Anda di halaman 1dari 2

Fungsi Bilik-Bilik Khas

1. Bilik Pra-Sekolah
Bilik ini berfungsi sebagai bilik darjah bagi murid-murid pra-sekolah di mana di bilik ini proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dilakukan.

2. Bilik Mesyuarat
Bilik ini berfungsi sebagai bilik mesyuarat rasmi bagi semua kakitangan sekolah terutamanya
guru-guru bagi membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran dan
pengurusan sekolah.

3. Bilik Komputer
Bilik ini berfungsi sebagai pusat perkembangan pengetahuan di dalam bidang Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (ICT) bagi murid-murid sekolah. Selain dari itu, bilik ini juga boleh
digunakan bagi menjalankan latihan-latihan berkaitan dengan bidang ICT untuk para guru.

4. Bilik Kaunseling
Bilik ini berfungsi sebagai bilik bimbingan dan motivasi kepada mana-mana murid yang
mengalami masalah di dalam proses pembelajaran khususnya.

5. Bilik Sains
Bilik ini berfungsi sebagai makmal sains sekolah. Selain dari berfungsi sebagai tempat
penyampaian P&P, bilik ini juga berfungsi sebagai tempat menyimpan barang-barang sains
sekolah.

6. Bilik Kemahiran Hidup


Bilik ini berfungsi sebagai bengkel kemahiran hidup sekolah. Selain dari berfungsi sebagai
tempat penyampaian P&P, bilik ini juga berfungsi sebagai tempat menyimpan perkakasan-
perkakasan kemahiran hidup sekolah.

7. Bilik Pendidikan Seni


Bilik ini berfungsi sebagai bilik pendidikan seni sekolah. Selain dari berfungsi sebagai tempat
penyampaian P&P, bilik ini juga berfungsi sebagai tempat menyimpan perkakasan-perkakasan
yang berkaitan dengan subjek pendidikan seni.
8. Bilik Muzik
Bilik ini berfungsi sebagai bilik muzik sekolah. Selain dari berfungsi sebagai tempat
penyampaian P&P, bilik ini juga berfungsi sebagai tempat menyimpan perkakasan-perkakasan
instrumen muzik sekolah.

9. Bilik Tayang
Bilik ini berfungsi sebagai bilik tayangan audio dan video sekolah dan berfungsi sebagai tempat
penyampaian P&P kepada para murid.

Anda mungkin juga menyukai