Anda di halaman 1dari 6

MINGGU : 2

TARIKH : 06 OGOS 2017 10 OGOS 2017

1.Isu Yang Difokuskan :


Saya telah mengahadiri kelas 2Alli yang diajar oleh rakan praktikum saya. Pengajaran dan pembelajaran ini diselia
oleh pensyarah penyelia kami. Saya telah memerhatikan seorang murid menunjukkan tingkah laku yang tidak diingini
dan tidak mendengar arahan yang diberi oleh rakan praktikum saya. Murid tersebut sentiasa datang berdekatan
dengan guru. Guru telah melaksanakan beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah ini, tetapi langkah-langkah
tersebut tidak berkesan. Keadaan ini menyebabkan guru berasa sangat tertekan dan tidak dapat memberi perhatian
sepenuhnya dalam proses pengajaran dan pembelajarannya.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Saya telah diperhatikan murid ini adalah murid yang bijak dan cepat menangkap pengajaran yang diajar oleh guru
tetapi semasa menjalankan aktiviti kumpulan murid ini pula berbising dan menjadi gangguan untuk guru
menjalankan aktiviti P&P. Oleh itu saya telah menganalisis beberapa sebab murid tersebut bertindak seperti ini
semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Antarannya ialah murid tersebut cuba untuk memastikan
perhatian guru sentiasa terhadap dirinya. Oleh itu, murid ini bergerak dan menunjukkan tingkah laku yang negatif
dan memberi gangguan kepada guru. Bukan itu sahaja, saya juga telah dikenalpasti murid ini berkeinginan untuk
menjadi pemimpin dalam aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Merujuk model disiplin Kounin, Kounin menekankan kepada pengawasan dan penyeliaan yang teliti guru dalam
pengurusan bilik darjah. Beliau mengatakan bahawa seseorang guru perlu mempunyai keupayaan dalam mengawal
dan menyelia lebih daripada satu aktiviti atau tingkah laku murid dalam satu masa.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan isu yang saya telah dikenalpasti, saya mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah.
Antaranya, :-
1. Memberi tugasan atau kepimpinan kepada murid bermasalah
2. Memberi arahan yang jelas
3. Mempelbagaikan aktiviti
4. Mengamalkan peneguhan positif\
5. Tindakan Susulan :

Guru perlu mengawal pergerakan murid dengan menggunakan pembelajaran abad ke-21. Guru menggalakkan murid
memimpin sendiri semasa aktiviti P&P dan guru menjadi sebagai fasilitator sahaja. Ini akan memotivasikan murid-
murid yang membuat masalah semasa proses P&P berlangsung.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Guru telah melaksanakan salah satu kaedah daripada pengajaran abad ke-21 iaitu "3 stray, 1 stay". Murid melibatkan
diri secara langsung dalam aktiviti P&P dan guru menjadi fasilitator sahaja semasa proses P&P. Keadaan ini
membantu murid untuk meningkatkan sikap kepimpinan dan menguruskan kumpulan. Selain itu, guru juga dapat
mengawal pergerakan murid dan mengelakkan murid daripada berasa bosan.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya, masalah ini perlu diberi perhatian oleh semua guru. Langkah yang dicadangkan telah berkesan dan
dapat mengatasi masalah ini dengan mudah

Rujukan :

DinniSufiya. (2014). Banding Beza Model disiplin Kounin dan Glaser. Pengurusan Bilik Darjah, 1-10.(Online)
https://www.slideshare.net/DinniSufiya/pengurusan-bilik-darjah-39600462
MINGGU : 3

TARIKH : 13 OGOS 2017 17 OGOS 2017

1.Isu Yang Difokuskan :


Saya telah melaksanakan proses P&P di tahun 4 Alli. Pengajaran dan pembelajaran telah diselia oleh pensyarah
pembimbing saya. Saya telah mengajar konsep staccato dan legato kepada murid dan saya juga menggunakan
teknik bermain dan seni sambil belajar. Murid-murid berasa sangat terujah setelah mengedar bola dan warna air.
Keadaan ini menyebabkan proses pengajaran tidak lancar dan teknik yang digunakan oleh guru juga tidak berkesan

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


Punca menyebabkan proses pengajaran tidak lancar dan teknik yang digunakan oleh guru tidak berkesan adalah
kerana guru telah merancang dan melaksanakan teknik pengajaran yang kurang sesuai dengan tahap penguasaan
dan keupayaan murid. Keadaan ini menyebabkan murid tidak dapat menerima penyampaian ilmu guru kepada murid
dan tahap pemahaman murid terhadap pengajaran kurang baik.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-
mengarang dan sebagainya. Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi
atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu
bahagian bahasa tertentu. Teknik yang digunakan oleh guru perlu sesuai dengan tahap keupayaan dan penguasaan
murid.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Berdasarkan kepada analisis yang telah saya lakukan terhadap isu yang telah saya kenal pasti, saya
mencadangkan beberapa alternatif penyelesaian masalah tersebut, antaranya ialah :-
1. Merancang proses pengajaran berpusatkan guru semasa mengajar konsep baru kepada murid
2. Mengelakkan penggunaan bahan bantu mengajar yang mengganggu kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran

5. Tindakan Susulan :

Saya akan merancang proses pengajaran berpusatkan guru semasa mengajar konsep atau ilmu baru kepada murid.
Keadaan ini menggalakkan murid memahami dan menerima ilmu dengan berkesan. Saya juga akan mengelakkan
penggunaan teknik bermain kepada murid seperti ini. Saya juga akan mengelakkan penggunaan bahan bantu
mengajar seperti bola dan warna air.
6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :
Saya telah melaksanakan proses P&P berpusatkan guru. Langkah ini membantu murid mudah memahami konsep
yang diajar oleh guru. Selain itu, saya juga menggelakkan penggunaan bahan bantu mengajar seperti bola dan
warna air dan ia membantu guru memastikan murid sentiasa dalam kawalannya.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Kesimpulannya teknik pengajaran yang digunakan oleh guru haruslah sesuai dengan tahap penguasaan dan
kemampuan murid. Guru perlu memastikan bahan bantu mengajar yang tidak menjadi gangguan kepada guru
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan :

bobezani. (n.d.). Tripod. Retrieved March 17, 2017, from Tripod: http://bobezani.tripod.com/teknik.htm
MINGGU : 4

TARIKH : 20 OGOS 2017 24 OGOS 2017

1.Isu Yang Difokuskan :


Saya telah mengenalpasti sebuah masalah semasa menjalankan proses P&P bertajuk memainkan alat perkusi.
Masalahnya adalah murid tidak memegang dan memainkan alat perkusi dengan teknik atau cara yang betul
walaupun guru telah menunjukkan teknik yang betul semasa menjalankan P&P. Kebanyakkan murid memegang dan
memainkan alat perkusi dengan sesuka hati dan keselesahan sendiri.

2. Analisis Isu Yang Difokuskan (Punca dan Kesan Isu) :


su ini menyebabkan murid tidak dapat mengikuti tempo yang betul semasa memainkan alat perkusi mengikut skor
dan mengiringi lagu. Selain itu, bunyi yang dikeluarkan alat perkusi adalah tidak sedap untuk didengar kerana
permainan perkusi dengan teknik yang salah menyebabkan kualiti ton yang dikeluarkan adalah tidak baik.
Terutamanya alat perkusi kerincing.

3. Kajian Lampau (Literature Reiview) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas) :
Merujuk pendekatan Off. mengariskan pengaran alat muzik kepada 4 komponen. Iaitu pemerhatian, Imitasi,
Eksperimen dan Kreativiti. Mengikut pendekatan off guru perlu mengajar permainan alat perkusi mengikut peringkat
keempat-empat komponen ini untuk membantu murid menguasai kemahiran permainan alat perkusi dengan mudah.
Dalam komponen pemerhatian, murid akan memerhatikan dengan teliti apa yang ditunjukkan oleh guru. Seterusnya,
guru perlu memberi peluang untuk murid mengimitasi apa yang ditunjukkan oleh guru. Setelah murid menguasai
atau mengimitasi dengan betul murid akan diberi peluang untuk eksperimen atau meneroka tentang permainan
corak irama. Di sini murid akan mempelajari teori dengan sendiri melalui corak irama yang dimain. Dan akhirnya
komponen kreativiti iaitu murid akan menghasilkan atau memainkan perkusi mengikut corak irama sendiri.

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


Terdapat beberapa cadangan dan idea penyelesaian masalah ini. Antaranya :
1. Guru perlu mengajar teknik memegang dan memainkan alat perkusi dengan betul dan jika murid tidak mengikuti
apa yang diajar oleh guru, guru boleh memberi denda dengan tidak memberi peluang untuk memainkan alat perkusi.
2. Guru perlu menjelaskan kepentingan memegang dan memainkan alat perkusi dengan teknik yang betul.

5. Tindakan Susulan :

Guru perlu menjalankan satu aktiviti atau langkah yang menggalakkan murid memahami dan mengaplikasi teknik
memegang dan memainkan alat perkusi dengan betul. Guru juuga boleh memberi denda kepada murid tidak
mengikuti pengajaran guru dengan tidak memberi peluang kepada murid yang membuat salah untuk memainkan
alat perkusi. Ini akan menggalakkan atau memotivasikan murid untuk mempelajari pengajaran dengan betul. Guru
juga perlu memberi kepentingan atau pemerhatian dalam teknik memegang dan memainkan alat perkusi kerana
teknik adalah asas untuk menggalakkan murid untuk menguasai kemahiran memainkan alat perkusi.

6. Keberkesanan Langkah Yang Dicadangkan :


Saya telah melaksanakan cadangan atau idea penyelesaian yang telah disenaraikan dalam jurnal ini. Saya telah
memerhatikan beberapa perubahan dalam memainkan perkusi dan kelancaran proses P&P. Murid telah memainkan
alat perkusi dengan teknik yang betul kerana guru melaksanakan cara dendaan kepada murid yang tidak mengikuti
arahan dan ia menggalakkan murid bimbang untuk melakukan kesalahan semasa memainkan alat perkusi. Keadaan
ini membantu guru untuk mengendalikan proses P&P dengan baik dan murid juga menerima ilmu yang tepat
daripada guru.

7. Kesimpulan / Refleksi (Kesan Tindakan (Perlu) dan Halangan (Jika Ada) :

Permainan alat perkusi dengan teknik yang betul adalah salah satu perkara yang penting dalam pengajaran
pendidikan muzik. Guru perlu menitikberatkan isu ini dalam kalangan murid. Guru juga boleh melaksanakan idea-idea
dan cadangan yang dinyatakan dalam jurnal ini untuk mengelakkan berlakunya masalah dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Rujukan :

atiqahaiza. (2013, june). blogspot. Retrieved april 8, 2017, from blogspot:


http://atiqahaiza.blogspot.my/2013/06/nota-mzu3111-banding-beza-pendekatan.html

Anda mungkin juga menyukai