Anda di halaman 1dari 41

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

FAKULTI PENDIDIKAN

GGGB 6013 – KAEDAH PENYELIDIKAN 1

TUGASAN 1

ANALISIS & SINTESIS


LITERATUR

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. FARIZA BINTI KHALID


PROF DR. RUHIZAN BT. MOHAMMAD YASIN

NO MATRIK : P113339

NAMA PELAJAR: MUNIRAH BINTI MADZLAN

SET: 3

EMAIL: P113339@siswa.ukm.edu.my

HP NO: 0136189410

PROGRAM ATAU BIDANG PENGAJIAN: PENDIDIKAN PRASEKOLAH


1.01 Artikel Jurnal 1/10
Kategori: Dalam Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Corak Interaksi Sosial Kanak-Kanak Dengan Rakan


tajuk artikel, tajuk Sebaya Semasa Main Bebas Di Prasekolah.
Jurnal, vol
Rujukan :
Jaslinah Binti Makantal, Mariani Binti Md.Nor, Mohd Nazri Bin
Abd.Rahman. 2020. Corak Interaksi Sosial Kanak-Kanak Dengan
Rakan Sebaya Semasa Main Bebas Di Prasekolah. Jurnal Kurikulum
& Pengajaran Asia Pasifik. 8(4): 21-34.
URL atau DOI https://ejournal.um.edu.my/index.php/JUKU/article/view/26840
Pernyataan Masalah 1. Isu berkaitan masalah mental di kalangan kanak-kanak dan
remaja semakin serius.
2. Masalah mental ini, akan membawa kepada masalah tingkah
laku yang boleh membahayakan diri dan orang lain.
3. Bantuan dan bimbingan yang sepatutnya tidak dapat diberikan
secara berkesan.
4. Kaedah pembelajaran yang masih berbentuk traditional
menyebabkan sekolah dan guru tidak mendapat membantu
kanak-kanak yang defisit dari segi kemahiran sosial mereka.

Objektif kajian Fokus kajian adalah untuk meneroka corak interaksi sosial antara kanak-
(senaraikan) kanak dengan rakan sebaya semasa aktiviti main bebas di prasekolah.
Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual
kajian (hanya jika 1. Ginsburg (2007) menghuraikan, bermain merupakan aktiviti
ada) yang perlu dikembangkan dalam dunia kanak-kanak kerana
ianya memberi impak positif terhadap sosial, kognitif, fizikal,
emosi dan bahasa kanak-kanak.
2. Mead (1934) dalam teori interaksionisme simbolik menjelaskan
bahawa kognitif kanak-kanak berkembang dengan adanya
interaksi sosial, interaksi sosial akan membantu kanak-kanak
memahami diri dan orang lain (Klarin 2015).
3. Ostrosky & Meadan (2010) menjelaskan tentang kesesuaian
persekitaran bermain yang mendorong kepada interaksi sosial
kanak-kanak iaitu seperti penyediaan ruang fizikal kelas,
penentuan bilangan kanak-kanak dengan ruang bermain, jenis
peralatan main dan jenis perhiasan dalam kelas.
4. Jumlah kanak-kanak (Ashiabi 2007) dan jenis alat permainan
akan mempengaruhi tahap interaksi sosial yang akan berlaku
antara kanak-kanak (Wathu 2016).
5. Permainan seperti blok, play doh, serta apa sahaja jenis alat
main yang mendorong kepada permainan secara berkumpulan
akan memudahkan interaksi sosial mereka (Wathu 2016).
Metodologi Reka bentuk Kuantitatif dan Kualitatif.
● Rekabentuk Sampel 25 orang kanak-kanak secara umum dan 12
kajian, kanak-kanak secara berfokus di sebuah
● Jenis prasekolah.
persampelan Instrumen 1. Teknik pemerhatian berstruktur dan
● Siapa tidak berstruktur.
responden 2. Temu bual semi berstruktur melibatkan
atau informan guru prasekolah.
dan berapa 3. Instrumen kajian terdiri daripada rekod
jumlahnya persampelan masa (time sampling
● instrumentasi record) (adaptasi dan ubahsuai: Mahani
● kaedah Razali 2006) untuk data pemerhatian
analisis data berstruktur dan nota lapangan untuk
**terangkan detail pemerhatian tidak berstruktur.
instrumen yang
digunakan Analisis Data Analisis data kajian dilakukan dalam dua bentuk
iaitu analisis data secara kuantitatif dan
kualitatif. Bagi data pemerhatian berstruktur
menggunakan rekod persampelan masa (time
sampling record) data dianalisis menggunakan
asas statistik (basic statistic) berbentuk
kekerapan tingkah laku pada setiap item.
Keputusan/ Dapatan Hasil penelitian ini berdasarkan objektif yang dinyatakan :
kajian (berdasarkan 1. Data kuantitatif menunjukkan corak interaksi sosial kanak-
Objektif kajian) kanak dengan rakan sebaya dikategorikan kepada 2 iaitu
interaksi sosial secara positif dan negatif.
2. Secara keseluruhannya, interaksi sosial negatif bentuk monopoli
mencatat perlakuan yang amat sedikit berbanding dengan
interaksi sosial secara positif. Hal ini dipengaruhi oleh peranan
guru yang mana setiap kali sebelum bermain guru akan
menasihati kanak-kanak agar mengelakkan tingkah laku
monopoli dan suka menguasai permainan.
3. Selain itu semasa bermain kanak-kanak akan kerap dipantau oleh
guru atau pembantu guru agar proses main berjalan dengan baik.
4. Hasil data menunjukkan dengan adanya main bebas, secara tidak
langsung kanak-kanak akan berkomunikasi dengan rakan sebaya
kerana dipengaruhi oleh persekitaran main yang mendorong
mereka untuk berinteraksi seperti memberi idea, bertanya,
menjawab, memperbetulkan, dan menerangkan. Komunikasi ini
berbentuk verbal dan nonverbal.

Perbincangan/ 1. Secara keseluruhannya, aktiviti bermain akan mewujudkan


Implikasi kajian pelbagai bentuk interaksi sosial yang kompleks, kerana ianya
melibatkan rakan sebaya secara tidak langsung.
2. Dapatan kajian menunjukkan interaksi positif lebih banyak
berbanding interaksi negatif kerana peranan guru dalam
menentukan bilangan kanak-kanak bermain dalam satu
kumpulan iaitu seramai tiga atau empat orang sahaja dalam
suatu kumpulan.
Cadangan kajian 1. Pada kajian akan datang dicadangkan agar dijalankan kajian
lanjutan terhadap aktiviti main bebas yang meneroka aspek lain seperti
interaksi sosial antara guru dan kanak-kanak, emosi kanak-kanak
dan gender kanak-kanak semasa main bebas.
2. Selain itu, kajian juga boleh diperkembangkan kepada beberapa
buah prasekolah agar dapatan kajian boleh dibuat perbandingan
dan menjadi bahan rujukan guru dan pembina dasar dalam
membentuk kurikulum prasekolah, mengkaji semula setting
ruang bermain kanak-kanak diprasekolah dan bentuk latihan yang
perlu diberikan kepada guru-guru prasekolah agar aspek
penyampaian pembelajaran pada kanak-kanak diperbaiki dan
lebih berkesan untuk menghasilkan kanak-kanak yang berdaya
saing dan kuat dari segi mental dan fizikal mereka sebagai
persediaan menghadapi persaingan diperingkat globalisasi.

Komen/Analisis 1. Hasil dapatan kajian dapat menegaskan main bebas mampu


Pelajar Terhadap merangsang pelbagai corak interaksi sosial pada kanak-kanak
Artikel Ini (e.g yang mana perkembangan yang baik pada aspek ini akan
Pernyataan Masalah, mempengaruhi perkembangan awal aspek lain seperti kognitif,
Objektif, Sorotan emosi, bahasa dan fizikal kanak-kanak.
Literatur, Metodologi 2. Hasil dapatan kajian ini juga boleh dijadikan pengukur kepada
(Rekabentuk, dsb), kepentingan main dalam pembelajaran di peringkat kanak-kanak
Dapatan, khususnya pada peringkat prasekolah.
Perbincangan, Kajian 3. Kajian ini juga dapat membuktikan peranan guru amat penting
Lanjutan) dalam membentuk interaksi sosial yang positif semasa kanak-
kanak bermain.
4. Kaedah aktiviti main bebas dapat dibuktikan mampu
menggalakkan kanak-kanak berkomunikasi dengan rakan sebaya
kerana dipengaruhi oleh persekitaran main yang mendorong
mereka untuk berinteraksi.
5. Aktiviti bermain akan mewujudkan pelbagai bentuk interaksi
sosial yang kompleks kerana melibatkan rakan sebaya.
6. Pengkaji telah memberi penerangan yang spesifik tentang
instrumen yang diguna pakai, iaitu diadaptasi daripada
intsrumen pengkaji lain.
7. Sorotan literatur boleh ditambah baik lagi dengan mencari
sumber yang lebih terkini dan lebih meluas lagi sama ada di
dalam negara dan di luar negara.
8. Tiada argumentasi atau perbincangan pada perbezaan pendapat
daripada kajian-kajian lepas.
9. Pengkaji telah mengusulkan beberapa cadangan untuk pengkaji
akan datang untuk aktiviti bermain dapat meneroka aspek lain
pula.
10. Walaubagaimanapun, kajian ini juga adalah sangat relevan,
kerana kaedah bermain dalam PdP adalah suatu proses yang
sangat digalakkan dan masih baru dalam pendidikan di
Malaysia, namun masih kurang pendedahan untuk dilaksanakan.
1.02 Artikel Jurnal 2/10
Kategori: Dalam Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Pengaruh Gender Dalam Mencorakkan Interaksi Sosial


tajuk artikel, tajuk Kanak-Kanak Semasa Main Bebas di Prasekolah.
Jurnal, vol
Rujukan :
Jaslinah Makantal, Mariani Md. Nor & Mohd.Nazri Abd. Rahman.
2021. Pengaruh Gender Dalam Mencorakkan Interaksi Sosial Kanak-
Kanak Semasa Main Bebas di Prasekolah. Journal Of Social Sciences
And Humanities. 18(1):124-138.
URL atau DOI https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/view/45800/11666
Pernyataan Masalah Penyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang
khusus namun diterangkan secara umum di bahagian pengenalan.

1. Data statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat menunjukkan


jurang yang tinggi antara kanak-kanak lelaki dan perempuan
dalam keterlibatan jenayah kanak-kanak di Malaysia pada tahun
2016.
2. Aspek gender merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
tingkah laku kanak-kanak.
3. Menilai semula peranan main bebas untuk merangsang interaksi
sosial positif sama ada untuk kanak-kanak lelaki mahupun
perempuan agar tingkah laku sosial bermasalah dapat
dikurangkan pada peringkat kanak-kanak sehinggalah ke
peringkat remaja dan dewasa.

Objektif kajian Tiada objektif kajian disenaraikan dengan jelas dalam bab yang khusus
(senaraikan) namun diterangkan secara umum di bahagian abstrak.

Kajian ini dijalankan untuk meneroka pengaruh gender dalam


mencorakkan interaksi sosial kanak- kanak semasa main bebas di
prasekolah.
Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual 1. Interaksi sosial dihuraikan sebagai hasil hubungan yang berlaku
kajian (hanya jika di antara dua atau lebih individu (Hurst, et al., 2013; Mead
ada) 1934) yang membentuk peraturan dan sistem bagi
melengkapkan untuk
keterusan hidup mereka (Giddens, et al. 2016).
2. Proses interaksi sosial melibatkan komunikasi secara verbal
(penyampaian perasaan, pesanan dan pemikiran) dan bukan
verbal (ekspresi wajah, gerak atau isyarat tubuh) (Ben-Nun
2015).
3. Rentzou (2013) dalam kajiannya menyatakan kanak-kanak
yang banyak terlibat dengan jenis main asosiatif dan main
koperatif cenderung bertingkah laku positif iaitu mudah
menguasai kemahiran sosial berbanding dengan kanak-kanak
yang bermain sendirian iaitu main bukan sosial.
Metodologi Reka bentuk Kajian kualitatif berbentuk kajian kes tunggal.
● Rekabentuk
kajian, Sampel 25 orang kanak-kanak secara umum dan berfokus
● Jenis kepada 12 orang kanak-kanak terdiri daripada 6 orang
persampelan lelaki dan 6 orang perempuan serta seorang guru
● Siapa prasekolah.
responden Instrumen 1. Rekod persampelan masa bagi pemerhatian
atau informan berstruktur yang diubahsuai dan diadaptasi
dan berapa daripada Mahani Razali (2006).
jumlahnya 2. Nota lapangan untuk pemerhatian tidak
● instrumentasi berstruktur.
● kaedah 3. Temu bual semi berstruktur.
analisis data Kebolehpercayaan instrumen pemerhatian dan
temu bual telah dilaksanakan iaitu penilaian
oleh tiga orang pakar dalam bidang pendidikan
awal kanak-kanak melalui skala persetujuan
Cohen Kappa (Cohen 1960).

Analisis 1. Rekod persampelan masa (time sampling


Data record) menggunakan basic statistic.
2. Analisis secara kualitatif menggunakan
kaedah tematik yang disarankan oleh Clarke
dan Braun (2006).
Keputusan/ Dapatan 1. Secara kesimpulannya, semasa main bebas kanak-kanak lelaki
kajian (berdasarkan dan perempuan menunjukkan corak interaksi sosial yang
Objektif kajian) berbeza.
2. Semasa main bebas corak interaksi sosial yang dibentuk adalah
interaksi sosial positif dan interaksi sosial negatif.
Perbincangan/ 1. Kajian menunjukkan, corak interaksi sosial kanak-kanak lelaki
Implikasi kajian dan perempuan lebih dominan kepada interaksi sosial positif
seperti komunikasi verbal dan bukan verbal, berkongsi,
berbincang,
2. Kekuatan aktiviti bermain kepada kanak-kanak dalam
merangsang tingkah laku sosial positif berbanding tingkah laku
sosial negatif. Kanak-kanak lelaki dan perempuan memaparkan
kekerapan beberapa aspek interaksi sosial yang berlaku semasa
main bebas pada kadar yang berbeza, ini dipengaruhi oleh jenis
main sosial dan jenis alat permainan yang mereka pilih.
3. Kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan minat yang
berbeza dalam pemilihan jenis dan alat permainan.
4. Kanak-kanak membentuk interaksi sosial secara positif lebih
kerap berbanding dengan interaksi sosial secara negatif sama
ada kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan.
5. Kanak-kanak lelaki lebih banyak memaparkan interaksi sosial
positif berbanding kanak-kanak perempuan.
Cadangan kajian Tiada cadangan kajian lanjutan dinyatakan dalam kajian.
lanjutan
Komen/Analisis 1. Hasil kajian ini telah berjaya meneroka pengaruh gender dalam
Pelajar Terhadap menentukan corak interaksi sosial kanak-kanak semasa main
Artikel Ini (e.g bebas di prasekolah.
Pernyataan Masalah, 2. Kanak-kanak lelaki dan perempuan membentuk corak interaksi
Objektif, Sorotan yang berbeza kerana faktor semulajadi yang ada pada mereka,
Literatur, Metodologi iaitu kanak-kanak lelaki lebih agresif berbanding kanak-kanak
(Rekabentuk, dsb), perempuan dan ini mempengaruhi pemilihan rakan, alat dan
Dapatan, jenis permainan semasa main bebas.
Perbincangan, Kajian 3. Penyataan masalah dan fokus kajian tidak dinyatakan dengan
Lanjutan) jelas dalam bab yang khusus namun diterangkan secara umum
di bahagian abstrak dan pengenalan.
4. Analisis data dipaparkan dalam dua bentuk iaitu analisis secara
kuantitatif dan kualitatif. Analisis kuantitatif adalah untuk data
pemerhatian berstruktur yang menggunakan rekod persampelan
masa (time sampling record) dengan menggunakan basic
statistic secara kekerapan dan analisis kualitatif untuk
pemerhatian tidak berstruktur dan temu bual dianalisis dengan
menggunakan kaedah tematik yang disarankan oleh Clarke dan
Braun (2006) iaitu terdapat fasa-fasa tematik untuk membentuk
tema yang bersesuaian dengan kajian.
5. Hasil kajian mendapati, main bebas dilihat lebih banyak
merangsang pelbagai corak interaksi sosial yang berbentuk
positif berbanding negatif berbanding dengan aktiviti-aktiviti
pembelajaran lain di prasekolah.
6. Aktiviti main bebas juga merupakan satu terapi untuk
membantu kanak-kanak yang bermasalah dari segi penguasaan
kemahiran sosial dan emosi.
7. Walaubagaimanapun, bersetuju dengan pengkaji, peranan guru
dilihat sangat penting dalam mencorakkan interaksi sosial
mereka melalui tahap pengetahuan dan tanggungjawab guru
dalam proses pembelajaran seperti responsif dan memotivasi
terhadap keperluan murid dengan penyediaan aktiviti yang
merangsang interaksi dan menyeronokkan.
8. Tajuk kajian juga adalah sangat relevan kerana kajian tentang
gender ini masih kurang. Wujudnya keperluan kajian yang lebih
banyak lagi agar dapat menyediakan kaedah dan ruang
pembelajaran yang mampu menyokong perbezaan jantina kanak-
kanak lelaki dan perempuan.
1.03 Artikel Jurnal 3/10
Kategori: Dalam Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Persepsi Ibu Bapa Terhadap Terhadap Aktiviti Belajar
tajuk artikel, tajuk Melalui Bermain Bagi Kanak-Kanak Prasekolah.
Jurnal, vol
Rujukan:
Masyetah Munawwarah Abu Bakar Sedek, Syaza Hazwani Zaini. 2021.
Persepsi Ibu Bapa Terhadap Terhadap Aktiviti Belajar Melalui Bermain
Bagi Kanak-Kanak Prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan. 10(2):35-46.

URL atau DOI https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4371/2977


Pernyataan Masalah 1. Ibu bapa perlulah membenarkan kanak-kanak untuk
melakukan aktiviti bemain dengan alat mahupun bahan
permainan sekeliling mereka dan bukannya disogokkan
dengan telefon pintar berunsur ilmiah sepanjang masa
semata-mata demi kecemerlangan akademik.
2. Menurut Warash et al. (2016), persepsi ibu bapa terhadap
bermain amat berkait rapat dengan kekerapan dan kualiti
bermain yang akan memberi kesan positif dan kesediaan kanak-
kanak ke sekolah rendah.
3. Jaslinah (2014) dalam kajiannya turut menyatakan telah
menjadi senario yang amat ketara di Malaysia dimana ibu
bapa dan masyarakat sangat mengutamakan pencapaian
kanak-kanak dari segi intellectual quotient (IQ).

Objektif kajian 1. Mengenalpasti persepsi ibu bapa terhadap aktiviti belajar


(senaraikan) melalui bermain bagi kanak-kanak prasekolah.
2. Mengkaji penglibatan ibu bapa terhadap aktiviti belajar melalui
bermain bagi kanak-kanak prasekolah.

Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual 1. Model penglibatan ibu bapa oleh Joyce Epstein (2002) dalam
kajian (hanya jika Paezah dan Farida (2017) merupakan model yang dirujuk
ada) sebagai panduan untuk memahami tentang peranan ibu bapa
atau keluarga dalam pendidikan dan perkembangan kanak-
kanak.
2. Kajian oleh Muhammad Shakandar Aliet al., (2019) berkaitan
pembelajaran secara bermain dalam penyelidikan kualitatif
mendapati sebilangan besar ibu bapa bersetuju kanak-kanak
akan belajar sesuatu melalui bermain.
3. Kajian oleh Ngu (2017) dijalankan untuk mengenalpasti jenis
gaya keibubapaan, tahap penglibatan ibu bapa, kecerdasan emosi
dan pencapaian akademik serta pengaruhnya terhadap
pencapaian akademik di Limbang, Sarawak.
Metodologi Reka bentuk Kuantitatif – Kajian tinjauan.
● Rekabentuk Sampel 44 orang sampel dipilih adalah dari kalangan ibu
kajian, bapa yang mempunyai anak sedang bersekolah
● Jenis di tadika daerah Batu Pahat, Johor.
persampelan Instrumen 1. Borang soal selidik yang digunakan
● Siapa dalam kajian ini adalah dibina dan
responden diubahsuai dengan merujuk kepada
atau informan skala The Parent Play Beliefs Scale
dan berapa (PPBS), Manual and Scoring Guide oleh
jumlahnya Fogle dan Mendez (2006).
● instrumentasi 2. Setiap soalan diberikan lima pilihan
● kaedah jawapan berbentuk skala likert.
analisis data
Analisis Data Data dianalisis secara statistik dengan
menggunakan aplikasi Microsoft Exceldan
Statistical Package for the Social
Sciences(SPSS).
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian mendapati ibu bapa faham anak-anak mereka
kajian (berdasarkan perlu bermain dan bergaul dengan ahli keluarga yang lain dan
Objektif kajian) bukannya bermain berseorangan sepanjang masa.
2. Kebanyakan ibu bapa dapat mengenalpasti emosi
gembira anak-anak apabila mereka menyertainya bermain.
3. Ibu bapa dengan sengaja melibatkan diri mereka untuk
melakukan aktiviti bermain dengan kanak-kanak dengan tujuan
untuk mengeratkan hubungan dengan anak-anak mereka dan
pada masa yang sama dapat meluangkan masa bersama.

Perbincangan/ 1. Daripada hasil dapatan, ibu bapa mempersetujui bermain


Implikasi kajian adalah aktiviti menyeronokkan bagi anak-anak mereka.
2. Ibu bapa tahu kanak-kanak memerlukan keseronokkan dan
kegembiraan ketika umur ini dan bukannya tertekan dengan
perkara yang tidak sepatutnya mereka fikirkan.
3. Aktiviti bermain bukan sahaja aktiviti yang menyeronokkan
kanak-kanak malah secara tidak langsung merangsang
kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial mereka.
4. Ibu bapa yang terlibat dalam kajian ini mempunyai pendapat
lebih mementingkan penglibatan dalam aktiviti akademik anak-
anak berbanding bermain.
5. Kajian diharap dapat membantu guru atau pemilik taska dan
tadika untuk menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam
pembelajaran aktiviti belajar melalui bermain ketika di rumah
tambahan pula pada waktu PKP pada musim negara dilanda
COVID-19 yang mana ibu bapa dan anak-anak dapat
meluangkan masa bersama melakukan pelbagai aktiviti
bermain dan akademik.

Cadangan kajian 1. Tiada cadangan untuk kajian lanjutan dinyatakan dalam kajian.
lanjutan
2. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberikan pihak yang
berkenaan maklumat dan informasi yang berguna untuk
digunakan dalam kajian akan datang.

Komen/Analisis 1. Kajian ini secara kesuluruhannya memberikan persepsi ibu


Pelajar Terhadap bapa terhadap aktiviti bermain bagi kanak-kanak prasekolah
Artikel Ini (e.g adalah berada pada tahap yang sangat baik. Ibu bapa faham
Pernyataan Masalah, akan kepentingan anak-anak mereka untuk bermain bagi
Objektif, Sorotan perkembangan bahasa, kemahiran sosial dan lain-lain.
Literatur, Metodologi 2. Pernyataan masalah telah dikesan dan dibuat atas dasar
(Rekabentuk, dsb), keperluan atau jurang (gap) dan objektif kajian yang ingin
Dapatan, dicapai telah dinyatakan dengan sangat jelas.
Perbincangan, Kajian 3. Saiz persampelan bagi kajian dirujuk menggunakan carta
Lanjutan) Krejcie dan Morgan (1970) iaitu apabila populasi kajian
adalah 50 maka, sebanyak 44 sampel yang diperlukan untuk
menganalisis data.
4. Borang soal selidik telah diubahsuai mengikut keperluan
dan kesesuaian kajian daripada borang yang asal tetapi masih
berada di dalam skop yang betul. Kesahan borang soal selidik
juga telah dibuat oleh pakar-pakar.
5. Tiada argumentasi atau perbincangan pada perbezaan pendapat
daripada kajian-kajian lepas.
6. Kajian ini mendapati penglibatan ibu bapa dalam aktiviti
pembelajaran anak-anak bertindak sebagai motivasi kepada
kanak-kanak tersebut dalam akademik dan secara tidak
langsung dapat membantu anak-anak menguruskan emosi,
perlakuan dan pemikiran mereka seperti menghormati,
berkata sopan, bertukar pendapat tentang perkara yang
dimusykilkan dan sebagainya.
7. Tajuk kajian juga adalah relevan kerana penglibatan ibu bapa
adalah penting bagi membentuk sikap kanak-kanak ketika
bermain dari segi emosi, kelakuan, sikap dan lain-lain. Ianya
diharapkan dapat membantu ibu bapa sedar akan kepentingan
mereka untuk melibatkan diri bukan sahaja dalam aktiviti belajar
melalui bermain di rumah tetapi juga dalam semua pembelajaran
dan perkembangan anak-anak.
1.04 Artikel Jurnal 4/10
Kategori: Dalam Negara

Pengarang, tahun, Tajuk:Perkembangan Sosioemosi Kanak-Kanak Melalui Aktiviti


tajuk artikel, tajuk Main Peranan dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Peringkat
Jurnal, vol Prasekolah.

Rujukan :
Siti Affiza Mohammad, Zaharah Osman, Azian Niza Abdul Aziz. 2021.
Perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan
dalam pengajaran dan pembelajaran di peringkat prasekolah. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan. 10(2): 47-62.
URL atau DOI https://ojs.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/4419/2986
Pernyataan Masalah Penyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang
khusus namun diterangkan secara umum di bahagian pengenalan.

1. Wujudnya keperluan aktiviti main peranan dalam suasana


pembelajaran kanak-kanak.
2. Perkembangan sosioemosi yang tidak sejahtera boleh
menyebabkan masalah tingkah laku dalamkalangan kanak-
kanak.
3. Pengajaran berbentuk ‘chalk and talk’ mengurangkan minat
kanak-kanak untuk belajar malah ia juga mampu memberi
pengaruh negatif dalam perkembangan sosioemosi kanak-
kanak.
Objektif kajian Objektif kajian tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang khusus
(senaraikan) namun diterangkan secara umum di bahagian abstrak.

Fokus kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti perkembangan


sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan.
Kajian Literatur Sorotan literatur tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang khusus
(perlu ada) & namun ada diselitkan di bahagian pengenalan.
kerangka konseptual
kajian (hanya jika Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
ada) adalah:
1. Salah satu pendekatan PdP berkesan untuk diadaptasi
diprasekolah adalah pendekatan belajar melalui bermain
(Haslinda, 2015; Aimi Najlaa& Faridah, 2017; Auni Bazilah &
Mohd Jasmy 2019).
2. Pendekatan belajar melalui bermain diperingkat prasekolah
perlu diperkasakan untuk melahirkan kanak-kanak yang
berdaya saing dari segi pengetahuan dan kemahiran (Zakiah
&Mohamad Kamis 2016).
3. Lebih-lebih lagi, belajar melalui bermain juga mampu
meransang perkembangan sosioemosi kanak-kanak dan
meningkatkan potensi mereka ke tahap maksimum (Bahagian
Pembangunan Kurikulum 2017).
Metodologi Reka bentuk Kajian kualitatif – Kajian kes.
● Rekabentuk Sampel Kaedah pensampelan bertujuan.
kajian, Peserta kajian terdiri daripada 6 orang murid
● Jenis berumur 5 tahun dan 2 orang guru prasekolah di
persampelan tiga buah prasekolah swasta yang terletak di
● Siapa Tanjung Minyak,Sungai Udang dan Klebang,
responden Melaka.
atau informan Instrumen Kaedah pemerhatian dantemubual separa
dan berapa berstruktur.
jumlahnya Instrumen kajian ialah borang senarai semak
● instrumentasi dan borang temu bual.
● kaedah Analisis Data Data dianalisis dengan menggunakan bantuan
analisis data perisian N-vivo dengan pendekatan analisis
**terangkan detail bertema.
instrumen yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan Hasil penelitian ini berdasarkan objektif yang dinyatakan :
kajian (berdasarkan 1. Dapatan dari kaedah pemerhatian menunjukkan bahawa
Objektif kajian) sebelum aktiviti main peranan dilaksanakan, rata-rata
peserta kajian mempunyai sosio emosi yang sama untuk
tema aktiviti main peranan yang dipilih.
2. Berdasarkan temu bual bersama guru, kanak-kanak didapati rata-
rata cenderung untuk mengasingkan diri dan bermasam muka
namun mereka masih memberi kerjasama, senang dipujuk
serta masih mampu mendengar arahan.
3. Selepas aktiviti main peranan dijalankan, data menunjukkan
perbezaan yang ketara dari konteks perubahan sosioemosi
peserta kajian.
4. Dari keratan temu bual, dapat dilihat kanak-kanak mengalami
perubahan sosioemosi yang drastik selepas melibatkan diri
dalam aktiviti main peranan yang mana tahap kawalan kendiri
mereka juga merangkumi kawalan kendiri sifat positif, bekerja
secara kooperatif, menyayangi diri dan oranglain.

Perbincangan/ 1. Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan dapatan


Implikasi kajian yang positif. Peserta kajian menunjukkan perubahan sosioemosi
yang signifikan sebaik sahaja aktiviti main peranan selesai
dijalankan.
2. Peserta mula menunjukkan sifat empati dan boleh
bekerjasama antara satu sama lain selain turut berinteraksi
dan berkomunikasi didalam kelas.
3. Pengkaji percaya perubahan sosioemosi antara peserta
kajian juga signifikan dengan teori yang dibangunkan oleh
Vygotsky (1978) yang mana ia percaya bahawa ketika bermain
kanak-kanak berkembang secara emosi dan mental yang
mana menjadikan kanak-kanak itu mampu mengawal suasana
sekelilingnya dengan baik.
Cadangan kajian 1. Pengkaji mencadangkan supaya kajian lanjutan secara lebih
lanjutan meluas dijalankan di institusi prasekolah lain untuk mendapat
gambaran yang lebih mendalam tentang fokus kajian.

Komen/Analisis 1. Kajian ini membuktikan aktiviti bermain secara tidak langsung


Pelajar Terhadap telah mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan
Artikel Ini (e.g dapat meningkatkan kesedaran guru tadika untuk
Pernyataan Masalah,
mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang
Objektif, Sorotan
Literatur, Metodologi dapat memenuhi keperluan kanak-kanak dalam memupuk
(Rekabentuk, dsb), perkembangan sosioemosi mereka.
Dapatan, 2. Objektif kajian tidak dinyatakan secara spesifik didalam satu bab
Perbincangan, Kajian khusus.
Lanjutan) 3. Penyataan masalah juga tidak dinyatakan dengan jelas dalam
bab yang khusus namun diterangkan secara umum di bahagian
pengenalan.
4. Pengkaji juga tidak memberi penerangan yang spesifik tentang
instrumen yang diguna pakai, sama ada ianya dibina sendiri
atau diadaptasi daripada intsrumen pengkaji lain, walaupun ini
adalah sebuah kajian kualitatif.
5. Walau bagaimanapun, aktiviti main peranan yang digunakan
oleh pengkaji ini dapat mencungkil kreativiti guru prasekolah
dalam melaksanakan kaedah bermain untuk mengesan
perubahan sosioemosi murid.
6. Aktiviti main peranan ini diharapkan dapat difahami dan
diaplikasikan dengan lebih menyeluruh diperingkat pendidikan
awal kanak-kanak agar mampu membentuk warganegara yang
berkualiti dan bijak pada masa hadapan.
7. Perkembangan sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main
peranan sewajarnya mendapat perhatian untuk membantu kanak-
kanak membina sifat kawalan kendiri yang positif dan
membantu mereka membesar sebagai individu yang berdaya
saing dimasa hadapan.
8. Hasil kajian ini juga adalah sangat membantu meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah terutamanya
di dalam mengembangkan kemahiran sosioemosi kanak-
kanak.
1.05 Artikel Jurnal 5/10
Kategori: Dalam Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Perkembangan Kognisi dalam Kanak-Kanak Prasekolah


tajuk artikel, tajuk Melalui Teknik Bermain.
Jurnal, vol
Rujukan:
Norazilawati Abdullah, Munovah R. M. E., Sandra Suffian & Suppiah
Nachiappan. 2017. Perkembangan kognisi dalam kanak-kanak
prasekolah melalui teknik bermain. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-
Kanak, 6:34-44.
URL atau DOI https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPAK/article/view/1050
Pernyataan Masalah Tiada dinyatakan.
Objektif kajian Fokus kajian ini adalah berkaitan perkembangan kognitif melalui
(senaraikan) teknik bermain. Antara objektif kajian adalah:

1. Mengenal pasti kepentingan teknik bermain terhadap


perkembangan kognitif dalam kalangan kanak-kanak
prasekolah
2. Mengenal pasti bagaimana guru dapat menjalankan
pengajaran dan pembelajaran berdasarkan teknik bermain.
3. Mengenal pasti respons murid terhadap teknik bermain
semasa guru menjalankan pengajaran dan pembelajaran.
4. Mengenal pasti bagaimana teknik bermain memberi kesan
positif terhadap perkembangan kognisi dalam kalangan
kanak-kanak prasekolah.

Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual
kajian (hanya jika 1. Kaedah bermain “yang menarik” dalam pembelajaran mampu
ada) mencetus minat dan motivasi kanak-kanak untuk terus belajar.
(Aliza Ali & Sharifah Nor Puteh 2012).
2. Aspek keyakinan diri, jati diri, perasaan, hubungan dan
pengalaman terbina melalui aktiviti-aktiviti bermain dalam
pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak. (Wood, 2013 &
Asmawati, Sharifah & Zakiah 2009).
3. Kaedah bermain secara berkumpulan menyumbang kepada
kemahiran bersosial dan kognitif kanak-kanak prasekolah.
(Zakiah, Yeo & Azlina 2013).
4. Kaedah bermain dilihat sangat berkesan untuk meningkatkan
kadar literasi pada peringkat awal kanak-kanak.
(Nor A’ini 2010).

Metodologi Reka bentuk Kualitatif.


● Rekabentuk Sampel 8 orang guru prasekolah yang dipilih secara
kajian, rawak daripada beberapa sekolah swasta dan
● Jenis kerajaan, di Ipoh.
persampelan Instrumen Pengkaji menggunakan 10 soalan terbuka.
● Siapa
responden Analisis Data Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
atau informan analisis Hermeneutik, yang menekankan aspek
dan berapa keunikan pada setiap individu. Pengkaji
jumlahnya mengintepretasi teks jawapan responden
● instrumentasi menjadi Metateks. Proses ini disebut sebagai
● kaedah “Ontopretasi”. Jawapan-jawapan dikumpul dan
analisis data diontopretasi yang kemudiannya disusun ke
**terangkan detail dalam bentuk jadual mengikut kategori.
instrumen yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian mendapati terdapat sebelas kepentingan teknik
kajian (berdasarkan bermain terhadap perkembangan kognisi kanak-kanak
Objektif kajian) prasekolah berdasarkan jawapan-jawapan responden.
2. Terdapat tujuh kaedah bermain dimana para guru boleh
menggunakannya di dalam PdPc. Antaranya ialah bermain
bongkah untuk mengenal huruf dan nombor.
3. Hasil kajian juga menunjukkan terdapat sembilan reaksi kanak-
kanak dalam sesi pembelajaran melalui kaedah bermain. Antara
yang tertinggi adalah kanak-kanak merasa seronok dan
menumpukan perhatian yang sepenuhnya semasa proses
pembelajaran.
4. Seterusnya, terdapat dua belas kesan positif daripada kaedah
bermain terhadap kognisi kanak-kanak prasekolah. Antara yang
paling signifikan adalah kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan
kritis.
5. Secara keseluruhan, dapatan jelas menunjukkan kaedah
bermain mampu meningkatkan perkembangan kognitif kanak-
kanak.

Perbincangan/ 1. Dapatan kajian menunjukkan wujudnya kepelbagaian dalam


Implikasi kajian melaksanakan aktiviti bermain semasa sesi PdPc di tadika.
2. Kepentingan teknik bermain tidak dapat disangkal lagi, malah
kesan positif adalah amat ketara daripada kanak-kanak. Apabila
kanak-kanak merasa seronok, mereka lebih fokus dan dilihat
bertambah kreatif dan kritis.
3. Perkembangan kognitif yang baik dalam kalangan kanak-kanak
akan mempengaruhi tahap penguasaan pelajaran di samping
memberi kesan baik kepada pencapaian murid-murid di sekolah
pada masa hadapan.
4. Oleh hal yang demikian, pengkaji telah mencadangkan agar
para guru dapat mengubah tingkah laku dalam pembelajaran
dan perlu memberikan reaksi yang sesuai dengan aktiviti kanak-
kanak di dalam kelas.
5. Pengkaji juga mencadangkan agar guru menfokuskan kepada
membimbing kanak-kanak disamping menyertai kanak-kanak
ketika melakukan sesuatu aktiviti dan bukannya bersifat
mengarah kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktiviti.
Cadangan kajian Tiada dinyatakan di dalam kajian.
lanjutan
Komen/Analisis 1. Berdasarkan keseluruhan artikel, terdapat kelemahan dan
Pelajar Terhadap kekuatan dalam penulisan ini. Antara aspek yang perlu
Artikel Ini (e.g diperbaiki adalah penjelasan mengenai kaedah pengkaji
Pernyataan Masalah, menjalankan kajian. Pengkaji pada awalnya menggunakan “10
Objektif, Sorotan soalan” terbuka, namun di perbincangan lain, ada dinyatakan
Literatur, Metodologi bahawa “4 soalan” terbuka dikemukakan kepada responden.
(Rekabentuk, dsb), 2. Pengkaji juga tidak memberi penerangan yang spesifik tentang
Dapatan, instrumen yang diguna pakai, sama ada ianya dibina sendiri
Perbincangan, Kajian atau diadaptasi daripada intsrumen pengkaji lain, walaupun ini
Lanjutan) adalah sebuah kajian kualitatif.
3. Sorotan kajian adalah sangat sedikit dan tidak membincangkan
komponen lain yang ada di dalam soalan kajian dimana
pengkaji hanya menggunakan 6 sumber untuk menyokong
penulisan ini.
4. Tiada sebarang pernyataan masalah dikesan, apakah kajian ini
dibuat atas dasar keperluan, jurang (gap) atau sebagainya.
5. Tiada argumentasi atau perbincangan pada perbezaan pendapat
daripada kajian-kajian lepas.
6. Pengkaji tidak mengusulkan sebarang cadangan untuk pengkaji
akan datang.
7. Walau bagaimanapun, kajian ini mencungkil sisi kreatif para
guru prasekolah dalam melaksanakan kaedah bermain dalam
PdPc.
8. Tajuk kajian ini juga adalah sangat relevan, kerana kaedah
bermain dalam PdPc adalah suatu proses yang sangat
digalakkan dan masih baru dalam pendidikan di Malaysia,
namun masih kurang pendedahan untuk melaksanakannya.
1.06 Artikel Jurnal 6/10
Kategori: Luar Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: The Impact of Play on Child Development.


tajuk artikel, tajuk
Jurnal, vol Rujukan:
Lai, N. K., Ang, T. F., Por, L. Y., & Liew, C. S., (2018). The impact of
play on child development. European Early Childhood Education
Research Journal. 26(5):1-19
URL atau DOI https://www.tandfonline.com/doi/full/10.1080/1350293X.2018.1522479
Pernyataan Masalah Bermain seperti yang sedia maklum adalah tidak asing lagi dalam
kehidupan seseorang manusia, terutamanya untuk kanak-kanak.
Perbuatan bermain memerlukan permainan. Permainan boleh
dibahagikan kepada permainan digital dan permainan bukan digital.
Permainan digital adalah permainan yang menggunakan komputer,
peranti mudah alih atau genggam, atau konsol permainan sebagai
platform bermain sementara permainan bukan digital mungkin
memerlukan hubungan fizikal atau peralatan yang bukan merupakan
peranti digital. Kajian mengenai permainan digital banyak dilakukan
bagi melihat kesan kepada perkembangan kanak-kanak. Namun begitu,
terdapat jurang mengenai kajian tentang permainan yang melibatkan
anggota fizikal.
Objektif kajian Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan permainan bukan digital
(senaraikan) dalam perkembangan kanak-kanak prasekolah khususnya dalam
perkembangan kognitif. Oleh itu, kajian ini menyelidiki pengaruh
aktiviti fizikal pada empat proses kognitif utama iaitu:

1. Hafalan
2. Pemeroleh pengetahuan
3. Penyelesaian masalah
4. Pemprosesan maklumat
Kajian Literatur Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah mengkaji beberapa kajian-
(perlu ada) & kajian lepas berkaitan dengan permainan fizikal yang memberi kesan
kerangka konseptual kepada perkembangan kanak-kanak khususnya dalam perkembangan
kajian (hanya jika kognitif. Antaranya ialah;
ada)
1. Minat kanak-kanak terhadap bermain berubah dari semasa ke
semasa kerana perubahan perkembangan dan keperluan sosial
(Vygotsky 1967).
2. Skema klasifikasi hasil pembelajaran yang merangkumi aspek
kemahiran kognitif, afektif, dan motorik dicadangkan.
(Kraiger, Kevin Ford, dan Salas 1993).
3. Kajian telah dijalankan di tetapan makmal, dan beberapa
penyelidik menyatakan bahawa kanak-kanak prasekolah
menunjukkan kesan yang lebih mendalam dalam memahami
pemikiran dan kepercayaan orang lain kesan daripada bermain
fizikal (Lillard 2001).
4. Kesan permainan pada kemahiran memproses maklumat untuk
empat kategori umur umum dari kanak-kanak kecil hingga
dewasa yang lebih tua. Walaupun begitu, rentang setiap
kategori umur terlalu besar untuk mewakili kumpulan usia
tertentu.
(Powers et al. 2013).
Metodologi Reka bentuk Kuantitatif - Kaedah kuasi eksperimen.
● Rekabentuk
kajian, Sampel Kajian melibatkan 44 pelajar di sebuah
● Jenis prasekolah yang terdiri dari dua kumpulan
persampelan belajar. Sebanyak 21 pelajar sebagai kumpulan
● Siapa eksperimen, dan sebanyak 23 pelajar sebagai
responden kumpulan kawalan.
atau informan Instrumen Instrumen yang digunakan dibahagikan kepada
dan berapa tiga bahagian iaitu:
jumlahnya a) Pemerhatian
● instrumentasi b) Temu Bual
● kaedah c) Dokumentasi
analisis data
Analisis Data Data yang diperoleh dianalisis menggunakan
**terangkan detail
Nonequivalent Control Group Design.
instrumen yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian menunjukkan terdapat banyak bukti yang
kajian (berdasarkan menyokong hubungan diantara bermain ke atas kecekapan
Objektif kajian) kognitif.
2. Dapatan kajian juga menunjukkan kanak-kanak yang tidak
mendapat peluang yang cukup untuk bermain akan mengalami
kesan jangka panjang bukan sahaja dari segi yang berkaitan
dengan metakognisi, penyelesaian masalah dan kognisi sosial,
tetapi juga kesan dari segi serta bidang akademik seperti
literasi, matematik, dan sains, mungkin akan berkurang.
3. Kemahiran kompleks dan multidimensi yang melibatkan
banyak bidang otak ini cenderung berkembang dalam suasana
yang kaya dengan bermain fizikal.
4. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bahawa permainan
bukan digital dapat merangsang perkembangan kognitif kanak-
kanak usia prasekolah.
Perbincangan/ 1. Hasil kajian menyebabkan beberapa implikasi wujud. Masih
Implikasi kajian terdapat banyak keperluan untuk penyelidikan mengenai
hubungan antara bermain fizikal dan pengembangan kemahiran
akademik tertentu; namun, mungkin kerana persekitaran
sekolah yang khas tidak membenarkan masa yang mencukupi
bagi anak-anak untuk terlibat dalam bermain fizikal yang luas,
kajian ini tidak begitu luas.
2. Kemahiran representasi, kebolehan menyelesaikan masalah,
dan kecanggihan sosial-linguistik, penyokong permainan mesti
bersedia untuk menunjukkan bagaimana perkembangan kognitif
kemahiran yang dilakukan dalam bermain fizikal ini juga
penting bagi membantu meningkatkan prestasti ujian.
3. Analisis mengenai kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
jenis permainan dan hasil pembelajaran tertentu dapat
digunakan sebagai rujukan ketika merancang penyelidikan
mengenai anak-anak dan permainan mereka, untuk
pengumpulan data dan analisis. Perancangan yang teliti
mengenai strategi pengajaran dan pembelajaran dapat
memastikan pengalaman belajar dan hasil pembelajaran yang
lebih baik.
4. Pengkaji juga menegaskan supaya guru menggunakan
kurikulum yang wujud seperti HighScope Approach dan
sebagainya untuk dijadikan sebagai rujukan untuk bermain
fizikal dengan kanak-kanak agar mereka tidak terlepas
pengalaman berharga ini. Ibu bapa juga disarankan untuk
meluangkan lebih banyak masa bersama kanak-kanak dalam
bermain fizikal agar dapat membantu perkembangan secara
holistik ke atas anak-anak mereka.

Cadangan kajian 1. Pengkaji berpendapat sebahagian besar penyelidikan ini datang


lanjutan dari kajian rentas skala kecil yang mungkin kelihatan tidak
relevan bagi pendidik dan pembuat dasar. Oleh itu, pengkaji
telah mencadangkan beberapa kajian masa hadapan iaitu:

a) Menjalankan kajian yang lebih luas dan berorientasikan


amalan (lebih baik longitudinal) untuk menyiasat
hubungan bermain dengan kognisi dalam persekitaran
kanak-kanak yang pelbagai.
b) Pengkaji masa hadapan harus menolak dasar yang
mengurangkan masa untuk pengalaman bermain fizikal
terhadap kanak-kanak prasekolah. Sebaliknya, berusaha
untuk meningkatkan pembiayaan untuk penyelidikan
bermain fizikal terhadap hubungan kognitif pada awal
kanak-kanak.

2. Pengkaji juga mencadangkan supaya penyelidikan tambahan


diperlukan untuk mengetahui keseimbangan permainan,
pengayaan akademik, dan aktiviti yang teratur untuk kanak-
kanak dengan perangai yang berbeza dan keperluan sosial,
emosi, intelektual, dan persekitaran.

Komen/Analisis 1. Berdasarkan hasil kajian ini, boleh dilihat bahawa bermain


Pelajar Terhadap adalah sangat penting kerana ianya memberi kesan ke atas
Artikel Ini (e.g perkembangan kanak-kanak.
Pernyataan Masalah, 2. Pengkaji memilih kajian berdasarkan jurang yang telah dijumpai
Objektif, Sorotan daripada kajian-kajian terdahulu iaitu tentang permainan yang
Literatur, Metodologi melibatkan anggota fizikal dalam memberi kesan kepada
(Rekabentuk, dsb),
perkembangan kanak-kanak.
Dapatan,
Perbincangan, Kajian 3. Pelbagai daya berinteraksi untuk mengurangkan keupayaan
Lanjutan) kanak-kanak untuk memperoleh faedah bermain dengan lebih
berkesan. Semasa kita berusaha untuk mewujudkan lingkungan
perkembangan yang optimum untuk anak-anak, tetap penting
permainan ini disertakan bersama dengan peluang pengayaan
akademik dan sosial dan persekitaran yang selamat disediakan
untuk semua kanak-kanak.
4. Secara ringkasnya, pengkaji peka terhadap pentingnya bermain
fizikal di dalam perkembangan kanak-kanak. Hal ini kerana,
ramai ibu bapa dan masyarakat masih tidak peka terhadap
kepentingan bermain pada usia kanak-kanak.
5. Pengkaji telah berjaya membuktikan bahawa bermain fizikal
dapat meningkatkan perkembangan kanak-kanak bukan sahaja
dari segi perkembangan kognitif, tetapi juga dari segi
perkembangan afektif dan psikomotor.
1.07 Artikel Jurnal 7/10
Kategori: Luar Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Effects of Physical Activity on Motor Skills and Cognitive
tajuk artikel, tajuk Development in Early Childhood: A Systematic Review.
Jurnal, vol
Nan Zeng, Mohammad Ayyub, Haichun Sun, Xu Wen, Ping Xiang &
Zan Gao. 2017. Effects of Physical Activity on Motor Skills and
Cognitive Development in Early Childhood: A Systematic Review.
Hindawi BioMed Research International. 17.
URL atau DOI https://www.hindawi.com/journals/BMRI/2017/2760716/
Pernyataan Masalah 1. Pertubuhan Kesihatatan Dunia (WHO) melaporkan bahawa lebih
daripada 41 juta kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
mempunyai berat badan berlebihan atau obes pada tahun 2014,
di seluruh dunia.
2. Implikasi kesihatan dari aktiviti fizikal semasa awal kanak-
kanak tidak boleh diabaikan kerana terdapat hubungan antara
aktiviti fizikal dan aktiviti perkembangan kognisi pada usia awal
kanak-kanak.
3. WHO mencadangkan penguasaan kemahiran fizikal yang lebih
tinggi mempengaruhi kesihatan jangka pendek dan jangka
panjang yang penting dalam fizikal, domain emosi, sosial, dan
kognitif sepanjang hayat kanak-kanak.
4. Maka telah dijelaskan bahawa aktiviti bermain amat penting
untuk perkembangan kanak-kanak seperti perkembangan fizikal
dan kognitif.

Objektif kajian Fokus kajian ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti, mensintesis,
(senaraikan) dan mentafsir bukti yang terbaik untuk jumlah minimum dan optimum
aktiviti fizikal yang diperlukan bagi mengembangkan kemahiran motor
dan perkembangan kognitif di kalangan kanak-kanak berumur 4-6
tahun.

Kajian ini dijalankan untuk mensintesis literatur mengenai bukti kesan


pelbagai program aktiviti fizikal iaitu bermain terhadap kemahiran
motor dan perkembangan kognitif pada kanak-kanak prasekolah.
Kajian Literatur 1. Terdapat pelbagai kesan aktiviti fizikal pada kemahiran motor
(perlu ada) & dan kognitif kanak-kanak dan ianya terus meningkat dalam
kerangka konseptual frekuensi yang lebih baru dan kajian menyeluruh diperlukan.
kajian (hanya jika M. Riethmuller, R. A. Jones, and A. D. Okely, 2009 “Efficacy of
ada) interventions to improve motor development in young children:
A systematic review,” Pediatrics,
2. Hari ini, kemajuan dalam sains neurologi telah menghasilkan
kemajuan besar dalam menghubungkan aktiviti fizikal dengan
struktur otak dan perkembangan kognitif. Telah dinyatakan
bahawa aktiviti fizikal mempunyai kesan positif terhadap fungsi
kognitif, yang sebahagiannya disebabkan oleh perubahan
fisiologi badan.
J. E. Donnelly, C. H. Hillman, D. Castelli et al., “Physical
Activity, Fitness, Cognitive Function, and Academic
Achievement in Children,” Medicine & Science in Sports &
Exercise, vol. 48, no. 6, pp. 1197–1222, 2016.
3. Kajian juga mencadangkan bahawa kemahiran motor seseorang
boleh mempengaruhi kognitif perkembangan memandangkan
kemahiran motor dan kognitif mempunyai beberapa proses asas,
termasuk penjujukan, pemantauan, dan perancangan.
C. M. Roebers and M. Kauer, “Motor and cognitive control in a
normative sample of 7-year-olds,” Developmental Science, vol.
12, no. 1, pp. 175–181, 2009.

Metodologi Reka bentuk Kuantitatif


● Rekabentuk
kajian, Sampel 15RCT - Percubaan terkawal rawak (RCT) yang
● Jenis ditinjau memeriksa keberkesanan aktiviti fizikal
persampelan pada kemahiran motorik dan perkembangan
● Siapa kognitif pada anak-anak yang sihat (4-6 tahun)
responden disaring.
atau informan Instrumen Tinjauan sistematik, pangkalan data elektronik
dan berapa dicari hingga Julai 2017.
jumlahnya Analisis Data Pangkalan data elektronik yang digunakan untuk
● instrumentasi pencarian literatur merangkumi Pencarian
● kaedah Akademik Lengkap, Komunikasi dan Media
analisis data Massa Lengkap, Pusat Maklumat Sumber
**terangkan detail Pendidikan (ERIC), Google Scholar, Medline,
instrumen yang PsycInfo, PubMed, Scopus, SportDiscus, dan
digunakan Web of Science.
Pencarian literatur dilakukan oleh pengkaji
bersama sebagai usaha kolaborasi pasukan
penyelidik.
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian telah menemukan sebanyak 623 artikel. 15
kajian (berdasarkan kajian yang terbaik dan memenuhi kriteria penganalisisan data
Objektif kajian) telah disenarai pendek. Sebanyak 15 RCT dimasukkan. Dari 10
kajian yang menilai kesan aktiviti fizikal terhadap kemahiran
motor dan kognitif, lapan (80%) melaporkan peningkatan
prestasi motor dan kognitif yang signifikan dan satu
memerhatikan penemuan bercampur-campur, tetapi satu gagal
mempromosikan hasil yang bermanfaat.
2. Dari lima kajian yang menyelidik pengaruh aktiviti fizikal
terhadap perkembangan kognitif, empat (80%) menunjukkan
perubahan ketara dan positif dalam pembelajaran bahasa,
pencapaian akademik, perhatian, dan memori kerja. Terutama,
seseorang menunjukkan tidak ada peningkatan yang signifikan
yang diperhatikan setelah campur tangan.

Perbincangan/ 1. Penemuan menyokong bukti penyebab kesan aktiviti fizikal


Implikasi kajian pada kemahiran motor dan perkembangan kognitif pada kanak-
kanak prasekolah.
2. Peringkat awal kanak-kanak merupakan waktu paling kritikal
untuk mngembangkan fizikal, kesihatan dan kebolehan
seseorang kanak-kanak itu. Maka pelbagai aktiviti fizikal perlu
disediakan untuk kanak-kanak bagi memastikan mereka
menguasai kemahiran fizikal justeru meningkatkan keboleh
upayaan mreka dalam pelbagai potensi seperi perkembangan
kognitif, sosioemosi, dan sebagainya.

Cadangan kajian 1. Penyelidikan masa depan dengan sampel perwakilan yang besar
lanjutan diperlukan untuk meneroka hubungan antara aktiviti fizikal dan
domain kognitif serta memperkuat dan mengesahkan bukti
tindak balas pada awal kanak-kanak.

Komen/Analisis 1. Jurnal ini telah membuat kesimpulan berdasarkan pengumpulan


Pelajar Terhadap data dan keputusan pelbagai kajian yang berkenaan dengan
Artikel Ini (e.g kepentingan bermain kepada kanak-kanak prasekolah.
Pernyataan Masalah, 2. Terdapat kekuatan dan kelemahan yang telah dikesan dalam
Objektif, Sorotan jurnal ini seperti, pernyataan masalah dan rujukan literatur yang
Literatur, Metodologi tidak ditulis dengan jelas, hanya menggunakan satu kaedah
(Rekabentuk, dsb), pengumpulan maklumat iaitu tinjauan sistematik. Manakala bagi
Dapatan, kekuatan pula, metodologi dan keputusan kajian ditulis dengan
Perbincangan, Kajian sangat baik dan terdapat banyak sumber rujukan yang
Lanjutan) disenaraikan yang melibatkan pelbagai latar belakang sampel
yang terdiri daripada pelbagai bangsa, negara dan budaya.
3. Hal ini menguatkan hujah pengkaji setelah keputusan kajian
diperolehi yang menyatakan bermain amat penting terhadap
perkembangan kanak-kanak terutamanya perkembangan fizikal
dan kognitif.
1.08 Artikel Jurnal 8/10
Kategori: Luar Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: The effect of a structured playfulness program on social


tajuk artikel, tajuk skills in kindergarten children.
Jurnal, vol
Rujukan:
Grammatikopoulos, V., Loukatari, P., Matsouka, O., Nani, S. &
Papadimitriou, K. 2019. The effect of a structured playfulness program
on social skills in kindergarten children. International Journal of
Instruction, 12(3):237-252.
URL atau DOI https://eric.ed.gov/?id=EJ1220218
Pernyataan Masalah 1. Kekurangan aktiviti bermain secara fizikal oleh kanak-kanak
semakin membimbangkan. Tempoh kritikal bagi kanak-kanak
perlu bermain bermula dari lahir sehingga usia 7 tahun.
2. Kekurangan aktiviti bermain ini telah membawa kepada
kemerosotan kemahiran bersosial dan timbul tingkah laku yang
agresif dalam kalangan kanak-kanak.
3. Namun, aktiviti bermain yang berkesan memerlukan campur
tangan daripada orang dewasa, kerana orang dewasa
mempengaruhi kemahiran bersosial dalam diri kanak-kanak.

Objektif kajian 1. Fokus kajian adalah untuk mengakses tahap kemahiran bersosial
(senaraikan) kanak-kanak prasekolah yang berusia 5-6 tahun.
2. Mengkaji penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti berstruktur di
luar waktu sekolah, dengan tahap perkembangan kemahiran
sosial kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti bermain yang
berstruktur semasa waktu rehat.
3. Mengkaji tahap perkembangan kemahiran sosial berdasarkan
jantina kanak-kanak.

Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual
kajian (hanya jika 1. Aktiviti bermain menyediakan peluang untuk kanak-kanak
ada) mempraktikkan pelbagai kemahiran sosial dan mempelajari
peraturan sosial (Bodrova & Leong 2015).
2. Apabila kanak-kanak bermain, kelemahan untuk bersosial dapat
diperbaiki dan dipertingkat (Pellegrini & Bohn 2005).
3. Kanak-kanak mestilah bermain secara fizikal sekurang-
kurangnya 3 jam sehari, pada waktu yang berbeza, dan satu jam
diperuntukkan untuk bermain di luar (Miller & Almon 2009).
4. Aktiviti bermain di luar semasa waktu rehat (break time)
memberikan kanak-kanak pelbagai kelebihan daripada segi
fizikal, sosial, kognitif dan emosi, kerana mereka diberikan
peluang untuk berekreasi dan bergembira (Rasberry et al.
2011).
5. Semasa bermain, kanak-kanak akan mempelajari cara-cara
untuk berunding, berkolaborasi, berkongsi dan menyelesaikan
masalah (Sibley & Etnier 2003).
6. Terdapat kehilangan yang ketara terhadap aktiviti bermain
secara berkumpulan di tadika-tadika, berikutan tingkah laku
yang agresif dalam kalangan kanak-kanak yang
berkemungkinan disebabkan oleh gaya hidup moden sekarang
(Doliopoulou & Rizou 2012).
7. Kanak-kanak yang mahir bersosial, boleh berkerjasama dan
mesra, berkecenderungan untuk berjaya dalam hubungan sosial
dan pencapaian akademik di sekolah (Gouley et al. 2008).
Metodologi Reka Penyelidik menggunakan reka bentuk mixed-method,
● Rekabentuk bentuk kerana penyelidik dilihat telah mengumpul dan
kajian, menganalisis data kuantitatif dan kualitatif di dalam
● Jenis satu kajian.
persampelan Sampel 1. Seramai 106 kanak-kanak telah direkrut,
● Siapa namun setelah ditapis, hanya 60 orang kanak-
responden kanak prasekolah sahaja (28 lelaki & 32
atau informan perempuan), yang sah untuk diuji.
dan berapa 2. Kanak-kanak terdiri daripada 2 prasekolah
jumlahnya kerajaan di Greece.
● instrumentasi 3. Kajian ini mendapat keizinan daripada ibu
● kaedah bapa penjaga bagi kanak-kanak tersebut.
analisis data 4. Jumlah sampel dibahagikan kepada 2 iaitu
**terangkan detail kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan.
instrumen yang
digunakan Instrumen 1. Bagi data kuantitatif, instrumen yang
digunakan asalnya adalah Social Skill Rating
System/Elementary level for Grades K-6
(SRSS), daripada Gresham & Elliott (1990).
Namun, instrumen ini telah diadaptasi
mengikut kesesuaian sampel kanak-kanak
prasekolah oleh Han et al., (2005), dan nilai
kesahan bagi instrumen ini juga adalah tinggi,
yakni dengan Cronbach alpha 0.85.
Penyelidik kemudian menterjemah borang ini
ke dalam bahasa Greek.
2. Bagi data kualitatif pula, penyelidik
menjalankan program aktiviti bermain yang
telah disusun ke atas sampel kumpulan
rawatan dan pemerhatian direkodkan
menggunakan pita video. Manakala,
kumpulan kawalan menjalankan aktiviti
semasa rehat mengikut cara tadika masing-
masing, seperti biasa.
3. Berikut adalah nama bagi setiap aktiviti
bermain yang telah disusun (structured play
activities):
1. The Giant’s hoops –untuk menilai
peralihan kanak-kanak daripada sikap
keindividuan kepada keduaan.
2. The lake with the ducks –untuk
memerhati pematuhan dalam
pergiliran dan pengawalan emosi
kanak-kanak.
4. Hoop –untuk menilai bagaimana kanak-kanak
bermain secara berkumpulan dan
berkomunikasi.
5. Bermain dengan barangan elastik –untuk
menilai penerimaan kanak-kanak terhadap
orang lain, nilai saling membantu,
kepercayaan, kebertanggungjawapan,
penglibatan, keyakinan dan kebolehan
mengimprovisasi.

Analisis Data dianalisis menggunakan ujian normaliti untuk


Data mengetahui nilai Skewness & Kurtosis.
Disebabkan nilai Skewness & Kurtosis ≠ 0, ujian
Kolmogorov-Smirnov digunakan untuk menguji
taburan data yang tidak normal.
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian mendapati bahawa campur tangan dalam aktiviti
kajian (berdasarkan bermain (aktiviti bermain berstruktur) kanak-kanak
Objektif kajian) memberikan kesan yang positif terhadap kumpulan kawalan,
memandangkan secara purata, prestasi kemahiran sosial kanak-
kanak meningkat dengan ketara.
2. Tiada hubungan yang signifikan antara penglibatan kanak-
kanak dalam aktiviti berstruktur di luar waktu sekolah, dengan
tahap perkembangan kemahiran sosial kanak-kanak yang
terlibat dengan aktiviti bermain yang berstruktur semasa waktu
rehat.
3. Tiada perbezaan didapati terhadap tahap perkembangan
kemahiran sosial antara jantina kanak-kanak, kecuali pada
faktor hiperaktiviti.
Perbincangan/ 1. Berdasarkan hasil dapatan kajian di atas, dapat disimpulkan
Implikasi kajian bahawa, kanak-kanak yang mengikuti aktiviti bermain yang
berstruktur (melibatkan campur tangan orang dewasa)
memberikan kesan yang positif ke atas kemahiran sosial kerana,
kanak-kanak tidak mampu lagi untuk melakukan aktiviti
bermain di dalam kumpulan secara tersusun. Tambahan pula,
disebabkan gaya hidup yang moden, kanak-kanak dilihat
semakin agresif sesama rakan.
2. Kajian juga mendapati bahawa tiada hubungan yang signifikan
antara penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti berstruktur di
luar waktu sekolah, dengan tahap perkembangan kemahiran
sosial kanak-kanak yang terlibat dengan aktiviti bermain yang
berstruktur semasa waktu rehat. Ini berkemungkinan kerana
kebanyakan penglibatan kanak-kanak tersebut adalah pilihan
ibu bapa, bukan pilihan mereka atau kerana faktor rakan
sebaya,
3. Tiada perbezaan didapati terhadap tahap perkembangan
kemahiran sosial antara jantina kanak-kanak pula disokong oleh
Zachopoulou et al., (2004), yang menyatakan bahawa kanak-
kanak lelaki dan perempuan menunjukkan kebolehan yang
hampir sama dalam berkomunikasi, berkerjasama, dan
berkongsi mainan. Mereka juga dilihat mempunyai potensi
yang sama dalam kemahiran sosial.
Cadangan kajian Penyelidik mencadangkan agar kajian akan datang mengkaji:
lanjutan
1. Tahap perkembangan sosial kanak-kanak terhadap aktiviti
bermain berstruktur di luar kerangka tadika melalui penglibatan
ibu bapa.
2. Menggunakan bahan ukuran tambahan sebagai model skala
untuk mengukur tahap kemahiran sosial kanak-kanak.
3. Menggunakan sampel yang jauh lebih besar.
4. Mengkaji kemahiran sosial kanak-kanak berlatarkan perbezaan
sosiobudaya kanak-kanak itu sendiri.

Komen/Analisis 1. Kekuatan artikel ini adalah pada bahagian pengenalan,


Pelajar Terhadap metodologi kajian, perbincangan kajian dan rujukan.
Artikel Ini (e.g 2. Bahagian pengenalan ditulis dengan sangat terperinci, malah
Pernyataan Masalah, sokongan daripada kajian lepas juga adalah sangat banyak.
Objektif, Sorotan Pengkaji menggabungkan bahagian pernyataan masalah dan
Literatur, Metodologi kajian literatur di dalam bahagian pengenalan sekaligus.
(Rekabentuk, dsb), 3. Metodologi kajian juga adalah menyeluruh. Penyelidik
Dapatan, menjelaskan bagaimana kajian dijalankan, bermula dengan
Perbincangan, Kajian pemilihan sampel, prosedur yang dilakukan, dan perincian
Lanjutan) program yang dilaksanakan ke atas kanak-kanak, berserta
dengan justifikasi daripada kajian terdahulu.
4. Walaubagaimanapun, bahagian dapatan kajian dilihat agak
mengelirukan, ditambah dengan penggunaan istilah-istilah
jargon bagi pembacaan pembaca. Pembaca sepenuhnya
bergantung kepada bahagian perbincangan untuk lebih
memahami hasil kajian yang dijalankan.
5. Jumlah bahan yang digunakan sebagai rujukan adalah sangat
banyak, iaitu 55 bahan kesemuanya.
1.09 Artikel Jurnal 9/10
Kategori: Luar Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: ‘I Want To Join The Play’. Young Children’s Wants and
tajuk artikel, tajuk Needs of Empathy When Experiencing Peer Rejections in ECEC.
Jurnal, vol
Rujukan:
Kari Nergaard. 2020. ‘I want to join the play’. Young children’s wants
and needs of empathy when experiencing peer rejections in ECEC.
Early Years An International Research Journal.1-14.
URL atau DOI https://www.tandfonline.com/doi/epub/
10.1080/09575146.2020.1744531?needAccess=true
Pernyataan Masalah Penyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang
khusus namun diterangkan secara umum di bahagian pengenalan.

1. Di Sandseter dan Seland (2017), 16.5% kanak-kanak berumur


antara empat dan enam tahun melaporkan bahawa mereka tidak
mempunyai seseorang untuk bermain.
2. Kanak-kanak yang mengalami penolakan rakan sebaya akan
tertekan dan mempengaruhi emosi dan persepsi diri mereka.
3. Wujudnya jurang (gap) untuk meneroka pengalaman serta
melihat hubungan di antara keperluan empati dengan kehendak
kanak-kanak yang mengalami penolakan rakan sebaya.

Objektif kajian Tujuan kajian ini adalah untuk menyerlahkan suara kanak-kanak dan
(senaraikan) membawa kepada pandangan dan persepsi mereka tentang sokongan
empati dalam konteks penolakan daripada rakan-rakan sebaya.
Kajian Literatur Antara sorotan literatur yang signifikan menyokong kajian pengkaji
(perlu ada) & adalah:
kerangka konseptual 1. Institusi pendidikan awal kanak-kanak (ECEC) dikehendaki
kajian (hanya jika mengikuti tujuan, nilai dan tugas yang digariskan dalam Pelan
ada) Rangka Kerja Kementerian Tadika Norway, yang menyatakan
bahawa pendidikan hendaklah berdasarkan gabungan
pendidikan berorientasikan permainan dan penjagaan untuk
menggalakkan kecekapan sosial kanak-kanak dan
pembangunan empati (Kementerian Pendidikan dan
Penyelidikan 2017).
2. Main bebas dan interaksi rakan sebaya adalah keutamaan dan
penting untuk pembangunan dan pembelajaran komprehensif
kanak-kanak, yang terbukti dalam cara di mana institusi
pendidikan awal kanak-kanak mengatur masa dan ruang
(Kallestad dan Odegaard 2014).
3. Kanak-kanak mengalami penolakan rakan sebaya sebagai
peristiwa yang tertekan dan emosi yang menyakitkan yang
mempengaruhi keadaan emosi dan persepsi diri sosial mereka
(Nergaard 2018; Tay-Lim dan Gan 2013).
Metodologi Reka bentuk Kualitatif - kajian ethnografi mikro.
● Rekabentuk
kajian, Sampel 11 kanak-kanak perempuan dan 13 kanak-kanak
● Jenis lelaki. Penyertaan adalah secara sukarela dan
persampelan telah mendapat persetujuan ibu bapa.
● Siapa Instrumen Temu bual yang diilhamkan oleh Kaedah
responden Komunikasi Dialog (DCM) dan dirakam video.
atau informan Pemerhatian kerja lapangan dan dialog tidak
dan berapa formal.
jumlahnya Analisis Data Kaedah hermeneutical fenomena (Lindseth dan
● instrumentasi Norberg 2004) telah digunakan untuk
● kaedah penstrukturan dan analisis data kualitatif.
analisis data
**terangkan detail
instrumen yang
digunakan
Keputusan/ Dapatan 1. Dapatan kajian menunjukkan kanak-kanak lebih suka jika diajak
kajian (berdasarkan oleh rakan atau menerima pelawaan untuk bermain bersama
Objektif kajian) kerana ini menunjukkan dirinya dipilih oleh seseorang yang
ingin berkongsi kegembiraan dengan dirinya.
2. Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk berkawan dengan
seseorang yang boleh mengakui mereka, memahami perasaan
mereka serta seseorang yang boleh dipercayai dan yang mahu
bermain dengan mereka.
3. Kanak-kanak berkeinginan untuk empati melalui pengalaman
secara fizikal, sentuhan dan interaksi komunikasi bersama
kanak-kanak lain.
4. Berseronok juga adalah sesuatu yang kanak-kanak kehendaki
selepas menerima penolakan dari rakan sebaya.

Perbincangan/ 1. Kajian ini dapat membuktikan bahawa keinginan empati


Implikasi kajian sebahagian besarnya didorong oleh keinginan untuk bermain
dan keperluan untuk diterima dikalangan rakan sebaya.
2. Kajian ini juga dapat mendedahkan yang kanak-kanak
memerlukan sokongan sosial dan emosi selepas pengalaman
penolakan oleh rakan sebaya dalam permainan bebas.
3. Kajian mengenai penolakan rakan sebaya menunjukkan
pengalaman sosial yang negatif seperti menjejaskan emosi
kanak-kanak, menghalang perkembangan sosio-emosi mereka
dan menjadikan mereka terdedah kepada pengalaman rakan
sebaya yang negatif untuk masa depan.

Cadangan kajian Tiada dinyatakan di dalam kajian.


lanjutan
Komen/Analisis 1. Hasil kajian ini dapat menggalakkan budaya empati dan gaya
Pelajar Terhadap kerja yang komprehensif kepada guru untuk mengenalpasti
Artikel Ini (e.g keperluan sokongan empati dalam diri kanak-kanak dan
Pernyataan Masalah, mencari strategi yang bersesuaian untuk meningkatkan interaksi
Objektif, Sorotan di antara kanak-kanak.
Literatur, Metodologi 2. Kajian ini juga dapat menegaskan tentang faktor penting untuk
(Rekabentuk, dsb), memupuk empati kanak-kanak adalah dengan memenuhi
Dapatan, keperluan emosi kanak-kanak dan menggalakkan ekspresi
Perbincangan, Kajian mereka daripada pelbagai emosi.
Lanjutan) 3. Kajian ini dibuat berdasarkan jurang (gap) yang dijumpai dari
kajian lepas iaitu mengambil kira pandangan dan persepsi
kanak-kanak tentang sokongan empati dalam konteks penolakan
daripada rakan-rakan sebaya ketika bermain.
4. Pengkaji menggabungkan bahagian pernyataan masalah dan
kajian literatur di dalam bahagian pengenalan dengan sangat
terperinci, malah sokongan daripada kajian lepas juga ada
dinyatakan.
5. Metodologi kajian ditulis agak ringkas. Pengkaji tidak
menjelaskan kesahan item dalam skrip temubual diadaptasi atau
diubah dari kajian lepas dan tiada mendapat kesahan pakar.
Pemilihan sampel telah dinyatakan dengan jelas dan penyertaan
peserta juga telah mendapat kebenaran dari pihak ibu bapa
secara sukarela.
6. Kajian ini dapat membuktikan penerimaan oleh rakan sebaya
dan keinginan untuk bermain bersama memberi dorongan yang
kuat kepada keinginan empati seseorang kanak-kanak.
1.10 Artikel Jurnal 10/10
Kategori: Luar Negara

Pengarang, tahun, Tajuk: Supportive Indoor Environments for Functional Play in


tajuk artikel, tajuk ECEC Institutions: A Strategy For Promoting Well-Being and
Jurnal, vol Physical Activity?

Rujukan:
Ole Johan Sando and Ingar Mehus. 2021. Supportive Indoor
Environments for Functional Play in ECEC Institutions: A Strategy For
Promoting Well-Being and Physical Activity?. Early Child
Development And Care. 191(6):921-932
URL atau DOI https://www.tandfonline.com/doi/pdf/10.1080/03004430.2019.1651305?
needAccess=true
Pernyataan Masalah Penyataan masalah tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang
khusus namun diterangkan secara umum di bahagian pengenalan.

1. Kesejahteraan sering dianggap sebagai komponen utama dalam


kualiti program, tetapi pemahaman yang sama tentang
bagaimana institusi pendidikan awal kanak-kanak dapat
mempromosikan kesejahteraan adalah kurang (Mashford-Scott,
Church, &Tayler 2012).
2. Perbezaan struktur antara institusi di luar dan berapa banyak
masa untuk kanak-kanak dapat terlibat dalam permainan bebas
adalah kesan atau impak terbesar terhadap aktiviti fizikal kanak-
kanak.

Objektif kajian Fokus atau objektif kajian tidak dinyatakan dengan jelas dalam bab yang
(senaraikan) khusus namun diterangkan secara umum di bahagian pengenalan.

Meneroka bagaimana persekitaran dalaman fizikal boleh diubah dengan


penggunaan ruang tumbling yang menyokong dan menggalakkan
permainan fungsian, aktiviti fizikal dan kesejahteraan kanak-kanak.
Kajian Literatur
(perlu ada) & 1. Ciri-ciri persekitaran fizikal, serta ciri-ciri kanak-kanak seperti
kerangka konseptual jantina dan umur didapati mempunyai kaitan dengan aktiviti
kajian (hanya jika fizikal di institusi ECEC (Tonge, Jones, &okely 2016).
ada) 2. Kanak-kanak untuk bermain percuma juga boleh dikaitkan
dengan kesejahteraan kerana kanak-kanak boleh mengalami
keseronokan dan perasaan positif, aliran dan penglibatan,
kepunyaan dan makna dalam bermain (Holte et al. 2014).
3. Keputusan yang sama didapati dalam kajian pemerhatian oleh
Pate, McIver, Dowda, Brown, dan Addy (2008) adalah kanak-
kanak yang terlibat dalam aktiviti fizikal yang sederhana atau
lebih tinggi dalam kurang daripada 3% pemerhatian dan bahawa
kanak-kanak tidak aktif selama lebih daripada 80% masa.
4. Institusi-institusi hendaklah menggalakkan kesihatan psikologi
dan mental, menyediakan kanak-kanak dengan aktiviti fizikal
harian dan menyumbang kepada kesejahteraan kanak-kanak
(Norway Directorate for Education and Training 2017).
5. Kajian sebelum ini menunjukkan bahawa mempunyai bilik
rekreasi dalaman yang menyokong aktiviti motor dikaitkan
dengan tingkah laku yang kurang aktif (Barbosa, Coledam,
Stabelini Neto, Elias, &de Oliveira 2016) dan bahawa
menggunakan ruang dalaman untuk aktiviti motor dikaitkan
secara positif dengan aktiviti fizikal (Sugiyama, Okely, Masters,
& Moore 2012).

Metodologi Reka bentuk Kualitatif dan kuantitatif - campuran


● Rekabentuk
kajian, Sampel 1. Lima kanak-kanak perempuan dan lima
● Jenis kanak-kanak lelaki dari setiap 7 buah
persampelan institusi pendidikan awal kanak-kanak.
● Siapa 2. Projek lanjutan - lapan orang guru
responden prasekolah, seorang arkitek dan seorang
atau informan arkitek landskap.
dan berapa
Instrumen 1. Sistem pemerhatian untuk merekod
jumlahnya
aktiviti fizikal kanak-kanak- Prasekolah
● instrumentasi
(OSRAC-P) (Brown et al. 2006).
● kaedah
2. Kedua-dua instrumen menggunakan
analisis data
skala dari satu hingga lima. Skala
**terangkan detail
Kesejahteraan Leuven (Laevers 2005).
instrumen yang
digunakan Analisis Data 1. Analisis rakaman video yang sistematik
dan rawak selama dua minit, data
pemerhatian (Zimmerman, Bolhuis,
Willemsen, Meyer, & Noldus 2009) -
Analisis secara kualitatif.
2. Menggunakan kappa wajaran (Cohen
1968) – Analisis secara kuantitatif.
3. Penggunaan ruang tumbling telah
dikodkan menggunakan pengekodan
tingkah laku Observer XT 12.5 (Noldus).

Keputusan/ Dapatan 1. Tidak ada perkaitan yang signifikan antara jantina atau
kajian (berdasarkan mempunyai akses kepada ruang tumbling dan aktiviti fizikal.
Objektif kajian) 2. Terdapat perkaitan positif antara penggunaan ruang tumbling dan
bermain fungsian. Jumlah permainan fungsian dianggarkan
meningkat sebanyak 37% apabila kanak-kanak berada dalam
ruang tumbling untuk keseluruhan pemerhatian (100%).
3. Tidak ada perkaitan antara penggunaan ruang tumbling dan
kesejahteraan kanak-kanak.
4. Tiada perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan
ditemui dalam bagaimana menggunakan atau akses kepada ruang
tumbling mempengaruhi kesejahteraan, aktiviti fizikal dan
bermain fungsian.
5. Tidak ada perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan
dalam berapa banyak ruang tumbling digunakan.
6. Walau bagaimanapun, terdapat satu penemuan positif yang
sangat kecil peratusannya ditemui antara akses kepada ruang
tumbling dan kesejahteraan.
7. Keputusan dalam kajian ini juga menunjukkan bahawa aktiviti
fizikal boleh dijangka 0.9 lebih tinggi pada skala OSRAC-P dan
jumlah permainan berfungsi menjadi 37% lebih tinggi apabila
kanak-kanak berada di ruang tumbling untuk keseluruhan
pemerhatian.
8. Secara keseluruhannya, dapatan data menunjukkan pengenalan
ruang tumbling di institusi pendidikan awal kanak-kanak dalam
meningkatkan jumlah permainan fungsian dalam persekitaran
dalaman untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan adalah sama.

Perbincangan/ 1. Hasil dapatan data menunujukkan kajian ini tidak sesuai untuk
Implikasi kajian menerangkan pengaruh institusi terhadap kesejahteraan kanak-
kanak dan meninggalkan topik untuk penyiasatan dalam
penyelidikan kepada pengkaji lain di masa depan dengan hanya
tujuh institusi digunakan sebagai sampel. Sampel yang lebih
besar adalah diperlukan.
2. Perbezaan struktural sesebuah institusi merupakan penjelasan
varians yang besar dan penting untuk melihat keberkesanan tahap
aktiviti fizikal kanak-kanak.
3. Kesan pengalaman kanak-kanak di institusi mengenai
kesejahteraan mungkin boleh dilihat dalam tempoh jangka masa
yang lebih panjang bagi aktiviti fizikal dan permainan berfungsi.

Cadangan kajian Pengkaji ada menyatakan secara umum dibahagian perbincangan agar
lanjutan topik yang sama dicadangkan kepada pengkaji di masa depan tetapi
dengan menggunakan sampel yang lebih besar.
Komen/Analisis 1. Hasil kajian lepas telah menemui bahawa kanak-kanak lelaki akan
Pelajar Terhadap menggunakan ruang tumbling untuk aktiviti fizikal dan bermain
Artikel Ini (e.g fungsi ke tahap yang lebih besar daripada kanak-kanak perempuan
Pernyataan Masalah, namun kajian ini pula menunjukkan sebaliknya iaitu tidak ada
Objektif, Sorotan perbezaan antara kanak-kanak lelaki dan perempuan dalam berapa
Literatur, Metodologi banyak ruang tumbling yang digunakan atau bagaimana ruang ini
(Rekabentuk, dsb), mempengaruhi kesejahteraan mereka, aktiviti fizikal sosial dan
Dapatan, bermain.
Perbincangan, Kajian 2. Kaedah pemilihan sampel dan peserta kajian telah dinyatakan
Lanjutan) dengan jelas dengan mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu
bapa. Kanak-kanak yang terlibat juga telah dimaklumkan mengenai
pemerhatian video tersebut dan tidak akan difilemkan jika mereka
tidak mahu.
3. Pengkaji menggabungkan di bahagian pengenalan dengan sangat
terperinci tentang pernyataan masalah, fokus kajian dan sokongan
literatur kajian lepas yang relevan.

4. Metodologi kajian juga adalah menyeluruh. Pengkaji menjelaskan


bagaimana kajian dijalankan, bermula dengan pemilihan sampel,
prosedur yang dilakukan dan perincian kajian yang dilaksanakan
berserta dengan justifikasi dan sokongan daripada kajian terdahulu.
5. Kajian ini mensasarkan kemungkinan bermain fungsian dalam
persekitaran dalaman boleh menjadi satu strategi intervensi yang
berjaya untuk menggalakkan aktiviti fizikal dan sosial di institusi
pendidikan awal kanak-kanak.
2.1 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

PENDEKATAN BELAJAR MELALUI BERMAIN DALAM


PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Permasalahan Kajian
Adakah aktiviti bermain (fizikal) dapat mempengaruhi perkembangan kanak-
kanak secara menyeluruh.

Aktiviti Bermain (Fizikal)


Pemboleh Ubah Bebas

1.Perkembangan Tingkah laku Sosial.


2.Perkembangan Bahasa & Interaksi Sosial.
Pemboleh Ubah Bersandar 3.Perkembangan Kognitif.
4.Perkembangan Sosioemosi.
5.Perkembangan Fizikal Kreativiti.

Persepsi ibu bapa adalah Kanak-kanak mengalami Kekuatan aktiviti bermain


Main bebas mampu
positif tentang perubahan sosioemosi merangsang tingkah laku
merangsang pelbagai
kepentingan anak-anak yang drastik selepas sosial positif.
corak interaksi sosial
mereka untuk bermain melibatkan diri dalam (Jaslinah, Mariani dan
pada kanak-kanak.
bagi perkembangan Mohd Nazri, 2021).
(Jaslinah, Mariani dan aktiviti main peranan.
Mohd Nazri, 2020). bahasa, kemahiran sosial
(Siti Affiza, Zaharah &
dan lain-lain
(Masyetah & Syaza, Azian (2021)
Permainan bukan digital 2021). Jumlah permainan
fungsian dianggarkan
dapat merangsang Aktiviti permainan meningkat sebanyak
perkembangan kognitif berstrukur menunjukkan 37% apabila kanak-
Kesan kaedah bermain
kanak-kanak usia prestasi kemahiran sosial kanak berada dalam
mampu memberikan kanak-kanak meningkat
prasekolah. ruang tumbling untuk
reaksi positif dan dengan ketara.
(Lai, Ang & Liew keseluruhan
meningkatkan (Grammatikopoulus et pemerhatian.
(2018).
perkembangan kognitif al., 2019) (Ole & Ingar, 2021).
kanak-kanak
Pelbagai aktiviti fizikal keseluruhannya. Kanak-kanak lebih suka jika
perlu disediakan untuk (Norazilawati, Munovah diajak oleh rakan atau menerima
kanak-kanak bagi pelawaan untuk bermain bersama
& Suppiah, 2017).
memastikan mereka kerana ini menunjukkan dirinya
dipilih oleh seseorang yang ingin
menguasai
berkongsi kegembiraan dengan
perkembangan kognitif, dirinya.
sosioemosi, dan (Kari, 2020).
sebagainya.
(Nan Zhang et al,.2017)

Kualiti sistem pendidikan yang sentiasa konsisten, terbaik dan mampu menghasilkan
kesediaan kanak- kanak yang mempunyai masa depan yang gemilang, modal insan
yang mampan dan berdaya saing dalam dunia kerja secara global kelak.
2.3 HURAIAN KERANGKA KONSEPTUAL

Kerangka konseptual kajian bermaksud satu bentuk kerangka konsep yang menerangkan
secara ringkas bentuk kajian, hala tuju kajian, format kajian dan peringkat-peringkat atau
fasa-fasa dalam kajian. Ia juga boleh diasaskan di atas mana-mana teori yang ada atau
dibentuk sendiri berasaskan kajian-kajian terdahulu. Kerangka konsep lebih bersifat tentatif
dan belum dibangunkan secara sepenuhnya berbanding kerangka teori (Norwood, 2000:78).
Lebih jelas lagi, kerangka konsep adalah kerangka yang menunjukkan hubungan sebab dan
kesan antara variabel tak bersandar (independent) dan variabel bersandar (dependent) yang
biasanya digambarkan dalam sebuah rajah atau grafik. Apabila kerangka konseptual kajian
dibina, ia dapat membantu pengkaji untuk sentiasa berada di landasan yang betul sepanjang
kajian dijalankan. Kerangka konsep ini dibina untuk memudahkan pengkaji sewaktu kajian
ingin dijalankan.

Bermain merupakan aktiviti semulajadi kanak-kanak (Freud,1920; Erikson,1963


dalam Papalia et al. 2008). Semasa bermain kanak-kanak berasa bebas, riang dan puas hati
(Montessory,1870-1952 dalam Papalia et al., (2008). Fikiran mereka menjadi lebih tenang
dan dapat melakukan aktiviti dengan lebih baik. Mereka belajar dan meneroka persekitaran
melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang tinggi (Erikson 1985). Ginsburg
(2007) menghuraikan, bermain merupakan aktiviti yang perlu dikembangkan dalam dunia
kanak-kanak kerana ianya memberi impak positif terhadap sosial, kognitif, fizikal, emosi dan
bahasa kanak-kanak. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dibuat dalam mengenalpasti
penggunaan pendekatan kaedah bermain ini sesuai dalam memberi impak positif kepada
kemenjadian keberhasilan murid secara menyeluruh. Antaranya adalah, kaedah pendekatan
bermain “yang menarik” dalam pembelajaran mampu mencetuskan minat dan motivasi
kanak-kanak untuk terus belajar (Aliza Ali & Sharifah Nor Puteh 2012). Salah satu
pendekatan PdP berkesan untuk diadaptasi di prasekolah adalah pendekatan belajar melalui
bermain (Haslinda, 2015; Aimi Najlaa & Faridah 2017; Auni Bazilah & Mohd Jasmy 2019).
Pelbagai aktiviti bermain fizikal perlu disediakan untuk kanak-kanak bagi memastikan
mereka menguasai perkembangan kognitif, sosioemosi dan sebagainya (Nan Zhang et al.
2017).
Pendekatan kaedah bermain ini merupakan pemboleh ubah bebas yang akan
digunakan untuk mengesan hubungannya dengan pemboleh ubah bersandar iaitu mengesan
tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak seperti perkembangan tingkah laku sosial,
perkembangan bahasa, perkembangan kognitif, perkembangan sosiemosi serta
perkembangan fizikal dan kreativiti kanak-kanak. Klarin (2015) menyatakan main bebas
dilihat lebih banyak merangsang pelbagai corak interaksi sosial yang berbentuk positif
berbanding negatif berbanding dengan aktiviti-aktiviti pembelajaran lain di prasekolah.
Semasa main bebas, kanak-kanak lelaki dan perempuan menunjukkan corak interaksi sosial
yang berbeza iaitu interaksi sosial positif dan interaksi sosial negatif. Kanak-kanak
membentuk interaksi sosial secara positif lebih kerap berbanding dengan interaksi sosial
secara negatif sama ada kanak-kanak lelaki atau kanak-kanak perempuan (Jaslinah, Mariani
& Mohd. Nazri 2021). Disokong juga oleh kajian Grammatikopoulus et al., (2019) yang
mendapati aktiviti permainan berstrukur menunjukkan prestasi kemahiran sosial kanak-
kanak meningkat dengan ketara. Aktiviti bermain menyediakan peluang untuk kanak-kanak
mempraktikkan pelbagai kemahiran sosial dan mempelajari peraturan sosial (Bodrova &
Leong 2015). Maka, main bebas mampu merangsang pelbagai corak interaksi sosial pada
kanak-kanak yang mana perkembangan yang baik pada aspek ini akan mempengaruhi
perkembangan awal aspek lain seperti kognitif, emosi, bahasa dan fizikal kanak-kanak
(Jaslinah, Mariani dan Mohd Nazri 2020).

Kesan kaedah bermain juga mampu memberikan reaksi positif dan meningkatkan
perkembangan kognitif kanak-kanak keseluruhannya. Perkembangan kognitif yang baik
dalam kalangan kanak-kanak akan mempengaruhi tahap penguasaan pelajaran di samping
memberi kesan baik kepada pencapaian murid-murid di sekolah pada masa hadapan
(Norazilawati, Munovah & Suppiah 2017). Kaedah bermain secara berkumpulan
menyumbang kepada kemahiran bersosial dan kognitif kanak-kanak prasekolah (Zakiah,
Yeo & Azlina 2013). Rentzou (2013) dalam kajiannya menyatakan kanak-kanak yang
banyak terlibat dengan jenis main asosiatif dan main koperatif cenderung bertingkah laku
positif iaitu mudah menguasai kemahiran sosial berbanding dengan kanak-kanak yang
bermain sendirian iaitu main bukan sosial. Dapatan yang diperoleh dalam kajian Lai, Ang &
Liew (2018) juga mendapati permainan bukan digital iaitu permainan berbentuk fizikal
dapat merangsang perkembangan kognitif kanak-kanak usia prasekolah.
Belajar melalui bermain juga mampu merangsang perkembangan sosioemosi kanak-
kanak dan meningkatkan potensi mereka ke tahap maksimum (Bahagian Pembangunan
Kurikulum 2017). Minat kanak-kanak terhadap bermain berubah dari semasa ke semasa
kerana perubahan perkembangan dan keperluan sosial (Vygotsky 1978). Pengkaji percaya
perubahan sosioemosi antara peserta kajian juga signifikan dengan teori yang dibangunkan
oleh Vygotsky (1978) yang mana ia percaya bahawa ketika bermain kanak-kanak
berkembang secara emosi dan mental yang mana menjadikan kanak-kanak itu mampu
mengawal suasana sekelilingnya dengan baik. Dalam kajian temu bual oleh Siti Affiza,
Zaharah & Azian (2021), dapat dilihat kanak-kanak mengalami perubahan sosioemosi yang
drastik selepas melibatkan diri dalam aktiviti main peranan yang mana tahap kawalan kendiri
mereka juga merangkumi kawalan kendiri sifat positif, bekerja secara kooperatif,
menyayangi diri dan orang lain. Selari dengan hasil dapatan kajian Kari (2020) mendapati
kanak-kanak lebih suka jika diajak oleh rakan atau menerima pelawaan untuk bermain
bersama kerana ini menunjukkan dirinya dipilih oleh seseorang yang ingin berkongsi
kegembiraan dengan dirinya. Ini menunjukkan bahawa keinginan empati sebahagian
besarnya didorong oleh keinginan untuk bermain dan keperluan untuk diterima dikalangan
rakan sebaya justeru mendedahkan yang kanak-kanak memerlukan sokongan emosi dalam
setiap perkara.

Terdapat juga faktor yang berperanan dalam memastikan pendekatan kaedah


bermain dapat memberi impak kepada murid seperti faktor ibu bapa dan persekitaran fizikal.
Kajian oleh Muhammad Shakandar Ali et al., (2019) berkaitan pembelajaran secara
bermain dalam penyelidikan kualitatif mendapati sebilangan besar ibu bapa bersetuju kanak-
kanak akan belajar sesuatu melalui bermain. Persepsi ibu bapa terhadap aktiviti
bermain bagi kanak-kanak prasekolah adalah berada pada tahap yang sangat baik. Ibu bapa
faham akan kepentingan anak-anak mereka untuk bermain bagi perkembangan bahasa,
kemahiran sosial dan lain-lain (Masyetah & Syaza 2021). Aktiviti bermain bukan sahaja
aktiviti yang menyeronokkan kanak-kanak malah secara tidak langsung merangsang
kanak-kanak mengembangkan kemahiran sosial mereka. Kajian lepas juga banyak
menyokong faktor persekitaran juga mampu mempengaruhi impak penggunaan kaedah
bermain kepada perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Ostrosky & Meadan (2010)
menjelaskan tentang kesesuaian persekitaran bermain yang mendorong kepada interaksi
sosial kanak-kanak iaitu seperti penyediaan ruang fizikal kelas, penentuan bilangan kanak-
kanak dengan ruang bermain, jenis peralatan main dan jenis perhiasan dalam kelas. Jumlah
kanak-kanak dan jenis alat permainan akan mempengaruhi tahap interaksi sosial yang akan
berlaku antara kanak-kanak. Permainan seperti blok, play doh, serta apa sahaja jenis alat
main yang mendorong kepada permainan secara berkumpulan akan memudahkan interaksi
sosial mereka (Wathu 2016). Kajian oleh Ole dan Ingar (2021) juga menyatakan jumlah
permainan fungsian dianggarkan meningkat sebanyak 37% apabila kanak-kanak berada
dalam ruang tumbling untuk keseluruhan pemerhatian dan ini menunjukkan terdapat
perkaitan positif antara penggunaan ruang tumbling iaitu ruang persekitaran dalaman dengan
bermain secara fungsian.

Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan


mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan menarik minat serta dapat
menggembirakan kanak-kanak. Pendekatan ini ternyata dilihat berkesan dalam memberikan
impak yang positif kepada perkembangan kanak-kanak secara holistik. Pendekatan ini
adalah relevan untuk diketengahkan di pelbagai peringkat institusi terutama institusi
pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah. Pendekatan belajar melalui bermain
diperingkat prasekolah perlu diperkasakan untuk melahirkan kanak-kanak yang berdaya
saing dari segi pengetahuan dan kemahiran (Zakiah & Mohamad Kamis 2016).
3.0 SENARAI RUJUKAN.

Chua Yan Piaw. 2011. Kaedah Dan Statistk Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Shah Alam:
Mc Graw Hill Education.

Chua Yan Piaw. 2012. Asas Statistik Penyelidikan. Shah Alam: Mc Graw Hill Education.

Grammatikopoulos, V., Loukatari, P., Matsouka, O., Nani, S. & Papadimitriou, K. 2019. The
effect of a structured playfulness program on social skills in kindergarten children.
International Journal of Instruction, 12(3): 237-252.

Jaslinah Makantal, Mariani Md.Nor, Mohd. Nazri Abd.Rahman. 2020. Corak Interaksi Sosial
Kanak-Kanak Dengan Rakan Sebaya Semasa Main Bebas Di Prasekolah. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik. 8(4): 21-34.

Jaslinah Makantal, Mariani Md. Nor & Mohd. Nazri Abd. Rahman. 2021. Pengaruh Gender
Dalam Mencorakkan Interaksi Sosial Kanak-Kanak Semasa Main Bebas di
Prasekolah. Journal Of Social Sciences And Humanities. 18(1): 124-138.

John, W. Cresswell & J. David Cresswell. 2018. Fifth Edition Research Design: Qualitative,
Quantitative, and Mixed Methods Approaches. London: SAGE Publications, Inc.

Kari Nergaard. 2020. ‘I want to join the play’. Young children’s wants and needs of empathy
when experiencing peer rejections in ECEC. Early Years An International Research
Journal.1-14.

Lai, N. K., Ang, T. F., Por, L. Y., & Liew, C. S., (2018). The impact of play on child
development. European Early Childhood Education Research Journal. 26(5): 1-19

Masyetah Munawwarah Abu Bakar Sedek, Syaza Hazwani Zaini. 2021. Persepsi Ibu Bapa
Terhadap Terhadap Aktiviti Belajar Melalui Bermain Bagi Kanak-Kanak Prasekolah.
Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan. 10(2): 35-46

Nan Zeng, Mohammad Ayyub, Haichun Sun, Xu Wen, Ping Xiang & Zan Gao. 2017. Effects
of Physical Activity on Motor Skills and Cognitive Development in Early Childhood:
A Systematic Review. Hindawi BioMed Research International. 17.

Neuman, M.L. 2014. Social Research Methods: Qualitative and Quantitative Approaches.
United States: Pearson Education Limited.
Norazilawati Abdullah, Munovah R. M. E., Sandra Suffian & Suppiah Nachiappan. 2017.
Perkembangan kognisi dalam kanak-kanak prasekolah melalui teknik bermain. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 6: 34-44.

Ole Johan Sando and Ingar Mehus. 2021. Supportive Indoor Environments for Functional
Play in ECEC Institutions: A Strategy For Promoting Well-Being and Physical
Activity?. Early Child Development And Care. 191(6): 921-932.

Patton, M.Q. 1990. Qualitative Evaluation and Research Methods (2nd Ed.). London: SAGE
Publications Ltd.

Sidek Mohd Noah. 2002. Reka Bentuk Penyelidikan Falsafah Teori Dan Praktis. Serdang:
Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Siti Affiza Mohammad, Zaharah Osman, Azian Niza Abdul Aziz. 2021. Perkembangan
sosioemosi kanak-kanak melalui aktiviti main peranan dalam pengajaran dan
pembelajaran di peringkat prasekolah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak
Kebangsaan. 10(2): 47-62.

Anda mungkin juga menyukai