Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN PERSEMBAHAN NYANYIAN SOLO

DISEDIAKAN OLEH : SHATISH GOVINDARAJU

TARIKH

: 9 Oktober 2016

TEMPAT

: Bilik Muzik 2, IPG Kampus Sultan Abdul Halim

MASA

: 4.00 ptg 6.00 ptg

PROGRAM

: Pertandingan Nyanyian Solo

Bagi memenuhi kehendak kursus, kelas P6E Muzik diamanahkan untuk menganjurkan
satu persembahan nyanyian solo bagi kursus MZP 3211V. Kami telah dicadangkan enam buah
lagu iaitu Cinna cinna Asai, Kau terlalu istimewa,Hijau, Thagida thagini, Volare dan
sebagainya. Sebelum beberapa hari dari tarikh program, iaitu 9 Oktober 2016 kami telah
membuat satu perjumpaan dan perbincangan tentang pemilihan ahli jawatankuasa bagi
pertandingan ini. (rujuk lampiran bagi senarai AJK program).
SEBELUM
Selain daripada perbincangan pembentukan ahli jawatankuasa, kami juga telah membuat
perbincangan untuk menentukan lagu yang akan dipersembahkan. Penentuan pemilihan lagu
dibuat dengan cabutan undi oleh pengerusi program ini. Saya telah mendapat lagu yang
bertajuk Hijau untuk persembahan bagi program ini. Setelah mendapat tahu tajuk lagu, saya
telah mencari seni kata lagu serta minus one lagu untuk membuat latihan menyanyi. Kami telah
diberi tiga hari untuk membuat persediaan menyanyi. Semasa latihan nyanyian dijalankan
pensyarah kami iaitu En.Suhaimee Bin Ahmad dan Cik. Nik Hartini Bt Nik Latif telah membuat
pemantauan untuk membetulkan kesilapan-kesilapan dari segi pic, tempo dan sebutan kami
semasa menyanyi. Beliau juga telah meminta kami menyanyi di hadapan kelas secara individu
dengan minus one dan memberi komen tentang cara kami menyanyi. Dengan ini, kami telah
mendapat satu gambaran tentang cara penilaian yang akan dibuat pada hari program dan
dapat membantu membetulkan kesilapan-kesilapan kami semasa menyanyi. Rakan kelas saya
iaitu Thavamani, Paulina, Anjali, dan Durgathevi telah mendapat lagu yang sama dengan saya.
Oleh hal yang demikian, kami telah membuat latihan menyanyi secara berkumpulan pada waktu
malam di ruang legar. Kami saling mengamalkan nilai bekerjasama dengan berkongsi idea dan
1

pandangan tentang cara menyanyi masing-masing. Saya juga telah membuat latihan nyanyian
secara individu di bilik saya dengan mendengar lagu Hijau yang dinyanyikan oleh Zainal Abidin
untuk menguasai lagu tersebut dengan sempurna. Kami juga telah meluangkan masa untuk
menghias Bilik Muzik, dua hari sebelum tarikh program. Kami telah memberikan perhatian
terhadap aspek-aspek seperti penyusunan meja dan kerusi bagi pengadil dan para penonton.
Ahli kelas saya telah berganding bahu untuk membuat persiapan tempat dengan lebih teratur.
Setiap AJK yang dilantik telah menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

Gambar diatas diambil semasa melakukan persiapan tempat di Bilik Muzik 2.

SEMASA

untuk

Gambar diatas diambil semasa Pensyarah memberikan penerangan mengenai


Pensyarah telah mengarahkan kami
program.
membuat persiapan awal dari segi

pemasangan sistem PA di bilik muzik. Kami telah


berkumpul di bilik muzik lebih awal untuk memastikan segala persiapan diatur seperti yang
dikehendaki. Saya telah ditugaskan untuk menjadi pengacara majlis pada hari kejadian.
Dengan bantuan rakan-rakan sekelas saya telah menyediakan skrip pengacaraan bagi program
ini. Slaid power point mengikut tema lagu yang akan dinyanyikan telah disediakan oleh rakanrakan sekelas untuk ditayangkan semasa mereka menyanyi. Sebelum program dimulakan
cabutan undi bagi para peserta telah dibuat untuk mendapatkan giliran menyanyi. AJK sistem
PA

telah menyusun minus one bagi lagu-lagu yang dipilih mengikut giliran para peserta.

Pensyarah kami iaitu Encik Suhaimee Bin Ahmad telah membantu kami untuk memeriksa
memasangan sistem PA dengan betul. Pertandingan bermula tepat pada pukul 4.30 petang.
Pertandingan ini dimulakan dengan persembahan dari peserta pertama iaitu Anita Balan dan
diakhiri dengan peserta terakhir iaitu Paulina Vincent. Pengadil-pengadil bagi program ini terdiri
daripada pensyarah-pensyarah dari Unit Pendidikan Muzik iaitu En. Suhaimee Bin Ahmad, En.
Rahim Bin Omar dan juga Cik. Nik Hartini BT Nik Latif. Salah satu masalah ataupun
kekurangan program ini ialah kekurangan para penonton yang hadir. Selepas sahaja
persembahan-persembahan dari para peserta telah tamat dua orang pensyarah yang bertugas
sebagai pengadil telah memberikan komen tentang persembahan pada hari tersebut. Mereka
telah mengucapkan syabas dan tahniah kepada kami kerana berjaya melaksanakan program ini
dengan lancar dan sistematik.

Gambar diatas diambil semasa program dijalankan.

Gamabr diatas diambil semasa saya membuat persembahan.

SELEPAS
Selepas persembahan tamat, kami telah
membuat

pembersihan

tempat

dengan

menyusun balik meja dan kerusi dan menyimpan


alat-alat sistem PA seperti pada asalnya. Kami
juga diminta untuk membuat penulisan reflektif sepanjang perjalanan program ini. Rakan-rakan

Gambar
diambil dengan
semasarasa
pensyarah-pensyarah
memberikan
komenprogram
tentangini
sekelas
sayadiatas
telah pulang
kepuasan kerana berjaya
menjayakan
persembahan.

walaupun terdapat beberapa kelemahan.

LAMPIRAN
5

Lirik Lagu Hijau - Zainal Abidin


Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa
Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari
Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang
Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau
Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat
Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini
Oo anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama
6

Ale lo ni tuo omornyo berjoto


Koto usoho jauh ke daghi malo petako
Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo

Anda mungkin juga menyukai