Anda di halaman 1dari 23

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN...................................................................................................... 2
PENGENALAN......................................................................................................... 3
PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERSESUAIAN
DENGAN KELAS ABAD YANG KE-21..........................................................................4
PERSEKITARAN FIZIKAL....................................................................................... 6
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL.............................................................................8
PERATURAN BILIK DARJAH................................................................................ 10
RUTIN BILIK DARJAH.......................................................................................... 10
PELAN SUSUN ATUR FIZIKAL PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF
DENGAN MENGAMBIL KIRA LATAR BELAKANG MURID YANG SESUAI DENGAN KELAS
ABAD KE-21.......................................................................................................... 13
REFLEKSI............................................................................................................. 19
RUJUKAN............................................................................................................. 22
LAMPIRAN............................................................................................................ 23

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
1 | Page

PENGHARGAAN
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat kami menyiapkan
Tugasan Projek bagi subjek Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3043) ini
dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester tiga.
Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada pensyarah subjek ini yang dihormati, En. Hj. Mansor bin Muhammad, pensyarah
daripada Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi
semangat, dorongan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan
kerja kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan
tugasan yang berkualiti dan berkesan.
Disamping itu, setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan ahli
keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan moral dan
mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini.
Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan
yang telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung sepanjang
menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada masa akan datang
pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaik
mungkin.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
2 | Page

PENGENALAN
Perkembangan ilmu pengetahuan dalam dunia pendidikan masa kini bukan sahaja pesat,
tetapi juga telah sampai ke tahap meledak. Justeru itu, sekiranya seseorang yang tidak
terus mengikut perkembangan ilmu pengetahuan yang sedinamik ini, lambat laun akan tentu
mengalami nasib ketinggalan zaman.
Ekoran dari perkembangan dunia pendidikan era ini, peranan dan tugas guru dalam
mengurus bilik darjah semakin mencabar. Seorang guru yang bertindak sebagai pengurus
bilik darjah efektif akan berusaha mempertingkatkan serta melengkapkan diri dengan
pelbagai ilmu pengurusan yang berguna agar dapat menerajui bilik darjah yang
dipertanggungjawabkan ke atas mereka.
Pengurusan bilik darjah masa kini adalah kompleks kerana melibatkan aspek pengurusan
serta pengajaran dalam satu masa yang sama. Di sekeliling guru adalah masyarakat yang
sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah, melalui anak-anak
mereka. Justeru, seorang guru mesti memastikan pencapaian akademik murid khususnya
berada pada tahap yang cemerlang dan membanggakan.
Justeru itu, diharapkan kajian ini dapat memberi maklumat berguna kepada guru
serta bakal-bakal guru tentang peranan mereka serta amalan yang seharusnya dipraktikkan
dalam usaha mengurus bilik darjah masa kini secara berkesan serta membentuk satu
persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif di sekolah. Guru wajar mengamalkan
tahap pengurusan bilik darjah tertentu yang dirasakan paling sesuai sebagai usaha
menjadikan murid seronok berada di dalam kelasnya dan berjaya menjalani proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
3 | Page

PERANAN GURU DALAM PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG BERSESUAIAN


DENGAN KELAS ABAD YANG KE-21
Menurut Kamus Dewan (2002) Edisi Ketiga, bilik darjah bermaksud ruang dalam rumah atau
bangunan yang bersekat dengan dinding dan berpintu. Konsep bilik darjah kian berubah dari
masa ke semasa bergantung peredaran zaman dan perkembangan yang sentiasa berlaku.
Dalam konteks pendidikan hari ini, bilik darjah dilihat dari segi fungsi dan ciri susunan
fizikalnya. Bilik darjah boleh ditafsirkan sebagai sebuah bilik yang mengandungi sekumpulan
murid berada dibawah jagaan seorang guru untuk menjalani apa jua aktiviti pengajaran dan
pembelajaran sama ada di pusat sumber, makmal sains, dewan sekolah, makmal komputer
atau sebuah padang dimana sekumpulan murid menjalani pembelajaran pendidikan jasmani
dibawah pemantauan seorang guru (Mok Soon Sang, 2011).
Bilik darjah adalah satu ekosistem terdiri daripada persekitaran fizikal yang
mencakupi jadual, ruang, kerusi-meja, warna, bunyi dan pencahayaan dan persekitaran
sosial iaitu keberadaan guru, peraturan tingkah laku, penglibatan keluarga dan perbezaan
budaya (Henley, 2006). Bilik darjah dilihat sebagai sebuah bilik atau ruang diduduki oleh
sebilangan murid yang dikawal oleh seorang guru dan ianya dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan seperti kerusi-meja yang disusun bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran, papan tulis serta alat bantu mengajar yang bersesuaian.
Pengurusan bermaksud perihal mengurus sesuatu atau perihal mengurus syarikat,
badan perniagaan dan lain-lain (Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002). Sementara itu, bilik
darjah merupakan ruang atau bilik dimana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
Kesimpulannya, pengurusan bilik darjah adalah perihal mengurus satu bilik dimana proses
penyampaian dan penerimaan ilmu berlaku. Tugas mengurus bilik darjah termasuk juga
aktiviti mengatur reka letak fizikal dan mewujudkan komunikasi serta interaksi di kalangan
murid dan guru (Abd. Ghafar, 2003). Pengurusan bilik darjah merujuk kepada kebolehan
guru mengawal murid demi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung
dengan lancar serta melibatkan tindakan guru membina dan mengekalkan persekitaran
pembelajaran dalam bilik darjah.
Oleh itu, pengurusan bilik darjah merujuk tugas guru dalam mengurus rutin harian
bilik darjah, mengurus murid-murid supaya melakukan aktiviti bilik darjah, cara menyusun
kerusi-meja dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan murid di dalam bilik darjah,
mengurus bahan-bahan pengajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih
berkesan serta mengawal disiplin murid di dalam kelas bagi membolehkan proses
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
4 | Page

Pengurusan bilik darjah adalah satu proses pembentukan suatu alam pembelajaran
serta usaha untuk mengekalkannya dimana iklimnya kondusif untuk pelaksanaan proses
pengajaran dan pembelajaran agar objektif yang ditetapkan tercapai (Mok Soon Sang,
2011). Ia melibatkan pembinaan suasana pembelajaran yang terbaik dalam bilik darjah bagi
meningkatkan motivasi murid dan memperkembangkan sikap tanggungjawab serta
kebolehan untuk membuat perancangan sendiri (Noraini Idris, 2009). Pengurusan bilik
darjah bermaksud bagaimana bagaimana guru dan murid bekerja, bagaimana mereka
saling berkerjasama dan bagaimana pengajaran dan pembelajaran berlaku (Bosch, 2006).
Ia adalah pakatan di antara guru dan murid untuk mengurus segala aspek terdapat dalam
bilik darjah yang melibatkan pengurusan murid, kemudahan fizikal serta aktiviti yang
dilaksanakan agar satu alam belajar yang kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran
dapat diwujudkan (Mok Soon Sang, 2011).
Kecekapan pengurusan bilik darjah seseorang guru berkait rapat dengan
keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Abdullah Sani, 2006). Pengurusan bilik
darjah merupakan sebahagian dari proses pengajaran dan pembelajaran bertujuan untuk
membina serta memupuk tingkah laku murid dalam bilik darjah agar proses pengajaran
dapat dilaksanakan dengan lancar, manakala aktiviti penyampaian ilmu bertujuan pelajar
dapat mencapai objektif spesifik sesuatu pembelajaran (Haliza & Joy Nesamalar, 2009).
Suasana pembelajaran yang berkesan tidak mungkin terbina dengan hanya memberi
tumpuan pada proses penyampaian isi pengajaran guru sahaja. Ia turut melibatkan aspek
pengurusan bilik darjah serta tingkah laku murid.
Pengurusan bilik darjah berkesan mampu meningkatkan pencapaian akademik
murid. Seorang guru seharusnya mampu mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku
murid agar proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan lancar dan berkesan
tanpa gangguan (Hasani Dali & Mohd Johdi, 2009). Disamping itu, ia mampu mempengaruhi
motivasi, tingkah laku serta penglibatan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Bilik darjah yang diurus dengan baik adalah tempat dimana murid sentiasa mengambil berat
dan bekerjasama di antara satu sama lain, membuat pilihan yang bijak dan sering berusaha
untuk menghasilkan kerja yang berkualiti, menarik dan penting bagi mereka (Levin & Nolan,
2000).
Pengurusan bilik darjah bukan sahaja melibatkan pengurusan tingkah laku murid
tetapi merangkumi tindakan guru untuk mewujudkan dan mengekalkan persekitaran
pembelajaran dalam bilik darjah (Choong Lan Keow, 2009). Kecekapan dan keberkesanan
kemahiran guru dalam mengurus bilik darjah dapat menggalakkan pembentukkan iklim
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Pada masa kini pengurusan tingkah laku murid
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
5 | Page

semakin mencabar dan tingkah laku mereka sukar dikawal dengan berkesan sehingga
menyebabkan gangguan pada proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya boleh
mempengaruhi iklim disiplin dan pencapaian mereka serta turut memberi kesan kepada
iklim dan budaya sekolah. Sehubungan dengan itu, para guru perlu memahami tugas dan
peranan mereka dalam menentukan disiplin pelajar di bilik darjah berada dalam keadaan
baik dan terkawal pada setiap masa.
Peranan guru yang sebenar dalam pengurusan bilik darjah yang bersesuaian
dengan kelas abad yang ke-21 ialah mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif adalah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pelajaran (Haliza & Joy Nesamalar,
2009). Maka, bilik darjah yang diurus dengan baik dapat membentuk satu iklim pengajaran
dan pembelajaran yang positif dan kondusif. Namun, ia sukar untuk diwujudkan dan sangat
mencabar buat semua guru. Sekiranya ia wujud dalam bilik darjah, murid akan berminat
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan tanpa gangguan atau
halangan. Iklim pembelajaran mencakupi semua elemen yang ada di sekeliling pelajar dan
berupaya mempengaruhi pembelajaran dan tingkah laku murid (Abdullah Sani, Abdul
Rashid & Abdul Ghani, 2007). Oleh itu, bilik darjah perlu bersifat mesra- murid. Persekitaran
pembelajaran yang kondusif merangkumi tiga aspek iaitu persekitaran fizikal, persekitaran
psikososial, peraturan bilik darjah dan rutin bilik darjah.
PERSEKITARAN FIZIKAL
Aspek fizikal meliputi persekitaran bilik darjah. Persekitaran bilik darjah yang sesuai
untuk pembelajaran akan menyebabkan masalah gangguan tingkahlaku murid dapat
diminimakan. Keadaan bilik darjah yang tersusun membantu guru mengajar 20 hingga 30
murid dalam satu waktu untuk lima atau lebih waktu dalam sehari (Emmer & et. al, 1994). Ini
menunjukkan bahawa persekitaran bilik darjah yang kondusif memberikan impak kepada
murid mahupun guru. Ahli psikologi menyatakan bahawa kebanyakan tingkahlaku
dipengaruhi oleh keadaan persekitaran sesuatu tempat (Levin & Nolan, 1996). Justeru itu,
persekitaran bilik darjah yang kondusif dapat menghasilkan pengurusan bilik darjah yang
berkesan.
Keadaan persekitaran bilik darjah seperti kepanasan, pencahayaan dan bunyi bising
akan mempengaruhi tingkahlaku murid. Guru seharusnya bijak mengatur keadaan bilik
darjah sewaktu menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini disebabkan
manusia mesti dalam keadaan selesa sebelum perhatian mereka telah sedia secara
sukarela untuk pembelajaran (Levin & Nolan, 1996).
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
6 | Page

Susun atur yang sesuai membantu melahirkan bilik darjah berkesan. Sebuah bilik
darjah juga seharusnya bersih dan kemas kerana bilik darjah yang tidak teratur mendorong
murid untuk berkelakuan buruk. Guru tidak mempunyai kawalan terhadap saiz sesuatu bilik
darjah, namun guru boleh menggunakan ruang yang ada dengan sebaik mungkin.
Penggunaan ruang fizikal yang cermat menjadikan perbezaan ketara dalam tingkahlaku bilik
darjah (Evans & Lovell,1979; Levin & Nolan,1996).
Terdapat beberapa perkara membantu guru mendapatkan penggunaan ruang bilik
darjah yang baik iaitu menggunakan susunan bilik darjah yang konsisten dengan
pengajaran dan aktiviti yang dijalankan.

Guru seharusnya memikirkan mengenai jenis

aktiviti pengajaran yang digunakan dalam bilik darjah dan mengorganisasikan tempat duduk,
bahan-bahan dan peralatan yang sesuai digunakan oleh pelajar.
Selain itu, guru juga berperanan dalam memastikan laluan lintas bilik darjah tidak
sesak. Laluan lintas bilik darjah yang sesak meliputi kawasan kerja berkumpulan, pintu bilik
darjah, rak buku, meja murid dan juga meja guru. Bilik darjah yang ideal seharusnya tidak
sesak, mempunyai ruang dan mudah untuk mendapatkan murid. Guru juga harus
memastikan semua murid mudah untuk dilihat dan dipantau. Susunan tempat duduk murid
seharusnya mudah untuk dipantau oleh guru khususnya semasa berlangsungan proses
pengajaran. Guru boleh memastikan murid tidak hilang fokus dan melakukan kerja lain
semasa proses P&P jika susunan tempat duduk mudah dilihat. Jika guru tidak boleh melihat
semua muridnya, adalah sukar untuk guru mengenalpasti murid yang memerlukan perhatian
dan pertolongan semasa proses P&P.
Seterusnya, guru hendaklah memastikan murid mudah untuk melihat penyampaian
pengajaran guru. Kedudukan papan tulis dan posisi guru penting semasa menjalankan
proses P&P. Jika murid tidak dapat melihat penyampaian guru dengan jelas, maka perhatian
pelajar akan tergangu dan penerimaan ilmu juga terganggu. Penggunaan ruang perabot dan
alatan tersusun dengan teratur juga perlu diambil kira. Susunan perabot dan alatan seperti
meja guru, meja murid, kabinet dan sudut bacaan NILAM mampu mempengaruhi emosi
murid. Kekemasan dan keceriaan kelas memberikan perasaan senang dan bersedia murid
untuk menerima pengajaran.
Persekitaran fizikal bilik darjah yang kondusif perlu mempunyai papan buletin untuk
mempamerkan hasil tugasan dan bahan P&P. Papan buletin menyediakan kawasan untuk
mempamerkan karya dan tugasan murid, bahan pengajaran, item perhiasan, peraturan
kelas ataupun sekolah, jadual waktu, jam dan pelbagai lagi.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
7 | Page

Penggunaan ruang paling banyak sekali dalam bilik darjah ialah susunan tempat
duduk pelajar. Apapun susunan tempat duduk yang digunakan, susunan itu hendaklah
cukup fleksibel untuk menjalankan dan memantau pelbagai jenis akitviti dalam bilik darjah.
Menurut Emmer & et.al (1994), guru seharusnya memastikan semua murid boleh
memandang kepada kawasan pengajaran keseluruhan kumpulan (whole-group instruction)
tanpa memerlukan murid bergerak daripada tempat duduk mereka. Tempat duduk disusun
agar semua murid boleh melihat pengajaran yang dipersembahkan oleh guru. Sebenarnya
susunan tempat duduk boleh berubah-rubah mengikut kesesuaian kaedah pengajaran dan
aktiviti yang digunakan oleh guru (Levin & Nolan, 1994).
Susunan tempat duduk yang efektif membenarkan guru untuk berinteraksi dengan
lebih dekat kepada semua muridnya. Susunan tempat duduk mestilah dirancang agar guru
mudah untuk mendekati muridnya tanpa menganggu murid lain. Selain itu, tempat duduk
murid seharusnya mengelak posisi muka murid daripada menghadap punca penumpuan
murid terganggu seperti tingkap dan pintu.
PERSEKITARAN PSIKOSOSIAL
Emosi amat penting dalam pengurusan bilik darjah. Emosi juga melibatkan perasaan
murid terhadap gurunya. Persepsi dan pandangan murid terhadap guru disebabkan oleh
gaya kepimpinan guru. Tingkah laku murid dalam bilik darjah akan mencerminkan gaya
kepimpinan guru semasa bilik darjah. Terdapat tiga jenis gaya kepimpinan iaitu demokratik,
autokratik dan laissez-faire. Selain daripada gaya kepimpinan guru, motivasi yang diberikan
guru juga menyumbangkan emosi pelajar terhadap guru.
Gaya kepimpinan demokratik menekankan penglibatan bersama antara guru dan
pelajar dalam setiap aktiviti bilik darjah. Ini melibatkan perkongsiaan tanggungjawab antara
guru dan murid. Contohnya, guru akan menggalakkan pembabitan pelajar dalam aktiviti P&P
tanpa memerlukan desakan. Murid akan berasa seronok dan tidak tertekan dengan guru.
Pencapaian murid juga dapat ditingkatkan dengan lebih tinggi. Oleh itu, iklim bilik darjah
yang kondusif dapat diwujudkan.
Guru yang menggunakan kepimpinan autokratik merupakan guru yang tegas dan
mengawal murid melalui hukuman dan ganjaran. Menurut Hook & Vass (2000), guru yang
autokratik akan melahirkan murid yang pasif dan tidak berkuasa (disempowered). Interaksi
antara guru dan murid juga adalah kurang kerana mereka takut untuk menyuarakan
pendapat. Kawalan kelas mungkin dapat dicapai namun iklim pembelajaran yang kondusif
tidak dapat dicapai. Guru mengawal kelas menggunakan sistem hukuman dan ganjaran dan

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
8 | Page

ini memberikan tekanan kepada murid kerana takut salah dan akan didenda oleh guru.
Suasana bilik darjah akan menjadi tegang.
Guru yang menggunakan kepimpinan laisser-faire memberikan dan membiarkan
murid menjalankan aktiviti bilik darjah secara bebas. Ini menimbulkan masalah seperti bilik
darjah yang tidak terurus, kucar kacir dan hubungan antara guru dan murid tidak mesra.
Kawalan kelas adalah lemah dan sekali gus iklim belajar darjah adalah tidak kondusif.
Guru seharusnya bijak memilih gaya kepimpinan yang sesuai semasa memimpin
bilik darjah. Perwatakan guru seharusnya mesra dan menyenangkan seperti penyayang,
bertimbang rasa, lucu dan peramah. Murid akan lebih menghormati guru berperwatakan
seperti ini dan hubungan mesra dapat dipupuk. Murid tidak akan tertekan dari segi emosi
dan iklim bilik darjah yang kondusif akan diwujudkan. Guru juga boleh memberikan motivasi
melalui peneguhan positif, memberi galakan, melibatkan murid secara aktif dalam P&P serta
mewujudkan komunikasi dua hala.
Sosial pula merujuk kepada pembinaan peraturan, prosedur semasa menjalankan
aktiviti, interaksi sosial dan rutin bilik darjah. Bilik darjah melibatkan interaksi antara guru,
murid dan bahan. Interaksi yang baik antara murid dengan murid dan guru dengan murid
akan menghasilkan suasana bilik darjah yang harmoni. Oleh itu, prosedur dan peraturan
harus ditetapkan dalam memastikan iklim bilik darjah yang ideal. Pembinaan peraturan
amat penting dalam memberikan gambaran jelas mengenai tingkahlaku yang diharapkan
semasa di bilik darjah. Contohnya, dilarang berbuat bising semasa di dalam bilik darjah,
hormati orang lain dan sebagainya dapat memberikan mesej yang melatih tanggungjawab
sosial pelajar. Jika murid mengikuti peraturan yang telah ditetapkan, maka iklim bilik darjah
akan menjadi kondusif untuk proses P&P kerana mempunyai kawalan kelas yang baik.
Peraturan bilik darjah juga dapat membantu mengalakkan interaksi antara murid dan
persekitaran yang kondusif untuk belajar (Levin & Nolan, 1994). Hubungan antara dua atau
lebih orang boleh dipengaruhi oleh peraturan dalam satu operasi (Wragg, 1994). Interaksi
antara murid boleh dipupuk melalui pembinaan peraturan bilik darjah. Menurut Jones &
Jones (1995), langkah pertama dalam merangka peraturan bilik darjah ialah untuk
mengalakkan para murid berbincang untuk merangka peraturan bilik darjah yang boleh
dipatuhi oleh semua murid.
Selain itu, prosedur aktivti yang dijalankan dalam bilik darjah boleh meransang
interaksi sosial pelajar. Contohnya, aktiviti perbincangan, kaedah Jigsaw, menjalankan
eksperimen dan kerja berkumpulan boleh membantu perkembangan sosial murid dan
kawalan kelas. Semasa menjalankan aktiviti dalam bilik darjah, guru perlu menetapkan rutin
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
9 | Page

atau perkara yang boleh dilakukan oleh murid. Contohnya, semasa menjalankan aktiviti
berkumpulan, guru menetapkan bahawa murid hendaklah melibatkan diri secara aktif dan
memberikan kerjasama, tidak boleh merayau-merayau semasa berjalan aktiviti serta cara
untuk mendapatkan bahan pembelajaran.
PERATURAN BILIK DARJAH
Pada umumnya, murid sekolah rendah mula berdikari namun mereka masih
memerlukan pemantauan. Pada peringkat ini, mereka suka diberi perhatian dan
menunjukkan respon yang positif apabila diberi insentif atau hadiah. Menurut Erik Erison,
kanak-kanak pada peringkat ini mula mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada
pembelajaran pengetahuan dan kemahiran baharu.
Namun, murid pada peringkat ini memerlukan struktur dan prosedur-prosedur kerja
yang jelas agar mereka boleh berfungsi dengan baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, guru
perlulah membina peraturan dan prosedur untuk mentadbir aktiviti dalam bilik darjah.
Peraturan merupakan pernyataan yang menentukan perkara-perkara yang boleh dan tidak
boleh dilakukan oleh murid. Contoh peraturan yang biasa ditemui ialah setiap murid perlulah
mempunyai rasa hormat, mesra dan bersifat membantu rakan-rakan mereka, murid perlu
menyiapkan tugasan mereka dan murid perlu mengangkat tangan mereka jika mahu
menjawab sebarang pertanyaan.
Mengikut Model Pengurusan Kounin, asas kepada keberkesanan pengurusan
disiplin bilik darjah bergantung kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru terhadap
bilik darjah. Faktor utama dalam menguruskan tingkah laku di dalam bilim darjah menurut
Kounin adalah berkaitan dengan kebolehan guru untuk mengawasi semua perkara yang
berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya, dalam gerak kerja kumpulan, seorang guru berjaya
mengawasi dan berinteraksi dengan semua kumpulan kecil walaupun pada ketika itu dia
sedang mengajar kumpulan yang tertentu. Dengan kepekaan ini, seorang guru berupaya
menjangka masalah yang akan timbul dan selalunya dapat menghalang masalah daripada
menjadi semakin serius.
RUTIN BILIK DARJAH
Guru juga akan membentuk rutin di dalam bilik darjah untuk aktiviti-aktiviti yang
dilaksanakan. Rutin ialah prosedur atau langkah-langkah yang mesti diikuti oleh murid
dalam aktiviti spesifik mereka. Rutin bertujuan melicinkan proses pengajaran dan
pembelajaran. Contoh amalan rutin ialah guru mengambil kehadiran setiap hari, cara

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
10 | P a g e

mengedar dan menyimpan bahan pengajaran, membentuk kumpulan dalam kelas,


menghantar buku latihan atau kerja rumah dan lain-lain. Setiap rutin yang dibentuk
hendaklah sentiasa dipantau dan diberi peneguhan sehingga prosedur-prosedur ini menjadi
satu budaya dalam kalangan murid dan seterusnya menjadi suatu budaya di sekolah
tersebut. Untuk mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model
Akibat Logikal Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan
dan tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam
bilik darjah.
Rutin bilik darjah merupakan aktiviti pengurusan bilik darjah. Penekanan terhadap
rutin bilik darjah yang sistematik amat penting kerana dapat mewujudkan bilik darjah yang
kondusif. Rutin bilik darjah akan diterangkan oleh guru pada setiap awal sesi persekolahan.
Ini penting agar pelajar tahu mengenai peraturan dan rutin bilik darjah. Terdapat enam jenis
rutin yang terlibat dalam pengurusan bilik darjah seperti rutin kelas, rutin pentadbiran, rutin
pergerakan murid, rutin pengurusan tugas, rutin pembelajaran dan rutin interaksi.
Rutin kelas boleh dimaksudkan dengan peraturan dan prosedur semasa berada bilik
darjah yang bertujuan mewujudkan proses P&P yang berkesan. Kajian mendapati bahawa
guru yang efektif mengambil masa pada awal tahun persekolahan untuk mengembangkan
peraturan dan prosedur bilik darjah untuk menghasilkan perjalanan bilik darjah yang lancar
dan meminimakan gangguan serta memaksimakan masa pembelajaran murid (Jones &
Jones, 2004). Peraturan dan prosedur bertindak sebagai agen pencegahan tingkahlaku
yang negatif dalam bilik darjah. Prosedur adalah untuk melatih murid untuk melaksanakan
tugasan rutin dalam bilik darjah (Bianco, 2002). Contoh rutin kelas yang terdapat di bilik
darjah ialah aspek kebersihan, jadual bertugas dan sebagainya. Jika semua murid
menjalankan tugas mengikut jadual bertugas, maka bilik darjah akan berada dalam keadaan
bersih dan guru tidak perlu memberikan arahan untuk membersihkan bilik darjah sebaliknya
terus fokus kepada proses P&P.
Rutin pentadbiran pula melibatkan peranan guru dalam mengurus dan mentadbir
bilik darjah. Guru perlu cekap mentadbir bilik darjah untuk memastikan bilik darjah adalah
kondusif. Rutin pentadiran adalah seperti guru mengurus kehadiran murid, pungutan yuran
sekolah, menyediakan laporan akademik murid (buku laporan prestasi), menyediakan kad
001 dan kad kesihatan murid (Pengurusan Bilik Darjah, n.d.). Ini amat penting dalam
pengurusan bilik darjah. Jika guru mengambil sikap sambil lewa dalam hal pentadbiran,
pengurusan bilik darjah berada dalam tahap minima dan kucar kacir kerana tidak ada rekod
yang dibuat oleh guru mengenai murid.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
11 | P a g e

Selain itu, rutin pergerakan murid ialah peraturan pergerakan murid di bilik darjah.
Rutin pergerakan meliputi peraturan untuk bergerak ke luar atau masuk bilik darjah secara
teratur dan tertib. Guru menekankan untuk beratur semasa pergerakan tersebut kerana
murid cenderung untuk berebut-rebut semasa aktiviti yang melibatkan pergerakan murid
khususnya yang melibatkan aktiviti bilik darjah ke luar bilik darjah. Contohnya, aktiviti kelas
ke aktiviti kumpulan, pergerakan murid ke perhimpunan, pergerakan murid ke makmal dan
juga pergerakan murid semasa latihan kebakaran.
Rutin seterusnya adalah rutin pengurusan tugasan. Rutin pengurusan tugas ialah
persediaan, perancangan dan pengurusan guru terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P). Guru perlu menyediakan sumber P&P, aktiviti P&P dan persediaan
untuk P&P. Persediaan penting dalam memastikan proses P&P berjalan lancar. Guru perlu
menetapkan objektif pembelajaran memulakan persediaan proses P&P agar setiap langkah
perancangan dapat dirancang. Hasil pembelajaran yang diharapkan daripada murid perlu
dinyatakan dengan jelas. Selain itu, guru perlu memantau akitviti bilik darjah dan
menjalankkan proses penilaian ke atas pencapaian murid. Penilaian akan menentukan
kekuatan dan kelemahan proses P&P tersebut.
Guru perlu memastikan murid melibatkan diri secara aktif dalam P&P. Pembabitan
pelajar secara aktif dalam P&P penting dalam memastikan proses pembelajaran itu berlaku
(Norasiah Abdullah, Nor Risah Jamilah Binti Mat Lazim & Rosnah Ahmad Zain, 2009). Guru
memainkan peranan penting dalam memastikan rutin pembelajaran itu berlaku. Guru boleh
menyediakan aktiviti seperti perbincangan, gerak kerja berkumpulan, latihan dan latih tubi.
Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan menekankan aktiviti yang berpusatkan
murid. Aktiviti berpusatkan murid melibatkan interaksi antara murid, guru dan bahan. Oleh
itu, guru harus menggalakkan interaksi tersebut berlaku mengikut prosedur dan bersopan.
Hubungan personal atau interaksi antara murid dengan murid adalah sama penting dengan
hubungan guru dengan murid. Guru boleh memainkan peranan dengan mewujudkan
hubungan (Wragg, 2001). Contohnya, aktiviti yang melibatkan perbincangan, eksperimen,
kerja lapangan dan projek.
Kesimpulannya, peranan guru dalam pengurusan bilik darjah perlu dipraktikkan
dalam usaha mengurus bilik darjah masa kini secara berkesan serta membentuk satu
persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif di sekolah sesuai dengan
perkembangan ilmu pada abad ke-21 kini. Oleh itu, guru wajar mengamalkan tahap
pengurusan bilik darjah tertentu yang dirasakan paling sesuai sebagai usaha menjadikan
murid seronok berada di dalam kelasnya dan berjaya menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan.
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
12 | P a g e

PELAN SUSUN ATUR FIZIKAL PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG KONDUSIF


DENGAN MENGAMBIL KIRA LATAR BELAKANG MURID YANG SESUAI DENGAN
KELAS ABAD KE-21
Persekitaran fizikal bilik darjah adalah penting bagi pembelajaran kerana ia boleh
menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Persekitaran bilik darjah yang teratur
merupakan sebahagian daripada pengajaran yang berkesan. Menurut Marland (1975),
suasana fizikal bilik darjah mungkin merupakan kawan atau musuh dalam pengajaran.
Ruang bilik darjah perlu diurus bersesuaian dengan aktiviti pengajaran. Tempat duduk perlu
disusun, papan kenyataan dihias dan karel pembelajaran dan rak-rak buku perlu dipasang.
Di samping itu, pengurusan bilik darjah juga termasuk menunjukkan sikap positif
terhadap sekolah dan pembelajaran secara umum. Seorang guru haruslah sentiasa
menunjukkan contoh yang baik kepada anak murid mereka. Bagi memainkan peranan
sebagai pengurus yang berkesan, kita perlulah memahami kesukaran situasi bilik darjah dan
mengenali faktor-faktor yang boleh membantu untuk menghasilkan suasana pembelajaran
yang sihat.
Persekitaran pembelajaran yang kondusif ialah tempat murid dapat melibatkan diri,
mengambil bahagian dan menumpukan perhatian dalam pembelajaran. Persekitaran ini
mempunyai keupayaan untuk merangsang minat dan semangat murid untuk terus belajar.
Iklim yang dapat memotivasikan murid merujuk kepada suasana atau budaya yang dapat
mewujudkan motif dalam diri murid untuk bertindak ke arah mencapai matlamat
pembelajaran. Seorang guru perlu membina keadaan bilik darjah yang kondusif serta
berkesan dalam menghadapi tingkah laku. Hal ini melibatkan pendekatan pengajaran, corak
komunikasi, kemahiran guru dalam mengurus, cara seseorang guru mengawal murid dan
aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah serta personaliti guru itu sendiri. Dalam persekitaran ini,
murid menyedari kelebihan sikap berdikari mempunyai perasaan bertanggungjawab dan
kesepunyaan terhadap pembelajarannya.
Berikut adalah satu pelan susun atur fizikal pengurusan bilik darjah yang kondusif
dengan mengambil kira latar belakang murid yang sesuai dengan kelas abad ke-21 :

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
13 | P a g e

Papan Kenyataan

Papan Putih

Jam

Kalendar

Pintu
Tingkap

Kerusi dan Meja Murid

Peti
Kecemasan

Plug Elektrik

Meja Guru

Sudut Multimedia

Rak Guru

Permaidani

Meja Bulat
Tong Sampah
Tempat simpanan bekal makanan

Sudut Bacaan

Meja guru

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
14 | P a g e

Meja guru diletakkan di belakang kelas dan berada di tengah. Kedudukan seperti ini adalah
amat sesuai sekali diaplikasikan terutama pada murid sekolah rendah. Meja guru juga
hendaklah menghadap meja murid bagi membantu berlakunya kontek visual antara murid
dan guru sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan meja guru di
belakang ini juga tidak menghalang penglihatan murid pada papan putih semasa dalam
proses pengajaran dan pembelajaran. Kedudukan ini juga dapat memaksimumkan
pemantauan guru terhadap setiap murid dari setiap sudut. Apabila murid mengetahui setiap
gerak gerinya diperhatikan, mereka akan dapat membuat kerja berkumpulan atau individu
dengan sebaiknya. Dengan itu, kedudukan ini dapat mencapai keselesaan guru dan dapat
merangsang semangat untuk guru mengajar dalam emosi yang positif.
Kerusi dan meja murid
Perkara utama yang mesti diberi perhatian pada setiap kerusi dan meja murid ini
ialah kuantiti kerusi dan meja adalah mencukupi dan berada dalam keadaan yang baik dan
selamat. Untuk tujuan keselasaan, saiz kerusi dan meja harulah sesuai dengan peringkat
tahap umur murid. Bagi susunan pula, meja murid disusun secara berkelompok di mana
meja disusun secara berempat. Susunan ini memudahkan pengajaran berpusatkan murid.
Selain itu, susunan ini dapat menggalakkan interaksi antara murid semasa gerak kerja
kumpulan. Pada masa yang sama, murid juga masih boleh fokus kepada kerja sendiri.
Susunan kelompok membolehkan murid berbincang, meluahkan pendapat, saling
membantu dan berkongsi bahan semasa gerak kerja berkumpulan. Walau bagaimanapun,
untuk membuat susunan secara berkelompok ini, guru hendaklah memastikan bilangan
murid tidak terlalu ramai dan keluasan kelas hendaklah luas. Guru juga hendaklah
memantau ahli kelompok supaya boleh bekerjasama dan bukan medatangkan kesan negatif
kepada kumpulan.

Guru juga bolehlah menempatkan setiap murid dalam kumpulan

mengikut pencapaian mereka. Hal ini akan memudahkan guru memberikan tugasan atau
latihan selaras dengan pencapaian murid.
Sudut multimedia
Selain faktor udara, perabot dan ruang, persekitaran fizikal bilik darjah abad ke-21
memerlukan prasarana teknologi yang bersesuaian. Penggabung jalinan elemen-elemen ini
menjadikan bilik darjah sebagai tempat yang seronok untuk proses pembelajaran.
(Weinstein & Mignano, 2003). Bagi membina persekitaran kondusif sudut multimedia juga
perlu ada di dalam setiap bilik darjah. Di sudut ini, disediakan sebuah komputer dengan
jaringan internet untuk penggunaan murid yang disambungkan ke plug elektrik yang berada
di dinding bahagian tersebut. Sudut ini diletakkan berhampiran meja guru bagi memudahkan
murid mendapat bimbingan guru semasa penggunaannya. Ini juga dapat memberi kelebihan
EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
15 | P a g e

kepada guru untuk memantau murid-murid agar menggunakan multimedia secara bijak dan
bermanfaat. Guru juga perlu menyediakan peraturan penggunaan multimedia. Rasionalnya
adalah supaya semua murid dapat menikmati kemudahan ini di samping pengajaran dan
pembelajaran dapat berjalan lancar dan mengelakkan berlakunya kerosakan atau
kemalangan.
Sudut bacaan
Di satu sudut di bahagian belakang kelas dikhaskan sebagai sudut bacaan. Di sudut
ini, dihamparkan permaidani dan diletakkan beberapa bantal untuk keselesaan murid-murid.
Ruang ini lebih bersifat mesra kepada murid-murid dan memberi suasana seolah-olah
mereka berada dirumah. Beberapa rak yang memuatkan buku, kamus, peta, surat khabar,
majalah turut disusun di sudut ini untuk bacaan umum dan rujukan murid. Bahan-bahan
bacaan ini diperolehi daripada sumbangan murid dan guru. Oleh itu, murid-murid akan
berasa lebih bertanggungjawab untuk menjaganya kerana merasakan mereka turut
memberi sumbangan bahan bacaan. Peraturan penggunaan ruangan ini turut dibina seperti
bahan bacaan tidak boleh dikeluarkan daripada kelas, bahan bacaan perlu disusun kembali
di atas rak selepas digunakan, buku yang rosak harus diganti dan sebagainya. Peraturan
sebegini boleh mengelakkan berlakunya kerosakan dan kehilangan bahan bacaan ini. Untuk
mendapatkan hasil yang efektif lagi, guru bolehlah mengaplikasikan Model Akibat Logikal
Dreikurs di mana menekankan kepentingan guru memberikan kepercayaan dan
tanggungjawab kepada murid-murid untuk bersama-sama menjaga disiplin di dalam bilik
darjah.
Pencahayaan dan pengudaraan
Pencahayaan dan pengudaraan yang cukup amatlah penting untuk keselesaan
murid dan guru semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tingkap dan
lampu yang mencukupi boleh memberi pencahayaan yang mencukupi. Guru haruslah
memastikan alat elektrik ini berfungsi dan melaporkan kepada pihak bertanggungjawab jika
terdapat kerosakan. Susun atur perabot dalam bilik darjah juga hendaklah disusun dengan
baik supaya tidak menghalang tingkap untuk mengelakkan berlakunya halangan
pencahayaan dan pengudaraan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa membuka pintu dan
tingkap untuk pengudaraan.

Meja bulat

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
16 | P a g e

Meja bulat diletakkan di sudut kanan atau berdekatan dengan pintu di bahagian
belakang kelas. Ini adalah bagi membolehkan murid berehat atau berbincang mengenai
aktiviti-aktiviti atau tugasan-tugasan tertentu.
Tempat simpanan bekal makanan
Selain itu, untuk membina persekitaran yang kondusif juga, guru bolehlah
menyediakan tempat simpanan bekalan makanan. Satu peraturan mewajibkan semua murid
dikehendaki menyimpan bekal makanan masing-masing di tempat ini perlu dilaksanakan.
Hal ini kerana sekiranya terdapat murid yang membawa bekal makanan dan diletakkan di
meja murid, andainya makanan itu tertumpah, ruang meja murid akan kotor dan mungkin
juga akan mengotorkan buku-buku murid. Selain daripada itu, bekal makanan itu juga boleh
menarik perhatian murid sehingga mengganggu tumpuan murid semasa belajar. Dengan
adanya tempat simpanan bekal murid ini, masalah-masalah ini tidak wujud dan kelas
kelihatan lebih kondusif.
Papan kenyataan
Pada papan kenyataan ini hendaklah dimuatkan jadual tugasan murid, hasil kerja
murid, dan gambar aktiviti murid pada papan kenyataan untuk rujukan dan hiburan. Dalam
jadual tugasan ini, murid-murid dibahagikan mengikut turutan hari dan tugas membersihkan
kelas. Ini dapat melatih sifat bertaggungjawab dan kelas akan kelihatan bersih sepanjang
hari. Dengan menampal hasil kerja pula, guru dapat melahirkan rasa bangga murid-murid
apabila mereka melihat hasil kerja mereka dipamerkan dan secara tidak langsung
mencetuskan minat mereka untuk belajar. Dalam hasil kerja murid pula dapat memberi input
yang bermanfaat kepada semua murid
Bakul sampah
Dengan adanya bakul sampah, kebersihan bilik darjah dapat dijaga kerana muridmurid perlu membuang sampah ke dalam bakul sampah. Perkara seperti ini boleh memupuk
peribadi murid yang berdisiplin dan membudayakan amalan menjaga kebersihan dalam
kehidupan mereka.

Peti pertolongan cemas

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
17 | P a g e

Peti pertolongan cemas ini diletakkan di hadapan kelas. Penggunaan peti


pertolongan cemas ini perlu mendapat keizinan guru. Setiap kelas perlu mempunyai peti
pertolongan cemas kerana kita tidak dapat menjangka bila berlakunya kemalangan. Dengan
adanya peti ini, rawatan kecemasan dapat diberikan dengan segera apabila berlakunya
kemalangan.
Jam dan Kalendar
Jam perlu diletakkan di hadapan kelas untuk melatih murid menghargai masa. Kalendar
pula digunakan untuk rujukan tarikh. Dalam kalendar turut dicatatkan beberapa hari dan
peristiwa penting seperti Hari Kebangsaan. Ini dapat melatih murid supaya peka dengan
peristiwa-peristiwa penting sebegini.
Rak guru
Rak guru diletakkan di sebelah meja guru bagi kemudahan guru untuk menyimpan
bahan bantu mengajar, fail-fail, termasuk untuk kegunaan murid.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
18 | P a g e

REFLEKSI
Assalamualaikum w.b.t , selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Alhamdulillah syukur
kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izin Nya, tugasan projek bagi kursus Pengurusan Bilik
Darjah dan Tingkah Laku (EDU 3043) akhirnya dapat disiapkan tepat pada masanya
walaupun sebelum ini terdapat pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang saya telah tempuhi
untuk menyiapkan tugasan secara individu dan berkumpulan ini. Ucapan setinggi tinggi
penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Encik Hj. Mansor bin Muhammad,
pensyarah pembimbing bagi kursus ini yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan
panduan perlaksanaan tugasan ini kepada saya.
Begitu banyak kelebihan dan manfaat yang saya dapat perolehi setelah menyiapkan
kerja kursus ini. Antaranya ialah memperolehi pengalaman dan ilmu pengetahuan baru
tentang peranan guru dalam pengurusan bilik darjah yang bersesuaian dengan kelas abad
ke-21 baru secara langsung semasa menyiapkan kerja kursus ini. Hal ini kerana saya perlu
membuat pembacaan dan rujukan daripada pelbagai jenis sumber termasuklah buku-buku,
kajian-kajian dan melayari laman sesawang. Daripada hasil pembacaan ini, saya ringkaskan
ke dalam bentuk yang lebih menarik untuk diolah dalam kerja kursus ini. Dari sini juga, saya
telah belajar banyak perkara seperti merancang suatu tugasan dengan lebih baik dan cara
untuk mencari buku-buku dan kajian-kajian yang tepat semasa menjalankan tugasan ini. Di
samping itu, saya dapat memahami prosedur-prosedur bagaimana seorang pendidik
bekerja. Perkara seperti ini amat penting bagi saya sebagai bakal guru yang akan bersama
dengan murid-murid kelak.
Di dalam tugasan yang seterusnya, pengetahuan baru yang saya perolehi ialah
menghasilkan satu pelan susun atur fizikal pengurusan bilik darjah yang kondusif dengan
mengambil kira latar belakang murid yang sesuai dengan kelas abad ke-21. Selain itu, saya
diminta untuk mengkaji isu-isu terkini dalam perkembangan ilmu pengetahuan pendidikan
dalam negara. Selaras dengan pembelajaran abad ke-21, saya telah meneroka dan belajar
pelbagai aplikasi-aplikasi baru seperti Microsoft Word, Power Point Presentation, Prezi,
Powtoon dan lain-lain. Sesungguhnya, aplikasi-aplikasi ini telah memberikan saya idea-idea
yang bernas untuk saya mempelbagaikan kaedah-kaedah pengajaran di dalam kelas nanti.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
19 | P a g e

Selain itu, saya juga diminta untuk membentang topik-topik dan tutorial yang dipilih.
Seterusnya, saya diminta menyediakan satu portfolio yang lengkap dan menyeluruh tentang
subjek EDU 3043 ini. Di samping itu, ada satu nilai yang penting yang dapat saya pelajari
dalam menyempurnakan tugasan ini iaitu nilai kerjasama walaupun tugasan yang diberikan
secara individu. Saya sering melakukan perbincangan dan bertukar pendapat dengan rakan
sekelas untuk menyiapkan tugasan ini. Bergerak secara berkumpulan ini amat memudahkan
saya untuk melaksanakan sesuatu aktiviti atau tugasan.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat juga beberapa masalah yang saya
hadapi bersama rakan-rakan mahupun secara individu. Antara masalah-masalah tersebut
ialah masalah mencari idea untuk menyatakan peranan guru dalam pengurusan bilik darjah
abad ke-21 dan menghasilkan satu pelan susun atur fizikal bilik darjah abad ke-21. Saya
memerlukan pelbagai perbincangan dengan rakan-rakan untuk meyiapkan tugasan ini.
Kekangan masa yang singkat tidak dapat dinafikan juga dihadapi saya dari awal
tugasan diberikan lagi. Hal ini kerana, jadual yang begitu padat dengan aktiviti-aktiviti
semasa telah menyebabkan saya kesuntukan masa. Masa yang saya ambil agak singkat
menyebabkan saya terpaksa bekerja lebih sehingga lewat malam. Masalah seterusnya yang
turut kami hadapi ialah objektif tugasan tidak tercapai sehinggakan saya terpaksa membaiki
tugasan beberapa kali. Hal ini mungkin kerana saya tidak membuat perancangan awal
semasa membuat tugasan tersebut. Saya telah mendapat pelbagai komen-komen daripada
pensyarah dan rakan-rakan sekelas semasa membentangkan kepada mereka. Komenkomen yang membina itu telah menyedarkan saya akan kesalahan itu.
Hasil daripada masalah-masalah yang timbul ini, saya ingin mengemukakan
beberapa cadangan penambahbaikan bagi memudahkan pelaksanaan tugasan ini.
Pertamanya, saya perlu membuat persediaan awal untuk membuat tugasan tersebut. Hal ini
bagi memastikan objektif yang dihasratkan tercapai, tidak mengalami kekangan masa dan
dapat membuat perancangan yang baik. Bagi mengelakkan daripada kesalahan-kesalahan
kecil berulang seperti tertinggal satu kaedah dalam melaksanakan eksperimen, saya perlu
membuat lebih banyak perbincangan dengan rakan-rakan mahupun pensyarah supaya
tugasan yang dihasilkan lengkap.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
20 | P a g e

Seterusnya, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan pendapat orang lain
serta berkongsi pendapat dan pandangan sepanjang saya melaksanakan kerja kursus ini.
Saya berharap melalui pelaksanaan tugasan ini, saya mampu memperbaiki kelemahan saya
dan meningkatkan mutu tugasan saya pada masa akan datang. Jika saya diberi peluang
untuk memperbaiki lagi mutu kerja kursus ini pada masa hadapan, saya akan menghasilkan
tugasan kerja ini dengan lebih menarik dan berkualiti. Saya akan memahirkan diri saya
dengan teknik mencari maklumat, membuat huraian, membuat ulasan kritikal dan
sebagainya supaya dapat menghasilkan kerja kursus yang lebih memuaskan.
Akhir kata, banyak manfaat yang saya perolehi daripada kerja kursus ini. Saya
berharap pengalaman-pengalaman dan ilmu-ilmu baru tentang pengurusan bilik darjah abad
ke-21 yang telah diperolehi ini dapat saya aplikasikan sebagai satu anjakan yang positif
kepada saya untuk menjadi guru yang kompeten. Saya berasa bersyukur dan berpuas hati
kerana dapat menyiapkan tugasan ini mengikut masa yang ditetapkan. Oleh itu, saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada semua pihak
yang telah membantu saya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Sekian terima
kasih.

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
21 | P a g e

RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2009).Pengurusan Bilik Darjah Dan TingkahLaku.
Shah Alam, Selangor : Oxford Fajar.
Amir Hasan Dawi (2006). Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan, Edisi Ketiga.KualaTanjung
Malim: Quantum Books.
Chris Watkins (2005). Classrooms as Learning Communities: Whats in it for schools?.
Routledge Taylor & Francis Group.
Frazer, E. Home (1989). Environment and The School . London: London University Press.
Carol, SW & Mignano, A.J (2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw
Hill.
Pafkay, W.F. ( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.
Bull, Shirley & Solity Jonathan (1987). Classroom management: Principles to Practice.
NSW: Dcroom Helm.
Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell
& Howell, Columbus, Ohio.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning
Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Lambert,N.M. (1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia
of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.
Robiah Sidin (1993).Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Steele, FI. (1973). Physical setting and organization development. Reading,MA: AddisonWesley.
Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.
Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon
Pengurusan Bilik Darjah yang Cekap Mewujudkan Suasana Pembelajaran yang Harmoni.
http://pengurusanbilikdarjah.smkberangan.com/index_files/script.js

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
22 | P a g e

LAMPIRAN

EDU3043 Kerja Kursus | Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan
23 | P a g e

Anda mungkin juga menyukai