Anda di halaman 1dari 10

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

MODUL 6
PANDUAN DAN CONTOH PENULISAN TUGASAN KERJA KURSUS

Paduan Penulisan Tugasan Kerja Kursus Satu penulisan kerja kursus yang baik dan berkesan memerlukan tatacara dan tindak ikut yang sistematik. Antara perkara yang perlu diberi perhatian oleh pelajar semasa melaksanakan tugasan kerja kursus adalah: memahami tajuk tugasan skop perbincangan dan organisasi isi kandungan rujukan perpustakaan mengumpul dan menulis cite atau qouete menulis dan mengupas persoalan membuat kesimpulan menulis bibliografi

Memahami Tajuk Tugasan Sebelum memulakan sebarang kerja, anda perlu memahami dengan jelas kehendak dan skop soalan tugasan yang diberikan. Buat perbincangan dan rakan atau pensyarah jika perlu. Pastikan anda benar-benar faham dan yakin bahawa skop dan kehendak soalan telah anda kuasai. Elakkan daripada membincangkan fakta atau isi yang tidak berkaitan dengan soalan yang diberikan.

Skop Perbincangan dan Organisasi Isi Kandungan Bagi memudahkan anda untuk menjalankan proses pengumpulan maklumat dan membentuk organisasi isi kandungan, seeloknya sediakan satu carta alir untuk mengambarkan 1 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. secara ringkas aliran pergerakan proses pengumpulan maklumat. Carta alir yang baik akan menggambarkan idea keseluruhan yang akan anda perjelaskan di dalam teks tugasan anda. Menulis Sumber Rujukan Menulis sumber rujukan sebenarnya amat mudah, tetapi kita perlu mengikut peraturan dan prosedur yang ditetapkan. Pada akhir pernyataan yang dirujuk anda perlu meletakkan tanda buka kurungan, kemudian menulis nama pengarang diikuti oleh tanda koma dan tahun bahan rujukan itu diterbitkan, seterusnya diakhiri dengan tutup kurungan. Contoh: Peristiwa Malayan Union membuktikan dengan jelas bahawa kaum Melayu telah menghadapi perubahan dari segi idealogi politik (Ariffin Omar, 2005).

SoalanTugasan: Perjuangan mempertahankan etnik akan menimbulkan konflik dalam masyarakat. Bincangkan sejauhmana Gagasan 1 Malaysia mampu merealisasikan hasrat untuk mengurangkan konflik antara etnik di Malaysia. 2 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. . Carta Alir Penulisan
Pengenalan Definisi Etnik Konflik dalam masyarakat

Konsep Gagasan 1 Malaysia

Aplikasi Konsep Putera AMCJA Kongres Melayu Malayan Union UMNO

Konsep 1 Malaysia Kongres Melayu Malayan Union CLC UMNO MCA UMNO-MCA-MIC Pilihanraya Perundingan Kemerdekaan Malaysia 196

Implikasi Perpaduan 1953 Pilihanraya 1955 Kerjasama PAS -UMNO

Rumusan Berperanan dalam menggerakkan semangat nasionalisme Melayu UMNO peranan penting- kemerdekaan- peranan golongan kiri juga perlu

1.1

Pengenalan

Konflik perkauman di negara ini telah bermula sejak zaman sebelum merdeka dan masih berterusan sehingga kini. Walaupun peristiwa 13 Mei 1969 telah
3 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

menyedarkan banyak pihak betapa pentingnya perpaduan antara kaum demi keselamatan dan pembangunan negara, namun sehingga kini belum berupaya untuk mengikis perasaan perkauman dikalangan kumpulan etnik di negara ini. Malah ikatan kesetiaan etnik memainkan peranan yang amat penting dan hampir seluruh kegiatan, tindakan dan pergerakan di Malaysia adalah berasaskan kepada etnik masing-masing (Sanusi, 1984:43-44). Perasaan perkauman masih wujud disebalik usaha berterusan pihak kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara etnik di negara ini. Pelbagai usaha telah dilaksanakan, antaranya menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara, menggubal Dasar Kebudayaan Kebangsaan, membentuk sistem pendidikan berorientasikan perpaduan, penggubalan prinsip Rukun Negara, melancarkan Dasar Ekonomi Baru dan yang terkini konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, menjadi penggerak utama ke arah mencapai perpaduan dan integrasi kaum yang bertemakan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Konsep 1Malaysia merupakan satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Dalam menjayakan matlamat ini, sektor pendidikan, terutamanya melalui sistem persekolahan memainkan peranan utama dengan menerapkan nilai-nilai murni dan perpaduan nasional (Atan Long, 1984:181-184).
1.2 . Nasionalisme adalah suatu sikap politik dari masyarakat suatu bangsa yang mempunyai kesamaan kebudayaan, dan wilayah serta kesamaan cita-cita dan tujuan, dengan demikian masyarakat suatu bangsa tersebut merasakan adanya kesetiaan yang mendalam terhadap bangsa itu sendiri. Menurut Hans Kohn (1960) nasionalisme adalah satu keadaan fikiran yang menyerap masuk ke dalam jiwa sebahagian besar rakyat dan didakwa menyerap masuk di kalangan semua anggotanya. Nasionalisme juga merupakan gerakan kesedaran yang menumpukan perhatian bagi menentukan nasib bangsa dan negara untuk mencapai kebebasan dan kesejahteraan serta memupuk keperibadian sejati (Ongkili J. P, 1972). Abdul Latif Abu Bakar (1998) pula melihat nasionalisme sebagai satu sentimen dalam kalangan penghuni 4 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. sesuatu wilayah tertentu yang meluapkan perasaan kesetiaan kepada negara dan ia menjadi unsur penting nasionalisme. Para sarjana mempunyai pendapat yang berbeza dalam membincangkan tentang perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu. Roff W. (1967) telah membahagikan sejarah perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu kepada tiga tahap iaitu tahap 1: 1900-1920 (golongan berpendidikan agama; tahap 2:1920-1930 (golongan berpendidikan Melayu dan tahap 3: 1930-1941 (golongan berpendidikan Inggeris). Radin Soernarno (1960) membuat pembahagian berdasarkan matlamat dan tujuan yang berbeza bagi setiap tahap perkembangan nasionalisme yang berlaku di Tanah Melayu. Beliau telah membahagikan perkembangan gerakan nasionalisme kepada 3 tahap iaitu tahap 1:1906-1926 (tahap keagamaan); tahap 2; 1926-1937 (tahap ekonomi dan sosial) dan tahap 3: 1937-1941 (tahap politik). Dalam usaha untuk melihat sejauhmana perkembangan sosio-politik Melayu sekitar tahun 1945-1969 telah berjaya membakar semangat nasionalisme, perbincangan akan menjurus kepada peranan yang dimainkan oleh 3 parti politik Melayu yang ditubuhkan sekitar tahun 1945 hingga 1969 di Tanah Melayu.

2.

Peranan PKMM dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama yang

ditubuhkan ketika British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945. PKMM telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1945 di Jabatan Karang Mengarang dan Pentadbiran Suara Rakyat (Ahmad Boestamam, 1972). PKMM diketuai oleh Mokhtaruddin Lasso dan Dr. Burhanuddin Helmy. Dalam rangka kerja untuk membangkitkan semangat nasionalisme Melayu, PKMM menjalankan dasar bekerjasama dengan Indonesia untuk tujuan proklamasi kemerdekaan dan mengambil sikap anti Inggeris, sehingga ia dianggap sebagai sebuah parti yang radikal, malah anggota pemuda PKMM (API) dengan lantang menyuarakan hasrat akan mengangkat senjata jika perlu (Abdullah Zakaria Ghazali, 1996). Menurut Ramlah Adam (1998) PKMM cuba menonjolkan satu pembaharuan dalam politik di Tanah Melayu apabila meletakkan kuasa rakyat sebagai 5 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK struktur dasar dalam

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. pemikiran politik partinya. Malah ia dikatakan satu langkah yang salah yang diambil oleh PKMM apabila mereka menyokong gagasan Malayan Union yang rata-rata ditentang oleh orang Melayu pada ketika itu. PKMM juga dianggap pro komunis kerana ketuanya Mokhtaruddin Lasso adalah bekas anggota Parti Komunis Indonesia yang lari ke Tanah Melayu ( Ramlah Adam, 1998 ). Justeru itu doktrin perjuangan PKMM dikatakan tidak mendapat sokongan meluas dari masyarakat Melayu atau mana-mana pertubuhan dan kesatuan Melayu yang ada. Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Helmy turut menentang penubuhan Persekutuan tanah Melayu dan UMNO pimpinan Dato Onn kerana menganggap Dato Onn telah gagal dalam misi memerdekakan Tanah Melayu dan cara-cara perundingan membentuk draf working Committe yang dianggap tidak demokratik kerana tidak mendapat pandangan daripada semua golongan penduduk Tanah Melayu. PKMM adalah pertubuhan yang mewakili sekumpulan orang Melayu benar-benar memahami dan bergerak atas landasan nasionalisme tulen. Pemimpin-pemimpin PKMM seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam berpendapat bahawa cara untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu adalah melalui gabungan politik dengan Indonesia melalui konsep Melayu Raya ( Ariffin Omar, 2005:329). Impian politik PKMM adalah untuk mewujudkan penyatuan semua suku bangsa ke dalam garisan politik baharu haruslah dilakukan sebaik sahaja British dan Belanda diusir keluar dari Tanah Melayu. Berbeza dengan UMNO dasar perjuangan PKMM untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia kurang mendapat sambutan orang Melayu kerana mereka ragu-ragu untuk menganggap semua suku bangsa Indonesia sebagai serumpun dengan bangsa Melayu (Ariffin Omar, 2005:329). Selepas gagal dengan idea Melayu Raya, PKMM telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan bukan Melayu untuk mewujudkan sebuah negara yang berdaulat dan merdeka. PKMM telah bekerjasama dengan kumpulan-kumpulan Melayu yang lain seperti Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Hizbul Muslimin untuk mewujudkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada tahun 1947. PUTERA telah mengadakan Persidangan Gerakan Kiri di ibu pejabat PKMM di Jalan Batu, Kuala Lumpur pada 22 Februari 1947. Kesepakatan telah dicapai bahawa untuk memperkasakan pergerakan kiri di Tanah Melayu kerjasama politik antara kaum perlu diwujudkan. Hasilnya pada tahun yang sama kerjasama politik pelbagai kaum antara PUTERA 6 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. dan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) telah dibentuk. Gabungan PUTERA-AMCJA bukan sahaja bersatu tenaga untuk menentang gagasan Malayan Union dan Persekutuan Tanah Melayu yang dianjurkan oleh British, malah berjaya menyedarkan pihak British bahawa rakyat pelbagai kaum boleh bersatu untuk menentang mereka. Lantaran itu, mereka telah merangka satu draf perlembagaan yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat. Namun kerjasama ini tidak direstui oleh British kerana mereka berusaha untuk mencapai kemerdekaan negara dengan menafikan hak dan kepentingan British di Tanah Melayu. Peristiwa ini membuktikan bahawa kerjasama politik pelbagai kaum telah dipelopori oleh golongan kiri (Ishak Saat, 2010). Malah menurut Mohd Isa Othman (2002) politik Melayu dengan bukan Melayu. PUTERA-AMCJA bukan sekadar pertubuhan politik Melayu semata-mata, tetapi juga memperlihatkan kerjasama pertubuhan Langkah yang diambil ini dengan jelas memberi gambaran kematangan berpolitik bangsa Melayu berhaluan kiri pada masa itu. Kerjasama politik PUTERA-AMCJA yang diketuai oleh PKMM pada masa itu telah mempelbagaikan strategi politik demi untuk menyampaikan maklumat dan mesej perjuangan kepada masyarakat. Justeru itu, mereka menggunakan akhbar sebagai wadah untuk menyebarkan semangat dan matlamat perjuangan Ahmad Boestamam (1972) mereka untuk mencapai kemerdekaan. menegaskan bahawa tujuan utama penerbitan akhbar Suara

Rakyat adalah untuk memupuk kesedaran kepada rakyat tentang kepentingan bernegara sendiri. Suara Rakyat berusaha menyakinkan rakyat umum bahawa perjuangan kemerdekaan harus mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Tanah Melayu tanpa mengira latar belakang keturunan. 3. Peranan UMNO dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu

Gagasan Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada 22 Januari 1946 merupakan titik tolak kepada peranan UMNO dalam perkembangan sosio-politik Melayu. Rancangan pembentukan Malayan Union telah membuka ruang yang jelas kepada perjuangan nasionalis Melayu. Dato Onn Jaafar, Hamzah Abdullah dan Haji Wahab Tok Muda telah merencanakan satu kongres Melayu yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946 dan dihadiri telah oleh 37 buah persatuan (Abdullah Zakaria Ghazali, 1996:30-31: Ramlah Adam, 1992:5). Kongres Melayu 1946 merupakan permulaan kepada perkembangan 7 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. politik Melayu berhaluan kanan dimana Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan dan Dato Onn telah dilantik sebagai Yang Dipertua pertama. Bermula dari sinilah UMNO memainkan peranan utama menggerakkan semangat nasionalisme masyarakat Melayu, terutamanya untuk menggagalkan pembentukan Malayan Union. Dato Onn dalam beberapa siri perbincangan dengan pihak Inggeris bertegas menolak Malayan Union dan bagi beliau setiap undang-undang Tanah Melayu patut diluluskan oleh Federal Council Tanah Melayu sahaja. Akhirnya Gabenor Jeneral Malcolm Macdonald bersetuju Federal Council berkuasa memutuskan undang-undang Tanah Melayu tanpa campurtangan Parlimen British. Dalam hal ini, UMNO sebagai pertubuhan politik yang mewakili kaum Melayu telah berjaya membakar semangat bangsa untuk bangun menentang dan seterusnya berjaya menggagalkan rancangan pembentukan Malayan Union. Gagasan Malayan Union yang diisytiharkan pada 1 April 1946. Peristiwa Malayan Union membuktikan dengan jelas bahawa kaum Melayu telah menghadapi perubahan dari segi idealogi politik (Ariffin Omar, 2005:327). Perjuangan UMNO lebih mendapat sambutan masyarakat Melayu berbanding PKMM kerana beberapa sebab iaitu pertama UMNO ditubuhkan oleh golongan atasan yang mempunyai hubungan rapat dengan istana dan kerajaan British; kedua, pemimpin-pemimpin UMNO berjaya merapatkan sultan-sultan Melayu dengan rakyat walaupun pada awalnya sultansultan dikritik hebat oleh rakyat; ketiga, UMNO berjaya menonjolkan diri sebagai pelindung hak orang Melayu kerana perjuangan UMNO lebih mementingkan orang Melayu daripada bangsabangsa lain dan UMNO pada masa itu kuat berpegang pada dasar ini (Ariffin Omar, 2005:329)

Dalam pilihanraya 1955 pemimpin UMNO menyedari bahawa tidak perlu bekerjasama dengan MCA dan MIC untuk memperolehi kemenangan tetapi atas dasar perpaduan kaum dan untuk menyakinkan Inggeris bagi mendapat kemerdekaan gabungan parti yang mewakili etnik perlu dilakukan ( Ibrahim Mahmood, 1981:440 ). Barisan Nasional telah ditubuhkan secara rasminya pada Bersatu (PBB) dan Perikatan Sabah. 1 Jun 1974 yang

menggabungkan UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP, PAS, SUPP, Parti Pesaka Bumiputera

8 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani.

4. 5.

Peranan PAS dalam Perkembangan Sosio-politik Melayu Rumusan

Rujukan Abdul Latif Abu Bakar. (1998). Patriotisme dan Nasionalisme: Satu Pandangan dan Renungan dalam Jurnal IKSEP (Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia), Jilid 1. Hlm. 83-84. Abdullah Zakaria Ghazali (1996). Terangganu: Tokoh, Pentadbiran dan Perjuangan. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Ahmad Boestamam (1972). Merintis Jalan Ke Punchak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ariffin Omar (2005). Dari Malayan Union ke 13 Mei. dalam Abdul Rahman Ismail (2005). Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hans Kohn. (1960). The Idea Nationalism: A Study In Its Origin And Background. New York:Collier Books. Ibrahim Mahmood (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

9 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

IPG Kampus Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Ishak Saat (2010). Caturan Politik Pelbagai Kaum di Tanah Melayu 1946-1957. Jurnal Jebat Vol 37. Bangi: Jabatan Sejarah. Penerbitan UKM. Ismail Said (2012). Sejarah Malaysia Moden (1945-1969). Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Mohd. Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia 1800-1963. Utusan Publications & Distributors. Kuala Lumpur. Ongkili J. P (1972). Jurnal Jebat. Bangi: Jabatan Sejarah. Penerbitan UKM. Radin Soenarno (1960). Malay Nationalism 1900-1945 dalam Journal of Southeast Asian History, Jil. 1, hlm. 1-28. Ramlah Adam (1998). Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Roff, William (1967). The Origins of Malay Nationalism. New Haven: Yale University Press.

10 MOHAMAD RASHID BIN ABU BAKAR MODUL HUBUNGAN ETNIK

Anda mungkin juga menyukai