Anda di halaman 1dari 7

MUHAMMAD SHAIRAZI BIN SAIDIN

KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS)

SARJANA MUDA SYARIAH DENGAN UNDANG-UNDANG

KEBEBASAN BERPERSATUAN DI BAWAH PERUNTUKAN PERUNDANGAN DI


MALAYSIA

Pengenalan Kepada Kebebasan Berpersatuan

Sebelum kita meninjau lebih lanjut lagi tentang tajuk “ Kebebasan Berpersatuan di Bawah
Peruntukan Perundangan di Malaysia”, adalah lebih afdal kita medefinisikan maksud
“Kebebasan” dan “Berpersatuan” itu sendiri. Kebebasan menurut Kamus Dewan bahasa edisi
ketiga, kebebasan bermaksud perihal (keadaan) bebas, tidak dikongkong atau disekat manakala
“Berpersatuan” pula membawa maksud mempunyai persatuan dan ada persatuannya. Manakala
“kebebasan berpersatuan” itu sendiri pula bermaksud satu keadaan dimana seseorang itu boleh
bertindak sama ada seseorang itu boleh bertindak sama ada melalui percakapan, penulisan atau
perlakuan-perlakuan lain tanpa tertakluk kepada apa-apa sekatan yang menyentuh atau
melibatkan kuasa pemerintahan sama ada kuasa itu sedang dimiliki olehnya atau oleh orang lain.
Masalahnya apabila kita berbicara tentang kebebasan berpersatuan dibawah peruntukan undang-
undang, kita sebenarnya bercakap tentang dua perkara yang bertentangan. Ini adalah kerana
undang-undang atau peraturan itu sifatnya adalah mengikat atau menyekat. Maka, “kebebasan”
disini hendaklah difahami sebagai sesuatu yang relatif bukannya mutlak.

Undang-undang Berkaitan Kebebasan Berpersatuan di Malaysia

Sebagaimana yang diketahui umum, Perlembagaan Persekutuan merupakan model undang-


undang yang tertinggi di Malaysia. Peruntukan mengenai kebebasan di Malaysia terkandung di
dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan, yang mengandungi sembilan perkara kesemuanya
dariapada Perkara 5 hingga Perkara 13 yang mana dalam Perkara yang ke-10 ini akan menjadi
rujukan utama bagi menyelidik Kebebasan Berpersatuan atau kebebasan menubuhkan persatuan.
Sebagaimana yang dinukilkan Chen Norlia Mustafa, kebebasan berhimpun dan menubuhkan
persatuan adalah berkait rapat dengan kebebasan berpolitik 1 yang mana akan dibincangkan di
dalam penulisan ini tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan isu lompat parti dan undang-
undang antilompat.

Peruntukan di Bawah Perlembagaan Persekutuan2

Perkara 10 (1) menyebut, “ Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4):
1
Che Norlia Mustafa. Kebebasan Berpolitik Di Bawah Peruntukan Undang-undang Di Malaysia. Institut Kefahaman
Islam Malaysia. 2002.
2
Bahagian 3, Pekara 10,Perlembagaan Persekutuan. International Law Book Services.
(a) tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengutarakan fikiran;

(b) semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warga adalah berhak menubuhkan persatuan.

Fasal (2) pula menyebut, “Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi ole perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya
perlu demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya perhubungan
persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-
keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Undangan Negeri untuk mengelak
penghinaan terhadap mahkamah,fitnah atau perbuatan mengapi-apikan supaya dilakukan
sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya
perluatau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya
atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu
atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-manabahagiannya atau
ketenteraman awam atau akhlak.

Fasal (3) memperuntukkan: sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh
perenggan(c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh
atau pelajaran.

Fasal (4) memperuntukkan : Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan


Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a),
Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara,
hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau
diperlindung oleh peruntukan Bahagian (3), Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-
apa jua melainka berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam
undang-undang itu.

Undang-undang Berkaitan Kebebasan Menubuh Persatuan

Undang-undang yang tertinggi di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan mempunyai


peruntukan yang menyatakan secara khusus tentang kebebasan menubuhkan persatuan.
Peruntukan ini terkandung dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan didalam Perkara 10 (1)
(c) yang menyatakan bahawa semua warga adalah berhak menubuhkan persatuan. Namun
Perkara 10 (1) (a) (b) dan (c) tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4) yang mana ini jelas
meunjukkan bahawa kebebasan menubuhkan persatuan bukanlah 100% mutlak namu tertaklk
kepada sekatan-sekatan yang telah ditetapkan badan perundangan. Sebagai muqaddimah awal
sebelum kita melihat perundangan yang releven dengan kebebasan berpersatuan ini, dapat
dinyatakan bahawa keterbatasan dalam Perlembagaan Persekutuan dalam kebebasan
berpersatuan di negara kita adalah tidak sama seperti negara-negara Barat seperti Britain dan
Amerika Syarikat, tetapi kita haruslah sedar bahawa sekatan-sekatan tersebut adalah
beracuankan suasana, budaya, kepercayaan, semangat, sejarah dan nilai-nilai bangsa kita demi
kepentingan negara kita sendiri.

Langkah-langkah untuk mengawal aktiviti orang ramai dikenakan melalui Akta


Pendaftaran Negara 1959 yang memerlukan semua rakyat Malaysia mendaftarkan diri dan yang
memberi kuasa kepada Menteri membuat peraturan seperti Ordinan Perkhidmatan Negara 1952
yang membolehkan pemerintah mengadakan kerahan tenaga dan Akta Buang Negeri 1959 yang
dikenakan kepada orang-orang bukan warganegara.3

AKTA PERTUBUHAN 1966

Sekatan-sekatan terhadap hak berkumpul telah diperuntukkan oleh Akta Pertubuhan 1966
dan undang-undang berkenaan kesatuan sekerja. Disamping itu tiap-tiap pertubuhan tempatan
yang mempunyai lebih daripada 7 orang ahli atau lebih hendakla didaftarkan.

Didalam Akta Pertubuhan 1966. Seksyen 5 Akta ini menyebut:

“It shall be lawful for the Minister in his absolute discretion


by order to declare unlawful any society or branch or class or
description of any societies which in his opinion, is or is being
used for purposes prejudicial to or incompatible with the interest
of the security of Malaysia or any part thereof, public order or
morality.”

Akta ini menerangkan bahawa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri berhak membuat
perisytiharan iaitu sesuatu jenis perisytiharan adalah haram jika difikirkan pertubuhan itu
digunakan untuk maksud yang memudaratkan kepentingan keselamatan Persekutuan, keamanan
awam dan akhlak awam. Mana-mana pertubuhan yang termasuk dalam jenis ini tidak boleh
didaftar dan sekiranya terdaftar maka akan dibatalkan.

Undang-undang tentang penubuhan persatuan-persatuan pekerja, syarikat kerjasama dan


syarikat-syarikat perniagaan tidak memberi kuasa kepada kerajaan untuk membatalkan
pertubuhan tersebut atasa alasan menjadi mudharat kepada keselamatan negeri. Pembatalan

3
Ahmad Ibrahim dan Ahilemah Joned. Sistem Undang-undang di Malaysia.Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. 2007.
syarikat-syarikat dan persatuan itu adalah disebabkan sebab-sebab lain seperti penggelapan wang
syarikat dan penggunaan wang syarikat yang tidak betul untuk kebajikannya.4

AKTA KESATUAN SEKERJA 1959

Antara peruntukan lain yang kita boleh dapati di Malaysia ialah Akta Kesatuan Sekerja
1959. akta ini adalah sesuatu akta yang berkaitan dengan kesatuan sekerja berkuatkuasa mulai 1
Jun 1959 untuk Malaysia Barat; 25 Mac 1965 bagi Negeri Sabah dan 19 Ogos 1965 bagi Negeri
Sarawak. 

Di dalam Bahagian 1 Akta ini menyentuh mengenai tafsiran istilah-istilah penting yang
digunakan dalam Akta ini. Ianya memberikan tafsiran panjang lebar mengenai istilah "kesatuan
sekerja" dan lain-lain penetapan penting dalam Akta ini.Sebahagian besar dari Bahagian ini ialah
mengenai definisi. Terma-terma yang didefinisikan oleh undang-undang ini termasuk terma-
terma seperti "kesatuan sekerja", "mogok" dan "pertikaian perusahaan".Kesatuan Sekerja di
Malaysia mempunyai had-had geografi dan klasifikasi tertentu. Ia didefinisikan, antara lain,
sebagai gabungan atau kombinasi pekerja-pekerja atau majikan-majikan, yang mempunyai
tempat kerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak, atau majikan yang menggajikan pekerja-
pekerja di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak.

Keanggotaan juga terhad kepada mana-mana establishment, trade, pekerjaan, industri


atau apa-apa trade, pekerjaan, atau industri yang serupa. Pekerja-pekerja sementara atau tetap
boleh menjadi anggota kesatuan sekerja. Di bawah Bahagian ini, mogok ditafsirkan dengan jelas
dimana tindakan yang diambil secara bersama seperti keengganan untuk meneruskan kerja,
menerima kerja atau meninggalkan kerja yang menyebabkan produktiviti atau perkhidmatan
terjejas.

Sementara itu, "pertikaian perusahaan" pula didefinisikan sebagai apa-apa pertikaian di


antara seorang majikan dengan pekerja-pekerjanya berkaitan pekerjaan atau bukan pekerjaan
atau terma-terma pekerjaan atau syarat-syarat pekerjaan mana-mana pekerja-pekerja itu.

AKTA PERHUBUNGAN PERUSAHAAN 1967

Sistem perhubungan perusahaan di negara ini beroperasi dalam rangka perundangan Akta
Perhubungan Perusahaan, 1967 dan Peraturan-Peraturan Perhubungan Perusahaan, 1980 yang
terpakai seluruh Malaysia. Tujuan Akta ini diwujudkan adalah untuk menetapkan dengan cara
yang teratur perhubungan antara majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka dan
4
Tun Mohd. Salleh Abbas. Prinsip Perlembagaan & Pemerintahan di Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala
Lumpur. 2006
mencegah serta menyelesai sebarang perselisihan atau pertikaian berbangkit dari perhubungan
mereka dan amnya untuk mengendali pertikaian perusahaan.

Akta ini menggantikan kesemua undang-undang perhubungan perusahaan yang terdahulu tetapi
masih terus menggalakkan konsep demokrasi dan self-government in industry dengan
menyediakan perlindungan untuk hak yang sah, prerogatif dan kepentingan golongan majikan
dan pekerja serta kesatuan sekerja mereka disamping mempastikan agar pertikaian-pertikaian
diselesaikan dengan cepat dan saksama supaya kepentingan awam dan negara tidak terjejas.
Berikut ialah sinopsis akta bagi Bahagian 1:

Bahagian I

Bahagian I Akta Perhubungan Perusahaan memberikan tafsiran beberapa istilah yang digunakan.
Antaranya yang penting ialah tafsiran mogok yang di ertikan sebagai tindakan memberhentikan kerja
yang dilakukan oleh sekumpulan pekerja yang bertindak secara bersatu, atau secara bersama-sama enggan
atau keengganan untuk terus bekerja atau untuk menerima pekerjaan di bawah persefahaman bersama
oleh bilangan pekerja, dan termasuklah apa-apa tindakan atau ketinggalan oleh sekumpulan pekerja yang
bertindak bersama atau di bawah persefahaman bersama, yang dimaksudkan kepada atau menyebabkan
apa-apa had, sekatan, pengurangan atau penamatan atau penangguhan perlakuan atau perlaksanaan
kesemua atau mana-mana bahagian tugas yang bersangkutan dengan pekerjaan.

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) telah dikemukakan oleh Allahyarham Dato’
Hussien Onn (Menteri Pendidikan ketika itu) di Parlimen pada 17 Mac 1971 dan mula
dikuatkuasakan pada 30 April 1971. Tujuannya dikatakan untuk mengadakan peruntukan bagi
penubuhan, penyelenggaraan dan pentadbiran universiti-universiti dan kolej-kolej universiti
awam serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Namun, akta yang telah melalui 3
siri pindaan ini; iaitu pada 1975, 1983 dan 1996 jelas tidak berimbang dan bersalahan dengan
peruntukan yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. AUKU menjadi
halangan kepada mahasiswa dan ahli akademik dalam menyuarakan pandangan secara bebas
bertepatan dengan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan. Ia menggariskan bahawa hak
kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan adalah hak kepada mana-mana individu yang
sah sebagai warganegara Malaysia. Pembatasan hak-hak asasi warga institusi pengajian tinggi
(IPT) dalam AUKU juga bersalahan dengan piawaian Hak Asasi Manusia PBB. Perkara ini
merupakan suatu keaiban kepada Malaysia yang mendokong prinsip demokrasi.Sewajarnya
sebagai negara demokrasi berperlembagaan, mahasiswa dan ahli akademik perlu turut sama
diberi ruang untuk berkongsi rasa dan pandangan secara murni bersama-sama kerajaan dan pihak
pentadbiran universiti bagi membentuk masyarakat dan negara yang adil serta sejahtera. Antara
seksyen yang paling menjadi kontroversi di dalam AUKU ialah Seksyen 15 yang mana seperti
berikut:
Pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan
persatuan, dsb. kecuali sebagai mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau
diluluskan oleh Naib Canselor5

15. (1) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajarUniversiti, boleh menjadi seorang ahli,
atau boleh dengan apa-apacara bersekutu dengan, mana-mana persatuan, parti
politik,kesatuansekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan ataukumpulan orang lain,
sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawahmana-mana undang-undang, sama ada ia di
dalam Universiti ataudi luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di luar
Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah Perlembagaan,
atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis oleh Naib
Canselor.

(2) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajarUniversiti, sama ada
ditubuhkan oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau selainnya, boleh ada apa-
apa gabungan, persekutuan atau apa-apa jua urusan lain dengan mana-mana persatuan,
parti politik, kesatuan sekerja atau apa-apa jua pertubuhan, badan atau kumpulan orang
lain, sama ada atau tidak ia ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang, sama ada
ia di dalam Universiti atau di luar Universiti, dan sama ada ia di dalam Malaysia atau di
luar Malaysia, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh atau di bawah
Perlembagaan, atau kecuali sebagaimana yang diluluskan terlebih dahulu secara bertulis
oleh Naib Canselor.

(3) Tiada sesiapa jua, semasa menjadi seorang pelajar Universiti, boleh menyatakan atau
berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau
bangkangan terhadap mana-mana parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai
menyatakan sokongan atau simpati dengan mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan orang yang haram.

(4) Tiada sesuatu pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar Universiti, yang ditubuhkan
oleh, di bawah atau mengikut Perlembagaan atau mana-mana pertubuhan, badan atau
kumpulan pelajar Universiti lain, boleh menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh
ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana
parti politik atau kesatuan sekerja atau sebagai menyatakan sokongan atau simpati dengan
mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan orang yang haram.

(5) Sesiapa jua yang melanggar atau tidak mematuhi peruntukan subseksyen (1), (2), (3) atau
(4) bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-
duanya.

5
Seksyen 15, Akta 30, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971,Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia
Professor Abdul Aziz Bari menulis bahawa Perlembagaan Persekutuan dipengaruhi oleh elemen-
elemen yang terdapat dalam Perisytiharan Hak-hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mana
Perlembagaan kita dirangka sembilan tahun selepas perisytiharan tersebut. Hak-hak di dalam
Perlembagaan yang terkandung dari Perkara 5 hingga 13 dipengaruhi ciri-ciri Islam tanpa
disedari. Ini kerana hak-hak yang tercatat di dalam Perkara 5 hingga 13 turut banyak disebut di
dalam Islam itu sendiri. Suruhanjaya Reid yang turut merangka Perlembagaan Persekutuan
seolah-olah membiarkan penerusan hak-hak asasi ini dan melepaskan kepada pemerintah yang
akan mentadbir untuk menggubal sekatan-sekatan yang perlu. Di dalam bukunya, Aziz Bari lebih
menekankan perihal Parlimen dalam mengatur sekatan-sekatan di dalam hak asasi seperti dalam
perkara-perkara yang berkaitan dengan hak asasi manusia yang mana sekatan-sekatan tersebut
adakah termasuk di dalam sekatan-sekatan yang diizinkan? Sebagaimana yang dikatakan,
Suruhanjaya Reid tidak menyebut asas-asas dan falsafah disebalik peruntukan-peruntukan
tersebut.6

Aziz Bari merungkai kesahan sekatan-sekatan yang terdapat di dalam Perlembagaan


Persekutuan yang mana beliau melihat aspek sekatan itu sendiri sebagai diragui kesahannya
(legitimacy).Beliau memberi contoh penguatkuasaan permit oleh polis yang melebih-lebihkan
pihak pemerintah dalam perhimpunan berbanding pihak yang dianggak anti-kerajaan. Beliau
juga turut mempersoalkan kuasa mutlak polis dalam melulus dan menarik balik permit yang
dikeluarkan.

Justeru, sekatan-sekatan yang dibuat adalah berdasarkan keadan dan persekitaran yang
menjadi aspek kayu ukur melalui kebudayaan dan sosiologi. Banyak pihak berpendapat bahawa
sekatan-sekatan tersebut diaturkan bertujuan menjaga keselamatan negara dan berpegang dengan
ketenteraman awam seperti di dalam Bahagian 11, Perkara 149 mengenai perbuatan subversif
yang boleh mengganggu masyarakat awam. Maka sekatan-sekatan itu dibuat bagi menjelaskan
kepada rakyat bahawa sekatan-sekatan itu digubal bertujuan menjaga keamanan awam.
Sesetengah pihak lebih cenderung untuk menyatakan bahawa sekatan-sekatan itu lebi jelas
menonjolkan bahawa tafsiran terhadap peruntukan-peruntukan perlembagaan yang menyekat
hak-hak asasi setakat ini dibuat secara harfia tanpa mengambil kira kepentingan suara majoriti.

6
Abdul Aziz Bari. Perlembagaan Malaysia  : Asas-asas dan Masalah. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2008.

Anda mungkin juga menyukai