Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Maksud motivasi diambil daripada perkataan lain 'movere' yang bermaksud


'to move'.Menurut Alderman (1974), motivasi ialah kecenderungan tingkah laku
dan pilihan yang dikawal oleh hubungan akibat dan kecenderungan tingkah laku
yang berterusan sehingga matlamat dicapai.Cox(1994) mendefinisikan motivasi
sebagai sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai
matlamat tersebut sehingga berjaya.
Motivasi juga merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial dan kognitif
yang memainkan peranan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan
ingin mencapai sesuatu matlamat(Robert,1993). Ciri-ciri personaliti yang
membesarkan antara atlet yang bermotivasi tinggi dengan atlet yang bermotivasi
rendah adalah seperti:
I. Tahap keperluan pencapaian
II. Orientasi maklumat
III.Keyakinan diri
IV. Kompetensi
V.Optimis
VI.Tanggapan posotif yang dimiliki oleh atlet tersebut
Walau bagaimanapun, ciri-ciri personal sahaja tidak cukup untuk membuat
andaian tentang motivasi melainkan ia disokong oleh faktor persekitaran.
Sebagai contoh, tingkah laku jurulatih, rekod kejayaan dan kekalahan pasukan,
jenis persekitaran semasa permainan diadakan seperti jarak, cuaca dan reaksi.
Penonton banyak mendorong kecenderungan atlet untuk terus berjuang dalam
sesuatu pertandingan. Oleh yang demikian, motivasi berpunca dari kombinasi
ciri-ciri personal dan faktor persekitaran yang berperanan sebagai pendorong
arah tingkah laku atlet.
Bagi seseorang jurulatih, motivasi bererti usaha untuk memotivasikan
atletnya supaya dapat melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna.
Manakala motivasi bagi seseorang atlet pula ialah berusaha untuk persembahan
Page
1

terbaik.Seseorang atlet yang bermotivasi untuk meningkatkan prestasinya akan


turun ke padang untuk membuat latihan tanpa diarahkan oleh orang lain kerana
motivasinya untuk merealisasikan matlamat adalah tinggi.
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik
( (dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran).
(a)Motivasi Intrinsik
Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik ialah motivasi yang timbul dari
dalam hati seseorang itu sendiri.Motivasi ini timbul daripada keinginan dirinya
sendiri untuk mencapai matlamat-matlamat seperti kesedaran tentang potensi
dirinya, kejayaan, kepuasan dan keseronokan. Lazimnya, seseorang atlet yang
bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam sesuatu aktiviti. Ia lahir dalam diri
seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor dalaman dan minatnya tanpa
dipaksa orang lain.
Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan
kemampuan atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti hadiah,
pujian, penghargaan dan publisiti, melainkan kerana kepuasaan dalam
dirinya.Tambahan lagi,atlet yang mempunyai motivasi intrinsik biasanya tekun,
bekerja keras, teratur dan berdisiplin dalam menjalani latihan serta tidak
bergantung kepada orang lain.
(b)Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang dirangsang oleh elemen luar seperti
ganjaran untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.
Ganjaran itu adalah dalam pelbagai bentuk seperti hadiah, hukuman, ugutan,
penghargaan dan pengiktirafan (Mohd. Sofian, 2002). Motivasi ini hanya akan
kekal seketika kerana atlet akan berusaha bersungguh-sungguh apabila
ganjaran disediakan. Ganjaran kebendaan lebih cepat hilang jika dibandingkan
dengan ganjaran kepuasan atau motivasi dalaman.
Page
2

Motivasi berbentuk hukuman digunakan oleh jurulatih sukan sebagai


dorongan atau rangsangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Keadaan ini
tidak begitu baik kerana pemain lain akan turut berada dalam keadaan tertekan
dan ketakutan malahan tidak menyeronokkan. Hukuman boleh meningkatkan
motivasi atlet untuk memperbaiki diri dan prestasinya. Namun, hukuman dan
dendaan yang keterlaluan akan menjejaskan dan mendatangkan kesan negatif
untuk jangka masa panjang.
Motivasi dan ganjaran
Ganjaran ekstrinsik dan intrinsik boleh mendatangkan kesan positif atau
negative kepada atlet yang bertanding dalam sesuatu bidang sukan.
Penyertaan atlet yang bermotifkan ganjaran ekstrinsik dan pada masa yang
sama mendapat pengiktirafan terhadap kebolehan atlet akan meningkatkan
motivasi intrinsik atlet tersebut. Sebaliknya, jika ganjaran ekstrinsik menjadi
sasaran kepada penyertaan atau penglibatan atlet tadi, tetapi tidak menerima
pengiktirafan terhadap kebolehannya maka ini akan melemahkan motivasi
intrinsik atlet tersebut. Individu yang bermotivasi intrinsik mempunyai keazaman
diri yang kental. Penyertaan dalam sesuatu pertandingan akan memberi
kepuasan dan keseronokan pada dirinya. Disamping itu juga, ia dapat
meningkatkan kemahiran, persaingan semulajadi dalam sukan serta sasaran
pencapaian prestasi.
Kemahiran memotivasikan diri
Dalam sukan, penetapan matlamat adalah relevan dengan perubahan
tingkah laku. Rangsangan tingkah laku perlu bersifat kognitif untuk dijadikan
pendorong kepada lakuan yang perlu bagi mencapai matlamat. Jurulatih, atlet
dan mereka yang terlibat dalam bidang sukan menggunakan teknik penetapan
matlamat untuk meningkatkan kemahiran atau prestasi dalam aktiviti fizikal dan
sukan. Dorothy dan Roscue (1995), mendapati bahawa matlamat akan
merangsang dan meningkatkan usaha yang berterusan.

Page
3

Tiga Model Motivasi


(a)Model Motivasi Keperluan-tujuan
Model motivasi keperluan-tujuan dimulai dengan perasaan keperluan
individu.Keperluan ini kemudian ditransformasikan menjadi perilaku yang
diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan.Tujuan dari perilaku
adalah untuk mengurangkan keperluan yang dirasakan.Secara teori, perilaku
mendukung tujuan dan perilaku tujuan berkelanjutan sampai keperluan yang
dirasakan telah berkurangan atau dipenuhi.
(b)Model Ekspektasi Motivasi Vroom
Sebenarnya, proses motivasi adalah lebih rumit daripada yang digambarkan
oleh model motivasi keperluan-tujuan.Model Ekspektasi Motivasi Vroom
mengatasi beberapa kerumitan tambahan.Sama seperti model keperluantujuan, Model Ekspektasi Motivasi Vroom adalah berdasarkan pada premis
bahawa keperluan yang dirasakan menyebabkan perilaku kemanusiaan. Akan
tetapi, model ini telah menangani isu kekuatan motivasi.Kekuatan motivasi
adalah

peningkatan

perilaku.Ketika

keinginan

keinginan

individu

meningkat

atau

untuk

menjalankan

menurun,

kekuatan

sesuatu
motivasi

dikatakan berfluktuasi.

(c)Model Motivasi Porter-Lawler


Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang
menggambarkan huraian proses motivasi yang lebih lengkap dibandingkan
model motivasi keperluan-tujuan atau Model Ekspektasi Motivasi Vroom.Model
Motivasi Porter-Lawler ini konsisten dengan dua model sebelumnya dimana
model ini menerima premis bahawa keperluan yang dirasakan akan
menyebabkan perilaku kemanusiaan dan usaha yang dilakukan untuk mencapai
suatu tugas ditentukan oleh nilai balas jasa yang dirasakan.
Lima Panduan Untuk Membina Motivasi Kepentingan Motivasi Pencapaian
Page
4

dan Kegigihan Bertanding.


Untuk mengatasi masalah dalam sukan, seseorang yang telah hilang minat
dalam sukan mestilah digalakkan supaya aktif semula, terus berusaha dan
mencapai kepuasan daripadanya. Sumber yang penting ialah motivasi. Garis
panduan bagi memotivasikan atlet supaya mempertingkatkan persembahannya
yang dicadangkan Vincent dan Mohd. Sofian (dalam Mohd. Sofian, 2002)
adalah seperti berikut:
Sifat Motivasi dalam Dua Keadaan
Penyertaan yang kurang bermotivasi biasanya berpunca daripada
gabungan faktor peribadi dan situasi. Faktor peribadi boleh menyebabkan
seseorang atlet kurang bermotivasi tetapi situasi atlet perlu turut diambil kira.
Selalunya, adalah lebih mudah bagi seseorang jurulatih itu menukarkan
keadaan daripada mengubah personaliti atletnya. Jurulatih seharusnya tidak
hanya menfokuskan perhatian kepada sifat peribadi atau situasi sahaja tetapi
pertimbangkan interaksi antara kedua-duanya.
(b)Memahami Dan Mengenali Tujuan Penglibatan Atlet
Jurulatih perlu memahami dan mengenali motivasi atau tujuan seseorang
melibatkan diri dalam sukan. Gould dan Petlichkoff (1988) menunjukkan tujuan
penyertaan atlet dalam sukan ialah memperbaiki kemahiran, mendapatkan
keseronokan, mendampingi kawan-kawan, inginkan pengalaman, mendapat
kejayaan dan memperbaiki kesihatan. Untuk membina motivasi dalam diri atlet,
jurulatih haruslah:
-mengkaji setiap individu tentang apa yang mereka suka dan tidak suka
mengenai sesuatu aktiviti. Dengan cara ini, jurulatih dapat menyelaraskan
kegemaran mereka dalam latihan untuk mempertingkatkan motivasi mereka.
-mengetahui serba sedikit maklumat tentang individu yang terlibat. Jurulatih
akan lebih memahami individu tersebut dan boleh menerapkan teknik-teknik
motivasi yang sesuai dengan peribadinya.
-meminta setiap peserta menulis sebab mereka terlibat dalam sukan atau
Page
5

latihan. Sebab-sebab ini boleh dijadikan panduan dalam perancangan sesuatu


latihan.
(c) Perubahan Persekitaran Mengubah Motivasi
Kita perlu menggunakan pengalaman peserta atau pemain untuk
menyediakan satu persekitaran yang sesuai untuk bersukan bersesuaian
dengan kehendak mereka. Misalnya, seorang pengurus taman sesuatu daerah
mengetahui bahawa setengah atlet dewasa lebih berminat kepada pertandingan
dan setengah lagi tidak. Oleh itu, pengurus taman itu harus menjadikan
permainan sofbol bukan sahaja sebagai pertandingan tetapi juga sebagai
rekreasi. Perubahan ini akan menambah jumlah peserta dengan memberi apa
yang dikehendaki mereka. Oleh itu, seseorang jurulatih hendaklah merangka
keadaan untuk merealisasikan motivasi bermaksud merangka keadaan dengan
mengkaji pelbagai kehendak.
(a)Pengaruh Motivasi Seorang Jurulatih
Seseorang jurulatih mempunyai peranan yang kritikal untuk mempengaruhi
motivasi atlet.Contohnya, seorang jurulatih yang cergasdan periang akan
memberikan pertimbangan yang teguh dan waras.Dalam beberapa tahun atlet
akan mengenali sikap seseorang jurulatih itu secara lebih mendalam. Walau
bagaimana pun,jurulatih mungkin akan mengalami hari yang kurang baik dan
bersikap kurang ceria dan seterusnya boleh mempengaruhi altet menyebabkan
mereka tidak puas hati atau keciwa.Tingkah laku jurulatih pada hari-hari
tersebut akan mempengaruhi suasana motivasi atlet. Sebagai seorang yang
profesional, jurulatih seharusnya bertungkus-lumus mengatasi hari-hari yang
kurang baik tersebut.
(b)Penggunaan Perubahan Tingkah Laku untuk Mengubah Motif Atlet yang
Tidak Disenangi
Atlet-atlet adalah manusia biasa yang melibatkan diri dalam sukan dengan
Page
6

motif yang berlainan. Jurulatih perlu cuba mengubah motif atlet yang tidak
disenangi. Sebagai contoh,seorang pemain bola sepak telah mencederakan
pemain utama pasukan lawan demi kemenangan. Jurulatih harus menggunakan
teknik perubahan sikap untuk mengubah motif yang tidak diingini iaitu, jurulatih
harus menekankan sikap permainan bersih, menegur pemain yang agresif
sambil membincangkan kelakuan yang sepatutnya bersama atlet. Dengan ini,
perubahan sikap dapat mengubah motivasi seseorang atlet.
Teori Motivasi Pencapaian
Motivasi pencapaian bermaksud kecederungan seseorang atlet sama ada
mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan
pencapaian (Shaharudin, 2002). Seseorang individu menyertai sukan
bergantung kepada dua motif utama iaitu motif intrinsik dan motif ekstrinsik.
Motif intrinsik adalah secara dalamam seperti keinginan memperbaiki
pencapaian sendiri, meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan. Motif
ekstrinsik adalah secara luaran seperti keinginan mendapatkan ganjaran,
penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat kebendaan. Antara teori
yang mengupas pendekatan motivasi pencapaian ini adalah model motivasi
pencapaian McClelland dan Atkinson.Menurut model ini, motivasi itu terbentuk
berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan.
Keinginan seseorang atlet melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti bergantung
kepada motif untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan.
sekiranya atlet tersebut yakin akan berjaya, maka dia akan melibatkan diri.
Sebaliknya, sekiranya dia merasa tidak yakin, dia tidak akan menyertai aktiviti
berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan seseorang atlet dalam sebarang
aktiviti boleh dilihat berdasarkan formula berikut:
Motivasi Pencapaian = Motivasi Intrinsik Kebimbangan Kognitif Seketika
Situasi berikut menerangkan penggunaan model ini. Lim ialah seorang
wakil sekolah yang handal dalam bola keranjang. Dia ditukarkan ke sekolah
barukerana pemindahan rumah. Di suasana baru itu, dia mencuba nasib
Page
7

untuk mewakili pasukan bola keranjang sekolah. Walau bagaimana pun, dia
memerhatikan ramai calon lain lebih tinggi dan lebih handal daripadanya.
Sekiranya dia masih memegang pada persepsi asalnya, dia tidak akan
mencuba nasibnya ( takut kepada kegagalan). Sebaliknya, sekiranya dia
merasakan dirinya mempunyai kebolehan yang setara dengan calon-calon
lain, maka dia akan memilih untuk menyertai ujian pemilihan tersebut (motif
untuk mencapai kejayaan).
Elemen motivasi ekstrinsik membantu menjelaskan mengapa seseorang
individu terus menyertai sesuatu aktiviti walaupun motif untuk mencapai
kejayaan individu tersebut rendah. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh
motivasi ekstrinsik seperti ganjaran wang, piala, pujian atau anugerah.
Dengan elemen luaran ini, Atkinson mengakui bahawa terdapat kesan
pengaruh luaran dalam motivasi individu.
Tindakan-tindakan yang diambil untuk menyelesaikan masalah
Atlet yang bermotivasi dalaman akan sentiasa mengekalkan
penglibatannya dalam aktiviti fizikal atau sukan. Namun, seseorang jurulatih
perlu membentuk lagi motivasi atletnya dengan pelbagai strategi.
Mewujudkan Pengalaman Kejayaan
Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di setiap
peringkat latihan. Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz gol boleh dibesarkan
atau dikecilkan mengikut kebolehan atlet sehingga dia mencapai kejayaan.
Dengan

bertambahnya

kejayaan

dalam

penguasaan

kemahiran

dan

persembahan dalam latihan, atlet akan ditingkatkan keyakinan kejayaan dalam


sesuatu pertandingan. Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi
keinginan bersaing.
Meningkatkan Keyakinan Diri Atlet
Keyakinan diri penting untuk persembahan yang baik dan perlu dibina.
Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri atlet adalah memberi
Page
8

maklumbalas positif kepada atlet terhadap perlakuan yag betul dan tepat,
berfikiran positif, berlatih dengan pemain yang berkebolehan dan sebagainya.
Latihan Berperingkat
Pr Proses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet dengan menilai
keupayaan kendiri. Atlet akan berlatih menguasai kemahiran dengan latih tubi.
Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu boleh menilai diri sendiri berbanding
dengan orang lain untuk memperbaiki kelemahan.Proses terakhir ialah atlet
telah dapat mengintegrasikan penguasaan kemahiran dan telah bersedia untuk
membuat perbandingan dengan orang lain.
Pelbagaian Kandungan Latihan
Perasaan bosan ialah musuh utama bagi setiap pemain yang terlibat dalam
sebarang kegiatan sukan. Perasaan kurang seronok merupakan sebab asas
seseorang atlet keluar daripada kegiatan sukan ( Sofian, 2002).

Oleh itu,

jurulatih haruslah merancang program latihan yang mempunyai kandungan


dan turutan latih tubi yang dapat dipelbagaikan bagi setiap sesi latihan. Sesi
latihan boleh menjadi menarik dan menyeronokkan dengan pengisian peluangpeluang untuk belajar,menunjukkan kemahiran baru dan melibatkan diri dalam
simulasi pertandingan.
Penetapan Matlamat Diri yang Realistik
Seseorang atlet perlu mempunyai matlamat kendiri untuk meningkatkan
motivasi dalaman. Matlamat-matlamat ini tidak semestinya hasil pencapaian
prestasi tetapi ia boleh dalam bentuk peningkatan prestasi kendiri atau
kawalan emosi kendiri. Atlet juga perlu menetapkan objektif khusus yang boleh
diukur. Misalnya, dalam latihan jaringan, atlet boleh menetapkan bilangan gol
yang perlu dijaringkan dalam setiap sesi latihan.
Penglibatkan Pemain Dalam Membuat Keputusan
Jurulatih harus memberi atlet-atletnya tanggungjawab untuk membuat
sesuatu keputusan dan peraturan. Dengan ini, kawalan persepsi akan
ditingkatan dan pencapaian peribadi dapat dirasai. Misalnya, pemain-pemain
diberi peluang merancang atau membuat perubahan terhadap aktiviti-aktiviti
Page
9

latih tubi.
Latihan Simulasi
L
Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan yang hampir sama dengan
pertandingan sebenarnya. Atlet akan dapat membiasakan diri dengan
pertandingan sebenar yang akan dihadapinya. Kelemahan penguasaan
kemahiran dan strategi dapat dikesan dan dibaiki dalam latihan simulasi. Atlet
akan bersedia untuk menghadapi pertandingan dengan penuh keyakinan.
Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding dalam
Latihan.
Seseorang jurulatih yang baik dan berkesan akan cuba meningkatkan dan
mengekalkan

motivasi

atletnya.Motivasi

intrinsik

harus

dipupuk

dan

dikembangkan dalam diri setiap atlet. Peranan jurulatih adalah berusaha


memastikan atlet mereka memilih motivasi intrinsik. Sebaliknya, atlet yang
mempunyai motivasi ekstrinsik biasanya bermain untuk ganjaran yang berupa
kebendaan, penghargaan dan publisiti. Ganjaran kebendaan akan hilang lebih
cepat jika dibanding dengan ganjaran kepuasan atau motivasi intrinsik.
Tahap motivasi intrinsik meningkat bila atlet merasakan dia telah mempamerkan
prestasi yang baik berbanding dengan mereka yang mempunyai persepsi
kejayaan yang rendah. Menang atau kalah adalah tidak penting dalam
penentuan motivasi intrinsik. Apa yang perlu dilakukan oleh jurulatih atau guru
ialah memberikan maklum balas yang subjektif terhadap perlakuan yang baik
walau pun objektifnya tidak tercapai. Justeru itu, jurulatih harus menstruktur dan
menggunakan ganjaran (dan strategi-strategi lain) untuk meningkatkan persepsi
kejayaan melalui motivasi intrinsik atlet mereka.

Page
10

Page
11

Anda mungkin juga menyukai