Anda di halaman 1dari 3

EDU 3105 ISL M1

PERANAN DAN KEPENTINGAN TP DALAM P&P 1. Teknologi pengajaran mengubah peringkat membuat keputusan
Penggunaan alat dan bahan pandang dengar diintegrasikan setelah kurikulum dirancang. Peringkat ini merupakan peringkat tradisional iaitu penggunaan media dirancang semasa kurikulum dilaksanakan bukan pada peringkat penentuan kurikulum atau perancangan kurikulum. Pengubal kurikulum menganggap media tidak penting. Justeru itu tidak hairanlah terdapat guru menggunakan bahan media mengikut sesuka hati tanpa perancangan yang sistematik. Keputusan ini samalah seperti membina sebuah pusat sumber sekolah. Guru media hanya dipanggil setelah bangunan sudah siap. Setelah kurikulum ditentukan, perancang kurikulum bekerjasama dengan pereka pengajaran berbincang cara merancang penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolah. Keputusan pada peringkat perancangan kurikulum mengambil kira kepentingan teknologi pengajaran. TP dianggap sebagai sama pentingnya dengan kurikulum.

2. TP membentuk empat jenis pola pengajaran iaitu:


a) Hubungan antara guru dengan pelajar Dalam pola pengajaran yang melibatkan guru dengan pelajar, guru mengawal sepenuhnya proses pengajaran dan pembelajaran. Guru adalah sumber tunggal maklumat dan pengajaran menggunakan kaedah penyampaian kapur dan tutur. Ini merupakan kaedah tradisional iaitu tiada media digunakan dalam pengajaran kecuali guru dan papan kapur. Guru bertutur sepanjang masa pengajaran dengan sedikit atau tiada langsung interaksi antara guru dengan pelajar sama seperti kaedah kuliah atau penyampaian khutbah sembahyang Jumaat. b) Guru dengan bahan pandang dengar Dalam pola yang kedua ini, guru masih berperanan sebagai pemberi utama sumber maklumat dan pengajaran. Perbezaan ialah ia membuat keputusan sama ada mahu atau tidak mahu menggunakan media. Media digunakan mengikut kesesuaian dan biasanya tidak diintregarasikan secara sistematik di dalam kurikulum. Pola ini masih berunsurkan tradisional. c) Guru dengan sistem pengajaran dan media Pola ketiga melibatkan guru dengan sistem pengajaran dan media. Keputusan menggunakan media dikongsi bersama oleh guru dan media. Media diintegrasikan dalam kurikulum dan proses pengajaran. Penggunaan media dirancang secara sistematik. Model ASSURE adalah contoh perancangan sistematik penggunaan media dalam bilik darjah. d) Media pengajaran sahaja (tiada peranan guru)

EDU 3105 ISL M1

Media pengajaran mengambil alih peranan guru. Guru tidak memainkan peranan guru. Guru tidak memainkan peranan yang aktif dalam pengajaran. Dia hanya menjadi pemudah, pengurus atau penasihat kepada proses pengajaran. Pola ini mirip dengan pengajaran yang disampaikan secara jarak jauh secara seperti program pendidikan terbuka yang diamalkan oleh Open Unversity United Kingdom atau Pusat Pendidikan Jarak Jauh. Media dibina oleh satu pasukan Pembina kursus yang terdiri daripada pakar pengeluaran. Media boleh digunakan oleh pelajar tanpa bantuan guru.

3. TP mengubah sistem atau pendekatan pendidikan.


TP boleh mempengaruhi sistem atau pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran. Ia boleh menukar sistem pendidikan konvensional (bersemuka), menerima sistem pembelajaran jarak jauh menggunakan bahan gaya pos dan kelas telesidang, sistem kelas terbuka menggunakan sistem pengajaran individu dan pengajaran pribadi atau sistem sekolah bebas menggunakan sistem belajar sendiri dan pembelajaran bebas menggunakan perkhidmatan jaring (internet) seperti WWW, LAN dan CWN.

Kepentingan teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran


Melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana berfokuskan kepada isi-isi penting kepada topik yang akan disampaikan. Menjimatkan masa, tenaga dan wang. Mengelakkan rasa bosan pelajar seterusnya mengekalkan minat pelajar. Ia juga boleh menghiburkan pelajar. Mengelakkan berlakunya tidak faham atau salah tafsir terhadap konsep melalui deria melihat, mendengar atau menyentuh. Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitannya dengan kehidupan seharian. Melibatkan pelbagai deria pelajar. Cth: penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar. Membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum. Memperkayakan pengalaman pelajar. Cth: media bergerak boleh memperkayakan pengalaman murid. Kejadian yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat mereka saksikan sendiri dan ini menjadikan mereka seoalah-olah mereka mengalaminya. Prinsip menggunakan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran

EDU 3105 ISL M1

Ia hanya merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa. Penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu: sebelum kegunaan - merancangmasa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. semasa kegunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu pembelajaran. selepas kegunaan - merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Ia mesti dipilih berdasarkan kesuaiannya dari segi topik dan objektif pelajaran, latar belakang pelajar, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah. Ia mesti digunakan untuk mencapai sesuatu objektif pelajaran dan peringkat perkembangan pelajaran itu sama ada: - pengenalan topik - perkembangan pelajaran iaitu penerangan konsep - penutup dan kesimpulan topik pelajaran - penilaian kefahaman terhadap topik Digunakan mengikut masa yang sesuai iaitu masa yang dapat merangsang pembelajaran Digunakan dengan merujuk kepadanya dan bukan sekadar untuk menunjuk-nunjuk sahaja. Selepas digunakan tanggalkan atau ubah supaya tidak mengganggu pelajar belajar seterusnya. Setelah tamat sesi pengajaran, pamerkan untuk rujukan kelas di papan buletin kelas. Ciri-ciri dan jenis teknologi pendidikan yang baik Alat yang dapat menjelaskan idea - idea yang kabur dan menrangkan isi-isi pelajaran. Contoh: Penggunaan cek terbuka dan tertutup yang telah diperbesarkan Alat yang besar dan jelas untuk dilihat oleh semua pelajar. Contoh: Tulisan dan angka yang ditulis dalam transperensi mestilah besar dan jelas. Tulisan dan gambar perlu dipelbagaikan warnanya. Contoh: Gunakan plebagai warna pen untk memberi penekanan kepada perkataanperkataan dalam topik yang ingin diajar. Gunakan bahan yang boleh tahan lama dan boleh disimpan. Tunjukkan hasil dan kemahiran yang baik sekiranya alat dibuat sendiri. Sumber: http://joesmkbs.blogspot.com/2009/08/berbagai-bagai-takrifan-telah-diberikan.html

Anda mungkin juga menyukai