Anda di halaman 1dari 18

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

UNIT 12 : PEMBUATAN KEPUTUSAN

Objektif Pembelajarn : Memahami dan mengetahui fungsi pembuatan keputusan


dalam

sesebuah organisasi.

Hasil Pembelajaran : Di akhir unit ini ,pelajar dapat:

Mendefinisikan pembuatan keputusan

Menerangkan jenis-jenis keputusan yang dibuat.

Membezakan situasi-situasi dalam membuat keputusan

Mengenalpasti teknik-teknik yang digunakan dalam membuat keputusan.

Menerangkan langkah-langkah dalam proses membuat keputusan.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

PEMBUATAN KEPUTUSAN

12.0 Pengenalan
Membuat keputusan merupakan perkara penting dalam kehidupan seseorang individu
terutama bagi seorang pengurus. Seorang pengurus tidak dapat lari daripada membuat
keputusan sama ada keputusan itu adalah mudah atau lebih kompleks. Keputusan yang
dibuat oleh seseorang pengurus akan menentukan jatuh atau bangunnya sesebuah
organisasi.
12.1 Definisi

Keputusan merupakan pilihan yang dibuat di antara dua ( 2 ) atau lebih alternatif
yang ada.

Satu proses mengenalpasti dan memilih alternatif atau tindakan bagi menyelesaikan
masalah yang dihadapi.

12.2 Keperluan Membuat Keputusan

Seperti banyaknya keputusan yang dibuat oleh individu setiap hari, pengurus juga
perlu membuat pelbagai keputusan bagi melancarkan perjalanan organisasi.
Disebabkan oleh kepelbagaian keputusan yang perlu dibuat oleh pengurus dalam
organisasi maka perlu ditentukan beberapa aspek bagi menentukan siapa yang
penting bertanggungjawab dalam membuat keputusan organisasi. Aspek yang
dibentuk bergantung kepada dua ( 2 ) faktor iaitu skop keputusan yang hendak
dibuat dan tahap pengurusan.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Skop keputusan adalah merujuk kepada peratus bahagian daripada sistem


pengurusan keseluruhan yang mendapat kesan daripada keputusan yang dibuat.
Semakin besar bahagian-bahagian ini, maka lebih besar skop sesuatu keputusan.

Lebih luas skop sesuatu keputusan, lebih tinggi tahap pengurus yang
bertanggungjawab untuk membuat keputusan tersebut.

12.3

Jenis dan Keadaan Dalam Membuat Keputusan.


12.3.1 Jenis Keputusan
a) Keputusan Terprogram

Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali.


Keputusan-keputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah
untuk diselesaikan. Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang
disediakan dalam organisasi dalam menyelesaikan masalah tersebut.
Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat keputusan yang sama
bagi masalah yang sama

b)

Keputusan Tidak Terprogram

Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang
berlaku. Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui
dan dibuat bagi masa-masa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa
membuat keputusan ini memerlukan perhatian yang penuh dan serius dan
mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil satu-satu keputusan.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

12.3.2 Keadaan Membuat Keputusan


a)

Kepastian

Pengurus mengetahui apa yang akan berlaku di masa hadapan. Pengurus


mempunyai mempunyai maklumat yang benar, dipercayai dan tepat.
Pengurus juga mempunyai pengetahuan yang cukup dan lengkap mengenai
sesuatu perkara dan ini membolehkan mereka menyenaraikan hasil-hasil
yang akan diperolehi bagi setiap alternatif yang ada. Contohnya, hasil yang
akan diperolehi oleh organisasi jika membuat pelaburan dalam bidang
kewangan.

b) Risiko

Keupayaan pengurus untuk meramal adalah sukar. Ini adalah kerana


pengurus mempunyai maklumat yang hanya cukup untuk menganggarkan
hasil sesuatu keputusan tanpa mempunyai maklumat yang lengkap.
Mempunyai kesan ke atas tindakan yang akan dilakukan samada berjaya
atau pun tidak berjaya. Sebagai contoh, pengambilan pekerja baru secara
besar-besaran untuk meningkatkan jualan.

c)

Ketidakpastian
Dalam keadaan ini pengurus tidak mempunyai maklumat
langsung berkaitan hasil dan kesan daripada sesuatu alternatif. Keadaan
ini biasanya berlaku apabila pengurus tidak mempunyai data atau
maklumat langsung berkaitan dengan apa yang akan berlaku pada masa
hadapan Maka pengurus .perlu membuat keputusan yang amat penting
dan berupaya untuk berfikir secara kritis. Sebagai contoh, keputusan
organisasi untuk memperkenalkan suatu produk atau perkhidmatan baru.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

12.4

Asas Pengurusan

Teknik Membuat Keputusan Secara Berkumpulan


Brainstorming
Adalah satu proses di mana semua idea dikeluarkan oleh setiap ahli dan
idea yang terbaik dipilih untuk membantu dalam membuat keputusan.
Teknik ini perlu dibentuk dengan teliti untuk mengalakkan setiap ahli
menyumbangkan sebanyak mungkin alternatif dan keputusan yang logik
bagi menyelesaikan masalah dan mebuat sesuatu keputusan. Daripada
alternatif yang disumbangkan alternatif yang terbaik akan dipilih dan
alternatif yang lain akan diabaikan.

Nominal
Satu proses membuat keputusan di mana semua ahli mempunyai
penglibatan yang sama rata. Terdapat empat ( 4 ) langkah:
( a) setiap

ahli

mencatakan

idea

tentang

satu

masalah

yang

dibincangkan.
( b ) setiap ahli membentangkan idea-idea secara lisan dan direkod oleh
ahli-ahli yang lain.
( c ) setelah semua idea direkod, barulah perbincangan diadakan.
(d)

selesai perbincangan setiap ahli menilai idea-idea dan menentukan


agreggat tertinggi secara senyap.

Delphi
Teknik ini merupakan proses membuat keputusan yang melibatkan soal
selidik mengenai satu masalah yang khusus di kalangan ahli-ahli
kumpulan., berkongsi keputusan dan meneruskan lagi soalselidik
tersebut dan memberi maklumbalas sehingga satu persetujuan bersama
dicapai.

Teknik manakah yang akan anda pilih apabila ingin membuat


keputusan berkaitan dengan tajuk projek bagi kumpulan anda?

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

AKTIVITI 12 A

Ujikan kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!


Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan : Bulatkan jawapan yang betul:


12.1 Keputusan adalah pilihan yang dibuat di antara dua atau lebih alternatif
(B/S)
12.2 Semakin luas skop keputusan yang perlu dibuat semakin rendah tahap pengurus
yang terlibat dalam membuat keputusan tersebut.
12.3 Keputusan Terprogram adalah rutin dan berlaku berulangkali.

(B/S)
(B/S)

12.4 Teknik Delphi adalah proses membuat keputusan dalam kumpulan di mana setiap
ahli akan mendapat peluang yang sama dalam membuat keputusan.

(B/S)

12.5 Teknik Brainstorming banyak digunakan dalam Proses Mengenalpasti Masalah.


(B/S)
Soalan Esei.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

12.6 Bezakan di antara keputusan terprogram dan keputusan tidak terprogram.


12.7 Terangkan tiga bentuk situasi yang wujud dalam membuat keputusan

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 12 A
Betul / Salah
12.1 B
12.2 S
12.3 B
12.4 S
12.5 S
Soalan esei.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

12.6 Keputusan Terprogram.


Apabila pengurus membuat keputusan bagi perkara rutin dan berulangkali. Keputusankeputusan yang dibuat juga adalah bagi masalah yang mudah untuk diselesaikan.
Pengurus hanya mengikut panduan-panduan yang disediakan dalam organisasi dalam
menyelesaikan masalah tersebut. Keputusan ini juga membolehkan pengurus membuat
keputusan yang sama bagi masalah yang sama.
Keputusan Tak Terprogram.
Keputusan ini selalunya dibuat bagi mengatasi masalah besar dan jarang berlaku.
Keputusan ini juga membabitkan fakta-fakta yang tidak diketahui dan dibuat bagi masamasa yang tertentu sahaja. Pengurus yang terpaksa membuat keputusan ini memerlu
perhatian yang penuh dan serius dan mengambil kira banyak faktor sebelum mengambil
satu-satu keputusan.
12. 7
a) Kepastian
b) Risiko
c) Ketidakpastian

PEMBUATAN KEPUTUSAN

12.5

Asas Pengurusan

Proses Membuat Keputusan

Langkah-langkah tersebut termasuklah mengenalpasti masalah, mewujudkan


alternatif, menilai dan memilih alternatif dan melaksanakan alternatif.
Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Langkah ini melibatkan penafsiran secara jelas masalah yang berlaku.


Apakah

penyebab

mengumpulkan

kepada

masalah

maklumat-maklumat

tersebut?

penting

dan

Pengurus

perlu

petanda-petanda

penting yang mempunyai perkaitan dengan masalah yang dihadapi.


Setelah dikenalpasti barulah pengurus boleh mengambil langkah-langkah
untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, jika jualan
produk organisasi semakin menurun, pengurus perlulah mencari sebabsebab kenapa berlakunya keadaan tersebut. Ia mungkin disebabkan oleh
kelemahan jurujual, promosi yang tidak menarik, kualiti barangan yang
rendah atau disebabkan oleh kemelesetan ekonomi

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Langkah 2: Mewujudkan alternatif

Setelah masalah dikenalpasti, pengurus perlu mencari beberapa


kemungkinan alternatif penyelesaian bagi masalah tersebut. Maklumatmaklumat yang lebih penting diperlukan bagi mencari jalan penyelesaian
bagi masalah yang dihadapi. Dalam langkah ini pengurus perlu
melibatkan

seramai

mungkin

pekerja

kerana

mereka

mungkin

mempunyai lebih banyak idea dan pandangan bagi menyelesaikan


masalah tersebut. Kebiasaanya setiap masalah mempunyai banyak
alternatif

yang boleh digunakan dan hanya sebilangan kecil masalah

yang hanya ada satu cara untuk diselesaikan. Oleh itu pengurus perlu
mencari beberapa alternatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Teknik brainstorming banyak digunakan dalam mencari idea yang
bernas dan kreatif.
Sebagai contoh, alternatif bagi menyelesaikan masalah penurunan jualan
ialah seperti memberi latihan kepada jurujual, meningkatkan promosi dan
meningkatkan kualiti barangan.

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

Pengurus boleh memilih alternatif yang paling baik dan sesuai selepas
setiap alternatif dinilai Penilaian ini dibuat dari aspek kesan dan akibat

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

bagi setiap alternatif yang ada. Penilaian ini dibuat untuk setiap alternatif
bagi mencari yang terbaik. Dalam

penilaian

ini pengurus perlu

menimbangkan 4 perkara:
Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi
alternatif yang dipilih
Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.

Kesan-kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif


tersebut
Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.
Pemilihan ini bergantung kepada kebijaksanaan pengurus yang terlibat
untuk mencari alternatif yang terbaik. Sebagai contoh di atas, daripada
beberapa alternatif yang ada, pengurus perlu memilih satu sahaja yang
terbaik untuk dilaksanakan. Jika penurunan jualan disebabkan promosi
maka pengurus mestilah memilih bentuk promosi yang terbaik untuk
dilaksanakan setelah mengambilkira keempat-empat faktor di atas.

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Setelah pengurus memilih alternatif yang terbaik maka satu bentuk


rancangan

untuk melaksanakan alternatif tersebut akan dibentuk.

Pengurus melihat kemungkinan kesan kepada tindakantindakan yang


dibentuk. Jika ketiga-tiga langkah sebelumnya dijalankan dengan baik
maka peringkat perlaksanaan juga akan berjalan dengan lebih berkesan.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Sebagai contoh, selepas pengurus menetapkan keputusan bagi memilih


promosi bagi menyelesaikan masalah maka pegurus dan pekerja
mestilah bersama-sama menjalankan kegiatan promosi dengan lebih
agresif. Tindakan susulan mestilah dibentuk bagi memastikan alternatif
yang diambil merupakan alternatif yang terbaik.

Langkah 5: Menilai Hasil

Setelah alternatif dilaksanakan maka pengurus perlu menilai semula hasil


yang diperolehi samada memuaskan hati pihak pengurusan ataupun
tidak. Jika memuaskan, usaha-usaha semasa hendaklah diteruskan dan
jika tidak memuaskan, maka proses penyelesaian masalah hendaklah
dijalankan semula dan mengambil tindakan pembetulan.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

AKTIVITI 12 B

Uji kefahaman anda sebelum meneruskan input selanjutnya!!!!


Sila semak jawapan anda di maklum balas di halaman berikutnya.

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul:


12.8 Langkah terakhir dalam proses membuat keputusan ialah perlaksanaan.
(B/S)
12.9 Setiap masalah mempunyai hanya satu alternatif penyelesaian.
(B/S)
12.10 Penyelidik mencadangkan bahawa teknik brainstorming akan menjadi lebih efektif
apabila melibatkan seorang individu sahaja.
(B/S)
12.11 Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan satu alternatif daripada satu
kumpulan alternatif.
(B/S)
12.12 Masalah kecil tidak melibatkan penyelesaian masalah.
(B/S)

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Soalan Esei

12.13 Jelaskan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan oleh pengurus dalam penilaian
alternatif.

12.14 Anda dikehendaki mengenalpasti satu masalah berkaitan pembelajaran dan


berdasarkan masalah yang dikenalpasti cuba wujudkan alternatif penyelesaian
dan terangkan bagaimana penilaian dilakukan terhadap pemilihan alternatif
tersebut.

MAKLUMBALAS AKTIVITI

AKTIVITI 12 B
Betul / Salah
12.8 S
12.9 S
12.10 S
12.11 B
12.12 S

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Soalan esei
Soalan 12.13

Kelebihan dan kelemahan setiap laternatif yang dipilih

Kebarangkalian kesan yang akan dihadapi

Kosfaedah apabila memilih alternatif tersebut

Perbandingan setiap alternatif yang dipilih

Soalan 12.14

Kesan bagi setiap alternatif. Apakah kebaikan dan keburukan bagi alternatif
yang dipilih

Anggaran kebarangkalian kesan setiap alternatif sekiranya dipilih. Kesan-

kesan yang mungkin di dapati apabila melaksanakan alternatif tersebut


Membandingkan kesan setiap alternatif sekiranya dipilih.
Kos-faedah dalam melaksanakan alternatif tersebut.

PENILAIAN KENDIRI

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini
dan semak jawapan anda pada maklum balas yang disediakan.
Jika ada masalah timbul sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat Mencuba semoga berjaya!!!!!

Arahan: Bulatkan jawapan yang betul kenyataan-kenyataan dibawah.


1. Keputusan Tidak Terprogram merupakan keputusan bagi menyelesaikan masalahmasalah rutin dan biasa berlaku.
(B/
S)
2. Ciri utama situasi berisiko ialah maklumat yang hanya mencukupi untuk setiap
alternatif yang dipilih.
(B/S)
Soalan esei
Huraikan langkah-langkah dalam membuat keputusan pembelian sebuah kereta.

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

MAKLUMBALAS PENILAIAN KENDIRI


1.

2.

Soalan esei
1. Langkah-langkah tersebut adalah;

Mengenalpasti Masalah

Mewujudkan Alternatif

Menilai dan Memilih Alternatif

Melaksanakan Alternatif

2. Huraian setiap langkah


Langkah 1: Mengenalpasti Masalah

Lewat ke tempat kerja, terpaksa berebut menaiki bas

Langkah 2: Mewujudkan Alternatif

Kereta jenis apa, buatan mana, harga, baru/lama

Tempat pembelian

Langkah 3: Menilai dan Memilih Alternatif

PEMBUATAN KEPUTUSAN

Asas Pengurusan

Menilai setiap alternatif yang dibuat berdasarkan kebaikan/keburukan


setiap alternatif yang dipilih.

Kereta baru- kebaikan/keburukan

Kereta lama kebaikan /keburukan

Langkah 4: Melaksanakan Alternatif dan Susulan

Memilih alternatif yang terbaik dan melaksanakan alternatif tersebut.

Beli kereta baru

Anda mungkin juga menyukai