Anda di halaman 1dari 3

1.

4 Fokus Kajian

Aktiviti permainan rekoder merupakan salah satu elemen yang perlu murid pelajari
seperti yang terkandung dalam Sukatan Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR). Terdapat beberapa perkara asas yang perlu mereka kuasai iaitu teknik-
teknik asas dalam permainan rekoder seperti postur, penglidahan, tiupan dan
penjarian

Berdasarkan masalah yang dihadapi oleh murid tahun 3, dapat dirumuskan bahawa
kemahiran penjarian not rekorder not B, A dan G perlu diberi tumpuan. Pengkaji
lebih memfokuskan kepada masalah penjarian rekorder kerana isu pembelajaran
yang dikeal pasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Muzik di
dalam kelas yang lain dapat diselesaikan dalam tempoh yang tidak begitu lama.
Melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji, terdapat beberapa orang murid
tidak dapat meniup rekorder dengan penjarian yang betul. Murid juga tidak
menguasai penjarian not B, A dan G. Tambahan pula, peserta kajian mempunyai
pengetahuan asas tentang konsep penjarian rekoder yang amat terhad. Mereka
hanya mengingat dan memainkan not-not mudah seperti yang telah diajar oleh
guru-guru mereka di sekolah. Pengetahuan tersebut tidak dikembangkan lagi
dengan memainkan beberapa lagu mudah yang mampu menguji kefahaman dan
ingatan mereka di dalam kelas.

Kajian ini penting bagi murid-murid tahap 1 dalam perkembangan bakat dan minat
mereka dalam seni muzik seperti yang disarankan dalam sukatan pelajaran
Pendidikan Muzik KSSR. Dalam proses pemilihan, minat memainkan peranan yang
sangat penting sebagaimana yang telah disarankan oleh Holland (1973), dalam
kajiannya iaitu pemilihan aktiviti adalah dipengaruhi atau didorong oleh minat
seseorang murid. Selain itu, Menurut Thorndike, Weics dan Danis (1968) dalam
Hashim (2000), minat secara keseluruhan dapat dianggap sebagai pembolehubah-
pembolehubah motivasi. Guru perlu menggunakan kaedah yang kreatif dan efektif
agar murid-murid menunjukkan minat mereka untuk mengikut sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran muzik, seorang guru
wajarlah mempelbagaikan teknik dan kaedah mengajar untuk memotivasikan murid-
murid dan menarik minat murid-murid terhadap aktiviti guru yang dilaksanakan
kerana murid-murid pada zaman sekarang mudah hilang perhatian dan cepat
berasa bosan. Oleh itu, pentinglah kepada seorang guru untuk memotivasikan
murid-murid dalam pengajaran mengenai pemainan rekorder yang memerlukan
perhatian sepenuhnya daripada murid untuk menguasainya.

Bagi mengatasi msalah ini, pengkaji telah merancang satu tindakan yang menarik
dengan mencipta satu permainan iaitu teknik Permainan TIGAWA. Dalam teknik ini,
pengkaji akan menggunakan tiga jenis warna iaitu merah, kuning dan hijau bagi
menggantikan not rekorder, sebagai contoh ‘warna merah bagi not B’. Penggunaan
tiga warna ini dijadikan sebagai ransangan dalam pembelajaran dan ingatan murid
untuk menjadikan pembelajaran mereka lebih aktif dan menyeronokkan kerana
menurut Thorndike (1906) dalam Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Shariffah
Fakhriah Syed Ahmad (2009), proses pembelajaran merupakan hubungan antara
ransangan dan gerak balas. Pengkaji pastikan bahawa penggunaan warna dalam
teknik mengajar not B, A dan G dapat merangsangkan minat murid-murid terhadap
proses pengajaran dan akan membantu mereka untuk menguasai kemahiran
tersebut dengan baik.

Warna merupakan elemen yang penting dalam pengembangan multimedia


pengajaran. Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat
membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk belajar.
Menurut Hasnah Awang dan Habibah Mohd Samin (2010) dalam bukunya yang
bertajuk Literasi Bahasa Melayu, menyatakan bahawa bidang menggambar dapat
memperkembangkan persepsi visual murid seperti warna, garisan, susunan dan
kesannya. Pengkaji telah menggabungkan kaedah bermain dan penggunaan warna
dalam pembelajaran dalam kajian ini bagi membantu murid-murid meningkatkan
kemahiran penjarian rekorder not B, A dan G. Menurut kajian MD Hidayat (2012)
yang merujuk kajian Hajijah (2010) mengatakan bahawa dengan kaedah mesra
warna dalam pengajaran dan pembelajaran serta ditambah dengan aktiviti bermain
dapat menarik minat murid untuk terus belajar. Dengan ini, pemilihan teknik ini
dapat membantu murid-murid dalam meningkatkan kemahiran penjarian rekorder.

Masalah penjarian not yang tidak betul dalam kalangan murid merupakan masalah
yang sangat serius dalam kalangan murid tahun 3 jika mereka tidak didedahkan
lebih awal mengenai kemahiran penjarian rekorder not B, A dan G yang betul. Hal
ini kerana, murid yang belum menguasai kemahiran penjarian rekorder dengan baik
ini akan menyebabkan objektif Dunia Muzik tahun tiga tidak tercapai. Murid-murid
yang tidak menguasai kemahiran penjarian not B, A dan G dengan baik tidak akan
dapat menyanyikan sesuatu lagu menggunakan rekorder. Jika dilihat dari skop
kemahiran, masalah penjarian not yang tidak betul merupakan masalah yang kecil
bagi sekolah yang berada di bandar, akan tetapi masalah seperti ini juga akan
memberi impak negatif terhadap sekolah di luar bandar dan masalah ini boleh
diumpamakan sebagai barah yang dialami pada setiap tahun di sekolah yang
berada di pedalaman. Hal yang sama boleh berlaku di sekolah bandar dan adalah
menjadi keperluan bagi menangani masalah ini sebelum menjadi masalah yang
lebih besar dan mempengaruhi pencapaian akademik sekolah dalam mata
pelajaran pendidikan muzik. Walaupun mata pelajaran pendidikan muzik tidak
penting seperti mata pelajaran yang lain, misalnya bahasa Melayu, setiap sekolah
berhasrat juga untuk melahirkan murid-murid yang pandai dalam mata pelajaran
muzik. Oleh itu, masalah dalam kemahiran penjarian rekorder perlulah dianggap
penting untuk dikurangkan sebelum menjadi masalah besar yang boleh
mengakibatkan pencapaian sekolah dalam mata pelajaran muzik terjejas.

Oleh itu, fokus utama dalam kajian ini adalah berkaitan dengan meningkatkan
kemahiran penjarian rekorder not B, A dan G bagi murid tahun 3 menggunakan
teknik Permainan TIGAWA. Pengkaji akan cuba membantu murid-murid dalam
meningkatkan kefahaman dan kemahiran mereka dalam penjarian rekorder not B, A
dan G dengan bantuan teknik yang dicipta.

Anda mungkin juga menyukai