Anda di halaman 1dari 2

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH

ILMU PENGETAHUAN BARU

8.0 ILMU PENGETAHUAN BARU

Bil. Instrumen Ilmu / Pengalaman Baru yang Diperolehi

Melalui pemerhatian yang telah dijalankan, banyak perkara yang


saya perolehi sebagai ilmu dan pengalaman baru. Sekolah
Menengah Kebangsaan Kabong Mempunyai kawasan sekitar
yang bersih dari sampah. Tong sampah diletakkan di setiap luar
kelas bagi memudahkan sesiapa sahaja membuang sampah terus
ke dalam tong sampah. Murid juga dibudayakan dengan kelas
yang bersih dan cantik. Nilai-nilai murni bertanggungjawab
tersemat secara semulajadi tanpa dipaksa dalam diri
murid.Keceriaan kawasan sekolah turut terserlah dengan pokok-
pokok dan tumbuh-tumbuhan.

8.1 Pemerhatian
Selain itu, murid di sekolah ini murah dengan senyuman, sapaan
dan salamnya. Tidak kira bangsa atau agama apa, kesemua
mereka senang untuk menyapa guru dengan salam (muslim) dan
kata sapaan yang mesra. Guru terasa dihargai dengan cara
sebegitu. Murid juga diterapkan dengan unsur kerohanian dengan
bacaan yasin pada perhimpunan sesi pagi setiap hari sebelum
masuk ke kelas. Dari aspek kawalan kelas dan sesi pembelajaran,
guru- guru terlihat mahir mengawal keadaan. Saya belajar banyak
perkara dari aspek tersebut dan menyedari kelemahan pada diri
saya yang perlu diperbaiki. Dari segi komitmen guru memang
tidak disangkal lagi kecemerlangannya

Kaedah temubual pastinya menjadi kaedah yang berkesan bagi


mendapatkan maklumat. Ilmu baru dalam temubual dari segi
teknikalnya saya belajar cara berkomunikasi dengan betul
8.2 Temu bual
mengikut keadaan. Contohnya, menemubual pengetua
menggunakan komunikasi secara formal berbanding menemubual
pelajar dan pengawal keselamatan.
Selain itu, dengan temubual kita akan berasa lebih dekat dan
PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH
ILMU PENGETAHUAN BARU

selesa dengan yang ditemubual. Jurang yang selama ini


dirasakan dek kerana jawatan dapat dikurangkan. Kebaikannya
kelak apabila hendak bertanya atau merujuk tentang sesuatu
perkara, saya tidak teragak untuk meminta pendapat dari mereka
yang berpengalaman. Manfaat lainnya ialah, maklumat senang
sampai kepada orang lain melalui temubual.

Soal selidik memberikan pengalaman saya melihat persepsi


8.3 Soal selidik majoriti terhadap sesuatu perkara. Kaedah ini juga turut
mengasah kemahiran saya untuk menilai sesuatu perkara dengan
teliti.

Analisis dokumen mengajar saya untuk melihat sesuatu perkara

Analisis dari ruang lingkup yang luas dan mengajar saya membuat
8.4
dokumen kesimpulan bagi satu-satu maklumat. Selain itu, apabila kita
menganalisis sesuatu perkara, kita tidak mudah menghentam
kerana tahu faktor penyebab dan penyelesaian.

Anda mungkin juga menyukai