Anda di halaman 1dari 8

kritikan jurnal " Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita Dan Hubungannya Dengan

Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah".


Pengenalan.
Produktiviti sesebuah organisasi atau institusi tidak dapat dipisahkan dengan kualiti
kakitangannya.Ini adalah kerana kualiti dan produktiviti kerja kakitangan melibatkan aspek
komitmen dan motivasi. Pemimpin yang peka kepada aspek kualiti dan produktiviti perlu
terus merangsang dan berusaha untuk mengekalkan tahap komitmen dan motivasi yang
tinggi kepada kakitangannya. Motivasi kepada kakitangan seperti dibayangkan oleh
tingkahlakunya adalah kesan dari dorongan dalam diri individu dan persekitaran. Motivasi
yang tinggi akan memberi kesan kepada prestasi kerja kakitangan. Kepuasan kerja yang
tinggi di kalangan kakitangan akan memberi kesan seterusnya terhadap peningkatan
motivasi mereka.Situasi ini adalah suatu keadaan yang wujud di mana-mana organisasi atau
institusi termasuklah sekolah.
Maka di sini pemimpin atau kepimpinan boleh didefinasikan sebagai keupayaan
mempengaruhi , memotivasi, mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya
bersetuju untuk melaksanakan program-program dan melakukan perubahan-perubahan
kearah mencapai matlamat organisasi (Ishak Bin Sin,2002). Ia telah disokong oleh Jamaliah
& Norhashimah,2005) yang menyatakan kepimpinan adalah daya yang mempengaruhi
tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan ia sanggup memberi kerjasama untuk
mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui.
Di sini kita boleh lihat keghairahan penulis membicarakan dan membahaskan topik ini
mungkin kerana kepimpinan dikatakan mempunyai kesan yang besar ke atas jatuh bangun
sesebuah organisasi Bass 1990, Yukl 1994 dalam Ishak Sin 2002. Pada hakikatnya matlamat
akhir yang dikehendaki dalam pentadbiran sekolah ialah untuk meningkatkan taraf
pengajaran dan pembelajaran dan akhirnya meningkatkan pencapaian prestasi pelajar.
Penulis ada menyatakan bahawa pengetua wanita dianggap menghadapi bebanan tugas
iaitu sebagai pengetua di sekolah dan juga pengurus rumah tangga, tetapi mereka dapat
membuktikan bahawa mereka tetap bertanggungjawab, berani membuat perubahan, berani
menghadapi risiko terhadap keputusan yang dibuat (Collard 2001). Namun demikian
kepimpinan wanita masih lagi diperlekehkan dan dianggap tidak cekap dalam membuat
keputusan dan dikatakan membuat keputusan berdasarkan masalah dan memerlukan
bantuan tambahan untuk mengatasinya. Baron (1987) dalam kajiannya menganggap
bahawa pemimpin wanita:a) tidak begitu berkeyakinan
b) mempunyai kurang pengaruh dan kuasa
c) kurang bijak berurusan
d) kadang-kadang terlalu terdesak
Motivasi merupakan satu konsep yang sangat kompleks Sadariah (2001). Mengikut Zaidatol
Akmaliah (2000) menyatakan motivasi sebagai penggerak dan pendorong untuk sesuatu
tingkah laku. Ianya dikatakan dapat mengarah tingkah laku supaya menjadi bertenaga dan
bertujuan. Namun begitu masalah utama bagi motivasi ialah bagaimana untuk
mempengaruhi pekerja yang mempunyai keperluan-keperluan yang pelbagai dan
sahsiahyang unik supaya dapat bekerjasama dalam usaha untuk mencapai objektif
morganisasi.

Kajian Aminuddin (1990) dalam Nagayaya (1998) menggambarkan bahawa pemimpin


berkeupayaan memotivasikan orang bawahan, tetapi isunya ialah gaya kepimpinan yang
sesuai yang membangkitkan, menggerak dan mengekalkan motivasi guru-guru. Pandangan
Aminuddin ini disokong oleh kenyataan Robiah Sidin (2002) yang menyatakan pemimpin
dapat memandu, mendorong atau menggerakkan ahli-ahli organisasinya ke arah mencapai
sesuatu matlamat yang ditetapkan.
Sinopsis Jurnal
Penulisan ini merupakan cadangan dan ulasan jurnal Gaya Kepimpinan Pengetua
WanitaDan Hubungannya Dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengahyang merupakan
hasil kajian dari Norhannah Ramli dan Jamaliah Abdul Hamid. Ia diterbitkan dalam Jurnal
Pendidikan 31 (2006) 53-69. Tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru
terhadap gaya kepmpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi
guru di sekolah-sekolah menengah Kajang, Selangor. Kajian ini berbentuk kuantitatif
deskriptif dan dilakukan secara tinjauan dengan menggunakan kaedah soal selidik The
Leader Behavior Deskription Questionnaire (LBDQ) dan A Questionnaire Measure of
Individual Differences in Achieving Tendency (QMAT). Responden yang terlibat adalah
seramai 203 orang yang terdiri daripada tujuh buah sekolah menengah di Kajang, Selangor.
Pemilihan responden adalah berdasarkan sampel rawak mudah supaya setiap guru
mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam kajian. Populasi ini melibatkan guru ,
tidak termasuk Guru Penolong Kanan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Guru Penolong
Kanan Ko Kurikulum, Penyelia Petang dan Ketua Bidang.
Dalam instrumen kajian, pengkaji membahagikan soal selidik yang digunakan kepada tiga
bahagian. Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang yang
berkaitan dengan ciri-ciri demografi guru iaitu umur, taraf pendidikan tertinggi, tempoh
kerjaya dalam perguruan dan tempoh mengajar di sekolah kajian. Manakala bahagian B pula
ialah soal selidik bagi mengukur gaya kepimpinan pengetua wanita. Pengkaji menggunakan
instrumen The Leader Behavior Desciption Questionnair yang dibentuk oleh Universiti Ohio
(Halpin 1966). Bahagian C pula adalah untuk mengukur tahap motivasi guru. Soal selidik ini
dibentuk daripada A Questionnaire Measure of Induvidual Differences in Achieving Tendency
(QMART) oleh Mehrabian dan Bank (1978).
Pengkaji telah menjalankan kajian rintis bagi bagi memastikan item soal selidik boleh
dipercayai dan ada keesahan . Kajian rintis ini dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaann
Miharja. Pengkaji menetapkan nilai Alpha Cronbach ditahap 0.60 kerana menurut Majid
(1990), pekali keesahan yang sering digunakan hendaklah melebihi daripada 0.60.
Kritikan pengkaji dalam kajian ini termasuklah menyata bahawa senario yang wujud dalam
profesion perguruan di Malaysia masa kini adalah bilangan guru wanita dan pengetua wanita
telah melebihi jumlah guru lelaki dan pengetua lelaki. Dalam kajian ini, pengkaji
menyatakan terdapat sebelas buah sekolah menengah di Kajang. Daripada sebelas buah
sekolah menengah tersebut , sembilan buah daripadanya dipimpin oleh pengetua wanita.
Namun demikian kepimpinan wanita masih lagi diperlekehkan dan dianggap tidak cekap
dalam membuat keputusan dan dikatakan membuat keputusan berdasarkan emosi dan
sentimen, gagal menyelesaikan masalah dan memerlukan bantuan tambahan untuk
mengatasinya. Baron (1987) dalam kajiannya menganggap bahawa pemimpin wanita:a- tidak begitu berkeyakinan
b- mempunyai kurang pengaruh dan kuasa
c- kurang bijak berurusan

d- kadang-kadang terlalu terdesak.


Pengkaji juga ada menyatakan bahawa kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada bagaimana pengetua dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berrwibawa.
Kepimpinan yang berwibawa meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek
pengurusan sekolah. Ini termasuklah pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum,
perkembangan kakitangan, motivasi kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan
sekolah, hubungan dengan luar sekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah
(Kementerian Pendidikan Malaysia,1990).
Ini menunjukkan bahawa persoalan kepimpinan merupakan perkara yang besar dalam
menentukan kejayaan dan kecemerlangan generasi akan datang. Dalam konteks
kepengetuaan di Malaysia, setiap pengetua semestinya mempunyai kebolehan untuk
menginteprestasi perubahan dan menggunakan gaya kepimpinan tertentu dalam
memotivasikan guru serta kakitangan ke arah perubahan tersebut.
Menyedari cabaran yang dihadapi oleh pemimpin wanita, pengkaji mengkaji apakah tahap
gaya kepimpinan yang mampu diketengahkan oleh pemimpin wanita dalam situasi
sesebuah sekolah mereka. Menurut Hersey dan Blanchard (1977), situasi sesebuah tempat
dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang ditetapkan oleh
pemimpin. Gaya kepimpinan pengetua amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah
sekolah. Kerjasama guru akan diperoleh jika pengetua mengamalkan gaya kepimpinan yang
sesuai dan dapat meningkatkan motivasi guru dalam melaksanakan tugas mereka.Pengkaji
akan mengenalpasti sejauh mana gaya kepimpinan pengetua wanita yang mengamalkan
dimensi struktur tugas dan timbang rasa dapat mempengaruhi motivasi guru-guru sekolah.
Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk:
1- Mengenal pasti persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita di sekolahsekolah menengah di Kajang.
2- Mengenal pasti hubngan tahap motivasi guru terhadap guru dengan persepsi guru
terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita.
Dapatan kajian
Daripada 280 set soal selidik yang diedarkan, hanya 203 set soal selidik (72.5%) yang
diterima semula daripada responden. Menurut Cohen dan Manion (1980), reka bentuk
korelasi tidak memerlukan saiz yang besar.
Daripada dapatan kajian pengkaji mendapati 92.6% responden mempunyai taraf pendidikan
yang tinggi iaitu kelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Dari segi tempoh kerjaya
pula pengkaji telah menganalisis bahawa:Tempoh kerjaya Bilangan Peratusan
< 5 tahun 35 17.2
/;;;;;6 10 tahun 64 31.5
11 15 tahun 55 27.1
16 20 tahun 17 8.4
> 21 tahun 32 15.8
Manakala tempoh mengajar di sekolah kajian pula, pengkaji memperolehi bahawa:Tempoh kerjaya Bilangan Peratusan

< 1 tahun 4 2.0


1 5 tahun 115 56.7
6 10 tahun 58 28.7
11 15 tahun 14 6.9
16 20 tahun 10 4.9
> 21 tahun 2 1.0
Dari segi persepsi guru terhadap gaya kepimpinan wanita bagi struktur tugas dan timbang
rasa, serta tahap motivasi guru, pengkaji telah membuktikan bahawa gaya kepimpinan
pengetua wanita berdasarkan struktur tugas adalah lebih dominan di sekolah-sekolah
menengah di Kajang mengikut persepsi guru. Kedua-dua dimensi gaya kepimpinan pengetua
wanita berada di tahap yang agak memuaskan sahaja. Ini menunjukkan bahawa gaya
kepimpinan pengetua wanita bagi kedua-dua dimensi perlu dipertingkatkan lagi.
Manakala dari segi dimensi struktur tugas mendapati gaya kepimpinan pengetua wanita
pada keseluruhannya pada tahap yang memuaskan. Bagaimanapun analisis item
menunjukkan bahawa guru-guru lebih kerap melihat pengetua wanita melaksanakan
struktur yang berkaitan dengan pengawasan disiplin guru, tetapi tidak semestinya kepada
tugas-tugas rasmi yang lain, khususnya dalam bidang pencerapan. Ini menunjukkan bahawa
guru-guru mempunyai persepsi bahawa pengetua menitiberatkan disiplin guru.
Gaya kepimpinan pengetua wanita dalam dimensi timbang rasa diukur berdasarkan persepsi
responden guru tentang cara pengetua wanita menunjukkan persahabatan, saling
menghormati, saling mempercayai dan jalin hubungan yang mesra antara pemimpin dan
pekerjanya. Di sini pengkaji dapat menunjukkan bahawa walaupun pengetua wanita di
dapati mesra, bertanggungjawab dan bersedia berubah, namun mereka dilihat kurang
berusaha untuk berbincang dengan guru-guru tentang keputusan-keputusan yang perlu
diambil. Jelas di sini, gaya kepimpinan pengetua wanita bagi dimensi timbang rasa dilihat
lebih cenderung kepada kemesraan,tetapi tidak semestinya ke arah penglibatan kakitangan.
Manakala dari segi persepsi guru terhadap tahap motivasi guru, pengkaji dapat
menunjukkan bahawa min skor keseluruhan bagi tahap motivasi guru pada keseluruhannya
berada pada tahap yang memuaskan dimana item-item tersebut membuktikan tahap
motivasi guru adalah tinggi. Ini bermaksud bahawa guru-guru bekerja bukan kerana
terpaksa. Mereka juga berminat untuk belajar kemahiran baru serta sanggup bekerja keras
dan juga dengan rela hati walaupun tanpa arahan daripada pengetua.
Hasil ANOVA sehala menunjukkan perbezaan persepsi guru terhadap gaya kepimpinan
pengetua wanita adalah seperti berikut:1- Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara guru berlainan umur terhadap
gaya kepimpinan pengetua wanita.
2- Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara guru berlainan taraf pendidikan
terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita.
3- Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan antara guru yang berbeza pengalaman
mengajar terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita.
Daripada keputusan ini jelas bahawa persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua
wanita adalah sama walaupun berbeza dari segi demografi guru.
Sekali lagi pengkaji menggunakan ANOVA sehala bagi melihat perbezaan tahap motivasi
guru berdasarkan faktor-faktor demografi guru seperti berikut:1- Terdapat perbezaan tahap motivasi guru yang signifikan antara guru berlainan umur.
2- Tahap motivasi guru berbeza secara signifikan hanya mengikut umur guru. Sementara,
faktor-faktor demografi lain seperti taraf pendidikan, pengalaman mengajar dan tempoh

mengajar, tahap motivasi mereka adalah sama sahaja.


Oleh kerana terdapat perbezaan tahap motivasi guru yang signifikan mengikut umur maka
ujian Post Scheffe telah dijalankan, keputusannya ialah terdapat perbezaan yang signifikan
dalam tahap motivasi guru hanya terdapat antara guru yang berumur 31 hingga35 tahun
dan guru-guru yang berumur kurang daripada 30 tahun. Bagaimanapun, guru-guru yang
berumur 31 hingga 35 tahun mempunyai tahap motivasi yang lebih tinggi. Faktor
kematangan umur mungkin adalah faktor yang mempenngaruhi tahap motivasi dan
komitmen seseorang guru.
Maka dari dapatan kajian menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara
tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita. Ini berrmakna walaupun
tahap motivasi guru dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua
mereka, tetapi hubungan ini adalah rendah. Mungkin terdapat pelbagai faktor lain yang
turut mempengaruhi hubungan antara kepimpinan pengetua wanita dan tahap motivasi
guru.
D. Ulasan analitikal berpadukan Teori asas dalam Pengurusan Pendidikan
Kajian yang dikaji dan ditulis oleh Norhannan Ramli & Jamaliah Abdul Hamid mengenai
Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah
Menengah maka kita dapatkan jauh dari perspektif ke agamaan, hal itu terlihat dari tidak
ada satupun rujukan Gaya kepemimpinan yang dilihat dalam kacamata Islam, padahal Islam
memiliki konsep yang lebih jelas mengenai gaya kepemimpinan, walaupun penulis tidak
mengkaji tentang ke Agamaan, tetapi rujukan lebih banyak pada konsep-konsep luar Islam.
Termasuk membincangkan tentang kepemimpinan Pengetua wanita, walaupun kita fahami
masih ada khilafiyah dalam menginterpretasikan ayat-ayat mengenai kepemimpinan yang di
pegang oleh seorang perempuan.
Walaupun sesetengah pihak menganggap kepimpinan wanita masih mempunyai kelemahan
tetapi jika diperhatikan, Pengurusan Sumber Manusia tidak menitik beratkan kepada jantina,
tetapi lebih kepada bagaimana cara pemimpin menguruskan organisasinya bagi mencapai
matlamat tidak kira pemimpin itu seorang lelaki ataupun seorang wanita.
Seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru
untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu
kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana
kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah
manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang
yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods).
Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai
sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang
pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid
dan masyarakat( Mohd Yazid Yusoff,2008).Kerana Keberksanan dalam sebuah
kepemimpinan, bukan dikeranakan jantina atau laki-laki, tetapi lebih pada bagaimana
seorang pengetua memainkan kecakapannya dari segala aspek, seperti komunikasi, serta
langkah-langkah dalam memotivasi warga organisasinya.
Persolan jantina, itu bukan masaalah. Warga oragnisasi tidak boleh bias gender dalam hal

pengetua, kerana kepemimpinan tersebut lebih pada kemampuan seseorang. Pengetua


harus boleh membangun perhubungan sosial yang baik dengan warga organisasi, (Ch.Elton
Mayo 1880-1949).
Dalam kepemimpinan, meskipun pengetuanya adalah perempuan, namun kepekaan
(Responsibiliti) terhadap warga organisasi mesti diperhatikan, pengetua harus boleh
membaca apa yang di ingini oleh kakitangan, kepemimpinan haruslah fleksibel, kerana
tingkah laku manusia berdasarkan tahap-tahap keperluan teori Motivasi Abraham Maslow.
Jikapun ada dualisma dalam kepemimpinan pengetua wanita dalam bebanan tugas, namun
itu tidak boleh dijadikan jastifikasi bahawa Wanita tidak boleh jadi pengetua apalagi
menganganggap wanita tidak adil, dan kesemuanya itu sering disalah artikan dengan
mengatakan bahawa pengetua wanita dalam membuat keputusan sering berdasarkan emosi
dan sentimen (Baron, 1987).

E. Sokongan literatur & Dapatan kajian lepas


Adrianto Sugiarto Wiyono,( 2008) Gaya kepemimpinan adalah cara dan pendekatan dalam
memberikan arahan, implementasi rencana, dan memotivasi orang Robiah sidin, (2003)
Gaya kepemimpinan itu berbeza bagi setiap penegtua, tetapi yang paling penting adalah
bagimana mempengaruhi sumber tenaga dalam organisasi baik pengetua itu seorang
jantina, kerana kepemimpinan dalam segala usaha yang diambil untuk menggerakkan
sumber tenaga dalam sebuah oragnisasi.
Latip B.Muhammad,( 2007 ) Seorang pengetua adalah pemimpin yang mempunyai
tanggung jawab besar untuk memandu sekolah dan warganya.
Maimunah Aminuddin,( eds.2 2003) Seorang pengetua wanita dalam kepemimpinan tidak
boleh autokratik tetapi harus boleh menghargai warga oraganisasinya, kerana seseorang
individu yang merasa dirinya penting akan lebih mengahargai pekerjaanya.
Ab Aziz Yusof, (2008 )Seorang pengetua perlu menjaga perhubungan yang baik di antara
subordinat dengan pemimpin adalah penting bagi mengahasilkan pencapaian kerja yang
tinggi.
Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang , (2006)Gaya kepemimpinan seorang Pengetua
dalam memajukan organisasinya boleh sahaja menjalankan Budaya kolaboratif kerana
berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif,dan kefahaman serta komitmen guru
terhadap kerja. Selanjutnya Budaya organisasi yang jelas dan kuat perlu dikembangkan dan
dikongsi oleh semua ahli sekolah. Ini membolehkan mereka bersedia untuk berkongsi
tanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapai idea-idea
yang dikongsi bersama.
Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara pengetua
mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.
Dapatan kajian di Malaysia (Abdul Karim Mohd. Nor, 1987; Chairil Marzuki, 1997;Rahimah
Ahmad, 1982) mengatakan bahawa kepemimpinan pengetua memainkan peranan yang

penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan.


Kemudian berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Bettter
Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika Syarikat dankajiankajian Edmonds, (1979), Hussien Mahmood, (1993) (dalam Mahawa binti Pilus,2002) didapati
bahawa kepemimpinanpengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi
kejayaan sesebuah sekolah.
Fiedler,(1967) dalam Aminuddin(1990), gaya kepemimpinan ialah Struktur keperluan yang
memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepemimpinan.
Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu berfikir,
sikapnya dan tingkah lakunya.
Kesimpulan.
Menjadi pengetua, khasnya di sekolah adalah hak semua orang, hak-hak ini tidak boleh
dibatasi oleh jantina. Kerana persoalannya kemampuan dan kecakapan seseorang itu adalah
bagaimana pemimpin itu mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat
organisasinya, sebagaimana dikatakan oleh Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara
pemimpin memimpin atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk
mencapai matlamat organisasi.
Dan jika yang menjadi pengetua adalah jantina(wanita), maka selama pencapaian matlamat
oragnisasi dapat berjalan secara berkesan, maka dapat kita fahami bahawa kepemimpinan
pengetuua telah berjaya termasuk mengaplikasikan segala Gaya kepemimpinannya,
sehingga mengenai dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan
menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & BorisSchacter2003) tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi.
Kerana Keberksanan dalam sebuah kepemimpinan, bukan disebabkan jantina atau laki-laki,
tetapi lebih pada bagaimana seorang pengetua memainkan kecakapannya dari segala
aspek, seperti komunikasi, serta langkah-langkah dalam memotivasi warga organisasinya.
Apalgi tulisan hasil kajian yang dilakukan oleh Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid
(2006), tentang Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya denganTahap
Motivasi Guru Sekolah Menengah telah membuktikan dengan hasil dapatannya bahawa
hasil kajian telah menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara tahap
motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita, iaitu r= .22, p <.05 (lihat Jadual
10). Ini bermakna walaupun tahap motivasi guru dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap
gaya kepimpinan pengetua mereka,tetapi hubungan ini adalah rendah.
Rujukan:
Ab Aziz Yusof. 2008. Mengurus Perubahan dalam Organisasi. Shah Alam: KHL Printing Co.
Ab.Kadir Nordin. 2000. Gaya kepimpinan Pengetua cemerlang di dua buah Sekolah
Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti
Kebangsaan Malaysia,
Aminudin Mohd Yusof. 1990. Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Ainon Mohd. 2005. Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang:
PTS Professional
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa &
Pustaka.
Maimunah Aminuddin. 2003. Panduan Pengurusan Sumber Manusia. Ed. Ke-2 Selangor :
Fajar Bakti
Mohd. Khadri fazil Rahman. 2003. Gaya komunikasi pengetua dan hubungannya dengan
kepuasan bekerja. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Robiah sidin. 2003. Teori pentadbiran pendidikan. Malaysia: University Kebangsaan Malaysia.
Sitohang,J.S. 1989. Gaya kepimpinan Sukarno-Suharto. Jakarta : CV Pustaka Aksara
Smith, P.B., & Peterson, M. F. 1989. Leadership, organizations and culture:
Aeventmanagement model. London: Sage Publications

Anda mungkin juga menyukai