Anda di halaman 1dari 180

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

KEFAHAMAN DAN SIKAP GURU PERTANIAN TERHADAP


PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

NOR ARIZAH BINTI MASIRON


FPP 2008 37
KEFAHAMAN DAN SIKAP GURU PERTANIAN
TERHADAP PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI
DALAM PERTANIAN

NOR ARIZAH BINTI MASIRON

MASTER SAINS
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2008
KEFAHAMAN DAN SIKAP GURU PERTANIAN
TERHADAP PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI
DALAM PERTANIAN

OLEH

NOR ARIZAH BINTI MASIRON

Tesis dikemukakan kepada Sekolah Pengajian Siswazah Universiti Putra Malaysia


sebagai memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains
Pendidikan Teknik dan Vokasional

Disember 2008
NOR ARIZAH BT MASIRON MASTER SAINS 2008
ii

Abstrak tesis yang dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia sebagai
memenuhi keperluan untuk Ijazah Master Sains Pendidikan Teknik dan Vokasional

KEFAHAMAN DAN SIKAP GURU PERTANIAN TERHADAP


PENGGUNAAN BIOTEKNOLOGI DALAM PERTANIAN

Oleh

NOR ARIZAH BINTI MASIRON

Disember 2008

Penyelia : Prof. Madya Ramlah Binti Hamzah, PhD

Fakulti : Pengajian Pendidikan

Bioteknologi telah menjadi perkara penting dalam bidang pertanian. Ia bukan sahaja

mempengaruhi hasilan pertanian, tetapi juga dapat membantu membaiki hasilan

tersebut. Justru, masyarakat perlu mempunyai kefahaman dan sikap mengenai

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Guru mempunyai peranan utama untuk

mendidik masyarakat terutama generasi muda mengenai bioteknologi supaya mereka

dapat membuat keputusan mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Kajian yang dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap guru

pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Kajian yang dijalankan

adalah berbentuk tinjauan yang menggunakan soal selidik. Soal selidik yang digunakan

dalam penyelidikan ini dibina berdasarkan kajian literatur yang berkaitan. Populasi

kajian adalah terdiri daripada guru pertanian yang mengajar mata pelajaran Sains

Pertanian dan Pengajian Agroteknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan dan Sekolah


iii

Menengah Teknik di seluruh Malaysia. Sebanyak 220 guru pertanian telah digunakan

sebagai sampel kajian.

Data telah dikumpul menggunakan soal selidik yang telah diposkan kepada sampel

kajian. Kadar pulangan soal selidik ialah sebanyak 79.55%. Kaedah maklum balas

awal dan lewat telah digunakan untuk menganggarkan ciri-ciri maklum balas yang tidak

diterima. Data telah dianalisis menggunakan SPSS. Statistik diskriptif dan infrensi

yang telah digunakan untuk menganalisis data ialah frekuensi, peratus, min, sisihan

piawai, ujian korelasi, ujian t dan ANOVA.

Kajian mendapati terdapat perkaitan yang signifikan antara kefahaman guru pertanian

mengenai aktiviti berkaitan bioteknologi dengan kehadiran kursus berkaitan

bioteknologi. Terdapat juga hubungan negatif yang rendah dan signifikan antara

kefahaman guru mengenai aktiviti berkaitan bioteknologi dengan persepsi pengetahuan

mereka mengenai bioteknologi. Kajian juga mendapati, persepsi pengetahuan guru

pertanian mengenai topik bioteknologi pada tahap sederhana. Guru pertanian juga

mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Selain itu, terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru pertanian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian berdasarkan pembolehubah jantina. Terdapat juga

perbezaan yang signifikan halangan perlaksanaan topik bioteknologi berdasarkan

pembolehubah opsyen, bangsa dan kehadiran kursus berkaitan bioteknologi.

Kajian juga mendapati kekurangan peralatan makmal adalah menjadi penghalang utama

untuk guru pertanian melaksanakan pengajaran topik bioteknologi. Sumber maklumat


iv

yang menjadi pilihan guru pertanian untuk mendapatkan maklumat mengenai

bioteknologi adalah melalui kursus anjuran universiti, industri dan pusat penyelidikan.

Kajian mencadangkan guru pertanian sepatutnya diberi kursus dalam perkhidmatan

untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mereka mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Selain itu, kajian juga mencadangkan Kementerian

Pelajaran Malaysia perlu membekalkan peralatan makmal yang mencukupi bagi

membolehkan guru pertanian dapat melaksanakan pengajaran topik bioteknologi dengan

lebih berkesan.
v

Abstract of thesis presented to the Senate Of Universiti Putra Malaysia in fulfillment of


the requirement for the degree of Master Science Technical and Vocational Education

UNDERSTANDING AND ATTITUDE OF AGRICULTURAL TEACHERS


TOWARDS THE USE OF BIOTECHNOLOGY IN AGRICULTURE

By

NOR ARIZAH BINTI MASIRON

December 2008

Chair: Associate Professor Ramlah Binti Hamzah, PhD

Faculty : Education Study

Biotechnology has become one of the important aspects in agriculture as it is not only

effect the agriculture production, but also the makeup agriculture products. Society

should have knowledge and understanding about the use of biotechnology in agriculture.

Teachers play very important role to educate society and young generation about

biotechnology so that they can make a better decision regarding the use of

biotechnology in agriculture.

The purposes of the study are to examine agricultural teachers’ understanding and

attitude toward the use of biotechnology in agriculture. This study employed a

descriptive survey method. The instrument used was developed based on reviews of

related literature. The target population is agricultural teachers teaching agriculture

Science or Agro Technology at Secondary Schools and Secondary Technical Schools in

Malaysia. The sample size for this study was 220 agricultural teachers.
vi

Data were collected through a mail questionnaire and the response rate was 79.55%.

Early and late responses method were used to estimate the characteristics of non

respondents. The data were analyzed with the SPSS. Descriptive and inferential

statistics were used to summarize and analyzed the data. These include frequencies,

percentages, measure of central tendencies, measure of variance, t- test and analysis of

variance.

The findings indicated that, there was a significant relationship between agricultural

teachers’ understanding on activities related on biotechnology and whether they attended

in service courses or not. There was a negative and significant low relationship between

agricultural teachers understanding about biotechnology and their perceived knowledge

about biotechnology. The finding also indicated that agricultural teachers’ perceived

knowledge on topics related biotechnology was average. The agricultural teachers

also have positive attitude towards the use of biotechnology in agriculture. There were

significance different in agricultural teachers’ attitude towards the use of biotechnology

in agriculture between gender. There were also a significant difference on hindrances

facing by agricultural teachers in teaching topics on biotechnology among race, option

and whether they attended in service courses or not.

The findings also indicated lack of laboratory facilities as the major barrier in teaching

biotechnology. Teachers also reported that their main sources of information on

biotechnology in agriculture were from courses organized by universities, industries and

research centers. The study suggests that agricultural teachers should be given more in

service courses to increase their knowledge and understanding of the use of


vii

biotechnology in agriculture. The study also suggests that the Ministry of Education

should provide more laboratory facilities so that agricultural teachers will be able to

teach biotechnology more effectively.


viii

PENGHARGAAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA


PENYAYANG

Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan rahmat dan

kurniaNya maka penulisan tesis ini dapat disempurnakan. Melalui ruangan ini, pertama

sekali saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih kepada Prof Madya Dr Ramlah Hamzah dan Prof. Dr.

Ab. Rahim Bakar selaku penyelia yang banyak memberi membimbing dan komitmen

yang tinggi daripada mula penyelidikan ini diusahakan sehingga tesis ini dapat

disempurnakan. Ucapan terima kasih juga kepada Prof. Dr. Zakaria Kasa, Prof. Madya

Dr. Maheran Abd. Aziz dan Prof. Madya Datin Dr. Siti Nur Akmar Abdullah, Encik

Samsuri Buang, Encik Rusli Sharkom, Tuan Haji Kamarudin Kemis, Tuan Hj

Mohammad Jaafar Sahari dan Encik Jailani Abd Rahim yang membantu membuat

pengesahan soal selidik. Terima kasih juga kepada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri

yang memberi kebenaran untuk menjalankan penyelidikan serta Puan Siti Hawa Ishak

yang membantu mengumpul soal selidik. Tidak lupa juga kepada Roslee, Faizah, Lee,

Shima, Zaida, Rohana, Maria, Patarai dan Kamaladevi, rakan-rakan yang sentiasa

berkongsi ilmu dan memberi rangsangan dalam usaha untuk menyelesaikan tesis ini.

Sekian, Wassalammualaikum W.B.T.

NOR ARIZAH MASIRON

Fakulti Pengajian Pendidikan


Universiti Putra Malaysia
ix

Saya mengesahkan bahawa satu Jawatankuasa Pemeriksa telah berjumpa pada 24


Disember 2008 untuk menjalankan peperiksaan akhir bagi NOR ARIZAH BINTI
MASIRON bagi menilai tesis beliau yang bertajuk “Kefahaman dan Sikap Guru
Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian” mengikut Akta
Universiti dan Kolej Universiti 1971 dan Perlembagaan Universiti Putra Malaysia
[P.U.(A) 106] 15 Mac 1998. Jawatankuasa tersebut telah memperakukan bahawa calon
ini layak dianugerahkan ijazah Master Sains Pendidikan Teknik dan Vokasional.

Ahli Pemeriksa Jawatankuasa adalah seperti berikut:

ABDULLAH MAT RASHID, PhD


DR.
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)

IBRAHIM NAZRI, PhD


Prof. Madya
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)

ROSINI ABU, PhD


Prof. Madya
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pemeriksa Dalam)

RUHIZAN M. YASIN, PhD


Prof Madya
Fakulti Pendidikan
Universiti Kebangsaan Malaysia
(Pemeriksa Luar)

________________________
BUJANG KIM HUAT, PhD
Profesor dan Timbalan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia

Tarikh:
x

Tesis ini telah dikemukakan kepada Senat Universiti Putra Malaysia dan telah diterima
sebagai memenuhi syarat keperluan untuk Ijazah Master Sains Pendidikan Teknik
dan Vokasional. Ahli Jawatankuasa Penyeliaan adalah seperti berikut:

RAMLAH BINTI HAMZAH, PhD


Profesor Madya
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Pengerusi)

AB. RAHIM BIN BAKAR, PhD


Profesor
Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia
(Ahli)

_______________________________
HASANAH MOHD GHAZALI, PhD
Profesor dan Dekan
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia

Tarikh :
xi

PENGAKUAN

Saya memperakui bahawa tesis ini adalah hasil kerja saya yang asli melainkan petikan
dan sedutan yang tiap-tiap satunya telah dijelaskan sumbernya. Saya juga memperakui
bahawa tesis ini tidak pernah dimajukan sebelum ini, dan tidak dimajukan serentak
dengan ini, untuk ijazah lain sama ada di Universiti Putra Malaysia atau institusi lain.

_____________________________

NOR ARIZAH BINTI MASIRON

Tarikh :
xii

ISI KANDUNGAN

HALAMAN
ABSTRAK ii
ABSTRACT v
PENGHARGAAN viii
PENGESAHAN ix
PENGAKUAN xi
ISI KANDUNGAN xii
SENARAI JADUAL xv
SENARAI RAJAH xvii
SENARAI RINGKASAN xviii

BAB

1 PENDAHULUAN 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1


1.2 Penyataan Masalah 3
1.3 Objektif Kajian 7
1.4 Persoalan Kajian 8
1.5 Kepentingan Kajian 10
1.6 Limitasi Kajian 11
1.7 Definisi Operasional 11
1.7.1 Kefahaman 11
1.7.2 Persepsi Pengetahuan 12
1.7.3 Sikap 13
1.7.4 Guru Pertanian 14
1.7.5 Mata Pelajaran Sains Pertanian 14
1.7.6 Mata Pelajaran Pengajian Agroteknologi 14
1.7.7 Biotelnologi Pertanian 15
1.7.8 Halangan 16
1.7.9 Sumber Maklumat 17

2 SOROTAN LITERATUR 18

2.1 Pendahuluan 18
2.2 Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian 18
2.2.1 Definisi Bioteknologi dan Bioteknologi 19
Pertanian
2.2.2 Istilah dalam Bioteknologi Pertanian 21
2.3 Pengetahuan dan Sikap Masyarakat Terhadap 22
Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian

2.3.1 Pengetahuan dan Sikap Pengguna Terhadap Penggunaan 22


xiii

Bioteknologi dalam Pertanian


2.3.2 Pengetahuan dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan 26
Bioteknologi dalam Pertanian
2.4 Bioteknologi dan Kurikulum Pendidikan 32
2.4.1 Guru dan Perlaksanaan Pengajaran Bioteknologi dalam 33
Kurikulum Pendidikan Pertanian
2.4.2 Halangan Perlaksanaan Pengajaran Bioteknologi dalam 35
Kurikulum Pendidikan Pertanian
2.4.3 Sumber Maklumat Mengenai Bioteknologi 39
dalam Pendidikan
2.5 Kerangka Konseptual Kajian 41

3 METADOLOGI KAJIAN 46

3.1 Pendahuluan 46
3.2 Reka Bentuk Kajian 46
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 47
3.4 Alat Ukur Kajian 50
3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Kajian 58
3.6 Kajian Rintis 60
3.7 Prosedur Pengumpulan Data 61
3.8 Penganalisisan Data 64

4 DAPATAN KAJIAN 68

4.1 Pendahuluan 68
4.2 Demografi Responden 68
4.3 Tahap Kefahaman Guru Pertanian Mengenai 74
Penggunaan Bioteknologi
4.4 Persepsi Pengetahuan Guru Pertanian Mengenai 81
Topik Bioteknologi dalam Pertanian
4.5 Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan 83
Bioteknologi dalam Pertanian
4.6 Halangan yang dihadapi oleh Guru Pertanian Semasa 87
Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran
Bioteknologi Pertanian di Sekolah
4.7 Perbezaan yang Wujud antara Pembolehubah 89
Demografi Guru Pertanian dengan Persepsi Pengetahuan Mereka
Mengenai Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian
4.8 Perbezaan yang Wujud antara Pembolehubah
Demografi Guru Pertanian dengan Sikap Mereka Mengenai 93
Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian
4.9 Perbezaan yang Wujud antara Pembolehubah
Demografi Guru Pertanian dengan Halangan Perlaksanaan 97
Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi
4.10 Hubungan Pembolehubah 101
4.11 Sumber Maklumat yang Menjadi Pilihan Guru 103
xiv

Pertanian untuk Mendapatkan Maklumat


Mengenai Bioteknologi Pertanian
4.12 Kursus Berkaitan Bioteknologi yang diperlukan 104
oleh Guru Pertanian
4.13 Topik Bioteknologi yang Perlu ditambah dalam 106
Kurikulum Sukatan Pelajaran Sains Pertanian

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN 108

5.1 Pengenalan
5.2 Rumusan 108
5.2.1 Objektif kajian 108
5.2.2 Metadologi 108
5.2.3 Dapatan 110
5.3 Perbincangan 111
5.3.1 Kefahaman dan Persepsi Pengetahuan Guru 119
Pertanian Mengenai Penggunaan 119
Bioteknologi
5.3.2 Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan
Bioteknologi dalam Pertanian 121
5.3.3 Halangan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
Topik Bioteknologi 122
5.3.4 Hubungan antara Pembolehubah
5.3.5 Sumber Maklumat 124
5.3.6 Kursus Berkaitan Bioteknologi yang Menjadi Keperluan 126
Guru Pertanian 127
5.3.7 Topik Bioteknologi yang Perlu ditambah Kurikulum
Pendidikan Sains Pertanian 128
5.4 Kesimpulan
5.4.1 Implikasi 129
5.5 Cadangan 132
135

RUJUKAN 138
LAMPIRAN
BIODATA PELAJAR
xv

SENARAI JADUAL

JADUAL HALAMAN

3.4.1 Jenis Item Bagi Mengukur Sikap 55


3.5.1 Nilai Pekali Alpha Cronbach’s 59
3.8.1 Skala dan Skor Sikap 66
3.8.2 Petunjuk Tahap Sikap Keseluruhan Berdasarkan Skor 67
4.2.1 Maklumat Demografi Jantina, Bangsa, Agama dan 69
Umur Responden
4.2.2 Kelulusan Responden Kajian 71
4.2.3 Pengalaman Mengajar 72
4.2.4 Kehadiran Kursus 73
4.2.5 Aliran yang Diikuti Oleh Pelajar 74
4.3.1 Maksud Bioteknologi 76
4.3.2 Contoh Hasilan Bioteknologi 77
4.3.3 Taburan Kefahaman Guru Pertanian Tentang Aktiviti 79
yang Berkaitan dengan Bioteknologi
4.3.4 Maklum balas ‘Tidak’ yang Tinggi bagi Penyataan 80
Mengenai Aktiviti Berkaitan dengan Bioteknologi
4.4.1 Min dan Sisihan Piawai Tahap Persepsi 82
Pengetahuan Guru Pertanian Mengenai Topik
Bioteknologi dalam Pertanian
4.5.1 Min dan Sisihan Piawai Sikap Guru Pertanian 85
Terhadap Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian
4.5.2 Taburan Tahap Sikap Guru Pertanian Terhadap 87
Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian
4.6.1 Min dan Sisihan Piawai bagi Halangan 88
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Topik
Bioteknologi
4.7.1 Keputusan Independent – sampel t- test bagi Persepsi 91
Pengetahuan Responden Mengikut Pembolehubah
Demografi
4.7.2 Keputusan ANOVA bagi Perspesi Pengetahuan 92
Responden
4.8.1 Keputusan Independent – sampel t- test bagi Sikap 95
Responden Mengikut Pembolehubah Demografi
Responden
4.8.2 Keputusan ANOVA bagi Sikap Responden 96
Mengikut Pembolehubah Demografi
4.9.1 Keputusan Independent – sampel t- test bagi Halangan 99
Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Topik
Bioteknologi
4.9.2 Keputusan ANOVA bagi Halangan Perlaksanaan 100
Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi
4.10.1 Interpretasi Pekali Korelasi 101
xvi

4.10.2 Hubungan Antara Pembolehubah 103


4.11.1 Min dan Sisihan Piawai Sumber Maklumat 104
4.12.1 Kursus Berkaitan Bioteknologi yang diperlukan oleh 105
Guru Pertanian
4.13.1 Topik Bioteknologi yang Perlu ditambah dalam 107
Kurikulum Sukatan Pelajaran Sains Pertanian
xvii

SENARAI RAJAH

RAJAH HALAMAN

2.5.1 Model Pembelajaran Kolb 43

2.5.2 Kerangka Konseptual Kajian 45

3.3.1 Rangka Persampelan Kajian 50


xviii

SENARAI RINGKASAN

BKTV - Bahagian Kurikulum Teknik dan Vokasional, Kementerian


Pelajaran Malaysia

Bt - Bakteria Bacillus thuringiensis

df - darjah kebebasan

DNA - Deoxyribonuckeic Acid / asid deoksiribonukleik

DPN-3 - Dasar Pertanian Negara Ketiga

F - Nilai Ujian ANOVA

FAO - Food and Agriculture Organization of the United Nations

GM - Terubah suai genetik atau genetically modified

GMO - Organisma terubah suai genetik

GMAC - Genetic Modification Advisory Committee

IFIC - International Food Information Council

ISAAA - International Service for the Acquisition of Agri-biotech


Applications

JPTek - Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia

JPN - Jabatan Pelajaran Negeri

KBSR - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

MARDI - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

MPAV - Modul Pembelajaran Aliran Vokasional

NBP - Dasar Bioteknologi Negara

OEDC - Organization for Economic and Development

RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan


xix

SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan

SMT - Sekolah Menengah Teknik

SP - Sisihan Piawai

t - Nilai ujian t

UIUC - University of Illinois at Urbana-Champaign

USDA - United States Department of Agriculture


BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah mengenal pasti bioteknologi

sebagai teknologi utama yang dapat memacu dan menyokong matlamat negara

ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan (RMK-9, 2006). Teknologi ini

merupakan sumber pertumbuhan baru yang amat diberikan tumpuan. Ini

terbukti apabila kerajaan telah memperuntukan sebanyak RM270 juta bagi

pembangunan industri bioteknologi dalam belanjawan 2007 yang diumumkan

pada 2 September 2006 (Belanjawan 2007, 2006). Kerajaan juga telah

menggariskan strategi dan langkah untuk memajukan bioteknologi dalam

negara dengan melancarkan Dasar Bioteknologi Negara (NBP) pada 28 April

2005.

Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN-3) 1999-2010, juga telah mengenal pasti

bioteknologi sebagai sains teras dan teknologi baru yang dapat membantu

mewujudkan perusahaan tani baru bagi pertumbuhan dan pembangunan sektor

pertanian di Malaysia (DPN-3, 1999). Menurut Fatimah (2006), dengan

berpandukan sains melalui penyelidikan bioteknologi, teknologi ini akan


2

membawa revolusi kepada sektor pertanian. Manakala Tan, Rahmah & Ng

(2003) menyatakan, potensi bioteknologi dapat meningkatkan produktiviti

pertanian, meningkatkan nilai tambah keluaran berasaskan biodiversiti dan

melahirkan pelbagai keluaran baru. Teknologi ini boleh mengeluarkan klon

atau varieti yang berhasil tinggi, berkualiti baik, kandungan protein yang tinggi,

mempunyai ketahanan yang lebih baik terhadap makhluk perosak, penyakit dan

virus serta berupaya menghadapi kemarau, banjir dan tekanan alam sekitar yang

lain. Perkara ini penting untuk menangani cabaran utama yang dihadapi oleh

sektor pertanian di Malaysia iaitu untuk meningkatkan pengeluaran dan

produktiviti, menyelesaikan masalah tanah dan buruh serta pengurangan kos

pengeluaran (DPN-3, 1999).

Menurut Abd. Shukor, Sharif, Abd Rahman, Mohamad Rofi & Wan Zahari

(2006), menerusi penyelidikan menggunakan bioteknologi, negara telah berjaya

menghasilkan tanaman yang lebih bermutu dari segi kualiti dan nilai tambah

untuk aktiviti pertanian. Antaranya ialah tanaman padi transgenik yang resistan

terhadap penyakit merah oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian

Malaysia (MARDI). Selain itu, MARDI juga telah berjaya menghasilkan

pengkulturan mata tunas nenas, kultur tisu orkid, pewarna merah asli dari kulat

Monascus dan baja bio. Ameer (2003), melaporkan masyarakat tani di negara

ini masih kurang memanafaatkan penggunaan bioteknologi kerana kekurangan

pendedahan maklumat. Ini menyebabkan penggunaan bioteknologi untuk


3

membaiki pengeluaran dan perlindungan tanaman tidak digunakan kerana

mereka kurang pengetahuan mengenai kebaikan teknologi baru ini jika

digabungkan dengan kaedah pertanian biasa untuk membaiki aktiviti pertanian

yang biasa mereka jalankan. Justru, salah satu strategi pembangunan

bioteknologi negara yang digariskan dalam NBP adalah untuk meningkatkan

kesedaran awam mengenai kepentingan dan kegunaan bioteknologi (NBP,

2006). Kesedaran awam amat penting untuk membolehkan pengguna

berpengetahuan mengenai bioteknologi bagi membolehkan mereka bertolak

ansur dan menghormati kepelbagaian pendapat serta pembentukan sikap

terhadap penggunaan bioteknologi (Dawson dan Schibeci, 2003). Menurut

William, Kirby, & Flowers (2002), sikap dan penerimaan masyarakat yang

positif adalah penting untuk memastikan industri bioteknologi dapat

berkembang dan diterima di sebuah negara.

1.2 Penyataan Masalah

Malaysia berhasrat menjadikan sektor pertanian lebih dinamik dan

mewujudkan pertanian ke arah perindustrian dengan meningkatkan produktiviti

serta daya saing melalui kegiatan menambah nilai dan penggunaan bioteknologi

dalam pertanian (DPN-3, 1999). Untuk memastikan hasrat ini tercapat, rakyat

Malaysia perlu faham dan mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian (Mahaletchumy, 2007). ISAAA telah membuat


4

kajian mengenai persepsi pengguna di Malaysia terhadap bioteknologi

pertanian pada tahun 2002 (Hoh, 2005). Kajian mendapati, pengguna di

Malaysia mempunyai minat pada tahap sederhana kepada sangat berminat

mengenai bioteknologi pertanian dan sederhana kepada sangat prihatin

mengenai isu bioteknologi. Pengguna juga menyatakan risiko bioteknologi

adalah pada tahap sederhana. Mereka mempunyai pemahaman yang agak

rendah kepada sederhana mengenai bioteknologi dan mempunyai pengetahuan

yang sederhana berkenaan bioteknologi. Kajian juga mendapati, pengguna di

Malaysia mempunyai sikap pada tahap sederhana mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Namun, 65% percaya bahawa bioteknologi

adalah baik untuk pertanian di Malaysia. Justru, menjadi salah satu agenda

utama Dasar Bioteknologi Negara untuk meningkatkan kesedaran awam

tentang kepentingan bioteknologi di Malaysia serta penghasilan guna tenaga

bagi industri tersebut (NBP, 2006).

Pendidikan boleh memainkan peranan untuk mendidik masyarakat bagi

menerima penggunaan bioteknologi dalam pertanian (Zeller, 2002). Menurut

Wilson (2003), pendidikan adalah agen yang paling utama untuk

mempengaruhi sikap dan mengubah sesuatu tindakan. Menurut Robiah (2003),

untuk memastikan perancangan pendidikan dapat mencapai objektif yang

diharapkan, kajian dan penelitian ke atas perlaksanaan sesuatu pendidikan

perlu dilakukan. Beliau menyatakan antara aspek yang sesuai perlu dihuraikan
5

adalah sikap guru, kurikulum yang digunakan, kaedah pengajaran dan kesan

pembelajaran, kecekapan guru, latihan yang diterima oleh guru dan persediaan

untuk mereka mengajar. Globe dan Porter (1977) menyatakan, guru mesti

mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang tinggi untuk mengajar bagi

memastikan pelajar menerima pengetahuan sesuatu subjek yang baru.

Guru memainkan peranan yang penting untuk memberi penjelasan dan asas

pengetahuan kepada masyarakat berkenaan bioteknologi untuk membolehkan

masyarakat dapat membuat keputusan penting yang berkaitan dengan

bioteknologi (USDA, 1992). Oleh itu, kajian mengenai pengetahuan dan sikap

guru mengenai bioteknologi penting diketahui bagi memastikan pendidikan

mengenai bioteknologi yang dilaksanakan dapat mencapai hasil pembelajaran

yang dikehendaki (Harms, 2002). Zeller (2002) pula menyatakan, guru

pendidikan pertanian perlu mempunyai pengetahuan mengenai bioteknologi

untuk memenuhi keperluan semasa dan cabaran pertanian pada masa akan

datang. Perkara ini penting kerana seseorang itu akan membentuk sikap

terhadap sesuatu perkara jika mereka mempunyai idea atau pengetahuan

mengenai perkara tersebut (Rogers, 1971). Rogers (1971) juga menyatakan,

sikap guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penerimaan

dan pengajaran sesuatu perubahan kurikulum. Vail, Levy, Vries, & Roeschlaub

(2003) juga menyatakan seseorang yang tidak mempunyai kesedaran dan

pengetahuan tentang prinsip dan teknik bioteknologi yang berkembang dengan


6

pesat tidak boleh membekalkan maklumat bagi membuat keputusan berkenaan

teknologi tersebut terutamanya yang berkaitan dengan kesihatan, alam sekitar

dan polisi awam yang berkaitan dengan teknologi tersebut.

Satu kajian telah dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan pada tahun

1993 ke atas 350 buah SMK yang menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian

Tingkatan Empat dan Lima di seluruh negara untuk mengesan halangan yang

dihadapi oleh guru dalam melaksanakan topik bioteknologi dalam mata

pelajaran Sains Pertanian yang mula diajar pada tahun 1992 (Jemaah Nazir

Sekolah, 1995). Kajian mendapati guru Sains Pertanian merasakan bahawa

tahap keupayaan mereka untuk melaksanakan pengajaran topik bioteknologi

adalah sederhana dan kurang pendedahan untuk mengajar topik yang berkaitan

bioteknologi. Selain itu, kekurangan peruntukan untuk menjalankan amali dan

kerja kursus berkaitan bioteknologi serta bilangan pelajar yang terlalu ramai

di dalam kelas juga menyukarkan guru untuk mengajar. Kekurangan

kemudahan dan kelengkapan untuk menjalankan amali topik bioteknologi,

bebanan tugas lain dan bukan opsyen Sains Pertanian juga menjadi faktor

penghalang untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi.

Justru, satu kajian mengenai pendidikan bioteknologi pertanian telah

dijalankan bagi membuat kesinambungan penyelidikan yang telah dibuat oleh


7

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan bagi melihat keupayaan guru dalam

melaksanakan pengajaran bioteknologi pertanian di sekolah. Perkara ini

penting diketahui bagi melihat keadaan semasa pendidikan bioteknologi

pertanian di sekolah. Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti

kefahaman dan sikap guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi dalam

pertanian serta mengenal pasti persepsi pengetahuan mereka mengenai

penggunaan bioteknologi. Selain itu, kajian ini juga cuba mengenal pasti

halangan yang dihadapi oleh guru pertanian untuk melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran topik bioteknologi dalam mata pelajaran Sains Pertanian dan

Pengajian Agroteknologi serta sumber maklumat yang menjadi pilihan mereka

untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi.

1.3 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui kefahaman dan sikap guru

pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Manakala

objektif khusus kajian ini ialah :

1. mengenal pasti tahap kefahaman guru pertanian mengenai

penggunaan bioteknologi.

2. mengenal pasti persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai

penggunaan bioteknologi dalam pertanian.


8

3. mengenal pasti sikap guru pertanian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian.

4. mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru pertanian

untuk melaksanakan pengajaran topik bioteknologi di sekolah.

5. melihat perbezaan kefahaman, persepsi pengetahuan, sikap

dan halangan perlaksanaan berdasarkan pembolehubah

demografi.

6. melihat hubungan antara kefahaman, persepsi pengetahuan,

sikap, halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran

topik bioteknologi dengan umur dan pengalaman mengajar

guru pertanian.

7. mengenal pasti sumber maklumat mengenai bioteknologi

pertanian yang menjadi pilihan guru pertanian.

1.4 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang dijalankan ialah:

1. Apakah tahap kefahaman guru pertanian mengenai penggunaan

bioteknologi?

2. Apakah tahap persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai

penggunaan bioteknologi dalam pertanian?


9

3. Sejauh manakah sikap guru pertanian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian?

4. Sejauh manakah halangan yang dihadapi oleh guru pertanian semasa

melaksanakan pengajaran topik bioteknologi pertanian di sekolah?

5. Adakah terdapat perbezaan yang wujud antara pembolehubah

demografi guru pertanian dengan persepsi pengetahuan mereka

mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian?

6. Adakah terdapat perbezaan yang wujud antara pembolehubah

demografi guru pertanian dengan sikap mereka mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian?

7. Adakah terdapat perbezaan yang wujud antara pembolehubah

demografi guru pertanian dengan halangan perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran topik bioteknologi ?

8. Adakah terdapat hubungan antara kefahaman, persepsi pengetahuan,

sikap, halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi, umur dan pengalaman mengajar guru pertanian?

9. Apakah sumber maklumat yang menjadi pilihan guru pertanian untuk

mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi pertanian?

10. Apakah kursus berkaitan bioteknologi yang diperlukan oleh guru

pertanian?
10

1.5 Kepentingan Kajian

Kepentingan kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumat tentang

kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Maklumat ini berguna untuk Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek)

KPM dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) untuk merancang latihan dalam

perkhidmatan bagi meningkatkan kefahaman dan sikap guru pertanian

mengenai bioteknologi pertanian. Ia juga boleh digunakan oleh Bahagian

Kurikulum Teknikal dan Vokasional (BKTV) JPTek untuk menilai semula

topik bioteknologi dalam mata pelajaran Sains Pertanian Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM) serta membuat bahan bantu mengajar dan buku

panduan guru untuk mengajar bioteknologi. Selain itu, ia juga dapat digunakan

oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk meneliti semula kehendak latihan

pendidikan guru dan merancang latihan dalam perkhidmatan bagi

meningkatkan pengetahuan guru mengenai topik bioteknologi pertanian.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan (EPRD) KPM juga boleh

menggunakan maklumat ini untuk melihat dasar Kurikulum Pendidikan Sains

Pertanian Sekolah Menengah untuk memastikan pendidikan mengenai

bioteknologi pertanian dilaksanakan di peringkat sekolah sejajar memenuhi

objektif kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti serta memenuhi

keperluan guna tenaga yang diperlukan oleh industri bioteknologi.


11

1.6 Limitasi Kajian

Kajian ini terhad untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap guru pertanian di

SMK yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian bagi Tingkatan Empat dan

Tingkatan Lima serta guru pertanian di SMT yang mengajar mata pelajaran

Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi bagi aliran teknikal. Kaedah

yang digunakan dalam kajian ini adalah terhad kepada kaedah tinjauan

menggunakan soal selidik. Manakala kesimpulan kajian terhad kepada tahap

kefahaman dan sikap guru pertanian di seluruh Malaysia

1.7 Definisi Operasional

1.7.1 Kefahaman

Menurut Wikipidia (2007), kefahaman bermaksud satu proses psikologi yang

berkaitan dengan sesuatu yang abstrak, situasi atau maklumat yang mana

seseorang itu dapat memikirkan berkenaan dengannya dan menggunakan

konsep untuk menerangkan sesuatu yang berkaitan dengannya. Manakala

Kamus Dewan (2005) mendefinisikan kefahaman sebagai keupayaan

memahami atau faham tidaknya seseorang itu akan sesuatu yang dipelajari atau

dibaca. Kefahaman yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah sama ada guru

pertanian dapat menyatakan maksud dan hasilan bioteknologi serta dapat

membezakan penyataan mengenai aktiviti bioteknologi dan bukan bioteknologi.


12

Pengukuran dibuat menggunakan soalan terbuka dan menandakan jawapan

betul, salah atau tidak pasti kepada pernyataan mengenai bioteknologi. Item

soalan yang digunakan untuk mengenal pasti kefahaman guru pertanian

mengenai bioteknologi adalah berdasarkan kajian Lock dan Miles (1993) dan

Leslie dan Schibeci (2003).

1.7.2 Persepsi Pengetahuan

Bloom et.al. (1971) mendefinisikan pengetahuan sebagai ingatan kepada

pengetahuan yang didapati. Ia melibatkan kebolehan mengingati semula atau

mengenal pasti sesuatu maklumat atau fakta yang telah terlebih dahulu

diterima. Kamus Dewan (2005) pula mendefinisikan pengetahuan sebagai

mempunyai ilmu sesuatu yang diketahui atau dipelajari. Dalam kajian yang

dijalankan, persepsi pengetahuan guru pertanian bermaksud tahap pengetahuan

mereka mengenai topik bioteknologi pertanian berdasarkan persepsi responden

terhadap tahap pengetahuan mereka mengenai bioteknologi pertanian. Item

soalan yang dijalankan adalah berdasarkan kajian Hughes (2001) yang telah

diubah suai berdasarkan Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Sains Pertanian dan

Pengajian Agroteknologi.
13

1.7.3 Sikap

Triandis (1971), mentakrifkan sikap sebagai penilaian kepada tindak balas

perasaan yang menghasilkan perlakuan yang tertentu. Ia dinilai dalam bentuk

umum iaitu dalam bentuk positif atau negatif terhadap sesuatu objek atau

perkara tertentu. Ia merujuk kepada gabungan kepercayaan, perasaan dan

kecenderungan tingkah laku yang secara relatifnya tahan lama yang ditujukan

ke arah sesuatu objek atau sesuatu perkara. Sikap mempunyai tiga komponen

iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku (Triandis, 1971 dan Rajecki, 1982).

Komponen kognitif mewakili pemikiran seseorang dalam bentuk maklumat,

fakta dan pengetahuan mengenai sesuatu perkara atau objek. Komponen

afektif adalah gambaran perasaan sama ada suka atau tidak menyukai sesuatu

perkara atau objek. Komponen tingkah laku adalah gerakan menjurus kepada

mendekati atau mengelak sesuatu perkara atau objek berdasarkan sikap individu

itu terhadap perkara atau objek tersebut. Dalam kajian ini, sikap yang dikenal

pasti ialah sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian berdasarkan komponen sikap iaitu kognitif, afektif dan tingkah laku.

Responden menandakan tahap sikap mereka menggunakan skala yang telah

diberikan mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Item sikap yang

dikaji adalah berdasarkan kajian Hughes (2001), Aerni (2002), Leslie dan

Schibeci (2003) dan Lock dan Miles (1993).


14

1.7.4 Guru Pertanian

Guru pertanian yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah guru-guru yang

mengajar mata pelajaran Sains Pertanian Tingkatan Empat dan Lima di SMK.

Guru pertanian di SMT ialah guru-guru yang mengajar jurusan pertanian aliran

teknikal melalui mata pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi.

1.7.5 Mata Pelajaran Sains Pertanian

Mata pelajaran Sains Pertanian adalah merupakan salah satu mata pelajaran

elektif KBSM yang diajar di SMK dan SMT bagi pelajar Tingkatan Empat dan

Tingkatan Lima. Mata pelajaran ini adalah satu pengajian saintifik

mengandungi prinsip amalan dalam penanaman, penternakan, teknologi dan

pengurusan ladang. Huraian sukatan pelajaran yang digunakan ialah Huraian

Sukatan Pelajaran Sains Pertanian tahun 2000 yang dikeluarkan oleh Bahagian

Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal

Kementerian Pendidikan Malaysia. (BKTV, 2000).

1.7.6 Mata Pelajaran Pengajian Agroteknologi

Mata pelajaran Pengajian Agroteknologi merupakan salah satu mata pelajaran

dalam jurusan pertanian aliran teknikal KBSM yang diajar di SMT bagi pelajar
15

Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima. Mata pelajaran ini adalah satu

pengajian saintifik mengandungi topik berkenaan pengenalan kepada

agroteknologi, pengkomputeran dalam industri pertanian, kejuruteraan dalam

agroteknologi, teknologi semasa, pengurusan alam sekitar dan pengurusan

agroteknologi. Huraian sukatan pelajaran yang digunakan merupakan Huraian

Sukatan Pelajaran Pengajian Agroteknologi tahun 2003 yang dikeluarkan oleh

Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan Pendidikan Teknikal

Kementerian Pendidikan Malaysia. (BKTV, 2003).

1.7.7 Bioteknologi Pertanian

USDA (2005), Gabrielle dan Reginald (2002), mendefinisikan bioteknologi

pertanian sebagai sebarang teknik yang menggunakan organisma hidup atau

bahan yang terhasil daripada organisma untuk menambah baik pengeluaran,

membaiki tanaman atau haiwan serta menghasilkan mikro-organisma untuk

kegunaan tertentu dalam pertanian. Cesar (1999) pula menyatakan,

bioteknologi pertanian bermaksud membaiki keupayaan genetik dan

pengurusan agronomi bagi tumbuhan dan haiwan ternakan dengan memberi

fokus dalam bidang biologi molekul dan sel dengan menggunakan teknik yang

tertentu seperti kejuruteraan genetik. Bioteknologi pertanian juga termasuk

penggunaan kultur tisu untuk penghasilan kultur tanaman, baja bio dan

bioinsecticides. Dalam kajian ini, bioteknologi pertanian bermaksud


16

penggunaan sebarang teknik yang menggunakan organisma hidup atau bahan

yang terhasil daripada organisma untuk menambah baik pengeluaran, membaiki

tanaman atau haiwan ternakan serta menghasilkan mikro-organisma untuk

kegunaan tertentu dalam pertanian. Bioteknologi pertanian juga termasuk

penggunaan kultur tisu untuk penghasilan kultur tanaman, baja bio dan

bioinsecticides. Dalam kajian ini, bioteknologi pertanian bermaksud

penggunaan sebarang teknik yang menggunakan organisma hidup atau bahan

yang terhasil daripada organisma untuk menambah baik pengeluaran, membaiki

tanaman atau haiwan ternakan, menghasilkan mikro-organisma untuk kegunaan

tertentu dalam pertanian, membaiki keupayaan genetik dan pengurusan

agronomi bagi tumbuhan dan haiwan ternakan dengan memberi fokus dalam

bidang biologi molekul dan sel dengan menggunakan teknik tertentu.

1.7.8 Halangan

Menurut Kamus Dewan (2005), halangan bermaksud aral, gangguan,

rintangan, tegahan atau penghalang kepada sesuatu perkara. Dalam kajian ini

halangan bermaksud, perkara yang menimbulkan rintangan atau penghalang

kepada guru pertanian untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi melalui mata pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian

Agroteknologi. Responden akan Item halangan yang dikaji adalah berdasarkan


17

kajian Hughes (2001) dan temu bual dengan guru pakar serta penyelia mata

pelajaran Sains Pertanian.

1.7.9 Sumber Maklumat

Menurut Kamus Dewan (2005), sumber bermaksud asas atau sandaran untuk

mendapatkan sesuatu. Manakala maklumat merupakan hasil daripada

pemprosesan, pengumpulan dan penapisan data yang dapat menambah

pengetahuan kepada penerima maklumat (Wikipidia, 2008). Kajian ini

menggangap sumber maklumat adalah sandaran atau punca seseorang guru

pertanian memperolehi pengetahuan mengenai bioteknologi dengan mudah dan

menyenangkan mereka. Item sumber maklumat yang dikaji adalah

berdasarkan kajian Hughes (2001) dan temubual dengan guru pakar dan

penyelia mata pelajaran Sains Pertanian.


18

BAB 2

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui kefahaman dan sikap

guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Bab ini

membincangkan tentang penggunaan bioteknologi dalam pertanian dengan

memberi tumpuan kepada definisi dan istilah bioteknologi dalam pertanian.

Selain itu, bab ini juga membincangkan tentang kajian mengenai kefahaman,

pengetahuan dan sikap masyarakat terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian dengan memberi tumpuan kepada pengguna, guru dan pelajar. Selain

itu, kajian mengenai guru dalam melaksanaan pengajaran dan pembelajaran

bioteknologi melalui kurikulum pendidikan pertanian serta halangan yang

dihadapi mereka dalam melaksanakan tanggung jawab tersebut juga

dibincangkan dalam bab ini.

2.2 Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian

Bahagian ini membincangkan tentang penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Tumpuan diberikan dengan membincangkan tentang definisi


19

bioteknologi dan bioteknologi pertanian serta istilah bioteknologi pertanian

yang selalu digunakan.

2.2.1 Definisi Bioteknologi dan Bioteknologi Pertanian

Wikipedia (2007), mendefinisikan bioteknologi sebagai aplikasi teknologi

yang menggunakan sistem biologikal, organisma hidup atau yang terhasil

daripada kedua-duanya, untuk membuat atau membaiki pengeluaran atau

pemprosesan untuk tujuan yang khusus. Bioteknologi juga boleh didefinisikan

sebagai manipulasi organisma untuk membuat sesuatu yang praktikal dan untuk

menghasilkan pengeluaran yang berguna untuk manusia (Tan, et. al., 2003).

Tan et. al. (2003) juga menyatakan bioteknologi boleh dikelaskan kepada dua

kategori iaitu bioteknologi tradisional dan bioteknologi moden. Bioteknologi

tradisional ialah kaedah penggunaan mikro-organisma untuk menghasilkan

bahan makanan dan minuman seperti keju, bir, tempe dan roti yang telah

diamalkan oleh manusia sejak dahulu lagi. Bioteknologi moden pula bermula

selepas revolusi industri bioteknologi apabila Alexender Flemming berjaya

mengasingkan antibiotik penisilin daripada kulat Penicillium pada tahun 1928

melalui teknologi penapaian. Bioteknologi moden terus berkembang setelah

penemuan struktur heliks berganda sebagai struktur molekul asid

deoksiribonukleik (DNA) oleh James Watson dan Francis Crick pada tahun

1953. Ia merupakan perkembangan satu bidang sains baru yang disebut


20

sebagai bioteknologi molekul. Kemajuan yang pesat dalam bidang ini telah

menghasilkan pelbagai teknik yang canggih seperti kejuruteraan genetik.

Kejuruteraan genetik ialah teknologi pemindahan segmen DNA yang membawa

maklumat genetik daripada suatu organisma kepada organisma sasaran yang

lain. Teknik ini telah memberi sumbangan yang banyak terhadap kemajuan

bioteknologi baru sehingga kini. Walaupun terdapat pelbagai definisi dan kelas

bioteknologi, yang jelas bioteknologi adalah satu teknologi yang amat berguna

dan boleh diaplikasikan dalam pelbagai bidang seperti pertanian, perubatan,

perindustrian makanan dan alam sekitar.

Dalam bidang pertanian, bioteknologi telah dikenal pasti sebagai sains teras dan

teknologi baru yang perlu diintegrasikan dalam penyelidikan pembiakan dan

fisiologi tanaman untuk menghasilkan pengeluaran makanan, perlindungan

tanaman dan pertumbuhan tanaman yang lebih baik (Altman, 1999). Justru,

USDA (2005), Gabrielle dan Reginald (2002), mendefinisikan bioteknologi

pertanian sebagai sebarang teknik yang menggunakan organisma hidup atau

bahan yang terhasil daripada organisma untuk menambah baik pengeluaran,

membaiki tanaman atau haiwan serta menghasilkan mikro-organisma untuk

kegunaan tertentu dalam pertanian. Cesar (1999) pula menyatakan

bioteknologi pertanian bermaksud membaiki keupayaan genetik dan

pengurusan agronomi bagi tumbuhan dan haiwan ternakan dengan

memfokuskan dalam bidang biologi molekul dan sel dengan menggunakan


21

teknik yang tertentu seperti kejuruteraan genetik. Bioteknologi pertanian juga

termasuk penggunaan tisu kultur untuk penghasilan kultur tanaman,

penghasilan baja bio dan bioinsecticides.

2.2.2 Istilah dalam Bioteknologi Pertanian

Berdasarkan kajian kualitatif ke atas 137 artikel dari bidang sosial - ekonomi,

politik dan sains bertarikh 1 Januari 2000 sehingga 1 Julai 2002, Miller, et. al.

(2003) melaporkan sebanyak 58% artikel membincangkan perkara positif atau

kebaikan penggunaan bioteknologi dalam pertanian, 26% artikel dianggap

neutral kerana melaporkan kebaikan dan keburukan mengenai penggunaan

bioteknologi pertanian dan 16% artikel dianggap negatif kerana hanya

membincangkan keburukan mengenai penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Istilah bioteknologi lebih banyak digunakan dalam artikel positif

jika dibandingkan dengan istilah biotek. Manakala istilah bio-engineered dan

genetically altered yang banyak digunakan dalam artikel yang melaporkan

perkara negatif mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Istilah

bioteknologi, kejuruteraan genetik atau genetically engineered dan mengubah

suai genetik atau genetically modified adalah istilah yang biasa digunakan oleh

penulis dan dikenal pasti sebagi istilah yang dapat dikenali oleh pengguna.

Istilah mengubah suai genetik atau genetically modified juga adalah istilah yang
22

paling popular dalam kalangan wartawan yang menulis cerita neutral tentang

bioteknologi.

2.3 Pengetahuan dan Sikap Masyarakat Terhadap Penggunaan


Bioteknologi dalam Pertanian

Bahagian ini membincangkan tentang pengetahuan dan sikap masyarakat

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Tumpuan diberikan dengan

membuat perbincangan pengetahuan dan sikap pengguna dan guru terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

2.3.1 Pengetahuan dan Sikap Pengguna Terhadap Bioteknologi Pertanian

Menurut William, Adesoji, & Brain (2003) sikap dan penerimaan masyarakat

yang positif adalah penting untuk memastikan industri bioteknologi dapat

berkembang dan diterima di sesebuah negara. Orsenigo (2001) melaporkan,

industri bioteknologi berkembang agak perlahan di Eropah berbanding di

Amerika Syarikat disebabkan oleh tentangan awam kepada penyelidikan

berasaskan bioteknologi. Banyak syarikat dari negara-negara Eropah telah

memindahkan makmal penyelidikan mereka ke Amerika Syarikat. Kesedaran

awam amat penting untuk membolehkan pengguna berpengetahuan mengenai

bioteknologi bagi membolehkan mereka bertolak ansur dan menghormati

kepelbagaian pendapat serta pembentukan sikap terhadap penggunaan


23

bioteknologi dalam pertanian (Dawson dan Schibeci, 2003). Namun begitu,

Kershen (1999) berpendapat penerimaan masyarakat terhadap penggunaan

bioteknologi bukan sahaja disebabkan oleh pengetahuan dan pemahaman yang

diperolehi berkenaan bioteknologi tetapi juga disebabkan oleh kepercayaan

ideologi dan politik yang dianuti. Pendapat beliau disokong oleh Allum,

Sturgis, Tabourazi, & Brunton (2008) yang menyatakan hanya terdapat sedikit

hubungan yang rendah dan positif antara pengetahuan dan sikap terhadap

bioteknologi. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan kajian ke atas pengguna di

40 buah negara menggunakan pendekatan meta-analytic untuk mengenal pasti

pemahaman mereka terhadap sains dan teknologi. Manakala Wheeler (2005)

menerusi kajian tinjauan menggunakan soal selidik melalui telefon untuk

mengenal pasti faktor yang mempengaruhi sikap profesional pertanian (saintis,

ahli akademik, penyelidik dan pegawai pengembangan) terhadap pertanian

organik dan bioteknologi pertanian di South Australia mendapati,

pembolehubah pengetahuan memainkan peranan yang berbeza secara signifikan

walaupun hanya sedikit bagi penerimaan pertanian organik dan bioteknologi

pertanian. Beliau menyatakan, pengetahuan mengenai pertanian organik

memainkan peranan yang positif untuk mempengaruhi penerimaan hasil

pertanian organik. Namun, peningkatan pengetahuan mengenai bioteknologi

memainkan peranan negatif dalam mempengaruhi pendapat mengenai

bioteknologi. Justru, beliau membuat kesimpulan bahawa dapatan kajian yang

dijalankan tidak menyokong hipotesis bahawa profesioanal pertanian yang


24

mempunyai peningkatan pengetahuan mengenai bioteknologi akan mempunyai

sikap yang lebih positif terhadap teknologi tersebut. Ini disebabkan

penerimaan bioteknologi seseorang itu bukan sahaja dipengaruhi oleh

pengetahuan mereka tetapi juga berdasarkan kepercayaan, nilai yang dipegang

dan kepentingan alam sekitar.

Kajian mengenai sikap dan persepsi pengguna mengenai penghasilan makanan

menggunakan bioteknologi pertanian telah dijalankan sejak sedekat lalu di

Amerika Syarikat (Hoban, 2004). Oleh sebab proses untuk menerima teknologi

ini berdasarkan kesedaran pengguna mengenai isu bioteknologi pertanian, maka

persoalan utama kajian yang telah dilakukan ialah sama ada pengguna pernah

mendengar atau mengetahui tentang bioteknologi pertanian. Hoban (2004)

melaporkan, terdapat trend mengenai kesedaran pengguna mengenai

bioteknologi di Amerika Syarikat. Pada awal tahun 1990an, kesedaran

pengguna adalah rendah. Namun begitu, mulai 1997 kesedaran dan minat

pengguna terhadap bioteknologi meningkat kerana penghasilan klon biri-biri

Dolly. International Food Information Council (IFIC, 2006) melaporkan, satu

kajian telah dijalankan pada Jun hingga Julai 2006 untuk mengenal pasti sikap

pengguna terhadap makanan berasaskan pengeluaran bioteknologi pertanian di

Amerika Syarikat. Kajian mendapati kebanyakan pengguna telah yakin

terhadap keselamatan bekalan makanan dan sedikit menuju tidak kisah

berkenaan makanan yang terhasil dari bioteknologi pertanian. Kesedaran dan


25

persepsi yang tinggi terhadap makanan berasaskan bioteknologi mempunyai

kolerasi dengan hasrat untuk membeli, jika terdapat maklumat dan kandungan

disertakan. Dapatan ini memberi kesan positif terhadap sikap pengguna

terhadap makanan berasaskan pengeluaran bioteknologi pertanian.

Aerni (2002) pula telah membuat kajian di Afrika Selatan bertujuan untuk

mengenal pasti sikap masyarakat terhadap penggunaan bioteknologi pertanian.

Populasi kajian ialah stakeholder yang terdiri daripada penyelidik, organisasi

bukan kerajaan, penjawat kerajaan dan ahli perniagaan. Data dikumpul

menggunakan soal selidik yang mengandungi penyataan mengenai masalah

dalam pertanian dan potensi kejuruteraan genetik untuk menyelesaikan masalah

tersebut serta penyataan negatif dan positif berkaitan potensi dan risiko

bioteknologi dalam pertanian. Kajian mendapati, responden mengenal pasti

bioteknologi mempunyai potensi yang signifikan untuk menyelesaikan masalah

dalam pertanian yang berkaitan dengan kemarau, serangan serangga perosak,

penyakit tanaman, peningkatan hasil tanaman dan penggunaan racun perosak.

Selain itu, responden juga bersetuju, tanaman transgenik seperti tanaman kapas

Bt dan jagung Bt yang resistan kepada serangga perosak mempunyai impak

ekonomi yang positif untuk peladangan secara besar-besaran ataupun kecil-

kecilan. Kebanyakan responden bersetuju bioteknologi adalah satu kaedah baru

yang dapat membantu menyelesaikan masalah dalam pertanian yang tidak dapat

diselesaikan dengan cara kovensional dan mereka juga sangat tidak setuju
26

dengan penyataan berkenaan makanan GM menyebabkan risiko kesihatan

kepada pengguna. Selain itu, responden sangat menyokong mewajibkan

maklumat kepada makanan GM supaya pengguna dapat membuat pilihan antara

makanan GM atau makanan bukan GM dan mereka juga sedar dengan

mewajibkan senarai kandungan akan meningkatkan harga barang makanan.

Kajian juga mendapati sikap terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian bergantung kepada kelompok responden dimana responden dari

pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan alam sekitar

mempunyai sikap negatif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian

manakala responden daripada kalangan ahli akademik yang terdiri daripada

penyelidik , penjawat kerajaan dan ahli perniagaan mempunyai sikap yang

positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Justru, Aerni

(2002) mencadangkan kerajaan Afrika Selatan perlu menggalakan perbincangan

isu-isu kontrovesi mengenai bioteknologi dalam pertanian antara ahli akademik

yang terdiri daripada penyelidik dengan pertubuhan bukan kerajaan. Beliau

juga menyarankan, bioteknologi digunakan untuk membaiki bukan sahaja

tanaman komersial tetapi tanaman asas untuk makanan.

2.3.2 Pengetahuan dan Sikap Guru Terhadap Penggunaan Bioteknologi


dalam Pertanian

USDA (1992), menyatakan guru memainkan peranan yang penting untuk

memberi penjelasan dan asas pengetahuan kepada masyarakat berkenaan


27

bioteknologi untuk membolehkan masyarakat dapat membuat keputusan

penting yang berkaitan dengan bioteknologi. Untuk melaksanakan peranan

tersebut, guru perlu mempunyai pemahaman dan pengetahuan yang tinggi

untuk mengajar bagi memastikan pelajar menerima pengetahuan yang

disampaikan. Guru juga perlu memahami dan berpengetahuan mengenai

bioteknologi supaya mereka berkeyakinan untuk melaksanakan pengajaran

(Leslie dan Schibeci, 2003). Berdasarkan kenyataan di atas, dapat disimpulkan

salah satu cara untuk memberi pengetahuan mengenai bioteknologi kepada

masyarakat terutamanya pelajar dapat dilaksanakan melalui pendidikan yang

disampaikan oleh guru. Justeru, pengetahuan dan sikap guru mengenai

bioteknologi perlu diketahui. Ini adalah kerana pengetahuan dan sikap guru

mempunyai hubungan yang signifikan dengan tahap penerimaan dan

pengajaran sesuatu kurikulum (Rogers, 1971).

Satu kajian kualitatif untuk mengenal pasti tahap pemahaman dan pengetahuan

guru mengenai bioteknologi dalam pertanian telah dijalankan oleh Trexler dan

Meischen (2001). Sampel kajian terdiri daripada lapan orang guru yang dipilih

secara khusus (purposive), dimana mereka terdiri daripada guru yang

mempunyai latar belakang pendidikan yang kurang mendapat pendedahan

kursus sains semasa mereka belajar di universiti. Kajian mendapati guru

tersebut telah mempunyai pemikiran dan kebimbangan tentang kesan

penggunaan bioteknologi terutamanya terhadap kesan penggunaan racun


28

serangga dan pencemaran alam sekitar. Kajian juga mendapati, guru tidak

mempunyai pemahaman tentang bioteknologi pertanian yang berkaitan dengan

pemindahan gen pada tumbuhan dan haiwan ternakan serta tidak diberi

maklumat yang cukup mengenai keburukan dan kebaikan bioteknologi dalam

pertanian. Dapatan kajian ini telah menyokong pendapat pakar bioteknologi

yang menyatakan individu yang kurang pengetahuan dan pemahaman tentang

bioteknologi sukar untuk membuat keputusan untuk menerima atau menolak

teknologi tersebut. Justru, berdasarkan dapatan kajian ini mereka

mencadangkan kursus sains dan sains sosial perlu menekankan pengintegrasian

tentang etika dan kandungan sains yang berkaitan dengan bioteknologi

pertanian bagi memberikan pengetahuan dan pemahaman mengenai

bioteknologi kepada guru-guru. Hal ini kerana, jika guru tidak memahami

bagaimana manusia menggunakan sains dan teknologi untuk menghasilkan

tanaman yang lebih bernilai, bagaimana pula pelajar mereka dapat menimba

pemahaman tersebut.

Kajian mengenal pasti pengetahuan guru mengenai bioteknologi juga telah

dilakukan oleh Iverson (1998) ke atas guru pertanian di Georgia, Maryland dan

Tennessee. Beliau mendapati guru mempunyai pengetahuan hanya dalam

bidang bioteknologi pertanian tetapi kurang pengetahuan mengenai

bioteknologi dalam bidang lain. Wilson et. al (2002) juga telah membuat

kajian ke atas 173 guru-guru pertanian di North Carolina untuk mengenal pasti
29

tahap pengetahuan mereka mengenai bioteknologi dan telah membuat

kesimpulan bahawa guru-guru pertanian masih kurangan pengetahuan

mengenai bioteknologi. Manakala Hughes (2001) membuat kesimpulan bahawa

guru pertanian lebih berpengetahuan mengenai bioteknologi tradisional yang

berkaitan dengan pertanian dan kurang pengetahuan mengenai penggunaan

bioteknologi dalam bidang lain berdasarkan kajian beliau ke atas 95 orang guru

pertanian di West Virginia. Berdasarkan dapatan kajian yang telah dijalankan,

boleh disimpulkan bahawa guru-guru pertanian masih kurang pengetahuan

mengenai bioteknologi pertanian.

Leslie dan Schibeci (2003), juga telah melaksanakan kajian mengenai

pemahaman guru mengenai bioteknologi. Seramai 88 orang guru sains telah

diambil sebagai sampel kajian dari 19 buah sekolah di Western Australia.

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjuan dan menggunakan soal selidik

sebagai instrumen kajian. Guru-guru tersebut dikehendaki memberi maklum

balas ‘ya’, ‘tidak’ atau ‘tidak pasti’ mengenai penyataan yang berkaitan

dengan bioteknologi. Jika guru menjawab ‘tidak’ atau ‘tidak pasti’ mereka

dianggap menjawab penyataan tersebut sebagai tidak termasuk dalam

bioteknologi. Kajian mendapati responden menyatakan ‘ya’ pada kekerapan

yang tinggi bagi penyataan menghasilkan hormon sintetik (95%), pengklonan

(94%), pemindahan gen dari satu organisma kepada organisma lain (93%),

mengesan penyakit genetik (92%) dan menghasilkan vaksin untuk virus


30

influenza (92%). Manakala responden memberi maklum balas ‘tidak’ pada

kekerapan yang tinggi bagi penyataan menghasilkan maklumat bilangan pesakit

kanser (69%), menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti perkaitan antara

gaya hidup dan penyakit alzemar (68%), menghasilkan salah silah keluarga

untuk melihat corak gen keturunan (53%), penggunaan X-ray untuk mengenal

pasti penyakit (50%) dan kajian melihat kesan tembakau kepada tikus (48%).

Hampir separuh daripada responden kajian menyatakan X-ray adalah contoh

aktiviti yang berkaitan dengan bioteknologi walaupun teknologi tersebut tidak

melibatkan penggunaan organisma. Ini menggambarkan bahawa responden

kajian memahami, apa sahaja yang berkaitan dengan teknologi adalah

menggambarkan bioteknologi. Responden kajian juga lebih memahami

bioteknologi tradisional seperti penapaian dan kurang memahami berkaitan

dengan duplikasi organ manusia dalam badan haiwan, pengklonan gen dan

etika mengenai bioteknologi. Justru, Leslie dan Schibeci (2003) telah

membuat kesimpulan bahawa, pemahaman guru mengenai bioteknologi

tergolong dalam salah satu daripada empat kategori utama iaitu memahami

bioteknologi tradisional dan moden, teknologi gen sahaja, teknologi tekno-

biologi yang diaplikasikan dalam biologi dan apa sahaja teknologi yang

berkaitan dengan sains perubatan.

Satu kajian diskriptif telah dilaksanakan oleh Wilson (2003), untuk mengenal

pasti sikap guru pertanian dan sains terhadap penggunaan bioteknologi dalam
31

pertanian. Responden kajian telah dipilih secara random bagi mewakili guru

yang telah dan tidak pernah menghadiri kursus mengenai bioteknologi. Kajian

mendapati guru yang menghadiri kursus sangat sedar mengenai bioteknologi

manakala guru yang tidak menghadiri kursus sedikit sedar mengenai

bioteknologi. Namun, kedua-duanya menunjukkan penerimaan penggunaaan

kaedah kejuruteraan genetik untuk membaiki hasilan tanaman dan haiwan

ternakan dan kurang menerima penggunaan kejuruteraan genetik untuk

meningkatkan keluaran makanan. Kedua-dua kumpulan juga percaya

penggunaan bioteknologi dalam pertanian akan mempunyai kesan yang positif

ke atas kualiti makanan dan alam sekitar kerana pengurangan penggunaan racun

serangga dan rumpai. Selain itu, kedua-dua kumpulan juga bersetuju

penggunaan bioteknologi untuk memindahkan gen tumbuhan kepada tumbuhan

lain, dan daripada haiwan ternakan ke haiwan ternakan lain tetapi mereka tidak

bersetuju pemindahan gen daripada manusia kepada haiwan. Mereka juga

bersetuju, amat penting maklumat mengenai kebaikan dan risiko bioteknologi

diketahui. Selain itu, guru yang menghadiri kursus menyatakan penggunaan

bioteknologi yang terkini dalam menghasilkan makanan dan asas sains

mengenai bioteknologi juga amat perlu diketahui. Menurut Wilson (2003),

dengan mengenal pasti sikap guru-guru pertanian dan sains terhadap

bioteknologi pertanian, ia dapat membantu untuk merangka perlaksanaan

latihan perguruan bagi meningkatkan keupayaan dan keyakinan guru untuk

mengajar topik bioteknologi. Manakala Hughes (2001) membuat kajian


32

deskriptif mengenai sikap guru pertanian terhadap bioteknologi dalam

pertanian. Berdasarkan dapatan kajian, Hughes (2001) membuat kesimpulan

bahawa responden kajian mempunyai sikap positif terhadap bioteknologi

pertanian.

Prokop, Leskova, Kubiatko, & Diran (2007) telah menjalankan kajian ke atas

378 pelajar universiti untuk mengenal pasti pengetahuan dan sikap mereka

terhadap bioteknologi di Slovakia. Kajian mendapat, terdapat hubungan

positif dan signifikan antara tahap pengetahuan dan sikap terhadap

bioteknologi. Pelajar yang mengikuti kursus biologi mempunyai pengetahuan

yang lebih mengenai bioteknologi, tetapi sikap mereka terhadap bioteknologi

adalah sama dengan pelajar yang tidak mengikuti kursus bioteknologi. Pelajar

perempuan mempunyai pengetahuan yang lemah dan kurang penerimaan

terhadap hasilan bioteknologi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.

2.4 Bioteknologi dan Kurikulum Pendidikan

Bahagian ini membincangkan tentang bioteknologi dalam kurikulum

pendidikan. Tumpuan diberikan dengan membuat perbincangan tentang guru

dan perlaksanaan pengajaran bioteknologi dalam Kurikulum Pendidikan

Pertanian, halangan perlaksanaan pengajaran bioteknologi dalam Kurikulum


33

Pendidikan Pertanian dan sumber maklumat mengenai bioteknologi dalam

pendidikan.

2.4.1 Guru dan Perlaksanaan Pengajaran Bioteknologi dalam


Kurikulum Pendidikan Pertanian

Cruickshank, Bainert, & Metcalf (1999) menyatakan, untuk melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran seseorang guru perlu memahami dan mengetahui

kandungan mata pelajaran yang diajar. Pengetahuan dan pemahaman guru

yang mendalam tentang sesuatu mata pelajaran juga akan memudahkan mereka

memberi penerangan kepada pelajar. Perkara ini akan dapat merangsang minat

pelajar untuk belajar dan menimbulkan keseronokan dalam proses pengajaran

dan pembelajaran. Selain itu, guru harus mempunyai pengetahuan dan

kemahiran mengajar termasuk menghubungkan pengetahuan, kemahiran dan

nilai yang perlu diterapkan. Guru juga perlu mahir mengendalikan pengajaran

bagi pelajar pelbagai kebolehan dan mempunyai ciri-ciri keguruan yang positif

dan kreatif untuk melaksanakan serta menjayakan kurikulum yang dibentuk.

Oleh itu, guru perlu menghayati perubahan kurikulum sekolah, meningkat dan

mengemaskan kini pengetahuan dan kemahiran dalam mentafsir dan

melaksanakannya pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Satu kajian telah dijalankan oleh Hughes (2001) ke atas 62 orang guru pertanian

di West Virginia untuk mengenal pasti pengetahuan dan sikap guru pertanian
34

terhadap perlaksanaan bioteknologi dalam pendidikan pertanian. Salah satu

objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sikap guru dari segi tingkah laku

mereka mengenai bioteknologi. Satu instrumen kajian menggunakan skala 1

(sangat setuju) hingga 4 (sangat tidak setuju) untuk mengukur pemboleh ubah

sikap guru dari segi tingkah laku mereka mengenai bioteknologi. Dapatan

kajian menunjukkan bahawa, guru bersetuju bahawa menjadi tanggungjawab

mereka untuk melaksanakan pengajaran berkenaan bioteknologi kepada pelajar

(Min = 1.94), tetapi tidak bersetuju untuk melaksanakan penyelidikan mengenai

bioteknologi (Min = 2.74) dan menghasilkan penerbitan mengenai bioteknologi

(Min = 2.74). Hughes (2001) juga mendapati, kaedah syarahan atau

perbincangan adalah kaedah yang selalu digunakan oleh guru untuk

melaksanakan pengajaran mengenai topik bioteknologi (36%). Penggunaan

kaedah demonstrasi (10%) dan penyelesaian masalah (10%) juga digunakan

oleh guru dalam melaksanakan pengajaran topik bioteknologi. Berdasarkan

kajian yang dijalankan, beliau membuat kesimpulan guru bersedia untuk

melaksanakan pengajaran, tetapi kekurangan bahan bantu mengajar dan

pengetahuan yang berkaitan dengan kurikulum yang diajar.

Manakala Brown, Kemp, & Hall (1998) menerusi kajian yang telah dilakukan

ke atas 750 orang guru pertanian, sains dan pendidikan teknologi mendapati

guru bersetuju pengajaran bioteknologi sepatutnya dilaksanakan merentasi

kurikulum. Beliau juga mendapati, guru memerlukan sokongan dalam bentuk


35

modul pembelajaran pelajar (66%), peluang latihan semula (51%), latihan

perguruan yang bersesuaian (47 %), aktiviti dan manual makmal (34%),

kurikulum (32%), peruntukan kewangan (22%), buku teks (19%), komputer

(17%), penceramah pakar jemputan (1%) dan sumber rujukan (1%) bagi

memudahkan mereka melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi di sekolah.

2.4.2 Halangan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran


Topik Bioteknologi dalam Kurikulum Pendidikan
Pertanian

Menurut Zeller (2002) dalam artikel mengenai pendidikan bioteknologi

pertanian, halangan adalah masalah yang dihadapi oleh guru yang

menyebabkan mereka tidak dapat melaksanakan pengajaran bioteknologi

dengan berkesan. Beliau menyatakan halangan utama yang dihadapi oleh guru

semasa mengintegrasikan bioteknologi dalam kurikulum pendidikan pertanian

ialah kekurangan pengetahuan kandungan dan kemahiran teknik dalam

bioteknologi menyebabkan guru tidak yakin untuk mengintegrasikan

bioteknologi dalam kurikulum di sekolah. Selain itu, kekurangan dana dan

peralatan serta masa yang tidak mencukupi untuk membuat persediaan dan

melaksanakan pengajaran bioteknologi dikenal pasti sebagai halangan utama

untuk melaksanakan pengajaran topik bioteknologi di sekolah. Manakala Chan

dan Lui (2002) berpendapat, halangan yang dihadapi oleh guru untuk mengajar

topik bioteknologi menjadikan mereka tidak yakin untuk mengajar topik


36

tersebut dan akan memberi kesan kepada pendekatan pedagogi yang

digunakan oleh guru untuk melaksanakan pengajaran.

Wilson, et. al (2002) telah melakukan kajian ke atas 171 guru pertanian di North

Carolina, untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi hasrat guru untuk

menerima kurikulum bioteknologi dalam pendidikan pertanian. Salah satu

objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti halangan yang

dihadapi oleh guru dalam melaksanakan kurikulum tersebut. Satu instrumen

kajian dengan menggunakan skala 1 (tidak wujud) hingga 4 (sangat wujud)

telah dibentuk untuk mengukur pendapat guru mengenai halangan yang

dihadapi oleh guru dalam melaksanakan pengintegrasian bioteknologi dalam

pendidikan pertanian. Dapatan kajian menunjukkan halangan utama guru

ialah kekurangan peralatan untuk melaksanakan amali (Min = 3.26),

kekurangan peruntukan untuk melaksnakan kurikulum (Min = 3.08),

kekurangan buku teks yang sesuai (Min = 2.99), kekurangan pengetahuan

mengenai topik bioteknologi (Min = 2.82), kursus dalam perkhidmatan dan

latihan perguruan yang tidak berkaitan (Min = 2.75), kekurangan masa untuk

merancang pengajaran (Min = 2.60) dan pelajar tidak berminat untuk belajar

(Min = 2.23).

Dapatan Wilson, et. al (2002) seiring dengan dapatan kajian oleh Hughes (2001)

ke atas 62 orang guru pertanian di West Virginia. Satu instrumen kajian dengan
37

menggunakan skala 1 (tiada langsung) hingga 4 (major) telah dibentuk untuk

mengukur pendapat guru mengenai halangan yang dihadapi oleh mereka dalam

melaksanakan topik bioteknologi dalam pendidikan pertanian. Dapatan kajian

menunjukkan halangan utama yang dihadapi guru untuk melaksanaan

pengajaran bioteknologi dalam pendidikan pertanian iaitu peralatan yang tidak

mencukupi. (Min = 3.31). Selain itu, kekurangan bahan pengajaran (Min =

3.1), ruang kelas atau makmal (Min = 2.98), kekurangan masa untuk membuat

persediaan (Min = 2.95), buku teks (Min = 2.92), pengetahuan guru (Min =

2.87) dan kebolehan pelajar (Min = 2.66) juga menjadi penghalang untuk

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi. Beliau juga

mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara halangan yang dihadapi

oleh guru untuk melaksanakan pengajaran bioteknologi dengan faktor

demografi guru iaitu pengalaman mengajar dengan pengetahuan guru (r = .21)

dan kekurangan masa untuk membuat persediaan (r = .30).

Satu kajian telah dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan pada tahun

1993 ke atas 350 buah SMK yang menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian

Tingkatan Empat dan Lima di seluruh negara untuk mengesan halangan yang

dihadapi oleh guru dalam melaksanakan topik bioteknologi dalam mata

pelajaran Sains Pertanian yang mula diajar pada tahun 1992 (Jemaah Nazir

Sekolah, 1995). Kajian mendapati guru Sains Pertanian merasakan bahawa

tahap keupayaan mereka untuk melaksanakan pengajaran topik bioteknologi


38

adalah sederhana dan kurang pendedahan untuk mengajar topik yang berkaitan

bioteknologi. Selain itu, kekurangan peruntukan untuk menjalankan amali dan

kerja kursus berkaitan bioteknologi serta bilangan pelajar yang terlalu

ramai di dalam kelas juga menyukarkan guru untuk mengajar. Kekurangan

kemudahan dan kelengkapan untuk menjalankan amali topik bioteknologi,

bebanan tugas lain dan bukan opsyen Sains Pertanian juga menjadi faktor

penghalang untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi.

Bagi memperlihatkan senario halangan yang dihadapi oleh guru untuk

melaksanakan pengajaran di negara ini, pengkaji juga akan membincangkan

halangan yang dihadapi oleh guru bagi melaksanakan mata pelajaran KBSM

yang lain. Satu kajian telah dijalankan oleh Krishnan (1997) ke atas 50 buah

SMK di negeri Kedah untuk mengenal pasti persepsi guru dalam melaksanakan

kurikulum Ekonomi Asas KBSM. Salah satu objektif kajian ialah untuk

mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

pengajaran. Satu instrumen kajian telah dibina dengan menggunakan skala

Likert 1 (sangat tidak setuju) hingga 5 (sangat setuju) untuk mengenal pasti

halangan yang di hadapi oleh guru. Dapatan kajian menunjukkan, halangan

yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan pengajaran ialah disebabkan oleh

tugas rutin harian lain (Min = 3.79), kekurangan kemahiran asas pelajar (Min =

3.48), bilangan pelajar yang ramai di dalam kelas (Min = 3.10), pelajar tidak
39

memahami istilah (Min = 3.00), kurang mendapat latihan asas untuk pengajaran

dan pembelajaran (Min = 2.54) dan sukatan terlalu luas dan sukar dihabiskan

(Min = 2.43).

2.4.3 Sumber Maklumat Mengenai Bioteknologi dalam


Pendidikan

Rota dan Izquierdo (2003) menyatakan, guru tidak selalu berpeluang untuk

menambah pengetahuan mengenai bioteknologi yang berkembang dengan

pesat. Oleh itu, mereka memerlukan banyak bahan pengajaran untuk memberi

maklumat kepada pelajar selain mempersembahkan maklumat yang

disampaikan dengan cara terbaik. Justru, guru perlu dibekalkan dengan bahan

pengajaran yang sesuai dan dibekalkan maklumat mengenai bioteknologi

pertanian. Kajian mengenai sumber maklumat yang selalu digunakan oleh guru

untuk mendapat maklumat mengenai bioteknologi telah dilakukan oleh Iverson

(1998) ke atas guru pertanian di Georgia, Maryland dan Tennessee. Beliau

mendapati sumber pengetahuan dan maklumat mengenai bioteknologi yang

selalu digunakan oleh guru pertanian ialah surat khabar, journal pertanian,

television , kursus dalam perkhidmatan, jurnal pendidikan dan radio. Manakala

Hughes (2001) menerusi kajian ke atas 62 orang guru pertanian di West

Virginia, mendapati bahawa guru lebih suka menerima maklumat mengenai

bioteknologi daripada kursus berkenaan bioteknologi, rancangan mengajar,

kursus di universiti, video tape, buku teks dan program komputer, CD-rom,
40

internet dan slaid. Terdapat juga sumber pengajaran dan pembelajaran daripada

jurnal yang telah ditulis oleh Michele dan Shane (1996) menerangkan contoh

uji kaji tentang fermentasi. Manakala Russell (1997) menghasilkan bahan

illustrasi yang menerangkan dan mengenal pasti asas keselamatan membuat

pengklonan DNA dan Bauer (1998) menerangkan kaedah untuk mempelajari

cara untuk membaiki DNA. Rota dan Izquierdo (2003) pula menggunakan

komik sebagai alat untuk mengajar bioteknologi pertanian.

Pengkaji mendapati maklumat terkini mengenai kefahaman dan sikap

masyarakat mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian amat penting

diketahui terutamanya dalam era ledakan teknologi ini. Ini membolehkan

segenap lapisan masyarakat dapat membuat keputusan sama ada menerima atau

menolak teknologi tersebut disamping dapat menanamkan pemikiran yang

terbuka kebaikan teknologi ini bagi kegunaan masyarakat. Kajian mengenai

kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian adalah permulaan untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap guru

pertanian terhadap penggunaan topik bioteknologi dalam mata pelajaran Sains

Pertanian dan Pengajian Agroteknologi. Ia perlu dilakukan memandangkan

guru adalah salah satu agen perubahan atau penyebaran sesuatu inovasi kepada

masyarakat. Perkara ini penting diketahui bagi memastikan guru mempunyai

sikap yang positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Selain

itu, halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi


41

serta sumber maklumat yang menjadi pilihan guru pertanian untuk

mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi juga perlu diketahui. Ini

membolehkan dapatan kajian digunakan oleh pihak yang merancang kursus

dalam perkhidmatan yang dapat meningkatkan pengetahuan guru untuk

mengajar topik tersebut.

2.5 Kerangka Konseptual Kajian

Kajian ini menganggap kefahaman dan persepsi pengetahuan guru mengenai

penggunaan bioteknologi dalam pertanian adalah terhasil daripada pengalaman

yang mereka lalui semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran

dan atas keperluan tuntutan melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan.

Kefahaman dan persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai bioteknolog

juga didapati dari latihan dalam perkhidmatan serta pendedahan kepada sumber

maklumat mengenai bioteknologi. Kajian ini juga ingin melihat kefahaman dan

persepsi pengetahuan yang ada pada guru pertanian itu, mempengaruhi sikap

mereka sama ada menerima dan menolak penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Justru, kefahaman, persepsi pengetahuan dan sikap guru pertanian

adalah pemboleh ubah bersandar bagi kajian ini.

Kajian yang dijalankan adalah bersandarkan kepada Model Pembelajaran dua

dimensi Kolb kerana kajian ini menganggap bahawa kefahaman dan


42

pengetahuan diperolehi oleh seorang guru itu mengenai bioteknologi pertanian

adalah melalui melalui transformasi pengalaman semasa mengajar, mengikuti

kursus berkaitan bioteknologi dan maklumat mengenai bioteknologi dari

sumber yang mereka perolehi. Pembelajaran yang mereka perolehi itu

merupakan satu proses refleksi ke atas pengalaman yang mereka lalui dan

diterjemahkan kepada satu konsep pengalaman yang baru (Kolb, 1984). Ia

adalah merujuk kepada keperluan perkembangan individu yang menyeluruh dan

melibatkan penyediaan individu itu dengan pengalaman yang mereka hayati

sepenuhnya. Proses ini akan mempengaruhi kefahaman kognitif dan

penghargaan afektif yang melibatkan perasaan serta nilai sikap individu itu

terhadap sesuatu perkara yang didedahkan kepada mereka. Pembelajaran

melalui pengalaman Kolb mengandungi kitaran empat tahap dimana tahap

pertama ialah pengalaman langsung adalah merupakan asas kepada pemerhatian

dan refleksi individu itu sendiri mengenai keperluan mereka. Pemerhatian dan

refleksi ini akan menjurus kepada implikasi baru bagi tindakan yang boleh

disimpulkan dan seterusnya implikasi ini kemudiannya menjadi panduan dalam

tindakan mencipta pengalaman baru (Kolb, 1984). Empat fasa ini berada

dalam satu kitaran, setiap fasa menjurus kepada perlakuan yang berbeza.

Aspek afektif dalam pengalaman konkrit, aspek persepsi dalam pemerhatian

reflektif, aspek simbolik dalam konseptual abstrak dan aspek perlakuan dalam

eksperimentasi aktif. Model ini dapat dijelaskan dalam bentuk satu kitaran

seperti dalam rajah 2.5.1 di bawah:


43

Dimensi Menerima

Pengalaman konkrit
Dimensi
Memproses

Eksperimental abstrak Pemerhatian reflektif

Konseptual abstrak

RAJAH 2.5.1 Model Pembelajaran Kolb (1984)

Houle (1980 dipetik dari Smith, 1996) juga menyatakan pembelajaran

pengalaman merupakan pendidikan yang berlaku secara tidak formal tetapi

berlaku kepada setiap individu dimana pendidikan itu diterima melalui kesan

pengalaman seharian yang dilalui oleh setiap individu. Ia juga dikenal pasti

sebagai jenis pembelajaran yang berkait rapat dengan pembelajaran kognitif

dengan kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan (Kraft, 1986).

Pembelajaran ini juga didapati sebagai satu proses yang menghubungkan

pendidikan, pekerjaan dan perkembangan individu. Setiap individu bertindak

balas dalam cara yang berlainan kepada sesuatu situasi pembelajaran. Tindak

balas ini akan dipengaruhi oleh cara bagaimana individu itu berfikir,

pengalaman lepas, kehendak persekitaran dan tugasan terkini.


44

Perbezaan dalam gaya pembelajaran ini adalah hasil daripada proses sosialisasi

yang dialami oleh mereka. Kolb (1984) juga menyatakan bahawa pembelajaran

seseorang itu dipengaruhi oleh ciri-ciri individu, pengkhususan dalam

pendidikan, pemilihan kerjaya, tanggungjawab dan tugasan yang diberikan

ditempat kerja. Pembolehubah jantina telah dikenal pasti mempengaruhi gaya

pembelajaran dimana lelaki lebih impersonal iaitu tidak dipengaruhi perasaan

dan lebih logik manakala perempuan pula lebih personal dan penyayang

(Magolda, 1989). Justru, kajian ini juga ingin melihat pembolehubah

demografi guru iaitu jantina, keturuanan, agama, umur, kelulusan guru,

pengkhususan, pengalaman mengajar, tingkatan dimana guru itu mengajar dan

kehadiran mereka dalam kursus mengenai bioteknologi bagi mengenal pasti

sama ada pembolehubah tersebut mempengaruhi kefahaman, persepsi

pengetahuan dan sikap guru terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Oleh itu, kerangka konseptual kajian yang dijalankan adalah seperti

dalam Rajah 2.5.2.


45

Pembolehubah
bersandar

Kefahaman

Persepsi
pengetahuan
Pembolehubah
tak bersandar
Sikap
Demografi guru
pertanian
Halangan
perlaksanaan

Sumber maklumat

Rajah 2.5.2 Kerangka Konseptual Kajian


46

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap

guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Bab ini

akan membincangkan tentang metodologi kajian dengan memberi tumpuan

kepada reka bentuk kajian, populasi dan sampel kajian, alat ukur kajian, kajian

rintis, kesahan dan kebolehpercayaan alat ukur kajian, prosedur pengumpulan

data dan analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang telah dijalankan merupakan kajian berbentuk tinjauan yang

bertujuan untuk mengenal pasti kefahaman dan sikap guru pertanian terhadap

penggunan bioteknologi dalam pertanian. Selain itu, kajian juga dijalankan

untuk mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru pertanian semasa

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi melalui mata

pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi di sekolah serta sumber


47

yang menjadi pilihan guru untuk mendapatkan maklumat mengenai

bioteknologi.

Menurut Majid Konting (2005), kajian tinjauan sering dijalankan dalam

penyelidikan pendidikan. Kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul

maklumat mengenai pembolehubah yang berkaitan dengan satu fenomena tanpa

menyoal mengapa pembolehubah itu wujud. Gall, Borg dan Gall (1996) pula

menyatakan, kaedah tinjauan sering digunakan dalam kajian pendidikan

khususnya yang mengaitkan hubungan pembolehubah dalam konteks sedia ada

seperti sikap, pendapat dan pencapaian. Hasil kajian tersebut boleh dijadikan

panduan untuk membentuk polisi dalam pendidikan dan membaiki keadaan

yang ada sekarang. Kajian terdahulu menggunakan kaedah yang sama untuk

mengenal pasti pengetahuan dan sikap guru terhadap bioteknologi dalam

pendidikan pertanian telah dilakukan oleh Hughes (2001) manakala Lock dan

Miles (1993) menggunakan kaedah yang sama untuk mengenal pasti

pengetahuan dan sikap pelajar terhadap penggunaan bioteknologi dalam

kehidupan.

3.3 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi kajian adalah terdiri daripada semua guru pertanian yang mengajar

mata pelajaran Sains Pertanian Tingkatan Empat dan Lima sekolah menengah
48

kebangsaan (SMK) serta guru pertanian yang mengajar mata pelajaran Sains

Pertanian atau Pengajian Agroteknologi sekolah menengah teknik (SMT) di

seluruh Malaysia. Maklumat mengenai guru pertanian di SMT dan SMK telah

didapati daripada Jabatan Pendidikan Teknikal (JPTek), Kementerian Pelajaran

Malaysia (JPTek, 2006). Seramai 438 orang guru telah dikenal pasti mengajar

mata pelajaran Sains Pertanian SMK dan 20 orang guru mengajar mata

pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Agroteknologi SMT di seluruh

Malaysia (JPTek, 2006). Oleh itu, populasi bagi kajian ini ialah seramai 458

orang. Justru, seramai 214 orang guru Sains Pertanian telah dipilih sebagai

sampel kajian berdasarkan formula saiz sampel oleh Yamane (1967). Berikut

adalah kiraan sampel kajian berdasarkan formula Yamane yang telah

digunakan:

Formula Yamane n = N
1 + Ne²

di mana n = bilangan sampel


N = bilangan populasi
e = sela keyakinan = .05

= 458
1 + 458(.05²)

= 458
2.145

= 213.52

= 214
49

Pemilihan guru pertanian sebagai sampel kajian telah dijalankan secara

persampelan rawak berlapis. Persampelan tersebut digunakan kerana terdapat

ketidak seragaman dari segi kemudahan dan keadaan sekolah berdasarkan

lokasi sekolah yang akan mempengaruhi perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Selain itu, persampelan ini digunakan bagi

mengurangkan ralat persampelan dan memastikan sampel kajian yang diambil

mewakili populasi sebenar (Majid Konting, 2005). Justru, bagi memastikan

sampel kajian mewakili populasi sebenar, SMK akan dibahagikan kepada

sekolah bandar atau luar bandar. Sampel kajian telah dipilih secara rawak

mudah menggunakan Jadual Nombor Rawak (Beyer, 1968) mengikut peratus

yang mewakili lapisan dan bilangan sampel yang diperlukan. Rangka

persampelan bagi kajian yang telah dijalankan adalah seperti pada Rajah 3.3.1.
50

POPULASI KAJIAN
GURU PERTANIAN SMK DAN SMT
458 orang
(438 dari SMK dan 20 dari SMT)

SAMPEL KAJIAN
214 orang (Genapkan menjadi 220 orang)
201 sampel kajian daripada SMK
19 sampel kajian daripada SMT

RAWAK BERLAPIS

SMK SMK
BANDAR LUAR BANDAR
175 populasi kajian 263 populasi kajian
39.95% 60.05%
80 sampel 121 sampel

Pemilihan sampel kajian dibuat secara rawak mengikut senarai


nama guru menggunakan Jadual Angka Rawak

Rajah 3.3.1. Rangka Persampelan Kajian

3.4 Alat Ukur Kajian

Alat ukur yang telah digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik.

Soal selidik yang digunakan adalah seperti dalam lampiran. Penghasilan soal

selidik adalah berdasarkan sumber informasi yang dikumpulkan daripada


51

kajian literatur berkaitan dan temubual yang telah dilakukan dengan individu

yang merancang Kurikulum Pendidikan Sains Pertanian dan Pengajian

Agroteknologi di Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Jabatan

Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia. Temu bual juga telah

dibuat dengan penyelia mata pelajaran Sains Pertanian di JPN serta guru pakar

yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi

Tingkatan Empat dan Lima untuk mendapatkan maklumat berkenaan

perlaksanaan pengajaran tersebut di sekolah. Item-item yang dibina dalam soal

selidik adalah berdasarkan persoalan kajian manakala pembentukan dan teknik

soal selidik adalah berpandukan Gall, Borg dan Gall (1996) iaitu:

a. soal selidik perlu dibuat seringkas yang mungkin.

b. elakkan menggunakan istilah teknikal yang tidak difahami oleh

responden.

c. soal selidik perlu menarik seperti menggunakan kertas

berwarna.

d. item soalan perlu senang dibaca dan lengkap.

e. menomborkan muka surat soal selidik dan item soalan.

f. memasukkan arahan yang ringkas dan jelas.

g. item soalan dikumpulkan berdasarkan skala yang digunakan

atau menjurus kepada mengukur sesuatu pembolehubah.

h. perlu dimulai dengan item soalan yang menarik dan mudah.


52

Soal selidik yang dibina mengandungi tujuh bahagian. Bahagian pertama soal

selidik adalah untuk mengumpul maklumat demografi responden. Item

maklumat demografi responden adalah terdiri daripada, jantina, keturunan,

agama, umur, kelulusan ikhtisas perguruan serta opsyen, kelulusan akademik

serta opsyen, pengalaman mengajar Tingkatan Empat dan Lima, kehadiran

kursus mengenai bioteknologi serta nama kursus yang pernah dihadiri dan

aliran pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian

Agroteknologi. Item agama dimasukkan dalam maklumat demografi kerana

menurut PIFB (2006), faktor agama mempengaruhi sikap pengguna terhadap

penggunaan bioteknologi untuk mengubahsuai genetik tumbuhan dan haiwan.

Selain itu, salah satu isu penggunaan bioteknologi dalam pertanian di Malaysia

adalah berkaitan dengan isu halal yang melibatkan pengguna yang beragama

Islam (Musalmah, 2006). Justru, pengkaji merasakan perlu untuk melihat

perbezaan pengetahuan dan sikap guru pertanian mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian berdasarkan agama responden.

Bahagian kedua soal selidik adalah untuk menjawab persoalan kajian pertama

dan kelapan. Bahagian ini mengandungi item untuk mengenal pasti tahap

kefahaman guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi. Terdapat dua

soalan terbuka dibina untuk mengenal pasti kefahaman guru mengenai maksud

bioteknologi dan contoh hasil daripada penggunaan bioteknologi. Selain itu,

terdapat 23 item yang dibina untuk mengenal pasti kefahaman guru pertanian
53

mengenai penggunaan bioteknologi. Responden dikehendaki menjawab ‘ya’

bagi kenyataan mengenai bioteknologi, ‘tidak’ bagi kenyataan bukan mengenai

bioteknologi serta ‘tidak pasti’ jika mereka ragu-ragu mengenai kenyataan

tersebut. Item soalan dibentuk berdasarkan kajian Lock dan Miles (1993) dan

Leslie dan Schibeci (2003). Berdasarkan kajian yang telah dijalankan ke atas

pelajar berumur 15 tahun di England, Lock dan Miles (1993) menyatakan jika

responden tidak menjawab maksud bioteknologi dan tidak memberi contoh

hasil daripada penggunaan bioteknologi, ini bermakna responden tersebut tidak

fahaman mengenai bioteknologi.

Bahagian ketiga soal selidik adalah untuk menjawab persoalan kajian kedua,

kelima dan kelapan. Bahagian ini mengandungi 30 item untuk mengenal pasti

persepsi pengetahuan guru pertanian tentang bioteknologi. Item soalan

dibentuk berdasarkan kajian Hughes (2001) dan telah disesuaikan berdasarkan

Huraian Sukatan Pelajaran Sains Pertanian semakan tahun 2000 dan Huraian

Sukatan Pelajaran Pengajian Agroteknologi tahun 2003 yang dikeluarkan oleh

Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional (BKTV), Jabatan Pendidikan

Teknikal Kementerian Pendidikan Malaysia (BKTV, 2000 dan BKTV, 2003).

Skala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk mengenal pasti pengetahuan guru

mengenai bioteknologi dengan memberi petunjuk: tiada pengetahuan,

berpengetahuan sedikit, sederhana, berpengetahuan dan sangat

berpengetahuan. Justru, min diantara 1.00 hingga 1.50 dianggap tiada


54

pengetahuan, 1.51 hingga 2.50 dianggap berpengetahuan sedikit, 2.51 hingga

3.50 dianggap berpengetahuan sederhana, 3.51 hingga 4.50 dianggap

berpengetahuan dan 4.51 hingga 5.00 dianggap sangat berpengetahuan

(Hughes, 2001).

Bahagian keempat soal selidik dibina untuk menjawab persoalan kajian ketiga,

keenam dan kelapan. Bahagian ini mengandungi 32 item yang mengukur

sikap guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Banyak penyelidikan yang telah dijalankan menggunakan alat ukur berbentuk

soal selidik untuk mengetahui sikap seseorang terhadap bioteknologi seperti

yang telah dilaksanakan oleh IFIC (2006), Cavanagh, et.al. (2005), Dawson dan

Schibeci (2003), Aerni (2002), Aerni (2001), Chen dan Raffan (1999), Hoban

(2004), Hoban (1998), dan Lock dan Miles (1993). Gall, Borg dan Gall (1996)

menyatakan, untuk mengukur penyataan berkenaan sikap, pengkaji perlu

membuat kajian literatur seperti melihat kajian terdahulu untuk memastikan

skala pengukuran yang akan digunakan telah digunakan oleh pengkaji lain dan

sesuai untuk mengukur sikap yang akan dikaji. Skala yang boleh digunakan

untuk mengukur sikap ialah seperti skala Thurstone untuk mengenal pasti

seseorang itu menyatakan persetujuan atau tidak bersetuju terhadap sesuatu

sikap. Selain itu, skala Likert juga boleh digunakan untuk mengukur tahap

persetujuan iaitu seperti sangat setuju, setuju, tidak pasti, tidak bersetuju atau

sangat tidak setuju bagi kenyataan berkenaan sesuatu sikap. Item yang dibina
55

untuk mengukur sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian telah dibahagikan kepada item negatif dan positif seperti dalam Jadual

3.4.1.

Jadual 3.4.1 Jenis Item Bagi Mengukur Sikap

Jenis Item Nombor Item

Positif D1, D2, D3, D5, D8, D9, D10, D11, D13, D14, D15, D17,
D18, D20, D23, D24, D26, D27, D29, D31, D32
Negatif D4, D6, D7, D12, D16, D19, D21, D22, D25, D28, D30

Item-item yang dibina adalah berdasarkan komponen sikap iaitu kognitif,

afektif dan tingkah laku (Triandis, 1971). Kajian terdahulu menggunakan

komponen tersebut untuk mengukur sikap guru telah dilakukan oleh Mohd

Yusof et. al. (2007), Lay dan Khoo (2002) dan Mohd Noh, (2001). Item

komponen kognitif dibina berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Aerni

(2002) untuk mengukur pengetahuan pengguna tentang penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Skala 1 hingga 5 digunakan untuk mengukur

komponen kognitif dengan memberi petunjuk: sangat tidak setuju, tidak

setuju, tidak pasti, setuju atau sangat setuju. Item komponen afektif yang

mengukur perasaan mereka terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian

telah diubah suai berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh Hughes (2001)
56

dan Lock dan Miles (1993). Skala Likert 1 hingga 5 digunakan untuk

mengukur komponen afektif dengan memberi petunjuk: sangat tidak setuju,

tidak setuju, tidak pasti, setuju atau sangat setuju. Manakala item komponen

tingkah laku yang mengukur perlakuan atau tindakan guru pertanian terhadap

penggunaan bioteknolgi dalam pertanian diubah suai berdasarkan kajian

Hughes (2001) dan Lock dan Miles (1993). Skala 1 hingga 5 digunakan

dengan memberi petunjuk: sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju

atau sangat setuju. Justru, min antara 1.00 hingga 1.50 dianggap sangat tidak

setuju, 1.51 hingga 2.50 dianggap tidak setuju, 2.51 hingga 3.50 dianggap tidak

pasti, 3.51 hingga 4.50 dianggap setuju dan 4.51 hingga 5.00 dianggap sangat

setuju (Hughes, 2001).

Bahagian kelima soal selidik dibina mengandungi 20 item, menjurus untuk

menjawab persoalan kajian keempat, ketujuh dan kelapan. Bahagian ini dibina

untuk mengetahui halangan yang dihadapi oleh guru pertanian semasa mengajar

topik bioteknologi di sekolah. Item-item yang dibina adalah berdasarkan kajian

Hughes (2001) dan temu bual dengan penyelia serta guru pakar mata pelajaran

Sains Pertanian. Skala 1 hingga 4 digunakan dengan memberi petunjuk: tidak

menghalang, sedikit menghalang, menghalang dan sangat menghalang. Justru,

min antara 1.00 hingga 1.50 dianggap tidak menghalang, 1.51 hingga 2.50

dianggap sedikit menghalang, 2.51 hingga 3.50 dianggap menghalang dan 3.51

hingga 4.0 dianggap sangat menghalang. Skala 1 hingga 4 digunakan untuk


57

mengukur halangan yang dihadapi oleh guru pertanian semasa melaksanakan

pengajaran topik bioteknologi di sekolah bagi membolehkan dapatan kajian

dibandingkan dengan kajian lepas yang telah dilakukan oleh (Hughes, 2001).

Bahagian keenam soal selidik dibina mengandungi 11 item bagi menjawab

persoalan kesembilan kajian iaitu sumber yang menjadi pilihan guru pertanian

untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi. Item-item yang dibina

adalah berdasarkan kajian Hughes (2001) dan temu bual dengan penyelia serta

guru pakar mata pelajaran Sains Pertanian. Skala 1 hingga 4 digunakan

dengan memberi petunjuk: sangat tidak setuju, tidak setuju, setuju dan sangat

setuju. Justru, min antara 1.00 hingga 1.50 dianggap sangat tidak setuju, 1.51

hingga 2.50 dianggap tidak setuju, 2.51 hingga 3.50 dianggap setuju dan 3.51

hingga 4.0 dianggap sangat setuju (Hughes, 2001).

Bahagian ketujuh soal selidik dibina bagi menjawab persoalan kajian kesepuluh.

Ia bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai kursus berkaitan

bioteknologi yang diperlukan oleh guru-guru pertanian. Cadangan mereka

mengenai topik bioteknologi yang perlu ditambah dalam Kurikulum Pendidikan

Sains Pertanian juga diperolehi di bahagian ini. Maklumat ini penting

diketahui bagi membolehkan Jabatan Pendidikan Teknik dan Vokasional serta

Jabatan Pelajaran Negeri, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang kursus

dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan pengajaran topik bioteknologi di


58

sekolah serta panduan untuk membuat semakan Kurikulum Pendidikan Sains

Pertanian.

3.5 Kesahan dan Kebolehpercayaan Alat Ukur Kajian

Creswell (2005), menyatakan penggunaan alat ukur kajian untuk melaporkan

sesuatu data perlu mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan untuk digunakan.

Beliau juga menyatakan kesahan kandungan alat ukur bermaksud data individu

yang didapati dengan menggunakan alat ukur tersebut adalah logik, bermakna

dan membolehkan penyelidik membuat kesimpulan yang betul berdasarkan

sampel yang dipilih daripada populasi kajian. Selain itu, sesuatu alat ukur

mempunyai kesahan kandungan sekiranya ia dapat mengukur semua isi serta

kandungan bidang yang akan dikaji (Majid Konting, 2005). Justru, untuk

melihat kesahan kandungan alat ukur yang digunakan bagi kajian ini,

pandangan guru pakar mata pelajaran Sains Pertanian dari SMT dan SMK serta

individu yang pakar berkenaan bidang bioteknologi pertanian, pendidikan

pertanian dan penghasilan Kurikulum Pendidikan Sains Pertanian telah diambil

kira. Senarai nama mereka adalah seperti dalam lampiran. Berdasarkan

komen dan cadangan yang telah diberikan, soal selidik yang dibina telah

diperbaiki sebelum digunakan dalam kajian rintis.


59

Kebolehpercayaan bermaksud data yang didapati daripada alat ukur yang

digunakan adalah stabil dan konsisten (Crestwell, 2005). Justru, analisis

kebolehpercayaan bagi sesuatu alat ukur perlu dilaksanakan untuk melihat

kestabilan dan konsistensi data yang diperolehi. Pekali alpha Cronbach’s telah

digunakan untuk menganggarkan kebolehpercayaan alat ukur yang digunakan

dalam kajian ini. Jadual 3.5.1 menunjukkan nilai pekali apha Cronbach’s bagi

alat ukur yang digunakan dalam kajian ini. Berdasarkan analisis yang telah

dilaksanakan, kesemua item dalam soal selidik yang digunakan dalam kajian

rintis digunakan untuk kajian sebenar kecuali item D2 digugurkan kerana

mempunyai nilai corrected item – total correlation rendah iaitu .032. Justru,

sebanyak 32 item telah digunakan dalam soal selidik untuk mengukur sikap

guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Jadual 3.5.1 Nilai Pekali Alpha Cronbach’s

Pembolehubah Bilangan Item Nilai Pekali


Alpha
Cronbach’s

1. Kefahaman 23 (Item B1 hingga B23) .831


2. Pengetahuan 30 (Item C1 hingga C30) .966
3. Sikap 33 (Item D1 hingga D33) .874
Kognitif (Item D1- D16) .710
Afektif (Item D17- D27 ) .795
Tingkah laku (Item D28-D33) .715
4. Halangan 20 (Item E1hingga E20) .875
5. Sumber Maklumat 11 (Item F1 hingga F11) .756
60

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis telah dibuat ke atas alat ukur iaitu soal selidik untuk memastikan

sampel kajian mempunyai kebolehan untuk menjawab soal selidik dan

memahami perkara yang disoal. Kajian rintis dijalankan ke atas soalan-soalan

yang dibina bertujuan untuk menguji kesesuaian objektif, kandungan, aras

soalan, bahasa yang digunakan dan penjelasan arahan-arahan untuk menjawab

supaya tidak mengelirukan responden kajian. Menurut Gall, Borg dan Gall

(1996), kajian rintis perlu dilakukan bagi kajian mengenai sikap untuk

memastikan sampel kajian mempunyai pengetahuan dan pemahaman yang

bersesuaian bagi membolehkan mereka memberi pendapat yang bermakna

mengenai sesuatu topik. Selain itu, Creswell (2005) menyatakan, dengan

melakukan kajian rintis pengkaji juga boleh mengenal pasti kadar maklum

balas soal selidik dan masalah yang akan timbul semasa melakukan

penyelidikan sebenar.

Setelah mendapat kebenaran menjalankan penyelidikan daripada Bahagian

Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia

pada 17 Ogos 2007, pengkaji telah memohon kelulusan daripada JPN yang

terlibat iaitu Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dan Jabatan Pelajaran Negeri

Perak. Kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri Selangor telah diterima

pada 22 Ogos 2007 dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada 27 Ogos 2007.
61

Sampel bagi kajian rintis ialah guru-guru Sains Pertanian Tingkatan Empat dan

Lima SMK seluruh negeri Selangor dan Perak yang tidak terpilih sebagai

sampel kajian sebenar. Bilangan sampel kajian rintis yang terlibat ialah

sebanyak 66 orang iaitu 31 orang dari Negeri Selangor dan 35 orang dari Negeri

Perak. Kajian rintis telah dilaksanakan bermula dari 27 Ogos 2007. Bagi

sampel kajian rintis dari daerah Kuala Langat dan Klang pengkaji telah

menghantar dan mengutip sendiri soal selidik manakala penghantaran

menggunakan pos telah dilakukan bagi sampel kajian rintis yang lain. Untuk

memastikan maklum balas yang tinggi, panggilan telefon telah dibuat kepada

sampel kajian rintis mulai 3 September 2007 iaitu setelah seminggu soal selidik

diposkan. Sehingga 19 September 2007 sebanyak 47 soal selidik telah

dikembalikaan. Oleh itu, responden kajian rintis sehingga 19 September 2007

ialah sebanyak 71.2%.

3.7 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum kajian dijalankan, surat kebenaran daripada Bahagian Perancangan dan

Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pendidikan

Teknikal Kementerian Pelajaran Malaysia serta Jabatan Pelajaran Negeri

Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Perak, Kedah, Kelantan, Pahang,

Terengganu, Sabah dan Sarawak telah diperolehi untuk melaksanakan kajian.

Setelah mendapat surat kebenaran, soal selidik yang disertakan surat iringan
62

dan sampul surat bersetem dan alamat penyelidik telah dihantar melalui pos

kepada guru yang telah dipilih secara rawak sebagai sampel kajian mulai 1

Oktober 2007.

Menurut Creswell (2005) untuk memastikan maklum balas soal selidik yang

dipos tinggi, soal selidik perlulah mempunyai maklumat yang jelas, berkualiti,

melakukan tindakan susulan yang mencukupi, minat responden terhadap kajian

dan pemberian insentif. Untuk memastikan soal selidik mempunyai maklum

balas yang tinggi, Creswell (2005) menyatakan penyelidik perlu:

a. menyertakan surat iringan yang akan menjelaskan tujuan dan

kepentingan kajian serta memohon kerjasama daripada pihak

responden.

b. susulan panggilan telefon perlu dilakukan setelah dua minggu

urusan penghantaran soal selidik pertama.

c. selepas dua minggu berikutnya, susulan panggilan telefon

kedua perlu dilakukan untuk meminta kerjasama responden

menjawap soal selidik.

Justru, untuk mendapatkan maklum balas yang tinggi, susulan panggilan

telefon telah dilakukan kepada sampel kajian yang belum memulangkan soal

selidik setelah tiga minggu urusan penghantaran soal selidik pertama. Bagi

guru pertanian yang telah berpindah sekolah, soal selidik kedua dihantar ke
63

alamat sekolah mereka yang baharu dan bagi guru yang cuti bersalin soal

selidik kedua dihantar ke alamat rumah mereka. Panggilan telefon kedua juga

telah dilakukan kepada sampel kajian yang tidak memulangkan soal selidik

selepas enam minggu kajian ini dilaksanakan. Sebanyak 175 soal selidik

dipulangkan oleh sampel kajian. Oleh itu, maklum balas bagi kajian ini

adalah sebanyak 79.55%.

Menurut Lindner et. al. (2001) kaedah untuk menangani sampel kajian yang

tidak memberi maklum balas perlu dilakukan apabila maklum balas yang

diterima kurang daripada 85% bagi mengurangkan non-response error. Oleh

itu, untuk menangani non- response error penyelidik telah menggunakan

kaedah membandingkan maklum balas awal dan lewat (Lindner et. al. 2001).

Kaedah ini membuat andaian bahawa sampel kajian yang kurang bersedia untuk

memberi maklum balas mempunyai ciri yang sama seperti sampel kajian yang

tidak memberi maklum balas. Kurang bersedia untuk memberi maklum balas

telah ditaksirkan sebagai lewat menjawab soal selidik atau memerlukan masa

yang lebih untuk menjawab soal selidik. Oleh itu, sampel kajian yang tidak

memberi maklum balas dianggap mempunyai ciri yang sama dengan sampel

kajian yang memberi maklum balas lewat (Armstrong dan Overton, 1977,

Miller dan Smith, 1983 dan Linder et. al., 2001). Langkah ini melibatkan

sampel kajian dibahagikan kepada dua, iaitu memberi maklum balas awal dan

memberi maklum balas lewat. Justru, maklum balas yang diterima sebelum 15
64

November 2007 dianggap maklum balas awal manakala selepas tarikh tersebut,

maklum balas yang diterima dianggap lewat. Terdapat 135 sampel kajian

memberi maklum balas awal dan 40 sampel kajian memberi maklum balas

lewat. Bagi mengenal pasti perbezaan antara maklum balas awal dan lewat,

ujian t telah dilaksanakan terhadap min pembolehubah bersandar berdasarkan

tarikh penerimaan soal selidik. Analisis mendapati, tidak terdapat perbezaan

yang signifikan pada paras .05 antara maklum balas awal dan lewat diterima.

Oleh itu, kajian ini menganggap sampel kajian yang tidak memberi maklum

balas mempunyai ciri yang sama dengan sampel kajian yang memberi maklum

balas.

3.8 Penganalisisan Data

Data yang diperolehi dari soal selidik telah dianalisis menggunakan tata cara

analisis berstatistik menggunakan SPSS. Bagi data dari soalan terbuka,

pengkodkan jawapan berdasarkan penelitian kepada jawapan terbanyak

responden telah dilakukan (Pallant, 2001). Aplikasi statistik inferensi yang

digunakan dalam kajian ini ialah ujian t, ANOVA dan ujian kolerasi. Data-

data item pembolehubah sikap adalah menggunakan skala Likert 5 mata yang

menunjukkan kadar persetujuan responden terhadap penyataan item. Skala

Likert yang digunakan mempunyai kod nombor 1 hingga 5 dengan memberikan

petunjuk : 1- sangat tidak setuju, 2 - tidak setuju, 3 - tidak pasti, 4 - setuju dan
65

5 - sangat setuju. Bagi item-item yang mengandungi penyataan negatif telah

direcodekan iaitu kod nombor 5 kepada 1, 4 kepada 2, 3 kepada 3, 2 kepada 4

dan 1 kepada 5 sebelum analisis data dilakukan bagi melihat perbezaan antara

min.

Salah satu persoalan utama yang berkaitan dengan sikap masyarakat terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian ialah menentukan secara keseluruhan

tahap sikap mereka. Berdasarkan kajian lepas, terdapat pengkaji

menggunakan tahap sikap berbentuk negatif atau positif bagi penerimaan

masyarakat terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian (Hoban, 1998).

Selain itu, tiga tahap sikap iaitu tidak setuju, tidak pasti dan setuju juga telah

digunakan untuk melaporkan sikap masyarakat terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian digunakan oleh Norton et. al. (1998), Lock dan

Miles (1993), Chen dan Raffan (1999), Hughes (2001), Dawson dan Schibeci

(2003), dan Cavanagh et. al. (2005). Justru, kajian ini telah menggunakan

tiga tahap sikap iaitu tidak setuju, tidak pasti dan setuju untuk melaporkan sikap

guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian untuk

membolehkan dapatan kajian ini dibandingkan dengan kajian lepas.

Skor yang diperolehi daripada skala 1 dan 2 merupakan petunjuk bagi sangat

tidak setuju dan tidak setuju dikategorikan sebagai tidak setuju. Skor yang

diperolehi daripada skala 3 merupakan petunjuk tidak pasti dikategorikan


66

sebagai tidak pasti. Seterusnya, skor yang diperolehi daripada skala 4 dan 5

merupakan petunjuk setuju dan sangat setuju dikategorikan sebagai setuju

(Firdaus, 2002). Skor yang diperolehi berdasarkan skala Likert 5 mata adalah

seperti berikut dalam Jadual 3.8.1

Jadual 3.8.1 Skala dan Skor Sikap

Skala Skor

Skala 1: Sangat tidak setuju 1 X 32 Item: Skor 32


Skala2: Tidak setuju 2 X 32 Item: Skor 64
Skala 3: Tidak pasti 3 X 32 Item: Skor 96
Skala 4: Setuju 4 X 32 Item : Skor 128
Skala 5: Sangat setuju 5 X 32 Item: Skor 160

Untuk menerangkan tahap sikap keseluruhan, jumlah sikap dibahagikan kepada

tiga tahap seperti Jadual 3.8.2. Nilai tengah di antara skala 2 dan 3 diambil kira

bagi menentukan skor minimum tahap tidak pasti, dan nilai tengah di antara

skala 3 dan 4 bagi menentukan nilai maksimum tahap tidak pasti (Firdaus,

2002). Prosedur ini menghasilkan pemeringkatan tahap sikap berdasarkan

skor seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 3.8.2.


67

Jadual 3.8.2 Petunjuk Tahap Sikap Keseluruhan Berdasarkan Skor

Skor Tahap Sikap

113 hingga 160 Setuju

81 hingga 112 Tidak pasti

32 hingga 80 Tidak setuju


68

BAB 4

DAPATAN KAJIAN

4.1 Pendahuluan

Bab ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan analisis data yang telah

dilaksanakan. Data kajian telah dikumpul dengan menggunakan soal selidik

yang mengukur pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.

Pembolehubah bersandar bagi kajian ini ialah kefahaman, persepsi pengetahuan

dan sikap guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi dalam pertanian

serta halangan yang dihadapi oleh guru pertanian semasa melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi di sekolah dan sumber

maklumat yang menjadi pilihan guru pertanian untuk mendapatkan maklumat

berkaitan dengan bioteknologi. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah

jantina, agama, bangsa, umur, kelulusan ikhtisas perguruan, kelulusan

akademik, opsyen pertanian, pengalaman mengajar dan mengikuti kursus

berkaitan bioteknologi pertanian. Perbincangan dalam bab ini adalah

berdasarkaan persoalan kajian.

4.2 Demografi Responden

Jadual 4.2.1 menunjukkan dapatan mengenai maklumat demografi responden

kajian. Jumlah responden kajian ialah 175 iaitu 79.55% daripada 220 sampel
69

kajian yang telah dipilih secara rawak. Sebanyak 109 (62.3%) responden dari

sekolah luar bandar dan 66 (37.7%) responden dari sekolah bandar. Responden

kajian terdiri daripada 109 (62.3%) lelaki dan 66 (37.7%) perempuan.

Kebanyakan responden kajian adalah berbangsa Melayu (80.6%) diikuti dengan

Pribumi (12.6%), Cina (5.7%) dan India (1.1% ). Mereka menganuti agama

Islam (83.4%), Kristian (9.7% ), Buddha (5.7%) dan Hindu (1.1%).

Kebanyakan responden berumur antara 31 hingga 40 tahun (52.6%) dan 41

hingga 50 tahun (34.9%). Min keseluruhan umur responden ialah 39.27

dengan sisihan piawai = 6.56.

Jadual 4.2.1. Maklumat Demografi Jantina, Bangsa, Agama dan Umur


Responden
Pembolehubah N (%)

Lokasi Sekolah
Luar bandar 109 62.3
Bandar 66 37.7
Jantina
Lelaki 109 62.3
Perempuan 66 37.7
Bangsa
Melayu 141 80.6
Cina 10 5.7
India 2 1.1
Pribumi 22 12.6
Agama
Islam 146 83.4
Kristian 17 9.7
Buddha 10 5.7
Hindu 2 1.1
Umur
< 30 tahun 15 8.6
31 hingga 40 tahun 90 52.6
41 hingga 50 tahun 60 34.9
> 51 tahun 7 4.0
70

Responden kajian yang mengajar mata pelajaran Sains Pertanian mendapatkan

kelulusan dengan pelbagai cara. Jadual 4.2.2 menunjukkan taburan kelulusan

ikhtisas perguruan dan akademik responden kajian. Kebanyakan responden

mempunyai kelulusan ikhtisas perguruan diploma pendidikan (33.7%), diikuti

bacelor pendidikan (29.7%) dan sijil perguruan (17.1%). Terdapat juga

responden kajian yang mempunyai lebih daripada satu kelulusan ikhtisas

perguruan.

Bagi kelayakan akademik, 150 (85.7%) responden kajian mempunyai bacelor,

15 (8.6%) diploma dan 10 (5.7%) master. Sebanyak 116 (66.3%) responden

kajian mengambil opsyen dalam bidang pertanian semasa mengikuti pengajian

akademik. Manakal 54 (30.5%) responden tidak mengambil opsyen pertanian.

Opsyen mereka ialah Kemahiran Hidup, Sains, Biologi, Pengajian Bahasa

Melayu/Tamil/Cina, Perniagaan Tani, Perhutanan, Landskap, Akuatik,

Multimedia, Kejuruteraan dan Geografi. Terdapat juga 5 (2.9%) responden

kajian tidak memberi maklum balas opsyen mereka. Setelah mengambil kira

opsyen responden semasa mengikuti latihan perguruan dan/atau semasa

mengikuti pengajian akademik dalam bidang pertanian, terdapat 131 (74.9%)

responden mempunyai opsyen pertanian. Terdapat 41 (23.4%) responden tidak

mempunyai opsyen pertanian dan opsyen mereka ialah Kemahiran Hidup,

Sains, Biologi, Pengajian Bahasa Melayu/Tamil/Cina, Perniagaan Tani,

Perhutanan, Landskap, Akuatik, Multimedia, Kejuruteraan dan Geografi.


71

Jadual 4.2.2. Kelulusan Responden Kajian

Kelulusan n (%)

Kelulusan Ikhtisas Perguruan


Sijil Perguruan 30 17.1
Diploma Pendidikan 59 33.7
Bacelor Pendidikan 52 29.7
Sijil Perguruan dan Diploma Pendidikan 3 1.7
Sijil Perguruan dan Bacelor Pendidikan 24 13.7
Diploma Pendidikan dan Bacelor 3 1.7
Pendidikan
Sijil Perguruan, Diploma Pendidikan dan 4 2.3
Bacelor Pendidikan
Opsyen Ikhtisas Perguruan
Pertanian 94 53.7
Bukan Pertanian 74 42.3
Tidak dinyatakan 7 4.0
Kelulusan Akademik
Diploma 15 8.6
Bacelor 150 85.7
Master 10 5.7
Opsyen Akademik
Pertanian 116 66.3
Bukan pertanian 54 30.9
Tidak dinyatakan 5 2.9
Opsyen Pertanian
Ya 131 74.9
Bukan 41 23.4
Tidak dinyatakan 3 1.7

Pengalaman mengajar responden kajian ditunjukkan dalam Jadual 4.2.3. Bagi

pengalaman mengajar Tingkatan Empat, kebanyakan guru mempunyai

pengalaman mengajar 1 hingga 3 tahun (30.9%). Min bagi pengalaman

mengajar Tingkatan Empat ialah 7.55 dengan sisihan piawai = 6.12. Manakala

bagi pengalaman mengajar Tingkatan Lima, kebanyakan guru mempunyai


72

pengalaman mengajar 1 hingga 3 tahun (32.6%). Min bagi pengalaman

mengajar Tingkatan Lima ialah 7.41 dengan sisihan piawai = 6.11.

Jadual 4.2.3. Pengalaman Mengajar

Pengalaman Mengajar n (%)

Tingkatan Empat
1 hingga 3 tahun 54 30.9
4 hingga 6 tahun 33 18.9
7 hingga 9 tahun 29 16.6
10 hingga 12 tahun 21 12.0
Lebih 13 tahun 31 18.0
Tidak mengajar Tingkatan Empat 7 4.0

Tingkatan Lima
1 hingga 3 tahun 57 32.6
4 hingga 6 tahun 37 21.1
7 hingga 9 tahun 23 13.1
10 hingga 12 tahun 23 13.1
Lebih 13 tahun 29 16.6
Tidak mengajar Tingkatan Lima 6 3.4

Jadual 4.2.4 menunjukkan kehadiran kursus yang berkaitan dengan

bioteknologi di kalangan responden kajian. Sebanyak 60 (34.3%) responden

melaporkan mereka telah menghadiri kursus manakala 115 (65.7%) responden

tidak pernah menghadiri kursus. Bagi yang telah menghadiri kursus,

kebanyakan responden (66.7%) menyatakan mereka pernah menghadiri kursus

sekurang-kurangnya sekali. Manakala 25.0% dan 8.3% responden

menyatakan yang mereka telah menghadiri dua kali dan tiga kali masing-

masing kursus yang berkaitan dengan bioteknologi. Jenis kursus yang


73

berkaitan dengan bioteknologi yang dihadiri oleh responden ialah pemprosesan

makanan (31.8%), pertanian persekitaran terkawal (18.8%), tisu kultur (17.6%),

penanaman cendawan (9.4%), pengenalan kepada bioteknologi pertanian

(8.2%), penghasilan kompos atau baja (8.2%) dan permanian beradas atau

persenyawaan luar haiwan (5.9%).

Jadual 4.2.4. Kehadiran Kursus

Kehadiran Kursus Mengenai Bioteknologi n (%)

Pernah menghadiri kursus 60 34.3


Tidak pernah menghadiri kursus 115 65.7

Bilangan kursus tentang bioteknologi yang dihadiri


Sekali 40 66.7
Dua kali 15 25.0
Tiga kali 5 8.3

Kursus bioteknologi yang pernah dihadiri


Pemprosesan makanan 27 31.8
Pertanian persekitaran terkawal/hidroponik/fertigasi 16 18.8
Tisu kultur 15 17.6
Penanaman cendawan 8 9.4
Pengenalan bioteknologi pertanian 7 8.2
Penghasilan kompos / baja 7 8.2
Haiwan - permanian beradas/persenyawaan luar 5 5.9

Untuk mengetahui bagaimanakah mata pelajaran Sains Pertanian ditawarkan di

sekolah menengah, responden juga telah diminta untuk menyatakan aliran

yang diikuti oleh pelajar yang mengambil mata pelajaran Sains Pertanian.

Jadual 4.2.5 menunjukan kebanyakan responden melaporkan pelajar mereka


74

mengikuti aliran Sastera (32.0%). Ini diikuti dengan aliran Sains Sosial

(16.6%), Teknikal (14.3%) dan Sains Tulin (11.4%). Terdapat juga responden

mengajar mata pelajaran Sains Pertanian di sekolah yang menawarkan mata

pelajaran tersebut kepada dua atau lebih aliran iaitu Sains Tulin dan Sains

Sosial (6.9%), Sains Sosial dan Sastera (5.1%), Sains Tulin dan Sastera (4.0%),

Sains Tulin, Sains Sosial dan Sastera (2.3%) serta aliran Sains Sosial dan

Teknikal (1.7%).

Jadual 4.2.5. Aliran yang Diikuti Oleh Pelajar

Aliran n (%)

Sastera 56 32.0
Sains Sosial 29 16.6
Teknikal 25 14.3
Sains Tulin 20 11.4
Sains Tulin dan Sains Sosial 12 6.9
Sains Sosial dan Sastera 9 5.1
Sains Tulin dan Sastera 7 4.0
Sains Tulin, Sains Sosial dan Sastera 4 2.3
Sains Sosial dan Teknikal 3 1.7
Lain-lain (Vokasional, Sains Sukan, Sains 10 5.7
Teknologi)

n = 175

4.3. Tahap Kefahaman Guru Pertanian Mengenai Penggunaan


Bioteknologi

Tahap kefahaman guru pertanian mengenai penggunaan bioteknologi diukur

berdasarkan soalan terbuka mengenai maksud bioteknologi dan contoh hasilan


75

bioteknologi serta penyataan mengenai aktiviti berkaitan dengan bioteknologi.

Jika responden tidak memberi maklum balas iaitu missing value, kajian ini

menganggap responden tersebut tidak pasti atau tidak faham mengenai

bioteknologi. Daripada jawapan soalan terbuka tersebut, penyelidik telah

mengkategorikan jawapan responden seperti dalam Jadual 4.3.1. Berdasarkan

maklum balas yang diterima, sebanyak 99 (56.6%) responden kajian

mendefinisikan bioteknologi sebagai aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan

dalam pemprosesan bahan oleh agen biologi untuk menghasilkan barang dan

perkhidmatan. Manakala 25 (14.3%) responden kajian mendefinisikan

bioteknologi sebagai penggunaan teknologi dalam pertanian untuk dapatkan

barangan dan perkhidmatan dan 19 (10.9%) responden kajian menyatakan

bioteknologi sebagai penggunaan mikro-organisma untuk menghasilkan sesuatu

produk. Terdapat 10 (15.7%) responden menyatakan bioteknologi sebagai

penggunaan teknologi dalam bidang biologi dan 8 (4.6%) responden

menyatakan bioteknologi sebagai aplikasi sains untuk penghasilan hasil dan

perkhidmatan. Selain itu, 6 (3.4%) responden memberi maklum balas yang

pelbagai selain daripada definisi yang dinyatakan di atas. Manakala 8 (4.6%)

responden tidak memberi maklum balas mengenai definisi bioteknologi.


76

Jadual 4.3.1. Maksud Bioteknologi

Bioteknologi adalah...... n (%)

aplikasi prinsip sains dan kejuruteraan dalam


pemprosesan bahan oleh agen biologi untuk 99 56.6
menghasilkan barang dan perkhidmatan
penggunaan teknologi dalam pertanian untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan 25 14.3
menggunakan mikro-organisma untuk menghasilkan
sesuatu produk 19 10.9
penggunan teknologi dalam bidang biologi 10 5.7
aplikasi sains untuk penghasilan hasil dan 8 4.6
perkhidmatan

Lain-lain 6 3.4

Tiada maklum balas – 8 (4.6%)

Seterusnya responden diminta untuk memberi contoh-contoh hasil penggunaan

bioteknologi yang mereka ketahui. Jadual 4.3.2 menunjukkan maklum balas

responden kajian mengenai contoh hasil daripada penggunaan bioteknologi.

Sebanyak 97 (55.4%) responden memberi contoh yang berkaitan dengan

pemprosesan makanan seperti penghasilan tempe, kicap, tempoyak, arak, dan

tapai. Selain itu, responden kajian memberi contoh seperti kultur tisu (9.1%),

penghasilan makanan terubah suai genetik (8.0%), penghasilan baja (6.9%),

penghasilan vaksin (3.4%), aktiviti berkaitan alam sekitar seperti bio remedasi

(3.4%), inokulasi rhizobium (3.4%), aktiviti yang berkaitan dengan kesihatan

seperti famasutikel dan ekstrak herba (2.3%), pengklonan (1.1%), permanian


77

beradas (0.6%), probiotik dalam makanan haiwan (0.6%) dan hidroponik

(0.6%). Manakala 9 (5.1%) orang responden kajian tidak memberi maklum

balas mengenai contoh hasil daripada penggunaan bioteknologi.

Jadual 4.3.2. Contoh Hasilan Bioteknologi

Maklum balas n (%)


Pemprosesan makanan (tempe, tahu, kicap dan cencaluk) 97 55.4
Kultur tisu 16 9.1
Makanan terubah suai genetik (GMO) 14 8.0
Penghasilan baja 12 6.9
Inokulasi rhizobium 6 3.4
Alam sekitar (bio remedasi, penguraian sampah) 6 3.4
Penghasilan vaksin 6 3.4
Kesihatan (famasutikal, ubatan, penghasilan 4 2.3
ubatanherba)
Pengklonan 2 1.1
Hidroponik 1 0.6
Haiwan - permanian beradas/persenyawaan luar 1 0.6
Probiotik dalam makanan haiwan 1 0.6
Tiada jawapan - 9 (5.15%)

Untuk mengetahui kefahaman responden tentang bioteknologi, mereka juga

telah diminta untuk mengenal pasti aktiviti berkaitan bioteknologi. Jadual

4.3.3 menunjukan taburan jawapan responden. Maklum balas ‘ya’ yang paling

tinggi diberikan kepada kenyataan membuat roti (92.6%) dan membuat

minuman keras (90.9%). Seterusnya ialah kenyataan menghasilkan organisma

transgenik untuk menghasilkan hormon manusia (88.0%), menghasilkan vaksin

untuk virus influenza (87.4%), penghasilan kultur tisu untuk menggantikan kulit
78

manusia (83.4%), pengklonan (82.9%) dan memindahkan gen dari satu

organisma kepada organisma lain (81.7%).

Manakala maklum balas ‘ya’ yang rendah mengenai aktiviti yang berkaitan

dengan bioteknologi oleh responden kajian ialah bagi kenyataan mengenal pasti

DNA bagi mayat manusia (45.1%), kajian melihat kesan tembakau kepada tikus

(44.6%) dan menghasilkan kaedah baru untuk mengenal pasti kanser payu dara

(34.0%). Maklum balas ‘tidak pasti’ yang tinggi oleh responden kajian ialah

bagi kenyataan mengenai mengesan penyakit genetik menggunakan teknik

molekular (23.4%), mengenal pasti DNA bagi mayat manusia (22.9%),

menghasilkan kaedah baru untuk mengenal pasti kanser payu dara (21.7%) dan

kajian melihat kesan tembakau kepada tikus (20.4%)


79

Jadual 4.3.3. Taburan Kefahaman Guru Pertanian Tentang Aktiviti


yang Berkaitan dengan Bioteknologi

Aktiviti Berkaitan Bioteknologi % % %


Ya Tidak TP
Membuat roti 92.6 5.7 1.7
Menghasilkan minuman keras 90.9 5.1 4.0
Menggunakan organisma transgenik 88.0 2.9 9.1
untuk menghasilkan hormon manusia
Menghasilkan vaksin untuk virus 87.4 4.0 8.6
influenza
Penghasilan kultur tisu untuk 83.4 8.6 8.0
penggantian kulit manusia
Pengklonan 82.9 8.6 8.6
Memindahkan gen dari satu organisma 81.7 8.6 9.7
kepada organisma lain
Menghasilkan hormon sintetik 79.4 10.3 10.3
Kaedah In-vitro fertilization (IVF) 74.3 8.6 17.2
Menghasilkan pokok yang tahan 72.0 19.4 8.5
kemarau menggunakan pembiakan
kacukan
Mengesan penyakit genetik 67.4 9.1 23.4
menggunakan teknik molekular
Immunisasi kanak-kanak menentang 62.9 24.0 13.1
demam campak
Menghasilkan ubatan untuk merawat 54.3 28.0 17.7
demam biasa
Mengenal pasti DNA bagi mayat 45.1 32.0 22.9
manusia
Kajian untuk melihat kesan tembakau 44.6 34.9 20.6
kepada tikus
Menghasilkan kaedah baru untuk 40.0 38.3 21.7
mengenal pasti kanser payu dara

TP = Tidak pasti

Maklum balas ‘tidak’ yang tinggi oleh responden kajian mengenai kenyataan

aktiviti yang berkaitan dengan bioteknologi ditunjukkan dalam Jadual 4.3.4.

Maklum balas ‘tidak’ yang tinggi bagi kenyataan mengumpul maklumat bagi
80

penyakit kanser (74.9%), pemindahan darah (73.1%), menggunakan soal selidik

untuk mengenal pasti perkaitan di antara gaya hidup dan penyakit alzemar

(73.1%), pemindahan buah pinggang (72.6%), menggunakan X-ray untuk

mengenal pasti penyakit (69.7%) dan menghasilkan hati dan jantung palsu

(54.3%). Manakala maklum balas ‘tidak’ yang rendah oleh responden kajian

ialah bagi kenyataan menghasilkan salah silah keluarga untuk melihat corak gen

keturunan (42.9%).

Maklum balas ‘tidak pasti’ yang tinggi oleh responden kajian ialah bagi

kenyataan menghasilkan hati dan jantung palsu (24.0%), menghasilkan salah

silah keluarga untuk melihat corak gen keturunan (21.6% ), menggunakan soal

selidik untuk mengenal pasti perkaitan di antara gaya hidup penyakit alzemar

(21.6% ) dan menggunakan X-ray untuk mengenal pasti penyakit (20.0%).

Jadual 4.3.4. Maklum balas ‘Tidak’ Yang Tinggi bagi Penyataan


Mengenai Aktiviti Berkaitan dengan Bioteknologi

Aktiviti Berkaitan Bioteknologi % % %


Ya Tidak TP
Mengumpulkan maklumat bilangan pesakit kanser 8.6 74.9 16.6
Pemindahan darah 10.9 73.1 15.0
Menggunakan soal selidik untuk mengenal pasti 6.4 73.1 20.6
perkaitan di antara gaya hidup dan penyakit alzemar
Pemindahan buah pinggang 11.4 72.6 16.0
Menggunakan X-ray untuk mengenal pasti penyakit 10.3 69.7 20.0
Menghasilkan hati atau jantung palsu 21.7 54.3 24.0
Menghasilkan salah silah keluarga untuk melihat 36.6 42.9 20.6
corak gen keturunan
TP = Tidak pasti
81

4.4 Persepsi Pengetahuan Guru Pertanian Mengenai Topik


Bioteknologi Dalam Pertanian.

Jadual 4.4.1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi persepsi pengetahuan

guru mengenai topik bioteknologi dalam pertanian. Responden melaporkan

yang mereka berpengetahuan dalam topik hidroponik (Min = 3.70, SP = 0.83),

pengertian pertanian persekitaran terkawal (Min = 3.69, SP = 0.84) serta

pengertian dan kepentingan bioteknologi dalam pertanian (Min = 3.63, SP =

0.80). Responden pula melaporkan mereka mempunyai tahap pengetahuan

pada tahap sederhana bagi topik bioteknologi dalam pemprosesan makanan

(Min = 3.42, SP = 0.88), permanian beradas (Min = 3.18, SP = 1.02),

fermentasi (Min = 3.14, SP = 1.15), inokulasi rhizobium (Min = 3.11, SP =

1.06), penanaman cendawan (Min = 3.03, SP = 1.09), kultur tisu (Min = 2.85,

SP = 1.01), tumbuhan hibrid (Min = 2.74, SP = 1.03), pemindahan embrio (Min

= 2.65, SP = 1.14), kepentingan kejuruteraan genetik (Min = 2.65, SP = 1.09)

dan persenyawaan luar (Min = 2.56, SP = 1.08). Min pengetahuan pada tahap

sedikit berpengetahuan didapati bagi topik, aplikasi kejuruteraan genetik (Min =

2.46, SP = 1.11), mikro-organisma dalam akuakultur (Min = 2.34, SP = 0.98)

dan min skor yang paling rendah ialah diberikan kepada topik bio remedasi

(Min = 1.69, SP = 0.86). Min keseluruhan tahap pengetahuan responden

kajian mengenai bioteknologi ialah 2.58 dengan sisihan piawai = 0.75. Ini

bermakna tahap pengetahuan responden mengenai topik bioteknologi dalam

pertanian adalah pada tahap sederhana.


82

Jadual 4.4.1 Min dan Sisihan Piawai Persepsi Pengetahuan Guru


Pertanian Mengenai Topik Bioteknologi dalam Pertanian

Topik Min* SP

Hidroponik 3.70 0.83


Pengertian pertanian persekitaran terkawal 3.69 0.84
Pengertian dan kepentingan bioteknologi dalam 3.63 0.80
pertanian
Bioteknologi dalam pemprosesan makanan 3.42 0.88
Permanian beradas 3.18 1.02
Fermentasi 3.14 1.15
Inokulasi rhizobium 3.11 1.06
Kerjaya dalam bidang bioteknologi 3.07 0.98
Penanaman cendawan 3.03 1.09
Kultur tisu 2.85 1.01
Tumbuhan hibrid 2.74 1.03
Kepentingan kejuruteraan genetik 2.65 1.09
Pemindahan embrio 2.65 1.12
Persenyawaan luar 2.56 1.08
Aplikasi kejuruteraan genetik 2.46 1.10
Mikro-organisma dalam akuakultur 2.34 0.98
Kejuruteraan genetik 2.33 1.05
Tumbuhan transgenik 2.32 1.02
Etika dalam teknologi kejuruteraan genetik 2.28 1.06
Pengklonan haiwan 2.21 1.02
Hormon tumbesaran 2.21 1.06
Mikro-organisma transgenik 2.17 1.04
Haiwan transgenik 2.17 1.00
Makanan terubah suai genetik 2.11 1.03
Manipulasi gen 2.06 1.02
Mutasi melalui iradiasi 2.03 1.07
Rekombinasi DNA 1.99 1.00
Teknologi diagnostik 1.83 0.92
Genom manusia 1.75 0.91
Bio remedasi 1.69 0.86

* 1 = Tiada pengetahuan, 2 = Berpengetahuan sedikit, 3 = Sederhana,


4 = Berpengetahuan, 5 = Sangat berpengetahuan
83

4.5 Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi Dalam


Pertanian

Jadual min dan sisihan piawai bagi sikap responden kajian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian ditunjukkan dalam Jadual 4.5.1. Responden

kajian sangat setuju 3 daripada 32 penyataan tentang sikap terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Mereka sangat setuju kepada

penyataan penggunaan bioteknologi untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar

adalah perlu digalakkan (Min = 4.63, SP = 0.58), mengubah suai gen tanaman

seperti kelapa sawit supaya dapat menghasilkan lebih banyak minyak perlu

diberi sokongan (Min = 4.54, SP = 0.70) dan bioteknologi pertanian dapat

menghasilkan tumbuhan yang resistan kepada serangga perosak (Min = 4.51,

SP = 0.56).

Selain itu, responden kajian setuju 17 daripada 32 penyataan tentang sikap

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Mereka setuju bahawa

bioteknologi pertanian dapat membantu untuk memastikan bekalan makanan

masa depan mencukupi (Min = 4.46, SP = 0.58), penggunaan kejuruteraan

genetik untuk menghasilkan tanaman makanan perlu dijalankan dengan meluas

(Min = 4.42, SP = 0.71), penggunaan bioteknologi untuk menghasilkan vaksin

bagi manusia perlu diberi sokongan (Min = 4.40, SP = 0.62), menghasilkan

haiwan yang tahan penyakit (Min = 4.39, SP = 0.54), menghasilkan sebatian

yang dapat meningkatkan kualiti telur (Min = 4.20, SP = 0.69), mengubah suai
84

gen buah-buahan untuk membaiki rasanya adalah idea yang baik (Min = 4.21,

SP = 0.83) dan penggunaan bakteria semasa proses penternakan ikan air tawar

untuk menghilangkan bau hanyir ikan patut di lakukan secara meluas (Min =

4.18, SP = 0.78).

Namun begitu, responden kajian tidak pasti bioteknologi pertanian dapat

mempengaruhi biodiversiti yang sedia ada (Min = 3.39, SP = 0.93), melibatkan

masalah etika yang serius (Min = 3.27, SP = 1.04), dapat menghasilkan

tanaman yang lambat masak (Min = 3.16, SP = 1.23), mendatangkan risiko

kepada ekologi sebab tumbuhan transgenik akan membuat kacukan dengan

tumbuhan lain (Min = 3.12, SP = 1.01) dan memberi alahan kepada pengguna

(Min = 3.01, SP = 1.03). Selain itu, mereka juga tidak pasti mengubah suai

gen haiwan ternakan sepatutnya diharamkan oleh undang-undang (Min = 3.01,

SP = 1.08), mengklon haiwan ternakan adalah salah dari segi moral (Min =

3.00, SP = 1.25), tidak akan memakan roti yang menggunakan yis yang telah

terubah suai genetik (Min = 2.63, SP = 1.02), kita tidak sepatutnya mengubah

suai gen tomato untuk menjadi lambat masak (Min = 2.57, SP = 1.04) dan

penggunaan kejuruteraan genetik ke atas haiwan ternakan adalah salah dari

segi moral (Min = 2.55, SP = 1.00).

Responden kajian tidak setuju dengan penyataan tidak akan memakan buah

yang telah terubah suai genetiknya (Min = 2.42, SP = 0.95). Ini bermaksud

responden kajian sanggup untuk memakan buah yang telah terubah suai
85

genetiknya. Selain itu, mereka tidak bersetuju dengan pernyataan bahawa

mengklon tumbuhan adalah salah dari segi moral (Min = 2.06, SP = 0.84).

Oleh itu, responden kajian menganggap mengklon tumbuhan adalah tidak

salah dari segi moral.

Jadual 4.5.1. Min dan Sisihan Piawai Sikap Guru Pertanian Terhadap
Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian

Penyataan Min* SP

Penggunaan bioteknologi untuk tujuan pemeliharaan alam sekitar 4.63 0.58


adalah perlu digalakkan
Mengubah suai gen tanaman seperti kelapa sawit supaya dapat 4.54 0.70
menghasilkan lebih banyak minyak perlu diberi sokongan
Menghasilkan tumbuhan yang resistan kepada serangga perosak 4.51 0.56
Membantu untuk memastikan bekalan makanan masa depan 4.46 0.58
mencukupi
Penggunaan kejuruteraan genetik untuk menghasilkan tanaman 4.42 0.71
makanan perlu dijalankan dengan meluas
Penggunaan bioteknologi untuk menghasilkan vaksin bagi manusia 4.40 0.62
perlu diberi sokongan
Menghasilkan haiwan yang tahan kepada penyakit 4.39 0.54
Mengubah suai gen buah-buahan untuk membaiki rasanya adalah 4.21 0.83
idea yang baik
Menghasilkan sebatian yang meningkatkan kualiti telur 4.20 0.62
Menghasilkan sebatian yang meningkatkan tumbesaran haiwan 4.18 0.70
ternakan
Penggunaan bakteria semasa proses penternakan ikan air tawar untuk 4.18 0.78
menghilangkan bau hanyir ikan patut di lakukan secara meluas
Menghasilkan sebatian yang meningkatkan kualiti daging 4.15 0.69
Menyokong penggunaan bioteknologi kepada lembu daging supaya 4.11 0.82
dagingnya lebih berkhasiat untuk dimakan
Menghasilkan tumbuhan yang resistan kepada kemarau 4.09 0.85
Menghasilkan makanan untuk mencepatkan pertumbuhan ikan 4.03 0.84
Menghasilkan bahan perasa makanan 3.77 0.87
Akan membeli buah-buahan yang telah terubah suai genetiknya 3.72 0.91
Bersambung
86

Sambungan Jadual 4.5.1.

Penyataan Min* SP

Menghasilkan bahan pewarna untuk makanan 3.58 0.98


Akan memakan ikan air tawar yang menggunakan bakteria 3.46 0.93
semasa proses penternakan
Mempengaruhi biodiversiti yang sedia ada 3.39 0.93
Melibatkan masalah-masalah etika yang serius 3.27 1.04
Menghasilkan tanaman makanan yang lambat masak 3.16 1.23
Mendatangkan risiko kepada ekologi sebab tumbuhan transgenik 3.12 1.01
akan membuat kacukan dengan tumbuhan semulajadi
Memberi masalah alahan kepada pengguna 3.01 1.03
Mengubah suai gen haiwan ternakan sepatutnya diharamkan oleh 3.01 1.08
undang-undang
Mengklon haiwan ternakan adalah salah dari segi moral 3.00 1.25
Tidak akan memakan roti yang menggunakan yis yang telah 2.63 1.02
terubah suai genetik
Kita tidak sepatutnya mengubah suai gen tomato untuk menjadi 2.57 1.04
lambat masak
Penggunaan kejuruteraan genetik ke atas haiwan ternakan adalah 2.55 0.99
salah dari segi moral
Tidak akan memakan buah yang telah terubah suai genetiknya 2.42 0.95
Mengklon tumbuhan adalah salah dari segi moral 2.06 0.84

*1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Tidak pasti, 4 = setuju, 5 = Sangat setuju
Min = 3.78 SP = 0.39

Jadual 4.5.2 menunjukan taburan keseluruhan tahap sikap guru pertanian

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian berdasarkan petunjuk tahap

sikap iaitu 113 hingga 160 adalah bersetuju, 81 hingga 112 adalah tidak pasti

dan 32 hingga 80 adalah tidak bersetuju. Kajian mendapati sebanyak 132


87

(75.4%) responden kajian setuju penggunaan bioteknologi dalam pertanian, 41

(23.4%) responden tidak pasti akan penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Manakala 2 (1.1%) responden kajian tidak bersetuju mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Oleh itu responden kajian mempunyai sikap

yang positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

Jadual 4.5.2 Taburan Tahap Sikap Guru Pertanian Terhadap


Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian

Skor Tahap Sikap n %

113 hingga 160 Setuju 132 75.4


81 hingga 112 Tidak pasti 41 23.4
32 hingga 80 Tidak setuju 2 1.1

Nota: Skor paling paling tinggi = 152, Skor paling rendah = 66

4.6 Halangan yang Dihadapi oleh Guru Pertanian Semasa


Melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Bioteknologi
Pertanian di Sekolah

Jadual 4.6.1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi halangan yang dihadapi

oleh guru pertanian semasa melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi di sekolah. Min halangan perlaksanaan topik bioteknologi di

sekolah, berada di tahap menghalang ialah bagi penyataan peralatan makmal

atau bengkel tidak mencukupi (Min = 3.12, SP = 0.94), ketiadaan pembantu

makmal atau bengkel Sains Pertanian (Min = 3.06, SP = 0.98) dan peruntukan
88

kewangan untuk setiap pelajar mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian

Agroteknologi tidak mencukupi (Min = 3.07, SP = 0.96). Min keseluruhan

halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi ialah

2.55 dengan sisihan piawai = 0.55. Ini bermaksud halangan perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi adalah di tahap menghalang.

Jadual 4.6.1. Min dan Sisihan Piawai bagi Halangan Perlaksanaan


Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi

Penyataan Min* SP

Peralatan bengkel/makmal tidak mencukupi 3.12 0.94


Peruntukan kewangan untuk setiap pelajar Sains Pertanian/ 3.07 0.96
Pengajian Agroteknologi tidak mencukupi
Ketiadaan pembantu bengkel Sains Pertanian 3.06 0.98
Ketiadaan bengkel/makmal 2.99 1.08
Kebolehan akademik pelajar yang rendah 2.94 0.99
Bebanan tugasan lain 2.89 1.01
Kekurangan bahan bantu mengajar 2.89 0.89
Pembantu makmal/bengkel kurang berkemahiran 2.81 0.98
Sikap pelajar 2.65 0.96
Kandungan topik bioteknologi dalam buku teks tidak 2.55 0.92
mencukupi
Masa yang diperuntukkan untuk mengajar topik bioteknologi 2.49 0.83
tidak mencukupi
Tahap pengetahuan guru 2.41 0.85
Bilangan murid yang ramai dalam kelas 2.35 1.01
Kesesuaian masa jadual waktu 2.26 0.97
Kurang kerjasama pentadbiran sekolah 2.21 0.97
Keluasan makmal/bengkel 2.09 1.02
Kurang sokongan ibu bapa 2.08 0.96
Keluasan bilik darjah 1.89 0.96
Kurang kerjasama daripada guru kaunseling kerjaya sekolah 1.89 0.95
* 1 = Tidak menghalang, 2 = Sedikit menghalang, 3 = Menghalang, 4 = Sangat menghalang
89

4.7 Perbezaan yang Wujud Antara Pembolehubah Demografi Guru


Pertanian dengan Persepsi Pengetahuan Mereka Mengenai
Penggunaan Bioteknologi dalam Pertanian

Bagi menentukan perbezaan persepsi pengetahuan responden kajian mengikut

jantina, agama, kelulusan ikhtisas perguruan, opsyen, lokasi sekolah dan

mengikuti kursus berkaitan bioteknologi, independent - sampel t- test telah

digunakan. Manakala analisis varians satu hala (ANOVA) digunakan untuk

menentukan perbezaan persepsi pengetahuan responden berdasarkan bangsa,

umur, kelulusan akademik, dan pengalaman mengajar. Aras keyakinan bagi

kedua-dua analisis ditetapkan pada .05. Pembolehubah bangsa responden

dikelompokkan kepada Melayu, bukan Melayu dan Pribumi manakala bagi

pembolehubah agama, responden dikelompokan kepada Islam dan bukan Islam.

Opsyen pertanian diambil kira jika responden kajian pernah mengikuti opsyen

Sains Pertanian semasa latihan perguruan atau major pertanian sama ada

semasa mengikuti pengajian diploma, bacelor atau master.

Jadual 4.7.1 menunjukkan keputusan analisis independent- sampel t- test yang

telah dijalankan. Keputusan ujian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan

secara statistik dalam skor min persepsi pengetahuan bagi pembolehubah

menghadiri kursus bioteknologi dimana responden yang telah menghadiri

kursus mempunyai skor min persepsi pengetahuan lebih tinggi (Min = 2.81, SP

= 0.75) jika dibandingkan dengan responden yang tidak menghadiri kursus

(Min = 2.46, SP = 0.73, t(173) = 2.982, p < .05). Namun begitu, keputusan
90

ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor min

persepsi pengetahuan bagi pembolehubah lokasi sekolah antara responden dari

luar bandar (Min = 2.53, SP = 0.76) dan responden dari bandar (Min = 2.61, SP

= 0.75, t(173) = -.725, p > .05). Keputusan ujian juga menunjukkan tidak

terdapat perbezaan signifikan dalam skor min persepsi pengetahuan bagi

pembolehubah jantina antara responden lelaki (Min = 2.54, SP = 0.31) dan

responden perempuan (Min = 2.64, SP = 0.33, t(173) = -.893, p > .05).

Begitu juga pembolehubah agama, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam

skor min persepsi pengetahuan bagi antara responden Islam (Min = 2.57, SP =

0.31) dan responden bukan Islam (Min = 2.65, SP = 0.37, t(173) = -.568, p >

.05). Keputusan ujian mendapati tidak terdapat perbezaan signifikan dalam

skor min persepsi pengetahuan bagi pembolehubah kelulusan ikhtisas

perguruan antara responden yang mempunyai kelulusan Bacelor Pendidikan

Sains Pertanian (Min = 2.55, SP = 0.67) dan responden yang mempunyai

kelulusan sijil/diploma pendidikan dan bacelor selain daripada Bacelor

Pendidikan Sains Pertanian (Min = 2.60, SP = 0.80, t(173) = -.438, p > .05).

Keputusan ujian juga mendapati, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor

min persepsi pengetahuan bagi pembolehubah opsyen antara responden yang

mempunyai opsyen pertanian (Min = 2.57, SP = 0.72) dan responden bukan

pertanian (Min = 2.62, SP = 0.87, t(173) = -.406, p > .05).


91

Jadual 4.7.1 Keputusan Independent – sampel t- test bagi Persepsi


Pengetahuan Responden Mengikut Pembolehubah
Demografi

Perspesi Pengetahuan Berdasarkan n Min SP Nilai – t p


Pembolehubah Tidak Bersandar

Lokasi Sekolah -.725 .469


Luar Bandar 109 2.53 0.76
Bandar 66 2.61 0.75
Jantina -.893 .373
Lelaki 109 2.54 0.31
Perempuan 66 2.64 0.33
Agama -.548 .584
Islam 146 2.57 0.31
Bukan Islam 29 2.65 0.37
Kelulusan Ikhtisas Perguruan -.438 .662
Bacelor Pendidikan Sains Pertanian 64 2.55 0.67
Sijil/Diploma Pendidikan dan Bacelor 111 2.60 0.80
Opsyen -.406 .686
Pertanian 131 2.57 0.72
Bukan pertanian 41 2.62 0.87
Menghadiri kursus 2.982 .003*
Ya 60 2.81 0.75
Tidak 115 2.46 0.73

p≤ .05 SP = Sisihan piawai df = 173

Jadual 4.7.2 menunjukkan keputusan analisis ANOVA bagi persepsi

pengetahuan responden berdasarkan bangsa, umur, kelulusan akademik dan

pengalaman mengajar. Keputusan ANOVA menunjukkan tidak terdapat

perbezaan signifikan secara statistik pada paras p < .05 bagi skor min persepsi

pengetahuan berdasarkan bangsa (F(2, 172) = .413, p = .662), umur (F(3, 171)

= 1.183, p = .318), kelulusan akademik (F(2, 172) = 3.03, p = .051),


92

pengalaman mengajar Tingkatan 4 (F(4, 170) = 2.330, p = .058) dan

pengalaman mengajar Tingkatan 5 (F(4, 170) = 2.401, p = .052).

Jadual 4.7.2. Keputusan ANOVA bagi Persepsi Pengetahuan


RespondenMengikut Pembolehubah Demografi

Persepsi Pengetahuan Berdasarkan


Pembolehubah Tidak Bersandar n Min SP df F p

Bangsa 2 .413 .662


Melayu 141 2.58 0.77
Bukan Melayu 12 2.75 0.80
Peribumi 22 2.51 0.64
Umur 3 1.183 .318
< 30 tahun 15 2.86 0.80
31 hingga 40 tahun 92 2.52 0.73
41 hingga 50 tahun 61 2.63 0.77
> 51 tahun 7 2.36 0.77
Kelulusan akademik 2 3.03 .051
Diploma 15 2.14 0.82
Bacelor 150 2.61 0.71
Master 10 2.75 1.09
Pengalaman mengajar Tingkatan 4 4 2.330 .058
1 hingga 3 tahun 54 2.51 0.76
4 hingga 6 tahun 33 2.59 0.77
7 hingga 9 tahun 29 2,64 0.78
10 hingga 12 tahun 21 2.52 0.57
Lebih 13 tahun 31 2.85 0.72
Pengalaman mengajar Tingkatan 5 4 2.401 .052
1 hingga 3 tahun 57 2.47 0.81
4 hingga 6 tahun 37 2.59 0.78
7 hingga 9 tahun 23 2.67 0.72
10 hingga 12 tahun 23 2.65 0.74
Lebih 13 tahun 29 2.77 0.63

p≤ .05 SP = Sisihan piawai


93

4.8 Perbezaan yang Wujud antara Pembolehubah Demografi Guru


Pertanian dengan Sikap Mereka Mengenai Penggunaan
Bioteknologi dalam Pertanian

Bagi menentukan perbezaan sikap responden kajian mengikut lokasi sekolah,

jantina, agama, kelulusan ikhtisas perguruan, opsyen responden dan mengikuti

kursus berkaitan bioteknologi, independent – sampel t- test telah digunakan.

Manakala analisis varians satu hala (ANOVA) digunakan untuk menentukan

perbezaan sikap responden berdasarkan bangsa, kelulusan akademik, umur dan

pengalaman mengajar. Aras keyakinan bagi kedua-dua analisis ditetapkan

pada .05. Jadual 4.8.1 menunjukkan keputusan analisis independent – sampel t-

test yang telah dijalankan. Keputusan ujian menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan secara statistik dalam skor min sikap bagi pembolehubah jantina

dimana responden lelaki mempunyai skor min sikap lebih tinggi (Min = 3.83,

SP = 0.39) jika dibandingkan dengan responden perempuan (Min = 3.69, SP =

0.36, t(173) = 2.407, p < .05).

Namun begitu, keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan

signifikan dalam skor min sikap bagi pembolehubah lokasi sekolah antara

responden dari luar bandar (Min = 3.79, SP = 0.33) dan responden dari bandar

(Min = 3.76, SP = 0.42, t(173) = -.460, p > .05). Begitu juga pembolehubah

agama, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor min sikap bagi antara

responden Islam (Min = 3.78, SP = 0.39) dan responden bukan Islam (Min =
94

3.77, SP = 0.37, t(173) = .135, p > .05). Keputusan ujian juga menunjukkan

tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor min sikap bagi pembolehubah

kelulusan ikhtisas perguruan iaitu, antara responden yang mempunyai

kelulusan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (Min = 3.87, SP = 0.67) dan

responden mempunyai sijil/diploma pendidikan dan bacelor selain daripada

Bacelor Pendidikan Sains Pertanian (Min = 3.75, SP = 0.80, t(173) = 1.233, p >

.05).

Ujian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor min

sikap bagi pembolehubah opsyen responden iaitu, antara responden yang

mempunyai opsyen pertanian (Min = 3.81, SP = 0.39) dan responden yang

bukan opsyen pertanian (Min = 3.69, SP = 0.38, t(173) = 1.838, p > .05).

Selain itu, ujian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan dalam

skor min sikap bagi pembolehubah menghadiri kursus berkaitan bioteknologi

iaitu, antara responden yang menghadiri kursus (Min = 3.76, SP = 0.31) dan

responden yang tidak menghadiri kursus (Min = 3.79, SP = 0.42, t(173) = -.508,

p > .05).
95

Jadual 4.8.1. Keputusan Independent – sampel t- test bagi Sikap


RespondenMengikut Pembolehubah Demografi
Sikap Berdasarkan Pembolehubah
Tidak Bersandar n Min SP Nilai – t p

Lokasi Sekolah -.460 .646


Luar bandar 109 3.79 0.33
Bandar 66 3.76 0.42
Jantina 2.407 .017*
Lelaki 109 3.83 0.39
Perempuan 66 3.69 0.36
Agama .135 .893
Islam 146 3.78 0.39
Bukan Islam 29 3.77 0.37
Kelulusan Ikhtisas Perguruan 1.233 .219
Bacelor Pendidikan Sains Pertanian 64 3.83 0.67
Sijil/Diploma Pendidikan dan Bacelor 111 3.75 0.80
Opsyen Responden 1.838 .068
Pertanian 131 3.81 0.38
Bukan pertanian 41 3.69 0.39
Menghadiri kursus -.508 .612
Ya 60 3.76 0.31
Tidak 115 3.79 0.42
p ≤ .05 SP = Sisihan piawai df = 173

Jadual 4.8.2 menunjukkan keputusan analisis ANOVA bagi sikap responden

berdasarkan bangsa, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.

Keputusan ANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan secara

statistik pada paras p < .05 bagi skor min sikap berdasarkan bangsa (F(2, 172) =

.243, p = .784), umur (F(3, 171) = 1.005, p = .392), kelulusan akademik (F(2,

172) = 2.306, p = .103), pengalaman mengajar Tingkatan Empat (F(4,170) =

.922, p = .452) dan pengalaman mengajar Tingkatan Lima (F(4, 170) = .627, p

= .644).
96

Jadual 4.8.2 Keputusan ANOVA bagi Sikap Responden


MengikutPembolehubah Demografi

Sikap Berdasarkan
Pembolehubah Tidak n Min SP df F p
Bersandar
Bangsa 2 .243 .784
Melayu 141 3.79 0.40
Bukan Melayu 92 3.72 0.40
Peribumi 22 3.82 0.33
Umur 3 1.005 .392
< 30 tahun 15 3.70 0.30
31 hingga 40 tahun 92 3.82 0.42
41 hingga 50 tahun 61 3.75 0.33
> 51 tahun 7 3.66 0.56
Kelulusan akademik 2 2.306 .103
Diploma 15 3.64 0.38
Bacelor 150 3.81 0.37
Master 10 3.61 0.59
Pengalaman mengajar Tingkatan 4 .922 .452
Empat
1 hingga 3 tahun 54 3.74 0.40
4 hingga 6 tahun 33 3.76 0.40
7 hingga 9 tahun 29 3.90 0.40
10 hingga 12 tahun 21 3.74 0.40
Lebih 13 tahun 31 3.79 0.34
Pengalaman mengajar Tingkatan 4 .627 .644
Lima
1 hingga 3 tahun 57 3.75 0.41
4 hingga 6 tahun 37 3.79 0.40
7 hingga 9 tahun 23 3.89 0.40
10 hingga 12 tahun 23 3.75 0.39
Lebih 13 tahun 29 3.79 0.35
p≤ .05 SP = Sisihan piawai
97

4.9 Perbezaan yang Wujud antara Pembolehubah Demografi Guru


Pertanian dengan Halangan Perlaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Topik Bioteknologi

Bagi menentukan perbezaan halangan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran topik bioteknologi responden kajian mengikut lokasi sekolah,

jantina, agama, kelulusan ikhtisas perguruan, opsyen responden dan mengikuti

kursus berkaitan bioteknologi, independent – sampel t- test telah digunakan.

Manakala analisis varians satu hala (ANOVA) digunakan untuk menentukan

perbezaan sikap responden berdasarkan kelulusan akademik, bangsa, umur dan

pengalaman mengajar. Aras keyakinan bagi kedua-dua analisis ditetapkan pada

.05.

Jadual 4.9.1 menunjukkan keputusan analisis independent – sampel t- test yang

telah dijalankan. Keputusan ujian menunjukkan terdapat perbezaan signifikan

secara statistik dalam skor min halangan perlaksanaan pengajaran dan

pembelajaran topik bioteknologi bagi pembolehubah opsyen responden dimana

responden yang bukan opsyen pertanian mempunyai skor min halangan

perlaksanaan lebih tinggi (Min = 2.71, SP = 0.51) jika dibandingkan dengan

responden yang mempunyai opsyen pertanian (Min = 2.51, SP = 0.56, t(173) =

-2.024, p < .05). Keputusan ujian juga menunjukkan terdapat perbezaan

signifikan secara statistik dalam skor min halangan perlaksanaan pengajaran

dan pembelajaran topik bioteknologi bagi pembolehubah menghadiri kursus

yang berkaitan dengan bioteknologi dimana responden tidak menghadiri kursus


98

mempunyai skor min halangan perlaksanaan lebih tinggi (Min = 2.61, SP =

0.53) jika dibandingkan dengan responden yang menghadiri kursus (Min =

2.44, SP = 0.57, t(173) = -2.053, p < .05).

Namun, keputusan ujian menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan

dalam skor min halangan perlaksanaan bagi pembolehubah lokasi sekolah

antara responden dari sekolah luar bandar (Min = 2.57, SP = 0.55) dan

responden dari sekolah bandar (Min = 2.52, SP = 0.55, t(173) = -.556, p > .05)

dan pembolehubah jantina antara responden lelaki (Min = 2.56, SP = 0.52) dan

responden perempuan (Min = 2.54, SP = 0.59, t(173) = .186, p > .05). Begitu

juga pembolehubah agama, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam skor min

halangan perlaksanaan antara responden Islam (Min = 2.53, SP = 0.55) dan

responden bukan Islam (Min = 2.65, SP = 0.54, t(173) = -1.060, p > .05).

Keputusan ujian juga mendapati, tidak terdapat perbezaan signifikan dalam

skor min halangan perlaksanaan bagi pembolehubah kelulusan perguruan antara

responden yang mempunyai kelulusan Bacelor Pendidikan Sains Pertanian

(Min = 2.56, SP = 0.55) dan responden yang mempunyai kelulusan

sijil/diploma pendidikan dan bacelor selain Bacelor Pendidikan Sains Pertanian

(Min = 2.55, SP = 0.55, t(173) = .038, p > .05).


99

Jadual 4.9.1. Keputusan Independent – sampel t- test bagi Halangan


Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi

Halangan Perlaksanaan Berdasarkan n Min SP Nilai – t p


Pembolehubah Tidak Bersandar

Lokasi sekolah -.556 .579


Luar bandar 109 2.57 0.55
Bandar 66 2.52 0.55
Jantina .186 .853
Lelaki 109 2.56 0.52
Perempuan 66 2.54 0.59
Agama -1.060 .288
Islam 146 2.53 0.55
Bukan Islam 29 2.65 0.54
Kelulusan Perguruan .038 .970
Bacelor Pendidikan Sains Pertanian 64 2.56 0.55
Sijil/Diploma Pendidikan dan Bacelor 111 2.55 0.55
Opsyen Responden -2.024 .045*
Pertanian 131 2.51 0.56
Bukan pertanian 41 2.71 0.51
Menghadiri kursus -2.053 .042*
Ya 60 2.44 0.57
Tidak 115 2.61 0.53

p≤ .05 SP = Sisishan piawai df = 173

Jadual 4.9.2 menunjukkan keputusan analisis ANOVA bagi halangan

perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi responden

berdasarkan bangsa, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.

Keputusan ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan signifikan secara statistik

pada paras p < .05 berdasarkan skor min halangan perlaksanaan pengajaran bagi

pembolehubah bangsa (F(2, 172) = 3.091, p = .048) dimana min Pribumi lebih
100

tinggi (Min = 2.82, SP = 0.55) diikuti oleh bukan Melayu (Min = 2.54, SP =

0.71) dan Melayu (Min = 2.51, SP = 0.38). Namuan, keputusan ANOVA

menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan secara statistik pada paras p <

.05 berdasarkan skor min halangan perlaksanaan pengajaran bagi

pembolehubah umur (F(3, 171) = 1.163, p = .325), kelulusan akademik (F(2,

172) = .689, p = .503), pengalaman mengajar Tingkatan Empat (F(4,170) =

1.586, p = .181) dan pengalaman mengajar Tingkatan Lima (F(4, 170) = .274,

p = .894).

Jadual 4.9.2 Keputusan ANOVA bagi Halangan Perlaksanaan


Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi
Halangan Perlaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran n Min SP df F p
Berdasarkan
Pembolehubah Tidak
Bersandar
Bangsa 2 3.091 .048*
Melayu 141 2.51 0.55
Bukan Melayu 92 2.54 0.71
Peribumi 22 2.82 0.38
Umur 3 1.163 .325
< 30 tahun 15 2.32 0.52
31 hingga 40 tahun 92 2.66 0.55
41 hingga 50 tahun 61 2.54 0.53
> 51 tahun 7 2.51 0.81
Kelulusan akademik 2 .689 .503
Diploma 15 2.51 0.65
Bacelor 150 2.57 0.55
Master 10 2.37 0.45
Pengalaman mengajar Tingkatan 4 1.586 .181
Empat
1 hingga 3 tahun 54 2.49 0.53
4 hingga 6 tahun 33 2.73 0.60
7 hingga 9 tahun 29 2.42 0.56
10 hingga 12 tahun 21 2.59 0.50
Lebih 13 tahun 31 2.56 0.50

Bersambung
101

Sambungan Jadual 4.9.2

Halangan Perlaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran n Min SP df F p
Berdasarkan
Pembolehubah Tidak Bersandar
Pengalaman mengajar Tingkatan 4 .274 .894
Lima
1 hingga 3 tahun 57 2.51 0.59
4 hingga 6 tahun 37 2.62 0.59
7 hingga 9 tahun 23 2.51 0.55
10 hingga 12 tahun 23 2.60 0.48
Lebih 13 tahun 29 2.55 0.52
p≤ .05 SP = Sisishan piawai

4.10 Hubungan Antara Pembolehubah.

Analisis korelasi Spearman’s dan Pearson digunakan untuk melihat hubungan

antara pembolehubah kefahaman, persepsi pengetahuan, sikap, halangan

perlaksanaan, umur dan pengalaman mengajar. Perbincangan korelasi dalam

kajian ini adalah berdasarkan interpretasi pekali korelasi oleh Hinkle, Wiersma

dan Jurs (1988) seperti dalam Jadual 4.10.1.

Jadual 4.10.1. Interpretasi Pekali Korelasi

Nilai Pekali Interpretasi

.90 hingga 1.00 Hubungan sangat tinggi


.70 hingga .90 Hubungan yang tinggi
.50 hingga .70 Hubungan yang sederhana
.30 hingga .50 Hubungan yang rendah
.00 hingga .30 Hubungan yang sedikit

Sumber: Hinkle, Wiersma dan Jurs (1988) muka surat 118


102

Jadual 4.10.2 menunjukkan hasil analisis korelasi antara pembolehubah. Hasil

analisis korelasi Pearson mendapati terdapat hubungan positif yang sedikit dan

signifikan antara persepsi pengetahuan dan pengalaman mengajar Tingkatan

Lima (r(175) = .161, p < .05). Terdapat hubungan positif yang sederhana dan

signifikan antara umur dan pengalaman mengajar Tingkatan Empat (r(175) =

.642, p < .01) dan pengalaman mengajar Tingkatan Lima (r(175) = .628, p <

.01). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati terdapat hubungan positif

yang sangat tinggi dan signifikan antara pengalaman mengajar Tingkatan

Empat dan pengalaman mengajar Tingkatan Lima (r (175) = .992, p < .01).

Bagaimanapun, terdapat hubungan positif yang rendah dan tidak signifikan

antara persepsi pengetahuan dan sikap responden (r(175) = .127, p > .05.

Hasil analisis korelasi Spearman’s mendapati, terdapat hubungan negatif yang

rendah dan signifikan antara kefahaman dan persepsi pengetahuan responden

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian (rs(175) = -.306, p < .01).

Terdapat juga hubungan negatif yang sedikit dan signifikan antara kefahaman

dan sikap responden (rs (175) = -.186, p < .05). Analisis korelasi Spearman’s

juga mendapati terdapat hubungan positif yang sedikit dan tidak signifikan

antara kefahaman dan umur (rs(175) = .087, p > .05), kefahaman dan

pengalaman mengajar Tingkatan Empat (rs(175) = .104, p > .05), kefahaman

dan pengalaman mengajar tingkatan Lima (rs(175) = .077, p > .05).


103

Jadual 4.10.2 Hubungan Antara Pembolehubah

Pembolehubah Kefahaman Persepsi Sikap Halangan Umur Pengalaman


Pengetahuan Mengajar
T4 T5
Kefahaman 1.00 -.306 a ** -.186 a * -.067 a .087 a .104 a .077 a

Persepsi 1.00 .127 -.107 -.006 .137 .161*


Pengetahuan
Sikap 1.00 -.020 -.041 .005 -.006

Halangan 1.00 -.033 .006 .007

Umur 1.00 .642** .628**

Pengalaman 1.00 .992**


Mengajar T4
Pengalaman 1.00
mengajar T5
a
p < .05 **p < 01 - Spearman rho T4 = Tingkatan 4 T5 = Tingkatan 5

4.11 Sumber Maklumat Yang Menjadi Pilihan Guru Pertanian Untuk


Mendapatkan Maklumat Mengenai Bioteknologi Pertanian

Jadual 4.11.1 menunjukkan min dan sisihan piawai bagi sumber maklumat yang

menjadi pilihan responden kajian untuk mendapatkan maklumat mengenai

bioteknologi. Mereka sangat bersetuju bahawa sumber maklumat yang menjadi

pilihan utama untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi pertanian

adalah menerusi kursus di industri bioteknologi (Min = 3.65, SP = 0.60), pusat

penyelidikan bioteknologi (Min = 3.64, SP = 0.63), dan kursus anjuran

universiti (Min = 3.53, SP = 0.65). Mereka juga bersetuju, kursus anjuran JPN

(Min = 3.43, SP = 0.65), seminar atau pameran (Min = 3.43, SP = 0.57) dan

internet (Min = 3.42, SP = 0.59) menjadi sumber untuk mendapatkan maklumat


104

mengenai bioteknologi. Min keseluruhan bagi sumber maklumat yang menjadi

pilihan responden kajian ialah 3.32 dengan sisihan piawai = 0.42.

Jadual 4.11.1. Min dan Sisihan Piawai Sumber Maklumat

Penyataan Min* SP

Kursus di industri bioteknologi 3.65 0.60


Kursus di pusat penyelidikan bioteknologi 3.64 0.63
Kursus anjuran pihak universiti 3.53 0.65
Kursus anjuran JPN yang dikendalikan oleh jurulatih utama 3.43 0.65
Seminar / Pameran 3.43 0.57
Internet 3.42 0.59
Perisian komputer 3.32 0.57
Buku teks 3.29 0.60
Buku panduan guru 3.26 0.58
Video tape 2.78 0.77
Slaid 2.77 0.76
* 1 = Sangat tidak setuju, 2 = Tidak setuju, 3 = Setuju, 4 = Sangat setuju

4.12 Kursus Berkaitan Bioteknologi yang Diperlukan oleh Guru


Pertanian

Setiap responden diberi peluang menyenaraikan empat topik mengenai

bioteknologi yang menjadi pilihan mereka untuk menjalani kursus berkaitan

dengan bioteknologi. Sebanyak 137 (78.3%) orang responden memerlukan

kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan topik bioteknologi. Jadual 4.12.1

menunjukkan kursus berkaitan dengan bioteknologi yang diperlukan oleh

mereka. Topik bioteknologi yang menjadi pilihan utama untuk mereka

menghadiri kursus ialah kultur tisu (16.5%), bioteknologi dalam pemprosesan


105

makanan (15.9%), kejuruteraan genetik (7.5%), bio remedasi (6.1%),

permanian beradas (5.2%), penanaman cendawan (4.9%), tumbuhan transgenik

(4.9%), pengertian dan kepentingan bioteknologi dalam pertanian (3.8%)

mikro-organisma dalam akuakultur (3.5%) dan fermentasi (3.2%).

Jadual 4.12.1. Kursus Berkaitan Bioteknologi yang diperlukan oleh Guru


Pertanian

Tajuk Kursus n (%)


Kultur tisu 57 16.5
Bioteknologi dalam pemprosesan makanan 55 15.9
Kejuruteraan genetik 26 7.5
Bio remedasi 21 6.1
Permanian beradas 18 5.2
Tumbuhan transgenik 17 4.9
Penanaman cendawan 17 4.9
Pengertian dan kepentingan bioteknologi dalam pertanian 13 3.8
Mikro-organisma dalam akuakultur 12 3.5
Fermentasi 11 3.2
Persenyawaan luar – pemindahan embrio 10 3.0
Pengertian pertanian persekitaran terkawal 9 2.6
Hidroponik 8 2.3
Makanan terubah suai genetik 8 2.3
Haiwan transgenik 8 2.3
Tumbuhan hibrid 8 2.3
Inokulasi rhizobium 7 2.0
Pengklonan haiwan 7 2.0
Pemindahan embrio 7 2.0
Pengendalian peralatan yang berkaitan dengan amali topik
bioteknologi 5 1.4
Manipulasi gen 5 1.4
Mikroorganisma transgenik 4 1.2
Teknologi diagnostik 4 1.2
Mutasi melalui iradiasi 3 0.9
Rekombinasi DNA 2 0.6
Etika dalam teknologi kejuruteraan genetik 1 0.3
Genom manusia 1 0.3
Kerjaya dalam bidang bioteknologi 1 0.3
106

4.13 Topik Bioteknologi yang Perlu Ditambah dalam Kurikulum


Sukatan Pelajaran Sains Pertanian

Jadual 4.13.1 menunjukkan maklum balas yang didapati daripada responden

mengenai topik bioteknologi yang perlu ditambah dalam Kurikulum Sukatan

Pelajaran Sains Pertanian. Topik bioteknologi yang dicadangkan oleh

responden kajian ialah kultur tisu (10.9%), bioteknologi dalam pemprosesan

makanan (8.6%), kejuruteraan genetik (2.9%), mikro-organisma dalam

akuakultur (2.3%), kerja dalam bidang bioteknologi (2.3%), kepentingan dan

pengertian bioteknologi dalam pertanian (1.7%), etika dalam kejuruteraan

genetik (1.7%), persenyawaan luar (1.7%), bio remedasi (1.7%), pengklonan

haiwan (1.7%), makanan terubah suai genetik (1.1%) dan tumbuhan transgenik

(.6%). Sebanyak 58 (33.1%) orang responden kajian tidak memberi maklum

balas manakala 51 (29.1%) orang responden kajian menyatakan topik

bioteknologi yang sedia ada sudah mencukupi. Terdapat juga responden yang

berpendapat tidak perlu menambah topik bioteknologi dalam Kurikulum

Sukatan Pelajaran Sains Pertanian. Mereka berpendapat perlu perbanyakan

amali mengenai bioteknologi dan bahan bantu mengajar serta melengkapkan

peralatan amali.
107

Jadual 4.13.1. Topik Bioteknologi Yang Perlu Ditambah dalam


Mata Pelajaran Sains Pertanian

Topik n (%)

Kultur tisu 19 10.9


Bioteknologi dalam pemprosesan makanan 16 9.3
Kejuruteraan genetik 5 2.9
Pengertian dan kepentingan bioteknologi dalam pertanian 3 1.7
Mikro-organisma dalam akuakultur 4 2.3
Kerjaya dalam bidang bioteknologi 4 2.3
Etika dalam teknologi kejuruteraan genetik 3 1.7
Persenyawaan luar – pemindahan embrio (IVF-ET) 3 1.7
Bio remedasi 3 1.7
Pengklonan haiwan 3 1.7
Makanan “Genetically modified “ (GM) 2 1.1
Tumbuhan transgenik 1 0.6
Lain-lain – mencukupi yang sedia ada, perbanyakan amali 51 29.1
mengenai bioteknologi, lengkapkan peralatan amali, perbanyakan
bahan bantu mengajar

Tidak dinyatakan – 58 (33.1%)


108

BAB 5

RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan

Bab ini membentangkan rumusan, dapatan, perbincangan dan kesimpulan

dapatan kajian berdasarkan Bab Empat. Perbincangan dan kesimpulan dalam

bab ini adalah berdasarkan objektif dan persoalan kajian. Selain itu, bab ini

akan membentangkan implikasi dan cadangan yang dihasilkan berdasarkan

dapatan kajian.

5.2 Rumusan

Pendidikan pertanian boleh memainkan peranan untuk mendidik masyarakat

bagi menerima penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Pendidikan ini perlu

bermula di sekolah supaya masyarakat memahami kegunaan dan kesan

bioteknologi kepada bidang pertanian. Guru sebagai tenaga pengajar perlu

mempunyai kefahaman dan sikap yang positif mengenai penggunaan

bioteknologi dalam pertanian bagi memastikan pendidikan yang dilaksanakan

dapat mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki. Kajian bertujuan untuk

mengetahui kefahaman, persepsi pengetahuan dan sikap guru pertanian


109

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian bagi meneruskan

kesinambungan penyelidikan yang telah dibuat oleh Jemaah Nazir pada tahun

1992. Kajian ini juga dilakukan untuk mengenal pasti halangan perlaksanaan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi.

5.2.1 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini ialah untuk mengetahui kefahaman dan sikap guru

pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Manakala

objektif khusus kajian ini ialah:

1. mengenal pasti kefahaman guru pertanian mengenai penggunaan

bioteknologi.

2. mengenal pasti persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai

penggunaan bioteknologi dalam pertanian.

3. mengenal pasti sikap guru pertanian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian.

4. mengenal pasti halangan yang dihadapi oleh guru pertanian untuk

melaksanakan pengajaran topik bioteknologi di sekolah.

5. melihat perbezaan kefahaman, persepsi pengetahuan, sikap dan

halangan perlaksanaan berdasarkan pembolehubah demografi.


110

6. melihat hubungan antara persepsi pengetahuan, sikap, kefahaman,

halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi, umur dan pengalaman mengajar guru pertanian.

7. mengenal pasti sumber maklumat mengenai bioteknologi pertanian

yang menjadi pilihan guru pertanian.

5.2.2 Metadologi

Kajian yang dilaksanakan adalah berbentuk tinjuan. Alat ukur yang digunakan

adalah soal selidik yang dibentuk berdasarkan kajian literatur berkaitan dan

temubual dengan individu yang terlibat dengan mata pelajaran Sains Pertanian.

Soal selidik dihantar melalui pos kepada sampel kajian. Seramai 175

responden yang mewakili guru pertanian yang mengajar mata pelajaran Sains

Pertanian dan Pengajian Agroteknologi di Sekolah Menengah Kebangsaan dan

Sekolah Menengah Teknik seluruh Malaysia bagi tahun 2007 telah digunakan.

Responden merupakan 79.55% daripada sampel kajian yang berjumlah 220 (N

= 458). Teknik persampelan rawak berlapis telah digunakan bagi memilih

sampel kajian.

Data yang dikumpul adalah berkaitan dengan latar belakang responden serta

pembolehubah bersandar dan tidak bersandar kajian. Pembolehubah bersandar

bagi kajian ini ialah kefahaman, persepsi pengetahuan dan sikap responden
111

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Selain itu, pembolehubah

bersandar ialah halangan yang dihadapi oleh responden semasa melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi di sekolah dan sumber

maklumat yang menjadi pilihan mereka untuk mendapatkan maklumat

berkaitan dengan bioteknologi. Manakala pembolehubah tidak bersandar ialah

jantina, agama, bangsa, umur, kelulusan ikhtisas perguruan, kelulusan

akademik, opsyen pertanian, pengalaman mengajar dan mengikuti kursus

berkaitan bioteknologi pertanian. Statistik deskriptif dan inferensi digunakan

bagi menganalisis data kajian. Analisis yang telah dijalankan ke atas data

kajian meliputi peratus, frekuensi, sisihan piawai, ujian t, ujian kolerasi dan

ANOVA.

5.2.3 Dapatan

5.2.3.1 Kefahaman Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi

Kajian mendapati, kefahaman guru pertanian berdasarkan definisi bioteknologi

menunjukkan lebih separuh (64%) guru pertanian memahami maksud

bioteknologi. Pemahaman mereka boleh dikategorikan kepada bioteknologi

tradisional atau moden. Ini terbukti sebanyak 56.6% guru pertanian

menyatakan bioteknologi adalah aplikasi sains dan teknologi yang berkaitan

dengan penggunaan agen biologi untuk menghasilkan barangan atau

perkhidmatan. Manakala 7.4% menyatakan guru pertanian memahami


112

bioteknologi sebagai penggunaan mikro-organisma untuk menghasilkan

barangan atau perkhidmatan. Terdapat juga guru pertanian yang kurang

memahami maksud bioteknologi dengan menyatakan bioteknologi adalah apa-

apa sahaja teknologi yang digunakan dalam pertanian untuk menghasilkan

barangan dan perkhidmatan. Kajian juga mendapati, sebahagian besar

(94.9%) guru pertanian dapat memberi contoh hasilan bioteknologi. Lebih

separuh (55.4%) guru pertanian memberi contoh hasilan bioteknologi

tradisional iaitu penggunan bioteknologi dalam pemprosesan makanan untuk

menghasilkan tempe, tahu, kicap dan tapai. Terdapat juga guru pertanian

memberi contoh hasilan bioteknologi dari bidang lain selain daripada pertanian

iaitu alam sekitar (3.4%) dan kesihatan (2.3%). Namun, terdapat juga guru

pertanian tidak memahami maksud bioteknologi dengan tidak memberi maklum

balas definisi bioteknologi (4.6%) dan tidak memberi maklum balas mengenai

hasilan bioteknologi (5.1%).

Dapatan kajian mengenai kefahaman guru berkaitan dengan aktiviti

bioteknologi mendapati guru pertanian lebih memahami bioteknologi

tradisional yang berkaitan dengan pertanian. Ini terbukit apabila guru

pertanian memberi maklum balas ‘ya’ yang tinggi bagi penyataan membuat roti

(92.6%) dan membuat minuman keras (90.9%). Guru pertanian juga

memahami penggunaan bioteknologi moden di dalam pertanian seperti

penggunaan kaedah In-vitro fertilization. Mereka juga memahami penggunaan


113

bioteknologi dalam bidang perubatan seperti menghasilkan organisma

transgenik untuk menghasilkan hormon manusia, menghasilkan vaksin untuk

virus influenza, penghasilan kultur tisu untuk menggantikan kulit manusia dan

menghasilkan hormon sintetik. Namun, guru pertanian kurang memahami

penghasilan bioteknologi terkini dalam perubatan seperti teknologi ELISA dan

PCR. Ini terbukti dengan maklum balas ‘ya’ yang rendah bagi penyataan

mengenal pasti DNA bagi mayat manusia, menghasilkan salah silah keluarga

untuk melihat corak gen keturunan dan menghasilkan kaedah baru untuk

mengenal pasti kanser payu dara.

5.2.3.2 Persepsi Pengetahuan Guru Pertanian Mengenai


Bioteknologi

Kajian mendapati, persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai bioteknologi

berada di tahap sederhana menuju kepada sedikit berpengetahuan (Min = 2.58,

SP = 0.75). Mereka mempunyai persepsi pengetahuan pada tahap

berpengetahuan hanya pada tiga topik iaitu kepentingan bioteknologi dalam

pertanian, pengertian pertanian persekitaran terkawal dan hidroponik. Bagi

sepuluh topik bioteknologi iaitu topik bioteknologi dalam pemprosesan

makanan, permanian beradas, fermentasi, inokulasi rhizobium, penanaman

cendawan, kultur tisu, tumbuhan hibrid, pemindahan embrio, kepentingan

kejuruteraan genetik dan persenyawaan luar tahap pengetahuan mereka adalah

sederhana. Manakala tahap persepsi pengetahuan guru pertanian pada tahap


114

sedikit berpengetahuan adalah bagi topik kejuruteraan genetik, mikro-

organisma dalam akuakultur, kejuruteraan genetik, tumbuhan transgenik, etika

dalam teknologi kejuruteraan genetik, pengklonan haiwan, hormon tumbesaran,

mikro-organisma transgenik, haiwan transgenik, makanan terubah suai genetik,

manipulasi gen, mutasi melalui iradiasi, rekombinasi DNA, teknologi

diagnostik, genom manusia dan bio remedasi. Min persepsi pengetahuan yang

paling rendah ialah 1.69 dengan sisihan piawai 0.86 bagi topik bio remedasi.

5.2.3.3 Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi


dalam Pertanian

Kajian mendapati, guru pertanian bersetuju terhadap penggunaan bioteknologi

dalam pertanian. Ini terbukti kerana lebih 75% guru pertanian setuju

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Oleh itu, mereka mempunyai sikap

yang positif terhadap penggunan bioteknologi dalam pertanian. Kesimpulan

ini berdasarkan maklum balas mereka sangat bersetuju dan setuju 20 daripada

32 penyataan mengenai bioteknologi. Kajian juga mendapati, guru pertanian

setuju penggunaan kejuruteraan genetik terhadap tumbuhan. Mereka setuju

bahawa, kejuruteraan genetik untuk menghasilkan tanaman makanan perlu

dijalankan dengan meluas, mengubah suai gen buah-buahan untuk membaiki

rasanya adalah idea yang baik dan mengklon tumbuhan adalah tidak salah dari

segi moral. Malah, mereka sanggup membeli dan memakan buah-buah yang
115

telah diubah suai genetiknya serta meminum air soya hasil daripada kacang

soya yang telah diubah suai genetiknya.

Namun, kajian juga mendapati guru pertanian tidak pasti terhadap penggunaan

kejuruteraan genetik terhadap haiwan ternakan. Mereka tidak pasti terhadap

penyataan mengubah suai gen haiwan ternakan sepatutnya diharamkan oleh

undang-undang, mengklon haiwan ternakan adalah salah dari segi moral dan

penggunaan kejuruteraan genetik ke atas haiwan ternakan adalah salah dari

segi moral.

5.2.3.4 Halangan Guru Pertanian untuk Melaksanakan


Pengajaran dan Pembelajaran Topik Bioteknologi

Kajian mendapati, faktor penghalang utama untuk guru pertanian

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi adalah

disebabkan oleh peralatan makmal atau bengkel tidak mencukupi (Min = 3.12,

SP = 0.94), ketiadaan pembantu makmal atau bengkel Sains Pertanian (Min =

3.06, SP = 0.98) dan peruntukan kewangan untuk setiap pelajar mata pelajaran

Sains Pertanian atau Pengajian Agroteknologi tidak mencukupi (Min = 3.07, SP

= 0.96). Kajian juga mendapati, kebolehan akademik pelajar yang rendah,

bebanan tugas, kekurangan bahan bantu mengajar, sikap pelajar dan kandungan

topik bioteknologi dalam buku teks tidak mencukupi juga menjadi penghalang

kepada guru untuk melaksanakan pengajaran topik bioteknologi.


116

5.2.3.5 Perbezaan Persepsi Pengetahuan Guru Pertanian


Berdasarkan Pembolehubah Demografi

Kajian mendapati, terdapat perbezaan persepsi pengetahuan guru pertanian

mengenai bioteknologi bagi mereka yang pernah dan tidak pernah menghadiri

kursus berkaitan bioteknologi. Guru pertanian yang pernah menghadiri kursus

mempunyai persepsi pengetahuan lebih tinggi (Min = 2.81, SP = 0.75) jika

dibandingkan dengan guru pertanian yang tidak pernah menghadiri kursus (Min

= 2.46, SP = 0.73, t(173) = 2.982, p < .05). Selain itu, kajian mendapati tidak

terdapat perbezaan persepsi pengetahuan guru pertanian mengenai bioteknologi

antara jantina, bangsa, agama, opsyen, umur, kelulusan ikhtisas perguruan,

kelulusan akademik, lokasi sekolah serta pengalaman mengajar.

5.2.3.6 Perbezaan Sikap Guru Pertanian Berdasarkan


Pembolehubah Demografi

Kajian mendapati, terdapat perbezaan sikap guru pertanian berdasarkan jantina.

Guru pertanian lelaki mempunyai sikap positif terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian (Min = 3.83, SP = 0.39) jika dibandingkan dengan

guru pertanian perempuan (Min = 3.69, SP = 0.36, t(173) = 2.407, p < .05).

Namun, tidak dapat perbezaan sikap guru pertanian antara agama, bangsa,

umur, kelulusan iktisas perguruan, kelulusan akademik, opsyen dan pengalaman

mengajar. Kajian juga mendapati tidak terdapat perbezaan sikap guru


117

pertanian yang pernah atau tidak pernah menghadiri kursus berkaitan

bioteknologi.

5.2.3.7 Perbezaan Halangan Guru Pertanian Berdasarkan


Pembolehubah Demografi

Kajian mendapati, terdapat perbezaan halangan perlaksanaan pengajaran topik

bioteknologi berdasarkan pembolehubah bangsa (F(2, 172) = 3.091, p = .048),

kehadiran kursus mengenai bioteknologi (t(173) = -2.053, p < .05) dan opsyen

(t(173) = -2.024, p < .05). Guru Pertanian Pribumi mempunyai halangan

perlaksanaan pengajaran lebih tinggi (Min = 2.82, SP = 0.55) diikuti oleh bukan

Melayu (Min = 2.54, SP = 0.71) dan Melayu (Min = 2.51, SP = 0.38).

Manakala guru pertanian yang tidak menghadiri kursus mempunyai halangan

perlaksanaan pengajaran lebih tinggi (Min = 2.61, SP = 0.53) jika dibandingkan

dengan guru pertanian yang menghadiri kursus (Min = 2.44, SP = 0.57).

Selain itu, guru pertanian yang bukan opsyen pertanian mempunyai halangan

perlaksanaan pengajaran lebih tinggi (Min = 2.71, SP = 0.51) jika

dibandingkan dengan guru pertanian yang mempunyai opsyen pertanian (Min

= 2.51, SP = 0.56, t(173) = -2.024, p < .05). Kajian juga mendapati tidak

terdapat perbezaan halangan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran topik

bioteknologi antara lokasi sekolah, jantina, agama, kelulusan ikhtisas

perguruan, umur, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar.


118

5.2.3.8 Hubungan antara Pembolehubah

Kajian mendapati terdapat hubungan negatif yang rendah dan signifikan

antara kefahaman dan pengetahuan responden terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian (rs(175) = -.306, p < .01) serta hubungan negatif

yang sedikit dan signifikan antara kefahaman dan sikap responden (rs(175) =

-.186, p < .05). Selain itu, kajian mendapati hubungan positif yang sangat

tinggi dan signifikan antara pengalaman mengajar Tingkatan Empat dan

pengalaman mengajar Tingkatan Lima (r(175) = .992, p < .01). Terdapat juga

hubungan positif yang sedikit dan signifikan antara pengetahuan dan

pengalaman mengajar Tingkatan Lima serta hubungan positif yang sederhana

dan signifikan antara umur dan pengalaman mengajar Tingkatan Empat dan

pengalaman mengajar Tingkatan Lima.

Kajian juga mendapati, terdapat juga hubungan positif yang rendah dan tidak

signifikan antara pengetahuan dan sikap responden terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian (r(175) = .127, p > .05). Selain itu, terdapat

hubungan positif yang sedikit dan tidak signifikan antara kefahaman dan umur,

kefahaman dan pengalaman mengajar Tingkatan Empat serta kefahaman dan

pengalaman mengajar Tingkatan Lima.


119

5.2.3.9 Sumber Maklumat yang Menjadi Pilihan Guru Pertanian


untuk Mendapatkan Maklumat Mengenai Bioteknologi

Kajian mendapati, sumber yang menjadi pilihan utama untuk guru pertanian

mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi ialah menerusi kursus di

industri bioteknologi (Min = 3.65, SP = 0.60), pusat penyelidikan bioteknologi

(Min = 3.64, SP = 0.63), dan kursus anjuran universiti (Min = 3.53, SP = 0.65).

Guru pertanian juga suka mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi

daripada kursus anjuran JPN, seminar atau pameran, internet, perisian

komputer, buku teks, buku panduan guru, video tape dan slaid.

5.3 Perbincangan

5.3.1 Kefahaman dan Persepsi Pengetahuan Guru Pertanian Mengenai


Bioteknologi Pertanian

Berdasarkan dapatan kajian, guru pertanian lebih memahami bioteknologi

tradisional jika dibandingkan dengan bioteknologi moden. Malah, ada juga

guru pertanian yang kurang memahami maksud bioteknologi dengan

menyatakan bioteknologi adalah apa-apa sahaja teknologi yang digunakan

dalam pertanian untuk menghasilkan barangan dan perkhidmatan. Selain itu,

guru pertanian kurang memahami penghasilan bioteknologi terkini dalam

bidang lain. Dapatan ini selari dengan kajian yang dijalankan oleh Leslie dan

Schibeci (2003) yang menyatakan guru memahami mengenai maksud, hasilan


120

dan aktiviti mengenai bioteknologi yang banyak menjurus kepada bioteknologi

tradisional.

Dapatan kajian mengenai persepsi pengetahuan guru pertanian terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian adalah selari dengan Teori

Pembelajaran dua dimensi Kolb yang menyatakan pembelajaran yang

diperolehi oleh seseorang itu merupakan satu proses refleksi ke atas

pengalaman yang mereka lalui dan diterjemahkan kepada satu konsep

pengalaman yang baru (Kolb, 1984). Ini adalah kerana kajian ini mendapati

guru pertanian yang menghadiri kursus mengenai bioteknologi mempunyai

persepsi pengalaman yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan yang tidak

menghadiri kursus. Kajian juga mendapati, guru pertanian mempunyai persepsi

pengetahuan pada tahap sederhana menuju kepada sedikit berpengetahuan.

Dapatan kajian ini adalah selari dengan kajian Wilson et. al. (2002), Hughes

(2001) dan Iverson (1998) yang mendapati guru pertanian masih kurang

berpengetahuan mengenai bioteknologi.

Justru, latihan dalam perkhidmatan amat diperlukan diadakan bagi

meningkatkan kefahaman dan persepsi pengetahuan guru pertanian terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Ini terbukti kerana kajian mendapati

sebanyak 78.3 peratus guru pertanian memerlukan kursus dalam perkhidmatan

yang berkaitan topik bioteknologi. Topik bioteknologi yang menjadi pilihan


121

utama mereka untuk menghadiri kursus ialah kultur tisu, bioteknologi dalam

pemprosesan makanan, kejuruteraan genetik, bio remedasi, permanian beradas,

penanaman cendawan, tumbuhan transgenik, pengertian dan kepentingan

bioteknologi dalam pertanian, mikro-organisma dalam akuakultur dan

fermentasi.

5.3.2 Sikap Guru Pertanian Terhadap Penggunaan Bioteknologi Dalam


Pertanian

Guru pertanian mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Ini membuktikan bahawa kajian ini seiring

dengan Teori Pembelajaran dua dimensi Kolb yang menyatakan pembelajaran

yang diperolehi oleh seseorang itu merupakan satu proses refleksi ke atas

pengalaman yang mereka lalui dan diterjemahkan kepada satu konsep

pengalaman yang baru (Kolb, 1984). Proses ini mempengaruhi sikap mereka

terhadap penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Dapatan kajian ini juga

selari dengan dapatan kajian Hughes (2001), yang membuat kesimpulan

bahawa guru pertanian mempunyai sikap positif terhadap bioteknologi

pertanian. Selain itu, guru pertanian lelaki lebih menerima penggunaan

bioteknologi dalam pertanian jika dibandingkan dengan guru pertanian

perempuan. Dapatan ini selari dengan kajian Prokop et. al. (2007) yang

mendapati pelajar perempuan kurang menerima hasilan bioteknologi jika

dibandingkan dengan pelajar lelaki. Kajian Lock dan Miles (1993) juga
122

mendapati pelajar perempuan lebih tidak pasti mengenai pendapat mereka

mengenai bioteknologi jika dibandingkan dengan pelajar lelaki.

Justru, guru pertanian yang tidak mempunyai opsyen pertanian serta guru

pertanian perempuan perlu diberi lebih kefahaman dan pendedahan mengenai

bioteknologi supaya mereka dapat membentuk sikap yang lebih positif terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Persetujuan guru pertanian terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian amat penting kerana ini menandakan

guru pertanian menerima untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran

topik bioteknologi yang dianggap sebagai satu inovasi dalam mata pelajaran

Sains Pertanian. Dengan adanya sikap postitif juga, guru pertanian akan

bersedia untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi kerana

merasakan adanya keperluan topik itu kepada mereka.

5.3.3 Halangan Perlaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Topik


Bioteknologi

Faktor utama menjadi penghalang guru pertanian melaksanakan pengajaran dan

pembelajaran topik bioteknologi adalah disebabkan oleh peralatan makmal atau

bengkel tidak mencukupi. Dapatan ini seiring dengan kajian yang telah

dilaksanakan oleh Jemaah Nazir Sekolah (1995), Hughes (2001) dan Wilson

et.al. (2002) yang menyatakan faktor tersebut menjadi penghalang untuk guru

melaksanakan pengajaran topik bioteknologi. Selain itu, ketiadaan bengkel


123

atau makmal khas untuk mengajar topik bioteknologi juga menjadi faktor

penghalang untuk guru melaksanakan pengajaran. Di Malaysia, kekurangan

peralatan makmal dan bengkel dan ketiadaan makmal khas telah dikenal pasti

dari peringkat awal semenjak permulaan topik bioteknologi dimasukkan dalam

Sukatan Pelajaran Pendidikan Sains Pertanian pada tahun 1992 (Jemaah Nazir

Sekolah, 1995). Justru, bagi memastikan matlamat dan objektif pengajaran dan

pembelajaran topik bioteknologi tercapai, KPM perlu meningkatkan

infrastruktur dan peruntukan kewangan bagi menangani masalah tersebut.

Kesimpulan ini dibuat berdasarkan dapatan kajian bahawa, peruntukan

kewangan untuk pelajar Sains Pertanian tidak mencukupi untuk mereka

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran.

Faktor lain yang menjadi penghalang guru pertanian untuk melaksanakan

pengajaran topik bioteknologi adalah disebabkan opsyen mereka. Ini terbukti

apabila kajian mendapati, guru pertanian yang bukan opsyen pertanian

mempunyai halangan perlaksanaan pengajaran lebih tinggi jika dibandingkan

dengan guru pertanian yang mempunyai opsyen pertanian. Perkara ini seiring

dengan pendapat Shulman (1987) yang menyatakan bahawa guru perlu

mempunyai pengetahuan pedagogi kandungan untuk membolehkan mereka

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Justru, dengan menguasai

pengetahuan pedagogi kandungan, guru berupaya untuk menggabungkan isi

kandungan mata pelajaran dengan bentuk pengajaran bergantung kepada tajuk,


124

isu dan sesuatu masalah itu dibincang serta diterangkan dengan bahasa mudah

dan contoh yang sesuai untuk mencari penyelesaian mengikut kebolehan

pelajar. Selain itu, guru juga akan lebih yakin untuk mengajar dan menjadikan

proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Untuk

membolehkan guru pertanian yang bukan opsyen pertanian dapat melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi, kursus dalam perkhidmatan

yang berkaitan dengan topik bioteknologi perlu diberikan kepada mereka.

Saranan ini dibuat berdasarkan dapatan kajian yang menunjukkan, guru

pertanian yang menghadiri kursus berkaitan topik bioteknologi mempunyai

kurang halangan untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik

tersebut.

5.3.4 Hubungan Antara Pembolehubah

Kajian mendapati, hubungan positif yang rendah dan tidak signifikan antara

persepsi pengetahuan dan sikap responden terhadap penggunaan bioteknologi

dalam pertanian. Dapatan kajian tidak selari dengan kajian Prokop et. al.

(2007) yang mendapati, terdapat hubungan positif dan signifikan antara tahap

pengetahuan dan sikap terhadap bioteknologi. Justru, kesimpulan yang boleh

dibuat ialah pengetahuan mengenai bioteknologi bukanlah faktor penentu bagi

seseorang itu menerima atau menolak penggunaan bioteknologi. Dapatan ini

menyokong pendapat Kershen (1999) yang menyatakan penerimaan masyarakat


125

terhadap penggunaan bioteknologi bukan sahaja disebabkan oleh pengetahuan

dan pemahaman yang diperolehi berkenaan bioteknologi tetapi juga disebabkan

oleh kepercayaan ideologi dan politik dianuti. Oleh itu, satu kajian lanjut yang

lebih mendalam perlu dibuat untuk mengenal pasti faktor-faktor yang dapat

mempengaruhi sikap seseorang itu untuk menerima atau menolak penggunaan

bioteknologi dalam pertanian.

Kajian juga mendapati terdapat hubungan negatif yang rendah dan signifikan

antara kefahaman dan persepsi pengetahuan responden terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian serta hubungan negatif yang sedikit dan

signifikan antara kefahaman dan sikap responden. Ini bermaksud guru

pertanian yang mempunyai persepsi pengetahuan tinggi tidak semestinya

memahami bioteknologi pertanian sepenuhnya. Selain itu, guru pertanian yang

mempunyai kefahaman yang tinggi mengenai bioteknologi pertanian tidak

semestinya mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan bioteknologi

dalam pertanian. Dapatan kajian ini seiring dengan kajian Wheeler (2005)

yang mendapati peningkatan pengetahuan dan pemahaman mengenai

bioteknologi memainkan peranan negatif dalam mempengaruhi pendapat

profesional pertanian mengenai bioteknologi. Ini disebabkan penerimaan

bioteknologi seseorang itu bukan sahaja dipengaruhi oleh pengetahuan dan

pemahaman mereka mengenai bioteknologi tetapi juga berdasarkan

kepercayaan, nilai yang dipegang dan kepentingan alam sekitar.


126

5.3.5 Sumber Maklumat

Kajian mendapati, sumber yang menjadi pilihan utama untuk guru pertanian

mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi ialah menerusi kursus di

industri bioteknologi, pusat penyelidikan bioteknologi dan kursus anjuran

universiti. Dapatan kajian ini selari dengan kajian Hughes (2001) yang

menyatakan guru pertanian lebih suka mendapatkan maklumat mengenai

bioteknologi menerusi agensi yang berkaitan dengan bioteknologi. Kajian juga

mendapati, guru pertanian suka mendapatkan maklumat daripada kursus

anjuran JPN, seminar atau pameran, internet, perisian komputer, buku teks,

buku panduan guru, video tape dan slaid. Justru, pihak JPN boleh

mengadakan kursus dalam perkhidmatan mengenai bioteknologi di industri dan

pusat penyelidikan bioteknologi yang menjadi pilihan utama guru pertanian

untuk mendapatkan maklumat. Malah guru pertanian juga boleh dihantar

menjalani latihan industri bagi mendapatkan pengetahuan dan menimba

kemahiran mengenai teknologi tersebut. Menerusi latihan industri, mereka

dapat menimba pengalaman dan kemahiran terkini mengenai bioteknologi.

Pengalaman dan kemahiran yang dialami dapat menjadikan mereka lebih yakin

dan inovatif dalam menyalurkan maklumat mengenai bioteknologi kepada

pelajar.
127

5.3.6 Kursus Berkaitan Bioteknologi yang Menjadi Keperluan Guru


Pertanian

Kajian mendapati sebahagian kecil sahaja guru pertanian yang telah menghadiri

kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan dengan bioteknologi. Kajian juga

mendapati sebanyak 78.3% guru pertanian memerlukan kursus dalam

perkhidmatan yang berkaitan topik bioteknologi. Mereka memerlukan kursus

dalam perkhidmatan bagi topik kultur tisu, bioteknologi dalam pemprosesan

makanaan, kejuruteraan genetik, bio remedasi, permanian beradas , penanaman

cendawan, tumbuhan transgenik, pengertian dan kepentingan bioteknologi

dalam pertanian, mikro-organisma dalam akuakultur dan fermentasi.

Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa, memberikan kursus

dalam perkhidmatan kepada guru pertanian mengenai topik bioteknologi amat

penting dilakukan. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan dapatan kajian yang

mendapati, pengetahuan guru pertanian mengenai bioteknologi berada di tahap

sederhana dan terdapat permintaan yang tinggi untuk menghadiri kursus

berkaitan bioteknologi. Tahap pengetahuan guru pertanian yang sederhana

mengenai bioteknologi dapat ditingkatkan apabila menghadiri kursus

berdasarkan dapatan kajian yang menyatakan terdapat perbezaan tahap

pengetahuan antara guru yang telah dan tidak menghadiri kursus.


128

5.3.7 Topik Bioteknologi yang Perlu ditambah dalam kurikulum


Pendidikan Sains Pertanian

Kajian mendapati salah satu faktor yang menghalang untuk guru melaksanakan

pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi ialah kandungan topik

bioteknologi di dalam buku teks tidak mencukupi. Justru, terdapat keperluan

untuk membuat semakan semula topik bioteknologi yang diajar kepada pelajar

dan menambah maklumat mengenai bioteknologi di dalam buku teks. Ini

adalah kerana buku teks adalah salah satu sumber maklumat mengenai

bioteknologi kepada guru dan pelajar. Guru pertanian berpendapat topik yang

perlu disemak semula dan ditambah dalam kurikulum Pendidikan Sains

Pertanian ialah kultur tisu, bioteknologi dalam pemprosesan makanan,

kejuruteraan genetik, mikro-organisma dalam akuakultur, kerjaya dalam bidang

bioteknologi, kepentingan dan pengertian bioteknologi dalam pertanian, etika

dalam kejuruteraan genetik, persenyawaan luar, bio remedasi, pengklonan

haiwan, makanan terubah suai genetik dan tumbuhan transgenik. Guru

pertanian juga menyatakan aktiviti amali mengenai topik bioteknologi dan

bahan bantu mengajar perlu ditambah. Selain itu, pelajar perlu didedahkan

dengan contoh-contoh terkini hasilan bioteknologi.


129

5.4 Kesimpulan

Berdasarkan analisis data kajian, kesimpulan daripada dapatan kajian ialah

seperti berikut:

1. Kebanyakkan guru pertanian mempunyai tahap pengetahuan yang

sederhana menuju kepada sedikit berpengetahuan bagi topik mengenai

bioteknologi pertanian. Selain itu, guru pertanian memahami maksud,

hasilan dan aktiviti mengenai bioteknologi. Namun, pemahaman

mereka menjurus kepada bioteknologi tradisional.

2. Secara keseluruhan, guru pertanian mempunyai sikap yang positif

penggunaan bioteknologi dalam pertanian. Mereka bersetuju

bioteknologi dapat memberi kebaikkan kepada bidang pertanian dan

alam sekitar. Malah, mereka juga sanggup untuk memakan buah yang

telah terubah suai genetiknya dan menganggap mengklon tumbuhan

adalah tidak salah dari segi moral. Namun, mereka tidak pasti tentang

penggunaan kejuruteraan genetik terhadap haiwan ternakan.

3. Penghalang utama untuk guru pertanian melaksanakan pengajaran

dan pembelajaran topik bioteknologi adalah kerana oleh peralatan

makmal atau bengkel tidak mencukupi, ketiadaan pembantu makmal

atau bengkel Sains Pertanian dan peruntukan kewangan untuk setiap

pelajar mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Agroteknologi

tidak mencukupi. Halangan perlaksanaan pengajaran topik


130

bioteknologi disebabkan oleh kekurangan peralatan dan infrastruktur

telah dikenal pasti dari peringkat awal semenjak permulaan topik

bioteknologi dimasukkan dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Sains

Pertanian pada tahun 1992.

4. Terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan guru pertanian

yang menghadiri kursus mengenai topik bioteknologi. Guru pertanian

yang menghadiri kursus bioteknologi mempunyai pengetahuan

lebih tinggi daripada guru pertanian yang tidak menghadiri kursus.

5. Terdapat perbezaan yang signifikan sikap guru pertanian terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian berdasarkan jantina. Guru

pertanian lelaki mempunyai sikap yang lebih positif terhadap

penggunaan bioteknologi dalam pertanian daripada guru pertanian

perempuan.

6. Terdapat perbezaan yang signifikan halangan perlaksanaan pengajaran

topik bioteknologi berdasarkan opsyen guru pertanian. Guru pertanian

yang bukan opsyen pertanian mempunyai halangan perlaksanaan

pengajaran topik bioteknologi lebih tinggi daripada guru pertanian yang

mempunyai opsyen pertanian.

7. Terdapat perbezaan yang signifikan halangan perlaksanaan pengajaran

topik bioteknologi berdasarkan kehadiran kursus berkaitan topik

bioteknologi. Guru pertanian yang tidak pernah menghadiri kursus

berkaitan topik bioteknologi mempunyai halangan perlaksanaan


131

pengajaran topik bioteknologi lebih tinggi daripada guru pertanian

yang pernah menghadiri kursus.

8. Terdapat perbezaan yang signifikan halangan perlaksanaan pengajaran

topik bioteknologi berdasarkan bangsa. Guru pertanian Pribumi

mempunyai halangan perlaksanaan pengajaran topik bioteknologi lebih

tinggi daripada guru pertanian Melayu dan bukan Melayu.

9. Terdapat hubungan negatif yang rendah dan signifikan antara

kefahaman dan pengetahuan guru pertanian terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian. Guru pertanian yang mempunyai

pengetahuan yang tinggi mengenai topik bioteknologi pertanian tidak

semestinya memahami teknologi tersebut.

10. Terdapat hubungan negatif yang sedikit dan signifikan antara kefahaman

dan sikap guru pertanian terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian. Guru pertanian yang mempunyai kefahaman yang tinggi

tidak semestinya mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan

bioteknologi dalam pertanian.

11. Sumber maklumat yang menjadi pilihan utama guru pertanian

untuk mendapatkan maklumat mengenai bioteknologi pertanian adalah

menerusi kursus di industri bioteknologi, pusat penyelidikan

bioteknologi dan kursus anjuran universiti.

12. Guru pertanian amat memerlukan kursus dalam perkhidmatan yang

berkaitan dengan topik bioteknologi. Topik yang menjadi pilihan


132

mereka ialah kultur tisu, bioteknologi dalam pemprosesan makanaan,

kejuruteraan genetik, bio remedasi, permanian beradas , penanaman

cendawan, tumbuhan transgenik, pengertian dan kepentingan

bioteknologi dalam pertanian, mikro-organisma dalam akuakultur dan

fermentasi.

13. Terdapat keperluan untuk membuat semakan semula topik bioteknologi

yang diajar kepada pelajar dan menambah maklumat mengenai

bioteknologi di dalam buku teks. Topik bioteknologi yang perlu dibuat

semakan semula atau ditambah dalam mata pelajaran Sains Pertanian

ialah kultur tisu, bioteknologi dalam pemprosesan makanan, kepentingan

dan pengertian bioteknologi dalam pertanian, kejuruteraan genetik,

mikro-organisma dalam akuakultur, kerjaya dalam bidang bioteknologi,

etika dalam kejuruteraan genetik, persenyawaan luar, bio remedasi,

pengklonan haiwan, makanan terubah suai genetik dan tumbuhan

transgenik.

5.4.1 Implikasi

Dapatan kajian ini mempunyai implikasi ke atas proses pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah bagi topik bioteknologi melalui pengintegrasian

dalam mata pelajaran Sains Pertanian dan Pengajian Agroteknologi. Guru

pertanian mempunyai persepsi pengetahuan yang sederhana mengenai topik


133

bioteknologi pertanian dan mempunyai kefahaman menjurus kepada

bioteknologi tradisional sahaja. Disebabkan pengetahuan mengenai kandungan

mata pelajaran akan mempengaruhi cara pengajaran dan pembelajaran guru

dalam bilik darjah, guru perlu meningkatkan pengetahuan dan kefahaman

mereka mengenai bioteknologi pertanian yang terkini. Guru pertanian boleh

ditingkatkan pengetahuan dan pemahaman mereka mengenai topik bioteknologi

melalui kursus dalam perkhidmatan anjuran JPN dengan kerjasama pusat

penyelidikan atau pengeluaran mengenai bioteknologi. Dengan menghadiri

kursus tersebut guru dapat menimba ilmu, praktis dan pengalaman sebenar

bagaimana teknologi tersebut digunakan dalam bidang pertanian. Justru,

dengan ilmu dan pengalaman yang ada, guru akan lebih berkeyakinan dan lebih

inovatif untuk mengajar dan dapat mempelbagaikan strategi pengajaran dan

pembelajaran untuk menarik minat pelajar menimba ilmu mengenai teknologi

tersebut. Selain itu, guru juga lebih yakin untuk berbincang dengan pelajar

mengenai etika, isu dan hasilan bioteknologi pertanian yang terkini. Perkara

ini penting bagi membolehkan pelajar diberi pendedahan mengenai isu terkini

teknologi tersebut dan membolehkan mereka menjadi pengguna yang bijak

serta mempunyai sikap yang positif terhadap penggunaan bioteknologi dalam

pertanian.

Kemudahan infrastruktur dan sumber kewangan adalah halangan yang besar

untuk guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi di


134

sekolah. Justru, dengan memberi kemudahan peralatan makmal yang lengkap

dan sumber kewangan yang mencukupi, guru dapat merancang aktiviti amali

berkaitan dengan bioteknologi dengan lebih baik dan berkesan. Selain itu,

pelajar dapat melakukan amali bagaimana teknologi ini dapat menghasilkan

bahan yang berguna kepada kehidupan manusia seharian. Dengan kemudahan

yang lengkap dan pembelajaran yang menarik, guru pertanian dapat menarik

minat pelajar untuk mengambil elektif Sains Pertanian yang selama ini

mempunyai imej yang kurang memberangsangkan dikalangan pelajar. Perkara

ini amat perlu bagi menyuntik minat pelajar dalam bidang pertanian dan

seterusnya membolehkan mereka memilih kerjaya dalam bidang tersebut.

Semakan kurikulum mata pelajaran Sains Pertanian dan kurikulum bagi melatih

bakal guru pertanian pra perkhidmatan juga perlu dilakukan bagi membolehkan

bakal guru dan pelajar didedahkan dengan etika dan hasilan bioteknologi

pertanian yang terkini. Perkara ini penting bagi memastikan pendidikan yang

dilaksanakan berada di landasan yang betul dan seiring dengan hasrat kerajaan

melahirkan modal insan yang dapat menyumbang untuk menjayakan hasrat

kerajaan yang menjadikan teknologi ini sebagai teknologi utama yang dapat

memacu dan menyokong matlamat negara ke arah ekonomi berasaskan

pengetahuan.
135

5.5 Cadangan

Berdasarkan kesimpulan dan implikasi kajian, berikut adalah cadangan kajian:

1. Kursus dalam perkhidmatan berkenaan topik bioteknologi amat perlu

diberikan kepada guru pertanian bagi meningkatkan pengetahuan dan

kefahaman mereka. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian

Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu bekerjasama

dengan pihak industri dan pusat penyelidikan mengenai bioteknologi

bagi memberi pendedahan maklumat dan kemahiran terkini mengenai

teknologi tersebut kepada guru-guru pertanian.

2. Kemudahan infrastruktur seperti makmal atau bengkel khas yang

lengkap dengan peralatan amali perlu dibina disetiap sekolah yang

menawarkan mata pelajaran Sains Pertanian bagi Tingkatan Empat dan

Lima. Perkara ini penting kerana ia akan membantu guru pertanian

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran topik bioteknologi dengan

lancar. Selain itu, pembantu makmal atau bengkel juga diperlukan oleh

guru untuk membantu pengurusan makmal dan bengkel Sains Pertanian.

3. Peruntukan kewangan bagi setiap pelajar yang mengambil mata

pelajaran Sains Pertanian perlu ditambah. Ini membolehkan guru

pertanian merancang pembelian bahan yang mencukupi untuk

melaksanakan pengajaran dan pembelajaran terutamanya aktiviti amali.

Selain itu, dengan kewangan yang mencukupi guru pertanian dapat


136

merancang dan melaksanakan aktiviti untuk memberi pendedahan

mengenai bioteknologi kepada pelajar di luar bilik darjah seperti

mengadakan lawatan ke pusat penyelidikan dan industri yang berkaitan

dengan bioteknologi.

4. Semakan semula topik bioteknologi yang diajar kepada pelajar

perlu dilakukan untuk memberi pendedahan kepada pelajar kemahiran

dan isu terkini mengenai bioteknologi pertanian. Selain itu, aktiviti

amali mengenai topik bioteknologi juga perlu ditambah untuk

menarik minat pelajar memilihan mata pelajaran Sains Pertanian

sebagai mata pelajaran elektif.

5. Kajian mengenal pasti pengetahuan dan sikap pelajar terhadap

bioteknologi pertanian perlu dilaksanakan. Ia perlu diketahui bagi

memastikan pendidikan yang dirancang dan dilaksanakan mampu

berperanan untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan membentuk

sikap yang positif pelajar terhadap bioteknologi pertanian. Perkara

ini penting untuk menyediakan pelajar menjadi guna tenaga yang

menjayakan teknologi ini untuk memacu ekonomi negara.

6. Kajian perlaksanaan pengajaran topik bioteknologi dalam

pendidikan pertanian secara mendalam perlu dilaksanakan bagi

mengenal pasti pendekatan atau cara pengajaran serta bahan bantu

mengajar yang digunakan oleh guru pertanian. Selain itu, kita juga

boleh mengenal pasti pendekatan atau cara pembelajaran mengenai


137

bioteknologi yang menjadi pilihan pelajar. Perkara ini perlu

dilakukan untuk mengenal pasti pendekatan yang digunakan dapat

difahami dan diterima oleh pelajar bagi memastikan pendidikan yang

dilaksanakan mencapai objektif yang dirancang.


138

RUJUKAN

Abd. Shukor Abd Rahman, Sharif Haron, Abd Rahman Mohd Yasin, Mohamad
Rofi Mohd Noor & Wan Zahari Mohamed. (2006). Kejayaan sektor
pertanian di Malaysia: Peranan MARDI dalam penyelidikan pertanian.
Prosiding:Konvensyen Pendidikan Pertanian Kebangsaan. (pp.79-104).
Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pelajaran Malaysia: Putra
Jaya.

Aerni, P. (2002). Public attitudes towards agricultural biotechnology in South


Africa. http://www.africabio.com/pdf/SAreport.pdf Akses pada 18
Februari 2007.

Aerni, P. (2001). Public attitudes towards agricultural biotechnology in


developing countries: A comparison between Mexico and Philippines.
Cambridge: MA.
http://www.botanischergarten.ch/debate/Aerni/Harvard20010710.pdf
Akses pada 18 Februari 2007.

Allum, N., Sturgis, P., Tabourazi, D., & Brunton-Smith, I. (2008). Science
knowledge and attitudes across cultures: a meta-analysis. Public
Understanding of Science. 17(1): 35-54.
http://pus.sagepub.com/cgi/content/abstract/17/1/35?rss=1 Akses pada
9 Januari 2008.

Altman, A. (1999). Plant biotechnology in the 21st century: The challenges


ahead. Electronic Journal of Biotechnology. 2(2):51-55.

Ameer Ahmad. (2005). Malaysia dalam era bioteknologi. MASSA. Julai 5-11:
10-12.

Armstrong, J. S. & Overton, T. S. (1977). Estimating nonresponse bias in mail


survey. Journal of Marketing Research. 14: 396-402.

Bauer, G. A. (1998). A qualitative and quantitative approch to investing cellular


DNA repair mechanismms. Journal of Biological Education. 32(1): 48-
52.

Belanjawan 2007. (2006). Melaksanakan misi nasional ke arah mencapai


wawasan negara. Kementerian Kewangan Malaysia: Kuala Lumpur.
139

Beyer, W. H. (1968). Handbook of tables for probability and statistics. 2nd Ed.
The Chemical Rubber Company.

BKTV. (2000). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah: Sains Pertanian. Bahagian Kurikulum Teknikal dan
Vokasional. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia: Kuala Lumpur.

BKTV. (2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah


Menengah: Pengajian Agroteknologi. Bahagian Kurikulum Teknikal
dan Vokasional. Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan
Malaysia: Kuala Lumpur.

Bloom, B.S., Hastings J. T. & Madarus, G. F. (1971). Handbook on formative


and summative evaluation of student learning. McGraw-Hall Book
Company.

Brown, D. C. , Kemp M. C. & Hall J. (1998). On teachning biotechnology in


Kentucky. Journal of Industrial Teacher Education. 35(4).
http://scholar.lib.vt.edu/ejournals/JITE/v35n4/brown.html Akses pada
15 Mac 2007.

Cavanagh, H., Hood, J. & Wilkinson, J. (2005). Riverina high school students’
views of biotechnology. Electronic Journal of Biotechnology. 8(2): 121-
127.

Cesar, A. F. (1999). Agricultural biotechnology research indicators and


managerial considerations in four developing countries. In managing
agricultural biotechnology: Addressing research program needs and
policy implications. Biotechnology in Agricultural Series, No. 23. New
York: CABI Publishing.

Chan, S. L., & Lui, C. W. (2002). Teachers perception of biotechnology and its
implications on Science Curriculum development. Asia-Pacific Journal
of Teacher Education and Development. 5(1): 139-166.

Chen, S. Y. & Raffan, J. (1999). Biotechnology: Students’ knowledge and


attitudes in the UK and Taiwan. Journal of Biological Education. 34(1):
17-23.

Creswell, J.W. (2005) Educational Research : Planning, conducting and


evaluating quantitative and qualitative research. New Jersey: Person
Education, Inc. Upper Saddle River.
140

Cruickshank, D. R., Bainert, D. L. & Metcalf, K.K. (1999). The act of teaching.
Second Edition. McGraw-Hill College.

Dawson, V., & Schibeci, R. (2003). Western Australia high school students’
atttiudes towards biotechnology processes. Journal of Biological
Education, 38(1). http://www.iob.org/downloads/285.pdf Akses pada
18 Februari 2007.

DPN - 3. (1999). Dasar Pertanian Negara Ketiga (1998-2010). Kementerian


Pertanian Malaysia: Kuala Lumpur.

Fatimah Mohd Arshad. (2006). RMK-9 Era Pertanian. Utusan Malaysia. April
5: 11.

Gabrielle, J. P., & Reginald, L. M. (2002). Agricultural Biotechnology:


Country case studies – A decade of development. Biotechnology in
Agricultural Series, No. 25. New York: CBI Publishing.

Gall, M.D., Borg, W.R., & Gall, J. P. (1996). Educational research : An


introduction. New York: Longman.

Globe, N.M. & Porter, J. M. (1977). The changing role of the teacher:
International perspectives. UNESCO. NFER Publishing Co. Ltd.

Harms, U. (2002). Biotechnology education in schools. Electronic Journal of


Biotechnology. 5(3): 206 – 211.

Hoban, T. J. (2004). Public attitudes towards agricultural biotechnology. ESA


Working Paper. Agricultural and Development Economic Division. The
Food and Agricultural Organization of the United Nation.
http://www.fao.org/es/esa Akses pada 18 Februari 2007.

Hoban, T. J. (1998). Trends in consumer attitudes about agricultural


biotechnology. AbBioForm. 1(1): 3-7.

Hoh, R. (2005). Malaysia biotechnology annual report : 2005. USDA Foreign


Agric. Service.
http://www.fas.usda.gov/gainfiles/2005081/146130524.pdf Akses pada
18 Mac 2007.

Hughes, J. E. (2001). Attitudes, knowledge and implementation of


biotechnology and agricscience by West Virginia Agricultural
Education Teachers. Master Thesis. West Virginia University.
141

IFIC. (2006). Food Biotechnology. A study of US consumer attitudinal trends.


International Food Information Council. http://www.ific.org Akses pada
18 Februari 2007.

Iverson, M.J. 1998. Assesing information sources on biotechnology used by


teachers of agriculture in the public schools: A tri-state study.
http://agnews.tamu.edu/saas/SAAS2MI.HTM Akses pada 19 Mac
2007.

Jemaah Nazir. (1995). Laporan kajian pelaksanaan topik-topik bioteknologi


dan komputer dalam kurikulum Sains Pertanian KBSM. Kementerian
Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur.

JPTek. (2006). Senarai nama guru yang mengajar mata pelajaran Sains
Pertanian dan Pengajian Agroteknologi. Kementerian Pelajaran
Malaysia: Putra Jaya.

Kamus Dewan. (2005). Edisi keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur.

Kershen, D.L. (1999). Biotechnology: An Essay On The Academy, Cultural


Attitudes, And Public Policy. AgroBioForum. 2(2). Artikel 2.
http://www.agbioforum.org/v2n2/v2n2a12-kershen.htm Akses pada 9
Januari 2008

Krishnan Subramaniam. (1997). Persepsi guru ekonomi terhadap perlaksanaan


kurikulum Ekonomi Asas KBSM di Negeri Kedah. Tesis Master.
Universiti Sains Malaysia.

Kolb. D.A. (1984) Experiential learning, experience asa the source of learning
and development d. Englewood cliffs, new jersey: Prentice Hall

Lay Yoon Fah & Khoo Chwee Hoon. (2002). The relationships between
gender, computer experience and attitude towards computers. Jurnal
Penyelidikan Maktab Perguruan Keningau Sabah. 1: 25-42.

Leslie, G. & Schibeci, R. (2003). What do science teachers think biotechnology


is?: Does it matter?. Australian Science Teachers’ Journal. 49(3):16 –
21.

Lindner, J. R., Murphy, T. H. & Briers, G. E. (2001). Handling nonresponse in


social science research. Journal of Agricultural Education. 42(4): 43-53.
142

Lock, R. & Miles, C. (1993). Biotechnology and genetic engeneering students’


knowledge and attitudes. Journal of Biological Education. 27(4): 267-
272.

Mahaletchumy Arujanan. (2007). Understanding biotechnology. Symbiosis.


August: 18-22.

Magolda, M.B.B. (1989). Gender diffrrence in cognitive development. An


anaylisis of cognitive complexity and learning style. Journal of Collage
Student Developmnet, 30: 213-220

Michele, D. & Shane, H. (1996). Experiments with fungi part 2: Fermentation.


Australian Science Teachers Journal. 42(2): 34-35.

Miller, L. E. & Smith, K. L. (1983). Handling nonresponse issues. Journal of


Extension. September/October: 45-50.

Miller, J. D., Annou, M., & Wailes, E. J., (2003). Biotechnology: What’s in a
name? A paper presented to the Southern Association of Agricultural
Scientists, Agricultural Communication Section, Mobile, AL.
http://agnews.tamu.edu/saas/2003/miller.htm Akses pada 19 Mac 2007.

Mohd Firdaus Abd Salam. (2002). Sikap dan motivasi terhadap pembelajaran
Bahasa Inggeris : Satu analisis di kalangan pelajar sekolah menengah
pedalaman Sabah. Thesis Master. Fakulti Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Mohd Majid Konting. (2005). Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Yusof Abdullah, Salleh Abdul Rashid, & Zulkifli Mohamed. (2007).
Hubungan motif, sikap dan latihan perguruan dengan profesionalisme
keguruan pelajar program pendidikan IPTA: Satu kajian analisis
laluan. Prosiding: Seminar Kebangsaan Isu-isu Pendidikan Negara. 13-
15 Februari, 2005. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan
Malaysia: Bangi. 2005.

Mohd Noh bin Murli. (2001). Sikap pelajar Melayu terhadap perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling: Satu kajian kes di salah sebuah sekolah
menengah di daerah Klang Selangor. Tesis Master. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Musalmah Johan. (2006). Biotech industry to drive agriculture. StarBiz. The


Star. Julai 31: 14.
143

NBP. (2006). Biotechnology for wealth creation and social well being. Ministry
of Science, Technology and Innovation : Putra Jaya.

Norton, J., Lawrence G., & Wood, G. (1998). Australian public’s perception of
genetically engineered foods. Australasian Biotechnology. 8(3): 172-
181. http://www.bioline.org.br/request?au98027 Akses pada 18 Februari
2007.

Orsenigo, L. (2001). The (failed) development of a biotechnology cluster: the


case of Lombardy. Small Business Economics. 17: 77-92.

Pallant, J. (2001). SPSS Survival Manual : A step by step guide to data analysis
using SPSS for Windows (Version 10). Allen & Unwin : Australia

Prokop, P., Leskova, A., Kubiatko, M., & Diran, C. (2007). Slovakian students'
knowledge of and attitudes toward biotechnology. International Journal
of Science Education. 29(7): 895-907. ERIC EJ764434

PIFB. (2006). Review of public opinion research. The Mellman Group, Inc..
http://pewagbiotech.org/research/2006update/2006summary.pdf Akses
pada 11 Januari 2007.

Rajecki, D. W. (1982). Attitudes: Themes and advance. Massachusetts: Sinauer


Associates, Inc.

RMK-9. (2006). Rancangan Malaysia Ke-9 ( 2006 – 2010). Unit Perancangan


Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri: Putrajaya .
http://www.utusan.com.my/utusan/SpecialCoverage/RMK9/bahasa/Bab
6.pdf Akses pada 12 Ogos 2006.

Robiah Sidin. (2003). Pembudayaan sains dan teknologi: Satu cadangan piawai.
Jurnal Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. 28: 47-63.

Rogers, E. M. (1971). Communication of innovations: A cross- cultural. New


York: The Free Press.

Rota, G., & Izquierdo, J. (2003). Comics as a tool for techning biotechnology in
primary schools. Electronic Journal of Biotechnology. 6(2).
http://www.ejbiotechnology.info/content/vol6/issue2/issues/2 Akses
pada 18 Februari 2007.

Russel, G.A. (1997). Practical DNA technology in school: Plasmids and ligase.
Journal of Biological Education. 31(2): 135-140.
144

Shulman, L. E. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new


reform. Harvard Educational Review. 57(1): 1-22.

Smith, M.K. (1996). 'David A. Kolb on experiential learning' .


http://changingminds.org/explanations/learning/kolb_learning.htm

Tan Chon Seng, Rahmah Mohamed, & Ng Szu Ting. (2003). Bioteknologi:
Teknologi Wawasan. Selangor: Cemerlang Publications Sdn Bhd.

Trexler, C. J. & Meischen, D. (2001). Prospective elementary teachers’


understanding of agricultural technology and its effect on culture and
the enviroment. 28th Annual National Agricultural Education Research
Conference. December 12. pp 485- 497.

Triandis, H.C. (1971). Attitude and attitude change. New York: John Wiley &
Sons, Inc.

USDA . (1992). Methods of communicating biotechnology with the public. US-


EC task force on biotechnology reasearch.
http://www.mindfully.org/GE/Communicating-Biotechnology-
USDADec92.htm Akses pada 18 Februari 2007.

USDA. (2005). Glossary of Agricultural Biotechnology Terms.


http://www.usda.gov/wps/portal/!ut/p/_s.7_0_A/7_0_1OB?contentidonl
y=true&navid=AGRICULTURE&contentid=BiotechnologyGlosary.xm
l Akses pada 31 Mac 2007.

Vail, M., Levy, E., De Vries, T. J., & Roeschlaub, R. (2003). Communicating
Biotechnology. http://www.saasta.ac.za/scicom/pcst7/vail.pdf Akses
pada 15 Mei 2007.

Wikipidia. (2007). Biotechnology. http://en.wikipedia.org/wiki/Biotechnology


Akses pada 10 April 2007.

Wikipidia. (2008). Knowledge. http://en.wikipedia.org/wiki/Knowledge Akses


pada 15 Februari 2008.

Wikipidia. (2008). Maklumat. http://ms.wikipedia.org/wiki/Maklumat Akses


pada 15 Februari 2008.
145

Wheeler, S. (2005). Factors Influencing Agricultural Professionals’ Attitudes


Towards Organic Agriculture and Biotechnology. Centre for Regulation
and Market Analysis School of Commerce, University of South
Australia. http://een.anu.edu.au/e05prpap/wheeler.pdf. Akses pada 25
Feb 2008.

William, K. H., Adesoji, O. A., & Brain, J. S. (2003). Public perceptions of


agricultural biotechnology in the United State in 2001. Food Policy
Institute, Rutgers, The State University of New Jersey. USA.
http://www.foodpolicyinstitute.org/doc5/reports/horticulture.pdf. Akses
pada 8 Januari 2007.

Wilson, E., Kirby, B., & Flowers, J. (2002). Factors influencing the intent of
North Carolina agricultural educators to adopt agricultural
biotechnology curriculum. Journal of Agricultural Education. 43(1): 69-
81.

Wilson, E. (2003). An examination of Agricultural and science educators’


attitudes towards the use of biotechnology. Journal of Southern
Agricultural Education Research. 53(1): 249-257

Yamane, T. (1967). Elementary sampling theory. Englewood cliffs, N. J. :


Prentice-Hall, Inc.

Zeller, M. (2002). Agricultural biotechnology education. The Agricultural


Education Magazine. 74(5): 22-23.
LAMPIRAN A

SURAT KEBENARAN MENJALANKAN PENYELIDIKAN


LAMPIRAN D

SURAT IRINGAN BERSAMA SOAL SELIDIK BAGI KAJIAN RINTIS DAN


KAJIAN SEBENAR
LAMPIRAN E

SOAL SELIDIK
LAMPIRAN C

SURAT UNTUK PENGESAHAN SOAL SELIDIK DAN


SENARAI NAMA PAKAR UNTUK PENGESAHAN SOAL SELIDIK
LAMPIRAN B

SURAT KEBENARAN MENGGUNAKAN SOAL SELIDIK


PENGESAHAN KANDUNGAN SOAL SELIDIK

Melaksanakan kesahan kandungan soal selidik dari 9 - 25 Julai 2007. Senarai pakar yang telah mengesahkan kandungan soal selidik serta komen
dan cadangan mereka adalah seperti di bawah:

Bil Nama Kepakaran/pengalaman Komen dan Cadangan

1 Prof. Madya Dr. Maheran Abd Kepakaran dalam bioteknologi tumbuhan. Soalan di dalam soal selidik ini mencukupi dan
Aziz sesuai untuk guru sekolah.
Pensyarah
FP, UPM Berpengalaman dalam bidang penyelidikan, Soalan tidak terlalu mendalam dan tidak juga
pengajaran dan penyeliaan pelajar master terlalu cetek dan merangkumi bioteknologi
dan PhD bioteknologi pertanian selama 27 tumbuhan, haiwan,perubatan dan industri
tahun makanan.

Cadangan:

Soalan B3 – elok sekiranya ayat diperbaiki


seperti berikut: Mengesan penyakit genetik
menggunakan teknik molekular supaya lebih jelas
untuk pernyataan ini masuk dalam bioteknologi.

Soalan D17 – Mengklon organisma hidup salah


dari segi moral. Ayat tersebut perlu diubah
dengan mengasingkan organisma hidup kepada
haiwan dan tumbuhan

Mengklon tumbuhan adalah salah dari segi


moral
Mengklon haiwan adalah salah dari segi moral
2 Prof. Madya Datin Dr. Siti Nur Kepakaran dalam bioteknologi tumbuhan Secara keseluruhan lengkap dan menepati
Akmar Abdullah dan biologi molekul tumbuhan. objektif. Terdapat sedikit kesalahan ejaan yang
Pensyarah telah dibetulkan
FP, UPM Pengalaman penyelidikan bioteknologi
pertanian khusus kelapa sawit selama 18
tahun di MPOB dan 4 tahun pengalaman
pengajaran, penyelidikan dan penyeliaan
pelajar master dan PhD
3 Prof. Dr. Zakaria bin Kasa Kepakaran dalam Pendidikan Teknik dan Soal selidik disediakan dengan baik dan boleh
Pensyarah/Dekan Vokasional. digunakan
FPP, UPM
25 tahun berpengalaman mengajar, Komen:
menyelidik dan menggubal kurikulum Bahagian B – Beri arahan yang jelas sebab ini
pendidikan teknikal dan vokasional seolah-olah semacam ujian

4 Encik Rusli Sharkom Kepakaran dalam Pendidikan Sains Komen:


Penolong Pengarah Pertanian.
Bahagian Kurikulum JPTek, KPM. Bahagian A

20 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Ruang diantara ( ) dengan soalan perlu


Sains Pertanian. Beliau juga terlibat sebagai didekatkan
panel SPM (1986-20060, pemeriksa SPM
(1989-2006), ketua pemeriksa SPM (1998- Soalan 4 - Kelulusan tertinggi perguruan ditukar
2006), panel penggubal kurikulum mata kepada Kelulusan ikhtisas
pelajaran aliran vokasional dan AJK Penilai
modul MPAV Soalan 5 - Kelulusan tertinggi guru ditukar
kepada Kelulusan akademik tertinggi

Soalan 7. Perlu tambah- Jika Ya. Nyatakan nama


kursus
Bahagian C

Tandaan (/) perlu menggantikan bulatkan pilihan


yang dibuat kerana sampel kajian akan bosan
untuk membulatkan pilihan pada nombor yang
dipilih

Bahagian E

Istilah makmal perlu ditukar kepada


makmal/bengkel kerana makmal untuk Pengajian
Agroteknologi dan bengkel untuk Sains Pertanian

E12 – ketiadaan pembantu makmal tukar kepada


ketiadaan pembantu bengkel Sains Pertanian

E13 – peruntukan kewangan tukar kepada


peruntukan kewangan PCB sedia ada

E14 – Jadual waktu tukarkan kepada:


Kesesuaian jadual waktu pengajaran

Bahagian F

Kelompokan F2,F5,F10 dan F12


Tukarkan F9 dan F10 kepada soft ware
5 Encik Samsuri Buang Kepakaran dalam bidang pengurusan mata Perlu bincangkan matlamat Sains Pertanian dan
Penolong Pengelola Kanan Sains pelajaran Sains Pertanian terutamanya Pengajian Agroteknologi dalam thesis
Pertanian menganjurkan kursus berkenaan pertanian.
Bahagian Kurikulumu JPTek, KPM Cadangan:
11 tahun terlibat dengan semakan
kurikulum pertanian, pembinaan kurikulum Bahagian E
baru pertanian dan menganjurkan kursus E13 – peruntukan kewangan tidak mencukupi
berkenaan pertanian bagi bilangan pelajar

E15- Masukkan
- kursus peningkatan profesionalisme
- sikap pelajar
- sikap guru
6 Tuan Haji Kamarudin bin Kemis 17 tahun pengalaman mengajar Pendidikan Soal selidik yang disediakan adalah jelas dan
Guru Cemerlang/ Jurulatih Sains Pertanian. berfokus serta menepati objektif kajian. Semua
Kebangsaan arahan jelas
SMK Seri Tanjung Beliau juga terlibat dengan pemurnian
45000 Kuala Selangor sukatan pelajaran dan penghasilan Komen:
Selangor instrumen pentaksiran Sains Pertanian Bahagian B – sangat memerlukan kejujuran
tingkatan 4 dan 5. responden bagi mendaptkan kebolehpercayaan
yang tinggi
Selain daripada itu, beliau juga terlibat
sebagai jurulatih kurikulum Sains Pertanian
peringkat kebangsaan dan panel kawalan
mutu buku teks Sains Pertanian Tingkatan 4
dan 5 KPM
7 Tuan Hj Mohammad Jaafar Kepakaran dalam Pendidikan Pengajian Bahagian B
Sahari Agroteknologi
Guru Kanan Teknik dan Vokasional Soalan 1 dan 2 – guru kurang berminat menjawab
SMT (Pertanian) Teluk Intan 21 tahun pengalam mengajar pertanian. dalam bentuk struktur atau esei
36007 Teluk Intan
Perak
Beliau juga terlibat dengan penulisan buku Soalan 3 – kelaskan soalan mengikut:
Pengajian Agroteknologi Tingkatan 5, Sains Produk – produk tidak hidup/produk hidup
Pertanian Tingkatan 5 dan Pemprosesan Proses – proses tidak hidup/proses hidup
Hasil Tingkatan 4 /5 serta AJK semakan
semula sukatan pelajaran Pengajian Atau
Agroteknologi JPTek, KPM.
Kelaskan soalan mengikut bidang:
- kesihatan
- pertanian
- industri
- alam sekitar

Bahagian C
Bahagian ini juga perlu dikelaskan seperti soalan
3 Bahagian B

Bahagian D
Soalan hanya berkisar tentang pertanian.
masukkan juga tentang alam sekitar kerana
pertanian sangat berkaitan dengan alam sekitar
terutamanya yang menyebabkan pencemaran
alam sekitar

Masukkan juga soalan berkaitan dengan genomik,


proteonik dan bioinformatik yang menjurus
disiplin pertanian

Bahagian E
Soalan tertumpu dengan kemudahan fizikal dan
sumber manusia.
Halangan besar pengajaran bioteknologi adalah
pengetahuan yang rendah dikalangan pelajar
mengenai pertanian dan bioteknologi kerana
kurang pendedahan semasa di menengah rendah

Bahagian F
Lengkap.

Cadangan lain:

Minta cadangan daripada responden


topik/kurikulum yang perlu dimasukkan untuk
menerapkan kefahaman dan kemahirn tentang
bioteknologi

8 Encik Jailani Abd Rahim Kepakaran dalam Pengajaran Pendidikan Bahagian A


Penolong Kanan HEP Sains Pertanian Soalan 8 - aliran pelajar yang mengambil mata
SMK Batu Laut pelajaran adalah – sains, sains tulen, sains sosial,
Kuala Langat 13 tahun mengajar Pendidikan Sains sastera dan teknikal
Selangor Pertanian.
Bahagian E
Beliau terlibat sebagai jurulatih kebangsaan Halangan perlaksanaan pengajaran bioteknologi
kurikulum Sains Pertanian serta dalam pertanian di sekolah
penghasilan kurikulum Sains Pertanian - kerjasama guru kaunseling
- buku rujukan

Cadangan:
D17 – organisma hidup menunjukkan semua
benda-benda hidup. Adalah lebih baik jika ianya
dinyatakan sebagai manusia, haiwan/ternakan
atau tumbuhan

E3 – sebaiknya : kandungan topik bioteknologi


dalam buku teks
BIODATA PELAJAR

Nor Arizah binti Masiron adalah guru di Sekolah Menengah Perempuan Kapar Klang

Selangor Darul Ehsan mulai 16 Mac 2008. Mengajar mata pelajaran Perdagangan,

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan serta Pendidikan Sivik. Beliau dilahirkan di Kapar,

Selangor pada 7 Januari 1966. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah

Kebangsaan Bukit Kapar, Klang dan Sekolah Menengah Tengku Idris Shah, Kapar

sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Pertanian Malaysia dalam bidang Sains

Pertanian major pembiakkan tumbuhan. Beliau mendapat Diploma Pendidikan ( KPLI

Major PJPK) dari Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor pada tahun 1993.

Pernah berkhidmat sebagai penolong pegawai penyelidik di Fakulti Pertanian Universiti

Pertanian Malaysia bagi penyelidikan pembiakkan tanaman jagung dan kacang tanah.

Beliau juga pernah berkhidmat di Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan Kapar

(Jun 1993- Feb1996), Sekolah Sukan Bukit Jalil (1996- 2002) dan Institut Perguruan

Keningau Sabah (2002 – 2009). Pernah terpilih sebagai guru kokurikulum dan jurulatih

terbaik Sekolah Menengah Perempuan Kapar pada tahun 1995 serta menerima anugerah

perkhidmatan cemerlang Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 1999 semasa

berkhidmat di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Semasa berkhidmat di Institut Perguruan

Keningau Sabah sebagai pensyarah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup, beliau juga

pernah terpilih menerima anugerah kualiti portfolio terbaik penyarah, pengurusan

landskap terbaik dan pengurusan bilik khas terbaik. Selain itu, beliau juga telah

mendapat biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melanjutkan pelajaran

diperingkat master dalam bidang Pendidikan Teknik dan Vokasional di Universiti Putra

Malaysia mulai tahun 2005.

Anda mungkin juga menyukai