Anda di halaman 1dari 18

HMEE 5013

EDUCATIONAL ADMINISTRATION

FAKULTI BAHASA DAN PENDIDIKAN

HMEE 5013

EDUCATIONAL ADMINISTRATION

NAMA : FARIDAH BINTI NGADIM

NO. MATRIKULASI : CGS01277406

NO. KAD PENGNEALAN : 710716015926

NO. TELEFON : 0197196701

E-MEL : faridah_ngadim@oum.edu.my

UP : EN ROSLIZAM BIN HASSAN

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BATU

PAHAT

2017
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

TUGASAN 1

1.0 Pengenalan

Pendidikan merupakan asas kepada pembangunan sesebuah negara. Dalam


membangunkan sistem pendidikan bertaraf antarabangsa, guru haruslah komited dalam
menjalankan segala dasar pembangunan pendidikan. Situasi pendidikan yang semakin
mencabar, pendidik haruslah menggandakan usaha untuk melengkapkan diri dan menerima
pelbagai perubahan yang kerap berlaku dalam sistem pendidikan. Hal ini melibatkan
keberkesanan budaya sekolah dalam merealisasikan hasrat kerajaan yang dinyatakan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan. Budaya boleh dilihat daripada pelbagai perspektif dan salah
satunya termasuk melihatnya pada tahap yang berbeza. Budaya juga ditandai dengan iklim
organisasi. Iklim organisasi merujuk kepada bagaimana sesebuah organisasi itu berfungsi
dalam sesuatu persekitarannya yang tertentu, iaitu keadaan di tempat kerja dan perkara-
perkara yang dilakukan berdasarkan kepada nilai dan norma-norma tertentu. Pendapat ini
disokong oleh oleh Hoy & Hoy (2009). Hoy & Hoy (2009) melihat budaya sebagai wujud
dalam norma, nilai bersama dan perkara asas yang boleh berlaku pada tahap kedalaman dan
abstraksi yang berlainan. Organisai sekolah juga merupakan satu bahagian institusi organisasi
yang terlibat dengan budaya organisasi.
Oleh itu, sekolah adalah suatu organisasi dan tempat menerapkan nilai-nilai dan norma
yang mengarah kepada tindakan organisasi. Budaya akan selalu mengalami perubahan-
perubahan yang tertentu. Sesuai dengan pendapat yang dinyatakan oleh Fred Luthans (2009)
bahawa budaya organisasi sekolah diharapkan mampu mengikuti dan berinovasi terhadap
perubahan yang berlaku kerana budaya dan pendidikan saling berkait. Menurut Owens (1995)
budaya organisasi merujuk pada sikap dan tingkah laku, andaian, serta keyakinan daripada
suatu organisasi manakala iklim organisasi merujuk pada persepsi individu dalam organisasi
yang mencerminkan norma-norma, andaian-andaian dan keyakinan tersebut. Pendapat ini
disokong oleh Soetopo (2010) bahawa budaya organisasi adalah keperibadian organisasi yang
mempengaruhi cara bertindak individu dalam organisasi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa
dalam sesuatu organisasi sekolah juga mengandungi pola yang jelas dan tersirat daripada
tingkah laku yang diperlukan untuk diwujudkan hasil kumpulan manusia secara berbeza.
Secara umumnya dapat diringkaskan di sini bahawa budaya organisasi sekolah juga
mempunyai nilai, sikap dan keyakinan yang dapat menerima dan membentuk individu dalam
organisasi sekolah tersebut ke arah penerimaan perubahan yang berlaku dan menghasilkan
kejayaan bersama.
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

2. Analisis perbandingan LIMA unsur dalam EMPAT artikel Senarai Pertama

2.1 Persoalan Kajian.

JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3 JURNAL 4

a)Apakah persepsi guru a)Berasaskan kajian Kajian ini dijalankan Kajian ini
sekolah rendah semula dan tidak adalah untuk melihat dilaksanakan adalah
terhadap budaya mempunyai sebarang keupayaan umum bertujuan untuk
organisasi sekolah dan soalan / hipotesis, tetapi ia model yang mengkaji samada 3
profesionalisme guru? membawa kepada digunakan sebelum kategori budaya
pernyataan tesis, iaitu ini terhadap persepsi sekolah iaitu
b) Adakah terdapat Impak potensi Guru pelajar berkaitan Exemplary,
korelasi yang Pemimpin terhadap budaya sekolah Recognized &
signifikan antara budaya sekolah. dapat mempengaruhi Acceptable school
profesionalisme guru pencapaian pelajar. mempengaruhi
dengan dimensi budaya keputusan pencapaian
sekolah. murid

c) Adakah dimensi
budaya sekolah
meramalkan
profesionalisme guru?

Perbandingan

Berdasarkan contoh di atas, jelas menunjukkan bahawa jurnal 1 mempunyai 3 persoalan


berbanding jurnal 2 dan jurnal 4 yang mana masing-masing memaparkan satu persoalan
sahaja manakala jurnal 2 berasaskan kepada kajian semula yang ditulis dalam bentuk tesis.

2.2 Metodologi Kajian


HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3 JURNAL 4

Kajian ini menggunakan Kajian ini Kajian ini Kajian ini


kaedah penyelidikan menggunakan kaedah menggunakan kaedah menggunakan kaedah
kuantitatif dengan kuantitatif. kuantitatif. kuantitatif.
menjalankan model
penyelidikan Data dikumpul melalui Model telah diuji Kajian menggunakan
korelasional dan pentadbiran Kajian menggunakan soal selidik untuk
menggunakan soal Budaya Sekolah kepada LISREL 8.54 mendapatkan data.
selidik tinjauan untuk 195 peserta kajian.
mendapatkan data. Skala jenis Likert The Texas
digunakan untuk Assessment Of
Analisis data kajian juga tinjauan yang telah Academic Skills
dilakukan dalam proses dibangunkan. (TAAS)
dua langkah statistik - Menggunakan
menggunakan program exemplary,
SPSS 15.0 recognized,
acceptable dan low
performing sebagai
pengukuran

Perbandingan

Daripada kajian di atas menunjukkan bahawa keempat-empat jurnal ini menggunakan kaedah
kuantitatif. Walaupun menggunakan kaedah yang sama, namun cara pengumpulan data
adalah berbeza. Jurnal 1 menjalankan model penyelidikan korelasional dan soal selidik
tinjauan untuk mendapatkan data. Jurnal 2 pula menggunakan skala likert terhadap tinjuan
yang telah dibangunkan. Jurnal 3 menggunakan LISREL 8.54 dan jurnal 4 menggunakan soal
selidik untuk mendapatkan data.

2.3 Sampel Kajian


HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3 JURNAL 4

Sebanyak 386 guru yang Kajian melibatkan 195 Kajian melibatkan Kajian ini
bekerja di 18 sekolah orang guru Pra –K-12 1026 pelajar melibatkan 29 buah
rendah di pusat bandar yang mengikuti kursus berbahasa Greek yang sekolah di Texas-
Ankara ialah sampel lepasan ijazah dalam melibatkan 55 buah suburban.
kajian ini. kepimpinan guru. sekolah menengah di
Kepulauan Cyprus Seramai 24684
Mereka dipilih melalui Sebanyak 80% (156) pelajar dan 1727
kaedah pensampelan adalah guru perempuan Gambaran sampel orang guru terlibat
mudah rawak yang dan 20% (39) adalah kajian: dalam kajian ini.
mengambil bahagian guru lelaki yang purata umur : 13.7
dalam kajian ini. mengambil bahagian tahun
dalam kajian ini. Pecahan jantina
238 (61.7%) adalah (48.8% lelaki dan 51.2
lelaki dan 148 (38.3%) Peserta dari sekolah % perem
adalah perempuan. pinggir bandar, kawasan 67% pelajar bandar,
bandar dan luar bandar di 33% pelajar luar
Ohio. bandar

Perbandingan

Berdasarkan jadual di atas, kajian jurnal 1 menggunakan sampel yang dipilih melalui kaedah
persampelan rawak seramai 386 orang daripada 18 buah sekolah di pusat bandar Ankara yang
terdiri daripada 238 lelaki dan 148 perempuan. Berbanding dengan jurnal 2 yang sangat
sedikit sampel yang digunakan , iaitu seramai 195 orang guru pra-K-12 yang sedang
mengikuti kursus lepasan ijazah dalam kepimpinan guru. Mereka terdiri daripada 156 guru
Kajian jurnal 3 pula melibatkan 1026 pelajar berbahasa perempuan dan 39 orang guru lelaki
yang melibatkan 55 buah sekolah di Kepulauan Cyprus. Jurnal 4 pula melibatkan sampel
paling ramai iaitu 24684 pelajar dan 1727 orang guru daripada 29 buah sekolah.
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

di Texas-suburban. Jurnal 1, jurnal 3 dan jurnal 4 melibatkan sampel dari kawasan bandar
kecuali jurnal 2 melibatkan sampel dari kawasan luar bandar.
2.4 Analisis Data

JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3 JURNAL 4

Program SPPS 15.0 Guru-guru yang terlibat Data diperolehi Analisis Multivariate
digunakan untuk dalam kajian kebudayaan melalui : of Variance
menganalisis data. sekolah ini dikumpulkan 1. Ujian bertulis (MANOVA)
untuk perbandingan Matematik Statistik deskriptif
Analisis data kajian mengikut tahun 2.Ujian Soal Selidik Min
dilakukan dalam proses pengalaman dalam Latar Belakang. Sisihan piawai
dua langkah. bangunan sekolah yang
Purata aritmetik dan skor sedang mereka Penggunaan perisian –
sisihan piawai dikira bekerjasama. tidak dinyatakan
untuk menentukan Perkiraan data
persepsi guru sekolah Analisis merangkumi menggunakan
rendah terhadap markah purata, julat, perkiraan Matematik
profesionalisme guru dan frekuensi, dan sisihan biasa
sub-skala budaya piawai
sekolah

Koefisien korelasi
momen produk Pearson
(r) kemudiannya dikira
untuk mengkaji
hubungan antara
profesionalisme guru dan
dimensi budaya sekolah.

Analisis regresi linier


berganda juga dilakukan
untuk meramalkan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

persepsi guru sekolah


rendah terhadap
profesionalisme guru
dengan dimensi budaya
organisasi sekolah.
(E) Pekali dan keputusan
Beta (β) dan keputusan
untuk ujian t-dianggap
untuk menafsirkan
keputusan analisis
regresi.
(F) Kedua-dua statistik
deskriptif dan
kesimpulan telah
digunakan dan semua
data dibentangkan dalam
bentuk jadual.

Perbandingan

Analisis data yang ditunjukkan dalam jadual mendapati bahawa jurnal 1 menggunakan
program SPSS 15.0 dengan analisis dilakukan secara dua langkah, iaitu purata aritmetik dan
sisihan piawai. Analisis Jurnal 2 pula merangkumi markah purata, julat frekuensi dan
sisihan piawai manakala jurnal 4 menggunakan analisis Multivariate of Variance
(MANOVA) yang merangkumi statistik deskriptif , min dan sisihan piawai. Bagi jurnal yang
ke 3 tidak dinyatakan tentang perkiraan data. Analisis data menggunakan perkiraan
Matematik biasa sahaja.

2.5 Dapatan Kajian


HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

JURNAL 1 JURNAL 2 JURNAL 3 JURNAL 4

Dapatan 1 : Persepsi Panjang pengalaman Secara keseluruhan, Pelajar memperolehi


guru sekolah rendah mengajar di sekolah itu keputusan pelbagai skor tertinggi dalam
terhadap budaya TIDAK menjadi faktor ujian model, ujian di sekolah yang
berorientasikan tugas penarafan iklim sekolah. mencadangkan mempunyai
lebih tinggi daripada pemimpin mampu persekitaran
budaya berorientasi, Pengasingan guru memanfaatkan pembelajaran yang
berorientasi kejayaan, merupakan kebimbangan konsep budaya sihat.
dan budaya birokrasi. utama bersama dengan organisasi untuk
Persepsi guru terhadap peluang untuk membantu Dapatan kajian
profesionalisme berada kepimpinan tidak formal, menyelesaikan mencadangkan
di tengah titik tengah. iklim tumbuhan fizikal, masalah organisasi Dimensi Goal Focus
kepercayaan, hubungan, tertentu & Adaption
Dapatan 2: Budaya dan sokongan merupakan aspek
berorientasikan Terdapat sebilangan yang sangat
sokongan dan proses di dalam mempengaruhi
berorientasikan tugas sekolah adalah persekitaran dan iklim
secara positif dan longgar untuk sekolah
signifikan dikaitkan membentuk budaya
dengan profesionalisme organisasi yang
guru, bagaimanapun, menyumbang ke
budaya sekolah birokrasi arah keberhasilan.
secara negatif dan
signifikan dikaitkan Pemimpin sekolah
dengan profesionalisme tidak boleh
guru. menggunakan kuasa
yang sepenuhnya
Dapatan 3: Kebudayaan disebabkan terdapat
berorientasikan beberapa
sokongan, pembolehubah yang
berorientasikan tugas, lain yang berkaitan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

dan birokrasi adalah dengan persekitaran


peramal penting sekolah.
profesionalisme guru

Perbandingan

Dapatan menunjukkan bahawa setiap jurnal 2, jurnal 3 dan jurnal 4 mempunyai satu dapatan
berbandingan dengan jurnal 1 yang memaparkan tiga dapatan dalam kajian tersebut. Kajian
pada jurnal 3 dan jurnal 4 masing-masing memberikan cadangan terhadap kajian yang telah
dijalankan untuk menambahbaik kajian pada masa akan datang. Jurnal 1 tidak memberikan
apa-apa cadangan untuk menambahbaik kajian ini pada masa akan datang.

TUGASAN 2
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

3.0 Penilaian mengenai sumbangan TIGA artikel Senarai TIGA


3.1 Budaya Organisasi Sekolah
Peranan budaya sekolah memang tidak dapat dinafikan lagi. Budaya sekolah banyak
memberi pengaruh dan impak kepada warga sekolah terutamanya dari segi pencapaian, emosi
dan  juga tingkah laku.  Kemajuan dan pencapaian sekolah dapat ditingkatkan melalui
penglibatan, kerjasama dan juga kepercayaan. Pendapat ini disokong oleh Comer (1980)
bahawa budaya sekolah memerlukan pendidik yang perlu bekerjasama bagi melahirkan
sekolah yang produktif dan seronok untuk dihuni. Budaya dan iklim sekolah merupakan
faktor kepada penentu keberhasilan pendidikan. Budaya dan iklim sekolah dapat
diperkembangkan melalui perkembangan teknologi dalam komunikasi. Budaya organisasi
yang positif mempengaruhi cara bertindak individu yang positif juga. Iklim yang kondusif
pula menunjangi proses pembelajaran pelajar dan proses pengajaran guru di sekolah. Untuk
membangun dan mengembangkan budaya dan iklim sekolah dilakukan langkah-langkah
kegiatan menganalisis luaran dan dalaman hal-hal yang berlaku di sekolah, merumuskan
strategi, melaksanakan strategi, serta mengawasi dan memperkembang budaya dan iklim
sekolah.
Kajian menunjukkan bahawa 200 buah sekolah cemerlang di Amerika Syarikat dan
telah menyenaraikan beberapa ciri budaya yang dimiliki oleh sekolah-sekolah tersebut iaitu
sekolah menyediakan kemudahan-kemudahan yang maksimum kepada pelajar, kurikulum
berfokus kepada isi kandungan dan kemahiran, kepimpinan menyediakan visi dan sumber,
guru-guru disediakan dengan sumber-sumber yang mencukupi dan sekolah tidak menerima
sebarang alasan. (Yahya bin Don, Aziah Ismail, Yaakob Daud, 2006).  Ciri-ciri yang
dinyatakan ini mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan budaya sekolah yang positif
dan seimbang.  Deal dan Peterson (1999) mendefinisikan budaya sebagai satu entiti
keseluruhan yang merangkumi aspek pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undang-
undang, norma, adat resam dan kemahiran-kemahiran lain serta sesuatu kebiasaan yang
diwarisi atau diperoleh serta diaplikasi di dalam kehidupan seharian.

3.2 Fenomena Budaya Sekolah


Membentuk budaya sekolah yang ideal dan positif memerlukan kepercayaan bersama
antara guru dan komuniti masyarakat persekitaran sekolah kerana budaya dan iklim sekolah
merupakan faktor penentu keberhasilan pendidikan. Hal ini dilihat sebagai sumber kekuatan
kepada semua pihak untuk menjadikan ikatan kepercayaan ini sebagai sesuatu yang dapat
menjadikan sekolah tempat yang tenteram, nyaman dan selamat untuk warga guru dan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

pelajar. Budaya dan iklim sekolah mempengaruhi prestasi pembelajaran pelajar di sekolah
dan kualiti sekolah. Pemimpin, iaitu guru besar atau pengetua, guru, dan pelajar dapat
manfaat daripada budaya dan iklim yang kondusif di sekolah. Apabila suasana sekolah
kondusif untuk semua warga termasuk guru, pelajar dan warga tenaga kerja yang lain, usaha
pemimpin sekolah menjadi lebih mudah dalam usaha mengelola sekolah. Guru memperoleh
kemudahan dalam mengajar dan mendidik pelajar serta berasa dihargai. Pelajar pula berasa
senang, tenang, aman dan seronok belajar di sekolah.
Ibu bapa dan masyarakat sekitar merasakan diri mereka diterima dan dilibatkan
dalam kegiatan yang diadakan di sekolah. Hal ini ada dinyatakan oleh Maslowski dalam
artikel bertajuk “A review of inventories for diagnosing school culture”. Kelemahan dan
kekuatan menilai tahap kebolehpercayaan dikaji. Didapati kebolehpercayaan adalah
merupakan nilai teras mencerminkan kekuatan dalam warga sekolah. Dengan adanya
kebolehpercayaan, guru, pelajar dan warga setempat dapat melakar kejayaan bersama.
Kenyataan ini disokong kajian oleh Saphier and M. King (1985)yang juga menunjukkan
bahawa budaya sekolah adalah kepercayaan bersama antara guru dan komuniti masyarakat.
Nilai teras yang mencerminkan apa yang ingin dipelajari oleh para pelajar dan norma tingkah
laku yang mencerminkan persepsi guru terhadap persekitaran sekolah adalah lebih baik
kerana kajian telah menunjukkan bahawa jika norma budaya sekolah adalah kuat,
penambahbaikan dalam pengajaran menjadi signifikan, berterusan dan meluas. Asas kepada
kepercayaan bersama ini, akan membawa kepada budaya sekolah yang positif.
Selain itu, budaya sekolah yang berasaskan kepada kepercayaan ini juga mampu
membentuk disiplin pelajar yang baik. Disiplin adalah pengembangan diri pelajar sehingga
pelajar boleh mengatur dirinya sendiri (Kounin, 1970). Dengan adanya kerjasama dan rasa
percaya serta saling bergantungan antara guru, pelajar dan masyarakat setempat, disiplin
pelajar dapat dibentuk dengan sempurna. Ini kerana adanya kepercayaan terhadap guru yang
berkesan dan sekolah yang berkesan dapat membentuk disiplin pelajar ke arah yang lebih
sempurna. Kenyataan ini sesuai dan dibuktikan kajian yang dijalankan oleh (Purkey dan
Smith, 1982; Rosenholtz, 1989) bahawa peningkatan sekolah muncul daripada pengukuhan
kemahiran guru, pengubahsuaian sistematik kurikulum sekolah, peningkatan proses
organisasi dan penglibatan ibu bapa dan warganegara dalam perkongsian komuniti sekolah-
sekolah. Kemahiran guru bukan sahaja kepada pengajaran guru tetapi cara bagaimana guru
mengelola pelajar mereka. Ini termasuklah perkara yang berkaitan dengan disiplin pelajar.
Berdasarkan kepada Pengurusan Model Sekolah Produktif yang dibangunkan oleh
Snider K.J Dan Anderson R.H.(1986), pembinaan budaya kerja sekolah berasaskan konsep
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

budaya sistem (Johnson et.al.,2002). Konsep ini menggariskan bahawa untuk sistem
berfungsi dengan baik, budaya kerja perlu dibangunkan dengan maksud bersama, iaitu
kerjasama kakitangan dan unit saling bergantung antara satu sama lain. Budaya kerja juga
merujuk kepada corak kerja kolektif sistem atau sekolah dalam bidang perancangan luas dan
perancangan sekolah, pembangunan staf, program dan penilaian produktiviti. Keempat-empat
budaya yang dinyatakan ini mengarah kepada matlamat untuk meningkatkan kesan terhadap
corak pembelajaran. Artikel ini sangat menyumbang kepada pembentukan budaya sekolah
selamat. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah
mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan kepada pengurusan sekolah, wujudnya
satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dalam kalangan pelajar
dan juga guru, adil serta berterusan.
Sokongan yang padu dalam kalangan masyarakat dan guru di sekolah mampu
membentuk disiplin pelajar yang baik. Komitmen daripada pemimpin sekolah dan guru serta
warga sekolah lainnya dapat mambantu meningkatkan pengembangan budaya sekolah
menerusi pembentukan akhlak dan disiplin pelajar di sekolah. Sekiranya berlaku kelemahan
dari mana-mana bahagian, maka pembentukan displin pelajar ini tidak akan terlaksana.
Seterusnya budaya sekolah selamat tidak dapat direalisasikan secara bersama kerana asas
kepada kejayaan sesebuah sekolah dalam mewujudkan budaya sekolah adalah kerjasama.
Pendapat ini disokong oleh Roach, T. and Kratochwill, T. R. (2004) yang menjalankan kajian
“Evaluating school climate and school culture. Teaching Exceptional Children” menjelaskan
bahawa personaliti sekolah, pengukuran iklim sekolah cenderung untuk memfokuskan
kepada perlakuan individu dan persepsi mereka terhadap corak komunikasi dan interaksi
dalam konteks sekolah.
Iklim sekolah mengukur keupayaan untuk menghasilkan satu gambaran tentang
perlakuan organisasi dan individu bagi tujuan mengurus dan mengubah perlakuan. Selain
disiplin pelajar, corak komunikasi dalam kalangan guru serta pemimpin dan masyarakat
setempat juga memainkan peranan dalam pengaplikasian budaya dan iklim sekolah yang
cenderung ke arah pencapaian akademik yang cemerlang. Bukan sahaja cemerlang dari segi
akademik tetapi juga daripada segi hubungan sesama individu di sekolah serta dalam
kalangan masyarakat. Ini sudah tentu melibatkan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
Dengan adanya komunikasi berkesan dan hubungan yang baik ini, sudah tentu budaya
sekolah positif dan iklim sekolah selamat dapat direalisasikan.
Pendapat ini juga disokong oleh R.F Cavanaugh and G.B. Dellar (1996) dalam
“School Culture Element Questionnaire (SCEQ)” menjelaskan dasar budaya sekolah adalah
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

mewujudkan budaya komuniti dengan perkongsian norma dan nilai dalam kalangan guru. Ini
menunjukkan kesamaan dalam tujuan dan tindakan untuk meningkatkan pembelajaran
pelajar. Dengan kerjasama ini komuniti sekolah dapat menjalankan apa jua program untuk
dilaksanakan dengan jayanya. Kejayaan untuk pelajar pasti terlaksana dengan adanya konsep
kerjasama dalam budaya sekolah. Semua sekolah perlu dilibatkan dalam mewujudkan
budaya dan iklim yang positif. Pengembangan budaya sekolah adalah merujuk kepada suatu
sistem nilai, kepercayaan dan norma-norma yang diterima secara bersama serta dilaksanakan
dengan penuh kesedaran sebagai tindak tanduk alami yang dibentuk oleh lingkungan yang
menciptakan pemahaman yang sama di antara seluruh unsur dan orang yang berkepentingan
di sekolah (Wijanarko, 2014).
Pembentukan budaya sekolah yang positif juga memerlukan kesemua ahli dalam
suatu organisasi sekolah itu saling menghormati, berdaya saing, saling mengambi berat,
bertimbang rasa dan mempunyai intergriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka. Pengamalan terhadap nilai-nilai murni di sekolah menjadi keutamaan
dalam membentuk budaya sekolah positif. Pendapat ini disokong oleh Sachein (1991)
menjelaskan bahawa nilai merupakan faktor yang penting untuk menetapkan tindakan
individu demi mencapai matlamat. Apabila budaya sekolah yang positif terlaksana, maka
suasana ini dapat mewujudkan pula persekitaran yang beretika dan bersopan santun dalam
pertuturan serta tingkah laku yang sopan. Dalam hal ini Bryk & Schneider (2002),
berpendapat bahawa perhubungan yang wujud di antara murid, guru, ibu bapa dan pihak
pentadbir mencerminkan tahap kebolehpercayaan sesama mereka. Kepercayaan dalam
perhubungan adalah perkara penting mewujudkan budaya sekolah positif. Ahli-ahli dalam
sesebuah organisasi perlulah saling menghormati, berdaya saing, mengambil berat dan
mempunyai integriti yang tinggi. Budaya sekolah yang positif mewujudkan persekitaran
beretika dan penggunaan bahasa yang sopan.
Budaya sekolah positif mempunyai visi dan misi yang jelas. Visi ialah tanggapan dan
pandangan yang jauh serta mendalam tentang perkembangan masa depan berkaitan dengan
sekolah yang mana visi juga merupakan matlamat yang berorientasikan pencapaian sekolah.
Misi pula memberikan arah tuju dan tujuan sekolah yang nyata dan nampak jelas pada
pandangan umum. Budaya sekolah yang positif merupakan satu elemen yang penting dalam
sesebuah organisasi sekolah. Nilai dan kepercayaan menjadi asas kepada visi dan misi
organisasi sekolah. N.S.K. Pang (1996) dalam penulisan “School values inventory Form-111
and Form- IV (SVI)” menegaskan bahawa hubungan kebudayaan merujuk kepada
mekanisme yang menjadi makna bagi pekerja. Gandingan yang baik dan unsur ketegasan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

menarik pekerja ke arah matlamat, visi, misi, falsafah dan nilai teras organisasi sekolah. Visi
dan misi membentuk ciri-ciri tersendiri dalam membentuk wawasan sekolah dan keduanya
merupakan matlamat dan hala tuju sekolah sesebuah organisasi sekolah. Struktur dan sistem
sekolah membolehkan sekolah memilih cara bagaimana untuk menjalankan sesuatu aktiviti
visi. Oleh yang demikian nilai dan visi merupakan yang sangat penting membentuk budaya
sekolah positif dan menjadi satu tanggungjawab kepada semua warga sekolah untuk
mencapai matlamat visi tersebut kerana visi dan misi juga merupakan pemangkin bagi warga
sekolah untuk mencapainya. Visi dan misi juga mencerminkan sesuatu budaya sekolah
tersebut.
Budaya sekolah positif juga mempunyai kepimpinan yang berkesan dalam
melaksanakan apa jua tanggungjawab yang terpikul. Kepimpinan termasuk dalam Draf
SKPMg2 yang dikeluarkan pada 13 September 2016 oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
merupakan piawai yang digunakan untuk menentukan tahap pencapaian kualiti pendidikan
yang mencakupi beberapa bidang. Kejayaan sesebuah sekolah dalam bidang akademik tidak
akan berjaya sekiranya tiada kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan ini merangkumi
kepimpinan guru besar dan juga guru-guru. Kajian menunjukkan bahawa kejayaan
kepimpinan mempunyai perkaitan yang kuat antara para guru yang mempunyai
kecenderungan yang tinggi dengan kepimpinan yang menyokong, partisipatif dan orientasi
kejayaan dalam pengurusan dan pentadbiran sekolah. Budaya sekolah positif amat
dipengaruhi oleh kepimpinan yang berkesan ini. Dapatan ini disokong oleh Neider (1980),
Schwarz (1989) dan Aminuddin (1994) yang menyatakan bahawa gaya kepimpinan
menyokong dan partisipatif memberi perkaitan yang positif dengan kepuasan kerja guru.
Ini menunjukkan bahawa kepimpinan guru besar dan guru-guru memberi kesan yang
mendalam terhadap budaya sekolah positif kerana kepimpinan ini amat memberi keutamaan
kepada tugas hubungan sesama manusia dan koperatif dalam melaksanakan tugas masing-
masing. Kepimpinan yang berkesan juga meminimumkan konflik yang biasanyaberlaku
dalam sesuatu organisasi sekolah. Berdasarkan kepada kekuatan kepimpinan yang berkesan
ini, budaya sekolah positif dapat direalisasikan dengan jayanya. Kepimpinan berkesan juga
melibatkan pengukuhan kemahiran guru kerana meningkatnya kecemerlangan organisasi
sekolah. Kepimpinan guru besar dan guru-guru menentukan matlamat dan hala tuju sesebuah
sekolah. Pendapat ini disokong oleh Lieberman, A., & Miller, L. (2004). yang menyatakan
bahawa budaya sesebuah sekolah banyak dipengaruhi oleh sikap pemimpinnya. Pemimpin
yang akan menentukan matlamat dan hala tuju sekolah tersebut. Pemimpin yang bersemangat
tinggi , sedar tanggungjawab beliau kepada staf, murid, ibu bapa dan masyarakat, sedar akan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

tanggungjawabnya kepada bangsa dan masyarakat sudah tentu akan memainkan peranan
untuk membentuk budaya sekolah yang cekap dan seterusnya budaya sekolah yang
cemerlang. Keperluan semua guru dan aspek kesediaan perlu diambil perhatian agar
matlamat kejayaan dapat dicapai bersama. Perkongsian kepimpinan melihat keupayaan dan
kebolehan sebagai aset untuk pembentukan budaya sekolah dalam kerja profesional dan
prestasi tinggi. Ini disokong oleh Hussein Mahmood (1993), mengatakan bahawa kejayaan
dan kegagalan sesebuah sekolah di Malaysia banyak bergantung kepada pihak sekolah iaitu
guru besar, guru-guru tetapi kepimpinan guru besar adalah dikenalpasti sebagai pemboleh
ubah yang penting sekali yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah.
Huber (2004) pula menyatakan sekolah yang diklasifikasikan sebagai berjaya
mempunyai pemimpin sekolah yang kompeten. Ini menunjukkan bahawa sekolah yang tidak
mempunyai pemimpin sedemikian adalah sebaliknya. Banyak masalah yang timbul sekiranya
pemimpin sekolah tidak menjalankan peranannya dan  menyerahkan tanggungjawab beliau di
sekolah kepada pekerja-pekerja di bawahnya. Fenomena ini akan membentuk satu budaya
kerja yang tidak cekap dan selaras. Kerjasama antara staf sukar dibentuk kerana setiap orang
mempunyai pelbagai pendapat yang berbeza. Pelbagai masalah akan timbul sekiranya ketua
dalam organisasi tersebut tidak memainkan peranan beliau. Namun, pemimpin yang
memainkan peranan dengan lebih profesional maka , perjalanan sekolah akan menjadi lebih
baik dan tiada berlaku percanggahan pendapat kerana kepimpinan yang bijak mengelola dan
mempengaruhi keseluruhan proses di sekolah.

3.3 Penghalang Kepada Budaya Sekolah


Sesuatu perkara yang hendak dibangunkan sudah tentu menghadapi tentangan dan
halangan terhadap pembentukannya. Terdapat beberapa perkara yang menjadi penghalang
kepada pembentukan budaya sekolah positif. Perkara yang paling sukar ialah sesuatu budaya
yang sememangnya sukar untuk diubah yang telah wujud berkurun lamanya. Didiplin
merupakan penghalang terbesar kepada kejayaan sesebuah sekolah,teraksa bekerja dengan
individu-individu yang tidak sepakat dalam segala urusan. Berlakunya birokrasi pendidikan
yang menghalang pendidikan awam berkembang dan sikap guru yang memikirkan mereka
telah melakukan yang terbaik dalam pekerjaan mereka. Penafian terhadap perkongsian kuasa
di pihak atasan juga merupakan halangan terbesar terhadap pembentukan baharu budaya
sekolah. Roach, T. and Kratochwill, T. R. (2004). “Evaluating school climate and school
culture. Teaching Exceptional Children” menjelaskan bahawa personaliti sekolah,
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

pengukuran iklim sekolah cenderung untuk memfokuskan kepada perlakuan individu dan
persepsi mereka terhadap corak komunikasi dan interaksi dalam konteks sekolah.
Ini termasuklah sikap pendidik yang menjadi penghalang kepada pembentukan
budaya sekolah.Alternatif kepada penyelesaian masalah tidak dicari. Untuk setiap masalah
hanya ada satu penyelesaian dan mempercayai bahawa masyarakat tidak membantu sistem
sekolah dan menafikan peranan ibu bapa di sekolah.  Andaian-andaian terhadap perkara ini
ini telah mempengaruhi tindakan warga sekolah dan menjadikan sekolah mundur dan sukar
untuk mencapai kecemerlangan. Berdasarkan kepada perkara ini Patterson, Purkey dan
Parker (1986) telah memberikan cadangan untuk memperbaiki andaian tersebut iaitu dengan
mengagihkan kuasa di sekolah kepada segala lapisan organisasi. Selain itu, keputusan yang
dibuat haruslah diadakan perbincangan agar keputusan dapat diterima oleh semua pihak dan
semua pihak berpuas hati.

4.0 Kesimpulan
Sesebuah institusi pendidikan seperti sekolah haruslah menjadi tempat yang sangat
membangun bagi pembangunan sahsiah pelajar dan akademik pelajar. Oleh itu, budaya
sekolah yang dibentuk ke arah yang lebih positif seharusnya lebih fleksibel , diterima oleh
semua lapisan masyarakat dan berdasarkan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan agar apa yang hendak dilaksanakan masih berada di landasan yang
sebaik-baiknya. Segala inovasi dan piawai yang ditetapkan haruslah perlu disesuaikan dengan
elemen-elemen yang telah sedia ada supaya budaya dan matlamat sekolah dapat bergerak
dengan seiring selaras dengan impian sekolah. Wujudnya sesuatu perubahan dalam budaya
sekolah ke arah yang lebih positif secara tidak langsung mengembangkan budaya dan iklim
sekolah yang kondusif dan menghilangkan budaya dan iklim sekolah yang bersifat negatif.

Rujukan
HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

Aminuddin Mohd Yusof (1989). Kepimpinan, Motivasi dan Prestasi: Model Guru dan
Tentera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Beard, K. S., Hoy, W. K., & Woolfolk Hoy, A (2009). Academic optimism of individual
teachers: Confirming a new construct. Working Paper, Ohio State University.

Bryk, A. S., & Schneider, B. (2002). Trust in schools: A core resource for improvement. New
York, NY: Russell Sage Foundation.

Cavanagh, R. F & Dellar, G. B.(1996). School culture elements questionnaire, unpublish


doctoral dissertation, Curtin University: Perth.

Comer, J.P.(1980).  School Power: : Implications of an Intervention Project. New York: The


Free Press.

Deal, T. E., & Peterson, K. D. (1990). The principal’s role in shaping school culture.
Washington, D.C.: U.S. Government Printing Office.

Fred Luthans. (2009). Perilaku Organisasi. Yogjakarta: Andi

Hemmings, A., Stevens, D. and Rhodes, V. (2011).Creating positive culture in a new urban
high school. The High School Journal.

Huber, S.G. (1996). Dovetailing School Effectiveness and School Improvement: Department
of Education: University of Cambridge, Cambridge

Huber, S.G. (2004). Preparing School Leaders for the 21st Century: An International
Comparison of Development Programmes in 15 Countries, in the Series Context of
Learning, Chrispeels,]., Creemers, B., Reynolds, D. and Stringfield, S. (Eds),
RoutledgeFalmer, Landon

Hussin Mahmood. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah: Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka,

Hoy, K. Wayne & Miskel, G. Cecil (2005). Educational Administration; Theory, Research,
and Practice.The McGraw-Hill Companies, Inc. New York

Idochi Anwar dan Yayat Hidayat Amir,. (2000). Administrasi Pendidikan : Teori, Konsep &
Isu, Bandung : Program Pasca Sarjana UPI Bandung

Kounin, J. (1970). Discipline and group management in classrooms. New York: Holt,
Rinehart & Winston.

Lieberman, A., & Miller, L. (2004). Teacher leadership. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Maslowski, R. (2006). A review of inventories for diagnosing school culture. Journal of


Educational Administration, Vol. 44, No. 1.

Neider, L.L. (1980). An Experimental Field Investigation Utilizing an Expectancy Theory


HMEE 5013
EDUCATIONAL ADMINISTRATION

View of Participation. Organizational Behavior and Human Performance.

Owens, G. Roberts (1995). Organizational Behavior in Education. Allyn and Bacon A Simon
& Schuster Company. Needham Heights.

Pang, N. S. K.(1996). School values and teachers’ feelings: a LISREL model. Journal of
Educational Administration.

Patterson, J. L., Purkey, S. C. & Parker, J. V. (1986).  Productive School Systems for a


Nonrational World.  Alexandria, VA: ASCD.

Purkey, S. C., & Smith, M. S. (1985). School reform: The district policy implications of the
effective schools literature. The Elementary School Journal

Roach, T. and Kratochwill, T. R. (2004). Evaluating school climate and school culture.
Teaching Exceptional Children; Sep/Oct 2004; 37, 1

Rosenholtz, S. J. (1989). Workplace conditions that affect teacher quality and commitment:
Implications for teacher induction programs. The Elementary School Journal,

Saphier, J., & King, M. (1985). Good seeds grow in strong cultures. Educational
Leadership, 42 (6), 67-74.

Schein, E. H. (1991). Organizational culture and leadership. San Francisco, CA: Jossey-
Bass.

Schwarz, R.M. (1989). “Participative Decision Making Comparing Union Management and
Management Designed Incentive Pay Programme.” Group and Organizational
Studies.

Soetopo, Hendyat. (2010). Perilaku Organisasi; Teori dan Praktek di Bidang Pendidikan.
Bandung. Remaja Rosdakarya

Stolp, S. dan Stuart C. Smith (1994).   School Culture and Climate: The Role of the
Leader. OSSC Bulletin. Eugene: Oregon School Study Council.  

Snider. K. J. & Anderson. R. H. (1986).School work culture profile.Tampa. FL: School


Management Institute.

Wijanarko, B. (2014).Membentuk Sikap Peserta Didik Melalui Pengembangan Budaya


Sekolah Menurut Implementasi Kurikulum 2013.

Yahya Don, Aziah Ismail & Yaakob Daud. (2006).  Kepimpinan & Pembangunan Pelajar
Sekolah di Malaysia.  Kuala Lumpur: PTS Profesional

Anda mungkin juga menyukai