Anda di halaman 1dari 19

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SESI APRIL 2020/2021

TUGASAN KUMPULAN GMGF 1013

EKONOMI DALAM PENGURUSAN AWAM 1

TOPIK TUGASAN: PENGANGGURAN (UNEMPLOYMENT)


TAJUK TUGASAN:
PASCA COVID-19- CABARAN EKONOMI DAN PENGANGGURAN DI KALANGAN BELIA

DISEDIAKAN UNTUK:
DR SITI SYUHADAH MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA: NO MATRIK:

NAMA: NO MATRIK:

NAMA: NO MATRIK:

NAMA: NO MATRIK:

NAMA: NO MATRIK:
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan................................................................................................................. 2

2.0 Kesan krisis pandemik Covid-19 kepada Golongan Belia di Malaysia.........................4

3.0 Pengangguran belia dan perbandingan ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan Krisis
Ekonomi Global 2008.............................................................................................................7

4.0 Adakah dasar sedia ada memberi manfaat khusus kepada belia?..............................8

4.1. Program pembangunan dan peningkatan kebolehpasaran pekerjaan.....................9

4.1.1. Pakej Rangsangan Latihan 2020......................................................................9

4.1.2. Program peningkatan kebolehpasaran graduan..............................................10

4.2. Sokongan pekerjaan, perlindungan pendapatan dan peluang pekerjaan baharu...10

4.2.1. Prihatin dan Prihatin Tambahan 2020................................................................10

4.2.2. Program Malaysia@Kerja...................................................................................11

5.0 Cadangan dasar........................................................................................................12

5.1 Fokus kepada golongan belia dan lepasan siswazah.............................................12

5.1.1 Sistem Permohonan Pekerjaan secara online................................................12

5.1.2 Bantuan kewangan kepada belia pertama kali mencari kerja..........................12

5.1.3 Penyertaan belia dalam program latihan industri dan program perintis...........13

5.1.4 Memperluaskan Program Malaysia@Work untuk Belia Malaysia...................13

5.2 Dasar dan inisiatif untuk mengurangkan kesan pengangguran belia pasca-
pandemik.......................................................................................................................... 13

6.0 Kesimpulan................................................................................................................ 14

Rujukan................................................................................................................................ 15

Lampiran.............................................................................................................................. 17

1
1.0 Pengenalan

Pandemik Covid-19 yang dipercayai berpunca dari Wuhan, China sejak bulan Mac yang lalu
bukan setakat merencatkan sistem ekonomi dunia malah telah meragut lebih kurang 592
ribu nyawa dan juga telah menjangkiti lebih dari 13 juta penduduk dunia.

Akibat dari bahaya penularan coronavirus ini telah merencatkan pertubuhan ekonomi
banyak negara termasuk negara maju dan juga negara membangun. Antara sektor-sektor
ekonomi yang terkesan termasuklah sektor pengangkutan, pelancongan dan peruncitan.
Kebanyakkan negara di dunia melancarkan strategi untuk menyelamatkan ekonomi negara
mereka dengan melancarkan pelan tindakan ekonomi seperti menggunakan pendekatan
ekonomi Keynes, Hayek, Marx, Smith dan lain-lain.

Di Malaysia, kerajaan telah memperkenalkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat


atau PRIHATIN bernilai RM250 bilion yang diperuntukan untuk rakyat, peniaga kecil dan
untuk membangunkan ekonomi negara pada 27hb Mac 2020. Walaubagaimanapun krisis ini
menyebabkan peningkatan kes pengangguran di Malaysia. Kadar pengangguran di
Malaysia telah meningkat 5% akibat virus Covid-19 menurut hasil kajian dari Jabatan
Perangkaan Malaysia pada 9 April 2020. Jumlah penganggur di Malaysia mencatatkan
sejumlah 778.8 ribu orang iaitu peningkatan sebanyak 48.8 peratus berbanding tahun
sebelumnya. Jumlah pengangguran yang dicatatkan itu adalah yang paling tinggi sejak 34
tahun lalu.

Bagi mengekang penyebaran wabak Covid-19, kerajaan Malaysia telah menguatkuasakan


Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) 2020 dan atas tindakan drastik atas nasihat
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ini telah berjaya melandaikan keluk Covid-19
berdasarkan penurunan kadar kes positif dan peningkatan ramai pesakit yang sembuh dari
jumlah pesakit positif di kalangan rakyat tempatan.

Namun hakikatnya, perintah kawalan yang bermula dengan fasa 1 pada 18hb Mac 2020
sehingga 31 Mac 2020 dan kemudian fasa 2 bermula 1 April sehingga 14 April telah
menyebabkan ramai rakyat di Malaysia telah hilang pekerjaan dan penganggur pula
semakin sukar mendapatkan pekerjaan oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang
mewajibkan banyak sektor ekonomi negara ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi kecuali

2
sektor keperluan asas dan industri yang dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan
Antarabangsa dan Industri (MITI).

Rentetan dari perlaksanaan PKP yang bertujuan untuk membendung penularan wabak ini
telah mengakibatkan kemelesetan ekonomi negara dan pelbagai sektor terutamanya sektor
pelancongan.

Rajah 1: Graf pertumbuhan KDNK Malaysia dari tahun 1997 sehingga 2020
Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Untuk rekod, kadar pengangguran di Malaysia yang tertinggi pernah dicatatkan adalah pada
tahun 1986 iaitu 7.4 peratus pada tahun 1986. Namun, harus diberikan perhatian bahawa
kadar pengangguran 5.0 peratus ketika Covid-19 ini telah melangkaui kadar pengangguran
rakyat Malaysia ketika krisis ekonomi Asia pada tahun 1998-1999 (3.9 peratus) dan
kelembapan ekonomi dunia sekitar tahun 2007-2009 (4.1 peratus).

3
Jadual 1: Kadar Pengangguran di Malaysia mengikut kategori pekerjaan
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

2.0 Kesan krisis pandemik Covid-19 kepada Golongan Belia di Malaysia

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak corona sebagai wabak
pandemik berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan di seluruh dunia pada 12
Mac 2019. Rentetan dari pengisytiharan rasmi dari pertubuhan dunia, Malaysia telah
menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerekan (PKP). Kini, setelah hampir 3 bulan sejak
penularan wabak yang berbahaya ini, negara telah kehilangan kira-kira RM63 bilion
sehingga anggaran lebih RM98 bilion (Pertubuhan Kesihatan Dunia, 2020).

Sekiranya sektor ekonomi negara terus dikekang negara akan mengalami kerugian
sebanyak RM2.4 bilion sehari dan untuk itu kerajaan Malaysia telah mengkaji untuk
membuka sektor ekonomi secara kecil-kecilan namun berdasarkan nasihat serta
pandangan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara bagi
mengelakkan penularan wabak ini di Malaysia. Untuk tugasan ini, kami ingin
membincangkan mengenai kesan krisis pandemik Covid-19 kepada belia melalui 5 dimensi
utama iaitu:

I. Majoriti penganggur di Malaysia merupakan belia berumur 15-29 tahun

Kadar pengangguran ialah perkadaran penduduk yang menganggur (tidak bekerja) kepada
jumlah penduduk di dalam tenaga buruh. Pada bulan Januari 2020, kadar pengangguran
menurun kepada 3.2 peratus berbanding 3.3 peratus pada Disember 2019. Namun apabila
pandemic ini melanda negara dan global pada bulan Mac 2020, kadar pengangguran terus
meningkat kepada 3.9% dengan peningkatan sebanyak 17% kepada 610,500 orang.

Ini adalah kerana kerajaan telah melaksanakan langkah-langkah untuk mengawal penularan
wabak ini dengan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bermula 18 Mac 2020. Dari
peratusan kadar pengangguran tersebut, 29.3% adalah penganggur siswazah. Manakala
kadar pengangguran di kalangan belia berumur 15-30 tahun sebanyak 6.9% merupakan
lebih separuh daripada jumlah tenaga kerja yang menganggur walaupun belia hanya
mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja di dalam negara (Jabatan Perangkaan
Malaysia, 2020).

4
Rajah 2: Jumlah dan kadar penggangguran di Malaysia
Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

II. Sektor perkhidmatan menerima tempias terbesar sepanjang krisis Covid-19.

Jadual 2: Guna Tenaga Buruh mengikut Sektor


Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia

Menurut sumber dari Jabatan Tenaga Buruh, satu daripada lima tenaga kerja di Malaysia
merupakan belia yang bekerja di sektor perkhidmatan di Malaysia.

5
III. Golongan belia (15-34 tahun) mendominasi sebanyak 40% dalam
pertumbuhan pasaran kerja tidak formal akibat pasca Covid-19

Krisis pandemik Covid-19 ini telah banyak melibatkan golongan belia dalam sektor tidak
formal akibat terkesan dari kelembapan sektor ekonomi. Sektor kerja tidak formal
termasuklah bekerja dari rumah atau berniaga secara online akibat penularan wabak Covid-
19. Pada tahun 2017, sebanyak 1.36 juta tenaga kerja dalam aktiviti tidak formal yang
merangkumi 9.4% daripada jumlah tenaga keseluruhan sebanyak 9.4%.

IV. Cabaran terhadap graduan baharu dalam mencari pekerjaan akibat


pengucupan ekonomi dan peluang pekerjaan

Graduan baharu akan terkesan untuk mendapatkan peluang pekerjaan akibat terkesan
dengan pandemik Covid-19. Berdasarkan kajian oleh Jabatan Tenaga Manusia pada tahun
2018 seramai 290,282 orang keluaran graduan warganegara Malaysia dan 17%
daripadanya meneruskan pengajian dan meningkatkan kemahiran. Manakala selebihnya
iaitu seramai 241,000 orang graduan menembusi pasaran buruh pada tahun tersebut.

V. Jurang pendapatan dalam kalangan belia

Akibat krisis penularan wabak Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan (PKP) telah
mengakibatkan ramai pekerja diberhentikan dan hilang mata pencarian dan kepada
golongan belia yang menganggur akan menyukarkan mereka untuk mendapatkan peluang
pekerjaan dan sekiranya mereka mendapat pekerjaan sudahpasti wujudnya jurang
pendapatan di kalangan golongan belia di Malaysia. Ini berikutan pendapatan akibat gaji
atau upah yang diterima adalah rendah. Berikut adalah purata pendapatan golongan belia:

6
Jadual 3: Purata Pendapatan Sebulan (RM) di kalangan belia pada tahun 2020

Berdasarkan jadual maklumat gaji penengah pula menunjukkan angka lebih rendah
berbanding purata dicatatkan. Dengan purata pendapatan bulanan yang rendah, amat
menyukarkan golongan belia untuk menyara diri dengan kos sara hidup yang sangat tinggi
terutamanya di bandar.

3.0 Pengangguran belia dan perbandingan ketika Krisis Kewangan Asia 1997 dan
Krisis Ekonomi Global 2008

Pada tanggal 9 April 2020, satu Mesyuarat Penyediaan Pelan Pemulihan Ekonomi Pasca
Pemulihan Ekonomi Pasca Covid-19 telah dianjurkan oleh Kumpulan Kerja Inklusiviti dan
Kebajikan Sosial Malaysia dengan kerjasama Majlis Tindakan Ekonomi Negara (Majlis Belia
Negara, 2020).

Topik khusus yang telah dibincangkan adalah strategi menenempuhi kegawatan ekonomi
dan pengangguran yang lebih kritikal dan kesan yang lebih lama dan panjag daripada Krisis
Kewangan Asia 1997 dan Krisis Ekonomi Global 2008. Pelbagai sektor ekonomi terjejas
akibat wabak Covid-19 seperti sektor penerbangan, pelancongan, pembinaan dan automatif
yang telah mengakibatkan ramai pekerja dari sektor tersebut telah diberhentikan kerja akibat
sektor perniagaan tersebut tidak dibenarkan beroperasi. Akan tetapi, peluang kepada
perniagaan atas talian seperti Shopee dan Lazada serta syarikat logistik dan penghantaran
kurier dan makanan
Golongan Belia (Umur) Purata Pendapatan
kerana Sebulan (RM) dibenarkan
beroperasi 25-29 tahun RM2,256 mengikut
20-24 tahun RM1,643
syarat dan SOP yang
15-19 tahun RM1,323
ditetapkan.

Norma baharu yang diperkatakan sejak berlakunya penularan virus ini adalah bertujuan
untuk mengekang penyebaran dan jangkitan wabak ini dengan mempraktikkan sistem yang
selamat dan tidak berbahaya kepada setiap rakyat di Malaysia dan menurut Pertubuhan

7
Kesihatan Dunia (WHO), wabak penyakit corona ini akan berterusan untuk tempoh yang
agak lama dan tidak akan berakhir dalam tempoh yang singkat.

Bank Negara Malaysia mengunjurkan pangangguran di Malaysia tahun 2020 mencecah


4.0%. Wabak Covid-19 sudah tentu memburukkan lagi keadaan ini apabila pengangguran
semakin bertambah. Dianggarkan lebih 2.4 juta penduduk Malaysia yang terlibat dengan
Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) akan menganggur kerana terkesan dengan pandemic
Covid-19 (Puasa, Rashid, & Mohamad, 2011).

Pengangguran global pada tahun 2020 dijangka akan meningkat antara 193.3 juta sehingga
212.7 juta berbanding berbanding jumlah penganggur dicatatkan pada tahun 2019 iaitu
sebanyak 188 juta (Organisasi Buruh Antarabangsa). Manakala seramai 701,000 pekerja
buruh akan hilang pekerjaan di Amerika Syarikat berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh
Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat (AS) pada Mac 2020. Ini merupakan statistik terburuk
yang pernah direkodkan di negara tersebut sejak GFC 2009 yang lalu.

4.0 Adakah dasar sedia ada memberi manfaat khusus kepada belia?

Sindrom “ekono-virus” yang bermaksud keresahan di kalangan para peniaga yang sentiasa
beroperasi tanpa henti sebelum ini terkesan akibat penularan wabak Covid-19 sejak
pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan
Bersyarat (PKPB) dilaksanakan secara berperingkat bermula 18 Mac 2020 menurut
Profesor Madya Dr Mohd Yusof Saari, Pensyarah Ekonomi Universiti Putra Malaysia.

Kajian oleh The Nielsen Company mendapati hampir 40% tenaga buruh melaporkan
pengurangan pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan PKP akibat ketidaktentuan
pasaran ekonomi semasa. Ini adalah kerana rantaian pengeluaran bagi sektor pembuatan
terjejas kerana bahan mentah diperlukan dari negara China. Oleh itu, rantaian pengeluaran
oleh syarikat dalam sektor pembuatan agak terjejas kerana sekatan barang mentah dan
juga gagal untuk mengeksport pengeluaran mereka ke luar negara semasa tempoh
pelaksanaan PKP. Menurut pandangan dari tokoh akademik iaitu Timbalan Pengarah
Eksekutif, Pusat Strategi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Mohd

8
Azlan Shah Zaidi mencadangkan agar pemulihan ekonomi perlu dilakukan segera agar
kesan buruk akibat pelaksanaan PKP dapat diminimumkan.

Maka, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dilancarkan oleh YB Tengku Dato’
Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Kewangan Malaysia dan disempurnakan oleh YAB
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia untuk menstabilkan semula sektor
ekonomi tempatan akibat penularan wabak Covid-19 dan PKP demi menjanakan semula
sektor ekonomi negara. “Bersama Menjana Ekonomi” merupakan tema Pelan Pemulihan
Ekonomi Jangka Pendek Fasa 4 ini. Terdapat enam fasa daripada enam fasa atau “6R”
yang merupakan tiga teras utama PENJANA.

Pembangunan kemahiran, pewujudan sistem sokongan pekerjaan dan peluang


pekerjaan baharu

Perkara utama yang membolehkan belia diterima dalam pasaran buruh adalah
pembangunan kemahiran. Kajian mendapati ketidakpadanan kemahiran belia berbanding
dengan kehendak pasaran buruh. Oleh itu, kementerian yang bertanggungjawab iaitu
Kemahiran Sumber Manusia telah memperkenalkan tiga kursus bagi memastikan tenaga
buruh terutamanya di kalangan belia dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran baru dan
menguasai kemahiran tersebut supaya memenuhi permintaan pasaran buruh negara iaitu:
i. peningkatan kemahiran (upskilling)
ii. latihan semula (reskilling)
iii. kemahiran silang (cross-skilling)

Dengan inisiatif seperti pembangunan kemahiran yang berterusan, kewujudan sistem


sokongan pekerjaan dan kewujudan peluang pekerjaan yang bary serta persekitaran kerja
yang baik adalah perkara utama bagi menghadapi pasca pandemic Covid-19.

4.1. Program pembangunan dan peningkatan kebolehpasaran pekerjaan

Bagi memastikan landskap pasaran buruh dalam negara kekal berdaya saing dan
dijangkakan lebih mencabar selepas krisis wabak CoronoVirus adalah satu kepentingan
untuk memastikan tenaga buruh sedia ada dengan kemahiran yang diperlukan dalam
industri.

9
4.1.1. Pakej Rangsangan Latihan 2020

Bagi mengurangkan impak kepada pasaran buruh akibat wabak virus Covid-19, kerajaan
telah mengumumukan Pakej Rangsangan Latihan 2020 melalui Pakej Rangsangan Prihatin
2020 demi memastikan para majikan meneruskan pelaburan untuk pembangunan modal
insan. Pakej ini memperuntukkan geran sebanyak RM100 juta yang menawarkan kepada
40,000 orang pekerja dalam sektor tertentu untuk mengikuti persijilan professional
(professional certification courses) dan kursus berkaitan industri (industry-driven courses)

Bagaimanapun, pakej ini hanya merangkumi semua pekerja sedia yang sedang bekerja di
syarikat-syarikat berdaftar dengan HRDF dan tanpa mengira umur. Manfaatnya mungkin
minimum kepada golongan belia, malah tidak merangkumi graduan baharu.

4.1.2. Program peningkatan kebolehpasaran graduan

Program latihan dan peningkatan kebolehpasaran pekerjaan kepada belia juga merupakan
suatu program yang boleh memberi manfaat besar terutamanya kepada graduan baharu. Di
samping meningkatkan pengetahuan tentang alam pekerjaan yang sebenar, ia juga
meningkatkan kemahiran khusus mengenai sesuatu jenis pekerjaan berdasarkan kelayakan.
Program peningkatan kebolehpasaran graduan ini telah dilaksanakan melalui Program Skim
Latihan 1Malaysia (SL1M) sejak tahun 2011.

4.2. Sokongan pekerjaan, perlindungan pendapatan dan peluang pekerjaan baharu


4.2.1. Prihatin dan Prihatin Tambahan 2020

Pakej Prihatin dan Prihatin Tambahan 2020 juga memperkenalkan beberapa program mesra
pasaran buruh bagi mewujudkan sistem sokongan pekerjaan dan perlindungan pendapatan
seperti:
i. Program subsidi upah kepada majikan yang bakal memberi manfaat kepada lebih
700,000 syarikat mikro, kecil dan sederhana;
ii. Program Pengekalan Pekerja (Employee Retention Program - ERP) melaluibantuan
RM600 sebulan selama maksimum 6 bulan untuk pekerja yang pendapatannya
terjejas;

10
iii. Skim pengeluaran dari akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh 12 bulan melalui skim i-Lestari;
iv. Bantuan one-off kepada pemandu sepenuh masa perkhidmatan e-hailing sebanyak
RM500 dan kepada pemandu teksi sebanyak RM600;
v. Bantuan Prihatin Nasional (BPN) yang memanfaatkan golongan berpendapatan
bawah 80% (B40 dan M40) dan golongan bujang berumur 21 tahun ke atas;
vi. Penangguhan bayaran ansuran pinjaman PTPTN; dan
vii. Bantuan one-off sebanyak RM200 kepada pelajar di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT)

4.2.2. Program Malaysia@Kerja

Program Malaysia@Kerja (Malaysians@Work) yang menelan belanja sebanyak RM6.5


bilion dari Belanajwan 2020-2021. Tujuan program ini adalah untuk mewujudkan peluang
pekerjaan yang lebih baik kepada golongan belia, graduan siswazah dan wanita (Jabatan
Standard Malaysia, 2020).

Program ini dipertanggungjawabkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ini
diwujudkan dan akan memberi peluang pekerjaan kepada 350,000 orang dalam tempoh 5
tahun. Ianya merangkumi empat program sasaran kepada pekerja dan majikan, seperti
berikut:

i. Graduan@Kerja memanfaatkan graduan yang menganggur. Mereka akan diberi


tambahan gaji sebanyak RM500 sebulan ke atas gaji yang diterima untuk tempoh
selama dua tahun. Majikan pula akan menerima insentif pengambilan pekerja
sebanyak RM300 sebulan bagi tempoh sama.
ii. Wanita@Kerja pula memanfaatkan wanita berumur 30 hingga 50 tahun untuk
kembali bekerja setelah berhenti kerja melebihi tempih 12 bulan. Mereka akan turut
menerima insentif gaji tambahan sebanyak RM500 sebulan untuk tempoh dua tahun.
Majikan turut menerima insentif ambilan pekerja sebanyak RM300 untuk tempoh

11
sama. Insentif pengecualian cukai pendapatan juga diberikan kepada wanita yang
kembali bekerja untuk tempoh empat tahun, iaitu sehingga tahun 2023.
iii. Watan@Kerja pula merupakan program perkongsian kos pengambilan pekerja selain
buruh asing berkemahiran rendah. Pekerja (warganegara Malaysia) yang
menggantikan pekerja asing akan diberi insentif sebanyak RM350-RM500 mengikut
sektor selama dua tahun. Manakala majikan akan menerima insentif untuk tempoh
sama sebayak RM250.
iv. Perantis@Kerja pula mensasarkan golongan graduan baharu. Ia merupakan
program insentif pendidikan TVET berupa elaun tambahan sebanyak RM100
sebulan untuk pelajar yang sedang menjalani latihan industri dalam kursuskursus
berkaitan TVET. Selain itu, potongan cukai selama dua tahun diberikan kepada
syarikat yang menyertai Skim Latihan Dual Nasional (SLDN).

5.0 Cadangan dasar

5.1 Fokus kepada golongan belia dan lepasan siswazah

5.1.1 Sistem Permohonan Pekerjaan secara online

Selari dengan kebergantungan belia kepada platform atas talian pada masa kini, sistem
sokongan atas talian sebagai platform untuk belia mendapatkan maklumat dan membuat
permohonan untuk mendapatkan pekerjaan dan program-program latihan pekerjaan oleh
syarikat-syarikat awam dan swasta sedia ada perlu diwujudkan (onestop centre).

Contoh platform mencari kerja sedia ada ialah seperti JobsMalaysia dan JobStreet, namun
kedua-duanya wujud secara stand-alone. Dalam situasi penguatkuasaan PKP semasa
menyukarkan belia untuk mencari pekerjaan secara fizikal. Platform ini merupakan pusat
sehenti maya yang mempunyai semua maklumat penting mengenai peluang pekerjaan,
termasuk latihan keboleh pasaran. Namun demikian, pewujudan platform ini memerlukan
usaha jangka panjang dan kerjasama erat antara pihak kerajaan dan majikan.

Setakat ini, laman sesawang Kementerian Sumber Manusia (KSM) ada menyediakan
perkhidmatan atas talian yang menghubungkan kepada beberapa perkhidmatan atas talian

12
seperti akses kepada laman JobsMalaysia, ePPAX dan eTraining HRDF. Namun, lebih
banyak lagi perkhidmatan atas talian boleh dihubungkan melalui laman sesawang KSM ini.
Antaranya, maklumat dan peluang sedia ada yang dirangka oleh kerajaan khusus kepada
belia dan pencari kerja perlu dipaparkan dalam platform tersebut.

5.1.2 Bantuan kewangan kepada belia pertama kali mencari kerja

Bantuan kewangan untuk pencari kerja di Malaysia lazimnya diberikan di bawah SIP
Perkeso—dalam keadaan penerima manfaat kehilangan pekerjaan. Namun, tiada
peruntukan khusus kepada pencari kerja baharu dalam bentuk elaun bulanan, terutamanya
kepada graduan baharu. Kerajaan Australia (Services Australia) ada menyediakan
peruntukan berbentuk elaun kepada pencari kerja berumur 22 tahun sehingga umur
persaraan. Pengiraan bentuk bantuan juga berdasarkan kriteria keadaan semasa pemohon.
Services Australia juga menyediakan perkhidmatan penilaian kelayakan secara atas talian
kepada pemohon program ini.

5.1.3 Penyertaan belia dalam program latihan industri dan program perintis

Melalui bantuan dan dasar sedia ada untuk menggalakkan penyertaan belia dalam latihan
industri bagi meningkatkan kemahiran seiring dengan keperluan pasaran buruh, galakan
bukan sahaja kepada belia, malah majikan. Keterlibatan perniagaan mikro, kecil dan
sederhana (mikro PKS) adalah penting kerana ia melibatkan mereka terdiri daripada 98.5%
daripada keseluruhan pertubuhan di Malaysia dan menggaji sejumlah 66.2% daripada
tenaga
kerja di Malaysia26. Namun, PKS kebanyakannya mempunyai kekangan sumber untuk
memperuntukkan elaun bulanan kepada perantis industri berbanding syarikat besar. Justeru
galakan penyertaan dalam kalangan PKS ke atas program-program bantuan dan subsidi
latihan pekerjaan sedia ada adalah sangat penting.

5.1.4 Memperluaskan Program Malaysia@Work untuk Belia Malaysia

Bagi program Graduan@Kerja, insentif tambahan perlu diberikan kepada kedua-dua


graduan dan majikan sekiranya graduan berjaya mendapatkan pekerjaan yang setara
dengan kelayakan mereka. Kaedah ini secara tidak langsung dapat memastikan bukan
sahaja graduan memperolehi pekerjaan, malah mereka mendapat pekerjaan yang lebih baik

13
dan setimpal dengan kelayakan pendidikan mereka. Kaedah yang sama juga boleh
dipraktikkan untuk program Wanita@Kerja.

5.2 Dasar dan inisiatif untuk mengurangkan kesan pengangguran belia pasca-
pandemik

Keadaan ekonomi pasca-pandemik seperti yang diramalkan oleh pakar ekonomi


menunjukkan unjuran yang negatif, bukan sahaja di Malaysia malah secara global. Pastinya
juga jumlah pekerjaan tersedia akan menjadi amat terhad dan pengunaan tenaga kerja
sedia ada akan berkurangan. Maka, lebih ramai akan mengejar peluang pekerjaan yang
menguncup. Pada masa ini, fokus kerajaan serta pakej rangsangan masih tertumpu untuk
mengurangkan pengangguran kesan dari penguncupan aktiviti ekonomi dengan membantu
syarikat, terutamanya bersaiz kecil dan sederhana untuk terus menggaji pekerja sehingga
tamatnya PKP dan krisis pandemik ini. Akan tetapi, pendekatan dalam pakej rangsangan ini
tidak mengambil kira mereka yang masih mencari peluang pekerjaan dan juga graduan
baharu yang akan memasuki pasaran pekerjaan di bulan mendatang ini.

Cabaran untuk golongan belia terutamanya graduan yang sedang dan yang akan mula
mencari kerja dalam tempoh masa beberapa bulan ini adalah amat genting. Ini kerana
golongan ini bukan sahaja perlu bersaing untuk jumlah pekerjaan yang terhad malah
terpaksa bersaing dengan para pengaggur yang lebih berpengalaman. Akan tetapi,
beberapa langkah boleh diambil oleh kerajaan, mungkin melalui pakej rangsangan
seterusnya untuk mengambil kira sejumlah besar graduan yang akan memasuki pasaran
buruh dalam tempoh 6 hingga 12 bulan yang akan datang.

6.0 Kesimpulan

Pada masa ini, pasaran buruh adalah sangat mencabar. Kebanyakan syarikat telah
membekukan pengambilan pekerja baharu kerana keadaan syarikat yang tidak stabil dari
aspek kewangan dan pendapatan mereka kerana perlaksanaan PKP sejak 18 Mac 2020.

Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin
Yassin telah mengumumkan beberapa insiatif dan peruntukan bagi membantu rakyat

14
Malaysia dan juga pelbagai sektor ekonomi dan pengusaha IKS untuk berhadapan dengan
krisis global iaitu pandemik Covid-19.

Walaupun tiada inisiatif yang khusus buat golongan belia dan lepasan siswazah dan
beberapa kementerian seperti Kementerian Belia dan Sukan telah mencadangkan beberapa
dasar khusus buat golongan belia. Ini kerana tenaga buruh di kalangan belia yang berumur
15 hingga 29 tahun adalah merangkumi 40%. Menyedari hakikat peranan belia sebagai
tunjang untuk pembangunan ekonomi negara adalah penting untuk golongan belia terutama
para graduan untuk memperoleh pekerjaan yang berkualiti dan setara dengan kelayakan
mereka.

Rujukan

Ismail, M. H. (2012). Kajian mengenai kebolehpasaran siswazah di Malaysia: Tinjauan dari perspektif
majikan. Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VII. Ipoh, Perak: Universiti
Kebangsaan Malaysia. ms, 906-913.

Yusof, N., Jamaluddin, Z., & Lazim, N. M. (2013). Persepsi pelajar prasiswazah terhadap
kebolehpasaran graduan dan persaingan dalam pasaran pekerjaan. MALAYSIAN JOURNAL ON
STUDENT ADVANCEMENT, (16).

Hashim, N., Kee, C. P., & RAHMAN, M. P. A. (2016). Stops: Mengungkai isu kebolehpasaran
graduan di Malaysia. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of Communication, 32(2).

Rauf, S. H. A., & Rauf, M. A. (2012). Keberkesanan Program Skim Latihan Graduan bagi
Mengurangkan Kadar Pengangguran dalam Kalangan Siswazah. Jurnal Islam dan Masyarakat
Kontemporari, 6, 3-12.

15
Shahidan, A. (2003). Pengangguran siswazah di Malaysia/Asnida bt Shahidan (Doctoral dissertation,
Universiti Malaya).

The Malaysian Insight (2020). Bagaimana Covid-19 beri kesan kepada belia dan graduan baharu
dimuat turun pada 19 Julai 2020 di https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/237329

Pejabat Perdana Menteri (2020). Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2020
https://www.pmo.gov.my/2020/05/perutusan-khas-perdana-menteri-sempena-hari-pekerja-2020/

Bank Negara Malaysia (2016) Pengangguran Belia di Malaysia: Perkembangan dan Pertimbangan
Dasar
https://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2016/cp04_003_rencana.pdf

Majlis Belia Negara (2020) Artikel “Cabaran dan Strategi Ekonomi Pasca Pandemik Covid-19”
https://belia.org.my/wp/2020/05/01/cabaran-dan-strategi-ekonomi-pasca-pandemik-covid/

Jabatan Perangkaan Malaysia (2020).Statistik Utama Tenaga Buruh di Malaysia Februari 2020.
Jabatan Perangkaan Malaysia, Putrajaya.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php?
r=column/pdfPrev&id=VHpHdDlWSzI1ZElza1UzOUdBdnlKdz09

Puasa, A. F., Rashid, Z. A., & Mohamad, R. Z. R. (2011). The economic impact of the Economic
Transformation Plan (ETP) on Malaysian economy by the year 2020: An input-output
analysis. International Journal of Management Studies, 18(2), 101-120.

16
Lampiran

17
Program Insentif Pengambilan Pekerja (Penjana Kerjaya)

18

Anda mungkin juga menyukai