Anda di halaman 1dari 5

LAMPIRAN

KOMPONEN KURIKULUM KEBANGSAAN PRASEKOLAH

1. Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

a. Bahasa Melayu (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)


b. Bahasa inggeris (sekurang-kurangya 1 jam seminggu)

2. Perkembangan Kognitif
3. Perkembangan Pendidikan Islam dan Moral

a. Pendidikan Islam ( sekurang-kurangnya 2 jam seminggu)


b. Pendidikan Moral (sekurang-kurangnya 2 jam seminggu bagi murid yang bukan Islam)

4. Perkembangan Sosioemosi
5. Perkembangan Fizikal
6. Perkembangan Kreativiti dan Estetika

Contoh Jadual Sehari (210 minit)

Rutin 10 minit
Perbualan Pagi 20 minit
Permainan/Aktiviti Luar 20 minit
Aktiviti Kelas 30 minit
Rehat 30 minit
Aktviti Kumpulan 60 minit
Aktiviti Kelas 30 minit
Aktiviti Penutup/Penamat 10 minit

PENDEKATAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN PRASEKOLAH


Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, tiga pendekatan pengajaran dan
pembelajaran diutamakan, iaitu :

1. Pendekatan bermain sambil belajar


Pendekatan bermain sambil belajar menekankan ciri-ciri berikut :-

 Aktiviti yang mengembirakan


 Permainan bebas dan terancang
 Kelonggaran masa
 Percubaan idea sendiri
 Peluang untuk memberi tumpuan dan perhatian
Pelaksanaan pendekatan bermain sambil belajar :-
 Guru perlu menentukan hasil pembelajaran yang ingin dicapai
 Bahan perlu sesuai dengan perkembangan murid dan berfaedah
 Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan
 Bahan yang digunakan akan menggalakkan komunikasi dan imaginasi
 Permainan menarik minat dan menggembirakan murid

Faedah pendekatan bermain sambil belajar :-


 Pengukuhan kemahiran konsep-konsep pembelajaran dari umum ke spesifik (konkrit ke
abstrak)
 Meningkatkan keupayaan konkrit
 Bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa
 Perkembangan sosioemosi
 Mengukuhkan perkembangan fizikal
 Penguasaan kemahiran manipulatif
 Menguasai daya reka cipta secara konstruktif
 Melahirkan dan menyatakan perasaan
 Meningkatkan kemahiran berfikir

2. Pendekatan Bertema
Faktor-faktor pemilihan tematik :-
 Satu tajuk yang boleh merentas semua komponen
 Bersesuaian dan berkaitan dengan pengalaman dan kehidupan
murid
 Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
 Kemudahan untuk mendapatkan sumber yang akan digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran
 Guru berminat terhadap tema yang dipilih
 Pemeringkatan dari tema yang mudah kepada yang lebih mencabar

Pelaksanaan Pendekatan Bertema :-


 murid-murid diminta membuat sumbangsaran berdasarkan topik
 kenalpastisubtopik, pilih aktiviti yang sesuai supaya dapat membantu kanak-kanak mempelajari
isi kandungan dan menggunakan atau mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam
konteks yang bermakna
 membina peta minda web tema
 rancang dan keluarkan idea, galakkan kemahiran berfikir
 guru perlu fikirkan objektif setiap aktiviti dan hubungkaitkan dengan setiap hasil pembelajaran.
Jika aktiviti itu tidak membantu mencapai matlamat, aktivti itu hendaklah ditamatkan
 iklim dan persekitaran bilik darjah mempunyai hiasan atau suasana yang berkaiatan dengan
tema
 memilih tema mengikut musim atau peristiwa

3. Pendekatan Bersepadu
Melibatkan :-
 kesepaduan antara komponen
 kesepaduan kemahiran, kemahiran dan nilai murni
 kesepaduan aktiviti dalam kelas dan luar kelas
 kesepaduan aktiviti berfokuskan guru dan berfokuskan murid
 kesepaduan pelbagai kaedah dan teknik

Pendekatan bersepadu menyediakan peluang kepada murid :-


 mendalami atau meneroka sesuatu topic
 lebih banyak pilihan dan motivasi untuk menimbulkan kepuasan belajar
 pembelajaran lebih aktif, mengembirakan dan bermakna
 meningkatkan daya imaginasi dan kretiviti
 meningkatkan kemahiran berbahasa
 meningkatkan nilai murni

4. Teknologi Maklumat dan Komunikasi


Pendekatan ini digunakan untuk :-
 membantu proses pengajaran dan pembelajaran
 memperolehi maklumat
 berinteraksi dengan bahan untuk belajar sendiri dan bersama rakan sebaya
 memperkayakan pengalaman dan pembelajaran

PENGELOLAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN


1. Aktiviti Kelas

 melibatkan seluruh ahli dalam kelas


 aktiviti P & P dijalankan serentak
 dilaksnakan untuk :-

- menyampaikan amklumat
- memberi arahan dan penerangan
- sessi bercerita
- bersoal jawab
- membuat refleksi

 contoh aktiviti kelas :-

- bercerita
- Circle time
- nyanyian/gerakan
- field trip
-bersoal jawab
- eksperimen
2. Aktiviti Kumpulan

 murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil


 setiap kumpulan menjalankan aktiviti yang sama atau berbeza
 ahli kumpulan bekerja secara kolaboratif untuk memperolehi hasil yang sama
 contoh aktiviti kumpulan :-

- membentuk doh
- main pondok
- main bongkah
- cantum puzzle
- permainan tradisional
- berkebun
- penerokaan
- permaian bahasa
- kolaj/renjisan/cetakan/melukis/mewarna
- pertandingan menyusun huruf/perkataan/gambar bersiri

3. Aktiviti Individu

 murid menjalankan aktiviti secara bersendirian


 interaksi murid dengan bahan
 murid berpeluang mendapatkan perhatian secara personal daripada guru
 contoh aktiviti individu :-

- melukis gambar
- menyusun bongkah
- menggunting/menampal
- menguntai manik/bunga
- mengenakan butang baju
- membaca buku kecil/kad bacaan

AKTIVITI SEHARI DI PRASEKOLAH


Rutin
Aktiviti yang dilakukan setiap hari dan tidak ada kaitan dengan tema

 menyambut ketibaan murid dengan mesra


 menyusun kasut dan beg
 mengambil kedatangan murid
 membersihkan diri selepas makan
 perhimpunan pada awal minggu
 peraturan di dalam dan di luar kelas

Perbualan Pagi
Bertujuan untuk mewujudkan suasana kesediaan dengan :-

 murid berkongsi pengalaman atau bahan bersama rakan dan guru (show and tell)
 guru menerangkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari itu
 menggerakkan interaksi dan komunikasi antara guru dan murid

Permainan/Aktiviti Luar
Dijalankan di luar kelas. Bertujuan untuk :
 meningkatkan kemahiran motor kasar
 mendedahkan kepada cahaya matahari dan udara segar
 peluang untuk pengalaman penerokaan ruang luas
 prihatin kepada aspek keselamatan
 penerapan nilai murni dan kepekaan kepada persekitaran

Aktiviti Kelas
Guru akan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut mengikut rancangan yang dirancangkan :-

 bercerita
 aktiviti fizikal di luar kelas
 membuat lawatan di sekitar sekolah

Aktiviti Kumpulan

 murid dibahagikan kepada kumpulan lebih kecil bagi menjalankan pelbagai aktiviti
serentak
 boleh bertukar aktiviti selepas lebih kurang 20 minit
 murid belum bersedia untuk bergerak ke aktiviti lain, harus dibenarkan untuk
meneruskan aktiviti tersebut

Rehat

 menikmati hidangan makanan berkhasiat dan seimbang


 mengamalkan nilai murni seoerti membaca doa, bekerjasama menghidang, mengemas
selepas nakan dan menggosok gigi
 menjalankan aktiviti bebas secara senyap seperti melihat buku bergambar dan
mendengar muzik perlahan

Aktiviti penamat/penutup
 mengemas peralatan dan mastikan kebersihan kelas
 murid duduk bersama guru di dalam bulatan atau separa bulatan
 membuat refleksi terhadap apa yang telah dipelajari pada hari itu

No comments:

Post a Comment

Home

Anda mungkin juga menyukai