Anda di halaman 1dari 66

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SIRI BAHAN SUMBER


SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING
DAN MATEMATIK (BSTEM)

BSTEM
PEMBELAJARAN BERSEPADU
PRASEKOLAH
SIRI BAHAN SUMBER
SAINS, TEKNOLOGI, ENGINEERING DAN MATEMATIK (STEM)

BSTEM
PEMBELAJARAN
BERSEPADU
PRASEKOLAH

Terbitan
Kementerian Pendidikan Malaysia
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018
Terbitan Februari 2018
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara
apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8 Blok E9, Kompleks Kerajaan
Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA.

CIP/ISBN

ISBN 978-967-420-396-2
KANDUNGAN

Rukun Negara v
Falsafah Pendidikan Kebangsaan vii
Kata Aluan ix
Pendahuluan 1
Panduan Pelaksanaan BSTEM 3

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1:


Lampu Tidur Lestari
Pengenalan 9
Komponen PdP 15
Rancangan PdP 17
Aktiviti PdP 19
Lampiran:
A Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan 25
B Borang Penilaian Kendiri 26
C Aktiviti Murid Mengikut Langkah 27

Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 2:


Rumah Kucing
Pengenalan 31
Komponen PdP 34
Rancangan PdP 36
Aktiviti PdP 38
Lampiran:
D Rubrik Penilaian Untuk Karya Kreatif Dan Pembentangan 45
E Borang Penilaian Kendiri 46
F Aktiviti Murid Mengikut Langkah 47
Rujukan 49
Penghargaan 51
RUKUN NEGARA

BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:


Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh
masyarakatnya; Memelihara cara hidup yang demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara
akan dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi
kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan
sains dan teknologi moden;

MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh


tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan prinsip-prinsip berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN


KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN

v
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan
warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)

vii
KATA ALUAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah dengan izinNya kita berjaya menghasilkan sebuah


buku yang menjadi panduan dan contoh kepada guru dalam
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran STEM di sekolah.
STEM sebagai akronim kepada Sains, Teknologi, Engineering
(Kejuruteraan) dan Matematik, merupakan bidang pengajian yang
merangkumi pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai murni
dalam disiplin ilmu yang berkaitan.

Selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan


transformasi kurikulum yang melibatkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM), STEM sewajarnya diberi
perhatian dan penekanan. STEM memperkukuhkan pembelajaran STEM dengan
aktiviti hands-on, berasaskan penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
Contoh aktiviti STEM dengan ciri-ciri tersebut telah dibangunkan dan dikumpulkan di
dalam buku ini. Buku ini mengandungi contoh aktiviti STEM yang melibatkan mata
pelajaran dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik. Aktiviti yang
dicadangkan dalam buku ini adalah bersifat situasi sebenar yang mungkin pernah
dialami sendiri oleh murid. Saya percaya aktiviti yang melibatkan pengalaman murid
seperti ini adalah lebih seronok, menarik minat, meyakinkan dan merangsang daya
fikir mereka. Aktiviti seperti ini diharap dapat menjadi panduan dan pencetus idea
kepada guru dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran bidang STEM di
sekolah.

Pembangunan buku ini melibatkan gabungan tenaga dan kerjasama dari pelbagai
pihak. Oleh itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah,
Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat. Semoga
buku ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dalam usaha melahirkan modal
insan yang menjadi aspirasi negara.

Sekian, terima kasih.

SHAZALI BIN AHMAD


Pengarah
Bahagian Pembangunan Kurikulum
2018

ix
PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berhasrat meningkatkan penyertaan dan minat
murid terhadap STEM melalui Inisiatif Perkukuhan STEM seperti yang ditekankan dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Melalui inisiatif ini KPM
berusaha memastikan bilangan murid yang berpotensi dan berkelayakan adalah
mencukupi untuk menceburi bidang STEM di peringkat tertiari. Pelaksanaan pendekatan
STEM berhasrat melahirkan modal insan yang mempunyai pengetahuan, kemahiran dan
nilai serta membudayakan amalan STEM.

Berdasarkan hasrat KPM, Bahagian Pembangunan Kurikulum telah membangunkan


bahan sumber pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dikenali sebagai Siri Bahan
Sumber Sains, Teknologi, Engineering dan Matematik (BSTEM). Bahan sumber ini
merupakan lanjutan kepada Buku Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran
STEM yang telah dibangunkan sebelum ini untuk membantu guru melaksanakan PdP
STEM di sekolah. Siri BSTEM yang dihasilkan adalah seperti Jadual 1.

Jadual 1: Bahan Sumber BSTEM 2016 dan 2017

BSTEM 2016 BSTEM 2017


Pengajian Pengajian
Pengajian
Biologi Kejuruteraan Kejuruteraan Elektrik
Kejuruteraan Awam
(Sek. Men.) Mekanikal dan Elektronik
(Sek. Men.)
(Sek. Men.) (Sek. Men.)
Grafik Komunikasi Reka Bentuk dan
Fizik Sains Rumah Tangga
Teknikal Teknologi
(Sek. Men.) (Sek. Men.)
(Sek. Men.) (Sek. Men.)

Kimia Sains Sukan Asas Sains Komputer Sains Tambahan


(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
Matematik
Matematik Sains Pertanian
Tambahan
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Men.)
(Sek. Men.)
Reka Cipta Asas Kelestarian Sains Matematik
(Sek. Men.) (Sek. Men.) (Sek. Ren.) (Sek. Ren.)

Reka Bentuk dan Pembelajaran


Sains Komputer
Teknologi Bersepadu -
(Sek. Men.)
(Sek. Ren.) (Pra Sekolah)

1
Bahan sumber ini memberi panduan kepada guru tentang pelaksanaan aktiviti untuk sesi
sebelum, semasa dan selepas PdP STEM. PdP STEM menggunakan strategi inkuiri,
pembelajaran berasaskan masalah dan projek. PdP ini memberi peluang kepada murid
untuk meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan pengalaman
pembelajaran yang mendalam serta diperkaya.

Pembudayaan amalan STEM dalam kalangan murid perlu dilaksanakan bagi


menyediakan murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Proses PdP STEM yang
mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dapat menghasilkan murid seperti
yang dihasratkan iaitu mempunyai profil berdaya tahan, mahir berkomunikasi, pemikir,
kerja sepasukan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, penyayang, prihatin dan
patriotik.

BSTEM 2017 diharap menjadi contoh dan pencetus idea kepada guru dalam
menyediakan aktiviti PdP STEM. Guru digalakkan untuk membangunkan PdP bagi tajuk
lain dalam mata pelajaran ini.

2
PANDUAN PELAKSANAAN BSTEM
Pengajaran dan pembelajaran STEM merupakan satu pendekatan yang melibatkan
pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai STEM untuk menyelesaikan masalah
dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan alam sekitar. Pendekatan ini
menggalakkan murid menyoal dan meneroka persekitaran melalui inkuiri serta
menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar dalam usaha
membudayakan amalan STEM. Inisiatif Perkukuhan STEM dilaksanakan untuk
membudayakan amalan STEM dalam kalangan murid.

BSTEM dibangunkan untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM yang menarik
agar pembelajaran menjadi lebih bermakna. BSTEM mengandungi dua contoh PdP untuk
Pembelajaran Bersepadu prasekolah. Contoh PdP ini diharap dapat memberikan
panduan yang boleh digunakan oleh guru untuk membina aktiviti PdP STEM lain
berdasarkan kurikulum kebangsaan yang diguna pakai. Secara umumnya setiap contoh
PdP dalam bahan sumber ini mengandungi:

1. Pengenalan
2. Rancangan PdP
3. Komponen PdP
4. Aktiviti PdP
5. Lampiran
 Lembaran Kerja Murid
 Borang Penilaian oleh guru
 Borang Penilaian kendiri
 Dapatan Rintis Contoh PdP (Aliran Aktiviti Murid)
6. Rujukan

Pentaksiran dilaksanakan sepanjang aktiviti menggunakan rubrik yang disediakan.


Antara pentaksiran yang dilaksanakan adalah penilaian produk, penilaian pembentangan
dan penilaian kendiri.

3
PdP STEM boleh dilaksanakan melalui beberapa langkah asas seperti yang disyorkan
dalam Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik dalam
PdP 1.

Berikut adalah langkah asas aktiviti PdP STEM yang harus dilalui oleh murid:

1 Mengemukakan soalan dan Murid menyiasat dan meneroka untuk mengenalpasti


mendefinisi masalah masalah yang berkaitan dengan dunia sebenar

Mencari dan mengumpul Murid mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber


2 maklumat berkaitan termasuklah melalui internet, ataupun media cetak dan
soalan/masalah sebagainya.

Murid merancang dan menjalankan penyiasatan dalam


3 Merancang dan menjalankan bentuk inkuiri
penyiasatan

Murid mengumpulkan data, menganalisis dan


4 Menganalisis dan mempersembahkan supaya boleh difahami/ digunakan
menginterpretasi data oleh orang lain

Murid menunjukkan pemahaman mereka dengan


5 Membina penyelesaian dan menggunakan perkataan mereka sendiri tentang sesuatu
mereka bentuk penyelesaian fenomena atau pemerhatian, perwakilan secara grafik
atau formula boleh juga diterima.
Murid merekacipta dengan mengulangi proses
6 Mempersembahkan produk untukmembentangkan
Murid menambahbaik produk(
produk termasuk
dengan disokong dengan
justifikasi data dan
kaedah)secara rakan lain diberi peluang untuk
sistematik
berkomunikasi dan memberikan pendapat

Murid menambah baik produk bagi menyelesaikan masalah


7 Menambah baik produk dan meningkatkan kefungsiannya.

Rajah 1: Langkah Asas Aktiviti PdP STEM

1Buku Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuteruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan
Pembelajaran, Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2016.

4
BSTEM mengandungi 3 fasa untuk membimbing guru melaksanakan PdP STEM. Ketiga-
tiga fasa ini memperincikan langkah-langkah yang harus guru ikuti bagi merancang dan
mengurus perjalanan PdP ini dengan berkesan. Berikut adalah langkah-langkah umum
dalam melaksanakan PdP STEM.

1. Mengenal pasti strategi PdP STEM berdasarkan pengetahuan,


kemahiran dan nilai yang hendak diajar.

2. Menyediakan senario/ situasi / masalah yang sesuai bagi tujuan


di atas.
FASA
SEBELUM 3. Membina soalan yang dapat mencetus pemikiran murid
PdP terhadap situasi yang dikemukakan sehingga akhir sesi PdP.

4. Menyediakan bahan (soft and hardcopy) dan peralatan yang


diperlukan serta mencari tempat dan tarikh yang sesuai bagi
PdP ini.

5. Mengemukakan senario/ situasi / masalah sebagai set induksi


bagi mencetus minda murid.

6. Mengedarkan lembaran kerja murid sebagai garis panduan


kepada murid melaksanakan tugasan ini.
FASA
SEMASA 7. Menggalakan murid menjana idea semasa perbincangan
PdP kumpulan dalam proses penyelesaian masalah/ melengkapkan
tugasan (dengan soalan-soalan yang telah disediakan guru
semasa Fasa Sebelum PdP).

8. Memberi respons dan menilai produk /pencapaian murid.

10. Membuat refleksi terhadap PdP yang telah dilaksanakan.

FASA
SELEPAS
PdP 11. Menambah baik rancangan PdP ini bagi kelas yang akan
datang.

Rajah 2: Panduan pelaksanaan PdP STEM

PdP yang menarik, relevan dan mempunyai impak tinggi terhadap murid adalah
bergantung kepada perancangan, persediaan, pelaksanaan dan refleksi guru sepanjang

5
proses PdP. Guru perlu memastikan PdP dapat dijalankan dengan berkesan serta
memberi peluang kepada murid untuk memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai
yang dihasratkan.

6
Contoh Pengajaran dan Pembelajaran 1
Lampu Tidur Lestari

7
8
PENGENALAN

Lampu tidur lestari merupakan satu aktiviti projek dilaksanakan oleh murid prasekolah.
Aktiviti ini memfokuskan kepada Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL), projek dan
inkuiri. Aktiviti ini juga menggalakkan murid melakukan penerokaan dan memperoleh
pengalaman pembelajaran melalui aktiviti hands on. Murid didedahkan dengan suatu isu
berkaitan cahaya untuk mereka selesaikan dengan menghasilkan satu produk. Murid
mengaplikasikan pengetahuan tentang cahaya dan juga dapat menerapkan nilai
menghargai alam sekitar serta mereka cipta untuk kegunaan diri dan rakan. Cadangan
masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu tetapi ia bergantung kepada kreativiti
dan fleksibiliti guru untuk menyesuaikan dengan situasi sekolah, murid dan faktor-faktor
lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti persiapan dari aspek bahan,
peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan, paparan video dan kos yang
diperlukan sepanjang pelaksanaan aktiviti ini. Guru juga sewajarnya menggalakkan
murid menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.
Langkah-langkah untuk melaksanakan aktiviti lampu tidur lestari adalah seperti berikut:

Minggu 1

 Menyediakan BBM.
Sebelum PdP
 Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Mendapatkan maklumat berkaitan konsep cahaya.
 Menyediakan persekitaran kelas berkaitan tajuk.
 Menyediakan alat, bahan dan radas seperti yang dinyatakan
dalam contoh PdP.

 Mencetus minda murid dengan set induksi. (tayangan video/


Semasa PdP memberikan bahan rangsangan).
 Memberikan senario berkaitan dengan pernyataan masalah.
 Menayangkan video mengenai kejadian siang dan malam.
 Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa aktiviti
soal jawab.

SelepasPdP  Mengenal pasti bahan untuk sesi PdP seterusnya.


 Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan
kemampuan murid.

9
Minggu 2

 Menyediakan BBM.
Sebelum PdP  Menyediakan pelbagai bahan/alat sumber cahaya.

 Bertindak sebagai fasilitator dalam aktiviti semasa


Semasa PdP penerokaan murid terhadap cahaya daripada pelbagai
sumber.
 Mengaitkan senario dengan aktiviti meneroka bayang-
bayang.
 Membimbing murid untuk meneroka bayang-bayang.

SelepasPdP  Mengenal pasti bahan PdP untuk sesi PdP seterusnya.


 Mentaksir hasil kerja murid.
 Menilai serta menambahbaik contoh PdP berdasarkan
kemampuan murid.

Minggu 3

 Menyediakan semula penyataan masalah yang akan


Sebelum PdP dibincangkan untuk mendapatkan cadangan projek oleh
murid.
 Membuat perbincangan dengan penyelaras makmal
komputer di sekolah untuk aktiviti murid meneroka mencari
melalui teknologi maklumat.

 Menggalakkan murid untuk memberi cadangan


Semasa PdP menghasilkan lampu tidur berdasarkan senario yang diberi.
 Membimbing murid mendapatkan idea dan maklumat
berdasarkan gambar yang diperoleh melalui teknologi
maklumat.

 Membimbing murid menghasilkan lakaran lampu tidur


berdasarkan idea yang diperoleh dari aktiviti pencarian
melalui teknologi maklumat.
 Merangsang murid untuk berkomunikasi tentang lakaran
yang sedang dihasilkan.
 Memberi cadangan penambahbaikan terhadap hasil lakaran
murid disepanjang proses menghasilkan lakaran.
10
 Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak
menghasilkan lampu tidur di rumah.

SelepasPdP  Menilai serta mengubahsuai bahan PdP berdasarkan


kemampuan murid.

Minggu 4

 Menyediakan beberapa contoh lampu tidur menggunakan


Sebelum PdP
pelbagai jenis bahan dan sumber tenaga.

 Membimbing murid untuk bercerita tentang lampu tidur yang


Semasa PdP akan dihasilkan setelah berbincang dengan ibu bapa.
 Menggalakkan murid untuk bersoal jawab tentang cadangan
lampu tidur yang akan dihasilkan oleh rakan.
 Berkomunikasi dengan ibu bapa untuk membantu anak
menghasilkan lampu tidur di rumah.

SelepasPdP  Memberi lakaran semula kepada murid untuk dibawa pulang


bagi menghasilkan lampu tidur bersama-sama ibu bapa.
 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

Minggu 5

Sebelum PdP  Mengumpul semula hasil lampu tidur yang telah dihasilkan
oleh murid bersama-sama ibu bapa menggunakan pelbagai
jenis bahan dan sumber tenaga.
 Menyediakan instrumen penilaian pembentangan dan
bahan.
 Menyediakan instrumen penilaian kendiri.

11
 Membimbing murid untuk menghasilkan hiasan pada lampu
Semasa PdP tidur masing-masing.
 Membimbing murid untuk menguji nyalaan lampu tidur.
 Menjadi fasilitator dalam pembentangan hasil kerja murid.
 Menggalakkan murid bersoal jawab dalam pembentangan
yang dilakukan oleh rakan.
 Menggalakkan cadangan berhemah dalam kalangan murid
dan memastikan murid jelas dengan konsep dan justifikasi
saintifik bagi penambahbaikan.
 Membuat penilaian menggunakan borang penilaian rubrik
prototaip/ pembentangan manakala murid pula mengisikan
penilaian kendiri.

SelepasPdP  Memastikan murid melengkapkan borang penilaian kendiri.


 Membuat kesimpulan.
 Membuat refleksi/impak PdP.
 Menyimpan laporan murid yang telah diterima dalam
portfolio murid.
 Menyimpan beberapa hasil kerja yang baik sebagai bahan
contoh/ pameran dalam aktiviti di sekolah.

12
Sepanjang proses PdP guru haruslah menerapkan amalan STEM dan pembelajaran
mendalam agar PdP tersebut bermakna. Pengalaman pembelajaran murid dalam
menghasilkan produk ini digambarkan dalam setiap sesi PdP bersemuka seperti dalam
Carta 1.

1. MENGENAL PASTI MASALAH

MINGGU 1
2. MENGUMPUL MAKLUMAT

3. MENJANA IDEA KREATIF DALAM REKA BENTUK BEBERAPA LAKARAN

MINGGU 2 4. MEMILIH LAKARAN REKA BENTUK


TERBAIK

5. MENGENAL PASTI JENIS ALAT, BAHAN DAN RADAS TERBAIK

6. i. MEMBINA PROTOTAIP BERDASARKAN LAKARAN TERBAIK


MINGGU 3

6. ii. MENGUJI KEBERKESANAN PROTOTAIP

TIDAK
PROSES
BERJAYA
PENAMBAH
MINGGU 4 BAIKAN
YA

7. MEMBUAT PERSEMBAHAN PROJEK

SOAL JAWAB

MINGGU 5
8. MENDOKUMENTASIKAN PROJEK

Carta 1: Aliran pelaksanaan aktiviti murid menghasilkan lampu tidur lestari

13
14
KOMPONEN PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai


STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.

Konteks:

/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

/ Kreativiti dan Inovasi

/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

/ Komunikasi dan Kolaborasi

/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya

/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains:  Menyiasat sumber cahaya


 Meneroka bayang-bayang
 Mengaplikasi kegunaan cahaya dalam kehidupan seharian

Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi

Kejuruteraan: Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan sumber tenaga


elektrik

Matematik:  Pranombor  Konsep nombor  Bentuk dan ruang

15
Bahan Sumber:

Alat, Bahan  Lampu, lampu suluh,lampu solar,lampu cas semula


dan Radas  Pelita
yang  Lilin
diperlukan:  Objek untuk menghasilkan bayang-bayang
 LCD
(Cadangan)  Kotak kasut
 Glow in the dark
 Telefon bimbit

Sumber yang  Blog dan laman sesawang *(pautan video)


disediakan  Video berkaitan cahaya, siang dan malam serta terang dan gelap
oleh guru:  Kad gambar berdasarkan senario

16
RANCANGAN PdP

Tajuk: Lampu Tidur Lestari

Standard Kandungan: SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran: SA 5.1.1 Menyatakan pelbagai sumber cahaya


SA 5.1.2 Merekod hasil pemerhatian terhadap bayang-
bayang
SA 5.1.3 Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam
kehidupan seharian

Hasil Murid: Lampu tidur lestari

Cadangan Tempoh: 5 minggu

Ringkasan Aktiviti: Senario:


Izzul berusia enam tahun. Izzul baharu mendapat adik.
Ibunya meminta Izzul tidur di biliknya sendiri. Ibunya akan
memadamkan lampu setiap kali sebelum tidur.
Izzul merasakan bila berada dalam keadaan gelap, dia
tidak dapat melihat apa-apa. Bayang-bayang pada
tingkapnya juga amat menakutkan. Setiap malam Izzul
akan menangis ketakutan kerana terpaksa tidur dalam
keadaan gelap.
Sebagai rakan, bagaimana anda dapat membantu Izzul
mengatasi ketakutannya terhadap bayang-bayang dan
gelap?

Apakah pengetahuan, Pengetahuan, kemahiran dan nilai


kemahiran dan nilai yang
murid perolehi setelah • Mengenal pasti sumber cahaya dalam kehidupan
melalui aktiviti ini? seharian.
• Menghubungkaitkan masalah dengan kejadian siang
dan malam serta kegunaan cahaya.
• Mengetahui kejadian bayang-bayang
• Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
dalam menyelesaikan masalah.
• Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan rakan dan
bertindak sewajarnya.
17
Apakah pengalaman Pengalaman baharu murid
baharu murid setelah
melalui aktiviti ini? • Pengetahuan tentang sifat cahaya.
• Mereka bentuk lampu tidur tanpa menggunakan
sumber tenaga elektrik.
• Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar.

18
Aktiviti PdP

Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

MINGGU 1

1. Bercerita Murid memberi Memberikan Meningkatkan Pemerhatian


tentang respons senario berkaitan kepekaan murid
kejadian siang terhadap dengan kepada isu dan
pernyataan masalah dunia
dan malam senario
masalah.

2. Mengetahui Menonton video Menayangkan Meningkatkan Soal jawab


sumber cahaya video mengenai kepekaan murid
kejadian siang kepada isu dan
dan malam masalah dunia

https://www.youtu
be.com/watch?v=
qxkNeytIKC0

https://www.youtu
be.com/watch?v=
k41rALnebH0

3. Mengetahui Bersoal jawab Merangsang Memerlukan Pemerhatian


tentang dengan guru murid untuk murid diberi
kejadian siang berkaitan bersoal jawab pelbagai
dan malam kejadian siang tentang kejadian jawapan/
dan malam siang dan malam penyelesaian
dengan justifikasi

19
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

4. Boleh Bersoal jawab Mengaitkan Memerlukan Pemerhatian


menyatakan dengan guru tayangan video murid diberi menggunakan
tentang berkaitan dengan keadaan pelbagai senarai semak
keadaan gelap keadaan terang terang dan gelap jawapan/
dan terang dan gelap serta sumber penyelesaian
serta sumber cahaya dengan justifikasi
cahaya

MINGGU 2

5. Memperoleh Meneroka Menyediakan Melibatkan murid Pemerhatian


maklumat cahaya daripada pelbagai dalam inkuiri dan menggunakan
berkaitan pelbagai sumber bahan/alat penerokaan senarai semak
cahaya yang sumber cahaya terbuka.
dapat (lampu, lampu
dihasilkan oleh suluh, lilin, glow
pelbagai in the dark,
sumber lampu solar,pelita
dan lain-lain)

6. Bercerita Meneroka Mengaitkan Melibatkan murid Pemerhatian


tentang bayang-bayang senario dengan dalam inkuiri dan melalui soal
kejadian menggunakan aktiviti meneroka penerokaan jawab
bayang-bayang pelbagai sumber bayang-bayang terbuka.
cahaya (kotak
cahaya,lampu Membimbing
suluh, LCD dan murid untuk
sebagainya) meneroka
bayang-bayang

7. Mengenal pasti Bersoal jawab Mengaitkan Murid memberi Pemerhatian


kepelbagaian tentang aktiviti aktiviti pelbagai jawapan melalui senarai
situasi, objek, penerokaan penerokaan dengan justifikasi semak
dan jarak yang cahaya dan cahaya dan
menghasilkan bayang-bayang bayang-bayang
pelbagai bentuk yang telah dengan senario
dan saiz dilakukan
bayang-bayang

20
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

MINGGU 3

8. Menjana idea Memberi Meminta murid Murid memberi Temubual


untuk cadangan untuk memberi pelbagai jawapan
menyelesaikan menyelesaikan cadangan untuk dengan justifikasi
masalah masalah senario menyelesaikan
senario yang diberi masalah senario
yang diberi

9. Menjana idea Mencari idea Membimbing Melibatkan murid Senarai Semak


untuk mereka berkaitan lampu murid untuk dalam inkuiri dan
bentuk lampu tidur tanpa mencari penerokaan
tidur elektrik maklumat terbuka.
menggunakan
TMK

10. Menghasilkan Menghasilkan Membimbing Melibatkan murid


lakaran lampu lakaran reka murid mengaplikasikan
tidur mengikut bentuk lampu menghasilkan kemahiran
kreativiti tidur lakaran lampu proses mereka
tidur bentuk

11. Bercerita Menerangkan Merangsang Memerlukan


tentang hasil lakaran lampu murid untuk murid
kerja lakaran tidur yang berkomunikasi mengaplikasi
lampu tidur sedang tentang lakaran pemahaman Pemerhatian
dihasilkan yang sedang kandungan terhadap proses
dihasilkan dan STEM dan hasil kerja
mencadang
penambahbaikan

12. Memperoleh Berbincang Berkomunikasi Melibatkan murid


idea hasil dari dengan ibu bapa dengan ibu bapa mengaplikasikan
perbincangan berkaitan lampu dan meminta kemahiran
tidur yang akan murid berbincang proses mereka
dihasilkan; dengan ibu bapa bentuk
i. Bahan berkaitan lampu
ii.Sumber tenaga tidur yang akan
iii.lakaran dihasilkan
iv.hiasan

21
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

MINGGU 4

13. Bercerita Menceritakan Meminta murid Murid memberi Temubual


tentang idea lampu tidur yang menceritakan pelbagai jawapan
lampu tidur akan dihasil lampu tidur yang dengan justifikasi
yang akan akan dihasilkan
dihasil

14. Mereka bentuk Menghasilkan Berkomunikasi Melibatkan murid Senarai semak


dan lampu tidur dengan ibu bapa mengaplikasikan
menghasilkan berdasarkan untuk membantu kemahiran
lampu tidur lakaran dengan murid proses mereka
berdasarkan kerjasama ibu menghasilkan bentuk
lakaran dan bapa lampu tidur di
kreativiti rumah

MINGGU 5

15. Menguji fungsi Murid menguji Membimbing Memerlukan Pemerhatian


lampu tidur nyalaan lampu murid murid menggunakan
tidur. menjalankan mengaplikasi senarai semak
eksperimen untuk pemahaman
menguji nyalaan kandungan
STEM

16. Membentangkan Mempamerkan Menilai hasil Memberi peluang Borang


hasil karya dan karya kreatif murid menambah Penilaian di
kreatif lampu membentangkan lampu tidur baik jawapan Lampiran A
hasil karya berdasarkan atau produk
tidur dengan
kreatif lampu contoh instrumen
yakin tidur tersebut yang disediakan
kepada kelas
untuk penilaian Nota:
Melatih diri Instrumen boleh
untuk membina diubahsuai
soalan yang mengikut keperluan
baik dan
relevan.

22
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

17. Membuat Melengkapkan Memastikan Borang


penilaian kendiri Borang Penilaian murid penilaian kendiri
Kendiri melengkapkan Lampiran B
Borang Penilaian
Kendiri

18. Refleksi Guru Membuat


refleksi/impak
pdp

23
24
Lampiran A

Borang penilaian untuk karya kreatif dan pembentangan

[PdP 1: LAMPU TIDUR LESTARI]

Nama Murid: .............................................. Tarikh :…………………...

Kategori Skor

Skor

Pemilihan Sesuai dan diubah Sesuai dan diubah Sesuai dan tidak
Bahan suai secara kreatif suai secara kurang diubah secara
supaya lebih kreatif kreatif
berkesan

Sikap saintifik Bersikap ingin tahu, Kurang Tidak bersikap


sistematik, menunjukkan sikap ingin tahu,
bekerjasama dan ingin tahu, sistematik,
bertanggungjawab sistematik, bekerjasama dan
bekerjasama dan bertanggungjawab
bertanggungjawab

Fungsi Berfungsi dengan Berfungsi dengan Tidak berfungsi


sangat baik dan baik tetapi menepati dengan baik dan
menepati kehendak kehendak tidak menepati
kehendak

Binaan Struktur kukuh Struktur kurang Struktur tidak


kukuh kukuh

Penggunaan Mengaplikasi Kurang Tidak mengaplikasi


TMK kemahiran TMK mengaplikasi kemahiran TMK
secara optimum kemahiran TMK

25
Lampiran B

Borang Penilaian Kendiri

[PDP 1:LAMPU TIDUR LESTARI]

Nama: ............................... Tarikh: ........................................

Perasaan

Nyata dan lakarkan perasaan kamu

Nota: Instrumen iniboleh digunakan di sepanjang pelaksanaan aktiviti

26
DAPATAN RINTIS CONTOH PDP Lampiran C

(ALIRAN AKTIVITI MURID))


Fasa 1: Pernyataan Senario dan Penyelesaian Masalah

Fasa 2: Lakaran Berlabel dan Pembentangan Penyelesaian Masalah

Fasa 3: Pembinaan Prototaip

27
Fasa 4: Pengujian Prototaip

Fasa 5: Pembentangan dan Penambahbaikan

25

28
29
CONTOH PdP 2:
RUMAH KUCING

30
PENGENALAN

Rumah Kucing merupakan satu projek yang dilaksanakan setelah murid selesai
mempelajari tentang haiwan. Aktiviti ini menggunakan pendekatan inkuiri. Murid
didedahkan dengan suatu isu alam hidupan untuk mereka selesaikan dengan
menghasilkan satu produk. Murid mengaplikasikan pengetahuan tentang haiwan dan
juga dapat menerapkan nilai menghargai alam sekitar serta mereka cipta tempat
perlindungan haiwan. Cadangan masa melaksanakan aktiviti ini adalah 5 minggu dalam
waktu Aktiviti Pembelajaran (AP). Pelaksanaan aktiviti ini adalah fleksibel bergantung
kepada kreativiti guru, persekitaran sekolah, latar belakang dan kesediaan murid serta
faktor-faktor lain.

Panduan pelaksanaan aktiviti ini perlu difahami oleh guru bagi memastikan aktiviti PdP
dapat berlangsung dengan lancar dan berkesan. Sehubungan itu, guru perlu meneliti
persiapan dari aspek bahan, peralatan, ruang kerja, tempoh masa, bahan rangsangan,
paparan video dan kos yang diperlukan sepanjang menjayakan aktiviti ini. Di samping itu,
aspek keselamatan dan kebersihan perlu diberi penekanan. Guru perlu menggalakkan
murid untuk menghasilkan produk yang mesra alam dan mempunyai kos yang minima.

Langkah-langkah untuk melaksanakan Projek Rumah Kucing adalah seperti berikut:

MINGGU 1

 Menyediakan BBM.
Sebelum PdP
 Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Menyediakan maklumat berkaitan haiwan.

 Mempamerkan pelbagai gambar tempat tinggal haiwan


Semasa PdP
peliharaan kepada murid.
 Merangsang murid dalam setiap aktiviti soal jawab yang
dilakukan.
 Menjadi fasilitator di sepanjang aktiviti penerokaan di luar
kelas prasekolah.
 Membimbing murid untuk bercerita berkaitan aktiviti
penerokaan yang telah dijalankan.

31
SelepasPdP  Membuat ulasan dan rumusan berkaitan tempat tinggal
haiwan.
 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP
seterusnya.

MINGGU 2

 Menyediakan tayangan video berkaitan senario.


Sebelum PdP
 Menyediakan soalan yang akan dikemukan dalam sesi soal
jawab.
 Menyediakan tugasan untuk murid meneroka menggunakan
teknologi maklumat.

 Merangsang murid untuk memberi pelbagai jawapan atau


Semasa PdP
penyelesaian terhadap isu dengan justifikasi.
 Memberi tugasan kepada murid untuk dibincangkan
bersama-sama ibu bapa di rumah.

SelepasPdP  Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP


seterusnya.

Minggu 3

 Menyediakan lakaran pelan rumah.


Sebelum PdP
 Menyediakan instrumen pentaksiran.

 Melakukan perbincangan dengan murid berkaitan hasil


Semasa PdP perbincangan mereka dengan ibu bapa.

 Menyediakan beberapa contoh gambar rumah kucing yang


Selepas PdP
telah siap dibina.

32
Minggu 4

 Menyediakan BBM dan peralatan membina rumah kucing.


Sebelum PdP
 Menyediakan instrumen pentaksiran.

 Membimbing murid membina rumah kucing berdasarkan


Semasa PdP
lakaran.
 Memberi cadangan untuk murid menambahbaik hasil kerja.
 Bersoal jawab dengan murid.

 Membuat persediaan untuk aktiviti selanjutnya.


Selepas PdP
 Melengkapkan instrumen pemerhatian murid.
 Membuat refleksi PdP bagi tujuan penambahbaikan.

Minggu 5

 Menyediakan BBM.
Sebelum PdP
 Menyediakan instrumen pentaksiran.
 Menyediakan ruang pembentangan untuk murid.

 Memberi galakkan dan bimbingan kepada murid untuk


Semasa PdP
menyoal.
 Menjadi fasilitator di sepanjang pembentangan murid
 Memberi cadangan dan pandangan untuk penambahbaikan
hasil kerja murid.
 Membimbing dan menggalakkan kemahiran murid memberi
jawapan dengan justifikasi.

 Membuat refleksi PdP dan penambahbaikan untuk sesi PdP


Selepas PdP
seterusnya.

33
KOMPONEN PdP

Pendekatan STEM menekankan pengaplikasian pengetahuan, kemahiran dan nilai


STEM untuk menyelesaikan masalah dalam konteks kehidupan harian, masyarakat dan
alam sekitar. Pendekatan STEM yang berterusan akan membawa pembudayaan amalan
STEM dalam kalangan murid.
Konteks:

/ Kehidupan Harian

/ Alam Sekitar

/ Masyarakat Tempatan dan Global

Kemahiran Abad 21:

/ Kreativiti dan Inovasi

/ Pemikiran Kritis dan Penyelesaian Masalah

/ Komunikasi dan Kolaborasi

/ Literasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi

/ Kemahiran Hidup dan Kerjaya

/ Nilai dan Etika

Pengintegrasian STEM:

Sains:  Sikap saintifik


 Kemahiran proses sains
 Penerokaan ke atas haiwan
 Keperluan asas haiwan

Teknologi: Teknologi maklumat dan komunikasi

Kejuruteraan: Pembinaan rumah haiwan

Matematik:  Pranombor  Konsep nombor  Bentuk dan ruang

34
Bahan Sumber:

Alat, Bahan  Kanta


dan Radas  Cecair pembasmi kuman (Sanitiser)
yang  Kertas sebak/Kertas lukisan/Kertas A4
diperlukan:  Alatan untuk merekod ( kamera/buku nota)
 Kotak (pelbagai saiz)
 Alat tulis
 Kertas warna
 Warna air/cat
 Berus
 Bekas pembancuh warna
 Botol plastik
 Bakul
 Contoh lakaran pelan rumah
 Aksesori (bahan hiasan – riben, manik, dll)

Sumber yang  Blog dan laman sesawang *(pautan video)


disediakan  Video berkaitan keperluan tempat tinggal haiwan peliharaan;
oleh guru:  (Contoh tempat tinggal kucing peliharaan dan kucing terbiar)
 Video dan gambar rumah kucing yang dibina sendiri

35
RANCANGAN AKTIVITI

Tajuk: Rumah Kucing

Standard Kandungan: SA 1.1 Menunjukkan sikap saintifik dan nilai murni


SA 2.1 Membuat pemerhatian menggunakan kelima-
lima deria
SA 2.3 Membuat pengukuran
SA 2.6 Berkomunikasi
MA 6.2 Menghasilkan binaan berdasarkan bentuk
yang biasa dijumpai di persekitaran
MA 6.3 Membuat pelbagai binaan mengikut kreativiti

Standard Pembelajaran: SA 1.1.1 Menunjukkan sikap ingin tahu dan


bekerjasama
SA 2.1.1 Memerhati persekitaran menggunakan deria
SA 2.4.1 Membuat andaian yang mudah dan
munasabah berdasarkan pemerhatian
SA 2.4.2 Membuat andaian yang munasabah
berdasarkan pemerhatian
SA 2.6.2 Menerangkan pemerhatian melalui hasil kerja
atau lisan
SA 3.3.1 Menamakan haiwan
SA 3.3.5 Mengenal pasti tempat tinggal haiwan
MA 6.3.3 Membuat binaan menggunakan pelbagai
bahan mengikut kreativiti dan
menceritakannya
MA 6.3.4 Membuat pelbagai binaan yang kukuh dan
stabil menggunakan pelbagai bahan
mengikut kreativiti

Hasil Murid: Rumah Kucing

Cadangan Tempoh: 5 minggu

36
Ringkasan Aktiviti: Senario:
Kucing tidak bertuan kerap datang ke prasekolah dalam
keadaan kurus dan kotor. Keadaan bertambah teruk
apabila hujan lebat menyebabkan kucing dalam keadaan
basah dan menggigil kesejukan. Kucing mencari tempat
berlindung di tepi rak kasut sambil mengiau ketakutan dan
kelaparan.

Anda sebagai murid prasekolah, bantu untuk mengatasi


masalah kucing tersebut dengan membina rumah kucing
yang sesuai.

Pengetahuan, kemahiran dan nilai


Apa pengetahuan,  Mengetahui pelbagai jenis haiwan di persekitaran
kemahiran dan nilai yang  Mengenal pasti tempat tinggal haiwan di persekitaran
murid perolehi setelah  Mengenal pasti keperluan asas haiwan
melalui aktiviti ini?  Menghubungkaitkan masalah haiwan terbiar dengan
kelangsungan hidup
 Mengaplikasi kemahiran proses sains
 Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran saintifik
dalam menyelesaikan masalah.
 Menunjukkan kepekaan terhadap keperluan haiwan
 Menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan

Pengalaman baharu murid:


Apa pengalaman baharu
murid setelah melalui  Pengetahuan tentang haiwan
aktiviti ini?  Prihatin terhadap keperluan haiwan
 Mereka bentuk dan membina rumah haiwan
 Nilai mereka cipta dan menghargai alam sekitar

37
AKTIVITI PdP

Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

MINGGU 1

1. Mengetahui Bersoal jawab Menyediakan Meningkatkan Pemerhatian


tempat tinggal berkaitan dengan pelbagai gambar kepekaan murid menggunakan
haiwan tempat tinggal tempat tinggal kepada isu dan senarai semak
peliharaan haiwan peliharaan haiwan masalah dunia
peliharaan

2. Boleh Menyatakan Merangsang Meningkatkan Pemerhatian


menyatakan keperluan tempat murid untuk kepekaan murid melalui soal
keperluan tinggal kepada menyatakan kepada isu dan jawab
tempat tinggal haiwan keperluan tempat masalah dunia
haiwan tinggal kepada
haiwan

Mengaitkan
keperluan tempat
tinggal kepada
haiwan lain.

3. Boleh Aktiviti Menjelaskan Melibatkan Pemerhatian


menjalankan kumpulan: berkaitan tugasan murid dalam
penyiasatan iaitu memerhati inkuiri dan
terhadap Meneroka haiwan dan merekod penerokaan
haiwan melalui di luar kelas haiwan terbuka
pemerhatian prasekolah
dan merekod Nota: Guru Melibatkan
hasil perlu murid dalam
memastikan kerja
kebersihan berpasukan
dan
yang produktif
keselamatan
murid

4. Boleh merekod Merekod melalui Menyediakan alat Murid memberi Pemerhatian


dapatan melalui lukisan/ tulisan/ untuk aktiviti pelbagai
lukisan/tulisan/g gambar yang meneroka (kanta jawapan dengan
ambar diambil pembesar, buku justifikasi
nota /kamera)

38
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

5. Boleh bercerita Menggalakkan Meningkatkan Pemerhatian


mengenai murid untuk kepekaan murid
haiwan bercerita secara kepada isu dan
Bercerita individu, kelas masalah dunia
mengenai haiwan dan kumpulan

6. Memahami yang dijumpai dan Membuat ulasan Murid memberi Pemerhatian


perkaitan tempat tinggalnya. dan rumusan pelbagai melalui soal
haiwan dan mengaitkan jawapan dengan jawab
tempat tinggal haiwan dengan justifikasi
tempat tinggal.

MINGGU 2

7. Membanding Menonton Menyediakan Murid memberi Pemerhatian


dan membeza tayangan video tayangan video pelbagai
keadaan kucing keadaan kucing jawapan/
yang terbiar dan yang terbiar dan i.Situasi kucing penyelesaian
kucing yang dipelihara yang berada dengan
dipelihara dalam ketakutan/ justifikasi
berdasarkan kesejukan/
video yang kelaparan/ Meningkatkan
ditayangkan dianiaya/ kepekaan murid
kepada isu dan
https://www.youtu masalah dunia
be.com/watch?v= sebenar
IFUD-m-HjJc

ii.Situasi kucing
bermain di dalam
rumah kucing

https://www.youtu
be.com/watch?v=
ZURAJQR9TLo

39
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

8. Murid boleh Memberi respons Bersoal jawab Meningkatkan Pemerhatian


bercerita terhadap situasi berdasarkan kepekaan murid melalui soal
berkaitan situasi tayangan video video. kepada isu dan jawab
yang Contoh soalan: masalah dunia menggunakan
ditayangkan. i.Apakah yang sebenar senarai semak
dapat
diperhatikan Murid memberi
dalam video pelbagai
tersebut? jawapan/penyele
ii.Bagaimanakah saian dengan
keadaan kucing justifikasi
tersebut? (fizikal,
bunyi kucing,
kesihatan dan
keselamatan)
iii.Mengapakah
keadaan kucing
itu sedemikian?
iv.Apakah akan
berlaku jika
kucing ……..?
v.Beri cadangan
anda untuk
membantu kucing
tersebut?

Nota: Sekiranya
murid memberi
jawapan yang
menjurus kepada
menyerahkan
kucing kepada
pihak berwajib/
pusat jagaan
kucing, guru
merangsang
murid memberi
jawapan untuk
membina rumah
kucing

40
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

9. Memahami Bersoal jawab Membuat


keperluan asas berkaitan rumusan tentang
kucing keperluan asas keperluan asas
kucing kucing (udara, air,
makanan dan Murid memberi
tempat tinggal,) pelbagai
Pemerhatian
10. Boleh menjana Mencari contoh- Memberi tugasan jawapan/ melalui soal
idea bagi contoh rumah kepada murid penyelesaian
jawab
mereka bentuk kucing melalui untuk mencari dengan
rumah kucing teknologi contoh-contoh justifikasi
maklumat dengan rumah kucing
bantuan ibu bapa melalui teknologi
maklumat dengan
bantuan ibu bapa

Minggu 3

11. Mengetahui Berbincang Berbincang Murid memberi


pelbagai binaan tentang pelbagai dengan murid pelbagai
kreatif tentang gambar rumah tentang gambar jawapan dengan
rumah kucing kucing rumah kucing justifikasi
yang mereka
bawa

12. Menghasilkan Aktiviti Menunjukkan Mengaplikasikan


pelbagai jenis kumpulan contoh lakaran pemahaman Pemerhatian
lakaran rumah pelan rumah dan kandungan, Melalui soal
kucing Berbincang dan mengaitkan kemahiran dan jawab dan
membuat lakaran dengan proses nilai STEM. senarai semak
mengenai reka menghasilkan
bentuk dan saiz rumah kucing Melibatkan
rumah kucing murid
mengaplikasikan
kemahiran
proses mereka
bentuk

41
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

13. Boleh bercerita Menceritakan Memberi Memberi Pemerhatian


tentang hasil lakaran dan cadangan peluang murid
perancangan bahan yang akan penambahbaikan menambah baik
berkaitan digunakan untuk dan meminta jawapan atau
pembinaan membina rumah murid membawa produk
rumah kucing kucing bahan-bahan
berdasarkan untuk membina
lakaran dan rumah kucing
bahan yang seperti:
dipilih i. kotak (pelbagai
saiz)
ii.botol plastik
iii.bakul
iv.aksesori
(bahan hiasan:
riben, manik, dan
lain-lain)

Minggu 4

14. Boleh memilih Membawa bahan- Membantu murid


bahan yang bahan yang menyediakan
sesuai untuk sesuai untuk alatan dan bahan
menghasilkan membina rumah yang sesuai
rumah kucing kucing dengan aktiviti
seperti:
Contoh: i. gunting
i. Kotak ii. pisau
ii.Kayu iii. gam
iii Bekas iv. pita pelekat Melibatkan
v. pelbagai murid
kertas warna mengaplikasikan
vi. warna/ cat kemahiran
vii. berus proses mereka
viii. bekas bentuk
pembancuh
warna

15. Boleh membina Membina rumah Membimbing Pemerhatian


rumah kucing kucing proses
berdasarkan berdasarkan pembinaan
lakaran dengan lakaran rumah kucing
bimbingan guru

42
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

16. Menguji rumah Menguji Membimbing Memerlukan


kucing kestabilan dan murid murid
kekukuhan binaan menjalankan mengaplikasi
rumah kucing eksperimen untuk pemahaman
menguji kandungan
kestabilan dan STEM
kekukuhan Pemerhatian
menggunakan
soal jawab
17. Boleh Membuat Memberi Memberi
menghasilkan penambahbaikan cadangan peluang
rumah kucing penambahbaikan menambah baik
yang stabil dan sekiranya perlu jawapan atau
kukuh produk

Minggu 5

18. Membentangkan Aktiviti kumpulan: Merangsang Memberi Pemerhatian


hasil binaan murid untuk pelbagai melalui soal
rumah kucing Mempamer dan bertanya soalan jawapan/ jawab
dengan yakin dan membentangkan terhadap hasil penyelesaian
boleh menerima hasil binaan binaan yang kreatif & inovatif
teguran serta rumah kucing dibentangkan berserta
kritikan dengan justifikasi
baik dan
berhemah

19. Mengetahui Bersoal jawab Menilai hasil Memberi Penilaian


kekuatan dan mengenai hasil binaan rumah peluang berdasarkan
kelemahan hasil binaan yang kucing menambah baik borang
binaan dibentangkan berdasarkan idea atau produk penilaian
contoh instrumen
yang disediakan

Nota: Instrumen
boleh diubahsuai
mengikut keperluan

43
Penilaian
Objektif Aktiviti Murid Peranan Guru Ciri PdP STEM
Formatif

20. Membuat Membuat Memastikan


refleksi diri penilaian kendiri. murid
tentang melengkapkan
pengalaman borang penilaian
pembelajaran kendiri

Membimbing
murid membuat
refleksi
pembelajaran

21. Refleksi Guru Membuat refleksi/


impak dan
menambah baik
PdP.

44
Lampiran D

Borang penilaian untuk karya kreatif dan pembentangan

[PDP 2: Rumah Kucing]

Nama Murid: .............................................. Tarikh ……………….............

Kategori Skor

Pemilihan Sesuai dan diubah Sesuai dan diubah Tidak sesuai


Bahan suai secara kreatif suai secara kurang
supaya lebih kreatif
berkesan

Sikap saintifik Bersikap ingin tahu, Kurang menunjukkan Tidak menunjukkan


sistematik, sikap ingin tahu, sikap ingin tahu,
bekerjasama dan sistematik, sistematik,
bertanggungjawab bekerjasama dan bekerjasama dan
bertanggungjawab bertanggungjawab

Fungsi Berfungsi dengan Kurang berfungsi Tidak berfungsi


sangat baik dan dengan baik dan tidak dengan baik dan
menepati kehendak menepati kehendak tidak menepati
kehendak

Binaan Struktur kukuh Struktur kurang kukuh Struktur tidak


kukuh

Penggunaan Mengaplikasi Kurang mengaplikasi Tidak mengaplikasi


TMK kemahiran TMK kemahiran TMK kemahiran
secara optimum teknologi maklumat

45
Lampiran E

Borang Penilaian Kendiri

[Tajuk: Rumah Kucing]

Nama: ........................................ Tarikh: ........................................

Perasaan

Nyata dan lakarkan perasaan kamu

Nota: Instrumen ini boleh digunakan di sepanjang pelaksanaan aktiviti

46
Lampiran F
DAPATAN RINTIS CONTOH PDP
(ALIRAN AKTIVITI MURID)

Fasa 1: Pernyataan senario dan penyelesaian masalah

Fasa 2: Lakaran Berlabel dan pembentangan penyelesaian masalah

Fasa 3: Pembinaan prototaip

47
Fasa 4: Pengujian prototaip

Fasa 5: Pembentangan dan penambahbaikan

48
RUJUKAN

Aminah Ayob, Mazlini Adnan, Ong Eng Tek , Mohd Nasir Ibrahim , Noriah Ishak,
Jameyah Sherif (2016). Memperkasa pembangunan modal insan Malaysia di
peringkat kanakkanak: Kajian kebolehlaksanaan dan kebolehintegrasian pendidikan
STEM dalam kurikulum PERMATA Negara. GEOGRAFIA Online TM Malaysian
Journal of Society and Space 12 issue 1 (29 - 36).

Kementerian Pendidikan Malaysia, Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan,


DSKP (Semakan 2017)

Kementerian Pendidikan Malaysia (2014). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Aplikasi Di


Sekolah. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) Pelan Pembangunan Pendidikan


Malaysia 2013-2015. KPM, Kuala Lumpur.

Moomaw, Sally, Davis, Jaumall A. YC young Children (2010). STEM Comes to


Preschool. Vol.65 Iss 5. 12-14, 16-18. Proquest, Washington.

Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) KPM


2016

Razali Hassan, Halizah Awang, Badaruddin Ibrahim, Siti Hajar Zakariah (2015).
Pemacu Pelan Transformasi Pendidikan: Peranan IPTA Dalam Membantu
Meningkatkan Kuantiti Dan Kualiti Pendidikan Aliran Sains Dan Teknikal Di Malaysia.
Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

49
50
PENGHARGAAN

PENASIHAT
Pengarah
Tuan Shazali bin Ahmad
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Timbalan Pengarah (STEM)
Datin Dr. Ng Soo Boon
Bahagian Pembangunan Kurikulum
Timbalan Pengarah (Kemanusiaan)
Rusnani binti Mohd Sirin
Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENASIHAT EDITORIAL
Hj. Naza Idris bin Saadon Ketua Sektor Dasar & Penyelidikan
Dr. Rusilawati binti Othman Ketua Sektor Sains dan Matematik
Mahyudin bin Ahmad Ketua Sektor Pendidikan Teknik & Vokasional
Hj. Sofian Azmi bin Tajul
Ketua Sektor Inovasi & Teknologi
Arus
Mohamed Zaki bin Abd
Ketua Sektor Pendidikan Islam
Ghani
Mohd Faudzan bin Hamzah Ketua Sektor Sains Sosial
Paizah binti Zakaria Ketua Sektor Pendidikan Khas
Mohd Salim bin Taufix
Ketua Sektor Kesenian & Kesihatan
Rashidi
Hjh. Norashikin binti Hashim Ketua Sektor Prasekolah
PENULIS
Harlina Binti Mohamad Bahagian Pembangunan Kurikulum
Tajul Effandy Bin Hassan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Hor Lee Lan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Nurliyana Binti Nordin Bahagian Pembangunan Kurikulum
Rusni Binti Che Adnan Bahagian Pembangunan Kurikulum
Siti Zuhana Binti Sungip SK Putra Heights 2, Selangor
Farra Emiliana Binti Atan SK Taman Tunku Jaafar 2, Negeri Sembilan
Khadijah Binti Khiri SK Seksyen ll, Kota Damansara, Selangor
Muhammad Hizman Bin SK Seri Permaisuri, Kuala Lumpur
Mohamed Sam
Izhana Fitri Binti Mohamed Petrosains Sdn Bhd

51
52
53

Anda mungkin juga menyukai