Anda di halaman 1dari 2

Kesan kesan Diversiti

Kepelbagaian dalam organisasi mahupun tempat kerja, sama ada

kepelbagaian yang berbentuk primer mahupun sekunder secara tidak langsung akan

memberi kesan kepada organisasi secara positif dan negatif bergantung pada cara

organisasi menguruskan isu-isu tersebut. Dari aspek positifnya diversiti mampu

meningkatkan produktiviti organisasi melalui penggabungan idea-idea, pengetahuan

dan kemahiran yang pelbagai dari pekerja yang terdiri daripada pelbagai latar

belakang. Ia dapat dilaksanakan melalui kerjasama dan interaksi antara pekerja-

pekerja di dalam sesebuah organisasi atau tempat kerja tersebut. Secara tidak

langsung ia akan membantu meningkatkan kemahiran berkomunikasi di antara

pekerja di samping dapat menambahkan pengetahuan. Selain itu, pekerja dapat

didedahkan dengan cara pemikiran, komunikasi, dan nilai-nilai yang berlainan

daripada yang di amalkan oleh mereka. Pendedahan ini boleh membantu mereka

mencari idea-idea baru dan menjadi lebih inovatif agar dapat bersaing secara lebih

kompetitif untuk memajukan diri dan organisasi.

Walaubagaimanapun diversiti dikatakan lebih cenderung dan banyak memberi

kesan yang negatif kerana ia mampu menjejaskan keharmonian dalam sesebuah

persekitaran kerja. Ini kerana pekerja terpaksa bekerjasama dengan individu-individu

yang bukan sahaja berbeza latar belakang dengan mereka tetapi juga berbeza dari

segi cara bekerja. Misalnya, cara bekerja masyarakat Jepun lebih

workaholicberbanding dengan masyarakat Melayu yang lebih mementingkan

keselesaan dan waktu rehat. Secara tidak langsung keadaan ini akan kerja

kumpulan. Merenggangkan hubungan antara pekerja, dan menyebabkan berlakunya

masalah dalam komunikasi. Gangguan komunikasi pula akan menjejaskan proses


pembuatan keputusan dan penyelesaian masalah. Selain itu juga, masalah diversiti

juga boleh merenggangkan hubungan antara pekerja apabila pekerja merasakan

wujudnya bias dan diskriminasi di tempat kerja. Diskriminasi ini mungkin berlaku

disebabkan perbezaan jantina, bangsa,umur,seniority dan lain-ain. Contohnya, pihak

pengurusan mengutamakan pekerja yang lebih berumur berbanding pekerja yang

lebih muda kerana menganggap mereka lebih berpengalaman dan lebih mahir

walaupun berpendidikan lebih rendah. Kesan negatif yang seterusnya dan sering kali

menjadi perbualan hangat dan di utarakan di media massa mahupun media cetak

ialah diskriminasi terhadap wanita. Wanita dikatakan banyak masalah,kurang agresif

atau kurang memberi komitmen dan kurang sesuai menjawat jawatan tinggi dalam

organisasi berbanding degan lelaki. Terdapat banyak kajian dan pendapat yang

telah diutarakan berhubung dengan tahap prestasi pekerja lelaki dan wanita dalam

organisasi. Sebenarnya tidak terdapat perbezaan dan jurang yang signifikan dalam

kebolehan lelaki dan wanita dari segi menyelesaikan masalah, kemahiran

menganalisis, berkomunikasi dan membuat keputusan. Namun masalah diskriminasi

ini sukar untuk dielakkan kerana masalah prejudis manusia manusia akibat daripada

wujudnya kepelbagaian primer dan sekunder dalam organisasi seperti yang telah

dijelaskan

Rujukan : Abdul Rahman Abdul Aziz, Fazilah Mohd, Othman, Rozita Abdul
Mutalib&SabaraniGhazali . (2009) . Modul GMGM3013 Hubungan Manusia Dalam
Pentadbiran. Pusat Pendidikan Lanjutan dan Profesional . Universiti Utara Malaysia,
Sintok

Anda mungkin juga menyukai