Anda di halaman 1dari 8

OBJEKTIF FOLIO

 Mengetahui tentang kepentingan penjagaan prenatal kepada ibu


hamil dan anak di dalam kandungan
 Mengenalpasti senarai nutrient yang diperlukan untuk ibu hamil
 Mengetahui tentang kesan gaya hidup ibu hamil terhadap fetus

_____________________________________________________________________________________
1
PENJAGAAN PRANATAL

PENGENALAN

Bagi seseorang ibu yang telah hamil, penjagaan pra natal atau sebelum kelahiran bayi
adalah amat penting. Ini adalah bagi tujuan kesihatan kepada ibu dan juga bayi yang
sedang dikandungkan. Selain daripada itu, ibu hamil juga perlulah mendapatkan nutrisi
yang betul dengan mencukupi bagi memastikan pertumbuhan dan perkembangan bayi
yang sihat.

APAKAH ITU PENJAGAAN PRANATAL?

 Ia adalah pemeriksaan kesihatan yang berkala apabila anda disahkan mengandung.

 Salah satu tujuan adalah untuk memastikan hubungan baik antara anda dan
kakitangan kesihatan.

 Kedua-dua keperluan perubatan dan psikologi anda akan ditangani.

 Perkhidmatan ini dikendalikan oleh petugas yang terlatih di semua klinik-klinik


kesihatan kerajaan.

APAKAH KEPENTINGAN PENJAGAAN PRANATAL?

Kita selalu dengar orang ramai membuat aduan betapa lamanya mereka perlu tunggu
untuk mendapatkan rawatan semasa temujanji untuk penjagaan pranatal tersebut. Ini
disebabkan memang ramai ibu-ibu mengandung di Malaysia ni dan tempat boleh
dikatakan terhad juga untuk mendapatkan perkhidmatan penjagaan pranatal. Jadi
apakah tujuan penjagaan pranatal tersebut diadakan? Dan mengapa ianya begitu
penting?

_____________________________________________________________________________________
2
1. MENDAPATKAN MAKLUMAT LENGKAP IBU DAN BAYI

Ia sudah semestinya bukan bertujuan untuk menyusahkan tetapi dengan adanya


temujanji tersebut, pemeriksaan fizikal boleh dijalankan untuk mendapatkan maklumat
lengkap ibu dan bayi sepanjang tempoh kandungan tersebut. Pemeriksaan fizikal
tersebut biasanya mengandungi:

 Pemeriksaan tekanan darah ibu


 Tinggi dan berat ibu
 Ujian darah dan air kencing ibu
 Ujian ultrasound
Jika ke klinik dan hospital kerajaan, jururawat akan bertanyakan soalan yang berkaitan
dengan:
 Perihal pusingan haid anda
 Sejarah peribadi
 Sejarah keluarga
 Sejarah perubatan dan pembedahan
 Sejarah kandungan lampau (jika ada)
 Latar belakang ekonomi dan sosial
Cadangan kekerapan lawatan penjagaan pranatal adalah seperti berikut:

 Sebelum 28 minggu – sebulan sekali


 28 – 35 minggu – setiap 2 minggu sekali
 36 minggu dan keatas – setiap minggu

2. DAPATKAN NASIHAT & RUTIN PEMAKANAN

Setelah mendapat data-data di atas, seorang doktor boleh membuat diagnosis


berdasarkan data-data tersebut dan memberi konsultasi serta khidmat nasihat kepada
ibu.

_____________________________________________________________________________________
3
Jika ibu dan bayi kelihatan normal, anda harus kekalkan rutin pemakanan yang sihat
dan teruskan dengan temujanji seterusnya dengan pihak hospital atau klinik sehingga
anda melahirkan bayi tersebut. Juga disarankan anda memakan.

3. MENGESAN KOMPLIKASI LEBIH AWAL

Tetapi sekiranya beberapa komplikasi dapat dikesan dengan lebih awal, seperti
ibu minum air gula dan didapati paras gula yang tinggi dikesan; maka diet anda perlu
diubah. Doktor juga boleh menyarankan anda supaya makan ubat yang berkenaan bagi
mengurangkan paras gula tersebut.
Sewaktu mendapatkan rawatan pra-natal, ultrasound juga sering dijalankan. Ia
bertujuan untuk mendiagnos sama ada bayi sihat dan membesar dengan elok,
sebarang kecacatan janin dan tarikh jangkaan bayi tersebut akan lahir. Boleh juga
digunakan untuk menentukan jantina bayi supaya anda boleh melakukan persiapan
yang sepatutnya.

PEMAKANAN IBU HAMIL

1. Zat Besi

Ibu yang hamil perlu memastikan ada mengambil Zat Besi yang mencukupi. Ini kerana
ia dapat membantu mencegah anemia dan juga membantu membina sel-sel darah. Ibu
boleh mendapatkan Zat Besi daripada sumber seperti Telur dan Sayuran Hijau

2. Vitamin D

Vitamin D juga tidak kurang pentingnya. Vitamin D berfungsi untuk membantu


menyerap kalsium dan fosforus yang diperlukan oleh badan untuk menguatkan tulang
dan gigi. Sumber Vitamin D adalah makanan seperti hati dan minyak hati ikan.

_____________________________________________________________________________________
4
3. Protein

Protein membantu dalam membina sel-sel baru untuk pertumbuhan. Sumber protein
adalah seperti daging merah dan kacang.

4. Asid Folik

Ini adalah antara makanan yang paling diperlukan oleh ibu ketika hamil, iaitu Asid Folik.
Asid Folik membantu untuk menentang penyakit. Sumber asid folik adalah seperti susu.

Karbohidrat dan lemak


Vitamin C
Kalsium dan Fosforus
Ferum
Serabut

SUMBER FUNGSI

~Membekalkan tenaga untuk aktiviti harian ibu.

~Untuk pertumbuhan sel-sel baharu dalam fetus

~Untuk perkembangan sistem saraf fetus yang sempurna

~Untuk kulit fetus dan ibu yang sihat

~Untuk pembentukan tulang fetus dan pemeliharaan tulang bagi ibu yang sihat

~Pembentukan hemoglobin bagi mencegah anemia

~Mencegah sembelit bagi ibu hamil

_____________________________________________________________________________________
5
Contoh makanan untuk Ibu hamil

Contoh bayi pramatang

_____________________________________________________________________________________
6
Akibat Kekurangan Protein

Antara Kesan Merokok semasa Hamil

_____________________________________________________________________________________
7
KESIMPULAN

 Adalah sangat penting bagi ibu – ibu hamil untuk mengambil


makanan seimbang dan menjaga pemakanan.

 Ibu – ibu hamil mestilah menjauhkan diri dari melakukan aktiviti yang
tidak sihat.

 Kesan kekurangan nutrient bukan hanya melibatkan kesihatan ibu


hamil sahaja tetapi juga melibatkan kesihatan bayi yang dikandung.

_____________________________________________________________________________________
8

Anda mungkin juga menyukai