Anda di halaman 1dari 13

Tema : Penyelidikan Pendidikan

Sumber : Jurnal
1)Cerana Jurnal Penyelidikan
Bilangan 15, 2010
Oleh; Azni bin Jaffar
Abstrak 1
Pedagogi Berorientasikan Pendidikan Alam Sekitar Membantu Murid Prasekolah dalam Aktiviti
Amali Tanah-Spesis Phyllanthus Acidus
Maizatolakmam binti Ya Ahmad(Guru Pelatih Prasekolah)
Kajian ini dibuat untuk memberi pengalaman dan pengenalan awal kepada kanak-kanak dalam
meneroka kandungan air dalam tanah. Kajian ini juga boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Sains dan Teknologi di Prasekolah. Melalui amali yang dijalankan, dapat meningkatkan
keseronokan belajar kepada murid-murid. Mereka juga dapat memperkembangkan idea dan
kreativiti selepas membuat eksperimen ini. Kaedah persampelan tanah ini telah berjaya
mengaplikasikan konsep konstruktivisme secara terus. Hasil kajian ini memberi kesan secara
langsung yang signifikan terhadap motivasi pelajar prasekolah dengan menggunakan perbandingan,
sokongan analogy dan aplikasi dalam bentuk mengeksperimen.
Rujukan :
Abdullah Hassan & Ainon Mohamad (2003). Mendorong kreativiti kanak-kanak. Pahang: Psikologi
Pendidikan Publications & distributiors Sdn. Bhd.











Abstrak 2
Gaya Kepimpinan di Sebuah Institusi Pendidikan Awam
Fatimah binti Abd. Kadir
Laporan THE-QS(Times Higher Education-Quacquarelli Symmonds) untuk tahun 2008 telah
menyenaraikan Universiti Malaya (UM) pada ranking 230 universiti terbaik dunia. Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) pula berada di tangga ke 250 berbanding dengan ditangga ke 309 tahun
lalu. Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) turut memperbaiki
kedudukan mereka apabila berada di ranking ke 320 (dari 364) dan 356 (dari 415). Sementara itu,
Universiti Sains Malaysia (USM) yang terpilih sebagai university Apex baru-baru ini telah jatuh
kedudukannya dari tangga ke 307 tahun lalu ke 313. Hakikatnya, university di Malaysia masih
tertinggal jauh berbanding dengan university di Negara-negara Asia yang lain. University of Tokyo
berada di tangga ke 19, Kyoto University berada di tangga 25, University of Hong Kong pula
mendapat tempat ke 26, sementara itu National University of Singapore (NUS) berada di tangga ke
30.
Rujukan :
Covey, S. (1990). Principle-centered leadership. New York: Fireside, Simon & Schuster.















Abstrak 3
Amalan Penulisan Reflektif Pembelajaran Guru Pelatih PISMP
Abdul Latif bin Ahmad, Abd Kadir bin Abd Rahim
Kajian tindakan ini bertujuan untuk membina kemahiran pertulisan reflektif guru pelatih PISMP
semester 1, Opsyen PJ, IPG Kampus Tun Hussein Onn daripada gaya penulisan diskriptif kepada gaya
penulisan kritikal. Seramai 20 orang guru pelatih PISMP Smester 1, Opsyen PJ IPG Kampus Tun
Hussein Onn yang menjalani pengajaran mikro mata pelajaran PJM3103 Olahraga dinilai dalam
kajian ini. Kajian ini juga tertumpu kepada tiga sesi kuliah PJM3103 Olahraga. Fokus kajian hanya
untuk membina kemahiran penulisan reflektif guru-guru pelatih ini daripada gaya penulisan diskriptif
kepada gaya penulisan kritikal. Kerangka kajian tindakan oleh Hopper (1996) yang meliputi
perancangan, tindakan, pemerhatian dan merancang semula digunakan untuk membina kemahiran
penulisan reflektif guru pelatih daripada gaya penulisan diskriptif kepada gaya penulisan kritikal.
Analisis deskriptif digunakan untuk menentukan kategori/bentuk reflektif pengajaran mikro kendiri
guru pelatih. Dapatkan paling signifikan dalam kajian tindakan ini adalah penggunaan rakaman video
berserta dengan jadual refleksi dapat membina kemahiran penulisan reflektif guru pelatih daripada
gaya penulisan diskriptif kepada gaya penulisan kritikal.
Rujukan :
Amobi, F.A. (2005). Preservice teachers` reflectivity on the sequence and consequences of teaching
actions in a microteaching experience. Teacher Education Quarterly, 32(1). 115-126.














2)Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru
Jilid 6, 2011
Oleh; Dr. Mohd Nasrudin Basar
Abstrak 1
Penggunaan Soaljawab Lisan Pentaksiran Formatif dalam Mata Pelajaran Geografi Sekolah
Menengah
Suzana binti Abd. Mutalib
Tujuan kajian membincangkan amalan menyoal secara lisan sebagai salah satu teknik dalam
pentaksiran formatif. Teknik penyoalanlisan diintegrasikan dalam aktiviti pengajaran, pembelajaran
secara embedded dan seolah-olah tiada pemisah antara pengajaran dan pembelajaran dengan
pentaksiran formatif. Penyoalan lisan jika dilaksanakan dengan betul dan berkesan, ianya dapat
membantu meningkatkan pembelajaran pelajar. Pendekatan kajian kualitatif dijalankan melalui
rekabentuk kajian kes. Kajian dijalankan di sebuah sekolah menengah terhadap dua orang guru
geografi. Dua teknik kutipan data iaitu pemerhatian dan temubual digunakan dalam kajian ini.
Dapatan kajian dibincangkan mengikut amalan guru mengemukakan pelbagai jenis soalan lisan.
Begitu juga perbincangan akan melihat tujuan guru mengemukakan soalan. Dapatan kajian
menunjukkan kedua-dua guru mengemukakan pelbagai jenis soalan dan bersetuju bahawa tujuan
memberi soalan lisan adalah embedded antara pengajaran dan pembelajaran dengan pentaksiran
formatif.
Rujukan :
Abd. Murad Salleh. (2003) Proses Penganalisisan Data Kajian Kes Secara Kualitatif. Kertas Kerja yang
dibentangkan dalam Seminar Penyelidikan Kualitatif: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur.











Abstrak 2
Kajian Impak Terhadap Guru-Guru yang Mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Program Ijazah
Pertama yang Tidak Menepati Garis Panduan
Fatimah Tambi & Mohd Nasrudin Basar
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti kompetensi guru-guru yang telah mengikuti Pengajian
Jarak Jauh (PJJ) dengan opsyen di university yang tidak menepati bidang masa pelajaran yang diajar
di sekolah. Aspek-aspek kempetensi yang dikaji merangkumi nilai-nilai profesionalisme keguruan,
kompetensi guru dalam pengajaran dan pembelajaran, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran
guru. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang dihuraikan secara dekriptif. Data dikumpul
menggunakan dua (2) set soalan soal selidik, iaitu 1 set soal selidik untuk guru dan 1 set soal selidik
lagi untuk mendapatkan repons daripada pentadbir sekolah. Dapatan kajian secara keseluruhan
mengenai kompetensi guru PJJ menunjukkan tahap kompetensi guru dalam pengajaran dan
pembelajaran, pengetahuan, kefahaman dan kemahiran guru adalah tinggi. Walau bagaimanapun,
guru-guru ini memerlukan beberapa kursus peningkatan atau pemurnian ilmu yang boleh
meningkatkan pembangunan profesionalisme keguruan bagi guru-guru tersebut.
Rujukan :
Mohd Nasrudin Basar, Fatimah Tambi, Ibrahim Mohamed Zin, Nagalingam Karuppiah (2009). Kualiti
Guru Permulaan Daripada Perspektif Pentadbir Sekolah Rendah. Jurnal Penyelidikan Pendidikan
Guru. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.














Abstrak 3
Hubungan Gaya Komunikasi Guru Besar dengan Kepuasan Kerja Guru-Guru di Sekolah-Sekolah
Pendah Wilayah Persekutuan Labuan
Suriani Alland Oxley
Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat hubungan gaya komunikasi guru besar dengan kepuasan
kerja guru di sekolah-sekolah randah Wilayah Persekutuan Labuan. Sampel kajian terdiri daripada
100 orang guru yang mengajar di kesemua 17 buah sekolah di Wilayah Persekutuan Labuan. Satu set
soal selidik yang terdiri daripada 3 bahagian digunakan sebagai instrument kajian. Data dianalisis
menggunakan program SPSS 14.0. Statistik yang digunakan ialah statistic deskriptif yang melibatkan
pengiraan frekuensi, peratus dan skor min. Selain itu statistic inferensi ialah ujian-t, ANOVA satu hala
dan Korelasi Pekali Pearson digunakan untuk menguji hipotesis yang telah dibina. Penyelidikan
mendapati terdapat perbezaan yang signifikan di antara gaya komunikasi guru besar menurut
persepsi guru-guru berdasarkan jantina, kelulusan akademik dan pengalaman mengajar. Dapatan
kajian menunjukkan bahawa terdapatnya sehubungan yang signifikan antara gaya komunikasi guru
besar terhadap kepuasan kerja guru-guru. Kajian ini juga menjelaskan bahawa guru besar perlu
mengaplikasikan gaya komunikasi jenis relinquish, dinamik dan equalitarian untuk berkomunikasi
dengan guru-guru. Gaya komunikasi jenis kawalan, withdrawal dan structuring kurang digemari oleh
guru-guru untuk diamalkan oleh guru besar untuk mengamalkan gaya komunikasi agar Berjaya
mewujudkan perhubungan yang erat dan mesra dengan guru-guru di sekolah.
Rujukan :
Abd Halim Hassan, 1994. Komunikasi Dalam Pengurusan Pendidikan, Kuala Lumpur : Delmu (M) Sdn
Bhd.












Sumber : Buku
1)Pendidikan di Malaysia
Oleh; Mok Soon Sang dan Lee Shok Mee
Bab 1
Pendidikan
Pendidikan adala proses dan aktiviti yang membawa perubahan kepada seorang individu mengikut
norma dan nilai sesuatu masyarakat. Proses pendidikan begini melibatkan penyebaran kebudayaan
masyarakat di kalangan ahlinya. Dengan erti yang sempit, proses pendidikan bertujuan
membolehkan seseorang murid berkembang sebagai seorang individu yang dapat sesuai berfungsi
secara berkesan dalam masyarakatnya.
Rujukan :
1) Abu Zahari Abu Bakar: Perkembangan Pendidikan di Semenanjung Malaysia, Penerbit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.,P.J. 1984.
2) Atan Long: Fikiran-fikiran Tentang Pendidikan, Dewan dan Pustaka, 1979.
















2)Perkembangan Pendidikan di Malaysia
Oleh; Kamarudin Hj. Kachar
Bab 1
Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Implementasinya Terhadap Perpaduan Negara
Sebagai Negara yang telah mencapai taraf kemerdekaan dan yang sedang membangun, khasnya
Negara Dunia Ketiga, wajar Negara kita, Malaysia, mempunyai dasar Pelajaran Kebangsaan. Tujuan
utama membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan supaya hasrat dan aspirasi rakyat tercapai melalui
system pendidikan pendidikan kebangsaan.
Sebelum tercapainya kemerdekaan, Malaysia, dulunya Malaya, tidak mempunyai sebarang
Dasar Pelajaran Kebangsaan. Kerajaan Penjajahan British tidak menitikberatkan sistem Pelajaran
Kebangsaan. Kerajaan British menggalakkan penubuhan empat system pendidikan bercorak
perkauman: Sistem Pendidikan Sekolah Cina dan Sistem Pendidikan Sekolah Tamil. Tiap-tiap system
pendidikan perkauman ini mempunyai dasar, tujuan, kurikulum, sukatan pelajaran, bahasa
pengantar, buku-buku teks, sekolah-sekolah, latihan perguruan tersendiri dan berbeza daripada
sistem-sistem lain.
Rujukan :
1) Blythe, W.L., Historical Sketch of Chinese Labour in Malaya. Singapore: The Government
Printing Office, 1953.
2) Chai Hon Chan, Education and Nation-Building in Prural Societies: The West Malaysian
Experience, Development Studies Centre Monograph No. 6, Canberra: The Australian
National Universiti Press, 1977.












3)Amalan Profesionalisme Perguruan
Oleh; Esah Sulaiman
Bab 1
Konsep Profesionalisme Perguruan
Dalam perbincangan tentang profesionalisme perguruan, elok juga dirujuk secara ringkas maksud
konsep profesionalisme, professional, dan profesion itu sendiri. Profesion bermaksud pekerjaan yang
memerlukan pengetahuan dan kepakaran tertentu. Ini bererti seseorang itu perlu melalui latihan
yang berstruktur dan sistematik untuk suatu jangka masa tertentu. Maksud professional pula ialah
seseorang yang pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan
kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti. Profesion ialah kerja dan profesional
ialah pekerjaan.
Rujukan :
1) Abdul Halim El-Muhammady, 1996. Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Blue-T.
Communication Sdn. Bhd.
2) Ahmad Sarji A. Hamid. 1991. Perkhidmatan Awam Yang Berkualiti. Kuala Lumpur: INTAN.

4)Pendidikan di Malaysia Sejarah,Sistem dan Falsafah
Oleh; Sufean Hussin
Bab 3
Falsafah Pendidikan
Falsafah bermakna cinta akan kearifan dan kebenaran. Oleh itu, ahli filsuh adalah manusia objektif
yang berusaha menganalisis dan menilai seluruh pengalaman manusia. Walaubagaimanapun, ahli
falsafah bukanlah saintis kerana tidak berkecimpung secara langsung dalam penyelidikan sains,
lagipun falsafah bukanlah bidang sains tulen kerana tidak menambah fakta-fakta baharu seperti yang
dilakukan oleh bidang lain. Aspek falsafah yang menyamakan seperti sains adalah dari segi pemikiran
analitik dan saintifik dalam menghurai pengalaman atau ilmu yang ada bagi mendapatkan perspektif
yang jelas dan benar tentang sesuatu pengalaman atau ilmu dalam hubungannya dengan
pengalaman atau ilmu yang lain. Falsafah membuat tinjauan, analisis, sintesis dan penilaian secara
menyeluruh berdasarkan fakta-fakta dan ilmu yang ditemui daripada pelbagai bidang secara
sistematik dan logik.
Rujukan :
1) Anderson, C.A., 1967. The Social Context of Educational Planning. UNESCO. International
Institute for Educational Planning.
2) Hussein Hj. Ahmad, 2001. Mandat UNESCO dan Cabaran Globalisasi, Kuala Lumpur: Utusan
Publications.
5)Konsep Pendidikan
Oleh; Najeemah Md. Yusof
Bab 1
Konsep Pendidikan
Pendidikan ialah aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran serta kuasa-kuasa semula jadi
melalui pembelajaran yang sudah dirancang, meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan
formal. Oleh itu, matlamat pendidikan berguna untuk guru bagi menyelidik perkara yang dilakukan
oleh mereka, menetapkan keutamaan, memberikan sepenuh perhatian, dan membuang semua
perkara yang tidak relevan. Matlamat penting bagi menentukan kejayaan ataupun kegagalan
pendidikan.
Rujukan :
1) Abdul Rahman Arof. The Development of Moral Education in Malaysia. University of
Southampton: British Library Document Centre, 1978.

















Sumber : Internet
1)Jaya agenda transformasi
2013/05/17
Disediakan oleh; Syuhada Choo Abdullah
syuhada@harian.com.my
Kuala Lumpur: Kabinet diumumkan Datuk Seri Najib Razak kelmarin, diyakini mampu menjayakan
agenda transformasi dan memenuhi hasrat penyatuan nasional yang diterajui Perdana Menteri.
Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Emeritus Datuk Seri Dr Zakri Abdul Hamid, berkata
gabungan anggota berpengalaman dan muda, ahli teknokrat yang sudah terbukti prestasi mereka,
wanita serta wakil Sabah dan Sarawak itu dilihat mantap, seimbang dan berpandangan jauh dari
beberapa aspek yang relevan serta diperlukan negara. Bercakap pada sidang media di sini semalam,
beliau berkata, penggabungan Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi menjadi
Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi dalam Kabinet kali ini juga langkah baik sekali gus dapat
memberi fokus terhadap pembinaan modal insan.
Modal insan penting untuk membantu negara mencapai status maju dalam tempoh kurang 10 tahun
lagi. Penggabungan itu akan membolehkan kesinambungan proses pendidikan dari tahap paling
rendah terus ke peringkat universiti, ia proses pengukuhan yang wajar dilakukan dan kita alu-alukan
kementerian baru ini, katanya. Zakri berkata, MPN yakin amalan demokrasi di Malaysia akan terus
subur dan menghasilkan natijah yang dapat dinikmati seluruh rakyat dan generasi masa depan.

Naib Presiden Penyelidikan, Pembangunan dan Pengkomersialan, Universiti Tunku Abdul Rahman
(UTAR), Prof Dr Lee Sze Wei, pada sidang media sama, berkata seluruh rakyat tanpa mengambil kira
kaum, mahu negara ini terus melangkah ke depan. Saya berharap dalam tempoh beberapa tahun
akan datang, apa saja yang dilakukan adalah untuk kepentingan seluruh rakyat Malaysia. Perbezaan
yang ada sebahagian daripada kehidupan dan ia turut wujud di mana-mana negara, katanya.









2)Kajian tindakan merit guru cemerlang
01/07/2013
Disediakan oleh; Wahid Hashim
pendidikan@utusan.com.my
Sebahagian daripada peserta dalam majlis penutupan Seminar Kajian Tindakan Peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri Sembilan 2013 di Politeknik Port Dickson, baru-baru ini.
PEMBENTANGAN kertas kajian tindakan yang bermakna dan berkesan kepada pengajaran dan
pembelajaran akan dijadikan kriteria asas pemberian merit dalam pemilihan Guru Cemerlang.Ahli
Jawatankuasa Majlis Pengetua Sekolah Malaysia (MPSM) Cawangan Negeri Sembilan, Ramli Othman
berkata, pembikinan sesuatu kertas kajian tindakan bukan sahaja memerlukan kemahiran akademik
dan ketajaman minda saintifik, tetapi juga keterampilan ketika membentangkan kertas kajian
mereka.
Beliau memberikan beberapa contoh guru biasa yang kini dimartabatkan sebagai Guru Cemerlang
setelah mereka menghasilkan beberapa penyelidikan dan membentangkan kertas kajian di seminar
di dalam dan luar negara.Ramli yang juga Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk
Muhammad Yusof di Linggi, Negeri Sembilan menambah, inisiatif untuk mengadakan kajian tindakan
dalam kalangan guru bertujuan melahirkan budaya penyelidikan bilik darjah.Katanya, ia bermula
pada 1995, apabila dia mendapat latihan di Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan
(EPRD) dengan tenaga pengajar daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Wollongong,
Australia.

Kemudian budaya itu mula diterapkan di Negeri Sembilan sekitar tahun 2000, dan kini beberapa
guru mulai menunjukkan inisiatif menjalankan kajian tindakan di sekolah masing-masing dan
membentangkannya di seminar-seminar tempatan dan antarabangsa.Beliau memberikan contoh
guru Matematik Cemerlang dari Sekolah Menengah Sains Seremban (SASER), Noraini Kasim, yang
banyak menjalankan kajian tindakan di sekolahnya dan dikongsi dengan semua pendidik.

Noraini yang ditemui berkata, penemuannya terhadap penggunaan simbol swastika dalam subjek
pengajarannya itu memudahkan proses pembelajaran pelajarnya.''Apa yang pasti ia mencapai
objektif dan kita dapat memudahkan pelajar untuk belajar dan ia amat efektif kerana prestasi
mereka meningkat sejak ia diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.




''Saya bersyukur dan gembira kerana ia amat memberi manfaat bukan sahaja kepada pelajar saya,
malah dapat diperluaskan kepada guru dan pelajar lain melalui perkongsian hasil kajian saya,"
katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas membentangkan hasil kajiannya dalam
Seminar Kajian Tindakan JPNS 2013 di Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Sebanyak 21 kertas kajian daripada 18 buah sekolah dibentangkan pada seminar Kajian Tindakan
baru-baru ini, dan sebahagiannya layak diberi perhatian berdasarkan kesan ketara terhadap
pedagogi di sekolah masing-masing.Sebagai contoh, kertas kajian tindakan bertajuk Paten Nombor
Genap (PNG) oleh dua guru prasekolah Sekolah Kebangsaan Tanjung Agas di Port Dickson, Negeri
Sembilan, Norhaizan Ismail dan Zainah Kadiman berjaya meningkatkan keupayaan pelajar berumur
lima dan enam tahun menghafal sifir dua, empat, enam dan lapan dengan lancar.

Dengan menggunakan sumber tersedia di sekitar murid, seperti jubin lantai bilik darjah bagi
menyediakan petak yang selaras dengan kaedah PNG, maka memadai untuk kedua-dua guru kreatif
itu memupuk minat kanak-kanak menghafal sifir, yang dikatakan sebagai ibu pengiraan.Seminar
dianjurkan oleh Persatuan Pendidikan Sains dan Matematik serta Majlis Pengetua Negeri Sembilan.

Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Kalsom Khalid pula berkata, memang Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013 sehingga 2015 (PPPM 2013-2015) menuntut guru berfikir pada aras tinggi
supaya mereka mampu merancang dan melaksanakan kajian tindakan yang berkualiti dan bertaraf
dunia.Beliau berharap seminar itu dapat menggarap pelbagai persoalan dan isu pendidikan di dalam
dan luar bilik darjah.

Anda mungkin juga menyukai