Anda di halaman 1dari 19

Peraturan Am

1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting


dan rasmi serta akan diaudit oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.
2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh
menggunakan Jadual Kedatangan Pelajar.
3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau
menanda Jadual Kedatangan Pelajar.
4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta
hanya menggunakan pen atau pena mata bulat yang BERDAKWAT
HITAM sahaja.
5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus
sepanjang ruangan atau ruangan-ruangan itu. Jika hari kelepasan itu
lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat,
jangan sekali-kali dengan pensil, kemudiannya diikuti dengan
dakwat pula di atasnya.
7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak
disalin daripada kertas lain atau seumpamanya.
8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku
kesilapan, potong sahaja dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di
bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN PEMADAM CECAIR
ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI
PERATURAN.
9. Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat
dan kemaskini.
10. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada
ruangan kedatangan pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong
( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah kiri. Tuliskan “
CUTI AKHIR TAHUN “.
11. Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal
setelah digunakan.
12. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat
sekolah. Sekiranya guru tingkatan atau mereka yang
bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu
membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan
Pelajar di dalam Buku Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan
pulangkan semula sebelum waktu rehat.
13. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sakit atau berkursus
maka tangungjawab mengisi kehadiran pelajar akan dilaksankkan
oleh Kaunselor.
14. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti
menampal dengan kertas lain di bahagian yang salah atau comot.

Kulit hadapan luar Jadual Kedatangan


1. Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap
mengikut ruangan yang perlu diisikan.
2. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, nama guru tingkatan yang
baru hendaklah ditulis, dan nyatakan tarikh pertukaran berlaku di
sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN AHMAD
( 22 MEI 2008)
3. Guru tingkatan yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru
tingkatan yang lama termasuk menyambung kerja melengkapkan
butiran yang belum lengkap.
4. Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas
penyampul maka segala butiran yang perlu hendaklah ditulis pada
kertas penyampul tersebut.

Kulit hadapan dalam Jadual Kedatangan


1. Pada kulit dalam Jadual Kedatangan perlu dilekatkan dengan :

1.1 Carta Proses Aliran Kerja Terimaan dan Pungutaan

1.2 Surat Kuasa Memunggut yuran daripada pelajar

1.3 Surat kuasa menandatangai Buku Resit Bayaran.

Kulit belakang dalamJadual Kedatangan

1. Pada kulit belakang dalam perlu dilekatkan samput kocek yang


mengandungi :

1.1 Surat pemberitahuan ketidak hadiran pelajar

1.2 Sijil sakit1.

3 Borang kutipan dan serahan yuran.1

.4 Borang Penghantaran Surat Amaran Ponteng1.


5 Borang Senarai Anak Yatim dan Yatim Piatu1.

6 Borang Semakkan Jadual Kedatangan1.

7 Borang Pelajar miskin.

Menanda Kehadiran Pelajar

1. Kedatangan pelajar hendaklah ditanda setiap hari persekolahan.


2. Buku Jadual Kedatangan Pelajar MESTILAH ditutup selewat-
lewatnya satu jam sesudah waktu belajar.
3. Sekiranya kelas-kelas tertentu terpaksa dicutikan kerana
peperiksaan awam seperti PMR, MUET dan sebagainya maka
kedatangan pelajar kelas tersebut perlu dicatatkan mengikut
kedatangan pelajar pada hari sebelumnya. Kelas- kelas yang
dicutikan disebabkan perkara tersebut dikira hadir ke sekolah.

Kaedah Menanda Jadual Kedatangan Pelajar

BIL PERKARA CARA


1 Hadir/termasuk pelajar yang dicutikan /
semasa peperiksaan awam dan peristiwa
lain.
2 Hadir lewat. (Pelajar dikira hadir ) L

3 Tidak hadir tanpa kenyatan ( Ponteng ) P

4 Tidak hadir kerana sakit dengan sokongan S


surat dari doktor atau ibubapa/penjaga
yang sah.
5 Tidak hadir kerana bersebab dengan C
sokongan surat ibubapa atau
penjaga/kenyataan ibubapa atau penjaga
yang sah
6 Tidak hadir atau hadir tetapi terlibat K
dengan aktiviti kokurikulum ( Pelajar dikira
hadir ) S
C
7 Pelajar dikira tidak hadir sekiranya pelajar /
hanya hadir ke sekolah tidak lebih daripada
2 jam tanda seperti 4 atau 5
8 Gantung sekolah G

Menulis Butiran Pelajar

1. Nama pelajar, nama ibu bapa/penjaga ditulis dengan HURUF


BESAR.
2. Pastikan nama dan bilangan pelajar yang diperolehi daripada
penyelaras tingkatan pada awal tahun persekolahan ( Hari pertama
sesi persekolahan tahun semasa ) sepadan dengan nama dan
bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Sekiranya kepastian telah
diperolehi, barulah nama dalam senarai tersebut dipindahkan ke
Jadual Kedatangan Pelajar.
3. Susunan nama pelajar hendaklah dimulakan dahulu dengan
nama pelajar lelaki Melayu diikuti oleh nama pelajar
perampuan Melayu. Diikuti oleh nama pelajar Cina lelaki dan
diikuti oleh nama pelajar Cina perempuan. Dikuti nama
pelajar lelaki India dan nama pelajar perempuan
India.Sekiranya terdapat bangsa-bangsa lain dalam kelas
tersebut, nama mereka akan mengakhiri senarai susunan
nama pelajar.
4. Nama pelajar hendaklah disusun mengikut hairaki abjad.
5. Nama pelajar dan ibu bapa/penjaga hendaklah ditulis mengikut
ejaan seperti dalam Surat Beranak atau Kad Pengenalan.
6. Nombor Surat Jabatan Pendidikan membenarkan seseorang
pelajar/murid rakyat asing itu belajar hendaklah dituliskan di hujung
nama pelajar pada setiap bulan.
Pelajar Baru Masuk
1. Tuliskan nama pelajar tersebut di bahagian terakhir senarai nama
pelajar perempuan. Pada bulan berikutnya tulis nama pelajar
tersebut mengikut susunan abjad dan jantinanya.
2. Butiran pelajar seperti tarikh masuk darjah, No. Kad Pengenalan,
tarikh lahir, nama ibu bapa dan sebagainya hendaklah ditulis di
bilangan terakhir senarai nama pelajar dalam kelas tersebut.
Pelajar Berhenti Sekolah
1. Nama pelajar tidak perlu ditulis pada bulan berikutnya. Tulis butiran
maklumat murid berhenti sekolah di muka surat ke- 2 terakhir.
2. Anjakkan senarai nama murid mengikut abjad dan jantina
sekiranya nama murid yang berhenti adalah bukan nama murid
yang terakhir dalam senarai murid.
Nombor Bilangan Dalam Sekolah
1. Nombor Bilangan dalam sekolah hendaklah ditulis setiap bulan
mengikut yang terdaftar dalam Buku Daftar Agung Sekolah yang
terdapat di pejabat.
2. Bagi pelajar tingkatan 1 dan 6 Bawah hendaklah ditulis semua
butiran dan maklumat pelajar di dalam Buku Daftar Agung Sekolah
selewat-lewatnya SATU BULAN dari tarikh murid mendaftar. Bagi
pelajar yang berpindah masuk daripada sekolah lain perlu
didaftarkan dalam masa SATU MINGGU dari tarikh pelajar itu
masuk ke kelas.
3. Pelajar yang telah berhenti tetapi masuk semula kerana sebab-
sebab tertentu gunakan Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang lama
jika pelajar tersebut bersekolah semula dalam tahun dan tingkatan
yang sama .Tetapi sekiranya pelajar tersebut bersekolah semula
pada tahun dan tingkatan yang berbeza maka pelajar tersebut perlu
didaftarkan semula dalam Buku Daftar Agung Sekolah dan diberi
Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang baru.
4. Pelajar tingkatan enam rendah yang yang mendaftar masuk ke
sekolah ini perlu diberikan Nombor Bilangan Dalam sekolah yang
baru walaupun pelajar ini bersekolah di sekolah ini semasa
tingkatan lima.

Butiran-Butiran Pelajar/Murid Yang Menerima Biasiswa


1. Tuliskan maklumat pelajar yang menerima biasiswa.

1.1 Nama Biasiswa Khas/Nama Biasiswa Negeri/Lain-lain biasiswa –


Pastikan coloum untuk jenis biasiswa ini betul.

1.2 No. Rasmi – Nombor rujukan biasiswa setiap pelajar jika ada.

1.3 Catatan – Sekiranya penerima biasiswa ini berpindah/berhenti


sekolah dan sebagainya.

1. Sekiranya tiada penerima biasiswa sila tuliskan perkataan pada


ruangan berkaitan dengan perkataan ‘TIDAK BERKAITAN’
2. Sekiranya dalam permohonan, tuliskan dengan pensil ‘
DALAM PERMOHONAN.’

Penyata Bulan Mengikut Ras

1. Lengkapkan maklumat dalam ruangan yang bermula dari


‘Tandatangan guru’ hingga ke ruangan ‘Jumlah’ manakala
ruangan ‘Catatan’ tuliskan pelajar baru masuk atau pelajar keluar
sekolah. Perlu diisi pada setiap hujung bulan. Pada ruang
‘tandatangan’ akan ditandatangai oleh Penyemak Jadual
Kedatangan Pelajar.
2. Ruangan yang bermula dari ‘ Bayaran yang dikenakan ’
sehinggalah ke ruangan ‘jumlah’ tidak perlu di tulis apa-apa
maklumat.
3.
Bayaran Khas/ Peperiksaan
Dalamaan /MSSMNJBP/MSSMJ/Peperiksaan Awam
1. Tuliskan nama pelajar, nombor resit dan jumlah bayaran dalam
ruang berkenaan mengikut bulan-bulan pembayaran yang dibuat
oleh pelajar.
2. Ruangan ‘ Jumlah ’ perlu diisikan dengan jumlah bayaran
keseluruhan yang telah dijelaskan oleh pelajar.
3. Sekiranya pelajar membuat pembayaran bayaran bukan pada bulan
Januari contohnya jika pembayaran dibuat pada bulan Mac, satu
garisan panjang dari bulan Januari hingga bulan Mac perlu
dibuat.seperti contoh di bawah :-

B Nama Januari Feb Mac


il
No.Re Bayara No.Resi Bayar No.Resit Bayara
sit n t an n

1 Ali bin 012345 RM50.


Abu 00

2 Samad 01267 RM50.


bin Jalil 59 00

3 Aik Berhen 2 Jan


Meng ti 07
Kok

4 Raju a/l Berpinda 4 Feb


Muni hke SM T 08

1. Sekiranya ada pelajar yang tertunggak bayaran khas, tuliskan


maklumatnya dalam ruang
‘ tunggakan lalu ’.5 Pelajar yang telah berhenti sekolah perlu
dicatatkan seperti contoh di atas.Pelajar ini juga perlu menjelaskan yuran
terlebih dahulu sebelum sijil berhenti diserahkan kepada mereka.6
Pelajar yang berpindah sekolah juga perlu dinyatakan dengan jelas seperti
contoh di atas. Pengiraan-pengiraan
1. Jumlah yang tidak hadir

1.1 Bulan ini : Tuliskan jumlah hari tidak hadir pada bulan berkenaan
bagi setiap pelajar mengikut lajur berkenaan

1.2 Jumlah dari bulan-bulan sudah : Tuliskan jumlah hari tidak hadir bagi
semua pelajar yang di ambil dari ruang ‘ Hingga akhir bulan ini ‘ pada
bulan sebelumnya. Tuliskan sifar ( 0 ) bagi bulan Januari.

1.3 Hingga akhir bulan ini : Tuliskan jumlah hasil tambah data ‘ bulan ini
’ dengan data ‘ Jumlah dari bulan-bulan sudah ’

1.4 Jumlah tidak hadir pelajar yang telah berhenti : Hendaklah terus
ditulis pada bulan terakhir pelajar tersebut bersekolah dengan tanda ( )
diruang ‘ Hingga akhir bulan ini ’

1. Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah


2.1 Salin maklumat dari ‘Jumlah hingga akhir bulan ini’pada bulan
sebelumnya ke ruang ’banyaknya hari belajar dalam bulan-bulan sudah’
untuk bulan berkenaan.
1. Banyak hari belajar dalam bulan ini
3.1 Tuliskan bilangan hari persekolahan pada bulan berkenaan
1. Jumlah hingga akhir bulan ini
4.1 Tuliskan hasil tambah ‘Banyaknya hari belajar dalam bulan-bulan
sudah’ dengan ‘Banyak hari belajar dalam bulan ini’
1. Hitung Panjang Kedatangan
5.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan ’ dengan ‘Banyak hari
belajar dalam bulan ini’. Jika bakinya lebih daripada separuh maka
hendaklah dijadikan angka genap. Tiada titik perpuluhan.
1. Peratus Kedatangan
6.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan’ dengan ‘Jumlah
kedatangan yang sepatutnya’ darab dengan 100. Sehingga 1 titik
perpuluhan.
1. Hitung panjang ramai pelajar
7.1 Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan yang sepatutnya ’ dengan
‘Bilangan hari belajar dalam bulan ini’ . Jika bakinya lebih daripada
separuh maka hendaklah dijadikan angka genap.Tiada titik
perpuluhan.
1. Ramai pelajar/murid dalam daftar hujung bulan lepas
8.1 Tuliskan bilangan pelajar yang disalin dari ruang ‘ramai pelajar
dalam daftar hujung bulan lepas’ bagi bulan sebelumnya.
1. Ramai pelajar masuk
9.1 Tuliskan bilangan pelajar baru yang masuk ke kelas pada bulan
berkenaan. Tiada titik perpuluhan
1. Ramai pelajar keluar
10.1 Tuliskan bilangan pelajar yang keluar dari kelas tersebut pada
bulan berkenaan. Tiada titik perpuluhan
1. Ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas
11.1 Tuliskan bilangan ramai pelajar sehingga akhir bulan. Tiada
titik perpuluhan
Maklumat pada nombor 5, 6 dan 7 hendaklah ditulis pada muka surat ‘
Analisa kedatangan setahun’ pada muka surat terakhir Jadual
Kedatangan Pelajar

Data Pelajar

1. Susunan nama pelajar perlu ditulis mengikut keadah yang sama


seperti yang telah diterangkan.
2. Maklumat yang perlu diisikan mengikut kolum ialah :-

2.1 Jantina - Lelaki atau Perampuan

2.2 Ras - Melayu, Cina atau India

2.3 No. Pendaftaran - Nombor Bilangan dalam


Sekolah
2.4 Jumlah Yuran - Jumlah yuran yang perlu dijelaskan oleh
pelajar

2.5 Tarikh Masuk Darjah - Tarikh hari pertama


persekolahan/Hari mendaftar bagi
pelajar tingkatan enam
rendah/Pelajar Baru Masuk

2.6 No. Kad Pengenalan

2.7 Tarikh Lahir

2.8 Tempat Lahir

2.9 Bil. Sijil Beranak

2.10 Umur pada 1 Jan. - Umur pelajar pada tahun semasa

2.11 Agama

2.12 Rumah Sukan

2.13 Nama Sekolah Akhir - Hanya perlu diisi untuk


pelajar Peralihan,tingkatan satu
dan enam rendah.

2.14 Darjah Peralihan - Tidak perlu diisikan

2.15 Tarikh Masuk Sekolah - Tidak perlu diisikan

2.16 Nama ibu bapa atau penjaga

2.17 Pekerjaan ibu bapa atau penjaga

2.18 Telefon

2.19 Alamat

2.20 Tarikh Meninggalkan Darjah - Jika pelajar


tersebut berhenti atau berpindah sekolah perlu dicatatkan
tarikhnya di ruang ini

.2.21 Sebab Meninggalkan Darjah - Tidak perlu diisi.


2.22 No. Surat Berhenti - Jika pelajar
tersebut berhenti sekolah ,No. Surat Berhenti yang dikeluarkan
oleh pihak sekolah perlu dicatat.

2.23 Catatan - Anak Yatim/


Yatim Piatu/miskin.

Analisa Kedatangan Setahun

1. Lengkapkan ruangan :-

1.1 Hitung Panjang Ramai Murid/Pelajar

1.2 Hitung Panjang Kedatangan

1.3 % Kedatangan

1.4 Catatan - Jika ada pelajar yang keluar atau masuk. Jika
tiada ,tuliskan tiada.

************************************ 00
********************************************

Ketidakhadiran Pelajar

(Tugas Guru Tingkatan / Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Guru Kelas hendaklah menyediakan surat-surat amaran kepada


ibu bapa / penjaga pelajar dalam 4 salinan. Surat kosong
disediakan di rak Buku Kedatangan Pelajar di pejabat sekolah.

Serah surat yang telah dilengkapkan kepada Guru Bimbingan dan


Kaunseling untuk dihantar secara serahan tangan kepada
penjaga.

Surat Pekeliling Prosedur – Ketidakhadiran Pelajar

1. Merujuk perkara di atas, tuan/puan diminta mengenalpasti sebab-


sebab mengapa pelajar tidak hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-
kadang pelajar tidak hadir tanpa pengetahuan ibu bapa/penjaga. Justeru
pihak sekolah bertanggungjawab untuk menangani masalah ini melalui
langkah-langkah berikut:
1.1. Menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar melalui telefon dengan
kadar segera terutamanya yang melibatkan pelajar yang akan menduduki
peperiksaan awam. Rekodkan pengilan ini mengunakan borang yang
disediakan dalam dua salinan . Satu salinan untuk simpanan dan satu
salinan lagi serahkan kepada PK HEM.

1.2. Sekiranya pelajar ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila
maklumkan kepada pihak kaunselor untuk tindakan selanjutnya
terutamanya yang melibatkan kelas peperiksaan.

1.3. Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat


doktor atau surat ibu bapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk
tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang tidak hadir selama dua
hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga
bersama-sama datang berjumpa dengan Pengetua (kecuali ada bukti-
bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu ada sebab-sebab munasabah
yang kuat).

1.4. Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga


untuk pelajar yang belum datang ke sekolah selama tiga hari, atau
sebanyak sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat.

1.5. Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar jika pelajar belum


datang atau belum menghubungi sekolah 7 hari selepas surat amaran
pertama. Surat amaran kedua hendaklah dihantar juga sekiranya pelajar
tidak hadir sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut.

1.6. Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR


AKUAN PENERIMA SEKIRANYA TIADA APA-APA KOMUNIKASI 7 hari selepas
surat amaran kedua. Sila hantar surat juga untuk pelajar yang tidak hadir
sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut.

1.7. Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran


Terakhir atau selepas 20 hari ditandai (P). Pelajar boleh dibuang sekolah.
Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar telah dibuang
sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua. Pelajar tidak boleh
diterima balik selepas itu tanpa merujuk kepada Pengetua.

2. Prosedur dan Dokumen yang Diperlukan untuk


Memberhentikan Pelajar

2.1 Satu salinan surat amaran pertama,kedua dan akhir


2.2 Satu salinan bulan terakhir Jadual Kedatangan. (Bulan pada
tempoh pembuangan pelajar mencukupi)

2.3 Lima salinan Borang Mohon Berhenti Sekolah yang telah


dilengkapkan dan bertaip. 2.4 Serahkan segala dokumen ini kepada
PK HEM untuk diambil tindakan selanjutnya.

2.5 Surat pembuangan relajar hanya boleh ditandatangani oleh


Pengetua.

************************************ 00
**************************************

Surat Hari Tidak Hadir Hari Tidak Hadir


(Ponteng)Berturu (Ponteng)Bukan
t-turut Berturut-turut
Amaran Pada hari ke-3 Pada hari ke-10
Pertama
Amaran 7 hari selepas 10 hari lagi
Kedua Amaran Pertama selepasAmaran Pertama
(hari ke-10) (hari ke-20)
Amaran 7 hari selepas 20 hari lagi
Terakhir Amaran Kedua (hari selepasAmaran Kedua
ke–17) (hari ke-40)
Buang 14 hari selepas 20 hari selepasAmaran
Sekolah Amaran Terakhir Terakhir (hari ke-60)
(hari ke-31)
Jumlah Hari 31 hari 60 hari bukan berturut-
Tidak Hadir turut
Carta Aliran Kerja
TINDAKAN TERHADAP PELAJAR PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN
Mula

Guru kelas mengenalpasti pelajar ponteng pada akhir waktu pertama

Guru kelas mengemukakan senarai nama

Guru kelas mengenalpasti pelajar ponteng selama 3 hari berturut-turut

tidak Hadir

Surat Amaran Pertama (selepas 3 hari tidak hadir)

Tidak Hadir

Hadir

Khidmat Nasihat

Surat Amaran Kedua (selepas 7 hari tidak hadir)

Tidak Hadir

Hadir

Khidmat Nasihat

Surat Amaran Terakhir (selepas 7 hari tidak hadir)

Hadir

Khidmat Nasihat
Tidak Hadir

Surat Buang Sekolah (selepas 14 hari tidak hadir)

Akhir
Carta Aliran Kerja
CARTA ALIRAN KERJA PENGURUSAN DISIPLIN (AM)
Menghantar surat permohonan/surat kebenaran kepada pihak yang
berkenaan

Menghantar surat jemputan penceramah dan fasilitator

Mula

Mengenalpasti pemasalahan dan kumpulan sasaran

Merancang dan menyediakan kertas kerja projek

Penyediaan keperluan dan peralatan projek/program

Kes ditutup

Buat Pembetulan kertas kerja

Bincang dan dapatkan kelulusan daripada pengetua

Penilaian Program

Mengemas tempat program

Melaksanakan program

Ya

Tidak

Carta Aliran Kerja


PENGURUSAN DISIPLIN (KES BERAT)
Siasatan

Merekod aduan kes


Buat keputusan

Mula

Menerima aduan kes

Polis/JKM

Maklum kepada Pengetua & ibu bapa

Disabitkan

Carta Aliran Kerja


PENGURUSAN DISIPLIN (KES SEDERHANA)
Mula

Terima laporan

Jalankan siasatan

Sediakan laporan siasatan

Timbangkan kes

Terima nasihat

Terima hukuman dan direkodkan

Rekod/fail

Tamat

Tidak

Ya

Pertuduhan dan bela diri


Carta Aliran Kerja

PENGURUSAN DISIPLIN (KES RINGAN)

Mula

Menerima Laporan

Menjalankan siasatan

Sediakan laporan kes

Pertimbangan kes

Menerima Nasihat

Rekod/Failkan

Tamat

Tidak

Ya

SENARAI SEMAK MELENGKAPKAN


BUKU KEDATANGAN PELAJAR

BORANG PENYEMAKAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR


( ISIKAN DALAM DUA SALINAN )
Nama Guru Tingkatan :……………………................……………….
Tingkatan :…………………………………
Sila ambil tindakan terhadap pekara-perkara bertanda ( X )
BI PERKARA PREST TINDAKAN YANG
L ASI PERLU DIAMBIL
A. BAHAGIAN HADAPAN

1 Butiran Muka Hadapan Jadual


kedatangan pelajar
1.1 Nama dan Alamat Sekolah
1.2 Tahun
1.3 Tingkatan
1.4 Nama Guru
2 Butiran pelajar menerima
biasiswa dan nombor rasmi
3 Penyata bulanan mengikut ras
4 Bayaran Yuran/Bayaran Khas dan
nombor resit
5 Nombor pendaftaran pelajar
6 Nama penuh dan jantina
7 Kedatangan harian pelajar
7.1 Jumlah bulan ini
7.2 Jumlah daripada bulan-
bulan sudah
7.3 Jumlah hingga akhir bulan ini
7.4 Purata kedatangan
7.5 Peratus kedatangan
7.6 Purata ramai murid
7.7 Ramai murid dalam daftar
7.8 Ramai murid yang masuk
7.9 Ramai murid yang keluar
7.10 Banyak hari belajar dalam
bulan ini
7.11 Banyak hari belajar dari
bulan sudah
7.12 Jumlah pelajar daftar hujung
bulan
7.13 Tandatangan guru
BI PERKARA PREST TINDAKAN YANG
L ASI PERLU DIAMBIL
B. BAHAGIAN BELAKANG

1 Nombor Pendaftaran pelajar


2 Maklumat Pelajar
2.1 Nama penuh pelajar
2.2 Bangsa dan jantina
2.3 Tarikh Masuk Darjah
2.4 Nombor kad pengenalan
2.5 Nombor Sijil Kelahiran
2.6 Tarikh lahir dan tempat lahir
2.7 Umur pada 1 Januari
2.8 Agama
2.9 Sekolah yang akhir
2.10 Rumah sukan
2.11 Asrama/darjah
Peralihan/Melayu
2.12 Tarikh masuk sekolah
2.13 Nama ibu bapa/ pejaga
2.14 Alamat ibu bapa / penjaga
2.15 Pekerjaan ibu bapa /
penjaga
2.16 Nombor Telefon/Hand
Phone
2.17 Tarikh meninggalkan darjah
2.18 Sebab meninggalkan darjah
2.19 Nombor surat berhenti
sekolah
3 Analisa kedatangan pada setiap
bulan dan analisa setahun

Ulasan
Penyemak : ................................................................................................
......................................................................................................................
......................................................................................................................
............................................................................ Tandatangan
Guru Penyemak ........................................................
( )
Tarikh :.............................
Tandatangan GPK
HEM ....................................................... Tarikh :...........
..................