Anda di halaman 1dari 6

1

ANDRAGOGI : ULASAN JURNAL

Tajuk Jurnal : A Case Study of American and Chinese College Students’


Motivation Differences in Online Learning Environment

Penulis : Chunjuan Zhao (School of Foreign Language, Shandong Normal


University) & Zongxiang Mei (Confucius Institute at Central Connecticut
State University, USA)

Bilangan Muka Surat : 9 Muka Surat

Sumber : Jurnal Pendidikan dan Pembelajaran, Canadian Center of Science and


Education.

Pautan : http://www.ccsenet.org/journal/index.php/jel/article/view/62684

BAHAGIAN A : PENGENALAN

Teknologi tanpa had sempadan sentiasa berkembang dari hari ke hari. Ia telah
memberi kesan yang amat besar kepada hampir kesemua sistem di seluruh pelosok
dunia. Kemajuannya bukan sahaja meningkatkan produktiviti penghasilan bahkan
menjimatkan masa kerja. Penggunaan teknologi yang menarik dan efisien menjadikan
ia sebagai suatu kemestian untuk diaplikasikan dalam dunia pendidikan. Sejajar
dengan saranan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) agar dibudayakan
penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Pelbagai pendekatan yang boleh digunakan dalam P&P. Contohnya, pembelajaran


berbantukan computer (CSCL) secara atas talian. Kaedah tersebut merupakan salah
satu di antara pendekatan dalam P&P yang berpusatkan pelajar (SCL) dan lebih
popular di peringkat global. Pendekatan ini amat signifikan bagi menggantikan kaedah
pengajaran tradisional kerana mampu melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran
khas yang melibatkan kemahiran berfikir secara kritis (Syamsulaini Sidek, Mashitoh
Hashim, 2016). Dikatakan juga, penggunaan media di dalam proses pendidikan
menjadikan proses pemahaman pelajaran lebih mendalam selain dapat menvariasikan
aktiviti pembelajaran.
2

Strategi pembelajaran atas talian telah meningkatkan taraf pendidikan di


sesebuah negara. Akan tetapi, kaedah tersebut mempunyai halangannya tersendiri
apabila dilaksanakan. Jurnal yang ditulis oleh Chunjuan dan Zongxiang (2016)
bertujuan untuk mengenal pasti adakah terdapatnya perbezaan tahap motivasi pelajar
dari Amerika dan China dalam pembelajaran atas talian. Kajian ini bersifat kuantitatif
dengan menggunakan kaedah soal selidik secara perbandingan. 210 orang pelajar
universiti dari China dan sebanyak 162 orang pelajar university di Amerika dijadikan
sebagai responden. Bagi mengenalpasti elemen yang mempengaruhi perbezaan
motivasi antara responden dari dua latarbelakang yang berbeza, penulis menggunakan
instrumen soal selidik. Data-data soal selidik dianalisa dengan menggunakan statistik
deskriptif. Manakala ujian –T dan ANOVA pula digunakan untuk mengukur
perbezaan budaya dalam motivasi pembelajaran.

BAHAGIAN B : ULASAN

Kajian mengenai perbezaan tahap motivasi disebabkan budaya yang berbeza tersebut
pernah dijalankan oleh pengkaji lain berdasarkan laporan dari kajian lepas. Namun,
kali ini pengkaji ingin mengenali dengan lebih dekat elemen-elemen budaya yang
mempengaruhi tahap motivasi pelajar dengan mengambil kira latarbelakang budaya
yang terdiri dari taraf perkahwinan, demografi, kewarganegaraan, jantina dan status
pekerjaan.

(i) Isu Kajian

Seperti yang telah diperkatakan dalam jurnal ini, motivasi menjadi isu dan
cabaran keberjayaan perlaksanaan kaedah pembelajaran secara atas talian. Lebih-lebih
lagi kajian dijalankan dalam kalangan pelajar dewasa yang berbilang budaya.
Memang tidak dinafikan bahawa pembelajaran secara atas talian merupakan cara yang
lebih segar dan kreatif bagi mempelajari sesuatu sekaligus memotivasikan pelajar dari
pelbagai lapisan umur untuk menumpukan perhatian tehadap pelajaran. Tetapi, perlu
diketahui juga bahawa motivasi pembelajaran bukanlah bergantung kepada cara
pembelajaran yang menarik semata-mata. Tetapi, dipengaruhi oleh pelbagai faktor
3

termasuklah keluarga dan keutamaan belajar (Badli Esham Ahmad dan Faizah Abd
Majid, 2010).

Pelajar dewasa dikategorikan berdasarkan usia dan tahap kematangan kognitif.


Didefinisikan oleh Steven R.Crawf (20000) dari sudut psikologinya, pelajar dewasa
dikatakan sebagai seorang individu yang dapat membina rasa bertanggungjawab ke
atas hidupnya sendiri. Selain dapat mengarahkan dirinya, mempunyai identiti, prioriti
dan persepsi tersendiri serta tahu keperluan yang diperlukan atau tidak bagi mencapai
kejayaan dalam pembelajaran (Jr. Roger &Yap, 2009).

Seperti kajian ini pelajar dewasa diuji tahap motivasi diri dengan kaedah
pembelajaran secara atas talian. Pembelajaran secara atas talian merupakan kaedah
pembelajaran moden seperti yang telah diterangkan. Cara pengujian tahap motivasi
tersebut bertepatan dengan teori Gib Akin yang memfokuskan kepada tindak balas
individu semasa berdepan dengan sesuatu kaedah pembelajaran yang baharu
berbanding hanya mengagak dan meneka. Ianya lebih kepada penyesuaian diri dengan
kaedah pembelajaran yang berlainan. Pelajar dewasa akan mengambil kira segala
unsur di sekeliling mereka dengan menggabungkan perkara baru dan lama. Hasilnya,
cara yang sesuai akan dipilih oleh mereka untuk melalui proses pembelajaran tersebut,
(James G.Clawson, 2008). Disokong juga oleh TEAL (2011), bahawa pelajar dewasa
terus mempraktikkan apa yang dipelajari berbanding hanya mengingati isi
kandungannya.

Penyesuaian pelajar dewasa terhadap sesuatu kaedah pembelajaran yang


baharu, berkesinambungan dengan motivasi yang tinggi dalam diri mereka. Pengaruh
luar dan dalam serta pengalaman lepas berperanan penting dalam membina motivasi
diri pelajar dewasa (Jr. Roger &Yap, 2009). Dimaksudkan dengan motivasi ialah
suatu kuasa yang menjana dan mengarahkan sesuatu tingkah laku (Suppiah, Ramlah &
Abdul Aziz, 2008). Turut disokong oleh SAGE (2015), motivasi merupakan
kebolehan semulajadi manusia yang memberikan kekuatan untuk mencapai sesuatu
yang diimpikan. Individu yang bermotivasi lepih berpeluang untuk berjaya
berbanding yang tidak bermotivasi. Sedangkan, kedua-dua individu tersebut
mempunyai kebolehan dan peluang yang sama. Keadaan sebegitu sama keadaannya
4

seperti dua kumpulan pelajar dalam kajian ini yang melalui perbezaan budaya tetapi
mempunyai kebolehan dan peluang yang sama dalam pembelajaran. Cuma yang
membezakan dua kumpulan ini ialah tahap motivasi mereka. Dinyatakan oleh
Malcolm Knowles, pelajar dewasa lebih cenderung dipengaruhi oleh motivasi
dalaman yakni intrinsik berbanding motivasi luaran, ekstrinsik dalam pembelajaran
(Shoran B.Meriam, 2000).

Motivasi intrinsik wujud dalam diri individu dengan mendapat kepuasan


apabila dapat mengarahkan diri mereka menyiapkan tugasan atau mencapai sesuatu
matlamat (Suppiah, Ramlah & Abdul Aziz, 2008). Tetapi, tidak ditolak sepenuhnya
bahawa motivasi pelajar dewasa juga turut dipengaruhi oleh faktor luaran (intrinsik)
(Shoran B.Meriam, 2000). Samada, belajar untuk mengekalkan kerjayanya,
merapatkan jurang pendidikan, kenaikan pangkat, bergaji besar dan lain-lain.

Menurut Chao Jr. Roger (2009), harus difahami bahawa kepelbagaian motivasi
bagi pelajar dewasa bergantung pada peralihan fasa dalam hidup mereka ke fasa yang
seterusnya. Pelbagai teori mengenai peringkat hidup individu telah dibangunkan.
Seperti teori yang diasaskan oleh Abraham Maslow yang menyatakan lima peringkat
atau fasa hidup seseorang. Peringkat yang paling bawah dikategorikan sebagai
keperluan untuk mengisi kekurangan. Manakala, peringkat yang paling atas ialah
kepuasan diri. Setiap peringkat menuntut keperluan yang berbeza. Kepuasan diri tidak
akan dapat dicapai seandainya tidak memenuhi keperluan asas pada setiap fasa
(ESREA).

(ii) Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan terdapatnya perbezaan motivasi bagi pelajar


dewasa Amerika dan China dalam pembelajaran secara atas talian. Pelajar Amerika
mendapat skor yang tertinggi dalam tiga jenis motivasi iaitu kesesuaian bidang,
peneguhan dan efikasi kendiri. Manakala pelajar China hanya mendapat skor tertinggi
dalam pengawalan diri. Walaupun budaya di China amat mementingkan kerja keras
atau berusaha gigih, ia tidak menjamin ketekalan motivasi dalam diri individu dewasa
sebagai pelajar berbanding dengan pelajar dewasa dari Amerika. Dapatan kajian ini
5

menyokong teori pembelajaran dewasa bahawa motivasi dipengaruhi oleh pelbagai


faktor. Dalam kajian ini, budaya dikatakan sebagai pengaruh utama kepada pelajar-
pelajar tersebut.

Budaya, mempengaruhi persepsi seseorang individu dengan hubungan yang


sangat kompleks. Bahasa, nilai, kepercayaan dan sikap yang diabadikan dalam tingkah
laku seseorang digelar sebagai budaya. Budaya akan berubah dari masa ke semasa.
Istilah budaya merupakan satu konsep yang luas. Secara asasnya, budaya ialah alat
untuk menyesuaikan seseorang individu dengan keadaan sekeliling agar individu
tersebut boleh memainkan peranannya dalam persekitaran sosial. Badli Esham Ahmad
dan Faizah Abd Majid (2010) menyatakan bahawa individu dibentuk oleh masyarakat
dan budaya yang mengandungi sejarah tersendiri serta dapat mendorong diri untuk
terus belajar tanpa dipaksa.

Awal Mohammed Alhassan (2012) turut menyokong dalam kajiannya,


persekitaran kehidupan pelajar dewasa akan memberi kesan kepada komitmen
mereka. Apabila keadaan persekitaran berubah maka, tingkah laku juga turut berubah.
Untuk memahami dengan lebih dekat seseorang pelajar dewasa, fahamilah cara
mereka berinteraksi dengan keluarga, komuniti, pekerjaan dan institusi tempat
belajarnya. Hubungan itu akan memastikannya termotivasi untuk terus belajar.

(iii) Penutup

Jurnal ini mempunyai prosedur penyelidikan yang baik dengan menyatakan


permasalahan dan objektif secara konsisten. Dapatan kajian menunjukkan hasil yang
memenuhi persoalan kajian. Secara keseluruhannya, jurnal ini dapat menerangkan
elemen yang mempengaruhi tahap motivasi seseorang individu yang bergelar pelajar
dewasa. Hal ini demikian dapat membantu tenaga pengajar untuk mencari kaedah
yang sesuai bagi merangsang motivasi diri pelajar. Selain itu, turut membuka mata
masyarakat bahawa latar belakang seseorang mempengaruhi tingkah laku mereka.
6

RUJUKAN

Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor. 2008. Psikologi
Pendidikan. Selangor: Oxford Fajar Sdn Bhd.

Syamsulaini Sidek dan Mashitoh Hashim. 2016. Pengajaran Berasaskan Video


Dalam Pembelajaran Berpusatkan pelajar : Analisis dan Kajian Kritikal.
Universiti Pendidikan Sultan Idris : Journal of ICT in Education.

Anda mungkin juga menyukai