Anda di halaman 1dari 3

Cadangan Aktiviti

TopiK 1 Asas Bahasa Al-Quran


Bunyi Huruf Berbaris
Perdengarkan lagu alif, ba, ta melalui pita kepada murid. Nyanyi bersama-sama murid.
Sediakan carta huruf hijaiyah.
Nyatakan persamaan huruf hijaiyah dengan huruf rumi (a, b, c) pada fungsinya.
Jelaskan perbezaan bunyi dan bentuk baris (fathah, kasrah, dhommah) dan tanda yang terdapat pada
sesuatu huruf.
Jelaskan dan tunjukkan adab-adab membaca Al-Quran.

Surah Al-Quran
Guru memperdengar bacaan surah Al-Fatihah, An-Nas dan Al-Ikhlas kepada murid.
Guru menjelaskan maksud surah-surah tersebut secara ringkas dan mudah.
Murid menghafal surah-surah tersebut.

Bahasa Arab Mudah


Hafal nombor daripada 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.
Sediakan carta nombor 1 hingga 10 dalam bahasa Arab.
Sediakan carta anggota badan. Labelkan bahagian tangan, kaki, rambut, mulut, telinga, mata dan hidung.
Jelaskan fungsi setiap anggota badan dan menyatakan kesyukuran dengan kurniaan Allah.

TopiK 2 Akidah
Mengenal Allah
Perdengarkan kaset lagu nasyid 99 Nama Allah. Nyanyi lagu nasyid bersama-sama murid.
Sediakan carta 99 nama Allah.
Sebut nama Allah seperti yang terdapat dalam aktiviti dan jelaskan maksudnya.

Rukun Iman
Sediakan carta Rukun Iman. Sebut Rukun Iman dan minta murid menyebutnya bersama-sama.
Jelaskan satu persatu tentang Rukun Iman dan kaitkan dengan kehidupan murid.
Perdengarkan kaset lagu nasyid yang mengandungi nasyid Rukun Iman. Nyanyi lagu nasyid bersama-sama
murid.
Minta murid melafaz Rukun Iman secara individu atau berkumpulan.
Sediakan kad imbasan Rukun Iman. Minta murid menyusun Rukun Iman mengikut urutan yang betul.

Rukun Islam
Sediakan carta Rukun Islam. Sebut Rukun Islam dan minta murid menyebutnya bersama-sama.
Sediakan carta dua kalimah syahadah. Minta murid menyebut dua kalimah syahadah secara individu dan
berkumpulan.
Ceritakan tentang nama-nama solat dan waktu solat. Sediakan jam untuk aktiviti ini.
Hafal niat solat lima waktu – Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Berlatih mendirikan solat dengan betul.
Berbual-bual dengan murid tentang mengapa orang Islam wajib berpuasa dan kepentingan berpuasa. Minta
murid menceritakan tentang pengalaman mereka berpuasa.
Berbual-bual dengan murid tentang tujuan dan faedah membayar zakat fitrah.
Berbual-bual dengan murid tentang ibadah haji dan mengapa haji diwajibkan kepada orang yang mampu.
Ceritakan secara ringkas tentang bandar Mekah dan sejarahnya.
Ceritakan tentang peristiwa Nabi Ibrahim yang boleh dikaitkan dengan ibadah haji.

ii

00 PI_Cadangan (p.ii-iv) 1st.indd 2 12.7.19 9:50 PM


TopiK 3 Ibadah
Bersuci
Bercerita dengan murid tentang jenis-jenis najis dan cara bersuci dari najis.
Tunjuk ajar cara bersuci daripada najis.
Berbual-bual dengan murid tentang cara menjaga kebersihan badan, pakaian dan tempat solat. Minta murid
menceritakan pengalaman mereka menjaga kebersihan badan, pakaian dan tempat solat.
Sediakan carta yang menunjukkan cara menjaga kebersihan badan, pakaian dan tempat solat.

Wuduk
Ceritakan tentang maksud wuduk dan kepentingan berwuduk.
Tunjuk cara mengambil wuduk dengan cara yang betul.
Sediakan carta tentang wuduk.
Sediakan kad imbasan berwuduk dan minta murid menyusun mengikut urutan berwuduk yang betul.

Solat Fardu
Ceritakan tentang nama-nama solat dan waktu solat. Gunakan jam untuk mengenal waktu solat.
Hafal niat solat lima waktu – Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Berlatih mendirikan solat dengan betul.
Tunjuk perbezaan antara batasan aurat perempuan dan lelaki dalam sembahyang.
Tunjuk cara mengadakan solat dengan betul. Kemudian, minta murid melakukannya.
Berlatih mendirikan solat dengan cara yang betul.

Puasa
Ceritakan tentang ibadah puasa.
Hafal niat puasa berserta maksudnya.
Jelaskan faedah berpuasa.
Jelaskan amalan-amalan yang dituntut dalam bulan puasa.
Ceritakan tentang perkara-perkara yang membatalkan puasa.

TopiK 4 Sirah
Nabi Muhammad SAW
Ceritakan tentang sejarah Kota Mekah.
Ceritakan tentang peristiwa Tahun Gajah dan kelahiran Rasulullah SAW.
Bimbing murid membaca surah Al-Fill.
Perdengarkan nasyid selawat ke atas Rasulullah SAW.
Ceritakan tentang Rasulullah SAW, keluarga baginda dan kehidupan baginda.
Ceritakan mengapa kita perlu menyayangi dan mentaati Rasulullah SAW.

Akhlak Rasulullah SAW


Berbual-bual tentang kepentingan memiliki akhlak yang baik.
Ceritakan tentang akhlak Rasulullah SAW dan mengapa kita perlu mencontohi akhlak baginda.
Minta murid memberi contoh akhlak yang mulia.

TopiK 5 Akhlak
Doa dan Adab dalam Kehidupan
Bersoal jawab bila kita perlu membaca Bismillah, Hamdallah dan doa-doa tertentu.
Membaca dan menghafal doa-doa tertentu – doa makan, doa menaiki kenderaan dan doa penerang hati
Menunjukkan cara beradab sebelum, semasa dan selepas makan/minum.
Menunjukkan adab semasa masuk dan keluar tandas.
Menunjukkan adab menghormati ibu bapa, guru dan rakan.
Main peranan melakonkan cara menghormati ibu bapa, guru dan rakan.

iii

00 PI_Cadangan (p.ii-iv) 1st.indd 3 12.7.19 9:50 PM


Kandungan
TopiK 1 Asas Bahasa Al-Quran
Bunyi Huruf Berbaris 1–5
Surah Al-Quran 6 – 10
Bahasa Arab Mudah 11 – 17

TopiK 2 Akidah
Mengenal Allah 18 – 23
Rukun Iman 24 – 32
Rukun Islam 33 – 36

TopiK 3 Ibadah
Bersuci 37 – 39
Wuduk 40 – 42
Solat Fardu 43 – 48
Puasa 49 – 52

TopiK 4 Sirah
Nabi Muhammad SAW 53 – 58
Akhlak Rasulullah SAW 59 – 62

TopiK 5 Akhlak
Doa dan Adab dalam Kehidupan 63 – 69

Penilaian 70 – 76

iv

00 PI_Cadangan (p.ii-iv) 1st.indd 4 12.7.19 9:50 PM

Anda mungkin juga menyukai