Anda di halaman 1dari 12

PJM3117 Psikososial Sukan

Tajuk 3

MOTIVASI DAN SUKAN

Sinopsis
Tajuk Motivasi dan Sukan ini menerangkan lima tajuk kecil iaitu definisi/
komponen motivasi, model motivasi, panduan membina motivasi, teori motivasi
pencapaian,

pembentukan

motivasi

pencapaian/kegigihan

bertanding

dan

penggunaan motivasi pencapaian/kegigihan bertanding dalam latihan. Tajuk ini


juga dibekalkan dengan soalan perbincangan, latihan , tutorial dan senarai bahan
rujukan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menyatakan definisi dan komponen motivasi
2.
Memahami tiga model motivasi
3.
Menyatakan lima panduan untuk membina motivasi kepentingan motivasi
4.
5.
6.

pencapaian dan kegigihan bertanding


Mengenali teori motivasi pencapaian
Menjelaskan pembentukan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding
Menerangkan penggunaan motivasi pencapaian dan kegigihan bertanding
dalam latihan

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini


MOTIVASI DAN SUKAN

Definisi dan
Komponen
Motivasi

Pembentukan
Motivasi
pencapaian dan
Kegigihan
Bertanding

Lima Panduan Untuk


Membina Motivasi
Kepentingan Motivasi
Pencapaian dan
Kegigihan Bertanding

Tiga Model Motivasi

Teori
Motivasi
Pencapaian

23

Penggunaan Motivasi
Pencapaian dan
Kegigihan Bertanding
Dalam Latihan

PJM3117 Psikososial Sukan

Kandungan
3.0

Pengenalan

Motivasi adalah salah satu daripada aspek yang penting dalam sukan. Ia akan
mempengaruhi penglibatan atlet dalam aktiviti sukan, latihan, pertandingan dan
sebagainya. Ia juga mungkin mempengaruhi minat dan kepuasaan seseorang
atlit terhadap sukan yang diceburinya. Oleh itu, tajuk motivasi perlulah dikaji
dengan terperinci.
3.1 Definisi dan Komponen Motivasi
Motivasi ialah sumber atau alat yang menggalakkan seseorang untuk mencapai
matlamat dan seterusnya berusaha untuk mencapai matlamat tersebut (Cox,
1994). Motivasi juga boleh didefinisikan sebagai kekuatan dalaman yang
menggerakkan dan membawa kepada tingkah laku ( Vincent dan Mohd. Sofian
dalam Mohd. sofian, 2002). Motivasi juga merujuk kepada arah dan intensiti
usaha seseorang individu (Sage, 1977 dalam Shaharudin, 2001).
Bagi seseorang jurulatih, motivasi bererti usaha untuk memotivasikan atletnya
supaya dapat melakukan sesuatu tugasan dengan baik dan sempurna.
Manakala motivasi bagi seseorang atlet pula ialah berusaha untuk
persembahan terbaik. Seseorang atlet yang bermotivasi untuk meningkatkan
prestasinya akan turun ke padang untuk membuat latihan tanpa diarahkan oleh
orang lain kerana motivasinya untuk merealisasikan matlamat adalah tinggi.
Motivasi boleh dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu motivasi intrinsik
(dalaman) dan motivasi ekstrinsik (luaran).
(a) Motivasi Intrinsik
Menurut Singer (1984), motivasi instrinsik ialah motivasi yang timbul dari
dalam hati seseorang itu sendiri. Motivasi ini timbul daripada keinginan

24

PJM3117 Psikososial Sukan

dirinya sendiri untuk mencapai matlamat-matlamat seperti kesedaran


tentang potensi dirinya, kejayaan, kepuasan dan keseronokan. Lazimnya,
seseorang atlet yang bermotivasi intrinsik akan terus terlibat dalam sesuatu
aktiviti. Ia lahir dalam diri seseorang atlet disebabkan oleh faktor-faktor
dalaman dan minatnya tanpa dipaksa orang lain.
Atlet yang mempunyai motivasi intrinsik akan mengikuti latihan peningkatan
kemampuan atau pertandingan bukan kerana dorongan dari luar seperti
hadiah, pujian, penghargaan dan publisiti, melainkan kerana kepuasaan
dalam dirinya. Tambahan lagi, atlet yang mempunyai motivasi intrinsik
biasanya tekun, bekerja keras, teratur dan berdisiplin dalam menjalani
latihan serta tidak bergantung kepada orang lain.
(b) Motivasi Ekstrinsik
Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang dirangsang oleh elemen luar seperti
ganjaran untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu pertandingan sukan.
Ganjaran itu adalah dalam pelbagai bentuk seperti hadiah, hukuman,
ugutan, penghargaan dan pengiktirafan (Mohd. Sofian, 2002). Motivasi ini
hanya akan kekal seketika kerana atlet akan berusaha bersungguhsungguh apabila ganjaran disediakan. Ganjaran kebendaan lebih cepat
hilang jika dibandingkan dengan ganjaran kepuasan atau motivasi dalaman.
Motivasi berbentuk hukuman digunakan oleh jurulatih sukan sebagai
dorongan atau rangsangan untuk mencapai sesuatu kejayaan. Keadaan ini
tidak begitu baik kerana pemain lain akan turut berada dalam keadaan
tertekan dan ketakutan malahan tidak menyeronokkan. Hukuman boleh
meningkatkan motivasi atlet untuk memperbaiki diri dan prestasinya.
Namun, hukuman dan dendaan yang keterlaluan akan menjejaskan dan
mendatangkan kesan negatif untuk jangka masa panjang.

Perbincangan
Datuk Lee Chong Wei adalah seorang pemain badminton yang
telah berjaya merangkul pingat perak di Sukan Olimpik sebanyak
dua kali. Bincangkan motivasi beliau untuk mengekalkan
penglibatan beliau dalam pertandingan badminton peringkat
antarabangsa dengan begitu lama.
25

PJM3117 Psikososial Sukan

3.2
(a)

Tiga Model Motivasi


Model Motivasi Keperluan-tujuan
Model motivasi keperluan-tujuan dimulai dengan perasaan keperluan
individu. Keperluan ini kemudian ditransformasikan menjadi perilaku
yang diarahkan untuk mendukung pelaksanaan perilaku tujuan. Tujuan
dari perilaku adalah untuk mengurangkan keperluan yang dirasakan.
Secara

teori,

perilaku

mendukung

tujuan

dan

perilaku

tujuan

berkelanjutan sampai keperluan yang dirasakan telah berkurangan


atau dipenuhi.
(b)

Model Ekspektasi Motivasi Vroom


Sebenarnya, proses motivasi adalah lebih rumit daripada yang
digambarkan oleh model motivasi keperluan-tujuan. Model Ekspektasi
Motivasi Vroom mengatasi beberapa kerumitan tambahan. Sama
seperti model keperluan-tujuan, Model Ekspektasi Motivasi Vroom
adalah berdasarkan pada premis bahawa keperluan yang dirasakan
menyebabkan perilaku kemanusiaan. Akan tetapi, model ini telah
menangani

isu

kekuatan

motivasi.

Kekuatan

motivasi

adalah

peningkatan keinginan individu untuk menjalankan sesuatu perilaku.


Ketika

keinginan

meningkat

atau

menurun,

kekuatan

motivasi

dikatakan berfluktuasi.
(c)

Model Motivasi Porter-Lawler


Porter dan Lawler telah mengembangkan suatu model motivasi yang
menggambarkan

huraian

proses

motivasi

yang

lebih

lengkap

dibandingkan model motivasi keperluan-tujuan atau Model Ekspektasi


Motivasi Vroom. Model Motivasi Porter-Lawler ini konsisten dengan dua
model sebelumnya di mana model ini menerima premis bahawa
keperluan yang dirasakan akan menyebabkan perilaku kemanusiaan
dan usaha yang dilakukan untuk mencapai suatu tugas ditentukan oleh
nilai balas jasa yang dirasakan.

26

PJM3117 Psikososial Sukan

3.3

Lima Panduan Untuk Membina Motivasi Kepentingan Motivasi


Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Untuk mengatasi masalah dalam sukan, seseorang yang telah hilang minat
dalam sukan mestilah digalakkan supaya aktif semula, terus berusaha dan
mencapai kepuasan daripadanya. Sumber yang penting ialah motivasi. Garis
panduan

bagi

memotivasikan

atlet

supaya

mempertingkatkan

persembahannya yang dicadangkan Vincent dan Mohd. Sofian (dalam Mohd.


Sofian, 2002) adalah seperti berikut:
(a)

Sifat Motivasi dalam Dua Keadaan


Penyertaan yang kurang bermotivasi biasanya berpunca daripada
gabungan

faktor

peribadi

dan

situasi.

Faktor

peribadi

boleh

menyebabkan seseorang atlet kurang bermotivasi tetapi situasi atlet


perlu turut diambil kira. Selalunya, adalah lebih mudah bagi seseorang
jurulatih itu menukarkan keadaan daripada mengubah personaliti
atletnya. Jurulatih seharusnya tidak hanya menfokuskan perhatian
kepada sifat peribadi atau situasi sahaja tetapi pertimbangkan interaksi
antara kedua-duanya.
(b)

Memahami Dan Mengenali Tujuan Penglibatan Atlet


Jurulatih perlu memahami dan mengenali motivasi atau tujuan
seseorang melibatkan diri dalam sukan. Gould dan Petlichkoff (1988)
menunjukkan tujuan penyertaan atlet dalam sukan ialah memperbaiki
kemahiran, mendapatkan keseronokan, mendampingi kawan-kawan,
inginkan pengalaman, mendapat kejayaan dan memperbaiki kesihatan.
Untuk membina motivasi dalam diri atlet, jurulatih haruslah:
(i)
mengkaji setiap individu tentang apa yang mereka suka dan tidak
suka mengenai sesuatu aktiviti. Dengan cara ini, jurulatih dapat
menyelaraskan
(ii)

kegemaran

mereka

dalam

latihan

untuk

mempertingkatkan motivasi mereka.


mengetahui serba sedikit maklumat tentang individu yang terlibat.
Jurulatih akan lebih memahami individu tersebut dan boleh

(iii)

menerapkan teknik-teknik motivasi yang sesuai dengan peribadinya.


meminta setiap peserta menulis sebab mereka terlibat dalam sukan

27

PJM3117 Psikososial Sukan

atau latihan. Sebab-sebab ini boleh dijadikan panduan dalam


perancangan sesuatu latihan.
(c)

Perubahan Persekitaran Mengubah Motivasi


Kita perlu menggunakan pengalaman peserta atau pemain untuk
menyediakan

satu

persekitaran

yang

sesuai

untuk

bersukan

bersesuaian dengan kehendak mereka. Misalnya, seorang pengurus


taman sesuatu daerah mengetahui bahawa setengah atlet dewasa
lebih berminat kepada pertandingan dan setengah lagi tidak. Oleh itu,
pengurus taman itu harus menjadikan permainan sofbol bukan sahaja
sebagai pertandingan tetapi juga sebagai rekreasi. Perubahan ini akan
menambah jumlah peserta dengan memberi apa yang dikehendaki
mereka. Oleh itu, seseorang jurulatih hendaklah merangka keadaan
untuk merealisasikan motivasi bermaksud merangka keadaan dengan
mengkaji pelbagai kehendak.
(d)

Pengaruh Motivasi Seorang Jurulatih


Seseorang

jurulatih

mempunyai

peranan

yang

kritikal

untuk

mempengaruhi motivasi atlet. Contohnya, seorang jurulatih yang


cergas dan periang akan memberikan pertimbangan yang teguh dan
waras. Dalam beberapa tahun atlet akan mengenali sikap seseorang
jurulatih itu secara lebih mendalam. Walau bagaimana pun, jurulatih
mungkin akan mengalami hari yang kurang baik dan bersikap kurang
ceria dan seterusnya boleh mempengaruhi altet menyebabkan mereka
tidak puas hati atau keciwa. Tingkah laku jurulatih pada hari-hari
tersebut akan mempengaruhi suasana motivasi atlet. Sebagai seorang
yang profesional, jurulatih seharusnya bertungkus-lumus mengatasi
hari-hari yang kurang baik tersebut.
(e)

Penggunaan Perubahan Tingkah Laku untuk Mengubah Motif Atlet


yang Tidak Disenangi
Atlet-atlet adalah manusia biasa yang melibatkan diri dalam sukan
dengan motif yang berlainan. Jurulatih perlu cuba mengubah motif atlet
yang tidak disenangi. Sebagai contoh, seorang pemain bola sepak

28

PJM3117 Psikososial Sukan

telah mencederakan pemain utama pasukan lawan demi kemenangan.


Jurulatih harus menggunakan teknik perubahan sikap untuk mengubah
motif yang tidak diingini iaitu, jurulatih harus menekankan sikap
permainan

bersih,

menegur

pemain

yang

agresif

sambil

membincangkan kelakuan yang sepatutnya bersama atlet. Dengan ini,


perubahan sikap dapat mengubah motivasi seseorang atlet.

Latihan
Anda ditugaskan melatih pasukan bola baling sekolah yang kurang
bermotivasi. Berdasarkan panduan motivasi, buatlah analisis
terhadap kekurangan motivasi pasukan tersebut.

3.4

Teori Motivasi Pencapaian

Motivasi pencapaian bermaksud kecederungan seseorang atlet sama ada


mendekati atau mengelakkan diri dari situasi yang kompetitif atau berasaskan
pencapaian

(Shaharudin,

2002).

Seseorang

individu

menyertai

sukan

bergantung kepada dua motif utama iaitu motif intrinsik dan motif ekstrinsik.
Motif intrinsik adalah secara dalamam seperti keinginan memperbaiki
pencapaian sendiri, meningkatkan tahap kesihatan dan keseronokan. Motif
ekstrinsik adalah secara luaran seperti keinginan mendapatkan ganjaran,
penghormatan atau lain-lain perkara yang bersifat kebendaan. Antara teori
yang mengupas pendekatan motivasi pencapaian ini adalah model motivasi
pencapaian McClelland dan Atkinson. Menurut model ini, motivasi itu terbentuk
berdasarkan motif untuk mencapai kejayaan dan takut kepada kegagalan.
Keinginan seseorang atlet melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti bergantung
kepada motif untuk mencapai kejayaan atau takut kepada kegagalan.
sekiranya atlet tersebut yakin akan berjaya, maka dia akan melibatkan diri.
Sebaliknya, sekiranya dia merasa tidak yakin, dia tidak akan menyertai aktiviti
berkenaan. Dengan kata lain, penyertaan seseorang atlet dalam sebarang
aktiviti boleh dilihat berdasarkan formula berikut:
Motivasi Pencapaian = Motivasi Intrinsik Kebimbangan Kognitif Seketika
29

PJM3117 Psikososial Sukan

Situasi berikut menerangkan penggunaan model ini. Lim ialah seorang wakil
sekolah yang handal dalam bola keranjang. Dia ditukarkan ke sekolah baru
kerana pemindahan rumah. Di suasana baru itu, dia mencuba nasib untuk
mewakili pasukan bola keranjang sekolah. Walau bagaimana pun, dia
memerhatikan ramai calon lain lebih tinggi dan lebih handal daripadanya.
Sekiranya dia masih memegang pada persepsi asalnya, dia tidak akan
mencuba nasibnya ( takut kepada kegagalan). Sebaliknya, sekiranya dia
merasakan dirinya mempunyai kebolehan yang setara dengan calon-calon lain,
maka dia akan memilih untuk menyertai ujian pemilihan tersebut (motif untuk
mencapai kejayaan).
Elemen motivasi ekstrinsik membantu menjelaskan mengapa seseorang
individu terus menyertai sesuatu aktiviti walaupun motif untuk mencapai
kejayaan individu tersebut rendah. Ini mungkin disebabkan oleh pengaruh
motivasi ekstrinsik seperti ganjaran wang, piala, pujian atau anugerah. Dengan
elemen luaran ini, Atkinson mengakui bahawa terdapat kesan pengaruh luaran
dalam motivasi individu.
3.5

Pembentukan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding

Atlet yang bermotivasi dalaman akan sentiasa mengekalkan penglibatannya


dalam aktiviti fizikal atau sukan. Namun, seseorang jurulatih perlu membentuk
lagi motivasi atletnya dengan pelbagai strategi.
(a)

Mewujudkan Pengalaman Kejayaan


Kejayaan atlet boleh dipastikan dengan menstrukturkan aktiviti di setiap
peringkat latihan. Misalnya, dalam latihan jaringan, saiz gol boleh
dibesarkan atau dikecilkan mengikut kebolehan atlet sehingga dia
mencapai

kejayaan.

Dengan

bertambahnya

kejayaan

dalam

penguasaan kemahiran dan persembahan dalam latihan, atlet akan


ditingkatkan

keyakinan

kejayaan

dalam

sesuatu

pertandingan.

Pengalaman kejayaan itu dapat menguatkan lagi keinginan bersaing.


(b)

Meningkatkan Keyakinan Diri Atlet


Keyakinan diri penting untuk persembahan yang baik dan perlu dibina.

30

PJM3117 Psikososial Sukan

Aktiviti yang boleh meningkatkan keyakinan diri atlet adalah memberi


maklum balas positif kepada atlet terhadap perlakuan yag betul dan
tepat, berfikiran positif, berlatih dengan pemain yang berkebolehan dan
sebagainya.
(c)

Latihan Berperingkat
Proses latihan berperingkat akan membina keyakinan diri atlet dengan
menilai keupayaan kendiri. Atlet akan berlatih menguasai kemahiran
dengan latih tubi. Setelah kemahiran dikuasai, atlet itu boleh menilai
diri sendiri berbanding dengan orang lain untuk memperbaiki
kelemahan. Proses terakhir ialah atlet telah dapat mengintegrasikan
penguasaan

kemahiran

dan

telah

bersedia

untuk

membuat

perbandingan dengan orang lain.


(d)

Pelbagaian Kandungan Latihan


Perasaan bosan ialah musuh utama bagi setiap pemain yang terlibat
dalam sebarang kegiatan sukan. Perasaan kurang seronok merupakan
sebab asas seseorang atlet keluar daripada kegiatan sukan ( Sofian,
2002). Oleh itu, jurulatih haruslah merancang program latihan yang
mempunyai kandungan dan turutan latih tubi yang dapat dipelbagaikan
bagi setiap sesi latihan. Sesi latihan boleh menjadi menarik dan
menyeronokkan dengan pengisian peluang-peluang untuk belajar,
menunjukkan kemahiran baru dan melibatkan diri dalam simulasi
pertandingan.

(e)

Penetapan Matlamat Diri yang Realistik


Seseorang atlet perlu mempunyai matlamat kendiri untuk meningkatkan
motivasi dalaman. Matlamat-matlamat ini tidak semestinya hasil
pencapaian prestasi tetapi ia boleh dalam bentuk peningkatan prestasi
kendiri atau

kawalan emosi kendiri. Atlet juga perlu menetapkan

objektif khusus yang boleh diukur. Misalnya, dalam latihan jaringan,


atlet boleh menetapkan bilangan gol yang perlu dijaringkan dalam
setiap sesi latihan.
(f)

Penglibatkan Pemain Dalam Membuat Keputusan


Jurulatih harus memberi atlet-atletnya tanggungjawab untuk membuat

31

PJM3117 Psikososial Sukan

sesuatu keputusan dan peraturan. Dengan ini, kawalan persepsi akan


ditingkatan dan pencapaian peribadi dapat dirasai. Misalnya, pemainpemain diberi peluang merancang atau membuat perubahan terhadap
aktiviti-aktiviti latih tubi.
(g)

Latihan Simulasi
Latihan simulasi dijalankan dalam keadaan yang hampir sama dengan
pertandingan sebenarnya. Atlet akan dapat membiasakan diri dengan
pertandingan sebenar yang akan dihadapinya. Kelemahan penguasaan
kemahiran dan strategi dapat dikesan dan dibaiki dalam latihan
simulasi. Atlet akan bersedia untuk menghadapi pertandingan dengan
penuh keyakinan.

Tutorial
Anda dan rakan praktikum diminta menyediakan satu pasukan hoki untuk
mewakili sekolah ke pertandingan MSSD. Secara berpasangan, huraikan
bagaimana anda akan membentuk motivasi pemain-pemain anda.

3.6

Penggunaan Motivasi Pencapaian dan Kegigihan Bertanding dalam


Latihan

Seseorang jurulatih yang baik dan berkesan akan cuba meningkatkan dan
mengekalkan

motivasi

atletnya.

Motivasi

intrinsik

harus

dipupuk

dan

dikembangkan dalam diri setiap atlet. Peranan jurulatih adalah berusaha


memastikan atlet mereka memilih motivasi intrinsik. Sebaliknya, atlet yang
mempunyai motivasi ekstrinsik biasanya bermain untuk ganjaran yang berupa
kebendaan, penghargaan dan publisiti. Ganjaran kebendaan akan hilang lebih
cepat jika dibanding dengan ganjaran kepuasan atau motivasi intrinsik.
Tahap motivasi intrinsik meningkat bila atlet merasakan dia telah mempamerkan
prestasi yang baik berbanding dengan mereka yang mempunyai persepsi
kejayaan yang rendah. Menang atau kalah adalah tidak penting dalam penentuan
motivasi intrinsik. Apa yang perlu dilakukan oleh jurulatih atau guru ialah
memberikan maklum balas yang subjektif terhadap perlakuan yang baik walau
pun objektifnya tidak tercapai. Justeru itu, jurulatih harus menstruktur dan
menggunakan ganjaran (dan strategi-strategi lain) untuk meningkatkan persepsi
kejayaan melalui motivasi intrinsik atlet mereka.
32

PJM3117 Psikososial Sukan

Kesimpulan

Tajuk ini telah merangkumi beberapa aspek motivasi pencapaian dan kegigihan
bertanding. Pengetahuan motivasi dalam latihan ini akan membantu jurulatih,
guru dan pihak-pihak lain yang berkaitan untuk meningkatkan motivasi atlet
mereka. Dan diharapkan atlet-atlet ini akan mengekalkan motivasi mereka dalam
latihan dan pertandingan.

TUGASAN TERARAH

Sebagai seorang jurulatih bola baling pasukan sekolah, anda perhatikan bahawa pemainpemain anda selalu menunjukkan sifat-sifat berikut:

Lewat ke latihan
Kurang berdisiplin
Melatih dengan sambil lewa
Meminta berhenti daripada penyertaan

Anda diperlukan menganalisis keadaan di atas dalam konteks motivasi berdasarkan


maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia. (Analisis ini perlu
disertakan graphic organiser.) Kemudian, anda diperlukan mencadangkan tindakantindakan untuk menyelesaikan masalah di atas.

PORTFOLIO

Tugasan di atas perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk soft dan hard copy.

33

PJM3117 Psikososial Sukan

Laman Web
http://www.ausport.gov.au/sportscoachmag/psychology2/understanding
motivation to enhance the quality of coaching
http://www.psychologytoday.com/blog/the-power-prime/200910/sports-whatmotivates-athletes
http://www.humankinetics.com/excerpts/excerpts/understand-motivation-forsport-participation
http://www.pponline.co.uk/encyc/motivation-in-sports-psychology-35892

Rujukan
Cox,R.H.(2012). Sports psychology concepts and application. New York: McGrawHill.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Pendekatan psikologi dalam menangani masalah
atlit. Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd.
Mohd. Sofian Omar Fauzee. (2002). Psikologi sukan: Konsep dalam latihan dan
pengajaran sukan. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Singer, R.N. (1984). Sustaining motivation in sport. Thallahasee, FL: Sport
Consultants International, Inc.
Weinberg, R.S. dan Gould,D. (1999). Foundation of sport and exercise
psychology.Champaign, IL: Human Kinetics.

34

Anda mungkin juga menyukai