Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Di sebut sebagai pendekatan lisan atau pengajaran bahasa situasional.Di perkenalkan


olehHarold Palmer dan A.S hornby pada tahun 1920 dan 1930.Mengambil kira aspek
perbendaharaan kata secara serius.Menganggap kawalan tatabahasa sebagai satu
aspek yang paling penting.Kegagalan kawalan tatabahasa dengan sempurna akan
mengakibatkan kesulitan

I anya melibatkan

1) prinsip pemilihan yang sistematik (prosedur


pemilihan leksikal dan kandungan gramatikal)
2) penggredan (prinsip yang menentukan
organisasi dan susun atur isi kandungan
3) persembahan (teknik yang digunakan untuk
menyampai)

CI RI  –C I R I K A E D A H S I T U A S I O N A L
Pengajaran lisan dimulakan dengan bahasa
pertuturaan
B ahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah
Aspek bahasa yang baharu diperkenalkan dan
dilatih mengikut situasi.
Prosedur pemilihan kata (perbendaharaan kata)
I tem  - item bahasa mengikut peringkat (bermula
dari bentuk mudah kepada bentuk yang lebih
rumit)
B acaan dan penulisan diperkenalkan setelah
asas leksikal dan tatabahasa dikuasai
sepenuhnya

PR O SEDUR PENGAJ AR AN  B AHASA


SI T  UASI O  NALO LEHDAV I  ES:
I.
Latihan mendengar: menarik perhatian murid
II.
Mengajuk beramai ramai: menyebut semula
bentuk-bentuk ayat atau perkataan bersama-
sama dalam kumpulan.
I I I . Mengajuk secara individu: meminta pelajar
mengajukkan model- model yang diberi untuk
mengenalpasti sebutan pelajar.
I V . Pengasingan: guru mengasingkan bunyi ,
perkataan atau gugusan

LANGKAH PEMB ELAJ AR AN:

-Pelajar perlu mendengar dan mengajuk apayang disebut oleh guru dan
bertindak balasterhadap arahan.
-Pelajar tidak mengawal isi pelajaran dan cenderung berbuat salah.
-Guru berketerampilan dalam mengendalikan pembelajaran mereka.
-Pelajar berkemungkinan lupa apa yang telah dipelajari
-Guru cuba untuk mengelakkan semua tabiat yang salah.

Pendekatan lisan atau Pengajaran Bahasa Situasional merupakan pendekatan yang


diperkenalkan sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Salah satu aspek utama rekabentuk
pendekatan ini ialah mengambil kira perbendaharaan kata. Pendekatan ini
menganggap kawalan perbendaharaan kata sebagai satu aspek yang penting. Aspek
lain yang diutamakan ialah kawalan tatabahasa. Bagi pendekatan ini, kegagalan
menguasai tatabahasa dengan sempurna akan menyebabkan masalah kepada
pembelajaran yang seterusnya. Objektif bagi kaedah pembelajaran bahasa situasional
ini adalah untuk mengajarkan penguasaan empat kemahiran asas bahasa dan
matlamat yang dikongsi bersama dengan kebanyakan kaedah pembelajaran bahasa.
Ketepatan dalam tatabahasa dan sebutan adalah penting dan kesalahan perlulah
dielakkan dengan apa cara sekalipun.
nyak perkara saya pelajari semasa menjalankan praktikum di Sekolah Kebangsaan Gas, Sandakan. Saya telah
mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%),
masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%).

Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering berlaku dan agak serius
ialah masalah salah laku, iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Ada yang menyiapkan separuh dari
kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja
rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah
mengajak murid-murid untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan mencungkil
masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan
rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa.

Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa punca–punca masalah
ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai.
Kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka  dan
mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk
membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa angka–angka
yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan sehari–hari. Mereka sukar memahami bagaimana topik
seperti ?Ayat–ayat matematik itu berguna dalam kehidupan mereka ? Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak
berminat untuk membuat latihan Matematik.

Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku lagi di kelas.
Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru akan terganggu dan terjejas
seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk
menjalankan penyelesaian dan tidak dapat menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan
terhadap aktiviti pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan
mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas dan tidak
bertanggungjawab.

Pada pendapat saya, pujian dan kata–kata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak terlazim. Warna
juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna merah. Ia boleh merangsangkan
seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat
dengan warna yang terang seperti merah, kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada murid, saya telah
menggunakan teknik peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan kata–kata perangsang
untuk menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang memuaskan, kerana
motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja
rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan kurang mementingkan masa depan mereka. Selain daripada itu,
golongan murid ini jarang mendapatkan dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan
sebaya.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau menghindari kepada murid
tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Walaupun peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan atau memalukan, yang ingin dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk
menghadapi masalah murid, terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7?2 tahun. Mereka lebih
berasa takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan murid dengan cara
yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat memberikan demonstrasi kepada
murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan murid–murid lain apabila tidak menyiapkan kerja
rumah. Dengan itu, saya telah membuat satu eksperimen pada murid–murid, iaitu mana satu kumpulan yang telah
kalah dalam kuiz matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya
menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap peneguhan negatif, kerana
mereka takut menghadapi kesan–kesan peneguhan negatif dan pula tidak mahu kehilangan layanan yang baik
daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk
menyiapkan kerja rumahnya semasa rehat ataupun selepas sekolah.

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar
seperti penyelesaian masalah matematik. Saya juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar,
model, benda konkrit, bahan bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran.
Bahan pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan juga mudah
difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid supaya mereka dapat
memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu, murid tidak akan berasa bosan dan
sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja
Matematik. Pada pendapat saya, guru ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya
terdapat banyak penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan
pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih dan mengurus
strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan. Penyelesaian ini juga berkesan
untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah murid ini, saya telah mengadakan perbincangan
serta kolaborasi dengan kedua–dua orang guru pembimbing dan juga pensyarah pembimbing. Selain
daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan sendiri, iaitu mengkaji
maklumat–maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod anekdot yang telah disediakan untuk
menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.

Catatan: Refleksi ini dibuat oleh seorang pelatih semester 4 yang menjalankan Praktikum Fasa I.
Tumpuannya ialah masalah murid-muridnya dalam kelas matematik. Diharap refleksi ini boleh
dijadikan satu kes kajian untuk perbincangan dalam bilik kuliah.

Anda mungkin juga menyukai