Anda di halaman 1dari 1

REFLEKSI

Alhamdulillah, syukur kami panjatkan kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat kami mengkaji dan mendalami bagaimana cara melakukan tugasan ini.Kami amat bersyukur kerana di beri ruang bagi mengkaji berkenaan tugasan yang diberi iaitu muzik muzik tradisional seperti caklempong, enkromong, kulintangan dan orkestra cina. Dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami telah memberikan sepenuh kerjasama dalam tugasan yang diberi walaupun menghadapi sedikit masalah teknikal. Antara masalahnya ialah, kami menghadapi masalah dalam mencari maklumat iaitu Enkromong. Namun begitu, hal ini dapat diatasi dengan baik apabila kami telah mendapat bimbingan daripada guru Muzik kami. Hal ini, kami telah menyiapkan tugasan yang diberi dengan jayanya. Kami juga telah diuji dengan kesabaran di mana tugasan ini memerlukan ketekunan dan ianya perlu dilakukan dengan penumpuan dan penelitian yang lebih. Folio ini amat bermakna bagi kami kerana ianya merupakan satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan kerana dengan ini kami dapat mengetahui alat muzik yang dimainkan.

Anda mungkin juga menyukai