Anda di halaman 1dari 6

PENGHARGAAN

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan rahmat dan izinnya dapat saya
menyiapkan Tugasan Projek bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (SCE 3073)
ini dengan jayanya untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester enam.

Pertama sekali, jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada
pensyarah subjek ini yang dihormati, En., pensyarah daripada
Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG Kampus Sultan Mizan yang telah banyak memberi semangat,
dorongan dan bimbingan sepanjang menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan yang telah banyak
memberikan kerjasama, bantuan dan buah fikiran yang tak ternilai semasa menyiapkan kerja
kursus tugasan projek ini terutamanya rakan-rakan sekelas dalam menghasilkan tugasan yang
berkualiti dan berkesan.

Disamping itu, setinggitinggi penghargaan ditujukan kepada ibubapa kami dan ahli
keluarga yang telah banyak memberikan kata-kata semangat dari segi sokongan moral dan
mendoakan kami dalam menyiapkan tugasan ini.

Akhir kata, doa dan harapan saya semoga Tuhan dapat membalas setiap bantuan yang
telah diberikan samada secara langsung atau pun secara tidak langsung sepanjang
menyelesaikan tugasan ini sehingga selesai tugasan ini. Semoga pada masa akan datang
pengalaman ini dapat diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebaik
mungkin.
PENDAHULUAN

Pada semester ini saya telah diberikan tugasan projek bagi subjek Bimbingan dan
Kaunseling Kanak-Kanak (SCE 3073). Dalam kerja kursus ini, saya telah diberikan dua tugasan
utama. Tugasan pertama adalah bengkel simulasi. Saya diminta untuk membuat analisis dan
simulasi sesi kaunseling pelaksanaan intervensi terapi kaunseling yang sesuai bagi kanak-
kanak yang mengalami trauma akibat kejadian keracunan makanan di salah sebuah kantin
sekolah di Kota Bharu, Kelantan. Justeru itu, saya perlu merangka satu kaedah kaunseling
tepat berkaitan kes yang dihadapi oleh murid di sekolah tersebut.

Seterusnya, tugasan yang kedua pula merupakan tugasan penulisan akademik.


Penulisan ini berkaitan ujian minat kerjaya dimana saya sebagai seorang kaunselor di sekolah
perlu mengenalpasti kecenderungan kerjaya murid berdasarkan ujian yang dilaksanakan
supaya dapat membantu murid-murid memilih, merancang dan menyelesaikan masalah
kerjaya. Oleh itu, saya perlu menyediakan satu set ujian minat kerjaya kepada murid dan
membuat justifikasi dapatan ujian yang telah saya lakukan terhdap murid tersebut.

Tugasan ini semestinya memerlukan pembacaan yang banyak dari pelbagai sudut yang
berbeza bagi mempelbagaikan idea dan hujah yang bernas. Tugasan ini juga tidak kurang
mencabarnya kerana tugasan ini banyak memperuntukkan fakta-fakta daripada pelbagai
sumber rujukan. Oleh itu, saya diberi tanggungjawab untuk mengumpul, menelaah, dan
mengkaji dan seterusnya merekod dengan kritis kesemua aspek yang terdapat dalam tugasan
ini.
TUGASAN A : BENGKEL SIMULASI
TUGASAN B : PENULISAN AKADEMIK
REFLEKSI
RUJUKAN

Anda mungkin juga menyukai