Anda di halaman 1dari 12

KPP 6044

MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI

TAJUK TUGASAN 1

HASILKAN SATU PENULISAN ILMIAH BERASASKAN JURNAL BERWASIT YANG


BERKAITAN DENGAN KEPANTINGAN MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI
TERHADAP TINGKAH LAKU DAN PEMBELAJARAN SESEORANG

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK No Telefon


SIVANESWARI A/P M 201820000489 018 - 7944594
MUNIANDY

SEMESTER 1

NAMA PENSYARAH : DR.NORLIZA BINTI ABDUL MAJID


PENGHARGAAN

Saya disini ingin mengambil kesempatan bagi merakamkan ribuan terima kasih dan
menjulang sepenuh penghargaan kepada DR. NORLIZA BINTI ABDUL MAJID Pensyarah KPP 6044
MOTIVASI DAN EFIKASI KENDIRI yang sudi memberi tunjuk ajar dan bimbingan sepenuhnya kepada saya
bagi menyempurnakan tugasan yang diamanahkan ini.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga dan rakan seperjuangan saya
yang sentiasa memberi pandangan yang bernas dan dorongan positif tanpa mengira masa.

Daripada tugasan ini, saya diberi peluang untuk meluaskan pengetahuan saya lebih mendalam
lagi dalam aspek cara menulis jurnal dengan bersistematik, isi kandungan jernal berwasit, cara
mengaplikasikan teori – teori motivasi dan pendedahan yang jelas tentang peranan kita sebagai seorang
pendidik untuk melahirkan model insan yang bermotivasi dan berefikasi kendiri . Sekali lagi Saya ingin
merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung di
atas kerjasama dan sokongan moral yang diberi kepada saya bagi menyiapkan tugasan ini dengan
sempurna.

Salam Manis

M.Sivaneswari
ISI KANDUNGAN Muka Surat

1.0 Pengenalan 1- 3

2.0 Objektif Kajian 4

3.0 Kepentingan Kajian 4

4.0 Perbincangan 5-7

5.0 Kesimpulan 8

6.0 Rujukan 8-9


Tajuk jurnal : Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi

murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu

Nama penyelidik : Bhavani Somasudram

Tahun penyelidik : 2017

No ISSN : ISSN: 2180 -2842

Volume : 7:1

Bil. Muka Surat : 11- 23

1.0 PENGENALAN

Efikasi kendiri (self-efficacy) merujuk kepada kepercayaan seseorang tentang


kemampuannya untuk berjaya dalam mempelajari sesuatu mata pelajaran akademik . Efikasi
merupakan sumber motivasi utama dalam proses pembelajaran. Justeru, murid yang
menjangkakan dirinya mampu mencapai matlamat pembelajaran yang ditetapkan akan lebih
cenderung untuk menggunakan strategi-strategi pembelajaran.

Justeru itu, guru perlulah mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran secara
kreatif dan inovatif semasa PdPc dijalankan. Jika kaedah pengajaran yang pelbagai dan
bersesuaian dengan isi pelajaran serta mengikut keperluan dan kemampuan murid
dilaksanakan oleh guru maka pembelajaran murid juga akan berjalan dengan lancar, menarik
dan lebih efektif. Hal ini membuktikan bahawa tahap kualiti PdPc perlu diberi penekanan
sebagai salah sebuah kualiti bagi menghasilkan modal insan yang berkualiti. Bagi
meningkatkan kualiti PdPc kaedah Pembelajaran koperatif adalah salah satu teknik yang sering
digunakan oleh guru. Menurut Said (2009), pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan
kaedah PdP di mana pelajar yang bekerja bersama dalam kumpulan yang kecil, membantu satu
sama lain bagi memenuhi kehendak tugasan individu atau kumpulan. Kaedah ini dapat
meningkatkan pencapaian dan motivasi murid dalam pembelajaran.

Kajian yang dijalankan oleh Bhavani Somasundram yang bertajuk ‘Keberkesanan


pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid di sekolah menengah dalam
pembelajaran Bahasa Melayu, amat sesuai dan membuktikan betapa pentingnya pembelajaran

1
koperatif terhadap pencapaian dan motivasi murid. Beliau telah mengkaji kaedah koperatif
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Slavin (2011) mengatakan bahawa kaedah
pembelajaran koperatif secara keseluruhannya memerlukan kerjasama murid dalam proses
belajar dan mereka bertanggungjawab ke atas pembelajaran rakan-rakan sepasukan mereka
selain daripada pembelajaran mereka sendiri. Oleh itu, melalui kajian beliau didapati
pendekatan koperatif dapat meningkatkan pencapaian dan motivasi murid di samping
membantu guru menjalankan pengajaran koperatif dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Melalui pernyataan masalah yang dikenalpasti oleh pengakaji, didapati murid-murid


yang mempunyai masalah disiplin sering kali mengganggu pembelajaran di dalam bilik darjah.
Motivasi yang kurang terhadap pengajaran guru adalah penyebab utama masalah dalam bilik
darjah. Sikap seperti ini menjadi kebiasaan dalam kalangan murid aliran perdana di Malaysia.
Murid-murid ini rata-rata lemah sedikit dan banyak memerlukan kesabaran untuk mendidik
mereka berbanding dengan murid-murid aliran tinggi. Pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan pembelajaran secara umumnya kerana mempunyai dasar-dasar atau prinsip-
prinsip yang khusus. Strategi pembelajaran koperatif yang mewujudkan pelbagai aktiviti yang
menarik membantu murid tertumpu kepada pembelajaran. Hal ini juga akan mengelakkan murid
melakukan pelbagai gangguan di bilik darjah (Zamri et al. 2015).

Di samping itu, pembelajaran koperatif mampu diajar melalui penerapan nilai-nilai


murni seperti hormat-menghormati, bertanggungjawab dan kemahiran-kemahiran sosial yang
berguna dan efektif kepada murid. Melalui pembelajaran koperatif, kesedaran dapat
dikukuhkan oleh guru melalui penerapan nilai hormat dan bertanggungjawab dalam diri murid.
Hal ini dapat disemaikan dalam pengajaran guru sekiranya guru mengajar nilai-nilai ini ketika
pembelajaran koperatif berlaku dalam bilik darjah. Misalnya, setiap ahli kumpulan dapat
mempraktikkan nilai hormat dengan mendengar pandangan atau idea rakan mereka tanpa
membuat sebarang gangguan, atau pengadilan.

Pengkaji jurnal ini juga menegaskan bahawa pembelajaran koperatif nilai


bertanggungjawab boleh dilihat apabila murid berpegang kepada prinsip 'we sink or swim
together'. Unggakapan ini menjelaskan tentang murid-murid dalam sesuatu kumpulan
seharusnya mengamalkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab dalam memberi bantuan
kepada ahli kumpulan mereka supaya mereka sama-sama memahami konsep yang dipelajari,
dan saling membantu rakan yang dipilih untuk mewakili kumpulan dalam memberikan jawapan
dalam pembentangan mereka. Hal ini turut ditekankan dalam kajian Zamri dan Nor Razah

2
(2011), yang menyatakan bahawa dalam konteks PdPc. Pembelajaran koperatif berupaya
menggalakkan interaksi guru dan murid secara berkesan. Hal ini menggalakkan murid
mengasah kemahiran sosial yang tinggi, mengurangkan sikap mementingkan diri dan
memahami isi kandungan pelajaran secara mendalam (Hamidah 2008).

Selain daripada itu, murid yang mempunyai motivasi dan efikasi tersendiri untuk belajar
akan mengaktifkan dirinya dalam pembelajaran koperatif. Kebaikan pembelajaran koperatif
yang utama adalah untuk meningkatkan keupayaan dan keyakinan diri murid serta
menimbulkan motivasi untuk penglibatan aktif dalam proses pembelajaran. Dengan wujudnya
motivasi sedemikian, murid akan lebih tertumpu dalam pembelajaran sama ada motivasi
intrinsik mahupun ekstrinsik. Hal ini sekali gus dapat membantu mengurangkan masalah
gangguan atau ‘off-task behaviours’ dalam pembelajaran.

Di kebanyakan sekolah menengah mahupun di dalam bengkel atau di dalam bilik darjah
pembelajaran koperatif telah lama diperkenalkan. Namun, murid yang terlibat dalam
pembelajaran koperatif masih kurang terserlah berbanding kaedah pembelajaran yang lain.
Bagi mengatasi permasalahan yang timbul, kaedah lain perlu dilakukan dalam pembelajaran
koperatif bagi meningkatkan tahap penglibatan pelajar dan perlu mengubah persepsi murid
terhadap pembelajaran koperatif. Penggunaan kaedah pemusatan guru dalam pembelajaran
murid perlu dikurangkan dalam PdPc mata pelajaran Bahasa Melayu supaya murid menjadi
fokus utama (Zamri 2014).

Pembelajaran koperatif adalah satu cara yang terbaik untuk digunakan (Zamri 2014).
Hal ini dinyatakan berdasarkan kajian dan pengalaman sendiri setelah pakar pendidikan
mengenal pasti bahawa pembelajaran koperatif merupakan satu prosedur kerja yang efektif
dalam apa jua bidang pembelajaran. Didapati mereka menggemari pembelajaran koperatif
kerana tahap pemahaman dan pencapaian mereka meningkat di samping kemahiran sosial dan
intelektual juga turut meningkat.Interaksi sesama murid menjadi ciri utama pembelajaran
koperatif dalam kajian- kajian lepas dan mampu meningkatkan pencapaian murid (Zamri 2014,
Zamri et al. 2015).

Walau bagaimanapun, kajian pelaksanaan pembelajaran koperatif belum begitu luas


dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di Malaysia. Maka pengkaji berpendapat bahawa kajian
yang dijalankan oleh beliau adalah penting untuk menentukan sejauh mana penglibatan murid
dalam pembelajaran koperatif di sekolah menengah. Penglibatan diukur melalui kesan
pencapaian dan tahap motivasi murid dalam pembelajaran koperatif di sekolah.

3
2.0 OBJEKTIF

Objektif kajian ini adalah seperti berikut,

1. Mengenal pasti pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara kumpulan
eksperimen dengan kumpulan kawalan dalam ujian pra.
2. Mengenal pasti pencapaian murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara kumpulan
eksperimen yang menggunakan pembelajaran koperatif dengan kumpulan kawalan yang
diajar secara tradisional dalam ujian pos.
3. Mengenal pasti perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan
eksperimen.
4. Mengenal pati perbezaan pencapaian ujian pra dan ujian pos bagi kumpulan kawalan.
5. Mengenal pasti perbezaan motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu antara
kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan.

3.0 Kepentingan kajian

Secara keseluruhannya kajian ini menjelaskan bahawa ada perbezaan dalam


pencapaian bagi kumpulan eksperimen dan kumpulan kawalan dalam pembelajaran koperatif
dan pembelajaran tradisional. Pencapaian kumpulan eksperimen dalam pembelajaran koperatif
adalah lebih baik daripada kumpulan kawalan tradisional. Pembelajaran koperatif dapat
meningkatkan pencapaian Bahasa Melayu berbanding dengan sebelum pembelajaran koperatif
dijalankan. Dengan itu, pembelajaran koperatif meningkatkan motivasi murid dalam
pembelajaran Bahasa Melayu berbanding pembelajaran tradisional yang tidak menimbulkan
motivasi murid terhadap pembelajaran Bahasa Melayu.

Hasil kajian ini adalah selaras dengan hasil kajian lepas yang menyatakan bahawa ada
hubungan diantara pembelajaran koperatif dan meningkatkan motivasi dalaman murid bagi
mencapai akademik.

4
4.0 Perbincangan

Kajian ini secara keseluruhannya membincangkan tentang pembelajaran


koperatif dapat meningkatkan motivasi murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Selain
daripada pencapaian akademik, pembelajaran koperatif juga membawa kesan yang positif
kepada hubungan sosial antara kaum, sikap dan minat terhadap pembelajaran. Kesan positif
yang dihasilkan oleh pembelajaran koperatif mempunyai kepentingan dalam interaksi dan
kolaboratif antara murid. Salah satu keunggulan daripada langkah-langkah koperatif ialah
ganjaran untuk kumpulan, di mana ganjaran ini diberikan jika kumpulan mencapai skor di atas
yang telah ditentukan.

Pengkaji kajian ini telah membincangkan tentang Teori Skinner . Menurut


Skinner (1993), ganjaran adalah peneguhan positif yang merangsang murid mengekalkan
tingkah laku yang dingini. Dalam situasi ini murid akan lebih bermotivasi untuk mencapai skor
yang telah ditentukan. Para behaviouris percaya bahawa untuk menggalakkan kerjasama murid
dalam kumpulannya, sokongan positif atau positive reinforcement perlu dilakukan, dengan
memberi ganjaran atau hadiah. Dalam pembelajaran koperatif, ganjaran ekstrinsik perlu
digalakkan oleh guru dalam proses PdPc sama ada melalui pujian atau hadiah. Selain itu,
ganjaran intrinsik dapat diraih dalam pembelajaran koperatif apabila sesuatu kumpulan
mendapat kepuasan dalam kerjasama kumpulan menghasilkan suatu tugasan yang
membanggakan dan berfaedah kepada semua. Hal ini sudah tentunya memotivasikan murid
dan menggalakkan murid untuk mencapai hasil yang terbaik dalam apa sahaja yang dilakukan.

Dapatan kajian ini juga membuktikan bahawa, pembelajaran koperatif


meningkatkan pemahaman murid tentang bahan pengajaran dan juga murid menyatakan
bahawa murid berasa lebih berkeyakinan pada diri sendiri dan juga boleh meningkatkan
motivasi serta murid berasa boleh berbincang dengan lebih selesa kerana tidak takut akan
kesalahan yang dilakukan oleh mereka. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa motivasi berkait
erat dengan koperatif iaitu motivasi pembelajaran merupakan perasaan yang mendorong
seseorang untuk berjaya akan menjayakan seseorang untuk belajar.

Kajian ini juga telah membuktikan bahawa, murid yang mempunyai motivasi
untuk belajar secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih fokus terhadap apa yang diajar
oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran juga akan dapat dikurangkan. Melalui kaedah
berkumpulan dalam pembelajaran koperatif ini, didapati memberi kesan kepada pembinaan
sahsiah murid melalui pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif. Melalui kaedah

5
ini juga, guru berupaya mengajar para murid akan nilai-nilai murni yang ingin ditekankan melalui
aktiviti dalam pembelajaran koperatif. Yang penting, kajian ini jelas membuktikan bahawa
pembelajaran koperatif dapat meningkatkan minat dan motivasi murid dalam pembelajaran
Bahasa Melayu.

Menurut kajian ini didapati apabila murid belajar dalam kumpulan secara
koperatif dengan bantuan rakan sebaya secara kerjasama membolehkan murid mencapai
potensi diri masing-masing jika dibandingkan dengan pembelajaran secara sendiri. Selain itu,
dikatakan bahawa motivasi berkait erat dengan koperatif iaitu motivasi pembelajaran
merupakan perasaan yang mendorong seseorang untuk berjaya akan menjayakan seseorang
untuk belajar.

Melalui dapatan kajian ini, terbukti bahawa pembelajaran koperatif ialah satu
pendekatan pedagogi yang dapat membantu guru mengurangkan masalah disiplin yang
mengganggu pembelajaran di bilik darjah. Strategi-strategi pembelajaran koperatif bukan
sahaja menarik tetapi melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Murid akan
mempunyai motivasi untuk belajar dan ini secara sendirinya akan mendorongnya agar lebih
fokus terhadap apa yang diajar oleh guru. Masalah gangguan pembelajaran akan dapat
dikurangkan, jika tidak dihapuskan sama sekali. Melalui kaedah berkumpulan dalam
pembelajaran koperatif ini, didapati memberi kesan kepada pembinaan sahsiah murid melalui
pengajaran kemahiran sosial dan kemahiran kolaboratif.

Penemuan kajian Berjaya membuktikan bahawa melalui strategi-strategi


pembelajaran koperatif, murid-murid yang dahulunya tidak menunjukkan minat dalam
pembelajaran menjadi lebih bersemangat dalam melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran sehingga motivasi mereka terhadap pembelajaran Bahasa Melayu terus
meningkat.

Sebagai penambahbaikan saya ingin menyelitkan teori Herzberg yang


menekankan tentang Pendekatan Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik. Pendekatan
Motivasi Intrinsik dan Motivasi Ekstrinsik mengklasifikasikan motivasi kepada motivasi fisiologi
dan motivasi psikologi. Motivasi psikologi pula dikaitkan dengan dua faktor, iaitu faktor dalaman
dan faktor luaran. Dua jenis motivasi yang berdasarkan domain dalaman dan domain luaran.
Motivasi intrinsik ialah dikenali motivasi dalaman. Dorongan intrinsik timbul kerana memenuhi
keperluan fisiologi dan Ia juga merupakan ciri semula jadi manusia untuk mengatasi segala
cabaran dan rintangan dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang diingininya. Jenis

6
motivasi ini juga dikaitkan dengan faktor dalam diri seperti keperluan, minat, rasa ingin tahu,
kepuasan kendiri dan lain-lain. Motivasi Ekstrinsik pula menjurus kepada keinginan untuk
bertindak yang disebabkan oleh faktor dari luar diri external individu. Melalui pendekatan
motivasi ini membolehkan pelajar menstrategikan konsep motivasi kendiri dalam menghadapi
dan meneruskan proses belajar bahasa Melayu.

Selai dari teori Herzberg, teori Maslow juga boleh digunakan dalam kajian ini. Ini
adalah kerana ,teori Abraham Maslow membincangkan tentang teori tingkah laku individu yang
berkait rapat dengan tingkat keperluan. Beliau berpendapat sekiranya seseorang murid yang
telah dapat memenuhi semua keperluan dalam hidup maka murid tersebut telah berjaya dalam
menentukan hidupnya. Maslow mengaitkan kepentingan memenuhi semua tingkat keperluan
dengan tahap motivasi individu dalam pengurusan strategik. Jika murid berjaya memenuhi
semua keperluan maka murid tersebut akan berperanan dengan lebih aktif dan ceria. Maklumat
ini boleh dikaitkan dengan pembelajaran kooperatif. Murid yang lebih aktif dan ceria akan
memberikan sumbangan terhadap pembelajaran koperatif dengan lebih ikhlas, mempunyai
dorongan, sanggup berusaha dengan lebih gigih dan menjadi lebih produktif. Melalui teori –teori
motivasi yang dinyatakan diatas sudah tentunya dapat meningkatkan Keberkesanan
pembelajaran koperatif terhadap pencapaian dan motivasi dan juga efikasi murid sekolah
menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Teori Bandura juga boleh dikaitkan dalam kajian ini. Bandura mengemukakan
bahawa jika seseorang memiliki keterampilan yang diperlukan dan motivasi yang cukup, maka
penentu utama adalah efikasi diri. Orang yang mempunyai kemampuan dalam memahami
keunggulan, kelemahan, dan situasi belajar akan melahirkan gambaran diri yang baru, mampu
merencanakan langkah-langkah belajar, dan dapat memotivasi diri (Harahap, 2011). Motivasi
belajar akan menimbulkan suatu keinginan yang akhirnya memberikan arah yang baik untuk
pelajar dalam mencapai tujuan yang diinginkan. Pelajar yang memiliki motivasi yang kuat
cenderung akan mempunyai sikap positif (kepercayaan diri) untuk belajar dan berprestasi
(Safitri, et al., 2014). Dorongan dari dalam diri pelajar untuk mencapai prestasi yang optimal
akan mondorong pelajar untuk belajar lebih giat dalam pembelajaran bahasa melayu.

7
5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhanya, jurnal ini merupakan jurnal yang amat berguna kepada warga
pendidik dalam usaha meningkatkan Keberkesanan pembelajaran koperatif terhadap
pencapaian dan motivasi murid sekolah menengah dalam pembelajaran Bahasa Melayu.
Motivasi dalam pembelajaran koperatif serta efikasi kendiri pelajar secara berefektif dalam
meningkatkan prestasi pancapaian Bahasa Melayu. Justeru itu, motivasi dan efikasi kendiri
amat penting bagi membentuk personaliti yang menyumbang kepada hasil kerja yang
berkualiti. Kesimpulannya, motivasi dan efikasi adalah penyediaan asas kepada motivasi
manusia (human motivation), kesejahteraan (well-being), dan pencapaian peribadi (personal
accomplishment).

6.0 RUJUKAN

Bandura, A. (1986). Social foundations of thought and action: A social cognitive theory.
New York: Prentice Hall.

Harahap, D. 2011. Analisis Hubungan antara Efikasi-Diri Siswa dengan Hasil Belajar
Kimianya. Jurnal Jurusan Pendidikan Kimia UMTS.

Hamidah Che Meh. 2008. Kesan pembelajaran terhadap prestasi kemahiran berfikir kritis
dalam penulisan rumusan bagi subjek Bahasa Melayu di kalangan pelajar tingkatan
satu yang berbeza pencapaian. Tesis Sarjana Pendidikan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Safitri, L. A., Rosidin, U., & Ertikanto, C. 2014. Hubungan Kemampuan Berpikir Kreatif dan
Motivasi dengan Hasil Belajar Melalui Model PBL. Jurnal Pembelajaran Fisika. 2(3).

Said, I. (2009). Kaedah Pemelajaran Koperatif Sekolah Rendah. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn. Bhd.
Slavin, R.E. 2011. Student team learning: A practical guide to cooperative learning. Washington,
DC: National Education Association.

8
Zamri Mahamod, Ruslin Amir & Mohamed Amin Embi. 2015. Kepelbagaian pelajar dan
perbezaan pembelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zamri Mahamod. 2014. Inovasi P&P dalam pendidikan Bahasa Melayu. Cetakan Ketiga.
Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Anda mungkin juga menyukai