dengan memasukkan informasi-informasi lain bidang

pertanian ke dalam produk. Modul pengajaran project based learning dalam topik

penanaman kacang soya menggunakan fasa-fasa pembangunan model ADDIE turut

mendapati daripada kesahan pakar dan kesahan pengguna ianya sesuai digunakan oleh

pelajar bidang vokasional pertanian. Sebagai tambahan kepada fasa penilaian model

ADDIE pengujian keberkesanan modul perlu dilakukan bagi membuktikan modul yang

dibangunkan adalah benar-benar memberi impak kepada pengguna. Fasa penilaian

sehingga pengujian kebolehlaksanaan modul adalah tidak mencukupi dan memadai

(Hidayah et al., 2020).

2.7.1 Analisis (Analysis)

Branch (2009), menjelaskan fasa Analisa di dalam model ADDIE adalah fasa mengenal

pasti jurang di dalam kajian sedia ada dan juga penyebab kepada wujudnya jurang

tersebut. Ia mengambil kira bukan hanya sumber bacaan tetapi turut mengambil kira

pandangan dari mereka yang terlibat secara langsung di dalam bidang yang akan dikaji.

Fasa ini menekankan bagaimana sesuatu projek yang disyorkan dapat merapatkan jurang

ilmu dan melihat keperluan pembangunan produk atau modul untuk menyelesaikan

masalah.
65

Lanjutan dari fasa analisis yang dijelaskan oleh Robert Maribe Branch, enam sub

aktiviti yang perlu dijalankan di dalam fasa analisis dalam membangunkan perisian

Pendidikan ini ialah menetapkan objktif, mengenal pasti pengguna, kandungan, kaedah,

platform dan perisian (Liu, 2012). Analisa pemilihan platform dan media pengajaran

adalah aktiviti yang kritikal di dalam fasa ini kerana ianya berkait rapat dengan

pencapaian objektif. Perkembangan teknologi pada masa kini menjadikan pelajar lebih

terarah dan cenderung kepada penerapan penggunaan bahan pengajaran berasaskan

teknologi semasa di dalam pembelajaran. Analisis platform dan media pengajaran perlu

dijalankan terhadap pelajar sebagai pengguna terakhir bagi menarik minat mereka di

dalam pembelajaran seterusnya dapat meningkatkan pencapaian. Dalam hal ini, pendidik

perlu kreatif dalam menyediakan platform dan media yang sesuai mengikut keperluan

pelajar (Mohamad Ali, 2019). Analisa yang dibuat sebelum itu, menunjukkan pelajar

lebih berminat untuk belajar menggunakan bahan pengajaran berasaskan multimedia

berbanding kaedah konvensional (Sahaat et al., 2020).

Reiser dan Gagné (1983) menggariskan dua analisa yang perlu dibuat dalam

keperluan pembangunan bahan pengajaran iaitu platform pengajaran yang dapat

memberikan kesan pembelajaran kepada pelajar dan perlulah mengambil kira faktor kos

dan kemampuan akses pelajar. Bates (1995), telah menambahbaik analisa keperluan

pembangunan platform bahan pengajaran dengan memasukkan tujuh ciri pemilihan iaitu
66

akses, kos, pengajaran dan pembelajaran, interaksi, isu perubahan organisasi, teknologi

terkini dan tahap kemampuan adaptasi.

2.7.2. Reka Bentuk

Reka bentuk model ADDIE adalah proses menggambarkan secara visual bagi tujuan

proses fasa pembangunan. Fasa reka bentuk melibatkan pembinaan carta alir, antara

muka dan papan cerita (Mohamad et al., 2020). Sebagai tambahan, bagi membangunkan

bahan pengajaran yang baik fasa reka bentuk juga perlu mengambil kira pengetahuan

sedia ada pelajar dan elemen yang dimuatkan bersesuaian dengan kehidupan seharian

persekitaran pelajar (Branch, 2009). Perkara yang perlu dititikberatkan juga apabila

membincangkan tentang fasa reka bentuk ini adalah kesesuaian kandungan dengan

kurikulum standard, penerapan teori pembelajaran dan penentuan jenis teknologi aplikasi

yang akan digunakan (Marzal et al., 2020).

2.7.3 Pembangunan

Daripada ketetapan yang telah dibuat dalam fasa reka bentuk, proses pembangunan

kepada akan dijalankan. Tujuan utama fasa pembangunan ini adalah bagi mengesahkan

pemilihan bahan sumber pembangunan produk atau modul berdasarkan kepada fasa
67

analisa dan reka bentuk sebelum ini. Di akhir fasa pembangunan ini beberapa perkara

perlulah dapat disediakan seperti kandungan , memilih dan membangunkan media yang

akan digunakan, panduan penggunaan untuk guru dan pelajar, kesahan pakar dan

menjalankan kajian rintis (Jamal et al., 2020).

Dalam memperkukuhkan fasa pembangunan ini, Ahmad Zamzuri Mohamad Ali

(2019), menjelaskan dengan lebih terperinci empat tugas-tugas wajib yang perlu diambil

kira di dalam fasa pembangunan ini. Antara tugas-tugas tersebut ialah elemn penggunaan

bahan di dalam produk seperti teks, grafik, audio dan animasi bagi memastikan maklumat

dapat disampaikan kepada pengguna sasaran. Selain itu, tugas lain yang juga penting

adalah interaksi tampak dan interaksi tidak tampak yang melibatkan paparan perisian

seperti menu, navigasi, ketepatan dan mesra pengguna. Pengujian kesahan bukan hanya

perlu dijalankan oleh pakar tetapi perlu juga melibatkan pengguna kerana pengguna

memainkan peranan dalam menentukan kejayaan fasa pembangunan ini (Branch, 2009).

Mewujudkan panduan juga adalah sesuatu yang penting dalam fasa pembangunan ini

supaya pengguna dapat membaca terlebih dahulu panduan dan tatacara penggunaan

sebelum memulakan pembelajaran. Bagi pembangunan aplikasi, panduan boleh

dimasukkan ke dalam menu aplikasi.

2.7.4 Implementasi
68

Fasa implementasi adalah bagaimana sesebuah modul atau produk yang dibangunkan

dapat dilaksanakan oleh pengguna iaitu guru dan juga pelajar (Mohamad Ali, 2019).

Dalam fasa ini perkara yang paling dititikberatkan adalah bagaimana untuk menyediakan

guru dan pelajar dengan suasana pembelajaran yang sesuai dan melibatkan pelajar di

dalam kajian. Pentingnya fasa ini adalah kerana ianya akan menentukan

kebolehlaksanaan sesuatu projek dalam situasi sebenar pembelajaran. Dalam fasa ini

maklumbalas akan diambil daripada pengguna yang terlibat dan akan menentukan

strategi pelaksanaan dalam fasa berikutnya (Sahaat et al., 2020).

Bagi menjelaskan lagi fasa implementasi ini, Empat aktiviti yang perlu dijalankan

adalah pemasangan perisian ke dalam peranti, konfigurasi, latihan dan pelaksanaan dalam

suasana pembelajaran (Idris et al., 2019). Latihan adalah aktiviti penting bagi

membolehkan guru sebagai fasilitator dapat memastikan pelajar dapat menggunakan

perisian dengan betul serta dapat membantu pelajar sekiranya berlaku sebarang masalah.

Di dalam aktviti ini, menjadi peranan penyelidik untuk memberi taklimat sebelum fasa

pelaksanaan dijalankan termasuk juga kaedah pengumpulan eviden yang akan dilakukan

(Marzouki et al., 2017). Penyediaan panduan penggunaan adalah perlu bagi

menyediakan pelajar dan guru selain daripada bahan latihan yang telah mendapat kesahan

serta telah diuji semasa fasa pembangunan (Marzouki et al., 2017).

2.7.5 Pengujian
69

Fasa terakhir di dalam model ADDIE adalah fasa pengujian iaitu fasa yang digunakan

bagi menguji bahan pembelajaran yang dibangunkan dari pelbagai sudut dengan

membuat perbandingan sebelum dan selepas pelaksanaan. Branch (2009) menyatakan

terdapat tiga prosedur yang terlibat di dalam fasa ini iaitu menentukan kriteria pengujian,

memilih instrumen pengujian dan menjalankan pengujian.

Kriteria pengujian bahan pengajaran yang dibangunkan melalui model ADDIE

boleh diuji dari sudut persepsi, pembelajaran dan prestasi. Zamri sahaat et al. (2020)

mencadangkan pengujian modul atau perisian pendidikan perlu dijalankan secara kaedah

eksperimen bagi menjelaskan fenomena implementasi dan kesan dengan jelas. Ini

disokong oleh Ahmad Zamzuri (2020), Sesebuah pembangunan modul atau perisian

pengajaran yang dijalankan kajian secara kuantitatif melibatkan pelajar sebagai pengguna

terakhir perlu melalui fasa pengujian keberkesanan menggunakan instrumen soal selidik,

ujian prestasi dan bacaan daripada perkakasan. Selain daripada ujian prestasi untuk

menguji keberkesanan aspek lain seperti emosi, motivasi dan bebanan kognitif juga

boleh diuji keberkesanannya. Isnawan (2020), kajian kuasi-eksperimen adalah bentuk

kajian yang paling sesuai dijalankan bagi menguji bahan pengajaran kerana kesukaran

menjalankan kaedah eksperimen sebenar di dalam dunia pendidikan. Bagi mendapatkan

keputusan keberkesanan, proses intervensi perlulah dijalankan sama dalam tempoh satu

semester bagi membolehkan pelajar cekap menggunakan aplikasi dan proses

pengulangan dapat dibuat berkali-kali sebelum pelajar diuji (Marzouki et al., 2017).
70

2.8 Penutup

Sebagai kesimpulan, bab ini mengandungi perbincangan tentang apek yang penting

dalam membangunkan aplikasi bagi modul pembelajaran kendiri dalam topik penyediaan

formulasi baja fertigasi. Perbincangan penting yang telah dibuat di dalam bab ini

melibatkan M-pembelajaran, teori pembelajaran, teori motivasi dan model ADDIE. Bab

ini juga telah menerangkan kajian-kajian lepas yang telah dibangunkan di dalam bidang

teknikal dan vokasional, bidang pertanian dan kajian yang menggunakan model ADDIE

sebagai asas kepada pembangunan kajian. Berdasarkan kekurangan dalam kajian lepas,

satu aplikasi M-pembelajaran bagi topik penyediaan formulasi baja fertigasi akan

dibangunkan dan diterangkan secara terperinci di dalam bab 3.


BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

Bab ini membincangkan metodologi kajian yang dijalankan dan ianya adalah lanjutan

daripada bab satu untuk lebih mengetahui kesan penggunaan aplikasi AGRONUTRI-X

dalam pencapaian dan motivasi intrinsic pelajar program SVM Agroindustri Tanaman

bagi topik penghasilan formulasi baja fertigasi di kolej vokasional. bab ini meliputi reka

bentuk kajian yang digunakan iaitu berbentuk kuantitatif. Bagi memastikan hasil analisis

dan keputusan yang dikehendaki dapat menentukan keberkesanan kajian, 10 perkara

yang dikenal pasti akan dijelaskan dengan terperinci iaitu reka bentuk kajian, lokasi
72

kajian, populasi dan sampel, instrumen kajian, kesahan dan kebolehpercayaan instrumen

kajian, ujian rintis, ancaman, prosedur pengumpulan data, proses analisis data dan

kesimpulan.

Perkara-perkara yang dinyatakan di atas dapat memudahkan urusan dalam

mencari maklumat serta mengutip data yang dikehendaki selain memudahkan analisis

data dilakukan dengan tepat.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini akan menggunakan penyelidikan kuantitatif yang mana instrumen yang

digunakan menghasilkan data dalam bentuk imperikal serta dapat menunjukkan data

secara menyeluruh, memperlihatkan perbezaan dan dapatan kajian secara kesan-akibat

(Creswell, 2012). Bagi reka bentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah

penyelidikan kaedah kuasi-eksperimen dengan reka bentuk ujian pra – pasca kumpulan-

kumpulan tidak seimbang (nonequivalent groups pre-post tests design) seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 3.1. Kaedah kuasi-eksperimen adalah kaedah yang sesuai

digunakan untuk menguji keberkesanan bahan pengajaran, modul atau program di dalam

situasi di mana kaedah eksperimen sebenar tidak dapat dijalankan terutamanya apabila
73

melibatkan kajian yang dijalankan sekolah (Chua, 2011). Kajian ini akan membuat

perbandingan di antara dua kumpulan kajian yang terdiri daripada kumpulan kawalan

(kaedah konvensional) dan kumpulan rawatan (aplikasi AGRONUTRI-X). Responden

yang terlibat dalam kajian ini dipilih secara rawak daripada kelas-kelas sedia ada iaitu

responden telah wujud dan berada di dalam kumpulan masing-masing. Responden yang

digunakan dalam kajian ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama, seterusnya

perbandingan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat perbezaan dalam pencapaian

pelajar setelah penggunaan aplikasi diberikan kepada kumpulan rawatan. Pelajar yang

terlibat di dalam kajian ini adalah pelajar yang mengambil program SVM Agroindustri

Tanaman di Kolej Vokasional.

Jadual 3.1

Reka Bentuk Ujian Pra-Pasca Bagi Kumpulan-kumpulan Tidak Seimbang (nonequivalent


groups pre-post tests design)

Kumpulan Bilangan Ujian Pra Rawatan Ujian Pasca


Kawalan 40 T1 - T2
Rawatan 40 T1 X1 T2

Petunjuk :
T1 – Ujian Pra
X1 – Rawatan
T2 – Ujian Pasca

(Sumber : Chua, 2006)


74

3.2 Lokasi Kajian

Kajian yang akan dijalankan adalah melibatkan kolej vokasional yang menawarkan

porogram Agroindustri Tanaman di peringkat Sijil Vokasional Malaysia. Terdapat lima

buah kolej vokasional di seluruh Malaysia yang menawarkan program Agroindustri

Tanaman. Daripada lima buah kolej vokasional yang menawarkan program Agroindustri

Tanaman, sebuah kolej vokasional akan dijadikan lokasi kajian rintis, dua buah kolej

vokasional dijadikan kumpulan kawalan dan dua buah kolej vokasional lagi dijadikan

sebagai lokasi kumpulan rawatan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan senarai kolej

vokasional yang akan terlibat dengan kajian. Lokasi kolej vokasional yang dipilih

sebagai tempat kajian dibuat berdasarkan pandangan Lee et al. (2018), lokasi kajian yang

dibuat mestilah dibuat di lokasi yang terdapatnya populasi yang bertepatan dengan tujuan

kajian serta mengambil kira faktor masa, kos, kemampuan dan kemudahan dalam

mengumpul maklumat.
75

Jadual 3.2

Senarai Kolej Vokasional Terlibat Dalam Kajian

Bil Negeri Kolej Vokasional Bilangan Kumpulan


Responden
1. Negeri Kolej Vokasional Dato’ 30 Kajian Rintis
Sembilan Lela Maharaja
2. Sabah Kolej Vokasional Lahad 20 Kawalan
Datu
3. Pahang Kolej Vokasional 20 Kawalan
(Pertanian) Chenor
4. Perak Kolej Vokasional 20 Rawatan
(Pertanian) Teluk Intan
5. Kelantan Kolej Vokasional Pasir 20 Rawatan
Puteh

3.3 Populasi dan Persampelan

Sebelum memulakan sesebuah kajian, penyelidik perlu mengetahui jumlah populasi

kajian yang ingin dikaji dan juga persampelan iaitu pemilihan sampel kajian daripada

populasi yang mempunyai ciri-ciri tertentu bagi tujuan mewakili populasi di dalam

kajian. Menurut Mohd. Majid Konting (2000), sampel yang dipilih mestilah mempunyai

sifat yang sama di dalam populasi kajian dan saiz minima sampel yang dipilih mestilah

sekurang-kurangnya 30 sampel. Tujuan persampelan dibuat ialah untuk meminimumkan


76

kos penyelidikan, menjimatkan masa dan tenaga penyelidik dan mendapatkan ketepatan

yng maksima di dalam penyelidikan.

Populasi capaian dalam kajian ini melibatkan lima buah kolej vokasional di

seluruh Malaysia iaitu Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Negeri Sembilan, Kolej

Vokasional (Pertanian) Chenor, Pahang, Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan, Kolej

Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Perak dan Kolej Vokasional Lahad Datu, Sabah.

Data daripada Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV),

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menunjukkan saiz populasi semasa pelajar

Sijil Vokasional Malaysia program Agroindustri Tanaman yang berada di dalam semester

4 pada tahun 2021 adalah seramai 135 orang. Hasil daripada cabutan undian bagi

mewakili sampel kajian, maka Kolej Vokasional Pasir Puteh, Kelantan dan Kolej

Vokasional (Pertanian) Teluk Intan telah ditetapkan sebagai lokasi menjalankan kajian

melibatkan 80 sampel.

John W. Creswell (2012), menyatakan pemilihan sampel mestilah sesuai dengan

prosedur statistik yang digunakan di dalam kajian. Bagi kajian eksperimental jumlah

sampel yang dicadangkan adalah 15 sampel bagi setiap kumpulan kajian. Jumlah sampel

yang akan digunakan dalam kajian ini adalah sebanyak 80 sampel dan pecahan mengikut

lokasi ditunjukkan di dalam Jadual 3.3.


77

Teknik persampelan kebarangkalian persampelan rawak mudah digunakan di

dalam kajian ini kerana hanya sekumpulan sampel yang mempunyai ciri-ciri tertentu

sahaja yang dipilih sebagai sampel kajian berdasarkan tujuan khusus penyelidikan.

Dalam memilih sampel, persampelan rawak kluster akan dijalankan terlebih dahulu iaitu

populasi dibahagikan kepada kelompok. Dalam kajian ini populasi pelajar SVM program

Agroindustri Tanaman di kolej vokasional akan dibahagikan mengikut lokasi kolej

vokasional mereka. Di peringkat kelompok ini, barulah persampelan rawak mudah akan

dijalankan. Mengikut Mohamed Nor Azhari Azman dan Ramlee Mustapha (2014),

pemilihan sampel melalui kaedah ini tidak boleh dinyatakan sebagai mewakili populasi

tetapi dapat memberikan maklumat dalam menjawab persoalan kajian.

Di dalam kajian ini, hanya pelajar SVM semester empat program Agroindustri

Tanaman di kolej vokasional sahaja yang akan dipilih sebagai sampel kajian

memandangkan topik penghasilan formulasi baja terdapat di dalam struktur pengajian

mereka. Pemilihan sampel melalui teknik ini tidak dapat digeneralisasikan kepada

kesemua pelajar program Agroindustri Tanaman di kolej vokasional kerana sampel

tersebut hanya mewakili pelajar yang sedang di dalam pengajian semester empat sahaja.

Keputusan kajian ini, terhad mewakili kumpulan sasaran kajian sahaja.


78

Jadual 3.3

Jumlah Sampel Kajian

Bil Kumpulan Kolej Vokasional Bilangan


Sampel
1. Konvensional Kolej Vokasional Lahad Datu 20
2. Konvensional Kolej Vokasional (Pertanian) 20
Chenor
3. Aplikasi Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk 20
Intan
AGRONUTRI-X
4 Aplikasi Kolej Vokasional Pasir Puteh 20

AGRONUTRI-X
Jumlah Keseluruhan 80

3.4 Instrumen Kajian

Kajian ini akan menggunakan instrumen kaji selidik keperluan analisis dan borang kaji

selidik kesahan modul yang dibangunkan. Bagi pengumpulan data keberkesanan modul

pula, dua instrumen kajian bagi pengumpulan data akan digunakan iaitu ujian pencapaian
79

dan inventori motivasi intrinsik. Satu reka bentuk kajian kuasi eksperimen akan

dilakukan kepada dua kumpulan pelajar iaitu kumpulan rawatan yang akan menggunakan

aplikasi AGRONUTRI-X dalam pembelajaran dan kumpulan konvensional bagi

mengenal pasti keberkesanan melalui pengetahuan dan kemahiran yang terdapat di dalam

kumpulan-kumpulan tersebut.

Kajian akan dilakukan menggunakan ujian pra, ujian pasca terhadap kumpulan

pelajar kawalan dan rawatan. soal selidik motivasi intrinsik pula akan dijalankan kepada

pelajar kumpulan rawatan bagi menguji keberkesanan penggunaan aplikasi

AGRONUTRI-X dari segi motivasi.

3.4.1 Kaji Selidik Analisis Keperluan Pembangunan Modul

Kaji selidik analisa keperluan dibuat bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam

bidang kajian dan mengenal pasti keperluan pembangunan sesebuah produk baru dalam

menyelesaikan masalah yang berlaku (Siraj et al., 2020). Kaji selidik keperluan analisa

ini dibuat ke atas pakar yang terlibat secara langsung di dalam bidang pengajaran topik

penyediaan formulasi baja fertigasi pelajar SVM program Agroindustri Tanaman di kolej

vokasional.

Soal selidik yang akan digunakan adalah instrumen yang diadaptasi dan

diubahsuai daripada kajian (Isa, 2020) yang mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A

demografi, bahagian B kebolehan memahami konsep penyediaan formulasi baja fertigasi


80

dan bahagian C melakukan kerja mencampur formulasi baja fertigasi. Soal selidik ini

mengandungi 11 item berkaitan kemampuan pelajar di dalam penguasaan topik. Format

respons terhadap kenyataan di dalam soal selidik menggunakan skala Lickert 1 – 5 yang

menggambarkan tahap persetujuan terhadap kenyataan yag diberi. Soal selidik ini

didapati sesuai memandangkan soal selidik telah digunakan dalam kajian lepas.

3.4.2 Kaji Selidik Reka Bentuk dan Pembangunan aplikasi AGRONUTRI-X

Borang kaji selidik reka bentuk dan pembangunan modul ini diwujudkan bagi

mendapatkan kesahan dan penambahbaikan daripada pakar bagi perisian AGRONUTRI-

X yang telah dibangunkan. Borang kaji selidik ini diadaptasi dan diubahsuai dari borang

kaji selidik penilaian kesahan kandungan yang telah dibangunkan oleh Kok Keng Hon

(2017), yang telah membangunkan modul pembelajaran kendiri berasaskan multimedia.

Kesahan yang dibuat di dalam kaji selidik ini adalah kesahan reka bentuk, kesahan muka

dan kesahan kandungan. Tujuh orang pakar bidang akan dipilih oleh penyelidik untuk

mendapatkan kesahan reka bentuk dan pembangunan modul.

3.4.3 Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian bagi topik penghasilan formulasi baja fertigasi yang terdapat di dalam

silibus GAT4013 Pembajaan Fertigasi dalam pengajian program Agroindustri Tanaman

di peringkat SVM akan dibangunkan khusus untuk kajian ini. Jadual spesifikasi ujian
81

akan dibina terlebih dahulu untuk memastikan bahawa ujian ini mempunyai kesahan isi

kandungan. Pemilihan pengujian keberkesanan menggunakan ujian pencapaian dibuat

adalah kerana ujian pencapaian adalah kaedah terbaik dalam menilai kemajuan pelajar

setelah didedahkan dengan modul pembelajaran tertentu (Ching & Roberts, 2020).

Dua set ujian akan digunakan di dalam kajian ini iaitu, ujian pra dan ujian pasca.

Kedua-dua set ujian akan menggunakan jadual spesifikasi ujian yang sama dan menguji

aras domain kognitif yang sama tetapi berbeza daripada segi item yang dibangunkan.

Set ujian pra akan digunakan bagi menguji pengetahuan sedia ada pelajar dalam topik

penghasilan formulasi baja fertigasi manakala set ujian pasca akan digunakan untuk

menentukan perubahan atau peningkatan pencapaian pelajar untuk topik tersebut setelah

melalui pembelajaran kendiri menggunakan perisian AGRONUTRI-X. Hasil daripada

kedua-dua ujian ini, perbezaan skor di antara ujian pra dan ujian pasca yang mewakili

pencapaian pelajar dapat menentukan keberkesanan penggunaan aplikasi AGRONUTRI-

X.

Kedua-dua set soalan ujian akan dibina berdasarkan JSU dan mengikut format

penilaian akhir semester SVM bagi kertas GAT4013 Pembajaan Fertigasi. Kertas soalan

ujian pencapaian mengandungi dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian

A kertas ujian pencapaian terdiri daripada enam soalan subjektif jawapan pendek

berjumlah 15 markah dan soalan bahagian B mengandungi satu soalan esei bernilai 10

markah berpandukan kepada domain kognitif di peringkat pengetahuan bagi mengingat


82

semula pelajaran yang telah dipelajari mengikut kandungan sukatan mata pelajaran.

Masa yang diperuntukkan untuk pelajar menjawab ujian pencapaian ini adalah selama 40

minit dengan memperuntukkan 30 minit bagi menjawab soalan bahagian A dan 15 minit

soalan bagi soalan bahagian B. Masa yang diperuntukkan adalah selari dengan masa

penilaian akhir teori kertas V0504/1 Sijil Vokasional Malaysia (SVM) semester empat

mengikut pemberatan kursus GAT4013 Pembajaan Fertigasi. Jadual 3.4 menunjukkan

JSU untuk set soalan ujian pencapaian mengikut format Sektor Penilaian dan Pentaksiran,

Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) mengikut panduan

domain kognitif pengetahuan (C1), Kefahaman (C2), aplikasi (C3) dan Analisis (C4).

Jadual 3.4

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) Set Soalan Ujian Pra Dan Pasca

Bahagian A Bahagian B
Konteks / Konstruk
P1 P2 P3 P4 C2 C3 C4
Jenis-jenis fomulasi, bahan SL
1.
campuran dan kadar baja
2. Kesan baja kepada tanaman ST SL
Kaedah menyukat dan membancuh SL SL
3. baja dengan peralatan yang sesuai
4. Jenis-jenis alat penimbang ST
5. Kaedah pengiraan SL
Keperluan unsur tanaman dari ST SL
6. bahan baja
Bilangan Item 1 2 2 1 1 1 1
Penunjuk :

Bahagian A : Jenis Item = SL - Supply type ST - Select type

Bahagian B = item dari konstruk C2, C3 & C4 atau C2 & C3 atau C2 & C4

P1 Definisi/ istilah/ pengertian, fakta/fungsi, kelaziman/symbol


83

P2 Kategori/ set/ bahagian, sifat/ciri/kriteria


P3 Turutan/ pola/ susunan/ langkah, kaedah/cara
P4 Sesuatu prinsip/ konsep/ peraturan/ hukum/ teori bagi perkara tertentu

3.4.4 Instrumen Soal Selidik Motivasi

Instrumen soal selidik motivasi yang akan digunakan adalah adaptasi daripada instrumen

Instrinsic Motivation Inventory (IMI) iaitu alat pengukuran yang bertujuan mengukur

pengalaman subjektif peserta yang berkaitan dengan kajian eksperimental. Inventori ini

telah digunakan di dalam beberapa kajian luar negara dengan berkaitan dengan motivasi

intrinsik dan self-regulation (e.g., Ryan, 1982; Ryan, Mims & Koestner, 1983; Plant &

Ryan, 1985; Ryan, Connell, & Plant, 1990; Ryan, Koestner & Deci, 1991; Deci, Eghrari,

Patrick, & Leone, 1994). Intrumen motivsasi intrinsik yang diadaptasi dan digunakan di

dalam kajian ini dibina oleh Deci dan Ryan (1985).

yang mengandungi 45 item merangkumi tujuh konstruk iaitu minat, persepsi,

kompetensi, usaha, tekanan, persepsi pilihan, kebergunaan dan keberkaitan. Instrumen

soal selidik diterjemahkan daripada Bahasa inggeris menggunakan kaedah back to back

translation. . Jadual 3.5 menunjukkan instrumen Instrinsic Motivation Inventory (IMI)

yang terdiri daripada tujuh konstruk untuk menilai motivasi intrinsik


84

Format respons terhadap kenyataan menggunakan skala 1 hingga 7 yang

menggambarkan tahap persetujuan terhadap kenyataan yang diberi seperti yang

ditunjukkan di dalam Jadual 3.6. Borang soal selidik yang digunakan didapati sesuai

memandangkan soal selidik berkenaan telah digunakan dengan jayanya dalam kajian

lepas. Instrumen soal selidik motivasi ini mempunyai nilai Alpha 0.93 berdasarkan

kajian lepas menggunakan kaedah ketekalan dalam Cronbach Alpha. Mengikut Uma

Sekaran (2003), Nilai Alpha melebihi 0.8 adalah dianggap baik oleh pakar-pakar

pengukuran dan memberi penunjuk instrumen sesuai digunakan

Jadual 3.5

Komponen konstruk Instrinsic Motivation Inventory (IMI)

Konstruk
Minat
Persepsi Kompetensi

Usaha
Tekanan
Persepsi pilihan
Kebergunaan
Keberkaitan
Sumber : diadaptasi daripada Deci dan Ryan (2017)
85

Jadual 3.6

Nilai skala bagi item soal selidik Instrinsic Motivation Inventory (IMI)

Nilai skala Penerangan

1 Tidak benar

4 Ada kalanya benar

7 Sangat benar

Sumber : diadaptasi daripada Deci dan Ryan (2017)

Berdasarkan kajian oleh Roghdaryanti Hashim dan Maizatul Hayati Mohamad

Yatim (2019), pencapaian akademik pelajar di dalam bidang teknikal dan vokasional

melalui penggunaan bahan pembelajaran M-pembelajaran adalah berhubungkait secara

langsung dengan motivasi pelajar. Melalui kajian Alfiana Monika dan Heru Nurcahyo

(2018), motivasi dan pencapaian pelajar di dalam penggunaan medium pembelajaran M-

pembelajaran adalah saling berkaitan. Item-item di dalam instrumen kaji selidik motivasi

ini akan diperoleh kesahan daripada pakar bidang motivasi di kalangan pensyarah
86

akademik dan guru bimbingan dan kaunseling. Bilangan Item-item soal selidik motivasi

intrinsik mengikut konstruk ditunjukkan di dalam Jadual 3.7 . Di dalam kajian ini

penyelidik akan menggunakan post-experimental intrinsic motivation inventory yang

mengandungi 45 bilangan item berdasarkan tujuh konstruk. Bagi item negatif nilai skala

yang diperoleh akan ditolak dengan nilai 8 (lapan) untuk memperoleh skala yang sebenar.

Interpretasi tahap dan skor min soal selidik motivasi intrinsic dalam kajian ini dijalankan

mengikut tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah yang diadaptasi daripada kajian

Nik Rahimi Nik Yusoff (2006) yang ditunjukkan di dalam jadual 3.8.

Jadual 3.7

Bilangan Item-item Soal Selidik Motivasi Intrinsik

Konstruk Bilangan Soalan Bilangan item negatif


Minat 7 2
Persepsi kompetensi 6 1
Usaha 5 2
Tekanan 5 2
Persepsi pilihan 7 5
Kebergunaan 7 -
Keberkaitan 8 4
Jumlah 45 16
87

Jadual 3.8

Interpretasi Skor Min dan Tahap Motivasi Intrinsik

Min Tahap
5.01 – 7.00 Tinggi
3.01 – 5.00 Sederhana
1.00 – 3.00 Rendah
Sumber : diadaptasi daripada Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff (2006)

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian akan dijalankan sebelum kajian sebenar

dijalankan. Di dalam kajian ini, kesahan instrumen yang akan dilakukan adalah melalui

kesahan pakar manakala kebolehpercayaan instrumen kajian dijalankan melalui analisis

semasa kajian rintis.

3.5.1 Kesahan Modul

Di dalam kajian ini, kesahan modul adalah kesahan muka dan kesahan kandungan modul.

Kesahan muka merujuk kepada modul yang dibangunkan dilihat secara luaran dapat

mengukur apa yang sepatutnya diukur walaupun bukan pada pandangan seseorang yang
88

pakar (Arasinah et al., 2012). Kesahan kandungan modul mengikut Mohd Majid Konting

(1998), menjelaskan bahawa kandungan modul mestilah dapat mengukur semua isi

kandungan bidang yang dikaji dan dapat disahkan melalui pandangan pakar. Kesahan

muka dan kesahan kandungan menggunakan persamaan pekali kesahan kandungan

(content validity ratio) di mana E adalah bilangan penilai yang bersetuju dengan modul

dan N adalah jumlah pakar yang menilai modul (Ayre & Scally, 2014). Seramai tujuh

pakar akan membuat kesahan modul terdiri daripada seorang pensyarah universiti dalam

bidang sains pertanian, seorang penolong pengarah Sektor Kurikulum TVET BPLTV,

empat orang guru kolej vokasional dan seorang pegawai Jabatan Pertanian. Nilai

minimum CVR yang diperlukan untuk memperoleh kesahan ialah 0.99 bagi

menunjukkan modul ini mempunyai kesahan tinggi dan dapat merangkumi kandungan

topik yang dikaji. Jadual 3.9 menunjukkan nilai kesahan bagi CVR (content validity

ratio).

CVR (nilai pekali kesahan)=


E− ( N2 )
( N2 )
Jadual 3.9

Nilai Kesahan Bagi CVR (content validity ratio)

Bilangan pakar Nilai Minima CVR


5 .99
7 .99
9 .78
11 .59
13 .54
15 .49
89

Sumber : diadaptasi daripada C.H. Lawshe (1975)

3.5.2 Kesahan Instrumen

Kesahan instrumen kajian dalam kajian ini melibatkan kesahan instrumen set ujian pra

dan pasca serta instrumen soal selidik motivasi intrinsik. Kedua-dua instrumen ini akan

dilakukan kesahan muka dan kesahan kandungan melalui pandangan dan persetujuan

pakar. Kesahan instrumen dibuat bagi memastikan alat ukur dapat mengukur objektif

melalui item ujian yang relevan dengan kandungan bidang kajian.

Kesahan instrumen juga akan menggunakan persamaan pekali kesahan kandungan

(content validity ratio) berdasarkan kepada persetujuan pakar. Bagi instrumen ujian

pencapaian, tujuh orang pakar bidang terdiri daripada seorang pensyarah universiti dalam

bidang sains pertanian, seorang penolong pengarah Sektor Penilaian dan Pentaksiran

BPLTV, seorang penolong pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysian (LPM), dua orang

guru cemerlang program Agroindustri Tanaman dan dua orang guru program

Agroindustri Tanaman di kolej vokasional akan dipilih sebagai pakar yang akan menilai

instrumen ujian pencapaian. Nilai minima pekali kesahan instrumen ini mestilah

mencapai 0.99 bersamaan kesemua pakar bersetuju dengan kandungan instrumen.

Manakala kesahan instrumen soal selidik untuk motivasi belajar akan dinilai oleh

lima orang pakar bidang iaitu dua pensyarah universiti dalam bidang psikologi dan

kaunseling serta tiga orang guru bimbingan dan kaunseling sepenuh masa. Nilai pekali
90

kesahan CVR mestilah menunjukkan nilai 0.99 yang mana kelima-lima pakar mestilah

bersetuju dengan kandungan soal selidik motivasi belajar yang digunakan dalam kajian

bagi mengukur konstruk kajian. Item-item di dalam instrumen akan diubah suai

mengikut maklum balas oleh pakar.

3.5.3 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian

Kebolehpercayaan adalah ketepatan dan kestabilan sesuatu alat ukur dalam mengukur

sesuatu ujian walaupun diambil beberapa kali. Ujian atau soal selidik yang diambil

haruslah tekal bagi menghasilkan maklumat yang tepat tanpa diragui (Azman &

Mustapha, 2014). Kedah konsistensi dalaman (internal consistency approach)

menggunakan nilai Cronbach alpha adalah kaedah yang popular digunakan dalam

penyelidikan sains sosial. Nilai Cronbach Alpha yang memuaskan dan item boleh

diterima mestilah pada nilai 0.65 dan ke atas bagi menjamin konsistensi pengukuran

(Chua, 2011).

Kebolehpercayaan instrumen ujian pencapaian dan soal selidik motivasi belajar

kajian ini akan diperoleh dalam nilai pekali Cronbach Alpha berdasarkan kajian rintis

yang akan dijalankan terhadap 30 orang pelajar SVM program Agroindustri Tanaman

Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja. Jadual 3.10 menunjukkan penerangan julat nilai

pekali kebolehpercayaan Cronbach Alpha.


91

Jadual 3.10

Julat nilai pekali Kebolehpercayaan Cronbach Alpha

Pekali Kebolehpercayaan Cronbach Alpha (α) Penerangan


> .9 Sangat baik
> .8 Baik
> .7 Boleh diterima
> .6 Diragui
> .5 Lemah
< .5 Tidak boleh diterima
Sumber : diadaptasi daripada George dan Mallery (2016)

3.6 Kajian Rintis

Gall, Gall dan Borg (2003) menyatakan kajian rintis perlu dijalankan di dalam

penyelidikan Pendidikan bagi mendapatkan maklumat awal kebolehpercayaan instrumen

yang digunakan, mengenal pasti kebolehlaksanaan atau kemunasabahan sebelum kajian

sebenar dijalankan. Kajian rintis akan membantu dalam mengenal pasti sejauh mana

item-item instrumen difahami dan dapat ditafsir dengan tepat oleh sampel kajian dari segi

bahasa, bentuk item dan masa yang diperuntukkan untuk menjawab ujian pencapaian.

Kajian rintis akan dijalankan melibatkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri yang hampir

sama dengan sampel kajian. Kajian rintis akan melibatkan 30 orang pelajar SVM

program Agroindustri Tanaman di Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja, Rembau untuk

menentukan kebolehlaksanaan modul mengikut perancangan dan kebolehpercayaan


92

instrumen ujian pencapaian serta soal selidik motivasi belajar. Proses intervensi semasa

kajian rintis adalah sama seperti kajian sebenar iaitu lapan minggu.

3.7 Ancaman

Semasa menjalankan kajian kuasi eksperimen, beberapa penelitian dan tindakan akan

diambil kira bagi mengatasi dan mengurangkan kesan yang mungkin berlaku terhadap

kajian yang akan dijalankan. Beberapa kesan atau ancaman disenaraikan dan cadangan

Langkah Tindakan yang perlu diambil disenaraikan di dalam jadual 3.11.

Jadual 3.11

Kesan dalam Melaksanakan Kajian Kuasi Eksperimen

Jenis Ancaman Penerangan Tindakan


(kesan)
Sejarah Terdapat perkara yang Wujudkan kumpulan kawalan di
tidak diingini berlaku dalam kajian
sehingga menjejaskan
hasil kajian
Kematangan Subjek menjadi matang, Mewujudkan kumpulan kawalan
dewasa, bijak dan supaya kedua-dua kumpulan
berpengalaman seiring dalam kematangan
Pemilihan Responden mempunyai Memilih responden secara
ciri-ciri yang boleh rawak dan menjalankan ujian
mempengaruhi hasil pra untuk mengenalpasti tiada
kajian. Kemungkinan keputusan yang di luar jangka di
terdapat responden yang kalangan responden. Selain itu,
pintar dalam kajian memilih lokasi kajian dalam
93

kluster yang sama tahap


Mortaliti Responden menarik diri Mengambil lebih banyak
dari kajian, meninggal responden sebagai sampel
dunia atau berlaku sesuatu
yang tidak dijangka
Rawatan penyebaran Berlaku komunikasi di Kumpulan kawalan dan
antara kumpulan rawatan kumpulan rawatan berada di
dan kumpulan kawalan. lokasi yang berbeza
Ujian pra Ujian pra boleh menjadi Gunakan set soalan yang
dorongan untuk pelajar berbeza semasa ujian pasca
meneroka jawapan sendiri.
Instrumen Perubahan dalam Menggunakan JSU dengan
instrumen tidak soalan yang berbeza tetapi aras
menjejaskan skor kesukaran yang sama dan
mengukur objektif yang sama
Regrasi Statik Kencenderungan skor akan Penyelidik memilih peserta yang
Kembali kepada purata tidak mempunyai markah tinggi
untuk belajar.
Sumber : diadaptasi daripada Creswell (2012)

3.8 Prosedur Pengumpulan Data Kajian

Permohonan menjalankan kajian terlebih dahulu akan diperoleh daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia

melalui sistem eRAS2.0. Kebenaran seterusnya akan dipohon daripada Bahagian

Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Kementerian Pendidikan

Malaysia untuk menjalankan kajian di lima buah kolej vokasional yang menawarkan
94

program Agroindustri Tanaman. Satu sesi perjumpaan bersama dengan pegawai dari

Sektor Pengurusan Kecemerlangan TVET, BPLTV akan diadakan bagi menerangkan

tujuan kajian, tempoh masa, kaedah pelaksanaan, lokasi terlibat dan kumpulan pelajar

yang akan dilibatkan dalam kajian ini.

Semasa di lokasi kajian terlibat, penyelidik akan memberi taklimat kepada guru-

guru yang mengajar pelajar SVM program Agroindustri Tanaman berkaitan tujuan serta

kaedah pelaksanaan kajian ini. Sebanyak lima buah kolej vokasional yang akan terlibat

di dalam kajian ini iaitu Kolej Vokasional Dato’ Lela Maharaja sebagai lokasi kajian

rintis manakala Kolej Vokasional (Pertanian) Teluk Intan, Kolej Vokasional (Pertanian)

Chenor, Kolej Vokasional Pasir Puteh dan Kolej Vokasional Lahad datu sebagai lokasi

kajian sebenar.

Di dalam kajian sebenar, sampel kajian dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu

sampel kawalan (kaedah konvensional) dan sampel rawatan (penggunaan aplikasi

AGRONUTRI-X). sampel kawalan dan sampel rawatan akan diminta untuk menjawab

ujian pra bagi menentukan pengetahuan sedia pelajar dalam topik penyediaan formulasi

baja fertigasi. Kumpulan kawalan akan melalui proses pembelajaran konvensional sedia

ada di dalam kelas menggunakan bahan pengajaran bertulis. Bagi kumpulan kawalan

pula, proses pengajaran secara konvensional dikekalkan dan aplikasi AGRONUTRI-X

akan dipasang pada gajet bagi membolehkan pelajar mengakses pembelajaran secara
95

kendiri di luar waktu pembelajaran. Tempoh intervensi penggunaan modul adalah

selama lapan minggu.

Setelah tamat tempoh lapan minggu, kedua-dua kumpulan pelajar akan menjawab

set soalan ujian pasca seterusnya kumpulan rawatan akan diminta untuk menjawab soal

selidik motivasi intrinsik bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan aplikasi

terhadap elemen motivasi intrinsik. Dapatan kajian dari ujian pencapaian dan borang kaji

selidik motivasi belajar akan dianalisis menggunakan perisian SPSS versi 26.0. rajah 3.1

menunjukkan carta alir prosedur pengumpulan data di dalam kajian ini.

Permohonan menjalankan kajian menggunakan


sistem Eras2.0

Permohonan kebenaran daripada Pengarah


BPLTV,KPM
Permohonan menjalankan kajian daripada
Pengarah kolej vokasional terlibat

96
Kajian Rintis

Sampel kajian

Taklimat pelaksanaan kajian

Kumpulan Kawalan Kumpulan Rawatan

Ujian Pra

Pembelajaran Penggunaan modul


konvensional AGRONUTRI-X

Ujian Pasca

Soal selidik

Analisis data kajian

Rajah 3.1. Prosedur pengumpulan dapatan kajian


97

3.9 Prosedur Analisis Dapatan Kajian

Data yang diperoleh daripada kajian akan dianalisis menggunakan program SPSS 26.0

(Statistical Package for the social Science version 26.0) untuk mendapatkan maklumat

dalam bentuk empirikal seterusnya memberi keputusan terhadap kajian yang dijalankan.

Kajian ini akan menggunakan analisis statistik deskriptif dan analisis statistik inferensi

bagi menganalisis dapatan kajian.

3.9.1 Analisis Statistik Deskriptif

Data yang dipungut daripada ujian pra, ujian pasca dan soal selidik motivasi belajar akan

menggunakan analisis statistik deskriptif bagi menentukan frekuensi, min, peratus,

taburan skor dan sisihan piawai.

3.9.2 Analisis Statistik Inferensi

Analisis statistik inferensi akan di dalam objektif ketiga iaitu mengenal pasti perbezaan

skor min ujian pra – pasca yang signifikan di antara kumpulan kawalan (kaedah

konvensional) dan kumpulan rawatan (aplikasi AGRONUTRI-X). Ujian T-sampel tidak


98

bersandar (independent samples t-test) akan digunakan bagi membandingkan skor min

bagi dua kumpulan kajian. Bagi menentukan skor min bagi kedua-dua kumpulan kajian

terbebut berbeza secara signifikan atau pun tidak, nilai ujian T-sampel tidak bersandar

mestilah < 0.05 bagi menunjukkan pencapaian pelajar di antara kumpulan kajian adalah

sangat signifikan. Sekiranya nilai ujian T-sampel yang diperoleh adalah > 0.05, ini

menunjukkan perbezaan min bagi ujian pencapaian adalah tidak signifikan (Sahari,

2014).

Jadual 3.12 menunjukkan ringkasan bagaimana kaedah analisis data dibuat

mengikut empat objektif yang telah disenaraikan di dalam kajian ini iaitu mengenal pasti

analisis keperluan, pembangunan modul, mengenal pasti perbezaan signifikan di antara

ujian pra dan ujian pasca serta mengenal pasti keberkesanan modul AGRONUTRI-X

dalam meningkatkan motivasi belajar.

Jadual 3.12

Kaedah Analisis Data Kajian

Instrumen / Analisis
Bil Objektif
Pembangunan Data
1. Mengenal pasti keperluan pembangunan Soal selidik - Content
modul yang sesuai dalam membantu Validity
pelajar meningkatkan pencapaian topik Ratio
penghasilan formulasi baja fertigasi. (CVR)
2. Membangunkan aplikasi AGRONUTRI-X Soal selidik - Content
untuk melancarkan proses pengajaran dan kesahan Validity
pembelajaran topik penghasilan formulasi kandungan Ratio
99

baja fertigasi (CVR)


3. Mengenal pasti sama ada terdapat Ujian Pra - Independent
perbezaan yang signifikan dalam T-test
peningkatan ujian pra dan ujian pasca Ujian Pasca - Independen
pencapaian pelajar di antara kumpulan t t-test
yang menggunakan - Corrolated
aplikasiAGRONUTRI-X (rawatan) t-test
berbanding kumpulan kaedah
konvensional (kawalan).
4. Mengenal pasti keberkesanan penggunaan Soal selidik - Min
aplikasi AGRONUTRI-X dalam kalangan - Sisihan
pelajar program Agroindustri Tanaman piawai
dari aspek motivasi Belajar.

3.10 Ujian Normaliti

Sebelum menjalankan analisis inferensi, taburan data yang diperoleh mestilah bertaburan

normal. Pengujian normaliti akan dijalankan menggunakan ujian statistik skewness &

kurtosis menggunakan perisian SPSS. Ujian ini akan melihat kepencongan dan puncak

pada graf histogram melalui taburan data kajian.

Mengikut Field (2013), taburan data normal Skewness dan kurtosis pada nilai 0

adalah menunjukkan taburan data yang normal. Walaubagaimanapun bagi tujuan

psikometrik, nilai Skewness dan kurtosis -2 sehingga 2 adalah boleh diterima (George &

Mallery, 2016).
100

3.11 Penutup

Kajian ini bertujuan membangunkan modul pembelajaran M-learning dan menentukan

keberkesanan modul terhadap pencapaian pelajar dalam topik penghasilan formulasi baja

fertigasi. Kajian keberkesanan ini dijalankan menggunakan reka bentuk kuasi-

eksperimen berbentuk ujian pra – pasca kumpulan kawalan kumpulan rawatan tidak

seimbang. Sampel kajian dipilih menggunakan teknik persampelan bukan

kebarangkalian persampelan bertujuan. Dua jenis intrumen digunakan dalam kajian ini

iaitu set ujian soalan pencapaian bagi ujian pra dan ujian pasca serta borang soal selidik

motivasi belajar. Pembangunan modul yang digunakan dalam kajian ini akan

diterangkan secara terperinci di dalam Bab


RUJUKAN

Ab Ghani, F. S., & Baharudin, H. (2016). Pendekatan ‘ Mobile Learning ’ Dalam Meningkatkan Motivasi
Pelajar. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab, December, 194–205.

Abd Rahim, N. (2019). Jom Tulis Tesis. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Abdul Hakkim, V. M., Abhilash Joseph, E., Ajay Gokul, A. J., & Mufeedha, K. (2016). FERTIGATION : A
NOVEL AND EFFICIENT MEANS FOR FERTILIZER APPLICATION. International Journal of Current
Research, 8(08), 35757–35759.

Agustinus, M. D., Zubaidah, S., & ... (2019). Modul Pembelajaran Analisis Karakter Morfologi, Anatomi,
dan Agronomi Kedelai Berbasis PjBL untuk Siswa SMK Pertanian. Jurnal Pendidikan: Teori …,
4(11), 1576–1583. http://journal.um.ac.id/index.php/jptpp/article/view/13049

Ahmat Miskam, R., & Mohamad, M. M. (2017). Reka bentuk Instriksional perisian multimedia
interaktif KHB pilihan (ERT) tingkatan 2 bertajuk jahitan. Online Journal for TVET Practitioners, 2,
68 to 83. http://www.myjurnal.my/public/article-view.php?id=119042

Ali, D. F., Yahya, S. S., & Omar, M. (2020). Penggunaan Aplikasi Augmented Reality dalam Topik Litar
Asas Elektronik The Use of Augmented Reality Application in Basic Electronic Circuit Topic
Augmented Reality dalam Pendidikan. Innovative Teaching and Learning Journal, 3(2), 1–7.

Ali, S. N., Khan, N. L. K., & Ghani, A. T. W. A. (2018). Abad 21 trend pembelajaran dan pengajaran
politeknik & kolej komuniti malaysia. http://cidos.edu.my/download/viewImage/7

Alias, N., Dorothy, D., & Jamaludin, K. A. (2018). Transformasi Pendidikan Teknik Dan Vokasional
Malaysia. Penerbit Universiti Malaya.

Azman, M. N. A., & Mustapha, R. (2014). Pendidikan Teknikal & Vokasional Pendekatan Penyelidikan,
Analisis & Interpretasi. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bailey, T. H., & Phillips, L. J. (2016). The influence of motivation and adaptation on students’
subjective well-being, meaning in life and academic performance. Higher Education Research
and Development, 35(2), 201–216. https://doi.org/10.1080/07294360.2015.1087474

Basak, S. K., Wotto, M., & Bélanger, P. (2018). E-learning, M-learning and D-learning: Conceptual
definition and comparative analysis. E-Learning and Digital Media, 15(4), 191–216.
https://doi.org/10.1177/2042753018785180

Blaschke, L. M., & Hase, S. (2019). Heutagogy and digital media networks. Pacific Journal of
Technology Enhanced Learning, 1(1), 1–14. https://doi.org/10.24135/pjtel.v1i1.1
100

Boucheix, J. M., & Schneider, E. (2009). Static and animated presentations in learning dynamic
mechanical systems. Learning and Instruction, 19(2), 112–127.
https://doi.org/10.1016/j.learninstruc.2008.03.004

Brown, D. H. (2000). Principles of Language Learning and Teaching (5th Edition). Pearson Education
ESL.

Dakhi, O., Jama, J., Irfan, D., Ambiyar, & Ishak. (2020). BLENDED LEARNING: A 21ST CENTURY
LEARNING MODEL AT COLLEGE. INTERNATIONAL JOURNAL OF MULTI SCIENCE, 1(2), 17–23.

Doneva, R., Kasakliev, N., & Totkov, G. (2006). Towards mobile university campuses. International
Conference on Computer Systems and Technologies - CompSysTech’2006, 40(1), 67–75.

El-Hussein, M. O. M., & Cronje, J. C. (2010). Defining mobile learning in the higher education
landscape. Educational Technology and Society, 13(3), 12–21.

Emda, A. (2017). Kedudukan Motivasi Belajar Siswa Dalam Pembelajaran. Lantanida Journal, 5(2),
172–182. https://doi.org/10.22373/lj.v5i2.2838

Hashim, R., & Mohamad Yatim, M. H. (2019). Hubungan Antara Motivasi dan Penerimaan Dengan
Pencapaian Akademik Pelajar Dalam Pembelajaran Menggunakan M-Pembelajaran di Kolej
Vokasional. International Journal of Humanities, Management and Social Science, 2(2), 89–94.
https://doi.org/10.36079/lamintang.ij-humass-0202.37

Howard, J., Gagné, M., Morin, A. J. S., & van den Broeck, A. (2016). Motivation profiles at work: A self-
determination theory approach. Journal of Vocational Behavior, 95–96, 74–89.
https://doi.org/10.1016/j.jvb.2016.07.004

Hussin, R. (2013). Pendekatan Teori Pembelajaran Kognitivisme dalam Pendidikan Seni Visual (PSV).
Jurnal Seni Dan Pendidikan Seni, 1, 59–66.

Jackson, S. L. (2006). Research Methods and Statistics : A Critical Thinking Approach (V. Knight, Ed.;
2nd Editio). Thomson Wadsworth.

Katz, D., Kahn, R. L., & Kahn, R. L. (1978). The Social Psychology Of Organizations. Wiley.

Kiong, T. T., Florentius, A. W., Abu, M., Rubi, D. M., & Mohamed, S. (2016). Tahap penguasaan teori
dan amali dalam kalangan pelajar ekonomi rumah tangga: kajian persepsi di universiti awam
Malaysia. Geografia : Malaysian Journal of Society and Space, 12(3), 79–87.

Lee, K. C., Abdullah, Z., & Chua, L. N. (2018). Penyelidikan Dalam Pendidikan. Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Malaysia, K. P. (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan Edisi Keempat. 156.

Malaysian Qualifying Agency, & Jabatan Pembangunan Kemahiran. (2019). Code of Practice for TVET
Programme Accreditation. 74.

Mattson, N. (2018). Fertilizer Calculation Basics for Hydroponics. 3(5), 1–8.

Mattson, N. S., & Peters, C. (2014). A Recipe for Hydroponic Success Providing. Inside Grower, 16–19.
http://www.greenhouse.cornell.edu/crops/factsheets/hydroponic-recipes.pdf
101

Mohamad Ali, A. Z. (2019). Multimedia dan Perisian Pendidikan Panduan Praktikal Reka Bentuk dan
Penyelidikan. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mohamed, O. (2001). Penulisan Tesis Dalam Bidang Sains Sosial Terapan. Penerbit Universiti Putra
Malaysia.

Mohd Yusof, M. H., Arsat, M., Amin, N. F., & Abdul Latif, A. (2020). Issue and Challenge for Vocational
Teaching Quality in the Vocational College Lecturers : A Systematic Review. Sains Humanika,
12(2), 9–13.

Mohd Yusoff, M. Y., Hanafiah, M. G., Yunos, Y., & Jamian, N. (2017). Generasi Z dan Warisan Budaya.
In Seminar Bahasa, Sastera dan Budaya Melayu.

Mok, S. S. (2011). Pedagogi untuk pengajaran-pembelajaran. Penerbitan Multimedia.

Muhammad Nidzam Yaakob, Ahmad Sobri Shuib, Nurahimah Mohd Yusoff, & Shamshul Bahar Yaakob.
(2019). PEMBANGUNAN MODEL M-PEMBELAJARAN UNTUK KURSUS TEKNOLOGI DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN IPG: SATU ANALISIS KEPERLUAN. Practitioner Research, 1,
87–110.

Muhammad Pozi, F. N. S., & Khalid, F. (2017). Kesan Teknologi Augmented Reality Dalam Pendidikan
Terhadap Peningkatan Motivasi Pelajar. International Conference on Global Education V, 1200–
1209.

Nor Asmawati, I., Najihah, A. W., & Norsuhada, M. H. (2019). Meningkatkan efikasi kendiri guru di
Malaysia terhadap kecenderungan pembelajaran generasi z dan alpha. Journal of Management
and Operation Research, 1(13), 1–8.

Ozuorcun, N. C., & Tabak, F. (2012). Is M-learning Versus E-learning or are They Supporting Each
Other? Procedia - Social and Behavioral Sciences, 46, 299–305.
https://doi.org/10.1016/j.sbspro.2012.05.110

Patil, S. T., Us, K., Ms, M., Dm, M., & Js, D. (2020). Hydroponic nutrient solution : A review. Journal of
Pharmacognosy and Phytochemistry, 9(5), 2095–2099.

Piaget, J. (1973). To Understand is to invent: The future of education. In Piaget, Jean. Grossman
Publishers.

Piaget, J. (2013). The Construction Of Reality In The Child (1st Editio). Routledge.
https://doi.org/https://doi.org/10.4324/9781315009650

Pyzhikova, N., Smirnova, T., Chepeleva, K., & Shmeleva, Z. (2020). The Brand as a Tool for Agricultural
Products Promotion in the Region. Advances in Social Science, Education and Humanities
Research, Volume 392, 392(Eses 2019), 178–184. https://doi.org/10.2991/assehr.k.200113.036

Qurrahman, B. F. T. (2017). Formulasi Nutrisi HIDROPONIK AB MIX dengan aplikasi MS Excel dan
Hydrobuddy (edisi pert). Plantaxia.

Ruiz, J. G., Mintzer, M. J., & Leipzig, R. M. (2006). The impact of e-learning in medical education.
Academic Medicine, 81(3), 207–212. https://doi.org/10.1097/00001888-200603000-00002
102

Rus, R. C., Husain, M. A. M., Hanapi, Z., & Mamat, A. B. (2020). TVETagogy: Teaching and Facilitating
Framework (PDPC) for Technical and Vocational Education and Training (TVET). International
Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 10(3), 679–687.
https://doi.org/10.6007/ijarbss/v10-i3/7082

Russell, J. D. (1974). Modular Instruction; a Guide to the Design, Selection, Utilization and Evaluation
of Modular Materials. Burgess Publishing Company.

Ryan, R. M., & Deci, E. L. (2017). Self-Determination Theory Basic Psychological Needs in Motivation,
Development, and Wellness. In THE GUILFORD PRESS. The Guilford Press.
https://doi.org/10.1016/S0278-5846(03)00119-2

Sahaat, Z., Nasri, N. M., & Abu Bakar, A. Y. (2020). ADDIE Model In Teaching Module Design Process
Using Modular Method: Applied Topics in Design And Technology Subjects. Advances in Social
Science, Education and Humanities Research, 464(Proceedings of the 1st Progress in Social
Science, Humanities and Education Research Symposium (PSSHERS 2019)), 719–724.
https://doi.org/10.2991/assehr.k.200824.161

Shah A., S., Che Kob, C. G., & Khairudin, M. (2019). Effectiveness of m-learning applications for design
and technology subject. International Journal of Interactive Mobile Technologies, 13(10), 120–
133. https://doi.org/10.3991/ijim.v13i10.11324

Sidek, S., & Hashim, M. (2016). Pengajaran berasaskan video dalam pembelajaran berpusatkan
pelajar: analisis dan kajian kritikal. Journal of ICT in Education, 3(1), 24–33.

Siraj, S., Ishak, Z., & Tunku Mokhtar, T. M. (1996). Motivasi Dalam Pendidikan. Utusan Publications.

Thangaiah, E. A., Jenal, R., & Yahaya, J. (2020). Penerokaan Penggunaan E-Pembelajaran dalam
Kalangan Pelajar dan Pengajar TVET - Satu Kajian Awal. Jurnal Akademika, 90(Isu Khas 3), 5–18.

Tomi, A. bin, & Rambli, D. R. A. (2013). An interactive mobile augmented reality magical playbook:
Learning number with the thirsty crow. Procedia Computer Science, 25(December 2013), 123–
130. https://doi.org/10.1016/j.procs.2013.11.015

Tsukagoshi, S., & Shinohara, Y. (2016). Plant Factory: An Indoor Vertical Farming System for Efficient
Quality Food Production. In Plant Factory: An Indoor Vertical Farming System for Efficient
Quality Food Production (pp. 165–172). Elsevier Inc.

Vikrant, S., Sayyad, S., Kumar, A., Vengatesan, K., & Singhal, A. (2020). M-learning for promoting
advancements in agriculture: An innovative educational model for ethiopian farmers. Advances
in Mathematics: Scientific Journal, 9(7), 5057–5064. https://doi.org/10.37418/amsj.9.7.71

Wardani, S. (2015). Pemanfaatan Teknologi Augmented Reality (Ar) Untuk Pengenalan Aksara Jawa
Pada Anak. Jurnal Dinamika Informatika, 5(November), 1–13.

Weiner, B. (2000). Intrapersonal and Interpersonal Theories of Motivation from an Attributional


Perspective. Educational Psychology Review, 12(1), 1–14.
https://doi.org/https://doi.org/10.1023/A:1009017532121
103

Williams, R. R., & Anandam, K. (1973). The Effect of Behavior Contracting on Grades. The Journal Of
Educational Research, 66(5), 230–236.
https://doi.org/https://doi.org/10.1080/00220671.1973.10884461

Yıldız, G., Yıldırım, A., Akça, B. A., Kök, A., Özer, A., & Karataş, S. (2020). Research Trends In Mobile
Learning. International Review of Research in Open and Distributed Learning, 21(3), 176–196.
https://doi.org/https://doi.org/10.19173/irrodl.v21i3.4804

Zulkifli, N., Hamzah, M. I., & Razak, K. A. (2020). FAKTOR PENDORONG KREATIVITI DALAM KALANGAN
PELAJAR POLITEKNIK. ASIAN PEOPLE JOURNAL, 3(2), 77–85.
https://doi.org/http://dx.doi.org/10.37231/apj.2020.3.2.210

Anda mungkin juga menyukai