Anda di halaman 1dari 8

PPIK 2 APUNGAN, TERAPUNG DAN TENGGELAM

TEORI
Objek tenggelam di dalam air kerana ia lebih berat dari air?
Sebenarnya tidak semua objek tenggelam dalam air. Antara eksperimen yang
telah dijalankan untuk membuktikan teori itu salah ialah dengan menggunakan dua
plastisin yang sama berat dan dua bikar air yang sama isipadunya. Satu dibentuk
bulat dan satu dibentuk leper seperti sampan, kemudian

kedua-dua plastisin

dimasukkan ke dalam bikar berasingan. Pemerhatian yang didapati, hanya plastiin


yang bulat tenggelam dan plastisin yang berbentuk sampan terapung di atas air
walhal mempunyai berat yang sama mengapa?
Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar sonsang dengan isipadu iaitu
jika isipadu objek itu besar maka ketumpatan akan menjadi kecil atau rendah dan
membolehkan objek itu terapung. Oleh yang demikian, objek besar seperti bot, kapal
kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan yang rendah apabila
isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot tersebut adalah besar.
Konsep keapungan ditemui oleh ahli matematik Greek iaitu Archimedes yang
menemui teori ini semasa dalam kolah mandi. Prinsip Archimedes menyatakan
bahawa daya tujah ke atas yang bertindak pada suatu jasad yang tenggelam atau
separa tenggelam adalah sama dengan berat cecair yang disesarkan oleh jasad
tersebut.
Aplikasi daya tersebut dalam kehidupan harian

adalah kapal laut, kapal

selam dan belon udara. Sebuah kapal selam akan terapung pada permukaan laut
jika tangki keapungannya diisi dengan udara. Ini adalah kerana daya tujah ke atas
bertindak pada kapal selam melebihi beratnya. Apabila keapungannya diisi dengan
air, kapal tersebut akan tenggelam dalam laut kerana adanya daya tujah yang
bertindak ke atasnya kurang daripada beratnya.

Tajuk

: Apungan, Terapung dan Tenggelam

Tujuan

: Menyiasat keadaan yang diperlukan untuk apungan, terapung dan


tenggelam

Bahan-bahan : Dua silinder penyukat, larutan garam, 2 biji telur, besen air dan lima
ketul plastisin, neraca tuas.
Aktiviti 1
Tajuk

: Terapung dan tenggelam

Pernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung
dan tenggelam di dalam air?.
Hipotesis

: Semakin tinggi kepekatan larutan, semakin tinggi daya untuk


mengapungkan objek.

Aktiviti 2
Tajuk

: Terapung dan tenggelam

Pernyataan Masalah : Apakah keadaan yang diperlukan oleh objek untuk terapung
dan tenggelam di dalam air?.
Hipotesis

: Ketumpatan, bentuk dan ketinggian objek mempengaruhi keapungan


objek.

Prosedur :
1. Satu silinder penyukat diisi penuh dengan air paip dan satu lagi dengan
larutan garam. Telur dimasukkan ke dalam setiap silinder penyukat dan
pemerhatian dilakukan.
2. Tiga plastisin berbentuk bola setiap satunya berjisim 50 g diambil. Dua bebola
plastisin dibentuk menjadi bot, satu dengan sisinya rendah dan satu lagi
dengan sisinya tinggi.
3. Satu bebola plastisin dan 2 bot tadi dimasukkan ke dalam besen yang berisi
3/4 air. Pemerhatian direkodkan.
4. Dua lagi bebola plastisin 50 g dimasukkan perlahan-lahan ke tengah-tengah
setiap satu bot. Pemerhatian direkodkan.
5. Inferens setiap pemerhatian dinyatakan.

Pemerhatian :

Bahan-bahan dan radas untuk eksperimen

Pemerhatian setelah kedua-dua biji telur dimasukkan kedalam air dan larutan garam

A. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah dan bulat dimasukkan ke dalam


air
B. Pemerhatian setelah plastisin bersisi rendah diletakkan satu bebola plastisin.

A. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi dan bulat dimasukkan ke dalam


air
B. Pemerhatian setelah plastisin bersisi tinggi diletakkan satu bebola plastisin.
Keputusan :
Pemerhatian terhadap telur :
Jenis air
Air paip

Keadaan telur
Telur tenggelam

Larutan garam

Telur terapung

Inferens
Telur lebih tumpat berbanding air
pili
Larutan garam lebih tumpat
berbanding telur

Pemerhatian terhadap plastisin yang diletakkan dalam air :


Bentuk

plastisin/

Keadaan bot sisi

Keadaan bot sisi

Keadaan bola

Inferens
Plastisin

diletakkan

rendah
terapung

tinggi
terapung

plastisin
tenggelam

tenggelam

terapung

tenggelam

dalam air
Apabila bola 50 g
ditambahkan
tengah bot
Inferens

di
Sisi bot tidak dapat Sisi

bot

dapat Isipadu

menghalang

air menghalang

dari

ke masuk ke dalam dibandingkan

masuk

dalam bot.

air plastisin

bola

bot dan isipadu jisimnya,

kecil
maka

bot besar.

ia tenggelam.

Perbincangan :
1. Mengapakah objek terapung atau tenggelam di dalam cecair?
Mengikut konsep ketumpatan, jisim berkadar songsang dengan isipadu. Ini
bermakna jika isipadu objek tersebut besar maka ketumpatan akan menjadi
kecil atau rendah dan membolehkan objek itu terapung. Jika objek itu besar
seperti bot, kapal kontena tidak tenggelam kerana mempunyai ketumpatan
yang rendah apabila isipadu objek yang digunakan untuk menampung bot
tersebut adalah besar. Formula ketumpatan diberikan di bawah :
Ketumpatan = Jisim
Isipadu
2. Bolehkah suatu objek yang lebih tumpat daripada air terapung di atas air?.
Terangkan.
Tidak boleh. Ini kerana sekiranya objek itu lebih tumpat daripada cecair yang
menampungnya, ia akan tenggelam walaupun daya tujahan tetap wujud. Ini
kerana magnitud daya tujahan atas yang bertindak tidak mampu untuk
menyokong berat objek.
3. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi apungan suatu objek.
a) Pecutan graviti
b) Ketumpatan cecair
c) Isipadu objek yang terendam di dalam cecair tersebut.
Kesimpulan :
Bentuk dan ketinggian sisi objek mempengaruhi keapungan sesuatu objek. Hipotesis
diterima

SOALAN PENGUASAAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN.


1.Di hujung aktiviti, jawab soalan-soalan berikut :
a) Apa yang anda pelajari daripada aktiviti-aktiviti ini?

Mengikut Prinsip Archimedes menyatakan apabila satu jasad direndamkan


separuhnya atau sepenuhnya ke dalam satu bendalir, jasad itu akan mengalami
satu daya julangan (daya tujah) ke atas yang nilainya sama dengan dengan berat
bendalir yang disesarkan. Formula berikut diikuti :

Berat jasad > daya julangan, jasad akan tenggelam.


Berat jasad = daya julangan, jasad akan tetap pada kedudukan
Berat jasad < daya julangan, jasad akan separuh tenggelam.

b) Bahagian yang manakah di dalam kurikulum sains rendah mengajar topik ini?
Tema Sains Bahan Timbul dan Tenggelam Tahun 1.
c) Bincang bagaimana anda menggunakan aktiviti-aktiviti ini di dalam pengajaran
dan pembelajaran.
Aktiviti ini boleh diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
dengan mengadakan aktiviti seperti eksperimen, demonstrasi, projek dan
pameran sains. Murid boleh didedahkan dengan eksperimen menentukan
keapungan dan tenggelamnya pelbagai objek di dalam air. Murid juga boleh
dicabar pemikirannya dengan mengadakan pertandingan mencipta objek yang
boleh terapung di dalam air seterusnya mengadakan pameran sains. Ini
menjadikan murid lebih faham dan seronok mempelajari sains. Tayangan
power point dan animasi juga boleh merangsang minat murid mempelajari
sains.
d) Guru

boleh

menjadi

pembimbing

dan

pemudah

cara

apabila

murid

mengadakan eksperimen dan projek. Semasa aktiviti dijalankan ,guru harus


memantau setiap perkembangan dan mengemukakan soalan-soalan yang
berkaitan. Ini penting untuk merangsang minda murid supaya mereka tidak
tersilap konsep mengenai tajuk keapungan dan ketumpatan.
RUJUKAN
Md Arris A.Y , Sopia M.Y, Mohd Yatim D, Naziyah , Toh Kim Kau. Science Practical
Year 6. (2008). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.
Anthony S.H. Tan. Fizik SPM KBSM.(1994). Metro Press Sdn. Bhd. Ampang.
Yeap Tok Kheng (2005) . Fizik SPM . Pearson Longman.

Physic Volume 2. James S. Walker

Anda mungkin juga menyukai