Anda di halaman 1dari 10

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUT


(PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCCG3123
KOMUNIKASI PERUNDINGAN

TAJUK
TUGASAN 1 -INDIVIDU-
CABARAN FREEBIE

DISEDIAKAN UNTUK
DR. HAZMILAH BINTI HASSAN

DISEDIAKAN OLEH
PUTERI RAIHAN BINTI R ASHARI 260826
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1–2

2.0 LATAR BELAKANG RUNDINGAN 2–3

3.0 PENGALAMAN DAN PENGAJARAN 3–5

4.0 KESIMPULAN 5

5.0 RUJUKAN 6

LAMPIRAN 7–8
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

1.0 PENGENALAN

Perundingan dapat didefinisikan sebagai satu proses yang melibatkan tawar menawar
dalam usaha untuk mengurangkan atau bagi mencapai satu jalan penyelesaian masalah.
Menurut Engleberg dan Wynn, 2007 menyatakan komunikasi perundingan ialah interaksi yang
berlaku antara individu untuk mencapai satu matlamat yang sama. Individu yang berinteraksi
ini boleh atau sama ada mewakili satu kumpulan atau organisasi yang mana mereka akan
berusaha untuk mencapai satu matlmat sama ada untuk diri sendiri, kumpulan atau untuk
organisasinya. Perundingan pula dapat ditakrifkan sebagai satu proses tawar-menawar dalam
usaha untuk mengurangkan perbezaan atau bagi mencapai satu penyelesaian masalah. Melalui
rundingan akan berlakunya tawar-menawar diantara kedua-dua belah pihak dan jika sesorang
didalam perundingan itu merasakan kerugian dalam prundingan tersebut akan berlarutanlah
proses perundingan sehinggalah kedua-dua belah pihak mampu mencapai kata sepakat.

Setelah meneliti dan mencari produk yang sesuai untuk dibuat rundingan berdasarkan
situasi semasa dan pasaran. Perniagaan popia viral telah mendapat perhatian dan dianggap
trending pada masa kini. Seorang usahawan muda yang juga merupakan seorang suri rumah
telah menjalankan perniagaan popia ini dengan nama komersialnya ialah Popia Viral by
Mama Luth yang telah diusahakan oleh Puan Norliyana binti Bahari atau lebih dikenali
dengan panggilan Kak Yana dikalangan pelanggan tetap beliau. Perniaagaan yang mula
dijalankan pada tahun 2019 ini telah mendapat sambutan pelbagai pihak terutama di daerah
Kuatan, Pahang khususnya. Selain itu, produk ini juga telah mendapat perhatian beberapa
orang artis tempatan seperti Lisdawati yang telah dipromosikan melalui laman media sosialnya
iaitu Instagram.

Produk popia ini terdapat dalam lima jenis perisa dan harga yang berbeza. Antara perisa
yang boleh didapati adalah seperti berikut:

a) Choc Beryl’s dengan harga RM15.00 sebekas;


b) White Choc dengan harga RM15.00 sebekas;
c) Nestum dengan harga RM12.00 sebekas;
d) Cheese Supering (spicy/regular) dengan harga RM15.00 sebekas; dan
e) Oreo dengan harga RM15.00 sebekas.

Menurut Puan Norliyana, setiap penghantaran terus kepada pembeli akan dikenakan upah
penghantaran sebanyak RM3.00 hingga RM5.00 bergantung kepada jarak dari rumah ke rumah
pelanggan manakala bagi pelanggan yang datang terus ke rumah tidak akan dikenakan
1
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

sebarang bayaran tambahan. Selain itu, pelanggan juga boleh membuat tempahan melalui
laman sosial iaitu di Facebook dan Instagram, @PopiaViralbyMamaLuth atau melalui aplikasi
whatsapps melalui pautan yang terdapat di dalam laman sosial tersebut. Buat masa ini tiga jenis
popianya yang mendapat permintaan tinggi ialah Choc Beryl’s, Nestum, dan juga Oreo.

2.0 LATAR BELAKANG RUNDINGAN

Melihat daripada potensi yang ada kepada produk ini dan pasaran serta permintaan
semasa adalah amat bersesuaian untuk mempromosikan produk beliau supaya ianya dapat
dipasarkan keseluruh daerah di dalam negeri Pahang khususnya bukan hanya di daerah
Kuantan sahaja. Rundingan ini diantara tuan punya produk iaitu Puan Norliyana diwakili oleh
Puteri Raihan selaku pelajar PACE Universiti Utara Malaysis (UUM) dan juga wakil kepada
Pasaraya Darul Makmur (PDM) merupakan anak syarikat dibawah naungan Majlis Ugama
Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP). PDM merupakan salah satu pasaraya yang
sering kali dilihat membantu usahawan-usahawan bumiputera muslim dalam mengembangkan
produk permakanan halal di seluruh daerah negeri Pahang. PDM telah mempunyai tujuh buah
cawangan pasaraya, tiga buat kedai dan satu pusat pengedaran barang yang terletak di :-

a) PDM Temerloh b) PDM Bukit Setongkol, Kuantan


c) PDM Jengka d) PDM Pekan
e) PDM Jerantut f) PDM Muadzam Shah
g) PDM Raub h) PDM Mart Lipis
i) PDM Mart Maran j) PDM Mart Beserah
k) PDM Edar
Dalam membuat rundingan, kita diberi tiga pilihan dalam pemilihan tempat untuk
mengadakan rundingan iaitu mengadakan perundingan di tempat sendiri, mengadakan
perundingan di tempat lawan atau mengadakan perundingan di tempat yang berkecuali yang
mana setiap pilihan itu pasti ada kelebihan dan kekurangan seperti mana yang dibincangkan
oleh Salacuse dan Rubin (1990). Bagi rundingan antara Puan Norliyana dan PDM akan
diadakan di pejabat urusan PDM dengan memilih perundingan di tempat lawan. Rundingan ini
adalah bertujuan untuk memasarkan produk popia di setiap cawangan PDM dan akan
merangkumi urusan penghantaran, penyimpanan, promosi, harga dalam memasarkan produk
ini kepada pelanggan yang hadir ke PDM.

2
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

Sebelum memulakan sebarang urusan perundingan kita seharusnya mengambil kira


beberapa langkah supaya perjalanan urusan perundingan ini berjalan dengan lancar
berdasarkan langkah-langkah seperti berikut:

a) Mendefinisikan isu yang hendak dirundingkan;


b) Mengenalpasti segala isu utama dan perkara yang dibincangkan;
c) Mengenalpasti sasaran yang ingin dicapai hasil dari rundingan tersebut;
d) Mengenalpasti kekangan dan alternatif;
e) Mengenalpasti matlamat dan perkara yang boleh dirundingkan;
f) Mengenalpasti kesan-kesan dari sudut undang-undang dan konteks sosial dalam
perundingan;
g) Menganalisis pihak lawan; dan
h) Meneliti dan memperkemaskan perancangan semasa pembentangan isu dan strategi
bagi mempertahankan matlamat sendiri tercapai.

3.0 PENGALAMAN DAN PENGAJARAN

Rundingan ini bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan kerana ianya
melibatkan pertemuan diantara dua belah pihak. Kedua-dua pihak mahukan yang terbaik untuk
diri masing-masing untuk mengelakkan daripada mengalami kerugian. Sehubungan dengan itu,
berdasarkan langkah-langkah yang telah disenaraikan itu sebagai perunding haruslah
melakukan sedikit “kerja rumah” dengan penuh teliti dalam menyampaikan hujah-hujah
dengan penuh yakin dan mempunyai fakta yang tepat dan tidak semborono. Melalui keyakinan
yang kita tonjolkan itu secara tidak langsung akan membuat pihak vendor kita menjadi lebih
yakin dan percaya akan kita semasa perundingan itu berjalan.

Oleh itu, sebagai perunding seseorang itu harus membuat perancangan penyediaan isi
perundingan, melibatkan perkara utama dalam membentuk kerangka permasalahan. Terdapat
tiga pendekatan utama dalam membentuk sesuatu kerangka perundingan iaitu:-

a) Kerangka berdasarkan penerokaan kognitif


➢ Suatu proses perundingan yang mengambil kira risiko terhadap suatu perkara
yang dirundingkan dan mengambil sesuatu tindakan berdasarkan kepada apa
yang difikirkannya dan keputusan diambil berdasarkan peraturan mudah.

3
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

b) Kerangka berdasarkan kategori pengalaman


➢ Mengambil kira situasi yang melangkaui risiko pembuatan keputusan yang akan
mengambil kira pelbagai faktor peribadi dan situasi yang akan mempengaruhi
perkara yang akan dirundingkan.
c) Kerangka berdasarkan pengembangan isu
➢ Perundingan berdasarkan sesuatu isu dan membincangkan isu tersebut dan
seterusnya mencapai persetujuan dalam kesepakatan bersama.

Selain itu, perunding juga harus mengenal pasti dan mengkaji faktor-faktor yang akan
mempengaruhi perundingan yang akan dijalankan. Menurut Hickson, Stacks dan Greely
(1998), terdapat banyak faktor yang mempengaruhi sesuatu perundingan sama ada rundingan
secara individu atau kumpulan. Faktor-faktor yang perlu diberi perhatian oleh seorang
perunding adalah seperti berikut:

a) Budaya
➢ Byers (1997) budaya adalah satu pola penerimaan menyeluruh tentang gelagat
seseorang dalam sesebuah kumpulan atau organisasi. Melihat suasana pihak
lawan samaada cara kerja mereka didalam satu kumpulan atau individu dalam
menarik perhatian mereka.
b) Khidmat nasihat
➢ Khidmat nasihat daripada golongan pakar tidak kira individua tau berkumpulan
dalam membuat penentuan hasil daripada perundingan yang dibuat.
c) Politik dalaman
➢ Melihat kepada suasana didalam sesebuah organisasi itu samaada tinggi atau
rendah permainan politik dalaman didalam organisasi mereka. Jika tinggi
kebarangkalian untuk memujuk amatlah tinggi berbanding rendah kerana
memerlukan lebih banyak bahan untuk dibentangkan.
d) Maklumat
➢ Fakta yang tepat untuk dipersembahkan semasa rundingan.
e) Sinergi
➢ Merujuk kepada kumpulan yang dapat bekerjasama dengan baik serta
mempunyai nilai moral yang tinggi serta koordinasi yang baik antara ahli.
f) Pengurusan konflik
➢ Pengurusan dalam mengendalikan suasana semasa rundingan dijalankan dan
adakalanya rundingan secara individu lebih baik daripada secara berkumpulan.

4
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

g) Peranan
➢ Mereka yang terlibat dalam rundingan baik individu mahupun secara
berkumpulan harus mengetahui peranan masing-masing supaya tidak
menimbulkan pencanggahan semasa rundingan dijalankan.

Oleh itu, sebagai perunding kita seharusnya melengkapi diri dengan segala maklumat
yang diperlukan untuk dibawa ke meja perundingan supaya mampu memperoleh kemenangan
dan mencapai matlamat yang telah dirancang. Dalam perundingan ini juga, kita seharusnya
cuba menerima cadangan dan pandangan daripada pihak vendor supaya situasi akan “win-win
situation” dan sekaligus mampu mewujudkan rasa percaya daripada mereka untuk terus
memasarkan produk yang akan dijual kelak. Melalui perancangan itu secara tidak langsung
akan mempengaruhi strategi yang digunakan dalam proses rundingan apabila kita mampu
mengenalpasti kelebihan dan kelemahan dalam sesuatu isu serta pemilihan tempat yang sesuai
untuk dijadikan tempat rundingan.

4.0 KESIMPULAN

Akhir kata, konklusi daripada proses rundingan yang dibuat pihak PDM berminat untuk
mengetengahkan produk popia yang dijual oleh Puan Norliyana. Walaubagaimanapun terdapat
beberapa isu yang perlu diselesaikan oleh pihak pembekal iaitu Puan Norliyana sebelum
produk itu memasuki pasaran untuk dijual di setiap pasaraya PDM. Selain itu, melihat dari
potensi produk dan sambutan produk di kalangan pengguna hasil dari rundingan juga pihak
PDM akan bersama-sama menampung perbelanjaan bagi kos untuk memperoleh sijil halal dan
juga akuan produk seperti mana yang disyaratkan oleh pihak kerajaan. PDM dilihat begitu
komited untuk membantu usahawan bumiputera dalam mengembangkan perniagaan terutama
golongan peniaga berskala kecil. Hal ini kerana, perunding telah berjaya mengetengahkan
hujahnya semasa rundingan dijalankan. Hasil perancangan dan strategi yang rapi tentang apa
yang perlu dibentangkan telah mendapat kepercayaan pihak vendor untuk bekerjasama dalam
urusan mempromosi produk tersebut. Justeru itu, didalam apa jua rundingan tidak kiralah
secara individu mahupun kumpulan setiap perunding haruslah memainkan peranan yang
terbaik sepanjang rundingan bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Perunding juga
harus peka dengan faktor-faktor dan segala kemungkinan yang akan terjadi sepanjang
rundingan dijalankan. Hal ini kerana, ianya amat penting kerana secara tidak langsung akan
memberikan kesan yang besar kepada semua pihak dan hasil yang bakal diperoleh.

5
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

5.0 RUJUKAN

Haslina Halim, Hassan Abu Bakar, Azlina Kamaruddin (2009). SCCG3123


Komunikasi Perundingan. Terbitan Pusat Pendidikan Profesional dan Lanjutan
(PACE).

6
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

LAMPIRAN

Dari kiri Puan Norliyana (Pengasas Popia Viral by Mama Luth) dan Puan Puteri Raihan
(Pelajar PACE UUM)

Dari kiri Puan Norliyana, Cik Hafizah (Wakil PDM) dan Puan Puteri Raihan (Pelajar PACE
UUM)

Dari kiri Puan Norliyana dan Cik Hafizah (Wakil PDM)

7
SCCG3123 -KOMUNIKASI PERUNDINGAN-

Harga dan Variasi Popia yang dijual

Sampel produk popia diberi oleh Puan Norliyana

Anda mungkin juga menyukai