Anda di halaman 1dari 6

KELEBIHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P 1. Menimba ilmu pengetahuan tentang kebudayaan lain. 2.

Melibatkan diri dalam pengalaman konkrit. 3. Mengembangkan kemahiran dan konsep.

KELEMAHAN PENGGUNAAN BAHAN 3D DALAM P&P 1. Ada bahan 3D tidak mudah diperoleh di pasaran. 2. Kekangan masa untuk membina bahan 3D. 3. Perlu ada ruang yg luas untuk menyimpan bahan 3D.

Kelebihan Bahan 3D relia Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar. b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau hasilan. f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep pembelajaran melalui penyelidikan.

Prinsip-prinsip Panduan Kemahiran Set Induks iUntuk mencapai tujuan set induksi ini, guru harus memahami dan mematuhi beberapa prinsip berikut : a. sesuai dengan pengalaman,kebolehan dan umur murid. b. dikaitkan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. c. dikaitkan ju ga dengan pengetahuan yang sedia ada. d. dapat menarik minat dan perhatian murid. e. disampaikan dengan cara berkesan, demi mencapai tujuannya dalam tempoh masa yang singkat

Gerak Isyarat Positif Senyuman-anggukan kepala- menepuk tangan - angkat ibu jari.

PRINSIP- PRINSIP PENGGUNAAN PAPAN TULIS. . Guru harus merancang penggunaan papan tulis lebih awal sesuai dan menarik perhatian. Guru cuba memahirkan diri dalam kemahiran melukis gambarajah. . Tulisan dan gambarajah hendaklah jelas kelihatan. . Kapur warna hendaklah digunakan untuk menggambarkan teknik penonjolan atau penekanan. . Aktiviti penggunaan hendaklah dipelbagaikan. Selain daripada melukis dan menulis, boleh digunakan untuk menggantung peta atau gambar-gambar yang digunakan sebagai alat bantu mengajar. . Pelajar hendaklah dilibatkan dalam penggunaan seperti menulis jawapan, melukis carta atau gambar dan menyelesaikan masalah mengikut arahan guru. . Masa penggunaan hendaklah sepadan dengan aktiviti p & p. Penggunaan papan tulis yang berlebihan akan membuatkan pelajar merasa bosan.

KRITERIA- KRITERIA DALAM PEMILIHAN SUMBER PENGAJARAN &PEMBELAJARAN Alat bantu mengajar haruslah bersesuaian dengan aktiviti pengajarandan pembelajaran. Isi kandungannya haruslah tepat dan berkait rapat dengan topik yang hendak diajarkan. Alat bantu mengajar harus mengandungi idea- idea dan reka bentukyang asli dan tersendiri. Alat bantu mengajar boleh membantu guru dalam aktiviti pengajaran atau boleh juga digunakan oleh murid- murid dalam aktiviti pembelajaran mereka. Dengan perkataan lain, guru boleh menyampaikan konsep dengan lebih mudah, tepat dan cepat lagi dengan adanya alat bantu mengajar . Muridmurid pula dapat mempelajari konsep itu dengan tepat, penuh minat dan lebih kekal dalam ingatan. Reka bentuk alat bantu mengajar hendaklah menarik dan berkesan. Untuk menarik perhatian dan menimbulkan minat murid- murid, alat ini harus disediakan dengan menggunakan gambar yang berwarna. Alat bantu mengajar harus disediaka dengan kos yang rendah dan dalam masa yang berpatutan. Tiada gunanya membuat alat bantu mengajar dengan perbelanjaan yang terlalu tinggi dan menggunakan masa yang lama untuk menyediakannya. Alat bantu mengajar harus disediakan dalam saiz yang berat yang sesuai supaya ia mudah dibawa, diguna dan disimpan. Alat bantu mengajar yang terlalu berat dan besar akan mengganggu kelancaran pencapaian guru atau penggunaan murid. Sumber pengajaran & pembelajaran haruslah mengandungi nilai- nilai murni yang tinggi. Guru tidak harus menggunakan bahan- bahan seperti gambar yang tidak sopan, misalnya memakai baju yang menjolok mata, atau menggunakan bahan- bahan yang mengandungi unsur negatif seperti berjudi dan merokok.

1. rancangan pelajaran diperlukan dengan tujuan: Melatih guru merancang semua kompenan yang patut diwujudkan dalam sesi pengajaran. Melatih guru berfikir secara mendalam tentang isi, bahan dan langkah langkah pengajaran dan kemudian merangka dan menyusunnya secara teratur sebelum pengajaran sebenar disampaikan. Membantu guru menjangka dan kemudian meninjau masalah yang mungkin dihadapi dan membina rancangan penyelesaian masalah. Menentukan isi dan langkah pengajaran, terutamanya isi dan memastikan isi dan langkah yang penting tidak tercicir. Menentukan pengajaran yang disampaikan mempunyai objektif tertentu yang sudah dirancang dan sudah dijangka dapat dicapai bagi mengelakkan berlakunya pengajaran yang tidak berfokus. Menentukan fokus yang jelas dalam pengajaran. Memberikan panduan kepada guru mengenai isi, bahan dan langkah pengajaran yang sedia teratur semasa pengajaran dijalankan. Membantu penyelia menelah kesukaran dan masalah yang akan dihadapi guru pelatih dan kemudian memberi bimbingan yang diperlukan sebelum dan selepas pengajaran . Daripada segi profesionalisme, guru perlu bertanggungjawab terhadap tindak tanduknya melalui rekod atas apa-apa yang dilakukannya. Membolehkan guru merancang pengajarannya secara lebih sistematik dan teratur serta memenuhi kehendak sukatan pelajaran. Membantu guru menentukan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai dengan objektif pengajaran. Memberi keyakinan kepada guru-guru terutamanya guru-guru baru. Memastikan guru tidak menyeleweng dalam pengajaran. Membolehkan sukatan pelajaran dihabiskan mengikut jadual. Memudahkan guru lain mengambil alih kelas berkenaan. Sebagai suatu dokumen rasmi yang akan dirujuk dan disemak oleh pihak pengurusan sekolah, jemaah nazir dan pegawai-pegawai jabatan pendidikan dan kementerian pendidikan.

Membolehkan guru menentukan objektif pengajaran yang sesuai dengan sukatan pelajaran dan kebolehan pelaja Membantu guru mengawal kelas. Membantu guru membuat penggabung jalinan dan penyerapan secara terancang

kepentingan-kepentingan Rancangan Pengajaran Harian :-

Menentukan serta memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. Meningkatkan keyakinan diri guru sebelum masuk mengajar. Mengelak sebarang penyelewengan atau terkeluar daripada perkara yang hendak diajarkan. Menentukan isi yang cukup untuk disampaikan dalam masa yang diperuntukkan. Menentukan strategi atau aktiviti yang terbaik bagi menyampaikan isi pelajaran yang bersesuaian dengan murid demi membantu murid mengubah sikap, kebiasaan, kebolehan dan pengetahuan ke arah yang dikehendaki. Menggunakan masa pengajaran secara optimum melalui strategi yang lebih tersusun dan bersistem. Merancang penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai. Mengembangkan pengajaran secara lancar dan tersusun.Mengehadkan skop yang akan diajar dalam sesuatu jangka waktu. Membantu guru mengingat bahan dan pendekatan pengajaran yang perlu untuk menyampaikan sesuatu isi pelajaran.

Situasi Mikro

Kelas kecil (5 - 8 orang murid) Guru pelatih berperanan sebagai murid Waktu mengajar diringkaskan (5 - 10 minit) Tumpuan kepada satu kemahiran sahaja Tidak perlu ke sekolah Keadaan luar biasa kerana dilaksanakan di dalam makmal

Situasi Makro

Kelas sebenar (40 orang atau lebih Perlu murid sebenar di sekolah Waktu mengajar sebenar (30 minit atau lebih) Pelbagai kemahiran digunakan Dilaksanakan di sekolah sebenar Keadaan lebih biasa kerana dalam keadaan sebenar

Anda mungkin juga menyukai