Anda di halaman 1dari 5

pembuat keputusan

1. 1. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan UNIT 12 : PEMBUATAN KEPUTUSAN


Objektif Pembelajarn : Memahami dan mengetahui fungsi pembuatan keputusan dalam
sesebuah organisasi. Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat: Mendefinisikan
pembuatan keputusan Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat. Membezakan
situasi-situasi dalam membuat keputusan Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan
dalam membuat keputusan. Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat
keputusan.
2. 2. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan PEMBUATAN KEPUTUSAN12.0
PengenalanMembuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang
individuterutama bagi seorang pengurus. Seorang pengurus tidak dapat lari daripada
membuatkeputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan
yangdibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya
sesebuahorganisasi.12.1 Definisi Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua
( 2 ) atau lebih alternatif yang ada. Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau
tindakan bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.12.2 Keperluan Membuat Keputusan
Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga perlu
membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi. Disebabkan oleh
kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam organisasi maka perlu
ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang penting bertanggungjawab dalam
membuat keputusan organisasi. Aspek yang dibentuk bergantung kepada dua ( 2 ) faktor
iaitu skop keputusan yang hendak dibuat dan tahap pengurusan.
3. 3. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Skop keputusan adalah merujuk kepada
peratus bahagian daripada sistem pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada
keputusan yang dibuat. Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop
sesuatu keputusan. Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang
bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.12.3 Jenis dan Keadaan Dalam
Membuat Keputusan. 12.3.1 Jenis Keputusan a) Keputusan Terprogram Apabila pengurus
membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan yang dibuat
juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut
panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah
tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama bagi
masalah yang sama b) Keputusan Tidak Terprogram Keputusan ini selalunya dibuat bagi
mengatasi masalah besar dan jarang berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta
yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang
terpaksa membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan
mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.
4. 4. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.3.2 Keadaan Membuat Keputusan a)
Kepastian Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus
mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat. Pengurus juga
mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai sesuatu perkara dan ini
membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil yang akan diperolehi bagi setiap alternatif
yang ada. Contohnya, hasil yang akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan
dalam bidang kewangan. b) Risiko Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini
adalah kerana pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan
hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap. Mempunyai kesan ke
atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh,
pengambilan pekerja baru secara besar-besaran untuk meningkatkan jualan. c)
Ketidakpastian Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat langsung
berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan ini biasanya berlaku apabila
pengurus tidak mempunyai data atau maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan
berlaku pada masa hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting
dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan organisasi untuk
memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.
5. 5. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.4 Teknik Membuat Keputusan Secara
Berkumpulan Brainstorming Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh
setiap ahli dan idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan. Teknik
ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli menyumbangkan sebanyak
mungkin alternatif dan keputusan yang logik bagi menyelesaikan masalah dan mebuat
sesuatu keputusan. Daripada alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan
dipilih dan alternatif yang lain akan diabaikan. Nominal Satu proses membuat keputusan di
mana semua ahli mempunyai penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah: ( a)
setiap ahli mencatakan idea tentang satu masalah yang dibincangkan. ( b ) setiap ahli
membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh ahli-ahli yang lain. ( c ) setelah
semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan. (d) selesai perbincangan setiap ahli
menilai idea-idea dan menentukan agreggat tertinggi secara senyap. Delphi Teknik ini
merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal selidik mengenai satu
masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli kumpulan., berkongsi keputusan dan meneruskan
lagi soalselidik tersebut dan memberi maklumbalas sehingga satu persetujuan bersama
dicapai. Teknik manakah yang akan anda pilih apabila ingin membuat keputusan berkaitan
dengan tajuk projek bagi kumpulan anda?
6. 6. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 AUjikan kefahaman anda
sebelum meneruskan input selanjutnya!!!Sila semak jawapan anda di maklum balas di
halaman berikutnya.Arahan : Bulatkan jawapan yang betul:12.1 Keputusan adalah pilihan
yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif (B/S)12.2 Semakin luas skop keputusan yang
perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus yang terlibat dalam membuat keputusan
tersebut. (B/S)12.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulangkali. (B/S)12.4
Teknik Delphi adalah proses membuat keputusan dalam kumpulan di mana setiap ahli akan
mendapat peluang yang sama dalam membuat keputusan. (B/S)12.5 Teknik Brainstorming
banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah. (B/S)Soalan Esei.
7. 7. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan12.6 Bezakan di antara keputusan
terprogram dan keputusan tidak terprogram.12.7 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud
dalam membuat keputusan MAKLUMBALAS AKTIVITIAKTIVITI 12 ABetul / Salah12.1 B12.2
S12.3 B12.4 S12.5 SSoalan esei.
8. 8. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan12.6 Keputusan Terprogram.Apabila
pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusan-keputusan
yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan.Pengurus hanya
mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalammenyelesaikan
masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuatkeputusan yang
sama bagi masalah yang sama.Keputusan Tak Terprogram.Keputusan ini selalunya dibuat
bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.Keputusan ini juga membabitkan fakta-
fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang
terpaksa membuat keputusan ini memerluperhatian yang penuh dan serius dan mengambil
kira banyak faktor sebelum mengambilsatu-satu keputusan.12. 7 a) Kepastian b) Risiko c)
Ketidakpastian
9. 9. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan 12.5 Proses Membuat Keputusan
Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan alternatif,
menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif. Langkah 1: Mengenalpasti
Masalah Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku. Apakah
penyebab kepada masalah tersebut? Pengurus perlu mengumpulkan maklumat-maklumat
penting dan petanda-petanda penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang
dihadapi. Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan produk organisasi semakin
menurun, pengurus perlulah mencari sebab- sebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia
mungkin disebabkan oleh kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan
yang rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi
10. 10. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Langkah 2: Mewujudkan alternatif Setelah
masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa kemungkinan alternatif
penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumat- maklumat yang lebih penting diperlukan
bagi mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus
perlu melibatkan seramai mungkin pekerja kerana mereka mungkin mempunyai lebih banyak
idea dan pandangan bagi menyelesaikan masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah
mempunyai banyak alternatif yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah
yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu mencari beberapa
alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut. Teknik brainstorming banyak digunakan
dalam mencari idea yang bernas dan kreatif. Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan
masalah penurunan jualan ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan
promosi dan meningkatkan kualiti barangan. Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif
Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas setiap alternatif dinilai
Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat
11. 11. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian
ini dibuat untuk setiap alternatif bagi mencari yang terbaik. Dalam penilaian ini pengurus
perlu menimbangkan 4 perkara: Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan
keburukan bagi alternatif yang dipilih Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif
sekiranya dipilih. Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif
tersebut Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kos-faedah dalam
melaksanakan alternatif tersebut. Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus
yang terlibat untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada
beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang terbaik untuk
dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi maka pengurus mestilah memilih
bentuk promosi yang terbaik untuk dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat
faktor di atas. Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan Setelah pengurus memilih
alternatif yang terbaik maka satu bentuk rancangan untuk melaksanakan alternatif tersebut
akan dibentuk. Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakantindakan yang
dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik maka peringkat
perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.
12. 12. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Sebagai contoh, selepas pengurus
menetapkan keputusan bagi memilih promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus
dan pekerja mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih agresif.
Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif yang diambil merupakan
alternatif yang terbaik. Langkah 5: Menilai Hasil Setelah alternatif dilaksanakan maka
pengurus perlu menilai semula hasil yang diperolehi samada memuaskan hati pihak
pengurusan ataupun tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan
dan jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah dijalankan
semula dan mengambil tindakan pembetulan.
13. 13. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan AKTIVITI 12 BUji kefahaman anda
sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!Sila semak jawapan anda di maklum balas
di halaman berikutnya.Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:12.8 Langkah terakhir dalam
proses membuat keputusan ialah perlaksanaan. (B/S)12.9 Setiap masalah mempunyai
hanya satu alternatif penyelesaian. (B/S)12.10 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik
brainstorming akan menjadi lebih efektif apabila melibatkan seorang individu sahaja.
(B/S)12.11 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu
kumpulan alternatif. (B/S)12.12 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah. (B/S)
14. 14. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanSoalan Esei12.13 Jelaskan 4 perkara
yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian alternatif.12.14 Anda
dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan berdasarkan masalah
yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian dan terangkan bagaimana penilaian
dilakukan terhadap pemilihan alternatif tersebut. MAKLUMBALAS AKTIVITIAKTIVITI 12
BBetul / Salah12.8 S12.9 S12.10 S12.11 B12.12 S
15. 15. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanSoalan eseiSoalan 12.13 Kelebihan dan
kelemahan setiap laternatif yang dipilih Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi Kos
faedah apabila memilih alternatif tersebut Perbandingan setiap alternatif yang dipilihSoalan
12.14 Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif yang
dipilih Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan- kesan
yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut Membandingkan kesan
setiap alternatif sekiranya dipilih. Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.
PENILAIAN KENDIRI
16. 16. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas PengurusanAnda telah menghampiri kejayaan. Sila
cuba semua soalan dalam penilaian kendiri inidan semak jawapan anda pada maklum balas
yang disediakan.Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.Selamat
Mencuba semoga berjaya!!!!!Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan
dibawah. 1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan
masalah-masalah rutin dan biasa berlaku. (B/S) 2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat
yang hanya mencukupi untuk setiap alternatif yang dipilih. (B/S)Soalan eseiHuraikan
langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.
17. 17. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI1.
S2. BSoalan esei 1. Langkah-langkah tersebut adalah; Mengenalpasti Masalah
Mewujudkan Alternatif Menilai dan Memilih Alternatif Melaksanakan Alternatif 2. Huraian
setiap langkah Langkah 1: Mengenalpasti Masalah Lewat ke tempat kerja, terpaksa
berebut menaiki bas Langkah 2: Mewujudkan Alternatif Kereta jenis apa, buatan mana,
harga, baru/lama Tempat pembelian Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif
18. 18. PEMBUATAN KEPUTUSAN Asas Pengurusan Menilai setiap alternatif yang dibuat
berdasarkan kebaikan/keburukan setiap alternatif yang dipilih. Kereta baru-
kebaikan/keburukan Kereta lama kebaikan /keburukan Langkah 4: Melaksanakan
Alternatif dan Susulan Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut.
Beli kereta baru

Anda mungkin juga menyukai