Anda di halaman 1dari 15

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Perkataan Pemimpin merujuk kepada seseorang individu yang mengetuai sesebuah

organisasi atau kumpulan tertentu. Manakala, perkataan kepimpinan adalah terbitan

daripada “pimpin” yang bererti bimbing, pandu, atau tunjuk. Erti kepimpinan mengikut

(Kamus Dewan 1994) merujuk kepada “keupayaan memimpin dan kepemimpinan pula

“keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin. Memimpin pula bermaksud

memegang tangan dan membawa menuju ke suatu tempat.

Jika pemimpin adalah individu manakala kepimpinan pula melambangkan

kebolehan individu untuk melakukan sesuatu melalui orang lain. Oleh itu, pemimpin

tidak akan bermakna jika wawasannya tidak lagi dipatuhi oleh pengikutnya. Pada masa

kini, sesebuah kumpulan atau organisasi amat mementingkan kualiti kepimpinan

pemimpin dan pengurus kerana kualiti kepimpinan inilah yang akan menentukan

halatuju sesebuah organisasi itu sama ada berjaya atau sebaliknya. Bagi mencapai

matlamat sesebuah organisasi yang dikehendaki seorang pemimpin perlulah mempunyai

gaya kepimpinan yang berkesan dan cekap. Namun, sebaliknya jika sesebuah organisasi

itu akan gagal sudah tentu berpunca daripada haya kepimpinan pemimpinnya yang

lemah.
Oleh yang demikian, kebanyakan organisasi pada hari ini cuba sedaya upaya untuk

menjadikan kebolehan kepimpinan sebagai salah satu kriteria dalam pemilihan

pemimpin dan pengurus atau pegawai eksekutifnya. Sesetengah organisasi pula

menyediakan program latihan kepimpinan bertujuan untuk mengembang dan

meningkatkan kebolehan memimpin dalam kalangan pengurus dan kakitangannya.

Manakala, Kepimpinan ialah tingkah laku seseorang pemimpin yang mempunyai

keupayaan mengubah haluan dengan kriteria-kriteria tertentu dalam usaha mencapai

objektif organisasi. Para pemimpin memantau orang bawahan agar mengikut kriteria

yang dipilih untuk tujuan pembangunan dan kejayaan di samping dapat

mempertahankan corak kerja berpasukan yang erat. Kepimpinan merupakan satu subjek

yang menarik kepada semua golongan masyarakat kerana ianya berkaitan dengan

simbol kuasa dan jawatan yang disandang dalam sesebuah organisasi sama ada politik,

sosial dan agama dalam sesebuah kehidupan bermasyarakat.

Menurut Stodgill (1974), kepimpinan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks.

Beliau melihat kepimpinan sebagai satu fenomena manusia yang universal dan amat

sukar difahami. Robert Dubin (1958) menjelaskan “Leadership in organizations

involves the exercise of authority and the making decisions”. Berdasarkan definisi

tersebut, kepimpinan merujuk kepada keupayaan serta kebijaksanaan seseorang

pemimpin dalam menguruskan kakitangan bawahannya dan sumber yang ada. Ia juga

bermaksud sesuatu kuasa yang ada pada seorang pemimpin untuk menggerakkan

anggota kumpulannya untuk mencapai matlamat tertentu. Bagi mempengaruhi

1
kakitangan, biasanya seorang pemimpin akan menggunakan pelbagai cara seperti

memberi pujian, semangat, sokongan, ganjaran, menunjukkan model yang baik,

menjelaskan matlamat yang dikehendaki dan sebagainya.

Manakala, pada pandangan Gordon (1955), kepimpinan ialah “satu proses interaksi

di antara individu dengan kumpulan atau khususnya di antara individu dengan

keseluruhan ahli- ahlinya yang menganggotai kumpulan. Setiap yang terlibat dengan

proses interaksi ini boleh dianggap memegang peranan yang tertentu yang membezakan

antara satu dengan yang lain dan ini ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan

pengikut mematuhi”. Koontz (1984) pula berpendapat bahawa “kepimpinan secara

amnya bermakna pengaruh, satu seni atau proses mempengaruhi manusia supaya dapat

berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat bersama”. Dalam tulisannya

“Leadership Dynamic”, Hollander (1978), mendefinisikan kepimpinan sebagai satu

proses pengaruh di antara pemimpin dan pengikut. Meskipun pemimpin mempunyai

kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih bergantung kepada pujukan dan paksaan. Proses

kepimpinan selalunya melibatkan pertalian pengaruh yang bersifat dua arah dan tujuan

utama ialah mencapai bersama matlamat bersama.

Secara amnya, kepimpinan merupakan keupayaan mempengaruhi, memotivasi,

mengubah sikap dan tingkah laku orang bawahan supaya setuju untuk melaksanakan

program-program serta melakukan perubahan ke arah pencapaian matlamat organisasi

(Ishak,2002). Menurut Sarvinder Singh (2008), kepimpinan merupakan kunci utama

dalam sesuatu organisasi, pengurusan dan pendidikan di seluruh dunia.

2
Kepimpinan dikatakan mempunyai kesan yang besar ke atas kejayaan dan

kegagalan sesebuah organisasi (Bass,1990 &Yukl,1994). Banyak kajian telah mengenal

pasti bahawa keuntungan besar dan kejayaan cemerlang sesebuah organisasi adalah

disebabkan oleh kepimpinan atasan organisasi berkenaan. Kajian Tichy dan Cohen

(1998) telah menjelaskan bahawa kegagalan syarikat-syarikat besar di Amerika Syarikat

pada tahun 1990an adalah disebabkan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh

pemimpinnya. Di samping itu, Ulrich et al. (1999) menyatakan bahawa faktor

kepimpinan yang membezakan sesebuah organisasi yang berjaya atau sebaliknya.

Beberapa contoh syarikat yang berjaya disebabkan kewujudan pemimpinnya seperti

syarikat General Motors, Standard Oil, Syarikat Helena Rubenstein, Ford Motor

Company, DuPont, Mary Kay Ash Cosmetics dan Tendem (Deal & Kennedy, 1992).

Kejayaan syarikat dan organisasi yang ada di Barat atau di Malaysia telah

mendorong penyelidik untuk mengenalpasti gaya kepimpinan yang berupaya

mempengaruhi tahap motivasi, kepuasan kerja serta budaya organisasi tersebut.

1.2 Penyataan Masalah

Setiap pemimpin mempunyai perbezaan dari segi gaya kepimpinannya. Gaya

kepimpinan sesebuah organisasi yang berbeza dengan organisasi yang lain. Namun

begitu, ia tidak lari daripada konsep asal iaitu keupayaan mempengaruhi serta

menyakinkan orang lain untuk berusaha ke arah pencapaian, selaras dengan visi dan

misi sesebuah organisasi atau kumpulan.

3
Disebabkan keadaan ini ada beberapa perkara yang perlu menjadi ukuran dalam

sebuah kepimpinan antaranya iaitu kreadibiliti pemimpin, sikap seorang pemimpin,

pengaruh pimpinan dalam organisasi dan sebagainya. Kesemua elemen ini menjadi

ukuran terhadap kemajuan serta daya saing dalam sesebuah syarikat. Hal ini menjadi

kerisauan ramai pekerja apabila pemimpin atasan bersikap sambil lewa terhadap

tanggungjawab mereka untuk memimpin dan mengurus tadbir sesuatu jabatan. Para

sarjana di dalam bidang pengurusan pula mendefinisikan kepimpinan sebagai proses

pengarahan gelagat individu lain ke arah penyempurnaan sesuatu objektif. Perkataan

pengarahan memberikan maksud seseorang individu bertindak mengikut cara tertentu

atau mengikut sesuatu seperti dasar organisasi, tatacara dan deskripsi kerja (Ab. Wahab

Mat, Shahrol Aman Ahmad, Azahari Ramli, Abu Mansor Ahmad, 2007).

Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi impak kepada perlakuan anggota

organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi organisasi (Aronson 2001;

Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Wilhelm (1996) menganggap nilai

yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang pemimpin berkesan.

Jadi, yang menjadi masalah bagi seorang pemimpin mengikut kayu ukur yang telah

diambil kira apabila tampuk kepimpinan seseorang yang dipengaruhi oleh sikapnya

sendiri. Sekiranya sikap seorang pemimpin itu tidak dapat mentadbir mana-mana

jabatan atau apa-apa jawatan yang dipegang, maka itu merujuk kepada masalah

pemimpin tersebut kerana tidak dapat mengendalikan kerja dengan baik. Ciri-ciri

seorang pemimpin yang ideal adalah seorang pemimpin mestilah sentiasa ingin belajar

dan melengkapkan diri dengan pengetahuan terkini dalam bidangnya. Seorang

4
pemimpin mesti peka dengan perkembangan semasa dan boleh menangani sebarang

situasi yang berkaitan dengannya. (Rozita Ibrahim, 2018)

Menurut Ramli (2000), kepuasan kerja boleh didefinisikan sebagai satu

keseronokan atau perasaan positif hasil daripada nilaian pengalaman kerja dan sesuatu

kerja. Perasaan ini timbul daripada persepsi setiap pekerja yang menggambarkan nilai-

nilai sebenar kerja mereka di dalam situasi kerja (Ramli, 2000). Ahmad Jawaher (2000),

menyatakan bahawa kepuasan kerja juga melibatkan interaksi antara pekerja dengan

pekerjaannya. Kepuasan kerja sangat berkait dengan cara kepimpinan pimpinan atasan

dalam sesebuah jabatan. Kepimpinan yang baik dan sistematik akan memberikan

kepuasan kepada pekerja untuk menjalankan tugas. Terdapat korelasi yang signifikan

antara kepuasan bekerja dengan pretasi kerja Faudziah (2012). Tambahan pula, pretasi

kerja akan meningkatkan kepuasan kerja secara langsung melalui peningkatan ganjaran.

Malah, prestasi kerja juga boleh diramalkan dengan baik oleh kepuasan kerja. Oleh

kerana itu, cara kerja sorang pemimpin itu sudah semestinya memberi impak

keseluruhan kepada pekerja dibawah pimpinan sorang pemimpin. Sekiranya seorang

pemimpin itu melakukan kerja dengan sambil lewa, maka ‘anak buah’ pemimpin juga

akan mengikuti cara pemimpin tersebut kerana cara pimpinan seseorang akan

mempengaruhi sesebuah organisasi. Yakni kata, sekiranya tampok pemerintahan berada

dalam keadaan baik, maka begitulah hasil akhir yang akan dikeluarkan.

Kredibiliti yang menjadi kayu ukur bagi seorang pemimpin sudah tentunya perlu

merangkumi kualiti kerja, keupayaan dalam menangani sesuatu serta kemampuan atau

5
kekuataan untuk membina kepercayaan. Aspek-aspek ini menjadi rangkuman kepada

kredibiliti seoarang pemimpin supaya kualiti kerja pemimpin itu sendiri dapat dijadikan

contoh untuk golongan yang dipimpin. Manakala, keupayaan pemimpin itu juga dapat

membantu pemimpin itu sendiri untuk menangani masalah dengan baik. Sebagai

seorang pemimpin, kerja yang dilakukan sudah semestinya perlu mengambil kira aspek

kualiti yang bagus tanpa perlu mengira upah dan hadiah dari sesiapa. Van Fleet (2010)

berpendapat bahawa manusia lebih cenderung bersikap biasa sahaja dalam menghadapi

sesuatu tugas dalam sesebuah organisasi. Namun demikian, setelah menerima ganjaran

berbentuk luaran dan dalam seperti pujian, penghargaan dan kenaikan upah keadaan

akan berubah. Pekerja akan menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi terhadap

pekerjaan dan organisasinya. Sebaliknya, pekerja yang tidak mendapat ganjaran akan

menggambarkan tahap kepuasan yang rendah. Masalah ini sudah semestinya tidak akan

membawa kepada kualiti kepimpinan seseorang. Demikian, apa-apa bentuk ganjaran

yang diterima adalah disamakan dengan sogokan atau rasuah. Sebagai pemimpin yang

berkredibiliti, masalah sebegini sepatutnya dapat diatasi dengan baik. Melalui kajian

Nik, Azmi Awang & Azmi (2012) menyatakan prestasi dan integriti penjawat

perkhidmatan awam di Malaysia masih berada di tahap bermasalah. Di peringkat

antarabangsa, salah satu bukti adalah daripada Laporan Indeks Persepsi Rasuah

Antarabangsa (CPI) yang sejak tahun 1995-2010 telah mengekalkan Malaysia dalam

kalangan negara tertinggi kadar rasuah iaitu di tangga ke 22 (1995) kepada 37 (2003)

dan seterusnya tangga ke 56 bagi tahun 2010 (International Transparency 1995-2010).

6
Gaya kepimpinan ketua jabatan berkait rapat dengan kejayaan jabatan yang

ditadbirnya. Sebagai pemimpin utama dalam sesebuah jabatan ataupun organisasi, ketua

jabatan perlu berupaya mempengaruhi tahap motivasi dan kepuasan kerja dalam

kalangan orang bawahan. Keadaan ini boleh dicapai jika ketua jabatan mempunyai gaya

kepimpinan yang dapat meningkatkan tahap motivasi dan memenuhi kepuasan kerja.

Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti kaitan budaya organisasi

terhadap tahan motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan awam di sektor

perkhidmatan awam.

1.3 Persoalan Kajian

Sebelum menjalankan sesebuah kajian, pengkaji perlu mengetahui perkara yang ingin

dikaji terlebih dahulu. Oleh itu, hala tuju kajian kajian harus ditetapkan sebelum kajian

dilakukan. Bagi menjalankan kajian ini, beberapa persoalan kajian telah ditetapkan,

iaitu :-

i. Apakah perkaitan antara gaya-gaya kepemimpinan organisasi sektor perkhidmatan

awam berdasarkan pandangan kakitangan awam?

ii. Apakah tahap motivasi kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam?

iii. Apakah tahap kepuasan kerja kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam?

iv. Apakah perkaitan gaya kepemimpinan ketua jabatan dengan tahap motivasi dan

kepuasan kerja kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam?

7
1.4 Objektif Kajian

Pada umumnya, objektif kajian ini adalah untuk mengetahui tahan motivasi dan

kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam. Secara

khususnya, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk;

i. Mengenai pasti perkaitan antara gaya-gaya kepemimpinan organisasi sektor

perkhidmatan awam berdasarkan pandangan kakitangan awam.

ii. Mengenal pasti tahap motivasi kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam.

iii. Mengenal pasti tahap kepuasan kerja kakitangan awam di sektor perkhidmatan

awam.

iv. Mengenal pasti perkaitan gaya kepemimpinan ketua jabatan dengan tahap motivasi

dan kepuasan kerja kakitangan awam di sektor perkhidmatan awam.

1.5 Hipotesis Kajian

Berdasarkan pada objektif dan persoalan kajian di atas, maka hipotesis-hipotesis

penelitian yang dapat dinyatakan adalah:

H1 : sekiranya Gaya kemimpinan Ketua Jabatan dalam sesebuah organisasi adalah

positif maka kakitangan bawahan juga mempunyai dorongan kerja yang baik

H2 : Gaya kepimpinan Ketua Jabatan yang baik memberi semangat motivasi dalam

kalangan pekerja

H3 : Kepuasan kerja akan dapat dicapai sekiranya ketua jabatan dapat memenuhi

kehendak serta keinginan para pekerja bawahan.

8
H4 : Budaya Organisasi yang baik dalam sektor perkhidamatan awam akan dapat

dicapai apabila pimpinan berfungsi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang

sepatutnya

1.6 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan dari hasil kajian ini adalah seperti berikut :

i. Hasil kajian ini dapat membantu pihak yang berkenaan dalam mengenalpasti gaya

kepimpinan yang diperlukan dalam sesebuah organisasi. Dalam masa yang sama, ia

juga dapat membantu penyelidik dengan membandingkan gaya kepimpinan Ketua

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) dengan jabatan-jabatan

kerajaan yang lain.

ii. Dari kajian ini diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang bentuk

kepimpinan yang ada di JPANS secara keseluruhannya. Oleh itu, pihak pengurusan

JPANS boleh merangka strategi baru bagi memperkemas dan mempertingkatkan

kualiti kepimpinan pengurusan penjawat awam di negeri kita.

iii. Melalui kajian ini pihak JPANS dapat mengetahui tahap motivasi, kepuasan kerja

dan budaya organisasi mempunyai perkaitan dengan gaya kepimpinan ketua

jabatan.

iv. Dari kajian ini juga pihak pengurusan dapat mengetahui apakah sikap para pekerja

terhadap gaya kepimpinan yang ada pada masa kini serta kesannya kepada tahap

motivasi dan kepuasan kerja mereka. Dengan ini akan dapat membantu pihak

pengurusan mengambil langkah perlu bagi mempertingkatkan lagi mutu gaya

kepimpinan ketua dalam organisasi tersebut.

9
1.7 Skop Kajian

Kajian ini dijalankan di Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS) yang

terletak di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Hal ini demikian kerana kawasan yang

dipilih mudah akses daripada pelbagai sudut. Fokus kajian ini adalah untuk mengetahui

tahan motivasi dan kepuasan kerja dalam kalangan kakitangan awam di sektor

perkhidmatan awam. Oleh itu, JPANS adalah kawasan kajian yang bersesuaian dengan

kajian ini bagi menjawap persoalan kajian dan mencapai objektif yang dinyatakan oleh

pengkaji.

Manakala bagi tujuan pemilihan sampel kajian, pengkaji menetapkan hanya dalam

kalangan kakitangan sektor perkhidmatan awam, khususnya kakitangan JPANS bagi

kajian ini. Penetapan ini dapat mengelakkan kerosakkan data kerana responden yang

menjawap bukan kakitangan sektor perkhidmatan awam. Hal ini demikian kerana

responden yang dipilih harus bersesuaian dengan fokus kajian yang telah digariskan

oleh pengkaji.

Dalam pada itu, reka bentuk kajian yang digunakan ialah kajian korelasi dan data

dikumpul dengan kaedah tinjauan. Justeru itu, dalam usaha mengumpul data yang

dikehendaki maka satu set borang soal selidik yang dibentuk sendiri oleh pengkaji untuk

digunakan dalam kajian ini.

1.8 Definisi Operasional Kajian

10
Dalam kajian ini, terdapat beberapa istilah yang diguna pakai bagi menerangkan

maksud yang sesuai kepada kajian ini bagi memudahkan pembaca memahami kajian ini.

Berikut dijelaskan definisi istilah dan konsep penting yang diguna pakai dalam kajian

ini.

1.8.1 Gaya Kepimpinan

Menurut Kamus Dewan (1997), kepimpinan adalah kata terbitan daripada pemimpin

yang membawa maksud keupayaan memimpin. Tannenbaum (1958) memberikan

definisi kepimpinan sebagai pengaruh antara individu yang digunakan dalam situasi

tertentu bagi mencapai matlamat khusus melalui proses komunikasi. Di samping itu,

Fiedler (1967) pula mentakrifkan kepimpinan adalah hubungan antara perseorangan

yang menunjukkan kuasa dan pengaruh yang diagih secara sama rata sehingga seorang

individu boleh mengamal dan mengawal tindakan-tindakan orang lain lebih daripada

kawalan mereka ke atas individu.

Bagi gaya kepimpinan pula pelbagai pendapat dan pandangan yang telah diberikan.

Lau (1975) berpendapat bahawa gaya kepimpinan merupakan satu set harapan

seseorang individu bagaimana ia menggunakan kuasanya untuk melibatkan dirinya dan

melibatkan orang lain untuk mencapai sesuatu keputusan. Menurut Baron (1983), gaya

kepimpinan adalah merujuk kepada tingkahlaku yang digunakan oleh pemimpin untuk

mengenali dan menjelaskan gaya kepimpinan yang diterima oleh individu berbeza yang

terlibat dalam sesuatu tugas.

11
Dalam kajian ini, gaya kepimpinan yang dikaji adalah gaya kepimpinan Ketua

Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (JPANS).

1.8.2 Budaya Organisasi

Budaya organisasi adalah satu set tingkah laku, perasaan, dan kerangka psikologi

dalaman yang sangat mendalam dan dimiliki oleh semua dalam sesebuah organisasi

tersebut (Osborne & Plastrik, 2000). Menurut Robbins (1996) dalam penulisan yang

bertajuk Perilaku Organisasi bahawa budaya organisasi adalah sebuah sistem makna

yang diamalkan oleh ahli anggota sesebuah organisasi. Definisi lain yang diberikan oleh

Kreitner dan Kinicki (2005) kepada budaya organisasi ialah satu anggapan yang

dimiliki, diterima secara tersirat oleh sesebuah kelompok serta menentukan bagaimana

kelompok tersebut rasakan, berfikir dan bertindak balas terhadap persekitaran yang

pelbagai. Secara ringkasnya, budaya organisasi ini berkait rapat dengan persekitaran

kerja.

Dalam kajian ini, budaya organisasi JPANS dikaji bagi mencari hubungan dengan

gaya kepimpinan ketua jabatan.

1.8.3 Tahap Motivasi

Secara umumnya, motivasi merupakan satu daya yang menggerakkan seseorang untuk

mencapai sesuatu objektif (Wan Noraini Wan Razab & Nooraini Othman, 2011).

Menurut Chaplin (1985), motivasi adalah pemboleh ubah yang digunakan untuk

12
menerangkan tentang faktor dalam organisasi yang membangkitkan, mengekalkan dan

mengarah tingkah laku ke arah sesuatu matlamat. Dari aspek kerja pula, motivasi

merupakan usaha yang dilakukan oleh seseorang pekerja bagi mencapai matlamat yang

telah ditetapkan. Di samping itu, Mahmood Naza Mohamed dan Sabitha Merican

(1985) motivasi merupakan keinginan, kemahuan dan kehendak untuk melakukan

sesuatu yang baik. Oleh itu, motivasi dapat mempengaruhi prestasi kerja seseorang.

Justeru itu, sesebuah organisasi perlu memahami konsep motivasi agar dapat

meningkatkan tahap motivasi pekerjanya.

Maka melalui kajian ini, pengkaji ingin mengenalpasti tahap motivasi kakitangan

JPANS serta hubungan di antara gaya kepimpinan ketua jabatan dan tahap motivasi.

1.8.4 Kepuasan Kerja

Kepuasan kerja didefinisikan sebagai satu keseronokan atau perasaan positif hasil

daripada nilaian sesuatu kerja atau pengalaman kerja (Halimatussaediyah & Noraini,

2015). Perasaan ini timbul daripada persepsi setiap pekerja yang menggambarkan nilai-

nilai sebenar kerja mereka dalam situasi kerja (Ramli, 2000). Menurut Ahmad Jawaher

(2000), kepuasan kerja melibatkan interaksi antara pekerja dengan pekerjaannya.

Manakala, Van Fleet (2010) menjelaskan bahawa manusia lebih cenderung

bersikap biasa sahaja dalam menghadapi sesuatu tugas dalam organisasi. Setelah

mereka menerima beberapa ganjaran berbentuk dalaman dan luaran seperti kenaikan

upah, pujian dan lain-lain bentuk penghargaan keadaan akan segera berubah. Mereka

13
akan menunjukkan tahap kepuasan kerja yang tinggi terhadap pekerjaan dan

organisasinya. Sebaliknya, mereka yang tidak mendapat ganjaran akan menggambarkan

tahap kepuasan yang rendah (Halimatussaediyah & Noraini, 2015).

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji kepuasan kerja kakitangan di JPANS dan

mengenalpasti hubungan kepuasan kerja dengan tahap motivasi dan gaya kepimpinan

ketua jabatan.

1.9 Penutup

Secara ringkasnya, kertas kerja ini membincangkan tentang latar belakang kajian iaitu

“Gaya Kepimpinan Ketua Jabatan Dan Hubungannya Dengan Persekitaran Kerja”.

Kertas kerja ini juga membincangkan penyataan masalah, objektif kajian, persoalan

kajian, hipotesis kajian, batasan kajian. Penggunaan istilah dan konsep-konsep yang

digunakan dalam kajian ini juga diperjelaskan secara terperinci dalam definisi konsep

agar perkara yang dikaji mudah difahami.

14

Anda mungkin juga menyukai