Anda di halaman 1dari 28

Disediakan oleh: Liana Bt Sadali Kelas: PISMP 4H/ Ambilan Januari 2010 Pensyarah: Pn. Norhayati bt.

Md Yatim

Melaksanakan pengajaran berdasarkan pendekatan pengajaran bahasa yang dipilih

Melaksanakan satu pengajaran menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan - Bahan - Projek - Masalah

Pendahuluan
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran yang kerap digunakan iaitu: - Pendekatan Deduktif - Pendekatan Induktif - Pendekatan Eklektif - Pendekatan Komunikatif

Pendekatan pengajaran bahasa 1. Deduktif Mengutamakan penguasaan undangundang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Pengajaran bahasa dimulakan dengan - Huraian tentang hukum - Rumus / undang-undang bahasa yang hendak diajar terlebih dahulu sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya.

: Mengajar ayat tunggal - guru tersebut akan memberi takrif dan cara membentuk ayat tunggal sebelum menunjukkan contoh-contoh penggunaannya. Tegasnya murid disuruh menghafaz hukum atau peraturan bahasa terlebih dahulu sebelum mereka disuruh memberikan contoh-contoh yang berkaitan. Ini dapat dijelaskan seperti di bawah: Contohnya

Generalisasi

( hukum ) ~> Contohcontoh( abstrak ) ( konkrit )

Pendekatan pengajaran bahasa 2. Induktif


Mengutamakan

contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa. Pengajaran akan dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsurunsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bahasa bagi unsur tersebut.

Contoh:

Pengajaran tentang ayat tunggal - guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal. Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat, guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif atau membuat generalisasi tentang ayat tunggal. Ini dapat dijelaskan seperti di bawah:Contoh-contoh ~> Generalisasi ( hukum )( konkrit ) ( abstrak )

Pendekatan pengajaran bahasa 3. Eklektik


pendekatan induktif & deduktif Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contohcontoh daripada murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama .
Gabungan

guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh. Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
Sebaliknya

Contoh ~> Generalisasi ~> Contoh Generalisasi ~> Contoh ~> Generalisasi

Pendekatan pengajaran bahasa 4. Komunikatif


Mengutamakan

kecekapan berkomunikasi. Mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan sistem tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi. Kecekapan yang pertama membolehkan seorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya. Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya.

Pengajaran

dimulakan dengan latihan menggunakan struktur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini. Kemudian murid-murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih. Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid .

Pendekatan pembelajaran 1. Bahan


Bahan

untuk P&P boleh diklasifikasikan kepada 2 kategori iaitu: - bahan pengajaran - bahan pembelajaran

Bahan

pengajaran ialah bahan yang digunakan oleh guru. contoh: carta, graf, peta, projektor, ganbar, slaid, radio, pita rakaman dll. pembelajaran ialah bahan yang digunakan oleh murid dalam aktiviti pembelajaran. contoh: buku teks, kad kerja, bahan bercetak dll.

Bahan

Strategi ini membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan berkesan. Murid pula dapat memahami pelajaran dengan lebih bermakna serta boleh menjalankan menjalankan aktiviti secara sendiri/berkumpulan tanpa kehadiran guru. kaedah-kaedah yang berkaitan: - Audio-visual: televisyen, pita perakam, video - Pengajaran terancang: komputer - Modul: bahan bercetak

Berkait rapat dengan strategi berpusatkan guru. Contoh: strategi pengajaran menggunakan kaedah demonstrasi kadangkala melibatkan penggunaan alat bantu mengajar seperti transparensi dan projektor. Berkait rapat dengan strategi berpusatkan murid. Contoh: strategi penggunaan kaedah inkuiripenemuan, kaedah penyelesaian masalah dan kaedah projek perlu melibatkan penggunaan radas dan bahan-bahan pembelajaran yang lain.

Ciri-ciri strategi pemusatan bahan pelajaran.


alam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, bahan pelajaran sangat penting. Guru atau murid bergantung sepenuhnya kepada penggunaan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran. Strategi pengajaran dan pembelajaran lebih mengutamakan kecekapan dan kemahiran menggunakan bahan pelajaran untuk mencapai objektif pelajaran.

Pendekatan

ini menekankan perkembangan kognitif, jasmani dan rohani. bahan mengajar akan membantu murid memahami konsep yang abstrak dengan lebih jelas.

Penggunaan

Pendekatan pembelajaran
Menekankan

kajian dalam bentuk projek sebagai cara murid memperolehi ilmu. Penekanan juga kepada pembelajaran kendiri serta amalan penerokaan oleh murid. Menurut Poh (2003) projek ditakrifkan sebagai tugas, pembinaan atau siasatan yang teratur yang akan menjurus kepada

2. Projek

Projek

boleh dibuat berdasarkan keperluan topik serta mengikut minat murid atau untuk pameran. dijalankan secara individu , pasangan atau berkumpulan di bawah bimbingan minima oleh guru.

Boleh

Ciri pembelajaran berasaskan projek menurut Nancy Kraft Membolehkan cara pembelajaran yang pelbagai. Berorientasikan dunia sebenar Persekitaran yang bebas dalam membuat pilihan berkaitan pembelajaran Menggalakkan penggunaan kemahiran berfikir peringkat tinggi Menggunakan kaedah pengalaman hands-on Pembelajaran merentas kurikulum Guru sebagai fasilitator Memberi pemahaman yang tinggi.

Cara pelaksanaan:
Memberi

satu projek (tajuk yang dicadangkan). Bahagikan murid kepada kumpulan. Setiap kumpulan bebas menghasilkan pelbagai bahan, produk yang sesuai untuk tajuk yang diberi. Contoh produk yang dihasilkan : brosur, gambar, risalah, papan tanda dan iklan. Guru kumpul bahan hasilan murid dan menyimpannya dalam folio

Pendekatan pembelajaran 3. Masalah


Guru perlu secara kreatif menimbulkan situasi, keadaan dan fenomena yang boleh mendorong minat dan kecenderungan murid menggunakan fikiran dan kemahiran berbahasa untuk menyelesaikan masalah. Guru menentukan tujuan, mengagihkan murid dalam kumpulan dan menentukan tugasan untuk menyelesaikan masalah

ewey (1933: 105) mencadangkan lima langkah berikut bagi tujuan melaksanakan pendekatan pengajaran berasaskan masalah:
Kenal

pasti masalah Murid-murid di arah untuk mengenal pasti sesuatu masalah. Guru perlu menyediakan soalan rangsangan yang sesuai supaya murid benar-benar mengenal masalah yang hendak diselesaikan

Contoh soalan: a. Apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Encik Ali? b. Apakah puncanya? c. Apakah kesan masalah itu kepada: - Encik Ali ? - Tugasnya ? - Keluarga? d. Bagaimanakah masalah itu dapat diatasi?

Penentuan

masalah kebiasaannya murid akan menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti masalah. Sehubungan dengannya, apa yang dikatakan masalah itu mesti terlebih dahulu di uji, diteliti dan ditentukan jalan penyelesaiannya. Guru perlu bijak mengarah dan mendorong pemikiran murid-murid ke arah penyelesaian masalah. Guru membantu murid-murid memperoleh maklumat untuk menyelesaikan sesuatu.

Cadangan penyelesaian Murid-murid berdasarkan data, fakta dan maklumat yang diperolehi serta dengan bantuan guru perlu menyediakan rancangan penyelesaian masalah. Pelbagai rancangan alternatif penyelesaian masalah perlu tetapi kesudahannya kelak hanya ada satu cadangan penyelesaian masalah. Penelitian penyelesaian Penyelesaian sesuatu masalah perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Penyelesaian masalah yang kurang tepat perlu diketepikan. Guru seharusnya bersedia untuk membantu murid-murid melaksanakan tugas menyelesaikan masalah, menilai proses dan jawapan akahir sesuatu masalah.

Pemeriksaan

kesimpulan setelah sesuatu masalah diselesaikan, murid-murid mesti diberi peluang menguji sesuatu keputusan penyelesaian masalah yang diperoleh. Penyelesaian masalah tersebut bpleh sama ada diterima atau ditolak. Jika sesuatu penyelesaian masalah ditolak, maka usaha untuk memperoleh penyelesaian masalah yang baru hendaklah diusahakan.

Anda mungkin juga menyukai