Anda di halaman 1dari 10

tujuhpen.

blogspot
"Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta),
dengan dibantu kepadanya TUJUH LAUTAN lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-
kalimah Allah itu ditulis.(Surah Luqman ayat 27)

Tuesday, 3 November 2015


APLIKASI STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AKHLAK TAHUN 1-6
Kebijaksanaan guru memilih satu-satu pendekatan, kaedah dan teknik pengajaran berdasarkan
objektif pengajaran. Kecekapan merancang kaedah dan teknik untuk mencapai objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.

Faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa merancang strategi pengajaran

Kaedah dan teknik yang harus digunakan.


Bahan bantu mengajar yang dapat disediakan
Pengetahuan sedia ada murid.
Kebolehan dan minat murid-murid.
Kepakaran guru menggunakan bahan yang diperlukan.
Kawalan kelas.
Jenis Strategi

Antara jenis-jenis strategi yang biasa digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan
Islam ialah :
Strategi berpusatkan guru
Strategi berpusatkan murid
Strategi berpusatkan bahan.

Strategi berpusatkan guru

Guru memainkan peranan utama menguasai dan mengawal segala aktiviti sewaktu proses
pengajaran dijalankan. Pelajar hanya mendengar sahaja penerangan guru. Komunikasi berlaku
sehala sahaja. Gurulah yang banyak bercakap manakala pelajar hanya mendengar. Di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, guru mengurus dan mengawal kelas, memberi penerangan, manakala
murid hanya bertindak sebagai pendengar.

Terdapat beberapa ciri di dalam strategi ini, iaitu;


1. Komunikasi antara guru dan murid adalah sehala.
2. Kepimpinan guru adalah bersifat autokratik.

Strategi ini lebih mengutamakan pencapaian objektif pengajaran guru dan penyebaran ilmu
pengetahuan lebih diutamakan berbanding penyebaran nilai murni dan perkembangan emosi. Selain
itu, perkara yang diutamakan ialah pencapaian murid dalam keputusan peperiksaan dan ujian serta
teknik pengajaran guru ditumpukan kepada penyampaian fakta secara menghafaz. Oleh yang
demikian, murid tidak dapat membuat interpretasi sendiri dan mereka menjadi kurang pasif serta
sifat-sifat sosial yang positif kurang dapat dipupuk. Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila
guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-kaedah seperti berikut;
Demontrasi.
Syarahan/ Kuliah.
Bercerita.
Penerangan.

Strategi berpusatkan murid

Murid memainkan peranan penting dan utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid
digalakkan untuk bergiat aktif dalam proses P & P dan guru hanya sebagai pemimpin untuk
membimbing murid dalam menjalankan aktiviti sama ada secara berkumpulan atau individu. Dalam
proses pengajaran dan pembelajaran lebih banyak masa diperlukan bagi aktiviti pembelajaran
murid. Isi kandungan yang disampaikan perlulah sesuai dengan aras kebolehan dan kontektual
murid. Aktiviti-aktiviti perlulah melibatkan murid secara aktif. Murid digalakkan melibatkan diri
secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran mereka. Lebih banyak masa diperuntukkan kepada
murid meneroka dan menyelesaikan masalah pembelajaran dengan bantuan guru yang bertindak
sebagai fasilitator.

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-
kaedah seperti berikut;

Kumpulan.
Inkuiri penemuan.
Perbincangan.
Penyelesaian masalah.
Bermain.
Simulasi.
Sumbangsaran.
Projek.
Main peranan.
Penyoalan.

Perkembangan murid adalah seimbang dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan
sosial (JERIS). Selain itu, ujian formatif ditekankan dan keputusan ujian kerap kali digunakan untuk
mengesan kelemahan murid. Penyampaian guru pula ditumpukan kepada pengajaran yang
bermakna supaya murid memahami maklumat yang disampaikan dan mereka berupaya membuat
kesimpulan sendiri. Di bawah strategi ini, murid dapat melibatkan diri secara aktif serta
menunjukkan sifat kreatif dan berinisiatif.

Strategi berpusatkan bahan

Strategi ini menjadikan guru sebagai fasilitator yang menekankan kepada penggunaan bahan bantu
mengajar (BBM) seperti slaid, video, gambar, kaset, radio, model, komputer dan sebagainya. Dalam
strategi ini, guru menggunakan BBM tersebut ketika proses pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Ia bertujuan supaya proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan
penyampaian maklumat dapat dilakukan secara berkesan. Murid-murid juga dapat belajar dengan
bersemangat sekiranya guru pandai menggunakan BBM yang sesuai.
BBM memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan
menggunakan strategi ini guru dapat menyampaikan pengajaran dengan lebih mudah, menarik dan
berkesan. Murid pula boleh memahami pelajaran dengan lebih bermakan serta boleh menjalankan
aktiviti pembelajaran secara individu datau secara kumpulan tanpa kehadiran guru. Bahan-bahan
yang digunakan perlulah memenuhi ciri-ciri seperti berikut;
Ketepatan
Kejelasan
Keluasan
Kepelbagaian

Strategi yang dirancang perlulah:

Dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran


Bersifat fleksible -- mengikut situasi dan keadaan murid pelbagai aras kebolehan
Berpusatkan murid.
Memberi penekanan kepada pengajaran yang bermakna, kreatif dan inovatif.
Menggalakkan Inkuiri penemuan dan penyelesaian masalah.
Pengajaran secara kumpulan dan individu digalakkan

Kaedah yang menjadi pertimbangan asas apabila guru menggunakan strategi ini adalah kaedah-
kaedah seperti berikut;

Audio-visual.
Pengajaran terancang.
Penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Modul.
Penggunaan buku teks dan rujukan.

PENDEKATAN

Pendekatan merujuk kepada cara guru mengurus isi pelajaran supaya objektif jangka panjang dapat
dicapai . Ia adalah satu bingkai yang besar di dalamnya mengandungi strategi, kaedah dan teknik.

Pendekatan
1. Objektif yang hendak dicapai berbentuk jangka panjang.
2. Berasaskan model atau teori pengajaran atau pembelajaran.
3. Ianya merangkumi strategi, kaedah dan teknik yang digunakan dalam sesuatu penyampaian.
4. Ianya bersifat aksiomatik iaitu diterima tanpa apa-apa keraguan.

Dalam pengajaran pembelajaran Akhlak anda boleh menggunakan apa jua jenis pendekatan asalkan
ia mengandungi ciri-ciri berikut :

§ Memberi ilmu - kognitif


§ Menanam kepercayaan dan pegangan kepada akidah Islamiah- afektif
§ Membina kemahiran dan amalan - psikomotor
§ Memupuk dan menanam penghayatan – afektif
§ Membentuk pandangan, sikap dan akhlak – afektif
§ Mewujudkan hubungan mesra di antara guru dengan murid
§ Menyepadukan faktor dan nilai
§ Merentas kurikulum
§ Menggabungjalin kemahiran, isi dan nilai
§ Memotivasikan murid dalam pembelajaran

Jenis-jenis Pendekatan

Berikut adalah jenis pendekatan yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
pendidikan Islam.

Pendekatan Bersepadu

Dalam pendekatan ini, guru melaksanakan semua unsur-unsur yang terdapat di dalam kurikulum
secara bercantum atau bersatu. Semua ilmu diajar dengan cara saling berkaitan di antara satu sama
lain. Di bawah rancangan KBSR konsep kesepaduan diamalkan mengggunakan strategi
penggabungjalinan dan penyerapan. Ianya bertujuan untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, nilai, kemahiran belajar dan penggunaan bahasa yang baik.

Pendekatan Induktif

Pendekatan ini menggunakan cara pengajaran dengan memperlihatkan bahagian-bahagian kecil


(khusus) sampai kepada perkara-perkara besar atau umum. Contohnya : Guru akan meminta
murid- murid menyenaraikan jenis air yang mereka tahu. Kemudian meminta mereka untuk
mengkategorikannya pula mengikut jenis-jenis yang asli dengan yang tidak. Contoh air milo dengan
air paip. Kemudian kita membimbing murid mengaitkan air yang asli dengan air mutlak dan
hukumnya.

Ciri-ciri pendekatan induktif:

1. Bermatlamatkan pembentukan kebiasaan


2. Mengutamakan pengaantaraan deria untuk mendapatkan pengetahuan
3. Kekerapan ulangan diperlukan dalam pelbagai konteks bagi menguasai sesuatu kemahiran
4. Menekankan pengajaran yang berbentuk konkrit
5. Murid-murid berpeluang sepenuhnya belajar di bawah bimbingan guru
6. Mengutamakan penglibatan murid secara aktif dan aspek lisan
7. Mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik dan berkesan.

Pendekatan deduktif

Cara pengajaran yang menggunakan pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan
induktif. Pendekatan ini bermula dengan guru memberikan rumus-rumus atau teori yang berkaitan
contoh hukum halal, haram, rukhsah, azimah dan kemudiannya murid-murid dikehendaki
memberikan contoh atau huraian daripada rumus atau teori yang dikatakan.

Ciri-ciri pendekatan deduktif:

1. Mementingkan pengetahuan yang akan diperolehi


2. Menggunakan pengantara fikiran untuk mendapatkan ilmu
3. Memulakan penyusunan isi daripada keseluruhan yang lebih kompleks
4. Pembelajaran dengan kefahaman adalah lebih kekal daripada menghafal

Pendekatan Eklektik

Pendekatan eklektik ialah cara pengajaran dengan menggunakan kedua-dua pendekatan (induktif
dan deduktif) secara serentak. Ia merupakan gabungan pendekatan-pendekatan yang digunakan
untuk melaksanakan sesuatu pengajaran dan pembelajaran. Dalam pendekatan ini pengajaran dan
pembelajran boleh bermula menggunakan pendekatan induktif iaitu dengan mencari contoh
ataupun huraian, kemudiannya diikuti dengan pembinaan konsep dan seterusnya membuat huraian
atau contoh yang berkaitan. Pendekatan eklektik ini amat sesuai digunakan dalam situasi pelajar
yang mempunyai ragam belajar yang berbeza.

Pendekatan Tematik

Pengajaran tematik bermaksud suatu pengajaran yang disampaikan melalui idea yang besar. Contoh
tema-tema seperti tolong menolong, kebersihan dan lain-lain. satu-satu tema kemudian dipecahkan
kepada komponan-komponan yang kecil dalam setiap komponan terdapat lagi topik kecil yang boleh
dibincangkan.Dalam pendekatan ini guru mengenal pasti tema-tema yang hendak dijadikan idea
utama pengajaran bagi suatu jangka masa. Tema-tema yang dipilih perlulah sesuai dengan peringkat
umur pelajar. Daripada tema yang dipilih, guru perlu menyenaraikan beberapa tajuk kecil yang
berkaitan dengan tema tersebut.

CARA PERLAKSANAAN

Tema dipecahkan kepada sub-topik dan dibincangkan dalam kumpulan mengikut tahap kebolehan
murid.
Contoh : tema : Kebersihan
Sub topik :
i) Kebersihan diri
ii) Kebersihan tempat tinggal
iii) Kebersihan kelas

Tema yang sama diberi dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.
Contoh : tema : binatang peliharaan
Kumpulan A : jawab soalan tentang binatang
Kumpulan B : lukis gambar binatang
Kumpulan C : gunting dan tampal

Qudwah hasanah

Guru menjadi model kepada murid. Tugas guru bukan sahaja sekadar mengajar dan mendidik bakal-
bakal pemimpin negara malah mereka juga merupakan model bagi para pelajarnya (role model).
Pelajar akan mencontohi sikap guru yang ditonjolkan, jika baik maka baiklah jadinya begitu juga bagi
keadaan sebaliknya. Sikap guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan kesan
pengajaran kepada pelajar. Oleh itu guru perlulah sentiasa mempamerkan perilaku yang baik.
Kaedah dan Teknik

Kita sebagai guru perlu merancang dengan baik apakah kaedah yang hendak kita gunakan bagi
satu-satu pengajaran. Jadi apakah yang dimaksudkan dengan kaedah?

Kaedah merupakan kaifiyat atau prosedur yang dirancang oleh guru bagi melaksanakan sesuatu
pengajaran. Prosedur perlulah teratur, kemas dan sistematik. Ia juga merupakan langkah-langkah /
peringkat-peringkat pengajaran yang tersusun dan ada kesinambungan yang perlu diikuti bagi
mencapai sesuatu objektif spesifik sesuatu pelajaran. Pelaksanaan kaedah adalah sebagai suatu
langkah atau cara yang perlu digunakan oleh guru supaya murid dapat memahami maksud sebenar
pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru kepada mereka. Ia melibatkan semua cara yang efektik
bagi membantu guru menyampaikan pengetahuan, ketrampilan, nilai-nilai dan kemahiran yang ingin
disampaikan kepada murid.

Antara kaedah-kaedah yang sering digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Akhlak ialah:

§ Tunjukcara / demonstrasi
§ Simulasi
§ Syarahan / kuliah
§ Projek
§ Bercerita
§ Perbincangan
§ Kuiz
§ Soal jawab
§ Dialog
§ Lakonan

KAEDAH DAN TEKNIK PEMBELAJARAN AKHLAK ISLAMIAH

Asas pengajaran akhlak adalah berorientasikan ‘qudwah hasanah” atau menunjukkan contoh
teladan yang baik daripada guru untuk ditiru oleh murid-murid dalam kehidupan harian. Di samping
guru sebagai role model, guru juga perlu menguasai beberapa kaedah, teknik serta kemahiran
mengajar supaya pengajaran akhlak menjadi menarik dan lebih berkesan. Kesan daripada
pembelajaran akhlak yang menarik, pelajar dapat mengamalkan akhlak mulia dalam kehidupan. Oleh
itu, pengajaran dan pembelajaran akhlak merupakan sesi yang sangat penting yang perlu diambil
perhatian oleh guru pendidikan Islam.

Ø Perbincangan
Ø Lakonan
Ø Simulasi
Ø Soal jawab
Ø Kuliah
Ø Penerangan
Ø Tunjuk cara atau demonstrasi
Ø Latih tubi
Ø Bercerita
Ø Sumbang saran
Ø Simulasi
Ø Menulis rencana
Ø Projek
Ø Uswah Hasanah
Ø Seminar

Kaedah Perbincangan

Perbincangan sebagai satu kaedah yang melibatkan beberapa aktiviti seperti perbualan,
mengeluarkan idea dan pendapat, bertukar-tukar fikiran dan saling berkongsi maklumat mengenai
sesuatu topic atau masalah dengan tujuan untuk mencari penyelesaian. Tujuan kaedah ini ialah
untuk menggalakkan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu
topik. Secara langsung kaedah ini dapat menarik minat dan merangsang pelajar serta guru dapat
membimbing mereka mendapatkan pengetahuan baru. Kaedah perbincangan ini terbahagi kepada
dua iitu:

Perbincangan formal
Perbincangan Tidak Formal
Perbincangan Formal

Biasanya dilakukan secara perbahasan, forum, pembentangan kertas kerja dan sebagainya. Ciri-ciri
perbincangan formal adalah seperti berikut:

Penentuan penglibatan pelajar


Guru perlu menentukan terlebih dahulu pelajar yang mengambil bahagian seperti menentukan
nama-nma panel dalam forum yang akan diadakan. Begitu juga dengan tugasan lain semasa forum
seperti pengerusi, pencatat dan penjaga masa.

Masa yang mencukupi


Murid perlu diberi masa untuk mencari bahan-bahan seperti sumber surat khabar, majalah, internet
dan sebagainya

Penglibatan keseluruhan pelajar


Guru hendaklah berusaha melibatkan semua pelajar dalam forum supaya mereka boleh saling
mengeluarkan hujah dan menyetakan pendapat mereka, semakin ramai penglibatan pelajar
pengajaran guru akan lebih berkesan

Aktiviti susulan
Setiap aktiviti perbincangan perlu diikuti dengan aktiviti lain. Dalam pengajaran akhlak, tajuk forum
boleh juga dijadikan tajuk karangan atau esei. Dengan cara ini pelajar akan lebih memberi tumpuan
mereka terhadap perkara itu

Ulasan guru. Apabila perbincangan telah selesai, guru perlu memberi ulasan dan pandangan. Isi
perbincangan perlu ditambah begitu juga dengan aspek ulasan guru.

Perbincangan Tidak Formal


Perbincangan seperti ini tidak memerlukan persiapan rapi sebagaimana situasi formal. Ciri-ciri
perbincangan tidak formal ialah:

Guru selaku pengerusi


Guru membuka tajuk perbincangan dan memberi peluang kepada semua murid memberikan
pandangan mereka secara bebas, sebaik-baiknya guru tidak memberikan peluang tersebut kepada
beberapa orang murid sahaja dan pastikan murid pasif ikut serta memberi pandangan

Kawalan Kelas
Guru yang tegas dan bijak mengawal situasi amat diperlukan supaya murid tidak berebut dan
berlaku pertentangan idea secara serius. Guru perlu menjadikan perbincangan lebih berdisiplin dan
teratur.

Pembahagian Kumpulan
Selain secara kelas, murid juga boleh dipecahkan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk
membincangkan sesuatu sub topik dan mereka diminta memberi laporan hasil perbincangan
kumpulan tersebut.

Kaedah ini amat sesuai dijalankan dalam bidang akhlak. Mereka diajar bagaimana cara menyatakan
pendapat dan menerima pandangan orang lain. Seterusnya memupuk sikap saling menghormati
pendapat sendiri dan pendapat orang lain. Mereka juga berpeluang berkerjasama dalam merancang
sesuatu sebelum membuat keputusan.

Langkah Pengajaran Akhlak Melalui Kaedah Perbincangan

Permulaan Pengajaran
· Guru mengaitkan masalah semasa yang berlaku dalam masyarakat berpunca dari akhlak
· Guru perlu memastikan sejauh mana pengetahuan pelajar tentang tajuk yang akan
dibincangkan.

Sesi Perbincangan
· Lantik Pengerusi, pencatat dan pelapor
· Pastikan pelajar tahu cara perbincangan dijalankan
· Galakkan pelajar mencatat idea yang disarankan
· Fokus perbincangan kepada tajuk
· Kemukakan persoalan perbincangan
· Minta murid mengemukakan hasil perbincangan
· Membuat rumusan idea-idea perbincangan

Penutup
· Guru perlu memberikan aktiviti lanjutan ulangkaji untuk kefahaman murid
· Guru membuat penilain lanjutan dalam bentuk pemerhatian bagi mempastikan pengajaran akhlak
lebih bermakna.

Kaedah Lakonan

Kaedah lakonan merupakan kaedah pengajaran berbentuk drama pendek atau sketsa melibatkan
lebih dua orang pelajar. Setiap pelajar melakonkan watak dan peranan yang diperlukan mengikut
skrip atau isi pengajaran. Sebagai contoh dalam pengajaran akhlak, pelajar diminta melakonkan
watak Imam Ghazali dengan penyamun semasa beliau mengembara menuntut ilmu pengetahuan.
Pelajar terpilih melakonkan watak tersebut dan murid lain memerhatikannya.

Dalam kaedah ini, murid-murid menjalankan aktiviti lakonan dan berpeluang merasai sendiri situasi
dan masalah. Murid juga digalakkan membuat keputusan berdasarkan maklumat yang dikumpulkan
semasa sesi lakonan dijalankan. Pada akhir pelajaran guru dan murid akan memberi ulasan.

Melalui kaedah ini juga pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan seperti kemahiran lisan,
membuat nota dan catatan, menulis dan mengarang serta kemahiran membuat keputusan.

Antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam kaedah lakonan ialah:

Peristiwa yang sesuai


Pelakon hendaklah memahami situasi
Penjelasan kepada penonton tentang apa yang akan mereka saksikan nanti
Pelakon yang sesuai
Lakonan secara bebas, tidak perlu terikat dengan skrip.
Guru perlu membimbing mereka supaya tidak tersasar.
Perbincangan selepas lakonan supaya pelajar benar-benar memahami peristiwa yang mereka
pelajari.
c. Kaedah simulasi

Suatu aktiviti yang menggambarkan situasi yang sebenar untuk menjelaskan konsep atau isi
pelajaran. Murid mengambil bahagian secara langsung serta memperolehi pengetahuan dan
pengalaman daripada aktiviti tersebut.

Ciri-ciri

Ø Tajuk ditentukan terlebih dahulu


Ø Dialog tidak disediakan - dilakukan secara spontan berdasarkan pengetahuan pelajar
Ø Aktiviti ini tidak memerlukan masa yang panjang
Ø Di bawah pengawasan dan bimbingan guru
Ø Aktiviti mengandungi pengajaran dan pengukuhan kemahiran

Langkah-langkah :

Ø Memilih situasi yang sesuai dengan kemahiran


Ø Menentukan tempat yang sesuai
Ø Memberi penerangan tentang situasi yang perlu diwujudkan
Ø Memberi masa murid melakukan simulasi
Ø Mengadakan perbincangan tentang kesan simulasi yang telah dijalankan
Ø Membuat rumusan secara lisan atau bertulis

You might also like:


KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PEMBELAJARAN
Model-model dalam program j-QAF dan Pelaksanaannya
Panduan Pengelolaan Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam Bagi Semua Bidang
PENYEDIAAN RANCANGAN PENGAJARAN AKHLAK TAHUN 1-6
rator. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai