Anda di halaman 1dari 23

BAHAGIAN A

Konsep Kepimpinan Umum

Cabaran menghadapi zaman Revolusi Industri 4.0 dan era globalisasi yang semakin pesat,

pantas dan tidak menentu telah mendesak organisasi supaya dipimpin oleh pemimpin yang

memiliki ciri kepemimpinan yang luar biasa dan menyerlah. Dunia pendidikan turut

mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara. Oleh

sebab itu, sistem pendidikan memerlukan seseorang pemimpin yang berkaliber serta

mengamalkan konsep kepimpinan yang terbaik dalam mencapai impian dan wawasan negara.

Pemimpin dan kepimpinan mempunyai pengertian yang luas, merangkumi pelbagai aspek

dan ditafsirkan dengan pelbagai definisi.

Kepimpinan adalah sesuatu yang kompleks kerana ia tidak terikat dengan penghasilan

dan pengekalan arahan tetapi ia menghasilkan perubahan dan pembaharuan. Ramai

penyelidik kepimpinan berpendapat bahawa kepimpinan adalah salah satu fenomena proses

manusia yang paling banyak diperhatikan tetapi juga satu fenomena yang sukar difahami.

Pemimpin sejak dari dahulu lagi didapati berjaya mencipta perubahan dalam pelbagai gaya

dan cara dengan tujuan mempengaruhi orang lain untuk melaksanakan sesuatu. Kepimpinan

merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan

motivasi subordinat. Banyak kajian menunjukkan kejayaan sesebuah organisasi disebabkan

oleh tonggak kepimpinannya.

Konsep kepimpinan boleh dirujuk sebagai satu daya dan kebijaksanaan seseorang

pemimpin dalam mengurus kakitangan bawahan serta sumber-sumber yang ada (Mohd Salleh

Lebar, 2000). Kepimpinan turut dikaitkan dengan individu yang menjadi ketua, dan memiliki

kuasa mentadbir atau menyelaras individu lain dalam melaksanakan sesuatu tugas bagi tujuan

mencapai matlamat (Buch & Rivers, 2001). Bush (2011) merumuskan konsep dan definisi
kepimpinan dengan merujuk kepada tiga kunci utama, iaitu pengaruh (influence), tujuan atau

niat (intentional) dan sasaran samada kumpulan atau individu (group or individual). Dalam

ketiga-tiga kunci tersebut, Bush (2011) lebih menekankan keutamaan kepada aspek pengaruh

sebagai konsep terpenting.

Menurut Khairil (2009) apabila disebut kepimpinan, antara perkara yang sering

dikaitkan ialah pengaruh, kuasa dan kekayaan. Ada sesetengah pendapat yang mengatakan

kepimpinan adalah tentang masa hadapan, hala tuju dan nasib bangsa. Tambah beliau lagi,

memetik kepada intisari kuliah John MacAuley pada tahun 1991 yang menyebut

“Kepimpinan bukan warisan, kita perlu mengetahui teori-teori kepimpinan jika mahu menjadi

seorang yang pandai dalam kepimpinan. Teori memberi penjelasan dan panduan kepada kita.

Tanpa teori kita teraba-raba dalam gelita mencari jalan, makna dan penjelasan. Teori ialah

konstruk manusia yang boleh berubah dan bukannya mutlak”. Kata-kata tersebut menjelaskan

bahawa mengetahui dan memahami erti kepimpinan merupakan keperluan dalam menjadi

pemimpin yang terbaik dalam sesebuah organisasi kerana dengan mengamalkan teori

kepimpinan yang dipelajari mampu membawa organisasi tersebut mencapai visi dan misi

yang telah ditetapkan seiring peredaran zaman.

Pemimpin pula ialah seorang individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi

tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti-aktiviti untuk mencapai matlamat

kumpulan itu. Ini bermakna kepimpinan ialah proses mempengaruhi kegiatan kumpulan ke

arah pencapaian sesuatu hasil yang telah dirancang. Sesetengah orang menganggap pemimpin

sebagai seseorang yang boleh mendorong pengikut untuk bekerja kuat, menghasilkan sesuatu

yang hebat dan membantu lebih daripada mengarah. Walau apapun pandangan, pada asasnya

pemimpin adalah gabungan semua sifat iaitu pengarah, pendorong dan pembantu.
Pemimpin amat ramai tetapi pemimpin yang membawa perubahan baik kepada

kehidupan manusia di dunia ini amat wajar untuk dikaji dan dicontohi (Ismail Noor, 2000).

Abdul Aziz (2000) dan Nur Ashikin (2005) menyatakan bahawa pemimpin yang melakukan

perubahan sememangnya akan berhadapan dengan pelbagai cabaran, terdedah kepada

persaingan dan konflik serta mewujudkan ketidakselesaan. Justeru, dalam melakukan

perubahan, pemimpin perlu mempunyai kekuatan intelek dan ketajaman daya analisis bagi

membina wawasan dan mampu menggariskan matlamat dan visi dengan jelas. Pemimpin

melihat kepemimpinan sebagai satu tanggungjawab bukan sebagai satu keistimewaan yang

melayakkannya berada dalam kedudukan tinggi dalam hierarki organisasi.

Di sekolah, individu yang memikul tanggungjawab bagi memastikan kejayaan

pelaksanaan dasar dan matlamat ini ialah Pengetua atau Guru Besar. Oleh itu, kejayaan

sesebuah sekolah sangat berkait rapat dengan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

Pengetua dan Guru Besar (PGB). Menurut Azizi, Noordin dan Lim (2010), kajian yang

dijalankan oleh Jemaah Nazir Sekolah pada tahun 2003 menunjukkan bahawa PGB yang

efektif meletakkan penekanan kepada beberapa ciri kepimpinan, misalnya pendekatan

kepimpinan, pengupayaan kepimpinan, galakan, semangat kerja berpasukan, kepimpinan

kurikulum, dan budaya ilmu. Dapatan kajian ini seterusnya telah digunakan sebagai asas

untuk penetapan penunjuk prestasi untuk menilai tahap keupayaan PGB di sekolah.

Dalam sesebuah organisasi, kepimpinan boleh wujud dalam dua bentuk: pertama,

kepimpinan formal dan kedua, kepimpinan tidak formal (Aizzat Mohd Nasurdin, Intan

Osman dan Zainal Ariffin Ahmad (2006). Kepimpinan formal dikatakan wujud apabila

seseorang individu atau kumpulan memainkan peranan kepimpinan ke atas pengikutnya

mengikut autoriti formal yang diperolehi lanjutan daripada posisi beliau dalam hierarki

organisasi. Kepimpinan formal ini merujuk kepada pemimpin yang dilantik secara rasmi

memegang sesuatu jawatan atau tugas. Kepimpinan formal ini boleh dilihat dengan jelas
dalam konteks sekolah iaitu jawatan Pengetua dan Guru Besar yang bertindak sebagai

seorang ketua dan mempunyai kuasa atas segala aspek pengurusan sekolah. Kepimpinan

formal adalah ciri penting sesebuah organisasi kerana tanpa kepimpinan formal, pelaksanaan

dasar akan menjadi sukar.

Pemimpin tidak formal pula dikatakan wujud dalam sesuatu situasi apabila seseorang

individu tanpa sebarang autoriti formal berjaya mempengaruhi orang lain. Penghormatan dan

seterusnya ikutan yang diberikan oleh orang lain kepada pemimpin tidak formal mungkin

disebabkan oleh tarikan karisma yang beliau miliki atau kerana sesuatu tindakan yang telah

beliau tunjukkan. Pemimpin jenis ini berpengaruh kerana kebolehan, kemahiran dan ciri-ciri

personalitinya yang membolehkan beliau memenuhi permintaan unit kerja atau anggota

dalam kumpulan. Kepimpinan tidak formal kadang kala dijeniskan kepada kepimpinan

fungsional dan kepimpinan simbolik.


Takrif Kepimpinan Servan

Semua orang sangat mengharapkan pemimpin yang baik. Apabila seseorang dilantik sebagai

pemimpin, maka masyarakat atau subordinat mengharapkan orang yang dilantik akan

menjadi pemimpin yang dapat memimpin ke arah yang lebih baik dan dapat melindungi

mereka tanpa ada perbezaan. Selaras dengan apa yang diharapkan oleh masyarakat, Greenleaf

(1970) memperkenalkan konsep kepemimpinan servan, iaitu sebuah kepimpinan yang

menekankan peranan pemimpin sebagai "steward".

Kepimpinan servan ditakrifkan sebagai falsafah kepimpinan yang memberi fokus

untuk membangunkan pekerja dengan menggilap sepenuhnya potensi mereka ke arah

melaksanakan tugas dengan lebih cekap, pembinaan komuniti, motivasi kendiri dan

kemampuan kepimpinan masa hadapan (Grieves, 2010). Konsep kepimpinan jenis ini

mendorong seseorang untuk melayani dan melindungi orang lain dalam usaha untuk

mencapai tujuan utama (visi dan misi) organisasi.

Kepimpinan servan diperkenalkan oleh Robert Keifner Greenleaf pada tahun 1970

melalui sebuah artikel bertajuk “The Servant as Leader”. Kepimpinan servan dianggap unik

kerana menitikberatkan soal memberi khidmat khususnya kepada subordinat. Greenleaf

menjelaskan bahawa prinsip kepimpinan servan bermula dengan keinginan semula jadi

seorang ketua untuk berkhidmat, serta mengutamakan tanggungjawab ‘to serve, to serve

first’.

Pemimpin servan ialah seorang yang mendahulukan khidmat, bertanggungjawab dan

menyumbang terhadap kesejahteraan manusia dan masyarakat. Seorang yang melihat kepada

keperluan manusia dan menyoalkan bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta

meningkatkan perkembangan kendiri. Seorang yang memberi fokus kepada manusia kerana
hanya manusia yang bahagia dan bermotivasi dapat mencapai target dan memenuhi jangkaan

yang diharapkan. Servant leadership merupakan satu pendekatan kepimpinan yang sesuai

untuk digunakan bagi meningkatkan keupayaan subordinat dan seterusnya meningkatkan

pencapaian organisasi.

Konsep kepimpinan servan juga memberi penekanan terhadap kebajikan orang lain

melebihi kepentingan diri pemimpin seiring dengan komitmen terhadap perkhidmatan

(Andersen, 2009). Kecenderungan untuk melampaui kepentingan diri pemimpin ini bertujuan

untuk mengoptimumkan potensi subordinat dan ia merupakan ciri utama kepemimpinan ini

(Van Dierendonck, 2011). Namun, ini tidak bermaksud bahawa pemimpin tunduk kepada

subordinat sebaliknya ciri kepimpinan ini dianggap sebagai motivasi yang memberikan

kesedaran untuk memimpin.

Pemimpin servan memfokuskan tentang pembangunan diri dan prestasi subordinat

untuk membolehkan mereka berusaha dan berkembang serta bersama-sama memikul

tanggungjawab sebagai pemimpin yang menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat

(Andersen, 2009; DuBrin, 2016; Liden, Wayne, Zhao, & Henderson, 2008). Selain itu,

pemimpin servan selalu meletakkan keperluan, aspirasi dan minat orang lain melebihi

kepentingan mereka dan mereka selalu memandang diri mereka sebagai “hamba” yang

komited demi kesejahteraan subordinat dan bukannya pemimpin yang selalu memerintah dan

mengawal orang lain (Liden et al., 2015; Van Dierendonck, 2011).

Kepimpinan servan merupakan gaya kepimpinan baharu yang semakin pesat

berkembang serta diaplikasikan secara meluas oleh pemimpin dan organisasi. Kepimpinan

ini dikaitkan dengan etika, moral dan kebajikan kerana mengambil pendekatan

berfokuskan subordinat (James Lemoine, 2015; Sendjaya, 2015). Prinsip tersebut

menjadikan kepimpinan servan berbeza dengan gaya kepimpinan yang lain. Perhatiannya
tertumpu kepada keperluan subordinat sama ada telah dipenuhi atau tidak berbanding

penekanan terhadap pencapaian objektif organisasi (Hoy & Miskel, 2013; von Fischer,

2017).

Zhang et al. (2012) mendapati kepimpinan servan diterima dengan baik berbanding

dengan kepimpinan autokratik di Singapura. Kepimpinan servan menjadi pilihan utama

kerana konsep kepimpinannya tidak menyalahgunakan kuasa sebagai ketua. Kajian

perbandingan ini dilakukan di sektor awam yang melibatkan pemimpin sekolah di beberapa

buah sekolah kluster.

Di Indonesia, Sendjaya et al. (2005) telah menjalankan kajian berkaitan gaya

kepimpinan dan dapatan daripada kajian tersebut menunjukkan kepimpinan servan sangat

mempengaruhi peningkatan kepercayaan subordinat terhadap pemimpin. Di Malaysia,

Ibrahim et al. (2014) mendapati bahawa kepimpinan servan telah memberi pengaruh positif

dan mendorong perubahan baik terhadap pentadbiran dan pengurusan di sekolah.

Kajian Barbuto dan Wheeler (2006) mendapati bahawa elemen-elemen dalam

kepimpinan servan seperti altruisme (tidak mementingkan diri sendiri), pemulihan emosi,

kebijaksanaan, kemahiran pujukan dan kepimpinan organisasi dapat meningkatkan

keberkesanan organisasi. Guenzi et al. (2007) menyatakan bahawa kepimpinan servan

mempunyai hubungan yang signifikan dengan kepuasan kerja dan berupaya memotivasikan

subordinat untuk melaksanakan usaha tambahan bagi meningkatkan kecekapan organisasi.

Berdasarkan kajian Samsudin et al. (2013) yang dimuatkan dalam Jurnal Pemikiran

dan Kepimpinan Melayu 2013, tokoh pemimpin negara yang cenderung mengamalkan

kepimpinan servan adalah Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak iaitu Perdana

Menteri Malaysia Ke-6. Boleh dikatakan gelagat pentadbiran Najib telah menepati ciri-ciri

seorang pemimpin altruisme. Penekanan yang diberikan dalam dasar-dasar transformasi


memberi penekanan kepada keseimbangan kesejahteraan rakyat yang berbilang kaum. Sifat-

sifat kepimpinan ini amat penting dalam memberikan kesaksamaan dan keadilan bagi sebuah

negara moden atau nation state. Kewujudan negara moden pada masa akan datang

memerlukan seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan mendokong aspirasi rakyat.

Kepimpinan Najib juga boleh dikaitkan dengan model kepimpinan servan yang

mempunyai sepuluh ciri menurut Spears (2002) iaitu integriti, altruisme, keadilan dan

kesaksamaan, penurunan kuasa, agapao love, visi yang jelas, sifat kemanusiaan, penyayang,

merendah diri dan kebolehpercayaan. Ini dapat dibuktikan dengan beberapa kriteria utama

yang ada pada Najib untuk digolongkan sebagai pemimpin servan melalui nilai-nilai utama

yang ditekankan oleh beliau dalam kepimpinannya. Mengimbas kembali gaya kepimpinan

beliau sepanjang kerjayanya adalah didapati bahawa sifat merendah diri dan suka berkhidmat

untuk kepentingan rakyat tidak pernah ditinggalkan oleh beliau.

Najib mempunyai personaliti sebagai seorang yang tegas dan berani dalam membuat

keputusan. Personalitinya adalah bersifat diplomasi dan menjurus kepada kepimpinan servan.

Perwatakan kepimpinan servan bercorakkan diplomasi boleh digambarkan seperti altruisma,

integriti, keadilan dan kesaksamaan, agapao love dan sifat kemanusiaan sesama insan. Beliau

mempercayai orang di bawah kepimpinannya yang dianggap matang dan boleh dipercayai.

Al-Attas dan Wan Daud (2007) menekankan kepentingan konsep ‘boleh dipercayai’ sebagai

asas untuk menjadi seorang yang ‘bertanggungjawab’.

Oleh sebab itu, kepimpinan servan diakui yang terbaik dalam mewujudkan

organisasi harmoni (Wahyuni, Christiananta, & Eliyana, 2014; Relly Tasap, 2016).

Literatur juga membuktikan kepimpinan servan memberikan banyak manfaat terhadap guru

(Al-Mahdy et al., 2016; Hung et al., 2016; von Fischer, 2017) memandangkan isu yang

timbul dalam kepimpinan pengetua dan guru besar hari ini ialah pencapaian matlamat
organisasi sebagai kayu ukur penilaian prestasi sehingga mereka terlupa soal kebajikan

dan keperluan subordinat untuk dihargai, dibangun, dan dipimpin. Kepimpinan hari ini

juga seolah-olah terpisah dengan anggota mereka sehingga menimbulkan banyak konflik

(Goksoy, 2012; Ozdemir et al., 2016).

Sebagai balasan terhadap pemimpin servan, subordinat selalunya menjangkau

melebihi keperluan kerja standard, sanggup berkorban dan ghairah dalam membantu

rakan lain (Johnson, 2012). Kepimpinan servan turut mendapat pengiktirafan sebagai

gaya kepimpinan terbaik dalam sektor awam (Miao et al., 2014) meliputi organisasi dalam

bidang kesihatan (Trastek et al., 2014; Bakari et al., 2017) perbankan (Babakus et al.,

2010) dan pelbagai sektor bukan pendidikan yang lain. Justeru, kepimpinan servan perlu

dikaji dalam konteks pendidikan abad ke-21 kerana kajian berkaitan kepimpinan ini masih

terhad.
Sorotan Perkembangan Teori Servan

Robert Keifner Greenleaf, penulis dan pengasas kepimpinan servan, dilahirkan pada tahun

1904, di Terre Haute, Indiana. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sangat mementingkan

nilai, moral, etika peribadi dan penglibatan dalam masyarakat. Bapanya, George Greenleaf,

terlibat secara aktif dalam urusan masyarakat dan perniagaan serta aktif dalam politik

persatuan. George adalah pekerja kolar biru dan juga seorang pendidik. Robert K. Greenleaf

menunjukkan minat awal terhadap kepemimpinan ketika menjadi presiden kelas senior Wiley

High School pada tahun 1922. Setelah menamatkan pengajian di Carleton College of

Minnesota pada tahun 1926, Greenleaf bekerja di pejabat New AT & T yang besar di New

York. Pada masa itu, AT&T adalah salah satu syarikat terbesar di dunia.

Setelah bekerja selama lebih kurang 38 tahun di AT&T, barulah Greenleaf menjadi

pengarah syarikat penyelidikan, pembangunan dan pendidikan pengurusan. Tanggungjawab

utamanya adalah mengenal pasti dan melatih calon pengurus. Pada tahun 1964, Greenleaf

mengasaskan Pusat Etika Gunaan untuk memajukan penyelidikan dan pemahaman

masyarakat tentang kecemerlangan kepimpinan. Perjumpaannya dengan novel ‘Journey To

The East’ yang ditulis pada tahun 1932 telah mengilhamkan pemikiran mengenai

kepemimpinan servan. Menurut Greenleaf, mesej asas novel tersebut ialah pemimpin yang

hebat adalah mereka yang pertama memberikan perkhidmatan. Kepemimpinan sejati datang

dari keinginan yang mendalam untuk menolong orang lain terlebih dahulu.

Greenleaf kemudian menulis dan menerbitkan idea barunya mengenai kepemimpinan

kementerian dalam sebuah karangan bertajuk ‘The Servant as Leader’ yang diterbitkan secara

tertutup pada 1970. Sambutan positif terhadap buku ini menyebabkan cetakan semula
sehingga kini mencatat lebih daripada setengah juta salinan dan telah diedarkan di seluruh

dunia serta diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa. Idea kepimpinan ini akhirnya

berkembang dan menarik perhatian ramai penyelidik teori dalam kepimpinan organisasi.

Seperti yang diketahui, Robert K. Greenleaf tidak mencadangkan model atau ciri

untuk Kepimpinan Servan sejak penubuhannya (Rachmawati & Lantu, 2014). Menyedari hal

itu, Laub (1999) mengembangkan ciri kepemimpinan hamba enam kluster model pengukuran

dalam Servant Organizational Leadership Assessment (SOLA) model yang merangkumi

menilai individu, membangun individu, membina komuniti, menunjukkan keaslian,

memberikan kepimpinan dan berkongsi kepemimpinan, yang menjadi penanda aras untuk

penyelidikan ilmiah kepemimpinan hamba selepas itu (Van Dierendonck, 2011). Selepas itu,

beberapa multi-dimensi langkah-langkah muncul (Winston & Fields, 2015). Antara model

pelbagai dimensi termasuk karya Dennis dan Bocarnea (2005), Barbuto dan Wheeler (2006),

Hale dan Fields (2007), Liden, Wayne, Zhao dan Henderson (2008), dan Van Dierendonck

dan Nuijten (2011).


Ciri-ciri Utama Teori Kepimpinan Servan

Kepimpinan servan membalikkan piramid paradigma lama dengan meletakkan organisasi,

subordinat dan komuniti pada bahagian atas piramid. Dengan perubahan peranan pemimpin

atau ketua di peringkat bawah, mereka memegang amanah dan tanggungjawab mencipta

untuk diri mereka sebagai “servant atau steward”. Teori ini memajukan pandangan bahawa

individu harus didorong untuk menjadi diri mereka sendiri, baik di dalam profesion mereka

dan juga dalam kehidupan peribadi.

Seperti yang diketahui, Robert K. Greenleaf tidak mencadangkan model atau ciri

untuk Kepimpinan Servan sejak penubuhannya (Rachmawati & Lantu, 2014). Menyedari hal

itu, para penyelidik telah mengenal pasti 34 tema utama daripada kebanyakan penyelidik dan

pemimpin servan dengan menggunakan instrumen pelbagai dimensi. Seterusnya, tema-tema

ini ditafsirkan dengan paradigma kepemimpinan dan pengurusan pendidikan. Akhirnya,

tafsiran ini telah melahirkan tujuh dimensi yang dikenal pasti sebagai ciri-ciri utama Teori
Kepimpinan Servan iaitu perkembangan individu, peningkatan keupayaan komuniti,

akauntabiliti, kompetensi diri, kasih sayang, altruisme dan berkongsi kepimpinan.

(1) Perkembangan Individu (Capacity Building)

Dalam kepimpinan servan, konsep "memperkembangkan individu" bermaksud

menyediakan peluang kepada subordinat ke arah pembelajaran dan peningkatan

keupayaan diri (Laub, 1999). Menurut penyelidik, pemimpin servan bukan sahaja

menolong subordinat dalam mempelajari cara bekerja secara profesional, pemimpin juga

memberi kuasa kepada pengikut untuk membuat keputusan (Dennis & Bocarnea, 2005).

Mereka mendefinisikan dimensi ini sebagai proses perkembangan peribadi dan

profesional yang merangkumi bimbingan, perkongsian maklumat, memberi kelonggaran

kepada subordinat dalam proses menyelesaikan masalah dan proses membuat keputusan

(Van Dierendonck & Nuijten, 2011).

(2) Peningkatan Keupayaan Komuniti (Community Stewardship)

Pemimpin servan juga berperanan untuk meningkatkan keupayaan komuniti dengan cara

menjalin hubungan yang erat dengan subordinat melalui komunikasi yang berkesan serta

kolaborasi yang baik. Kaedah ini sesuai dan menepati konsep pengurusan organisasi yang

merujuk kepada “sejauh mana pemimpin servan menyediakan organisasi untuk

memberikan sumbangan positif kepada masyarakat melalui peningkatan keupayaan

komuniti”. Komuniti dicirikan oleh nilai dan visi bersama, kolaboratif dalam membuat

keputusan dan mengambil tindakan bersama sehingga dapat mewujudkan rangkaian yang

kohesif (Boone & Makhani, 2012).

(3) Akauntabiliti (Accountability)

Akauntabiliti menggambarkan integriti pemimpin sebagai pemimpin yang jujur, terbuka

menerima kritikan dan sentiasa menepati janjinya (Russell & Stone, 2002). Selain itu,
keterbukaan pemimpin untuk menerima input daripada orang lain meningkatkan

kebolehpercayaan pemimpin (Kouzes & Posner, 2003). Akauntabiliti menunjukkan

perkaitan yang jelas antara "kata-kata" dan "perbuatan" pemimpin untuk membina

kepercayaan dalam hubungan. Selain itu, pemimpin jenis ini sanggup menerima

tanggungjawab dengan rela dan responsif terhadap kritikan.

(4) Kompetensi Diri (Self-Competence)

Bertanggungjawab sahaja tidak cukup untuk menerangkan kepemimpinan yang baik

sekiranya pemimpinnya tidak berwawasan (Hassan et al., 2013). Berdasarkan konsep

kepimpinan servan, kepimpinan adalah tentang memimpin dengan visi (Laub, 1999).

Untuk mencapai visi, pemimpin perlulah menunjukkan keberanian, berani menghadapi

risiko, mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang mendalam tentang sesuatu perkara

serta dan menonjolkan nilai-nilai murni dalam kepimpinan. Pemimpin juga perlu

bersama-sama menetapkan komitmen, persepsi dan imej organisasi seterusnya

menggabungkan visi peribadi subordinat untuk mewujudkan visi bersama untuk

organisasi. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa pemimpin servan dianggap

sebagai pemimpin yang cekap, cerdas dan mahir dari segi kognitif, sosial dan emosi

(Coetzer et al., 2017).

(5) Kasih Sayang (Compassion)

Kebiasaannya, pemimpin servan sangat prihatin dan peka terhadap kebajikan subordinat,

responsif terhadap masalah yang dihadapi oleh subordinat dan diberi kepercayaan oleh

subordinat untuk membantu menyelesaikan masalah peribadi (Liden et al. 2008).

Pemimpin servan juga mengamalkan penerimaan interpersonal iaitu sikap empati,

simpati, pemaaf dan mendorong subordinat untuk mengamalkan sikap belas kasihan

sesama mereka.
(6) Altruisme (Altruism)

Altruisme merujuk kepada sikap suka membantu orang lain secara sukarela dan bukan

merupakan tugas dan kewajipannya. Dimensi ini disebut juga altruism, peacemaking atau

cheerleading. Pemimpin servan menunjukkan kesepakatan, berempati, menghargai

subordinat dan memberi tumpuan kepada keperluan subordinat dan bukannya

kepentingan diri. Amalan altruism juga merujuk kepada kecenderungan untuk

memikirkan hak-hak orang lain, prihatin dan empati serta bertindak dengan cara yang

memberi manfaat kepada subordinat (Emmerik et al., 2005). Konsep ini juga sesuai

dengan kerendahan hati pada pemimpin itu yang lebih mengutamakan keperluan pengikut

dan bukannya kebajikan diri sendiri semata-mata (Dennis & Bocarnea, 2005; Hale &

Fields, 2007; Van Dierendonck & Nuijten, 2011).

(7) Berkongsi Kepimpinan (Shares Leadership)

Konsep berkongsi kepimpinan ini bermakna pemimpin servan memimpin secara

kolaboratif dengan subordinat menggunakan pengaruh peribadi dan bukannya

menyalahgunakan kedudukan dan paksaan dalam mencapai visi bersama (Laub, 1999).

Memandangkan iklim pendidikan sekarang yang sangat mencabar, adalah mustahil bagi

mana-mana pemimpin sekolah untuk memimpin sendiri (Furer & Mackenzie, 2015;

Mackenzie, 2013; Reeves, 2008). Oleh itu, amalan berkongsi kepemimpinan yang

ditonjolkan dalam kepemimpinan servan dianggap yang terbaik dan sesuai dengan iklim

sekolah kontemporari.
Kepelbagaian Model Dalam Menjelaskan Teori Kepimpinan Servan

MODEL KEPIMPINAN SERVAN LAUB (1999)

Menghargai
Individu
(Values
People)

Berkongsi Membangunkan
Kepimpinan Individu
(Shares (Develops
Leadership) People)

LAUB
(1999)
Menyediakan Membina
Kepimpinan Komuniti
(Provides (Builds
Leadership) Community)

Memperlihatkan
Keaslian
(Displays
Authenticity)

(1) Menghargai Individu (Values People)

Memberi perhatian dan menzahirkan penghargaan kepada orang lain adalah amalan

utama dalam elemen ini. Selain itu, pemimpin bertindak sebagai seorang pendengar yang

baik, berkomunikasi secara berhemah, memenuhi keperluan serta menaruh kepercayaan


kepada subordinat. Dalam proses menyelesaikan masalah dan membuat keputusan, nilai-

nilai kemanusiaan menjadi pertimbangan utama.

(2) Membangunkan Individu (Develops People)

Dalam elemen ini, pembangunan diri dan perkembangan potensi individu menjadi agenda

utama. Pemimpin merancang, mendorong dan memudahkan subordinat masing-masing

untuk meningkatkan prestasi diri dengan menyediakan peluang untuk belajar,

memperlihat tingkahlaku yang diteladani serta memberi galakan dan motivasi untuk terus

cemerlang.

(3) Membina Komuniti ( Builds Community)

Dalam konsep kepimpinan servan, pemimpin menyedari bahawa dia tidak boleh bekerja

sendiri. Untuk mencapai visi dan matlamat pada tahap maksimum, kerja berpasukan

diperlukan. Pemimpin mesti membina komuniti yang ingin berubah dan saling

bekerjasama, menjalin hubungan yang erat, berkolaborasi dengan baik serta menghargai

perbezaan individu.

(4) Memperlihatkan Keaslian ( Displays Authenticity)

Pemimpin haruslah terdiri daripada seseorang yang berintegriti, boleh dipercayai,

berwawasan, mengaspirasikan dan sedia belajar daripada subordinatnya. Selain itu,

pemimpin perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan, yakni apa yang dinyatakan

mestilah sesuai dengan apa yang dilakukan. Kejujuran dan keterbukaan dari pemimpin

amat dituntut agar subordinat dapat menilai keikhlasan sebenar pemimpin lantas

memberikan hasil yang memberangsangkan demi mencapai visi bersama.

(5) Menyediakan Kepimpinan (Provides Leadership)

Pemimpin servan mesti mempunyai kemampuan untuk memimpin. Di sebalik hati yang

ikhlas berkhidmat, pemimpin seharusnya dapat merancang, mengatur, mengurus dan

menyelaras sesuatu visi atau matlamat dengan jelas dan sempurna. Dalam elemen ini,
pemimpin juga perlu menunjukkan keupayaan dalam menetapkan hala tuju organisasi

serta direalisasikan bersama subordinatnya.

(6) Berkongsi Kepimpinan (Shares Leadership)

Dalam kepimpinan servan, tanggungjawab pemimpin tidak diletakkan kepada seseorang

individu sahaja tetapi juga diagihkan kepada orang lain. Pemimpin dapat berkongsi beban

dan tanggungjawab kepada subordinatnya terutama ahli yang telah dipilih dan

mempunyai kemahiran kepimpinan. Elemen ini menekankan supaya pemimpin memberi

peluang kepada subordinat untuk mengutarakan sebarang cadangan, mengamalkan

penurunan kuasa, bersifat mendorong tanpa paksaan dan berkongsi kuasa membuat

keputusan.

MODEL KEPIMPINAN SERVAN SPEARS (2002)

SPEARS Berkebolehan
Berpandangan Jauh
Memimpin
(2002) (Foresight)
(Stewardship)

Komitmen
Kemahiran Membangunkan
Konseptualisasi
Mendengar Orang Lain
(Conceptualization)
(Listening) (Commitment to the
Growth of People)

Membina Komuniti
Empati (Empathy) Pujukan (Persuasion) (Community
Building)

Memulihkan Kesedaran diri


(Healing) (Awareness)

(1) Kemahiran Mendengar (Listening)


Pemimpin dapat menjadi seorang pendengar yang baik dan memahami ungkapan

yang disampaikan oleh orang lain. Mereka cuba menjawab dengan cara yang

berhemah serta melahirkan idea yang bernas.

(2) Empati (Empathy)

Pemimpin cuba memahami dan melahirkan rasa empati mereka kepada orang lain

kerana setiap individu perlu diterima dan dikenali sebagai seseorang yang istimewa.

Pemimpin servan akan berjaya sekiranya mereka mampu menjadi pendengar yang

baik dan cuba meletakkan diri mereka di tempat orang lain.

(3) Memulihkan (Healing)

Kemampuan pemimpin untuk menyembuhkan dirinya dan orang lain kerana

hakikatnya, ramai orang yang mengalami gangguan perasaan atau emosi yang tidak

stabil hingga boleh mengganggu kualiti kerja. Sebagai pemimpin yang mengamalkan

ciri-ciri kepimpinan servan, mereka seharusnya memberikan dorongan dan sokongan

dalam bentuk motivasi agar mereka dapat disembuhkan di mana penyembuhan tidak

perlu dilakukan oleh doktor tetapi rawatan dalam bentuk emosi dan spiritual.

(4) Kesedaran diri (Awareness)

Kesedaran diri ini dapat membantu pemimpin servan memahami isu-isu yang

melibatkan etika dan nilai agar dapat menarik keyakinan serta membina kepercayaan

subordinat terhadap dirinya.

(5) Pujukan (Persuasion)

Keupayaan diri untuk mempengaruhi seseorang dengan tidak menggunakan kuasa

mereka dalam membuat keputusan. Di sini pemimpin servan berusaha meyakinkan

subordinat dalam sesuatu perkara dan bukan melalui cara paksaan. Elemen ini akan

memperlihat perbezaan yang paling ketara antara model autoriti tradisional dengan

model kepemimpinan servan.


(6) Pembentukan Konsep/ Konseptualisasi (Conceptualization)

Pemimpin servan berusaha meningkatkan kemampuannya untuk melihat masalah

masa lalu dan masa kini. Pemimpin jenis ini akan terus membangunkan diri supaya

lebih berwawasan dan berfikiran terbuka sehingga dapat mencapai matlamat dan visi

bersama.

(7) Berpandangan Jauh (Foresight)

Berpandangan jauh merujuk kepada keupayaan untuk mengambil kira keadaan

sebelumnya atau meramalkan keadaan yang bakal berlaku. Keupayaan untuk melihat

masa depan adalah ciri yang membolehkan pemimpin servan memahami pelajaran

dari masa lalu, masa kini dan masa hadapan

(8) Berkebolehan Memimpin (Stewardship)

Pemimpin servan mesti mempunyai kemampuan untuk memberi perkhidmatan terbaik

dan dalam masa yang sama mempunyai komitmen untuk memenuhi keperluan orang

lain. Jadi, secara tidak langsung pemimpin ini perlu memiliki keterbukaan dan

kejujuran serta semangat yang kuat bagi memastikan organisasi dan subordinat dapat

memberikan manfaat dan sumbangan yang lebih besar kepada masyarakat.

(9) Komitmen untuk Membangunkan Orang Lain (Commitment to the growth of


people)

Pemimpin servan berusaha bagi memastikan bahawa setiap individu terutama

subordinatnya mempunyai nilai intrinsik melebihi sumbangan sebenar semasa mereka

bekerja. Pemimpin ini mempunyai komitmen yang sangat tinggi ke arah

perkembangan peribadi, pembangunan profesional dan pembinaan nilai bagi setiap

individu dalam organisasi.

(10) Membina Komuniti (Community Building)


Pemimpin servan berusaha membina hubungan yang baik dengan subordinat,

komuniti dan masyarakat yang berada di sekelilingnya. Pemimpin servan cuba

membina semula kehidupan komuniti dengan kehadiran pemimpin yang mempunyai

prinsip bahawa keperluan peribadi adalah keutamaan terakhir dan memberi

keutamaan kepada pihak lain untuk mencapai tujuan bersama.

MODEL KEPIMPINAN SERVAN DENNIS (2004)

(E
K
a
g
A
sih
e
P
w
o
p
m n
)y
rkv
Lu
T
c
tV
E 04)N
(2D

H
ld
IS

(1) Kasih sayang (Agapao Love)

Ciri pertama kepemimpinan servan adalah kepemimpinan yang bersandarkan kasih

saying, cinta dan belas kasihan. Winston (2002) menyatakan bahawa konsep kasih
sayang ini berasal daripada cinta moral iaitu agapao love yang berasal daripada

perkataan Yunani. Cinta bermaksud melakukan perkara yang betul pada waktu yang

tepat dengan alasan betul.

(2) Pemerkasaan (Empowerment)

Pemerkasaan merujuk pada kerjasama, iaitu memberi kepercayaan terhadap orang

lain, dan mendengarkan nasihat orang lain (Dennis, 2004; dalam Irving, 2005).

(3) Visi (Vision)

Visi adalah arah dan hala tuju iaitu ke mana sesebuah organisasi dan orang yang

dipimpin akan dibawa oleh pemimpin tersebut. Visi pemimpin akan memberi

inspirasi kepada tindakan subordinatnya dan membantu membentuk masa depan yang

jelas serta pengaruh yang lebih kuat kepada subordinat untuk memberikan hasil yang

terbaik.

(4) Kerendahan hati (Humility)

Dennis (2004; dalam Irving, 2005) mengatakan bahawa pemimpin yang berkesan

adalah pemimpin yang berusaha mengekalkan kerendahan hati dengan menunjukkan

sikap menghormati subordinat dan mengiktiraf sumbangan mereka kepada pasukan

dan organisasi.

(5) Kepercayaan (Trust)

Kepemimpinan servan merupakan pilihan kebanyakan masyarakat dan pilihan itu

adalah berdasarkan kelebihan tertentu yang menyebabkan pemimpin servan mendapat

kepercayaan untuk menjadi pemimpin.

Rumusan
Kepimpinan servan pengetua boleh dijadikan alternatif dalam pengurusan pendidikan abad

ke-21 kerana melalui persepsi mereka, guru menunjukkan penerimaan terhadap gaya

kepimpinan ini. Kejayaan perubahan dalam sistem pendidikan negara bergantung kepada

banyak faktor. Salah satu faktor tersebut adalah gaya kepimpinan yang berkesan dan

diterima umum. Menerusi kajian ini, terbukti amalan kepimpinan servan dipersepsikan

guru bersesuaian dengan keperluan dan situasi semasa pendidikan yang semakin kompleks

serta membebankan. Hasil kajian ini membuka ruang kepada pihak berkepentingan bagi

memikirkan gaya kepimpinan yang sesuai dengan situasi semasa yang semakin banyak

menekan anggota bawahan. Guru dan komuniti sekolah diyakini lebih dihargai, dibangun,

dan dipimpin ke arah mencapai matlamat organisasi seandainya kepimpinan servan

diamalkan secara berkesan.

Anda mungkin juga menyukai