Anda di halaman 1dari 2

Surat Tunjuk Sebab Tidak Menghadiri Kursus 1

Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Chembong,
71300 Rembau,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tarikh : 16hb. Mei 2013

Ahmad bin Halim


No. 31, Jalan TTJ S/G,
Taman Tuanku Jaafar,
71450 Seremban, NSDK.

Tuan,

TUNJUK SEBAB TIDAK DAPAT MENGHADIRI KURSUS ANJURAN JPNS

Sukacita dimaklumkan bahawa saya seperti nama di atas ingin merujuk kepada
surat yang bernombor rujukan JPNS.SPA.KUR 700-5/2 Jld.03 ( ) bertarikh 13
Mei 2013 yang bertajuk Kursus Pemantapan Tatabahasa Untuk Sekolah Rendah
Negeri Sembilan 2013 yang saya terima pada 15hb. Mei 2013.

2. Saya amat berbesar hati kerana nama saya tersenarai dan terpilih untuk
mengikuti kursus tersebut selama 3 hari 2 malam di Hotel Naza Talyya, Melaka
pada 19 21hb. Mei 2013.

3. Dengan Dukacitanya saya TIDAK dapat untuk menghadiri kursus tersebut


kerana sebab- sebab seperti berikut :-

i. Tiada orang untuk menghantar dan menjemput anak saya ke sekolah


(Tahun 1 dan Pra Sekolah)
ii. Pada 20-24hb. Ada peperiksaan KAFA untuk kelas kafa anak sulung
saya jam 2.30 5.00 ptg dikelas Kafa As-Solihin (masalah menghantar dan
menjemput balik)
iii. Saya terpaksa membeli makanan di kedai selama tempoh ibu mertua
saya berpantang selepas pembedahan mata (Katarak) kerana ibu mertua saya
masih belum dapat memulakan aktiviti memasak dalam tempoh tersebut.
iv. Isteri sayabertugas agak jauh dari Rembau (MPN Nilai) dan sukar
untuk mendapat pelepasan cuti kerana cuti terhad.
v. Saya guru opsyen Bahasa Melayu tetapi di luar norma kerana
menyandang jawatan sebagai GPB (Guru Penyelaras Bestari)

4. Saya berharap agar pihak tuan dapat memahami masalah yang saya hadapi
kerana ianya nampak kecil tetapi memberi kesan yang tersendiri terhadap
masalah pengurusan harian saya buat masa kini.

5. Sehubungan dengan itu, diharap pihak tuan dapat mengantikan saya dengan
guru lain untuk tujuan kursus ini dengan menguhubungi pihak yang berkenaan.

Sekian, Harap maklum dan terima kasih.

Saya yang menjalankan tugas,

.
(AHMAD HALIM)

Anda mungkin juga menyukai